CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Rumah Anak-Anak Yatim / Rumah Kebajikan

[Copy link]
 Author| Post time 26-2-2009 02:53 PM | Show all posts
Senarai Rumah Anak Yatim di Perak


1. Badan Khidmat Islam Perak (Bakip)
133, Jln Sultan Abdul Jalil, Greentown, 36450 Ipoh
Perak
Tel : 05 - 2539111
Fax: 05 - 2421901
Person in Charge: Tuan Hj Anuar bin Neor Hamzah
http://badankhidmatislamperak.blogspot.com/


2. PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASRAMA ANAK-ANAK YATIM GHAZALIAH
AL-AISHAH
No. 11, Kg. Kati, Kati, 33020 Kuala Kangsar, Perak
Tel : 05 - 7520211
Fax: -
Person in Charge: -

3. PERTUBUHAN KEBAJIKAN yayasan ANAK YATIM piatu darul aitam
(busarah)
Kg. Haji Salleh, 35350 Temoh, Perak
Tel : 05 - 4199089
Fax: 05 - 4199089
Person in Charge: -

4. YAYASAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN ORANG-ORANG TUA
KINTA (HAWA)
158/3, Jalan Pari Garden, 30100 Ipoh, Perak
Tel : 05 - 5283859
Fax: 05 - 5283859
Person in Charge: -

5. RUMAH WAWASAN (KANAK-KANAK YATIM)
No. 27, Taman Bunga Ros,
No. 5, Taman Sitiawan Maju, 32000 Sitiawan , Perak
Tel : -
Fax: -
Person in Charge: -

Rumah Anak Yatim Nurul Iman Manjoi Perak
http://rumahanakyatimnuruliman.blogspot.com/
http://rumahanakyatimmanjoi.blogspot.com/

http://pertubuhankebajikanpengkalanhulu.blogspot.com/

Rumah Budi Mulia Nurul Huda
http://rumahbudimulianurulhuda.blogspot.com/

Rumah Anak Yatim Bait Al-Amin
http://rumahbaitalamin.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 08:55 PM | Show all posts
last wek aku pi umah anak yatim permata camar kat kuantan..rumah tu ada dalam 29 org budak lelaki dr umur 8 hingga 17 tahun. bagi aku umah nie, ada duit ramai org baik hati taja depa..mcm2 tp yg kurang..kasih sayang. so kepada yg baru nk mula kerja kebajikan..ketahuilah tak semestinay byk duit baru leh mula. Utk mula, just spend time with them.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 01:54 PM | Show all posts
Cuci kereta untuk bantu beli bas

PUTRAJAYA 26 Feb. - Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1 di sini akan menganjurkan Program Jom Cuci Kereta Amal untuk menambah dana Tabung Pembelian Bas Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bandar Baru Bangi.

Guru sekolah tersebut, Rabita Tajeli berkata, program itu akan diadakan pada 7 Mac ini di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

"Orang ramai terutama penduduk Bangi, Kajang dan Putrajaya dan kawasan sekitarnya diharap dapat membawa kereta mereka untuk dicuci sekali gus membantu menambah dana tabung tersebut.

"Penyertaan orang ramai diharap dapat membantu menambah tabung pembelian bas rumah anak yatim tersebut,'' jelasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah yang diperlukan untuk membeli bas berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 02:29 PM | Show all posts
Sedeyler bila tgk gambar-gambar anak yatim.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 01:04 PM | Show all posts

Reply #203 Syd's post

Syd,

Personally saya berminat untuk menyumbang tenaga n khidmat di rumah-rumah anak yatim...
hanya boleh mnyumbang dari segi tenaga, masa n juga rela brkongsi kasih dan syang with them...also boleh mncurah serba sedikit ilmu yang ada..spend time with tem...
Cuma masalah yaya, xtau da rite path to follow...

