CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kuman

IKHLAS

[Copy link]
Post time 22-7-2005 11:44 PM | Show all posts
Allah pernah berfirman dlm hadith Qudsi:

"Ikhlas itu merupakan sebuah rahsia drp rahsia2Ku yg Aku berikan kpd hambaKu yg Kukasihi"

Pengertian benar & ikhlas terdiri dr 6 perkara:

- niat
- cita2
- janji
- perbuatan
- maqam
- kedudukan

wallahua'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2005 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by belut at 22-7-2005 11:10 PM:
Kesian penganut agama yang berlandaskan hadis, mereka terpinga-pinga mencari apa itu ikhlas. Ada yang kata macam semut hitam atas batu hitam lah.. ada yang kata buat kebajikan, kemudian kita boleh  ...


Awak ni tak baca ka minda-minda Abuya tu. Sebelum tulis apa-apa elok fahami dulu tulisan orang lain esp. minda-minda ulama yang ada sekarang ini.
Reply

Use magic Report

belut This user has been deleted
Post time 23-7-2005 02:22 PM | Show all posts
Semasa mengikut hadis, saya pun menjadi keliru dan pening, rupa-rupanya jawapan yang Quran bagi lebih senang dan jelas. Pengikut hadis tidak sempat membuat kerja kebaikan kerana mereka akan lemas di lautan hadis yang bertimbun-timbun banyaknya. Apabila terlintas sahaja di fikiran untuk mengorbankan harta dan keseronokan hidup demi kebenaran Islam, datang pula dalam fikiran, "tetapi jihad menentang nafsu lebih besar". "Menyebut kalimah itu dan ini sebanyak 333 kali lebih baik dari mati syahid". "Timing menyebut "Amen" yang sama dengan malaikat selepas fatihah boleh memasukkan kita dalam syurga". "Selawat ke atas nabi 33 kali sehari akan memberi kita syafaat dari Nabi".

Sebenarnya ini semua ciptaan golongan zindiq supaya umat Nabi Muhammad menjadi seperti mereka (mundur, tinggal di biara, wirid etc). Selepas itu negara tergadai. Tamadun dan kemajuan orang lain punya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2005 03:48 PM | Show all posts
apa gunanya ada rasul... ?




quran itu lengkap dgn adanya rasulullah...

dialah tempat rujukan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 11:10 PM | Show all posts
salam

rasul adalah menyampaikan
sampaikan apa yang telah ditetapkan TUHAN kepadanya
TUHAN YANG AMAT DEKAT
agar membawa manusia kembali kepada PENCIPTANYA

cakap tak serupa bikin
kata hidup hanya sebentar sahaja
nak maju konon sampai merosakkan muka bumi ini
jadi jgn salahkan TUHAN jika dah jadi begini
salahkan diri sendiri

HIDUP UMPAMA NERAKA KPD ORG ISLAM
(bukan ISLAM macam kita sekarang ni)
tapi bila IKHLAN
ternyata ianya LEBIH MANIS DARI MADU

ada telinga dengar-dengar
ada mata tengok-tengok
ada hati ikut-ikutlah ...................
sampai ke pintu neraka
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2005 06:58 AM | Show all posts
ASSALAMUALAIKUM,

PETIKAN........

Amalan ketaatan yang dilakukan oleh seseorang itu mempunyai dua kemungkinan. Yang pertama, amalan yang ikhlas dan yang kedua ialah amalan yang tidak ikhlas. Imam Nawawi membahagikan amal yang ikhlas itu kepada tiga bahagian:

Amal yang dikerjakan kerana takut kepada Allah, amal ini dinamakan ibadah hamba.
Amal yang dikerjakan kerana ingin mendapatkan syurga dan pahala, amal ini dinamakan ibadah saudagar.
Amal yang dikerjakan kerana malu kepada Allah dan kerana melaksanakan hak kehambaan dan membuktikan kesyukuran serta merasakan diri sebagai seorang yang masih di dalam kecuaian dan kebimbangan yang penuh ketakutan kerana tidak tahu adakah amalnya diterima atau tidak, amal ini dinamakan ibadat orang merdeka.
Bagi memastikan amal ibadah kita diterima Allah ataupun tidak maka hendaklah diperiksa niat kita dari masa ke semasa supaya ianya benar-benar ikhlas dan mengharapkan balasan dari Allah s.w.t.

