CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 421154|Reply: 126

[kompilasi] BISKUT

  [Copy link]
Post time 19-8-2005 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by maisya at 10-8-2010 09:40

London Almond [Akak_Siti]

Bahan-bahannya(anggaran 130 pcs satu adunan)

250gm mentega
1/2 cawan gula caster
1 tsp esen vanilla
2 biji telur `A`(buang 1 putih telur)
1/2 cawan badan serbuk
1/2 cawan cornflake --di mesin halus dahulu
350 gm tepung gandum

lain-lain bahan

secukup badam biji--1 Kg boleh dapat dalam anggaran 700 biji kacang.Hendaklah dibakar dahulu(berasingan)sebelum disalut dengan doh.

cooking coklat--jika hendak coklat yang di salut cantik berkilat ,apabila mencairkan cooking coklat(double boil)masukkan kedalam coklat itu anggaran sebesar 1 kiub gula subtitude cocoa butter(jika guna cocoa butter tidak perlu guna butter atau lain-lain bahan untuk mengilatkan coklat itu)

paper cup

badam cincang--untuk hiasan

Cara-caranya.
mentega dan gula di pukul hingga sebati(jangan terlampau kembang seperti buat kek)

masukkan esen vanilla dan telur.

masukkan badam serbuk,cornflake mesin dan tepung gandum.

ambil sedikit tepung,letakkan badam biji dan bulat-bulatkan.

bakar selama 40 minit dengan suhu 180C

apabila telah sejuk,masukkan dalam cooking coklat yang telah dicairkan,masuk dalam paper cup dan hias dengan badam cincang.

Resepi ini saya dapat sewaktu pergi kelas untuk membuat biskut.
saya sudah cuba dan beberapa tahun dahulu pernah menjual.

Biskut Almond London [Magnolia]

250gm butter
150gm gula aising
450gm tpg gandum
1 biji kuning telur
2 sdt emplex
badam berkulit (bakar)
badam cincang (bakar)

topping:-
coklat masakan
spry

cara:-
mix butter ngan gula kasi sebati..
masuk kan telur..kacau2 jap
campur tepung ngan emplex..uli jap..
ambil tepung sket..masukkan badam berkulit ..wat kasik lonjong2..
pastu bakar 180'C..dlm 10 min atau sampai masak ler..
sejukkan..pastu tarok topping..n tabur badam cincang

resepi neh simple tapi mmg sedap bcoz biskut tu tak lemau..
sesetengah almond london neh dier lemau bile tarok choc..
lagi satu tujuan boh emplex tu utk elak biskut masuk angin masak kita dok tarok choc tu..pastu nk keraskan choc..biskut terbiar lamer kat luar ..kan..so kalu boh emplex neh tak de le biskut jadik lemau

*tepung tu pon taruk sket2..jgn tuang sume skali..sambil tu  uli ler..kalu rase dh cukup lembut tak yah boh abes..adunan neh tak leh keras sgt..nnt mase nk boh badam tu ..dier cam tak leh nk kepal2 jadik lonjong tuh..

BISKUT ALMONDS LONDON [hanieliza]

Bahan � bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum ........]
1/2 cawan tepung jagung .......]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula aising dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar telur puyuh dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biarkan sejuk daru dicelupan
8. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
9. Sejukkan dahulu baru disimpan.

This is my mom secret recipe...Almond London [Tenko]
Mak aku wat bisnes biskut nih.
100 biji = RM 33.
Thn lps2 RM 30 jek tp disbbkan almond naik harga so price pun kena la naik sikit.

200 g butter.
225 g Hong Kong flour.
100 g serbuk almond.
70 g icing sugar.
50 g tepung beras.
sedikit garam.
almond cincang (bakar).
almond biji (bakar).
esen vanila.

Pukul butter dgn gula hingga kembang. Masukkan Hong Kong flour, tepung beras, serbuk almond, garam dan esen vanila. Gaul rata dan uli hingga lembut. Then uli bulat2, masukkan almond. Bakar. Bila dh sejuk, celup dlm cooking chocolate, taruk dlm paper cup and taburkan almond cincang.

london almond...[effa]

500 gm tepung biscuits mix (beli kat kedai jual brg wat kuih / kek)
250 gm butter
1 biji telur
almond biji (bakar)
almond cincang (bakar)

1. mix tepung biscuits mix, butter & telur, sejukkan dalam peti ais utk sekurang?nya 2 jam
2. kemudian balut almond biji tu ngan adunan yang telah disejukkan tadi...
3. bakar selama 15 - 20 minit, pada 180 darjah celsius
4. biarkan sejuk, pastu celupkan dlm coklat yang dah dicairkan secara double boiler, masukkan dlm papercup
5. tabur almond cincang...
6. enjoy!~

Almond London [cahayaimani]

250gm buttercup
500gm tepung biskut mix (ada jual kat bakery supplier)
1 biji telur
1st teh emplex
sedikit tepung jagung

Cara2:
Gaul butter + telur...
masukkan tepung biskut mix + emplex then tambahkan tepung jagung hingga agak2 boleh gentel...gentel then siap dibakar...

Almond London - AnisSuraya(resepi asal dari Maklang)

1 ketul butter (250gm)
1 cawan gula halus
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh emplex (tak bagi pun tak apa, tepung beras + jagung tu dah cukup utk buat AL ni rangup)
1/2 cawan badam kisar atau gajus kisar

Gula + butter gaul sebati dalam bekas. Masukkan tepung beras dan tepung jagung dalam bekas tadi tu dah gaul sehingga sebati.kemudian masukkan emplex gaul lagi. kemudian masukkan tepung gandum sikit demi sedikit sehingga jadi doh yang lembut. Adunan mestilah lembut dan bukannya kering. last sekali masukkan 1/2 cawan badam kisar atau gajus kisar tu. gentel dgn buah badam (jgn buat besor2, nanti bila dibakar jadi tembam pulak, tapi kalu betul adunan tu lembutnya, insyaAllah, elok jer dia terletak masa dibakar, sebaik2nya saiz doh nak digentel tu sama besar dgn biji badam tu). Bakar hingga masak.sejukkan sebelum celup dgn coklat.
-double boiler choc. masakan . dah cair sepenuhnyer tutup api masukkan almond.
-masukkan dlm papercup

tips:
doh mesti lembut , bukannya lembik.
Doh mesti tidak berkeadaan kering .
Masa nak isi buah badam tu, mestilah dikepal dgn padat dgn doh...bukan longgar sebab bila longgar, ada ruang utk doh tu mengembang setaman..
Oven mesti dah dipanaskan terlebih dulu sebelum start membakar...
jangan letak biskut yang dah dibentuk kat tray yang panas/suam2 sebab ianya merangsang pengembangan yang lebih kat biskut tu....

kalau ikut teknik tu...elok terletak jer AL tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2005 12:29 AM | Show all posts
BLACK JACK COOKIES [virgomal]

Bahan瞡ya

125g mentega
50g gula serbuk
20g tepung susu (e.g nespray)
100g cornflour
100g tepung gandum
secukup coklat putih dan coklat flakes

Cara瞡ya
-Kesemua bahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 12:41 AM | Show all posts
Tart Gulung(anggaran 1 adunan 80 pcs) [Akak_Siti]

Bahan-bahannya

250gm mentega
40 gm gula icing
40 gm tepung jagung
1 tsp esen vanilla
300 gm tepung gandum
1 biji telur `A`
pewarna kuning telur

Hiasan
kuning telur

Cara-caranya
pukul mentega dan gula hingga sebati.

masukkan telur,pewarna kuning telur,esen vanilla,tepung jagung dan tepung gandum.

uli sebati,ambil sedikit adunan,masukkan ke dalam acuan dan pamkan,anggaran 1 1/2 inci panjang,masukkan inti dan gulung.

hias kuning telur dan bakar dalam suhu 180C selama 30 minit.

*setelah doh diuli masukan dalam mangkuk plastik dan tutup dengan plastik supaya doh tidak kering,keras,pecah..

Resepi ini juga saya sudah cuba .

Jika hendak biskut yang kita buat sendiri tahan lama dalam anggaran 1 tahun atau mahu ia lembut(seperti roll tart) atau mahu ia garing,rangup(seperti london almond) atau apa sahaja biskut supaya ia ringan,hendaklah tepung gandum disangai dahulu dalam kuali atau dijemur ditempat panas atau masukkan dalam oven suhu 150C selama 10 minit dan apabila sejuk hendaklah di ayak dahulu.

