CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35844|Reply: 16

KOLEKSI PANTUN, SYAIR GURINDAM......

[Copy link]
grugals This user has been deleted
Post time 18-7-2005 07:31 PM | Show all posts |Read mode




gru rasa sayang kalau khazanah camni di lupa kan atau tak tau langsung...nanti generasi selepas kita tak tau apa..

kat thread ni..harap korang boleh share pantun2 lama yg korang tau..gurindam ke..sajak ke..atau apa saje yg berkaitan dengan seni2 camni..paste kat sini..setiap yg paste kat sini..akan dpt kedit:cak:


[ Last edited by grugals on 19-7-2005 at 12:52 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2005 05:24 PM | Show all posts
Ulek Mayang

Ulek mayang kuulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggul sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggul sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggul sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggul sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Kutahu asal usulmu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang kuumbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang kupulih
Pulih balik sedia kala
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2005 04:07 AM | Show all posts
Pantun Dondang Sayang

[Perempuan]

Limau lelang di tepi lubang
    Petik benihnya di hujung dahan
Harimau garang duduk menyangkung
    Kalau kau berani, lalu di depan

[Lelaki]

Angkut-angkut membuat sarang
    Jatuh berderai diatas peti
Apa ditakut harimau yang garang
    Sebelum ajal berpantang mati

[Perempuan]

Tinggi, tinggi rumah Chek Long  
    Di bawahnya dibuat kedai kain
Alangkah bisa ular tedung
    Bolehkah di tangkap buat main?

[Lelaki]

Tinggi tinggi rumah Chek Long,
    Dibawahnya dijual air pokok,
Gua tak takut ular tedung,
    Kerana gua ular senduk.

Api-api sepanjang pantai
    Nibung terlentang di Tanjung Tuju,
Niat di hati jikalau sampai
    Niat cantik tentu tertumbuh

Orang kaya bersuka-suka
    Membuang wang tiada berhingga
Kesian miskin apakah daya
    Tiada makan tiada belanja



*Pantun ini dilagukan dalam Dondang Sayang
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2005 08:39 PM | Show all posts

Gurindam Pak Pandir

"Pandai Pak Pandir!
Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis badan tergadai!

Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkok onak
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga yang menanggung..

Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram.


Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2005 09:49 PM | Show all posts

Alamat Hari Nak Siang

Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga;
Orang tua berkalih tidur;
Berbunyi kuang jauh ke tengah,
Sering lanting riang di rimba,
Melenguh lembu di padang,
Sambut menguak kerbau di kandang,
Berkokok mandung, merak mengigal,
Fajar sadik menyinsing naik,
Kicau-kicau bunyi murai,
Taptibau melambung tinggi,
Menguku balam di hujung bendul,
Terdengar puyuh panjang berbunyi,
Puntung sejengkal tinggal sejari,
Itulah alamat hari nak siang....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2005 06:52 PM | Show all posts
PANTUN  MELAYU








Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat

**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah

**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan

**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati

**********

[ Last edited by grugals at 25-9-2005 06:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
grugals This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2005 07:00 PM | Show all posts
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********


                                      
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2005 07:01 PM | Show all posts
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********

                                      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


grugals This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2005 07:02 PM | Show all posts
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********


                                    
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2005 07:04 PM | Show all posts
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********

                                    
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2005 07:05 PM | Show all posts
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********


                                      
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
 Author| Post time 25-9-2005 07:06 PM | Show all posts
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
  Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********

                                    
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 05:05 PM | Show all posts
Satu thread yang baik ...........

Pantun2 dan gurindam banyak terdapat dalam lagu2 asli.  Pantun, suatu ketika dahulu menjadi alat komunikasi orang Melayu dalam keadaan mesra dan indah. Kini pantu habis2 diguna dalam  upacara peminangan atau perkahwinan sahaja. Itupun sedikit sahaja kerana  yang berkenaan selalunya mengambil jalan yang mudah dan direct. Demikianlah juga dalam percakapan....ingin direct saja....tak payah bayangan2 maksud.

Dulu, masa zaman joget lambak, ramailah pemantun2 yang berkebolehan. Sekitar 1970an Majlis Agama Islam Negeri Melaka telah melarang joget lambak.

Diantara lagu2 yang biasa didendangkan ialah:

Serampang Laut
-------------------

Ini lagu Serampang Laut,
Padang Temu jaug sempadan;
Layar dikembangkan kemudi kupaut,
Kalau tak laju celakalah badan.

Burung serindit terbang melayang,
Turun ke tanah makan padi;
Bukan ringgit dipandang orang,
Tapi pandang bahasa dan budi.

Jambu Merah
---------------
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas Duduk raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah daun kayu

Korus:

Merah jambu merah,
Sama dengan jambu batu;
Pakai baju merah,
Pakaipula kain biru,
Alah sayang berkain biru.

Atau:

Rumah tepi sawah
pakai langsir warna biru;
Emak jangan marah,
Tahun depan dapat menantu,
Alah sayang dapat menantu.

Atau;

Merah jambu merah,
Liang lintuk batang padi;
Jangan adik marah,
Lain kali jumpa lagi,
Alah sayang berjumpa lagi.


Hope this counts.

[ Last edited by  hamizao at 30-8-2006 05:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2006 12:08 AM | Show all posts
Bercerai Kasih

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana obornya;
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya.

Korus:

Bercerai kasih bercerai sayang,
Hilang kekasih terbayang-bayang.
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
 Author| Post time 1-9-2006 02:43 AM | Show all posts
gru akan mula.. kan balik thread ni...jemput2lah sesape yg pandai berpantun ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2006 01:09 AM | Show all posts

Pantun2 Budi

Tabur-tabur benih padi,
Padi semantung dari seberang;
Cuba-cuba menabur budi,
Untung-untung diterima orang.

Buah salak sayur keladi,
Dari Daik bawa berempat;
Jangan salah menabur budi,
Harap yang baik buruk yang dapat.

Turun ke ladang menanam keladi,
benih ditanam jarang-jarang;
Sudah nasib dikatakan budi,
Kalau ada dikenang orang.

Kereta lembu berkajang lentik,
Kena dengan pasang lembunya;
Kata budi hatipun baik,
Tersalah tempat buruk padahnya.

Adik beradik dara berempat,
Duduk terlunjur mengayam ketupat;
Sudah ditelek dalam makrifat,
Budi ditabur tak salah tempat.

(Bersambung ........tak larat taip ..)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2010 10:49 PM | Show all posts
aku nak syair kemerdekaan.. ade x sape2 ade?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.153092 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list