CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CoKeLat-RaWkZ

[Kompilasi] AYAM

  [Copy link]
Post time 3-11-2006 06:40 AM | Show all posts
Aye Goreng Pa'pek [tunteja78]

resepi kawan bagi..ni kire masakan siam sebenarnya..biasa org buat guna belut..tp bg yg x makan belut cm teja leh guna ayam..or sotong


bahan blend:

bawang putih
belacan
kunyit
serai
lado burung/cili padi

bawang besar -hiris
tomato
daun limau purut - rampaikan

cara:
-tumis bahan blend sapa kering
-masukkan ayam
-biarkan sampai air ayam tu agak kering (api jgn besar sgt), masuk hirisan bawang  besar, tomato dan hirisan daun limau purut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 06:42 AM | Show all posts
Ayam goreng Madu [chemist_UTM]

ayam ni sebenarnya asalnya dibuat utk nasi ayam..tp buat goreng utk ratah2 dan makan dgn nasi putih pun sodap..

Bahan2:-
4 ketul kepak ayam / dada ayam / peha
kunyit serbuk
garam
penambah perisa
6 s/b madu
2 s/b kicap manis cap kipas udang

Cara2:
1) basuh ayam bersih..rebus ayam dgn air sehingga ayam empuk..jika gunakan dada/peha ayam,kelar skit ..

2) kemudian gaulkan dgn kunyit,garam dan penambah perisa (mcm biasa nak goreng ayam)

2) lepas tu gaulkan dgn kicap manis tadi..

3) gaulkan pula dgn madu..

4) perap around 1 hr..lagi lama lagi best coz bahan meresap ke dalam..

5) kemudian goreng dgn apa yg sederhana..tak perlu terlalu lama coz ayam dah masak bila direbus tadi..elok2 garing2 je..jgn sampai hitam/hangus..nanti pahit..

baki bahan yg kita perap tadi,selalunya chem gunakan utk buat sos kicap utk di renjis atas ayam..samada utk nasi ayam atau makan dgn bubur nasi..

sos kicap

bahan2:
lebihan bahan yg ada masa kita perap ayam tadi
1 kiub perencah ikan bilis maggi
4 sudu madu
3 sudu sos tiram
10 sudu kicap manis kipas udang

cara2:
campurkan semua bahan..masak diatas api kecil dan sentiasa kacau bahan2 sehingga pekat..rasa..jika kurang manis/masin,tambah skit lagi kicap manis atau garam..

air rebusan ayam plak,selalu buat sup nasi ayam..tp kalau buat ayam ni utk makan dgn bubur nasi,air rebusan ayam tu digunakan utk masak bubur nasi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:37 PM | Show all posts
KUZI AYAM

Versi 1 [niceghost]

Bahan bahan:

1 ekor ayam di potong 12
Bahan A
10 ulas bawang merah di mayang
5 ulas bawang putih di mayang
3 sm halia

100gm rempah briyani
100 gm tomato puri
1 batang k.k.manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 tin susu cair
2 biji cili merah di belah 2
Sedikit kacang pis
Sedikit daun ketumbar
1 biji buah tomato di belah 2
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak n garam

Cara membuat:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dlm kuali. Tumis bahan A hingga berbau.
2. Masukkan rempah briyani, k.k.manis, buang cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng hingga garing.
3. Masukkan tomatol puri, tomato dan susu cair.
4. Apabila mendidih, masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Taburkan kacan gpeas, cili merah dan daun ketumbar. Masak lagi hingga kering.


Versi 2 [nurin]

1/2 ekor ayam - potong 4 dan goreng

Bahan A
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan B
Kisar/blend halus
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan C
1/2 peket rempah kuzi
4 sudu tomato puree
4 sudu sos cili
4 sudu sos tiram
1/2 cawan susu cair
1 gelas santan pekat
sedikit susu pekat
Serbuk lada putih.
Garam

Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B yang dah digaul dengan rempah dan sos. Masak hingga rempah masak. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan susu cair. Bila dah agak pekat masukkan santan, dan bahan lain.
Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng. Boleh tambah bawang goreng, kismis dan gajus.


Versi 3 [hanieliza]



KUZI AYAM

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas  bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan  ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih  atau roti.