Jem Nenas

2 mangkuk nenas parut
1 mangkuk gula pasir
1 helai pandan
1 batang kulit kayu manis

1/4 cawan sunquick oren(sebagai bahan untuk mengawet kan jem yang kita buat)

TAT NENAS [ahysa]

420g tepung gandum
250g mentega
1 biji telur size kecil
1 sudu kecil essence vanilla
2 sudu makan susu pekat manis

cairkan mentega atas api yg sederhana. setelah cair, tutup api dan tuangkan susu pekat. kacau hingga rata.
ayak tepung dan buat lobang di tengah.
telur n essence vanila pukul mcm buat telur dadar, tapi jgn terlalu lama...asal putih n kuning bersatu dgn essence vanila.
masukkan telur, mentega dalam tepung.
gaul adunan sekadar semua bahan tadi sebati saja. jgn gaul lama2.
jika adunan terasa sangat lembut, jgn tambah tepung. biarkan dulu utk 20-30min sblm dicetak utk tart nenas.

adunan ni juga suitable utk buat fruit flan.



TAT GULUNG [hanieliza]

Bahan
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas     ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air  ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara.
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni..
kalau rasa macam nak cepat jer..
kak liza buat saperti ini..
masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas..
tekan tengah sikit..
pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu..
pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi..
bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak].

cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah orang lain..


JEM NENAS [hanieliza]


1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu]
kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar]

Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..]

Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat.

Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu..

Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..

kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda..

kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu]..

so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu..

aduhai panjangnye bab jem ni..

tart gulung[magnolia]

500gm butter
100 gm gula aising
3 biji telur (ambik 2 je kuning)
70gm susu tepung
750 gm tepung gandum (biasenye ikut lembut supaya mudah ditekan)
1 sdt esen vanila

inti jem:

2 biji nanas                                                    }parut nanas &
400 gm gula pasir (ikut manis korang nak le)       }masak sume sekali sampai kering
1/2 cwn oren sunquick                                    }
            
cara:
satukan butter n gula aising. kacau sekejap..tak yah la nk wat creamy method cam kek tu. pastu masukkan telur..mix well lagi..masuk esen. kemudian masukkan susu tepung dan tepung gandum. uli perlahan2. kalau rasa adunan melekit kat jari tu..tambah le tepung sikit2...peringatan! semasa nk taruk tepung memula tadi..jgn tuang suma sekali..boh sikit2..takut sat gi terkeras lak adunan. kiranyer adunan tu agak lembut (bkn lembik!) supaya senang dipicit kuar dr acuan dier.
pastu letak ler inti dan gulung. bakar sampai kekuningan atau masak ler..
tat ni mmg gebu n sedap.

*kalau sesaper nk kulit tat tu kekuningan skit..leh ler taruk pewarna kuning sebelum boh tepung kedalam adunan td..dan kalau rajin sapu ler kuning telur di atas biskut tu sebelum dibakar

ok la..selamat mencuba dan memakan..

TAT NENAS [dewi]


nak buat jem nenas senang jer.

sebiji nenas... parut. jgn blender lak nanti tak dpt teksture nenas yg berserabut2 tu.
gula... jgn byk sgt nanti kencing manis lak ( leh ikut ler resepi jem mana2 berapa byk gula nak buh)
kulit kayu manis
cengkih

lepas parut jem tu tapis kuar air dia atau masak atas kuali tanpa buh bahan2 l;ain dulu sampai kering air nenas tu. nie penting tau kalau tak jem tu nanti tak lawa .

peh tu baru buh gula and kulit kayu manis & cengkih. Masak  sampai golden color dan pekat.

Untuk kulit tart yg gebu.... jgn guna telur dlm tepung tart tu.

bahan kulit
gula yg dah di blender( sikit jer lebih gula pun nanti dia keras)
butter + margerine untuk teksture yg lebih lembut. ( kalau guna butter sajer dia berdebu)
tepung gandum.

kacau gula + ( butter &  margerine ) sampai gula hancur. Jgn pukul sampai kembang . peh tu masukkan tepung . just gaul rata. Jgn over work bancuhan tu. tak payah uli2 lama2 gitu nanti keras cam batu tart korang.

peh tu nak buat tart cetak ker gulung ker gunting ker aper2 pun boleh ler.

TAT NENAS ii[dewi]


alamak dewi tak ingat sukatan tapi macam lebih kurang cam nie ler

1 cawan gula
3 cawan mentega
1 cawan butter
baking powder 1 sudu kecik
esen vanila ( kalau butter tak wangi) biasanyer kalau guna buttercup tu dah cukup wangi dah tak yah buh esen lagi.

dewi tak pernah sukat tepung buh sikit2 jer sampai ler adunan cukup lembut. cam dewi cakap sebelum nie. jgn overwork the doh. gaul sikit2 jer adunan sampai rata tepung. masa nak kacau butter ngan gula pun tak perlu sampai kembang mentega tu. just sampai gula hancur jer. it helps kalau blender kering gula tu supaya senang bila campur mentega. doh mesti lembut. macam kita buat makmur tu ler. terlebih tepung tak per.kalau rasa cam terkeras sikit doh tu tambah sikit mentega dan gaul2 balik kasi dia lembut balik. tapi ingat jgn uli doh gaul2 guna jari jer kalau boleh.




Tart Nenas - Maizana [ashra]


Bahan-bahan (menghasilkan 200pcs) :

1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:

Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut.

Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.

Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi.


Semalam buat tat nenas , resepi drp atiey@Rnet



Tart Nenas  @ atiey@ Rnet

Bahan-bahan:                                Ni yg meena tukar sket
                                                                      ^^
350 gram tepung gandum ===> 300g tepung gandum+40gtepung jagung+10g susu tepung
250 gram mentega =======> 200g butter + 50g marjerin (ikut petua kak liza) hehehe
40 gram gula ising
20 gram cheese cheddar parut
2 biji kuning telur
sedikit garam

Cara membuatnya:-
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu
2. Masukkan telur, tepung gandum dan tepung jagung. Kaca rata.
3. Masukkan dalam acuan, pam memanjang. Isi dengan jem nenas dan potong adunan berkenaan. Sapu kuning telur dan bakar adunan selama 20 minit pada suhu 180 C

Cara membuat jem nenas
Bahan-bahan:-

400 gram gula kasar
2 biji nenas diparut
2 keping kulit kayu manis
2 biji bunga lawang! /cengkih
5 biji jus limau

1. Parut nenas. Tapis dan kurangkan airnya.
2. Masak semua bahan dalam kuali atau periuk tak mudah lekat pada api sederhana sehingga jem kering dan kekuning-kuningan.



Tart Nenas [anasue]

1 kilo tepung
2 sudu besar tepung jagung
2  1/2 butter (anchor brand)
4 biji telur merah je

( 2 biji lagi utk sapuan di atas )
step 1
tepung and telur merah....di gaul....sampai jadi mcm serbuk roti
pas tu baru bubuh butter uli sampai rata


Tat Nenas
Source : Baya

Ingredients :
226g butter, at room temperature
1 egg yolk
1 teaspoon vanilla essence
1 tablespoon sugar
2 tablespoons (heap) cornflour
2 1/2 tablespoons (heap) custard powder
1 tablespoon milk powder
2 1/2 cups flour

Topping :
1 egg yolk
a few drops of yellow coloring

Filling :
I used the ready made pineapple jam

Method :
1. Cream butter, egg yolk, vanilla essence and sugar. I didn't use my mixer.
2. Add cornflour.
3. Add custard powder.
4. Add milk powder.
5. Finally add enough flour until a soft dough is formed.
6. Place a bit of dough into the cookie press mould. Pipe out the dough about 2 inches length.
7. Place the filling on top and roll. Arrange on the baking tray.
8. Bake in a preheated oven at 175 C for 20 - 25 minutes

Pineapple tart with crunch [zaiima]
sumber : http://bakingvideos.wordpress.com/2007/01/26/pineapple-tarts-with-crunch/

300g pineapple filling (see www.boostprints.com/Delicious_Asian_Sweet_Treats)
200g unsalted butter
260g plain flour (all-purpose flour)
2 pinches of salt
4 tablespoons fine sugar
1 teaspoon vanilla essence
egg glaze: 1 egg yolk mixed with a few drops of water
- Cut butter into cubes and melt in the microwave oven for a few seconds. Or melt over low heat over the stove. Remove butter from the heat source when more than half of it has melted. Do not overheat. Mash the remaining lumps of butter. Set aside to cool.
- Sift flour and salt. Add sugar and mix well.
- Add vanilla essence to cooled butter and mix. Add to the flour mixture. Combine to form a dough.
- Preheat the oven at 180 degrees Celsius for 10 minutes.
- Prepare a floured work surface, rolling pin, cookie cutter, flat scraper and a small bowl of flour.
- Line a baking tray with greaseproof paper.
- Roll dough to a thickness of about 7mm. Dip cookie cutter in flour and cut out shapes. Use the scraper to lift the shapes and place on the baking tray. Make a slight dent in the centre of each shape.
- Bake for 6 minutes. Brush the edges of cookie shapes with the egg glaze. Roll pineapple filling into small balls and flatten slightly. Place on the cookie shapes. Decorate with a criss-cross dough pattern on the filling. Brush egg glaze on the criss-cross pattern.
- Bake for another 15 minutes. Allow tarts to cool for a few minutes on the baking tray before transferring them to a wire rack to cool completely. Store in an airtight container.