Allah berfirman dan maksudnya:

揔atakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah, Tuhan sekelian alam, tidak ada sekutu baginya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dari orang-orang yang pertama menyerah diri kepada Allah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2006 04:51 PM | Show all posts


Sejak akhir-akhir ini, kita akan selalu mendengar dimana ramai orang-orang berkata, "kalau beribadah untuk dapat pahala atau surga bukanlah ikhlas namanya". Oleh kerana kata-kata ini tidak diketahui dari mana datangnya dan tidak lengkap pula, maka ia telah mendatangkan kesan melemahkan semangat sebahagian besar umat islam untuk beribadah dengan tekun. Apabila dikaji maka diketahuilah bahawa ianya datang dari bisikan tipudaya syaitan untuk melemahkan amalan umat islam. Apabila pahala dan surga tidak dikejar jalan kepada matlamat menjadi kabur, akibatnya umat islam tidak lagi suka memandang kepada hadis-hadis Rasulullah saw mengenai fadhilat amal. Seseorang yang tidak mengejar surga dan pahala akan mengalami lemah daya anjakan atau kegairahan untuk beramal, lebih malang lagi ada segelintir orang yang memandang rendah pada mereka yang menyebut-nyebut pasal pahala dan ganjaran.

Oleh itu tuan-tuan yang mulia, insyaallah mari kita selidiki kembali bagaimanakah cara yang betul untuk meletakkan niat ikhlas kerana Allah yang mana pahala dan surga adalah jalan kepadanya, pertama sekali kita bacalah ayat ini:

Muka-muka(orang-orang yang beriman) dihari itu berseri-seri. Mereka dapat melihat tuhan mereka. Dan muka-muka (orang-orang yang ingkar, kafir) dihari itu muram. Mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya mala-petaka yang amat dahsyat.(Al-Qiyamaah:22-25)

Ini adalah matlamat kepada ikhlas yaitu kita ingin menemui dan melihat kepada wajah Allah, sudah tentu kita sebagai orang beriman ingin sekali untuk menemui tuhan maha pencipta bersifat maha pengasih dan penyayang secara nyata, bagaimanapun untuk berjumpa dan melihat kepada wajah Allah hanya didapati didalam surga.

Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

Jika kita benar-benar ingin berjumpa dengan Allah maka jalan yang perlu diusahakan adalah supaya dapat memasuki ke surga, untuk melayakkan diri masuk kesurga maka kita bacalah ayat ini:

Timbangan pada hari itu ialah kebenaran , maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.(Al-A'raaf:8-9)

Ayat diatas jelas menunjukan bahawa berat timbangan amal kebaikan (pahala) mereka adalah orang yang beruntung. Ini menunjukan jika seseorang yang membawa 1 dosa dan 2 pahala dia sudah dikira sebagai orang yang beruntung. Tetapi perlu kita faham nilai pahala yang dibawa walau sebanyak manapun sebenarnya tidak dapat menandingi nikmat2 yang diberikan oleh Allah swt sewaktu didunia dahulu. Jadi pahala akan tengelam apabila nikmat2 yang diberi sewaktu didunia diungkit semula. Bagaimanapun markah yang tinggi kepada kebaikan telah menyebabkan kita mendapat rahmat dari Allah, dengan rahmat itulah seseorang dapat masuk kesurga. Jadi, kisah perhitungan diantara dosa dan pahala diakhirat ada bermacam-macam cerita, ada yang banyak pahalanya tetapi masuk juga ke neraka disebabkan akhlak sesama manusia yang buruk dia menjadi muflis, ada juga org yang membawa satu pahala dan banyak dosa tetapi akhirnya masuk surga disebabkan dia sedekahkan pahala yang satu itu kepada seseorang yang tak cukup satu pahala, maka Allah swt melihat mereka dan dia mengatakan bahawa Allah swt adalah lebih pemurah dari sesiapapun, lalu kedua2nya dimasukkan kesurga. dan macam-macam kisah. Tetapi cukuplah kita faham bahawa sesiapa yang berat timbangan amalnya dia adalah orang yang bahagia.