[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 04:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 09:38 AM | Show all posts
AYAM PENYET PALEMBANG [cranko21]
Sumebr : http://cyberita.asia1.com.sg/


Bahan-Bahan A
(untuk merebus ayam):

1 ekor ayam(belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2000 ml air
garam secukup rasa

Caranya:

- Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
- Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
- Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu.
- Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng.
- Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
-Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

Tip: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi.
Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersamanya.

Bahan-Bahan B
(untuk goreng ayam):

2 biji telur175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci, toskan dan sangan jintan kemudian tumbuk)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh lada serbuk
garam dan air secukupnya

Caranya:
- Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
- Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
- Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
- Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam secara terendam hingga ayam masak.


Bahan-Bahan C
(untuk nasi dan sup)

1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
1/2 cawan minyak bijan
6-8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
garam secukup rasa
air rebusan (stok) ayam secukupnya

Caranya:

- Tapis secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya semua bahan rata dan masaklah nasi seperti lazimnya.
- Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuang ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup (saderi), daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.


Bahan-bahan D
(untuk sambal dan ulam)

2 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
secukup ulam (kacang botor, ulam raja, timun, penggaga)

Caranya:

- Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat
- Sajikan bersama ulam, nasi dan Ayam Penyet.


Bahan-bahan E
(untuk Sos Hitam)

1/2 botol sos tiram
1/2 botol air
segenggam gula pasir
sedikit minyak bijan

Caranya:

- Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.


Nota 1: Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras.
Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Nota 2: Jika suka, anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan lima batang lada merah, 3 biji lada padi, 1/2 camca gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 10:38 AM | Show all posts
Ayam Goreng

Versi 1 [esciemo]

bahan bahan :
ayam
asam jawa
garam
ajinomoto
sedikit serbuk kunyit (kalo tak nak letak pun takpe)

cara
campurkan ayam dgn semua bahan tadi n then goreng .jangan terkejut sebab ayam nih akan jadi hitam..tapi sedapp

Versi 2 [Nek_fiona]

ayam 1/2 ekor
kunyit hidup satu inci
halia 1/2 inci
serai 2 btg
bwg putih 2 ulas
bwg merah 5 ulas
minyak masak

Panaskan minyak dan masukkan serai yg di ketuk bersama dgn bahan2 yg diblend spt kunyit,halia,bwg putih,bwg merah.Kalau suka pedas tambah cili boh.Masukkan ayam dan masak sampai ayam keluar minyak dan garing..Minyak ayam berlebihan boleh di simpan dan digunakan masa nak buat nasi goreng.Sesuai dihidangkan bersama asam pedas.


Versi 3 [ciku_nunu]

2 sudu besar rempah tandoori
2 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa
2 ulas bawang merah -kisar
1 ulas bawang putih- kisar
resepi ni biasanya guna 4 keping kepak ayam yg kecik comel je..
marinate dalam sejam......

dah tu goreng cam biasa...

AYAM GORENG TOMYAM [hanieliza]

Bahan
300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
4. Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.


Pandan Chicken [Shidaaziz]
Sumber: http://importfood.com/recipes/chickeninleaves.html

2 atau 3 keping dada ayam dipotong sederhana

Marinade

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar bawang putih cincang
1 sudu besar bawang halia cincang
secubit serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung beras
1 daun pandan hiris

1. Campurkan semua bahan perapan dengan ayam. Perap selama lebih kurang 2 atau 3 jam.
2. Bungkus 2 ketul ayam dengan daun pandan.
3. Goreng hingga masak.
4. Hidangkan segera.

[ Last edited by  nhuda at 12-4-2007 12:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 12:30 PM | Show all posts
Ayam Goreng ala KFC

Versi 1[CoKeLat_RaWkZ]

tepung gandum
garam
ajinomoto
lada sulah
serbuk cili
serbuk ketumbar
serbuk jintan
telur dipukul

ayam yang dah dipotong, dicelup ke dlm telur yg telah dipukul.  bedak-bedakkan ngan campuran tepung tadi.. dan goreng terendam dlm minyak  panas sampai keemasan. kena salut betul2 baru dpt efek ayam OR.


Versi 2 [cranko21]

guna campuran
tepung beras dan tepung gandum, sedikit garam, allspice powder, cillie powder.
(anggaran 3 cwn tepung beras & 1/2 cwn tepung gandum)

ayam tu u cuci bersih then rendam dlm air bicarbonate soda untuk at least 10 to 15 minits, tos airnya dan masukkan bahan2 kering tadi..jgn tambah air.. air dari bicarbonate soda tadi dah mencukupi.
biarkan dia bersalut dan bergentel2 pun tak pe...
panaskan minyak dan gorengkan ayam...
lepas masukkan ayam .. api turn to medium agar isi bahagian dlm ayam pun masak.