Hope Syd boleh bg sedikit maklumat..relly interested to join kerja-kerja amal cmni..:-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2009 04:43 PM | Show all posts

Reply #205 yaya_owez's post

yaya dok area mana?

dalam list2 yang kat depan tu..

mungkin ada umah2 anak yatim yang bdekatan ngan yaya


ada satu forumer nih

nick dia sherrina

dia pun ok gak
kalau kita ckp kita nak buat keje sukarela tuk anak2 yatim nih

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2009 09:08 AM | Show all posts

Balas #206 Syd\ catat

yaya kat putrajaya..

sherrina???trlibat dengan charity works ni ek???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 03:03 PM | Show all posts

Reply #207 yaya_owez's post

dia salah sorang
yang volunteer ajar IT ke apa
tak silap

kat salah sebuah rumah anak yatim sthing like that
kat kajang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2009 09:10 AM | Show all posts
oic ye ke..
yaya pun ingat cmtu la, nk share ilmu with diorang...
kajang pun dh dekat dh ngn area yaya...
hrrmm....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 09:40 PM | Show all posts
PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK2 YATIM DAN MISKIN AL-MUNIRAH
RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH

Rakan-rakan sekalian,

Sukacita dimaklumkan kepada kenalan-kenalanku semua bahawa sebuah rumah anak yatim yang dikenali sebagai "Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah" yang terletak di Klang (seperti peta yang tertera diatas) amat memerlukan bantuan dari kita semua.

Saya difahamkan bahawa rumah anak yatim ini bukanlah dibawah naungan kerajaan negeri dan hanya dikelolakan oleh seorang hamba Allah yang baik hati dan sungguh mulia demi menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu yang miskin dikawasannya. Keadaan mereka sungguh daif dan menyedihkan dan memerlukan bantuan orang ramai dengan seberapa segera agar kehidupan anak yatim tersebut tidak terabai dan dapat hidup seperti anak-anak yang lain. Menurut pengelola tempat tersebut, En. Jalil, sebelum ini sebuah syarikat swasta, TOSHIBA, telah bermurah hati untuk memberi sumbangan setiap bulan namun setelah syarikat tersebut menutup cawangannya di Malaysia, kini mereka terpaksa mengharapkan belas ihsan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan harian.

Kunjungan rakan-rakan saya baru-baru ini mendapati keadaan mereka sungguh menyedihkan, apatah lagi pengelolanya, En Mohd Jalil Marzuki (yang juga memiliki 7 orang anak) terpaksa mengelolakan 46 orang anak-anak yatim piatu termasuk menguruskan tempat tinggal, makan, pakaian dan sebagainya. Melalui perbualan telefon diantara En Jalil dengan saya pagi tadi, beliau memaklumkan bahawa setiap bulan rumah anak yatim tersebut memerlukan perbelanjaan sekitar RM25 ribu untuk menampung kos keperluan hidup (makanan dan sebagainya).

Dari sumber yang lain pula, saya difahamkan kadang-kala makanan mereka terpaksa dicatu kerana masalah kewangan.

Sehubungan dengan itu, jika sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan/derma/sumbangan dalam apa jua bentuk, adalah amat dialu-alukan oleh beliau.

Berikut adalah butiran lanjut mengenai rumah anak yatim tersebut:-

Nama rumah : Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin AL-Munirah

Alamat : Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat,41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Pengelola : Mohd Jalil B Marzuki (Pembantu Am)

No Telefon : 03-3324 7758 atau 019-644 7949 (En Jalil)

No Faks : 03-3324 0906

Jumlah pelajar : 45 orang

[24 pelajar lelaki dan 21 pelajar perempuan (12 orang masih di peringkat sekolah rendah)]

Antara barangan yang diperlukan dan harapan mereka:-
1. Barangan keperluan harian (tolietries
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 09:46 PM | Show all posts
AHLAN WA SAHLAN PELAWAT PERSATUAN KEBAJIKAN AL-FURQAN
LATAR BELAKANG

Usaha menubuhkan Persatuan Kebajikan Al-Furqan ini bertunas daripada rasa sedar dan keperihatinan yang mendalam terhadap menunaikan tanggungjawab ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang progresif dan berpengetahuan luas dalam bidang agama sekaligus membenteras ummiyatud dinniyah (buta agama). Ia juga bakal menjadi sarana penyalur bagi menampung keperluan golongan yang kurang berkemampuan daripada kalangan masyarakat marhein seperti golongan fakir miskin, anak-anak yatim, warga emas, muallaf (saudara baru) dan sebagainya agar mereka dapat merasakan kenikmatan pendidikan, ekonomi dan sosial seperti orang lain.
Bagi mencapai impian ini, sejumlah besar peruntukan diperlukan bagi membiayai penubuhan Persatuan yang dimaksudkan. Peruntukan di atas adalah bagi menampung segala perbelanjaan yang mendasari empat aspek penubuhan iaitu; pembinaan, pembangunan institusi pendidikan (pondok moden), pentadbiran dan pengurusan. Namun Persatuan Kebajikan Al-Furqan yang menjadi penaung dan penaja kepada terbinanya Madrasah Manabi抲l Ulum yang bakal berfungsi sebagai pusat pengembangan dan kecemerlangan ilmu-ilmu Islam dan wadah bagi menampung pelbagai keperluan golongan marhein tersebut akan berusaha memenuhi keperluan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekitar.
Semoga dengan tertubuhnya Persatuan Kebajikan Al-Furqan ini, akan dapat merangsang keprihatinan kita terhadap golongan yang amat dahagakan bantuan dan simpati daripada kita. Mudah-mudahan usaha ini akan menjadi teras kearah membina sebuah masyarakat yang bersatu-padu, harmonis dan berilmu sejajar dengan Rukun Negara kita.

