CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: shokuji10

Solat Dhuha, Tasbih & Sunat (merged: nurulazzah, ummy43, hird)

[Copy link]
Post time 22-9-2005 08:03 PM | Show all posts
Tumpang tanya,

Aku tengok ada banyak version of sembahyang hajat. Ada yang niat hajat tu dinyatakan masa sujud yang terakhir, ada yang niat hajat tu masa baca doa selepas bagi salam. Ada solat hajat kena baca 11 kali surah al-Kafirun di rakaat pertama dan 11 kali al-Ikhlas di rakaat kedua, ada pulak yang baca kedua-dua surah ni sekali saja.

So, aku nak mintak tolong sedara saiful atau sesiapa yang arif menjelaskan kekeliruan ini.

Tima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2005 01:13 AM | Show all posts
salam,

semua yang awak sebutkan itu biasa aku dengar. Amalan yang seperti itu mungkin telah di syorkan oleh Imam Syafie atau Al Ghazali, aku lupa...  Tetapi semunya boleh pakai. Kalau awak lebih senang berdoa ketika sujud yang akhir, awak buatlah yang tu.  Kalau awak mampu baca Al Kafirun dan Al Ikhlas 11 kali itu lebih baik dari baca sekali sahaja.

Peringatan; ketika awak berdoa di dalam sujud tu, bukan dengan lafaz lidah tetapi hanya lafaz hati sahaja kerana dengan lafaz lidah akan membatalkan solah awak. Wallahu a'lam.

Namun demikian aku tidak buat yang tu, aku lebih senang berdoa selepas salam. Bacaan dalam solah aku baca surah Yassin atau mana2 surah pilihan dalam juzuk ke 29.....


Aku minta pandangan dari saudara2ku yang lain, jika ada.




Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2005 04:01 PM | Show all posts

niat sembahyang taubat dgn betul..

asalamualaikum...

kekawan sekalian, boleh tak terangkan niat utk sembahyang taubat berserta
cara-caranya yang betul utk saya mempraktikkan utk sembahyang taubat nanti...

terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 10:28 PM | Show all posts

salam,

Cara sembahyang sunat taubat serupa dgn sembahyang sunat yg lain.  Niatnya...

"Sahaja aku sembahyang Sunat Taubah dua rakaat kerana Allah Taala.  Allaahu akbar"

Ssesudah salam hendaklah memperbanyakkan astaghfar dan memohon keampunan kpd Allah, dan ucapkan berulang kali...

"Astaghfirullahal 'azhim, Alladzii laa ilaaha illaa huwal haiyul qaiyum wa atuubu ilaih".

good luck

[ Last edited by fleurzsa at 17-11-2005 10:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 09:29 AM | Show all posts
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN

Saya ingin bertanya mengenai solat sunat di masjid. Apabila sampai di masjid, bilal sedang melaungkan azan Zuhur. Rasulullah s.a.w. menyarankan supaya kita jangan duduk sebelum mendirikan sembahyang sunat tahiyatul masjid apabila memasuki masjid. Justeru, selepas azan, adakah perlu diutamakan sembahyang sunat tahiyatul masjid atau sembahyang sunat rawatib Zuhur?

JAWAPAN

Sembahyang sunat sebelum Zuhur termasuk dalam solat sunat rawatib muakkad (yang dituntut). Solat sunat rawatib ada waktunya. Waktunya ialah apabila masuknya waktu solat fardu, antaranya ialah fardu Zuhur.

Apabila masuk waktu sembahyang Zuhur maka yang berhak pada waktu tersebut ialah solat sunat rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat tahiyatul masjid.

Dengan mendirikan solat sunat rawatib qabliyyah Zuhur, ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat tahiyatul masjid.

Hadis yang saudara sebut di atas adalah teguran Nabi s.a.w. kepada sahabat yang masuk masjid lalu duduk tanpa mendirikan solat sunat tahiyatul masjid. Pada ketika itu sunat qabliyyah Jumaat tidak ada maka Nabi s.a.w. menyuruh sahabat tadi jangan duduk selagi mana tidak menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

Solat sunat qabliyyah pada hari Jumaat adalah anjuran khalifah Uthman r.a. dan Imam al-Syafie mengiranya sebagi sunat muakkad.

Kesimpulannya, apabila saudara masuk ke dalam masjid dan saudara mendapati muazin sedang melaungkan azan Zuhur maka saudara hendaklah mendengar azannya sampai habis. Kemudian saudara tunaikan solat sunat rawatib. Solat sunat rawatib tadi dapat menandingi fadilat solat sunat tahiyatul masjid.

- Sebarang soalan untuk ruangan Kemusykilan Agama boleh dihantar melalui e-mel ke agama@utusan.com.my atau ke Ruangan Agama, Utusan Malaysia, 46M,

Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin,55200 Kuala Lumpur.

Faksimile: 03-9222 4967.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060865 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list