Kesimpulannya semasa kita didunia ini kesempatan perlu diambil sebanyak-banyak yang mungkin untuk mengumpul pahala, pahala akan terhasil apabila kita melakukan amal, amal ini ada banyak jenis yaitu ada yang wajib dan sunat, yang wajib sudah semestinya tetapi kita banyakkanlah amalan sunat, contoh sembahyang seorang 1 pahala tetapi sembahyang jamaah 27 pahala, maka kita rebutlah 27 pahala, pahala ini akan disimpan disisi Allah, ataupun banyakkan zikir mengingati Allah seperti contohnya zikir Laailahaillalllah, basahkan lidah dengan zikir, atau tasbih subhanallah, ini amalan yang mudah dilakukan dan pahalanya sangat besar, jadi jangan bazirkan masa kita, masa itu emas, detik-detik yang berlalu adalah sangat berharga. Perasaan takut dah harap perlu ada yaitu takut kalau amal tidak diterima dan harap agar amal diterima.

"Dan apabila kamu melihat disana(surga), kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar" (Al-Insaan:20)

"Dan diserukan kepada mereka:"Itulah surga yang dipusakakan kepadamu, disebabkan amalan yang kamu kerjakan.(Al-A'raaf:43)

Nabi SAW mentaghrib sahabat-sahabatnya dengan berita-berita surga, serta menerangkan nilai-nilai sesuatu amal, amal yang begini sekian pahalanya, dan sekian balasannya, atau sekian darjatnya. Hadis-hadis yang membiracakan tentang nilai2 pahala  amatlah banyaknya. Sahabat2 nabi amat arif tentang nilai2 pahala sehingga mereka suka lakukan sesuatu amal yang menjanjikan pahala yang besar-besar, mereka tahu lagi besar pahala yang dijanjikan itu tandanya Allah swt suka. Meraka buat dan berlumba-lumba membuat kebaikan, kita juga perlu begitu bijak memilih amalan-amalan yang bernilai tinggi. Nabi SAW juga berusaha supaya umatnya bersedia dan mencintai kehidupan akhirat yang kekal dari dunia yang sementara, dari kediaman yang sempit didunia kepada alam yang amat luas diakhirat, dari rumah yang kecil didunia kepada surga yang amat luasnya.

Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar dan bersegera kepada  pelbagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang saleh.(Ali-Imran:114)

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,(Ali-Imran:133)


Kesimpulan niat yang ikhlas: kita ingin berjumpa dan melihat Allah, perjumpaan dengan Allah adalah disurga, untuk masuk surga perlu nilai pahala melebihi nilai dosa, untuk dapat pahala perlu beramal soleh, untuk membanyakkan nilai pahala pilihlah amal yang berpahala besar, untuk mengetahiu nilai-nilai pahala, lihatlah kepada hadis-hadis fadail amal dan dalam Al-Quran. ?.Insyaallah anda dijalan yang lurus.

Ilmu fadhail(fadhilat) amal ibarat tayar lori sebelah belakang yang sentiasa menolak, dan ilmu masail(hukum-hakam) ibarat tayar hadapan yang memandu arah. Jika kita lihat tayar belakang lori ada yang 2, 4, 8, 16, 18, 32 tayar tujuannya adalah untuk menolak, sedang tayar hadapan hanya dua tidak boleh lebih kerana dia hanya berfungsi sebagai memandu arah. Untuk mendapatkan ilmu masail(hukum-hakam) perlulah belajar dari orang-orang alim. Untuk belajar ilmu fadhail cukup kita duduk dalam majlis bacaan hadis fadhail amal atau baca sendiri. Lagi banyak kita dengar dan baca hadis fadhail lagi kuat daya tolakan untuk beramal. Apabila ilmu fadhail diketepikan maka kekuatan anjakan akan lemah atau hilang.

Diantara hadith-hadith dalam bentuk fadhail:
(Sunan Abi Daud yang meriwayatkan hadith daripada Sulaiman b. Mu'adz, Muhammad b. Al-Munkadir dan Jabir b. 'Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda):
"Tiadalah dipohonkan wajah(dzat)Allah melainkan (akan diperolehi) surga. "

Nabi SAW bersabda: "Menyapu masjid-masjid itu merupakan maskahwin bidadari surga. " (H.R. At-Tabrani menerusi Qursaafah)

(At-Turmudzi, Hakim dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan hadith menerusi ?baidah b. Samit? dimana Nabi s.a.w. bersabda):
"Sesungguhnya dalam syurga itu terdapat 100 darjat, antara setiap dua darjat adalah sebagaimana antara langit dan bumi, sedang surga Firdaus adalah setinggi-tinggi darjat surga, di atasnya 'Arasy dan daripadanyalah mengalir sungai-sungai surga yang empat. Maka apabila kamu bermohon kepada Allah, maka mohonilah syurga Firdaus" .