SEJARAH PENUBUHAN

Gagasan untuk menubuhkan Persatuan Kebajikan Al-Furqan ini berputik daripada cetusan idea beberapa orang jemaah yang berminat dengan harapan agar dibina pusat pengajian Islam bagi menampung keperluan golongan fakir miskin, anak-anak yatim, muallaf dan warga emas khususnya dan masyarakat setempat amnya.
Hasil daripada maklumat dan penerangan yang diberikan kepada masyarakat setempat iaitu Tuan Haji Md Hussain b. Abbas yang telah bermurah hati menawarkan tanah untuk diwaqafkan milik adiknya; En Maaruf b. Abbas dan Raayah bt Abas seluas 8 ekar di Lot 1283 dan 1284, Batu 10, Lekir Setiawan.
Ekoran daripada cetusan idea tersebut, satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada sembilan orang ahli jawatankuasa telah dibentuk. Tanggungjawab utama Jawatankuasa Penaja ini ialah untuk merangka dan menyediakan draf kertas kerja projek menubuhkan dan menguruskan pusat pengajian Islam tersebut. Pada 21 Disember 2004, berlaku mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Penaja itu dan hasilnya sebulat suara bersetuju bahawa akan ditubuhkan persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Al-Furqan bagi mengurus dan menyelenggarakan projek membina pusat pengajian tersebut. Dalam perbincangan ini juga diputuskan bahawa nama pusat pengajian tersebut ialah Madrasah Manabi抲l Ulum dan pembiayaan penubuhan Persatuan ditanggung daripada yuran keahliannya manakala projek pembinaan madrasah pula hasil daripada derma, infaq, waqaf dan zakat daripada orang ramai. Draf Undang-undang Tubuh dan segala syarat penubuhan Persatuan telah siap dihantar pada awal Januari bagi mendapatkan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

TUJUAN/MATLAMAT

Matlamat Persatuan Kebajikan Al-Furqan terbahagi kepada beberapa aspek:

(1) Dakwah
- Berusaha menghapuskan buta agama
- Berusaha untuk memberikan penerapan ilmu kepada masyarakat
- Berusaha menjadi jambatan kepada masyarakat bukan Islam mendekatkan diri dengan Islam.

(2) Pendidikan/Tarbiyah
- Meningkatkan tahap keilmuan masyarakat
- Mendekatkan golongan muda kepada kehendak beragama

(3) Ekonomi
- Menjadi penyalur kepada membantu meningkatkan ekonomi golongan warga emas, fakir miskin, anak-anak yatim, muallaf dan masyarakat sekitar khususnya dan pemangkin ekonomi Negara amnya.

(4) Kebajikan/Kemasyarakatan
- Berusaha menjaga kebajikan warga emas, anak-anak yatim, fakir miskin, saudara baru dan masyarakat setempat khasnya dan Malaysia amnya.
- Menjadi wadah bagi segala aktiviti kemasyarakatan demi meningkatkan perpaduan masyarakat.


http://manabiululum.blogspot.com ... awat-persatuan.html
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:17 AM | Show all posts
kite pun rasa tingin nak melibatkan diri..tapi tak tau kat mana. kalo kekawan ada buat xtvt bole la join..

off topic - kalo ada xtvt gi umah orang tua2 pun ok gaks
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:05 PM | Show all posts
trigin gak nak terlibat ngan kerja2 amal ni.. next time klu ada aktiviti leh lah inform kat sini..InsyaAllah saya akan joint
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 05:04 PM | Show all posts


Kediaman Anak Yatim dan Dua抐a
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 05:09 PM | Show all posts
Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa'

Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa' adalah sebuah rumah anak yatim persendirian yang menjaga dan menguruskan anak-anak yatim dan saudara baru. Ianya wujud hasil dari usaha Pengerusi "Persatuan Kebajikan Teratak Shifa' Kuala Lumpur/Selangor" selaku Pengasas Rumah ini iaitu Hjh Thom @ Che Tom Binti Hj Ujang. Segala belanja permulaan penubuhan ini adalah dari wang beliau sendiri.