kat link tu jugak ada diberi tip-tip

----------------------------

Island Tart[soda]


Pastri - Bahan-bahannya:

250g Majerin daisy
125g gula kastor
1 biji telur
500g tepung gandum


Inti Kelapa - Bahan-bahannya:

450g kelapa parut
400g gula kastor
3 biji telur
80g majerin daisy (dicairkan)
200g susu isian
1/2 sudu teh serbuk penaik
sedikit perasan pandan dan kelapa

Cara-cara membaut pastri:

1) Pukul majerin daisy, gula dan telur hingga sebati
2) Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh
3) Bahagi kepada 30g setiap bahagian dan masukkan dalam acuan tart

Cara-cara membuat inti:

1) Masukkan semua bahan inti dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati
2) Masukkan inti ke dalam acuan tart
3) Panaskakn ketuhar bakar tart selama 30 minit

kalo ikut dalam gamba kat buku yg saya amik resepi ni warna inti kelapa tu hijau so kena la letak kaler ijau sikit...lupa lak letak la ceri untuk hiasan....

[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 10:44 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 12:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 25-8-2010 09:54

Yume nak kongsi resepi biskut semperit Yume yang Yume dapat dari mak cik Yume yang memang terkenal dengan kepakaran dia membuat biskut ini... Entah lah bagi tekak orang lain, tapi bagi yang sudah merasainya semuanya memuji keaslian biskut semperit ini... Yume tak pernah buat biskut raya sebelum Yume pandai membuat biskut ini... Cubalah...

Gambar Yume tak de lagi, tapi Yume dah byk kali buat cumanya tak terfikir nak ambil gambarnya sbelum ini... Sesiapa yang nak merasa buat tu... sila2lah... lepas tu jgn lupa tepek gambar kat sini ye....  

Biskut Semperit [Yume]

Serving : 150pcs

Buttercup              1(kecil)
Gula ising               1 cawan(diayak)
Kuning telur          4 biji
Esen vanilla          1/2 penutup & dilebihkan sedikit
Tepung gandum     1 cawan
Tepung kastard     1/2 cawan & lebihkan sedikit
Tepung jagung       3 cawan

Cara2;
(pastikan semua jenis tepung tadi diayak dahulu ye..)

1.Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu & tuangkan essen vanila tadi.(Pakai mixer)

2.Masukkan pula tepung gandum dan tepung kastard tadi sedikit demi sedikit.(Dipukul dgn tangan secara satu arah)

Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian.

Setiap satu adunan tadi dimasukkan pula tepung jagung.(Bermakna 3 cwn tepung jagung tadi turut dibahagikan untuk 2 adunan ini)

* Kenapa dibahagikan kepada 2 adunan? entahlah Yume pun tak pasti ... mungkin juga tak nak adunan tu berat maka semperit tu tak menghasilkan bunga yang cantik setelah dibakar...

Setelah selesai membancuh teruskan dgn menghasilkan kuntuman2 bunga semperit itu tadi dan diikuti dengan potongan buah ceri ditengahnya....

Cubalah jika sudi .....

SEMPERIT CIKGU SITI [Tenko]

1 tin (340g) butter cap GOLDEN CHURN (Australian butter - tin kaler kuning).
1 tin tepung jagung cap RAMA-RAMA.
1/2 tin tepung gandum (sukat pakai tin tepung jagung td).
1/2 tin susu pekat.
1 cwn gula halus.
1 st esen vanila.
1 st baking powder.
1 bj kuning telur.

Cara-caranya:
1. Gaul sebati tepung jagung, tepung gandum, gula dan baking powder.
2. Masukkan kuning telur. Gaul lg.
3. Masukkan susu. Gaul lg.
4. Masukkan butter. Gaul rata dan uli hingga doh lembut dan boleh dimasukkan ke dlm acuan "tekan" semperit.
5. Bakar  hingga masak.


BISKUT SAMPERIT [hanieliza]


Bahan
200 g butter
150 g gula kastor
2 butir kuning telur
1 s/k esen vanilla
340 g tepung gandum ]
120 g tepung jagung   ] diayakkan
30 g tepung kastad     ]

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga gula hancur dan bergaul rata.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung yg telah diayakkkan dan gaulkan sehingga rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan samperit dan tekan atas loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
5. Potong anggaran 2 inci dan bakar anggaran 10 minit dalam suhu 180'C.
6. Sejukkan dahulu sebelum di masukkan dalam bekas kedap udara.




SAMPERIT LAPIS[hanieliza]

Bahan
280 gm butter
130  gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
140 gm tepung jagung
1 s/k coklat emulco
coklat cair
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit pamkan adunan coklat dalam loyang sepanjang 2 inci.
6. Pamkan adunan asal diatas doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
8. Bila telah sejukkan pamkan coklat cair atas biskut dan taburkan manik warna warni.
9. Bila coklat telah beku simpan dalam balang kedap udara


SEMPERIT MAK DE LILIY [Tenko]

1 tin cornflour cap Rama-rama (tin kuning).
1 mangkuk sederhana castor sugar.
2 mangkuk sederhana marjerin.
7 bj telur (kuning saja).
Sedikit tepung gandum.

1. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur satu persatu dan cornflour.
3. Uli dgn tepung gandum sehingga menjadi doh yg lembut.
4. Then, tekan dgn acuan semperit.

Perhatian:
1. Tepung gandum tu ikut kesesuaian adunan so masukkan sikit2 then uli.
2. Klau doh terlalu lembut, tambah lagi tepung gandum tp jgn byk sgt.
3. Klau terlbh tepung leh la tambah marjerin skit sbb klau doh keras payah nk tekan dgn acuan semperit tuh.

Gerenti best sehingga menjilat ibu jari kaki!



Biskut Samperit - Norazie [MAKLANG]


Bahan-bahan
300g Butter (maklang guna butter SCS)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum  
2 biji kuning telur

Hiasan:  
Ikut suka dan kehendak masing2.  Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...
Cara-cara:
Pukul buter, gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur, kacau sebati.  
Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati



SAMPERIT MARBLE [hanieliza]

Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.

BISKUT SAMPERIT BADAM [mawarbaiduri]
120g mentega
50g gula aising
1sdk esen vanila
1sdbesar susu tepung
50g serbuk badam
80g tepung superfine
60g tepung jagung
-pukul mentega & gula hingga sebati. masukkan esen vanila, serbuk badam. last masukkan tepung sedikit2 hingga jadi doh yang lembut.

SEMPERIT LAPIS KCG [azzu_me1]
250g mtega
140 gula aising
1 s/t n\vanila
1bj kng telor
250g t/gndum
120g t/jgg
1 s/t serbuk penaik
60g susu tpg
1 c/b pes stwberi
sedikit pwrna merah
100 g badam urai - bakar dulu(2@3min)
- pukul 4bhn petama -sebati
- msuk bhn ayak -gaul rata. then bhgi 2(merah+pes stwberi/plain)
- guna acuan semeprit..picit btuk pjg
- tabur badam urai, & lapis kn adunan merah pulak - jd 2 lapis
- ptog 4segi( x kisah nk pjg/pdk)...then bkr
- 175 - 15/20min @ hingga msk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 12:43 AM | Show all posts
Inilah sekut raya pertama saya. Resepi ni dr biskut arab dr sepupu. Saya suka sgt ngan rasa dia, lalu saya ubah jd crystal ball mcm kak liza. jgn marah kak liza...

Biskut Arab[aida2121]




1 kg gandum - di ayak
450 g minyak sapi (1tin sederhana yg pendek tu)
gula  kastor untuk salutan
pewarna merah, kuning dan hijau
paper cup

minyak sapi dipukul sekejap (bagi kembang sikit). campur dengan gandum sedikit demi sedikit sambil digaul rata. kemudian bahagi adunan kepada 3, warnakan dengan pewarna merah, hijau dan kuning setipa satunya. ambil setiap warna sedikit, satukan dan bentukkan bebola kecil sebesar ibu jari. susun atas dulang (jarakkan sikit) dan bakar selama 20-25 min dengan suhu 180 C. Setelah masak, sejukkan kemudian salut dengan gula kastor. (Hati2 masa pegang biskut ni sebab dia mmg gebu/ lembut). Masukkan dalam paper cup spy lbh cun.