Dari Ibnu Mubarakmengeluarkan Hadith menerusi Ab. Karim b. Harith bahawa Nabi SAW barsabda:
"Sesiapa sembahyang sepuluh rakaat antara Maghrib dan 'Isyak, akan dibinakan Allah untuknya sebuah mahligai di surga" .


Ahkir sekali betulkan niat kita dengan mengharap keridhaan Allah, keampunannya dan ganjaran disisinya(surga), dan mengharapkan pertemuan dengannya. Oleh itu beramallah sebanyak-banyaknya, Allah swt tidak akan sia-siakan amalan kita. selain itu ketahui juga perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan amalan seperti dengki yang boleh memakan amalan seperti api dalam sekam dan lain-lain. Insyaallah..Sampaikan kepada kawan-kawan anda, mungkin asbab anda dia akan faham dan menjadi tekun beramal.


Insyaallah bersambung...


[ Last edited by  kuman at 4-4-2006 05:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 10:37 AM | Show all posts
Salam.


[quote]Quote: Akasyah:

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2006 08:17 PM | Show all posts

Ikhlas....

Berbuat baik dan meninggalkan yang buruk semata-mata kerana cintakan Allah swt.... tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran... biar le Allah swt yang tentukan ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 12:47 PM | Show all posts
Persoalan Ikhlas ? Mengharap Pahala, redha, ampunan, rahmat, surga

1.      Di akhir-akhir ini rata-rata kita dengar bahawa beramal kerana nak pahala dan surga itu dikatakan tidak ikhlas, ada juga yang berkata ? saya beramal hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan apa-apa?, mari kita selidik semula samada kata-kata ini merupakan kebenaran atau kebohongan yang merupakan fahaman yang rosak dalam umat islam, mari kita semak berdasarkan dari Ayat al-Quran, Hadist nabawi, hadist Qudsi, kata-kata para sahabat-sahabat nabi dan penerangan-penerangan dari ulamak sufi yang besar-besar dan muktabar

2.      Juga kita kaji kesan-kesan sampingan jika mengabaikan hadist-hadist fadhail amal.

Persoalan, bolehkah beramal untuk:

  ?        Beramal dengan niat mahu PAHALA
  ?        Beramal dengan niat mahu SURGA
  ?        Beramal dengan niat mahu Redha
  ?        Beramal dengan niat mahu rahmat
  ?        Beramal dengan niat untuk keampunan
  ?        Beramal dengan niat takutkan azab


Sebelum kita pergi jauh mari kita imbas kembali tentang definasi ikhlas sekali lagi.
Ikhlas maksudnya semata-mata menunaikan perintah Allah kerana Allah, dan meninggalkan larangan Allah kerana Allah. Lawan dari ikhlas ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah, diantara contohnya:

        1. Riak ? Mahu dipuji, mahu disanjung, mahu dihormati, mahu glamour.
        2. Ujub ? Kagum dengan kebagusan diri sendiri yang boleh melakukan amal-amal, merasa hebat.
        3. Dunia ? Menjual agama untuk keuntungan dunia supaya dapat harta, pangkat dan sebagainya.
        4. Muslihat-  Berpura-pura berbuat baik supaya dapat dipilih oleh manusia.


Amalan yang tidak ikhlas akan ditolak diakhirat nanti, tiada pahala bahkan mendapat dosa. Sekarang kita ringkaskan bab ini supaya senang difahami dan dapat dijadikan pedoman, jika didapat dalam diri anda ada fahaman yang menyeleweng maka betulkanlah, mudah-mudahan kita semua akan mendapat pimpinan ke jalan yang lurus berdasarkan petunjuk yang benar-benar diyakini dan boleh dibuat pegangan. Insyaallah.