No. 5, Lorong Bunga Cina, Taman P. Ramlee, Setapak, 53000 Kuala Lumpur
Tel: 017-3387959
Fax: 03-40234818
Email: shifa_praktis@yahoo.com



http://teratakshifa.blogspot.com/search/label/Introduction
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2009 02:31 PM | Show all posts
Sedia terima sumbangan walau RM1
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my



TEKUN....penghuni Rumah Titian Kaseh tekun mentelaah
pelajaran.

KUALA LUMPUR: Selama 11 tahun mengusahakan pusat jagaan menempatkan anak terbiar, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal, tidak pernah sekali pun dia menolak pemberian orang ramai walaupun sekecil RM1.

Selaku orang bertanggungjawab mendirikan Rumah Titian Kaseh (RTK) berdekatan Taman Tasik Titiwangsa di sini, dia sudah menerapkan dalam dirinya supaya tidak memandangkan enteng sumbangan orang, sebaliknya menghargai rezeki diterima.

Malangnya, baru-baru ini ada pihak tidak bertanggungjawab cuba membuat onar mendakwa kononnya dia menolak rezeki, malah tidak menghargai sumbangan dihulurkan buat 85 penghuni pusat jagaan itu termasuk 37 anak yatim, 12 OKU dan tujuh ibu tunggal.

Syarifah Adlan, 53, berkata tidak pernah terdetik di hatinya meminggirkan mahupun bersikap memilih sumbangan mana-mana pihak sama ada individu atau korporat kerana sedar keupayaannya mengemudi RTK.

“Saya bukan orang senang atau mendapat tajaan syarikat tertentu untuk membuka RTK, sebaliknya berusaha atas kudrat sendiri mencari dana dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyara penghuni di sini.

“Setiap bulan banyak perkara perlu dilunaskan... mana nak fikir belanja makan minum mereka, kos minyak untuk van menghantar budak ke sekolah, belanja harian dan lebih-lebih lagi sewa dua rumah didiami ini.

“RTK bukan ada tanah atau bangunan sendiri kerana tiada keupayaan, sebab itu sehingga kini selepas 11 tahun beroperasi kami masih menyewa bermula di Gombak hingga di sini,” katanya ketika ditemui, di pusat jagaan RTK, semalam.

Syarifah yang mesra disapa Mak Pah berkata, penderitaannya makin bertambah ketika ini apabila banglo yang menempatkan 53 OKU, anak yatim perempuan dan ibu tunggal terpaksa dikosongkan kerana pemilik mahu mengambilnya semula.

Katanya, dia runsing memikirkan perkara itu berikutan tidak mempunyai dana mencukupi bagi membeli premis terbabit, apatah lagi sumbangan lebih RM30,000 yang diterima setakat ini hanya cukup untuk belanja pengurusan.

“Saya tak tahu apa akan jadi pada kami jika banglo terbabit diambil semula...nak harapkan banglo satu lagi hanya muat menampung anak-anak lelaki, lagipun takkan nak campurkan mereka.

“Tapi saya percaya Tuhan Maha Adil dan rezekinya ada di mana-mana, malah saya yakin ada pihak berhati mulia akan membantu kami,” katanya yang berasal dari Sungai Dua, Pulau Pinang dan mempunyai tiga anak.

Wanita berhati cekal itu juga mengharapkan pihak membuat tohmahan itu bersemuka dengannya sekiranya terdapat perkara kurang senang selain dia sendiri bersedia menjelaskan apa jua perkara bagi membetulkan keadaan.

Menurutnya, orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubunginya dengan menelefon 019-6455769 atau 03-40255246.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2009 10:24 AM | Show all posts
Sentral: 'Di mana kami akan berlindung'
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my


SHARIFAH (kanan) bersama penghuni Rumah Titian Kaseh.