Nota:

1. saya dah cuba masukkan dlm paper cup dulu baru bakar, tapi susah nak tabur ngan gula. Bentuknya pun tak cantik macam yg saya pernah tempah dengan kawan ahun lepas.
2. kalau nk tekstur biskut ni lebih kesat, sangrai dulu gandum dalam 10 minit. (yg ni saya tak bua sebab ada sikit malas laa.. hehehe)



BISKUT ARAB [hanieliza]

Bahan
250 gm tepung gandum
80 gm gula aising
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:   
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
4. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit.

==============================================

biskut arab ni owen buat tiap tahun sebab favourite hubby...cara dia cam kak liza buat tapi owen takdelah letak kaler2... Ni resepi owen ( Ni sukatan yg kecil , kalau nak buat banyak gandakan aje bahan2nya)

BISKUT ARAB [owencute]

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan minyak sapi
Ceri merah (untuk hiasan)
Cup kecik

Cara:-
Cairkan minyak sapi dan gula ( kalau nak pukul sampai kembang leh gak)
masukkan tepung
Gaul sampai sebati
Bulat2kan masukkan dalam cup.. hias ngan ceri dan Bakar

Biskut Ghee [dindazZz]



Ingredients:
340 g plain flour
40 g rice flour
1/4 tsp salt
180 g ghee(melted)
90 g castor sugar

Method:
1. Mix everything together to form a smooth, soft dough.
2. Divide and form into smaller balls.
3. Arrange on a greased baking tray.
4. Baked in preheated oven 170C for 20 mins till golden brown.

petua [ninoZ]

kalau nak biskut ghee yg sedap..gunakan pure ghee
kalau guna minyak sapi campuran..rasanya tak sesedap kita guna ghee yg ori
pastukan..
kalau guna resepi yg memerlukan ghee yg tak dicairkan...pukul sebentar ghee tu bagi gebu sket then baru masukkan dlm tepung [walaupun kekadang dia tak tulis pun yg ghee tu perlu di pukul terlebih dahulu]
antaranya : Gheeblend
biasanya dia akan tulis 'minyak sapi campuran' kalau product tu bukan ghee yg ori



ARABIAN CHESNUT [naqies]

bahan2 nye

100g           Butter
100g           Minyak sapi
50g             Gula perang
1 biji            Kuning telur
1/8 sd kcl    pewarna ijau
60g             Gajus kisar (dipanggang dahulu)
300g           Tepung ros @ tepung gandum
1/8 sd kcl     baking powder

cara2nye

1.  Pukul butter + minyak sapi + gula perang + kuning telur + pewarna ijau....pukul hingga kembang sedikit......(tak perlu pukul lelama)
2.  kemudian masukkan gajus kisar + baking powder dan tepung gandum sedikit demi sedikit ......gaul hingga sebati dan sehingga menjadi doh.....
3.  bentukkan menjadi besar2 duit 10sen...(nanti ia akan naik sedikit bila dibakar)....bakar pada suhu 140 C selama 15 - 18 minit....
4.  kuar dan sejukan......apa bila sejuk gaulkan dengan gula kastor dan letakkan ke dalam papercup.......

taraaaaaaaaaa dah siap ..............tak silap 1 adunan leh dpt dlm kat2 100 biji gak.....

[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 08:45 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 12:55 AM | Show all posts
HAZELNUTS ROSSETTES - [Tenko]

about 40 biji la.

250 g butter.
1/3 cwn caster sugar.
1/2 cwn serbuk hazelnut.
1 2/3 cwn tepung.
1 s.b. choc bits/choc chip.

1. Pukul butter dan gula hingga lembut.
2. Masukkan serbuk hazelnuts. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli sikit hingga sebati.
4. Paipkan ke dlm paper cup. Hias dgn sebutir choc bits each.
5. Then, bakar la sampai masak! Takkan nk simpan lak kot!

HAZELNUTS ROSETTES [DianaA]


Bahan-bahannya
250 gram mentega
1/3 cawan gula kaster
60 gram hazelnut, dikisar
1 2/3 cawan tepung gandum
secukup chocolate chip, untuk hiasan

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula kaster sehingga ringan dan gebu.  Masukkan kacang hazelnut yang telah dikisar, gaul hingga sebati.  Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga rata.  Isikan adunan kedalam piping bag.  Pipekan adunan ke dalam mangkuk kertas yang kecil dan hiaskan atasnya dengan chocolate chip.  Bakar dalam oven dengan kepanasan 175 darjah C selama 15 minit atau sehingga biskut kekuningan.

[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 03:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2005 01:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 25-8-2010 10:42

Best Big, Fat, Chocolate Chip Cookies [sarah]

Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum serbaguna
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan  butter, dicairkan
1 cawan gula perang (packed brown sugar)
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut (dicincang)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah C. Sapukan butter pada dulang
pembakar.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
3. Dalam bekas sedang, pukul butter yang telah dicairkan, gula perang  sampai kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla, telur dan kuning telur,
pukul lagi sehingga kembang dan berkrim. Campurkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut, gaul menggunakan senduk kayu.
4. Gunakan sudu dan method "dropping" untuk letakkan adunan ke atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci. Bakar biskut selama 15 - 17 minit atau sehingga tepi biskut kuning keemasan. Biarkan sejuk sebelum pindahkan biskut ke dalam bekas.

Chocolate Chips Cookies [virgomal]

resepi ni aku selalu gunakan time raya jer... rasa cam biskut famous amos

Bahan-bahan :-
500g butter
120g brown sugar
200g sugar powder
600g plain flour
3 eggs
1.5 tsp vanilla essence
1.5 tsp bicarbonate of soda
1.5 Tbsp cocoa powder
chocolate chips
almond/ pistachio

Cara-cara :-
sama macam bikin biskut biasa

famous amos cookies[ninoZ]

(Recipe may be halved)
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal and blend in blender to a fine
   powder) 24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
1 8 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla; mix together
with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda. Add chocolate chips,
Hershey bar and nuts. Roll into balls and place two inches apart on a
cookie sheet. Bake for 10 minutes at 375 degrees. Makes 112 cookies.

BISKUT COKLAT CIPS RANGUP [hanieliza]

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

NOTA : boleh juga gunakan tepung gandum..
don wori sebab ada ahli forum cari.com.my dah buat gunakan tepung gandum dan hasilnya memuaskan hati..




BISKUT COKLAT CHIPS - hanieliza
Bahan
160 g butter
80 g gula kastor
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
50 gm bubble rice
50 gm cornflake kisar
200 g tepung naik sendiri
1 s/b serbuk koko

Hiasan
coklat cair
chips putih [white chocolate drops]

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan bubble rice, cornflake kisar  dan coklat chips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas paper-cup kecil.
6. Bakar dalam pre-heat oven suhu 180'C selama 15 - 20 minit.
7. Bila sejuk hiaskan dengan coklat cair dan chips puth.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.





BISKUT COKLAT CHIPS [hanieliza]

Bahan A
150 butter
100 gm majerin
100 gm gula perang
1 biji telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B
100 gm tepung naiksendiri
50 gmtepung gandum
50 gm tepung kastad
50 gm tepung jagung

Bahan C
50 gm serbuk milo
50 gm cornflakes [ramas]
50 gm nestum
50 gm bubble rice
100 gm coklat chips

Bahan hiasan
mangkuk kertas kecil
coklat chips 2 warna

Cara
1. Pukul mentega, majerin dan gula sehigga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla pula.
3. Ayakkan semua bahan B.
4. Gaulkan semua bahan C dan masukkan dalam bahan B.
5. Masukkan semua dalam adunan  butter yg dipukul tadi.
6. sudukan dalam mangkuk kertas dan hiaskan dengan coklat  chips 2 warna.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 - 25 minit.
8. Bila dah sejuk simpan dalam balang kedap udara.


inilah coklat chips 2 warna




Chocolate chip cookies - crispy and chewy [yasminz]

Ingredients :
2 2/3 cups of all purpose flour (sieve) tepung gandum
1/2 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt garam
1/2 cup granulated sugar gula halus
1/2 cup dark brown sugar (sieve if there are big clumps) gula merah
1 cup unsalted butter, soften to room temperature.  (if using salted butter, omit the salt) butter lembut, kalau pakai salted tak payah bubuh garam.
2 large eggs telur
2 teaspoon vanilla essence esen vanilla
2 cups chocolate chips
1 cup chopped walnut (if you wish) walnut, di potong halus.