Mari kita lihat dalil-dalil yang boleh menjawab persoalan dan membetulkan fahaman songsang sesetengan orang berkaitan Persoalan, bolehkah beramal untuk:

?        Beramal dengan niat mahu pahala
?        Beramal dengan niat mahu surga
?        Beramal dengan niat mahu Redha
?        Beramal dengan niat mahu rahmat
?        Beramal dengan niat untuk keampunan
?        Beramal dengan niat takutkan azab



MAHU PAHALA DAN SURGA, TAKUT NERAKA

Dalil dari Al-Quran:


agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri .(Faathir:30)

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka  siapa di antara mereka yang lebih dekat  dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang  ditakuti. (Al-Istaa':57)

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,(Ali-Imran:133)



Dalil dari Hadist Rasulullah saw



Sabda Rasulullah SAW:
"Pejuang di jalan Allah akan diangkat 100 darjat di surga yang setiap darjat adalah antara langit dan bumi" (HR Bukhari)

Dari Abdullah Ibnu Mas'ud ra. berkata: Rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan. (HR Tarmizi)

Dari abdullah ibn amr ra berkata: Aku bertanya wahai Rasulullah! apakah ganjaran majlis zikirullah. Baginda saw menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah surga, adalah surga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma uz Zawaaid)

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis tanpa zikir kepada Allah, dan tidak berselawat kepada nabi SAW maka pada hari kiamat kelak apabila melihat kepada ganjaran(zikir dan selawat) nescaya akan menyesal. malaupun dia dapat memasuki surga (melalui amal-amal yang lain). (HR Ibnu Hibban)

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda bahawa Allah swt berfirman: Barangsiapa yang telah ku ambil dua anggota yang dicintainya(Yaitu mata), kemudian dia bersabar dan dia mengharapkan ganjaran, tiada ganjaran baginya kecuali surga. (HR Tirmizi)



Dalil dari kata-kata Ulamak Tasawwur yaitu Imam Al-Ghazali


Bukti bahawa beramal hendaklah secara bijak dengan memilih nilai pahala yang besar, memang dianjurkan oleh ulamak sufi, buktinya dari Petikan dari kitab: Petunjuk permulaan, m/s 17
Pengarang Imam Al-Ghazali rah.

.... Sehabis itu pergilah engkau ke masjid untuk melakukan sembahyang subuh dengan berjamaah. Janganlah engkau melalaikan sembahyang subuh. Nilainya sembahyang jamaah itu 17x lebih baik dari daripada sembahyang sendirian. Maka apabila engkau melalaikan nilai lebih laba(keuntungan) kerohanian yang seperti ini, apakah untungnya ilmu yang engkau tuntut selama ini?, oleh kerana buah ilmu itu letaknya disini, yaitu dalam amal bakti didasarkan atas hal sebagaimana diterangkan diatas tadi.

-----------------------------
Dimuka surat yang lain pula:

..Taat disini maksudnya menurut dan patuh kepada aturan dan ketentuan-ketentuan yang diatur Allah swt. Diterangkan bahawa perintah-perintah Allah terbahagi dua, yaitu tentang pekerjaan-pekerjaan wajib( Fardhu ) dan pekerjaan-pekerjaan nawafil ( Sunat). Pekerjaan fardhu merupakan pokok yang paling besar yang mengerakkan setiap urusan membawa manusia kejalan selamat dan bahagia. Pekerjaan nawafil atau sunat merupakan laba( keuntungan ) memberikan manusia darjat dan keuntungan yang sangat tinggi.

Nabi SAW telah bersabda yang ertinya, Allah yang maha tinggi telah berfirman: " Sesiapapun tidak dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan menunaikan kewajipan fardhu saja, tetapi seorang hamba dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan berbagai kebajikan, hingga akhirnya aku mencintainya. Maka apabila aku mencintainya, Aku merupakan telinga bagi pendengarannya, mata bagi penglihatannya, lidah bagi pengucapannya, tangan bagi setiap usahanya, dan kaki bagi setiap langkahnya".




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2006 01:10 PM | Show all posts
Dalil Dari Kelakuan Dan  Gelagat Sahabat-sahabat Nabi SAW


Apa yang hendak disampaikan disini ialah tidak ada salahnya jika beramal Kerana Allah mengharap pahala, surga, keampunan, redha, rahmat. Disini saya bawakan lagi satu kelakuan dan gelagat sahabat2 nabi berkaitan fadhilat, yang mana Rasulullah ada bersama mereka.