Penghuni RTK dalam dilema selepas pemilik mahu jual banglo didiami

KUALA LUMPUR: "Kami berserah kepada Allah dan berharap ada rezeki kami semua yang berada di pusat perlindungan ini," demikian luahan Penyelia Rumah Titian Kaseh (RTK), Sharifah Adlan, 53, yang buntu memikirkan nasib penghuni rumah perlindungan itu terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) selepas banglo setingkat yang disewanya untuk tujuan itu bakal diambil semula pemiliknya hujung bulan ini.

Katanya, apa yang beliau difahamkan oleh pemiliknya, rumah berkenaan yang disewa RM5,000 sebulan, sejak lima bulan lalu akan dijual.

“Sejak berita mengenai pemilik ingin mengambil balik rumah ini, kami yang berada di sini, tidak tidur malam kerana risau memikirkan di mana kami akan tinggal selepas ini.

“Kami tiada wang untuk membelinya apatah lagi harga yang dimaklumkan mencecah RM2.7 juta. Tiada siapa yang tampil untuk membantu mencari tempat baru menempatkan mereka ini,” katanya ketika ditemui semalam.

RTK yang ditubuhkan pada 1998, berfungsi sebagai pusat penjagaan ibu tunggal dan anak yatim dan pada awalnya bertapak di Gombak. Selepas beroperasi hampir 11 tahun ia berpindah di Lorong Maran, Taman Tasik Titiwangsa, dekat sini.

Jumlah penghuninya ialah 85 orang terdiri daripada bayi berumur dua bulan hingga ke warga emas berumur 70 tahun yang berlindung di dua buah rumah yang disewa dan terletak berhampiran antara satu sama lain di kawasan berkenaan.

Sejak ditubuhkan, kira-kira 400 orang mendapat perlindungan dari RTK dan manfaat daripadanya.

Sharifah atau mesra dipanggil Mak Pah berkata, RTK tidak pernah ditawarkan dana bagi menyediakan rumah atau bangunan yang khusus untuk menempatkan penghuninya secara tetap.

“Semua kemudahan penghuni disediakan sendiri selain bantuan daripada individu dan syarikat swasta yang sudi menjenguk penghuni di sini.

“Mujurlah baru-baru ini ada pihak sudi mendermakan RM30,000 kepada RTK untuk digunakan bagi menyediakan keperluan asas penghuni di sini,” katanya yang mempunyai tiga anak perempuan dan menetap di tempat sama.

Pada pertemuan itu, kelihatan beberapa penghuni sibuk memilih dan mengasingkan pakaian yang didermakan oleh Kedutaan Arab Saudi untuk diberikan kepada ibu-ibu tunggal dan difahamkan selebihnya akan dijual untuk menjana pendapatan bagi keperluan penghuni rumah itu.

Ketika ditanya mengenai cabaran mewujudkan rumah perlindungan seperti ini, bekas bidan itu berkata, beliau sangat terkilan apabila ada pihak menggunakan RTK untuk mengutip derma demi kepentingan peribadi.

“Tidak dinafikan wujud kes seperti ini di mana ada pihak tidak bertanggungjawab menjaja nama RTK yang kononnya untuk dimasukkan ke dalam tabung kami.

“Semua itu, bohong belaka... kami tidak meminta sedekah seperti itu kerana kami menghasilkan pelbagai produk yang dibuat ibu tunggal untuk dijual bagi memperoleh pendapatan bagi menampung kos perbelanjaan penghuni di sini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mak Pah di 019-6455769 atau 03-40255246.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 05:13 PM | Show all posts
thn x syd..bg sume add anak2 yatim ni..

tingin nak bantu dorangg.. tp..masenye belum tibe..

InsyaAllah moge aku di bantu, utk membantu mereka..saba ye syggg....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2009 03:21 PM | Show all posts
salam syd,

Saya mai dr kelab bermotor perodua viva malaysia (VIVAC)...insyaallah pd bln ramadhan nanti kelab saya akn menganjurkan mjlis berbuka puasa bersama ank2 ytm bagi meraikan n memberi sumbangan kpd mereka..insyaalah dpt membantu meringnkn beban mereka...kalau boleh kami mencari rumah anak-anak yatim yang berdekatan hulu langat, cheras dan kajang..kalau boleh saudara syd senaraikan disini dapat membantu saya.tq syd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.076710 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list