Method :
Preheat the oven to 400 F.Combine flour, baking powder, baking soda and salt in a bowl. In another bowl, mix the two types of sugar. Cream the butter and sugar until white and fluffy. Add eggs and vanilla. Then fold in the flour.At this point, you might want to mix using your hand since the dough is lumpy and will strain your mixer. After the dough is well mix, stir in the chocolate chips and nut. Take a tablespoon and shape into a ball,arrange on your tray. Leave about an inch space between the cookies.The cooking time is about 10 minutes.

Panaskan oven dlm 400C. Campur tepung, baking powder, soda & garam dlm satu mangkuk.  Dlm mangkuk lain, campurkan gula halus dan gula merah.  Putar butter ngan semua gula sampai kembang.  Masuk telur dan esen vanilla. Mix lagi.  Kemudian, masuk tepung.  Time ni doh dah mula keras sikit, boleh uli pakai tangan sekejap je. Pas tu masuk chocalate chip and walnut.  Satu sudu besar dibulatkan. Tinggalkan 1 inci ruang antara cookies.  10 minit sahaja dlm oven.

MRS FIELD COOKIES (CHOCOLATE CHIP) (zamna)

(Cream together)
1 cup butter
1 cup castor sugar
1 cup brown sugar

(Add)
2 eggs
1 teaspoon vanilla

(Mix together)
1 cup flour
2 ?cups oatmeal (blend after measuring until it turns to powder)
?teaspoon salt
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon bicarbonate soda

(Mix together)
1 ?cups of chopped nuts
12 oz bag chocolate chips




Biskut Cip Coklat [pnut]
sumber:majalah saji

ni resepinya




Chocolate Chip cookies [mamamin73]

sumber:myresipi.com
Bahan2 :
450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g choc chips
3 sudu besar cocoa powder
250g gajus (dipanggang dan cincang halus)
1 sudu kecil baking soda
Cara2 :
1. Pukul mentega & gula sampai kembang
2. Masukkan telur dan pukul lagi
3. Masukkan tepung, koko, baking soda yang telah diayak, sedikit demi sedikit, choc chip & kacau
4. Masukkan gajus dan kacau lagi
5. Bulat2 kan kecil2 & tekan dgn garfu
6. Bakar dlm oven pd suhu 160 C selama 15 minit



biskut chocolate chip [dilaOHdila]
BAHAN BAHAN
450g tepung gandum
1 biji telur
250g mentega
115g gula halus
110g gula perang
100g chocolate chips
250 gm serbuk almond

Cara-cara
   Pukul mentega dan gula sampai kembang
   Masukkan telur dan pukul lagi
   Masukkan tepung+baking soda yg telah diayak, sedikit demi sedikit dan juga chocolate chips dan kacau
   Masukkan serbuk almond dan kacau lagi
   Buat bulat kecik-kecik dan tekan dengan garfu atau apa-apa bentuk yang disukai
   Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 15 minit


CHOCOLATE CHIP COOKIES
sumber:myresipi.com

Bahan2
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam.
Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih.
Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati.
Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.

udukan ke atas loyang yg telah digris
(untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper).
Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit
(bergantung pd kepanasan oven masing2).
Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang,
pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk.
Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.

Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang,
sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang
(kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan..
tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 01:11 AM | Show all posts


Biskut Badam Rangup [maklang]
Sumber : mat gebu

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

Cara membuatnya:-
Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.

Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

BiSkUt BaDaM RaNgUp[sapi]

Bahan A:
170gm tepung gandum
60 gm gula aising
60gm serbuk badam
1/4 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bicarbonate

Bahan B:
7 camca besar mentega cair

Untuk Hiasan:
1 biji kuning telur
2 camca besar bijan hitam

Peraturannya:
1) Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaul rata.
2) Masukkan mentega cair (Bahan B) dan uli hingga rata.
3) Jika adunan terlalu kering,tambah sedikit mentega cair.
    Jika adunan agak basah,tambah sedikit tepung.
4) Ambil sedikit adunan dan bulat2kan sebesar guli.
5) Tekankan sedikit,sapu kuning telur dan tabur bijan hitam di atasnya.
6) Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit.  

*Tip:  Panaskan air dalam periuk dengan api yang perlahan.Kemudian bubuh mentega dalam mangkuk yang lain dan letakkan di atas air yang menggelegak tadi.Biar mentega cair (gunakan minyaknya sahaja dan  jgn ambil susunya).






Biskut Badam - suereen

1 kg tepung (blh guna tpg gandum @ tepung buat biskut)
600 gm mentega @ marjerin
200 gm kuning telur
parutan kulit lemon
1 sd teh esen vanilla
badam kisar ikut suka banyaknya..

Gaul sumer bhn hgg jd doh yg lembut..btkkan bulat (guna sudu @ tgn) pastu golekkan atas kepingan badam n hias dgn ceri merah...bakar cam biasa

---------------------------



BISKUT BADAM[NoorMasri]


Bahan-bahan:

1 3/4 cawan mentega
3/4 cawan gula
3 cawan tepung gandum }diayak bersama
1/2 cawan tepung jagung }diayak bersama
100 g badam kisar
100 g kepingan badam } hiasan
2 biji kuning telur } sapu

Cara membuat:

Mentega dan gula dipukul sebati
Masukkan tepung yg telah diayak bersama serta badam kisar
Kemudian gaul sebati sehingga menjadi doh.
Canai adunan dan terap dgn acuan yg disukai
Sapu kuning telur di atasnya dan hiaskan dgn kepingan badam
Bakar pada suhu 150'C selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas rak wayar



BISKUT BADAM [hanieliza]


Bahan
120gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum

badam flake
kuning telur untuk sapuan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara




Biskut Badam (di Geylang biskut ni ditukar jadi Suji Badam)[DianaA]

Bahan nya:

1 kg tepong gandum
350 gm badam (di kisar)
400 gm  gula  halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
Minyak  makan  secukup nya

Cara cara nya.

Masokkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.  masokkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg bolih di terap.
Bakar dalam oven . suhu nya agak agak.

SUJI BADAM - sue
Sumber: Kak Intan
Bahan:
1 kg tepung gandum
350 gm. serbuk badam
400 gm. gula icing
1 camt.baking powder
1 camt. soda bicabonate
1/2 camt. garam halus
minyak masak secukupnya
[kak zie guna minyak jagung lebih sedap dan wangi aromanya, kebetulan ada...]

Caranya:

Gaul kesemua bahan kering hingga rata,masukkan sedikit demi sedikit minyak hingga adunan menjadi doh yang lembut. Buat bulat-bulat potong sedikit diempat bahagian kelilingnya dan letak sebiji chocolate chip diatasnya dan bolehlah dibakar.



Suji Cookies Recipe [zaiima]
Source : http://pineapple-tarts.blogspot.com/search/label/Suji%20Cookies%20Recipe

Ingredients:
100g ghee
120g caster sugar
1 egg yolk
1/2 tsp vanilla essence
70g ground almonds
150g plain flour (all-purpose flour)
1/4 tsp baking soda
1/4 tsp salt
Egg glaze: egg yolk

Method:
Mix first 4 ingredients, then add almonds and mix.
Sift flour, baking soda and salt. Mix and add to above. Mix to form a dough.
Scoop dough with a teaspoon, shape it with your hands (see video) and arrange on lined tray. Brush with yolk glaze.
Bake in preheated 180 degrees Celsius / 350 degrees Fahrenheit oven for 12 to 14 minutes till yolk glaze on cookies look golden yellow and bottoms of cookies are golden brown. Do not overbake!! Do not underbake either or cookies will not be crisp.
Allow cookies to cool completely on a rack and store in container.
Recipe Notes:
Using a measuring spoon to scoop dough makes your cookies all evenly sized.

Kat blog tu juga ada video cara membuatnya

BISKUT RANGUP WARNA WARNI[NoorMasri]

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung jagung } diayak
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands } hiasan

Cara membuat:

Kacau mentega dan gula halus hingga sebati.
Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata
Masukkan tepung jagung dan diuli
Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka
Sapukan kuning telur di atasnya
Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni
Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak


BISKUT LAPIS COKLAT[NoorMasri]

Bahan-bahan:

175 g mentega
70 g gula icing
1 sudu kecil esen vanilla
275 g tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuat:

Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan esen vanilla.
Masukkan tepung gandum yang telah diayak, gaul hingga menjadi doh.
Bahagi doh kepada 2 bahagian
Satu bahagian dimasukkan serbuk koko yg telah diayak, gaul sebati.
Bulatkan doh tadi berasingan kemudian balut dgn cling flim sejukkan dlm petisejuk selama 30 minit
Canai doh tadi berasingan menjadi bentuk segiempat bersaiz 10 x 6 inci
Letakkan doh coklat keatas doh biasa kemudian potong menjadi 6 jalur.
Ambil 2 jalur lapiskan bersama kemudian potong lapisan tadi kpd kepingan setebal 1 cm
Susun didalam dulang pembakar yg telah digriskan
Bakar sehingga masak kemudian sejukkan di atas rak wayar.