Versi 3 [ayang77]

bahan-bahannyer :

2 cawan tepung gandum
4 cawan biskut lemak ( di blender sampai halus )
kiub ayam
serbuk lada sulah
garam secukupnyer
sedikit rempah kari

caranyer :

gaulkan kesemua bahan2 di atas.pas tu bole ler gaulkan ayam..udang ..sotong..kupang..cendawan ker....dgn telur..pas tu gaulkan kat tepung..goreng...emmmm pasti sedap..cubalah...

p/s :  kalau nak ayam goreng anda sebijik cam kat KFC tu senang jerk..nie ayang dapat pun dari pekerja dier gak..
         guna tepung segera pun bole..lagi sedap....amik dalam 5~6 sudu tepung KFC...bancuh dgn air (mcm nak bancuh   
         tepung pisang goreng ) masukkan ayam..perap dalam 1 ~ 2 jam...lepas tu gaulkan dgn tepung KFC dan goreng
         hasilnyer mmg sebijik cam kat KFC...

[ Last edited by  nhuda at 12-4-2007 02:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2007 02:14 PM | Show all posts
Ayam Goreng Berempah

Versi 1 [nano]

Ayam 5 ketul
tepung gandum (budget sendiri ;) )
daun pandan - 5 helai
gula
garam
cili kering yg dah dikisar ( 2 sudu besar)

Bahan untuk kisar/tumbuk:-

bawang merah 3 ulas
bawang putih 2 ulas
halia (1/2 inci)
kunyit hidup (1/4 inci)
jintan manis
ketumbar
serai

Campur semua bahan2 yg dah di kisar bersama tepung, gula dan garam kemudian masukkan sedikit air. Gaulkan dengan ayam, sedia utk di goreng.

Masa tgh goreng ayam, masukkan daun pandan dlm kuali, sebagai penambah aroma wangi.

Versi 2 [nano]

Ayam 5 ketul
Madu 1 sudu besar
Kicap 1 sudu besar
Garam
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 09:52 AM | Show all posts
Pelbagai Versi Ayam Goreng

Versi 1 [kacang^soya]

Bahan-bahan:

Kepingan ayam
Halia - diketuk
Lada hitam
Serbuk jintan manis (fennel powder)
Serbuk ketumbar (coriander powder)
Garam
Gula
Susu cair (lagi ideal kalau full cream)
Telur
Tepung gandum, tepung jagung & tepung naik sendiri

Gaul semua bahan-bahan dan perap kepingan ayam selama satu malam.
Celup ayam ke dalam telur, dan disalut dengan campuran tepung naik sendiri, tepung gandul dan tepung jagung.
Rangup dan tender kat dalam.

Versi 2 [zettyhani]

Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Garam
Kunyit

Tumbuk halus semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum digoreng.

Ayam Goreng Style Beriani [DianA]

Bahan-bahannya
1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
5 sudu besar pes halia dan bawang putih
1 biji telur
5 sudu besar serbuk cili
sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan manis
garam secukup rasa
tepung beras secukupnya

1) Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit.
2) Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
3) Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.

Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng


AYAM GORENG RANGGUP [dianA]

Bahan-bahannya
1 kilo kepak ayam, dibersihkan dan toskan
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
Tepung beras secukupnya

1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2007 01:03 PM | Show all posts
AYAM GORENG NENAS [antiQue]

Bahan :
Ayam dalam suku kilo, potong kecil macam nak biuat paprik
setin nenas dalam tin
2 ulas bawang putih dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
seinci halia dimayang
sepeket kecil serbuk kari
sebatang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
minyak, garam secukup rasa
1 sudu besar cili kering

Cara buat :
Ayam tu either digoreng dulu, atau direbus dgn sedikiiiiiit air... ikut suka lah. Lepas tu panaskan minyak, tumis bahan yg dimayang bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga kuning. lepas tu masukkan cili kering, masak hingga garing. Masukkan pulak serbuk kari, tumiskan hingga agak masak. Masukkan ayam dan nenas, biasanya saya campurkan juga sedikit air nenas ni supaya ada kuah sikit tak terlalu pekat. Gaul-gaul dan boleh hidang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057093 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list