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw besabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat keatas orang-orang yang berdiri disaf sebelah kanan dan para malaikat berdoa keampunan untuk mereka. (HR Abu Daud)

Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berdiri di saf sebelah kiri masjid, kerana kurangnya ahli (jamaah) maka dia akan mendapat dua kali ganda ganjaran (HR. Tabrani, Majma uz Zawaid)

Keterangan: Para sahabat r.hum apabila mengetahui bahawa saf sebelah kanan lebih afdhal daripada sebelah kiri, maka mereka berlumba-lumba untuk berdiri disebelah kanan sehingga sebelah kiri menjadi kosong, maka ketika inilah Rasulullah SAW memberi kelebihan bagi mereka yang berada disaf sebelah kiri(Muntakhab ahadith)


Apa yang hendak disampaikan disini ialah tidak ada salahnya jika beramal Kerana Allah mengharap pahala, surga, keampunan, redha, rahmat.

UCAPAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RA


Dari Muaz ibn Anas Al-Juhaniy ra meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai disurga. Umar Ibn Khattab ra berkata: Ya Rasulullah! kalau begitu saya akan membaca lebih banyak lagi!. Nabi SAW menjawab: Allah sebaik baik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR Musnad Ahmad)


PERTANYAAN SEORANG SAHABAT


Terdapat seorang sahabat yang berkulit hitam, hodohdan miskin yang datang bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah yang dibalasi kepada diriku yang serba kekurangan itu jika mati syshid di jalan Allah. Rasulullah saw menjawab, "Kamu akan masuk surga", Dia kemudian melompat kemedan peran sehingga syahid. Rasulullah kemudian memberitahu kepada sahabat bahawa Allah telah menukarkan wajah sahabat itu menjadi kacak, harum dan kaya-raya. Rasulullah kemudian memberitahu para sahabat bahawa baginda melihat bidadari sedang menarik-narik bajunya.

Hadist Qudsi:
Dari umamah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadist Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar(bilamana hilangnya sesuatu darimu) dan engkau harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari surga (HR Ibnu Majah)
** Hadist Qudsi adalah Firman Allah yang tidak termasuk dalam Al-Quran, tetapi ia dalam bentuk hadist sabdaan nabi SAW.
-------------
Dari Abu Mas'ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Bilamana seseorang berbelanja terhadap ahli keluarganya dengan meniatkan pahala, maka (dengan perbelanjaannya itu) dia akan mendapat pahala sedekah. (HR Bukhari)
----------------
Dari 'Abdullah bin 'amr bin 'As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Bilamana Allah swt mengambil dari orang beriman seseorang yang dikasihinya, dan dia bersabar terhadapnya sambil mengharapkan pahala dan dia mengatakan perkara yang disuruh untuk menyebutnya (Ucapan Inna lillahi wainna ilaihi raji'un umpamanya) maka Allah taala tidak akan berpuas hati untuk memberinya balasan yang lebih rendah dari surga. (HR Nasa'i)
---------------
Semuga dapat menjadi pelajaran dan pembetulan dalam fahaman bagi orang-orang yang telah salah faham dengan fadhilat, ikutlah jejak langkah Nabi dan Para sahabat, mereka adalah orang yang terbaik dalam semua zaman, dan darjat sebahagian dari mereka ada yang layak menjadi nabi, dan sebahagian besar hampir layak menjadi nabi dan sebagainya, tetapi oleh kerana tidak ada lagi nabi selepas nabi SAW, maka mereka hanya layak sahaja. darjat mereka(sahabat) lebih tinggi dari darjat wali Allah,Nabi adalah guru yang terbaik dan sahabat-sahabiah adalah murid terbaik dalam semua zaman, samada sebelum atau sesudah.

Umat Islam sememangnya tidak boleh lari daripada berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah, kerana dengan berpandukan kepada kedua-duanya, perjalanan hidup manusia di muka bumi ini, dijamin tidak akan sesat selama-lamanya. Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan pusaka peninggalan Muhammad saw, sebagaimana sabdanya :

Bermaksud : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulnya," ( Di riwayatkan Abu Daud dan Ibnu Majjah ).
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 01:53 PM | Show all posts
Subhanallah... dunia adalah pentas mencari kebenaran... namun ikhlas ini hak Allah swt... kita sendiri tak tahu samada kita ni ikhlas atau tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 05:56 PM | Show all posts
Takaful Ikhlas
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.075396 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list