[ Last edited by  maisya at 25-9-2008 12:16 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2005 01:17 AM | Show all posts


CHOCOLATE CRUNCH[hanieliza]

Bahan
250 g cooking coklat
50 g butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g coco crunch
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan cooking coklat secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan butter. Kacau sehingga coklat dan butter sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manim warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri. Simpan dalam bekas kedap udara.






BISKUT COKLAT CRUNCH [hanieliza]


bahan
150 gm cornflake
150 gm coklat buble-rice
400 gm cooking coklat
1 s/b butter
gula warna warni
paper-cup

Cara
1. Cornflake di ramaskan sikit supaya pecah.
2. Gaulkan dengan coklat buble-rice.
3. Cairkan coklat dalam double boiler. Gaulkan dengan butter sampai sebati.
4. Tuangkan coklat dalam mangkuk coklat buble-rice dan cornflakes. Kacau rata.
5. Sudukan kedalam paper-cups dan taburkan gla warna-warni.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 04:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 01:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:27

BISKUT FANCY ICE CREAM[DianaA]

Bahan-bahannya
130gm butter
60gm gula icing
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung (1 sudu besar penuh)
20gm tpg kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu serbuk penaik
20gm serbuk badam

Cara-caranya
Buat macam cookies biasa. Lepas tu gelek dgn pengelek gerigi dan
terap dgn acuan ais krim. dah masak celup dgn coklat hujung nya dan tabus
manik berwarna.

topping

cairkan coklat dlm oven
dan letak minyak masak gaul rata



Biskut Aiskrim [cranko21]

Bahan A
250g butter
100g gula
30g shortening
sedikit esen strawberry & sedikit pewarna merah

Bahan B ?Di ayak bersama
240g tepung gandum  
60g tepung jagung     
30g tepung kentang
40g tepung kastad
絚.teh baking powder

Bahan C ?untuk hiasan
coklat masak
colored coklat rise
telur kuning

Cara :

?Pukul butter dengan gula sehingga kembang, dan masukkan shortening dan esen strawberry & pewarna. Kacau serata.
?Gaul tepung ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit .
?Terap doh tadi dgn bentuk aiskrim cone,  sapu sedikit kuning telor dan bakat suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
?setelah biskut masak, biarkan sejuk sebentar, celurkan bahagian atas biskut dgn coklat masak yg telah dicairkan dan tabor sedikit coklat rise? Biarkan coklat kering sebelum di simpan.



BISKUT COKLAT AISKRIM [AngsaMerah]


1 biji kuning telur
120g gula (powder)
120g tepung jagung
120g tepung aiskrim coklat
200g tepung gandum (jangan habiskan kesemuanya)
120g kuaci sunflowe
150g conflake ditumbuk
?sudu teh vanilla
120g badam cincang (sangar/bakar dulu)
250g mentega
secukup mangkuk kertas yang kecil (papercups)

1.Mentega, gula, telur, vanilla digaul rata.
2.Masukkan badam dan kuaci, gaul rata.
3.Masukkan tepong aiskrim, tepong jagong dan conflake.  Gaul rata.
4.Akhir sekali masukkan tepong gandum dan gaul hingga lembut.
5.Masukkan dalam mangkuk kertas dan bakar hingga masak.  (Biar kuning /coklat sedikit.)


BISKUT TART NUTTY BLUEBERRY [AngsaMerah]

Bahan
220 gm mentega
70 gm gula icing
1 sudu buttermilk vanilla
300 gm tepung gandum
150 gm badam cincang - dipanggang sebentar dahulu
1 biji putih telur
sedikit garam halus

INTI :
300 gm blueberry pie filling

CARA :
1.Satukan mentega, gula, garam & buttermilk vanilla & kacau hingga sebati.
2.Masukkan tepung & uli hingga tidak melekat dijari.
3.Bulatkan adunan ini & tekan di tengah untuk diisi inti.
4.Sapu keliling dengan putih telur & golekkan badam yg sudah dipanggang separuh garing tadi.
5.Susun atas dulang pembakar & isikan dgn inti blueberry secukupnya.
6.Panaskan oven dgn suhu 180癈 & bakar hingga masak selama 20 minit.

[ Last edited by NoorMasri at 14-9-2005 04:19 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 03:17 AM | Show all posts
PUTU KACANG[hanieliza]

Bahan
500 gm kacang hijau [gorengkan dan mesin jadikan serbuk/tepung]
300 gm gula icing

Cara
1. Gaulkan kedua bahan dan biarkan sebentar supaya gula dan tepung kacang hijau ni mesra.
2.  Masukkan dalam acuan khas untuk putu kacang dan tekan supaya padat.
3. Terbalikkan doh yg telah ditekankan perlahan2 dan susunkan dalam loyang.
4. Jemurkan dibawah cahaya matahari selama beberapa jam.
5. Simpan dalam bekas kedap udara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 03:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 10-8-2010 09:45



BISKUT SHORTBREAD [maklang]
loyang 50 petak(10"x10")

Bahan (utk base biskut)
120g tepung gandum
50g gula kastor
40g serbuk badam
100g butter
45g susu tepung

Cara
1. Alas loyang cutter dengan kertas kuih
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan dan cucuk ngan garfu base tersebut.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12�.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
200g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
+ sedikit majerin
100g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)

Cara
1. Cairkan coklat masak + majerin, kemudian tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong kek ke dlm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10� atau sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.

tips:
*loyang tu dialas ngan paper kuih bhg dasarnya saje....lepastu letak base..bakar...dah siap curahkan coklat ...masuk fridge...
* cutter tu kuarkan cepat masa suam2 atau panas pun boleh......jangan biarkan sejuk baru nak kuar...nanti biskut melekat...
* lepas coklat dicurahkan atas base, masukkan cutter kembali...pastu br masuk fridge...biar biskut tu mengeras ngan cutter sekali  .
* dah keras boleh ikut step spt yg diterangkan di atas tadi.
*pastikan loyang dan cutter disapu majerin terlebih dahulu utk elakkan biskut melekat...
*utk corak batik tu, terpulang pada individu...nak corak halus or macam maklang tu senang aje...potong hujung piping bag tu dengan lubang besor...nak halus potong kecik aje
*coklat orange dan stroberi lebih sedap compare ngan white choc....white choc. tak rasa mende pun..harapkan rupa je lawo....but orange n stroberi bau wangi dan sedap di makan...
* bila sbread dah keras dan bolehlah dikeluarkan dr fridge...mklang terbalikkan loyang sambil tangan kanan menarik cutter pelan2...dia akan keluar bersama2 ngan biskut tadi tu...
* bila dah keluar cutter, maklang terbalikkan biskut tadi atas buntut loyang
* tunggu le kejap...biskut dah lembut senang aje cabut cutter tu satu2...
* biskut yg berbulu2 kat bawah tu, maklang trim ngan pisau kasi kemas

tapi tak semua biskut tu kiri kanan bersalut choc...mana yg choc. boleh mengalir tepi2 tu dia jadi cam dlm gambo tu..mana yg tak tu, mcm biasalah..separuh jer bersalut kiri kanan.



cara pasang cutter:

1. ambik bilah panjang (lubang dia duk ateh kan)..pegang melintang...
2. ambik bilah kecik lak, ko selitkan dibawah bilah panjang...jadi huruf L tido..ni kira ko buat belah kiri dulu ye..
3. ambik kesemua balance bilah panjang tadi, ko selitkan dibawah bilah pendek yg dah tersedia tadi tu..siap
4. nak kasi stable, ko ambik bilah pendek, ko selitkan di atas bilah panjang dihujung sebelah kanan L tadi tu..so nanti cutter tu dah tak gerak2 dah...stable le tu kan..
5. last, baru pasang yg balance yg pendek2 tu aje...
6. baru sapu majerin setiap bilah sambil pegang ala bentuk lelayang tu....nak sapu dulu pun boleh tapi takut bagi yg tak biasa tergelincir lak cutter tu kan...ikut mana senang ye..
7. baru tekan di loyang dan betuikan kepada bentuknya yg asal...


SHORTBREAD - Mamazieza [anasue]

BAHAN-BAHAN

175 FLOUR
70 CASTOR
70 GROUND ALMOND
150 BUTTER
30 MILK POWDER

ALL IN.

TOPPING

80gm white chocolate untuk drizzle
300gm cooking chocolate untuk topping

GRIS BEKAS

CARA-CARA MEMBUAT

PUKUL BUTTER DAN GULA HINGGA KEMBANG

MASUKKAN TEPUNG SUSU DAN SERBOK BADAM DAN TEPUNG.

GAUL RATA.

TEKAN KEDALAM CUTTER.

BAKAR LEBIH KURANG 20 MINIT ATAU SEHINGGA KEKUNINGAN.
KELUARKAN.

PERLAHAN-LAHAN KELUARKAN CUTTER, JGN CABUT SATU PERSATU... TAPI CABUT
SEMUA SEKALI (NI YANG SUSAH NAK EXPLAIN KAT ATAS KERTAS)

LEPAS TU CURAHKAN COOKING CHOCOLATE DAN RATAKAN..... THEN DRIZZLE WHITE
CHOCOLATE ATAS COOKING CHOCOLATE TU DAN LOREK...

MASUKKAN BALIK CUTTER TADI... KENA INGATLAH KAT MANA HUJUNG MANA
PANGKAL...

BIARKAN IANYA SEJUK DAN BARU TARIK CUTTER...

ADA JUGA YANG CUMA GUNA CUTTER UNTUK TANDAKAN SAJA DAN SELEPAS TU
DIPOTONG BISKUT NGAN PISAU....(part ni ana FAIL!!!!!!)

BISKUT MARBLE SHORTBREAD[anasue]

240 g mentega
100 g gula kastor
250 g tepung gandum
47 g  tepung beras
1/4 sudu teh garam halus
Sedikit lagi gula kastor utk menabur

Bahan hiasan
180 g cokelat masakan
1 camca besar lemak sayur (shorterning)
90 g cokelat putih
Cara:
Langisir tin 7x 11 in dgn margerin cair.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan terpung yang telah diayak dan gaul sehingga menjadi doh. ratakan dalam yg telah kita lansirkan degan margerin tadi..cucuk cucuk dengan menggunakan garpu
bubuh cutter dan bakar sehingga masak
Biar sejuk dan angkat pemotong

Taburkan gula kastor
tuang cokelat masakan dan titiskan cokelat putih buat corak
Bila cokelat dah sejuk dan keras..bubuh semula pemotong...mesti arah sama yang kita bubuh awal tadi....dan kuarkan semula

CHOCOLATE SHORTBREAD [kacang^soya]

Bahan(utk base biskut)
A: Disatukan dan kemudian gaul dgn BCD
250gmtepung gandum
50 gm tepung beras

Bukul hingga kembang
1sd kecil baking powder
100gmgula icing
200 gm butter
絪d kecil bicarbonate
1sd makan vanilla

C:Masukkan pd adunan B
1biji telur

D: Campur dgn C
80 gm serbuk badam
50 gm susu tepung

Bhg2. Tekan pada 2 base 7� x 11� yg di sapu sedikit butter danmasukkan cutter jika ada.
Bakerpreheated oven 165C selama 25 minit. Buang cutter (jika ada) Sejukkan dan tuangtopping dan drizzle. Masukkan balik cutter atau potong 1.5� persegi. Atau potong 1.5" X 1.5" persegi menggunakan pisau apabila sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.


TOPPING: cairkan berasingan � double boiler

80gm white chocolate untuk drizzle
500gm cooking chocolate untuk topping
1 sd besar membumbung shortening (gaul dgn cooking chocolate)

BISKUT CORNFLAKES SHORTBREAD
sumber : rinnchan fotopages

Bhn untuk Base biskut

125g butter
35g gula caster
125g tepung gandum
1½
sudu besar tepung ubi
½ sudu besar tepung jagung
25g cornflakes, dikisar halus
15g badam kisar

200gm coklat masakan
1 sudu besar shortening

100gm coklat putih

Cara-cara:
1. Lengser loyang dgn sedikit butter.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam dan cornflake kisar.
4. Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hingga
menjadi doh, tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung.
5. Tekan dalam loyang.
6. Bakar pada dan sejukkan seketika.
7. Cairkan coklat masakan + shortening secara double-boiler dan tuangkan ke atas
shortbread. Lorekkan dengan coklat putih cair. Biarkan sehingga keras dan bolehlah
dipotong.

Shortbread [chempaka_ku]

Bahan2:
125g unsalted butter, softened
1/4 cup / 55g caster sugar
1 cup / 150g plain flour - di ayak
1/4 cup / 35g tepung beras - di ayak

Caranya:

Grease a 19cm x 29cm rectangular slice pan
(baking pan yang lain pun mungkin ok as long as tidak tinggi).

1.  Beat butter dan gula in a small bowl (jangan overbeat) until just combined.
2.  Masukkan tepung yang telah disatukan gradually (kira-kira 6 batches).
3.  Knead dough into a ball on a floured surface.
4.  Press dough tadi ke baking pan.
5.  Buat garis memanjang 6 strips dengan pisau
(preferably pisau yang tidak tajam sebab boleh merosakkan baking pan (dah kena dah ) -
like a small flat knife atau yang sesuai), kira-kira lebar 3cm.  
6.  Prick evenly dengan gerpu.
7.  Bake 150 C selama 40 mins atau sehingga golden brown.
8.  Cut into finger lengths.  Stand shortbread selama 10 mins,
turn into a wire rack to cool.
9.  Buat sekali lagi..sebab yang tadi dah habis dimakan

LEMON SHORTBREAD [tenko]

500 g butter.
450 g tepung.
110 g castor sugar.
6 s.t. juice lemon.
2 s.t. parutan kulit lemon.

1. Pukul butter, kulit lemon and gula sampai smooth.
2. Masukkan juice dan tepung skit2.
3. Paipkan ats tray pembakar.
4. Bakar sampai la masak

WHOLEMEAL SHORTBREAD [Tenko]

250 g butter.
125 g castor sugar.
190 g tepung whole meal.
190 g tepung gandum.
75 g tepung beras.

1. Pukul butter and gula hingga lembut and kembang.
2. Masukkan ketiga2 tepung skit2. Gaul sebati.
3. Uli hingga jadi doh lembut.
4. Canai dan terap serta bakar hingga masak


FRUITY SHORTBREAD [bLUe_jaMBu]


Ingredients
  135g butter
  100g castor sugar

Sifted
  170g plain flour
  30g rice flour
  1/2 tsp vanilla essence
  3 dates, stoned and chopped
  50g hazelnuts, chopped
Method
Lightly grease two trays. Preheat oven to 160?.

Beat butter, sugar and essence until just combined. Sift in flours and mix. Add dates and hazelnuts.

Remove the combined dough out onto a lightly floured tabletop. Bring the dough together into a big round ball.

Roll out into a rectangular piece (21x16cm) then transfer onto the prepared tray.

Use a sharp knife and mark the dough into strips of 3cm by 6cm. Prick the pieces evenly all over with a fork and sprinkle lightly with coarse sugar.

Bake in preheated oven for 20 minutes or until golden brown.

Remove tray from oven and cut according to the markings into individual pieces. Leave to cool before storing in airtight containers.

[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 10:12 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 03:32 AM | Show all posts
BISKUT OAT [disketkosong ]

Bhn A

5 cwn oat
3 cwn tepung gandum
5 sudu koko


Bhn B

1/2 cwn butter
1 1/2  cwn minyak sapi
1 cwn gula halus


Bhn C

susu tepung
gula halus


Cara2:1)pukul bhn B hingga kembang.

2)Masukkan bhn A ke dlm bhn B dan gaul sebati.

3)Bentukkan bulat2 dan bakar mcm biasa.(150 darjah celcius selama 15-17 minit- ikut oven DK pensonic AE-11)

4)susu tepung + gula halus (sukatan agak je la..).biskut yg dah siap dibakar tu di golekkan dlm campuran susu tepung + gula halus tu.mcm buat biskut makmur tu..dan siap utk dihidangkan..
kalau nak nampak lagi kemas,letakkan biskut tu dlm paper cup lepas siap golek dlm susu tepung tu.

5)satu bancuhan boleh dpt dlm 200 biji...dgn syarat buat size ngam2  2 kali ngap.kalauz size besor, dpt kureng la dr tu.biskut ni akan mengembang sikit...sikit jer...but rasa mmg marbeless...pd dk la...

selamat mencuba...

Biskut Oats [TAJMAH]

Bahan-bahannya

100 gm mentega
80 gm gula caster
50 gm oats (kisar  jangan terlalu halus)
1 biji kuning telur
40 gm tepung jagung
130 gm tepung gandum

Cara membuatnya

Pukul mentega dengan gula hingga sebati masukkan kuning telur gaul lagi hingga rata. Masukkan oats gaul rata setelah itu masukkan tepung jagung dan akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit-sedikit gaul rata. Setelah itu bolehlah dicanai dan dibakar.

Jika suka diatasnya boleh disapu dengan kuning telur dan dihias dengan ceri.


BISKUT QUAKER OATS [Tenko]

1 tin Quaker Oats (nk bakar kejap oats pun blh).
375 g butter.
250 g castor sugar.
3 bj kuning telur.
1 s.t. esen vanila.

1. Pukul sebati butter dgn gula.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lg.
3. Masukkan oats dan esen. Gaul sebati.
4. Ambil sesudu teh adunan dan bulat2kan. Hias dgn ceri. Blh juga klau nk penyekkan dgn sudu atau siku.
5. Bakar.

[ Last edited by  NoorMasri at 25-10-2006 10:46 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 03:55 AM | Show all posts


BISKUT OREN

Bahan
250 g butter
130 g gula akstor
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
1 s/b oren pes
1 s/k pewarna oren
coklat chips [hiasan]

Bahan Diayak
300 g tepung gandum
50 g tepung naik sendiri
50 g tepung jagung
50 g tepung kastad

Cara
1. Butter dan gula digaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaulkan sebati.
3. Masukkan perawna oren dan pes oren. Gaulkan sebati.
4. Masukkan bahan yg diayakkan dan gaulkan sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
6.Hiaskan dengan coklat chips.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
8. Bila telah sejuk simpan dalam balang kedap udara.

BISKUT OREN[hanieliza]

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
240 gm gula halus
240 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sudu teh pati oren/oren emulco
1 sudu teh 'zest' oren

Cara:
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan zest oren dan esen oren.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan adun hingga sebati.
4. Rehatkan sebentar dalam petisejuk.  
5. Canaikan doh pada permukaan bertepung dan terapkan dengan acuan bentuk ulas limau.
6. Bakar selama 15 minit dalam suhu 170'C atau sehingga keemasan.
7. Sejukkan dan disimpan

[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 04:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 05:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:29

Biskut Telur Rebus [Baiduri Othman]

200 g gula halus
200 g mentega
100 g tepung jagung
200 g tepung gandum
5 biji telur ayam
2 biji kuning telur
Buah ceri utk hiasan

Cara membuatnya:-

1. Telur ayam direbus terlebih dahulu & diambil kuningnya sahaja.
Biarkan sejuk baru dihancurkan.
2. Gula & mentega dipukul hingga kembang.
3. Masukkan kuning telur & kacau rata.
4. Baru masuk tepung lalu diratakan serta diuli sebati.
5. Selepas itu dicetak dgn acuan.
6. Kemudian disapu dgn sedikit kuning & bubuh dgn ceri.
7. Finally bakar hingga masak.

Nota :-
Selalunya ibu saya cuma guna tepung gandum yg terlebih dulu dipanaskan dlm kuali.
Bila tepung dah sejuk, dia masuk mentega & kuning telur masak.
ila adunan dah sebati, dia cuma bulat2kan mcm kita buat biskut makmur or otherwise dicetak dgn acuan.
Bila dah masak, dia tabur gula pasir masa biskut tgh panas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2005 05:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 10-8-2010 09:47

Biskut Cornflake Sagu [TAJMAH]

Bahan-bahannya

110 gm mentega
200 gm tepung sagu
60 gm gula halus
1 biji kuning telur
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh essen vanila
100 gm conflake
50 gm badam cincang.

Cara membuatnya

1. Cornflakes di remas hingga hancur.
2. Gula, mentega dan kuning telur dikacau hingga rata kemudian masukkan tepung sagu, vanila, garam badam dan cornflake yang telah dihancurkan tadi gaul hingga sebati.
3. Sediakan mangkuk kertas dan sendukkan adunan tadi kedalam mangkuk kertas. Setelah itu bakar hingga masak.

biskut cornflakes bermadu[ariesarlia3003]

Bahan2 utame:
1 kotak cornflakes yg sedang tu (leh dpt dlm 60 cawan kertas bergantung pade kepadatan...)
1 botol madu
mentega sikit

Bahan2 kedua:
1 bungkus bijan (yg kecik udahle..)
ceri
1 bungkus kacang hazelnut yg dah dikisar kasar (yg halus pun boleh tapi kurangla tastenyer...biase taruk yg kasar...baru sedap!)
1 bungkus kismis (ni additional jer...x nak pun xpe)

Peralatan:
1 bungkus cawan kertas
dapur gas
oven
loyang

Care2 masak madu:
memule korg masakkan madu tu kat dlm periuk...gune separuh dahle...gune api pelan...n then kalo madu tu dah melegak (kuar buih2...) tarukkan sedikit mentega...agak2la...biase 3 sudu mentega je...pastu kacau...dah masak tutup api...

Care2 membuat:
taruk cornflakes kat dlm bekas plastik...n then masukkan semua bahan2 kedua pulak...peh tu masukkan madu tadi...n kacaula same rate...kalo tak cukup madu tambahla lagi...tapi pastikan masukkan mentega jugak...lepas tu masukkan bahan2 tu kat dlm kertas cawan pulak...n then bakarla...jgn lelame bakar kang rentung pulak...kejap jer...ni untuk kasi cornflakes tu lekat...

Biskut Cornflakes Madu   [eena05]


Bahan-bahan :
8 oz    cornflakes     
4 oz    butter
2 oz    gula castor
3 - 4 sudu besar Golden Syrup
Chocolate chips secukupnya

Cara membuatnya :
1. Ramaskan cornflakes kasar-kasar
2. Pukulkan butter + gula hingga kembang dan baru masukkan cornflakes.
3. Kemudian masukkan golden syrup gaul rata dan akhir sekali masukkan chocolate chips.
4. Letakkan dalan small cups dan bakar.


Note : Utk hiasan eena biasenye taburkan almond cincang or colorful manik tu.....heheheheee tak tau nama nyeee....

cornflakes madu[shidaaziz]


1. 800gm corn flakes
2. 1 ketul butter
3. 1 mangkuk gula
4. 1 1/2 sudu madu

Caranya

cairkan butter dan gula. bila dah cair, masukkan madu & conrflakes. kacau rata & masukkan cornflakes ke dalam paper cup & bakar.

CORNFLAKES MADU[ZieA]



Bahan2nya:
65 gm mentega
1 camt gula halus
1 camt esen vanila
5-6 sudu besar madu
4 cawan cornflakes
1 cawan hirisan badam - disangai
4 sudu besar bijan - disangai
2 sudu besar ceri merah cincang
2 sudu besar ceri hijau cincang

-panaskan mentega dalam kuali dgn api perlahan sehingga cair
-masukkan semua bahan diatas dan gaul hingga sebati (1-2 min)
-tutup api dan scopkan dlm acuan kertas
-bakar selama 5-8 min (suhu bergantung pada oven - spt bakar biskut lain)

Cornflakes Madu [ciku_nunu]


bahan:
4 cawan cornfleks
2 sudu besar madu
2 sudu besar butter- dicairkan
1 cawan kismis
1 cawan coklat chips
1 cawan kacang- digoreng sekejap

cara membuat:
gaul semua bahan. masukkan dalam paper cups dan bakar pada suhu 170c selama 10 minit.



Cornflakes madu [zaiima]
sumber : norbaya resepi.net

90 gram sugar halus,
110 gram butter.
6 sudu besar madu/golden syrup

Untuk cornflakes pula.
120gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)
100 gram kacang/badam. ( bakar dulu skit badam tu)


Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja
masaknya.
Kemudian tuangkan campuran cornflakes,
Gaul sampai rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar
350F selama 11-12 minute..

cornflakes madu- [EMMA78]

400 gm cornflkes(beli yg loose jer sbb murah)
90  gm kacang ;yg dh siap dibkr(abaikan kalu X nk letak)
1/4 cwn madu
1   sb gula halus
60  gm butter(yg beku, yg dlm tong walau butter., takut x keras bila sejuk nanti)

cara:-
cairkan butter & gula dlm kuali besar(senang sket)..,
masukkan madu., cornflakes dan kacang...
dengan pantas gaul sebati. tutup api...
scoop kan ke dlm paper cup. bkr 7-10 min dlm oven suhu 150-160C
sejukkan sblm disimpan dlm bekas kedap udara...

selamat mencuba.., p/s nk gantikan kacang dgn kismis pn boley




CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS [hanieliza]

Bahan A
150 gm butter
90 gm gula kastor
5 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips
100 gm badam cincang panggang

Hiasan
paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

[ Last edited by  maisya at 24-10-2008 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2005 07:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:31

Royal Chocolate [isfa76]

Tiap kali musim raya tiba saya suka buat biskut nih...Sedap sangat and full with koko & chocolate rice....mudah dan sedap...cubalah...

Bahan2nya : -
270 gm mentega
170 gm gula halus
100 gm serbuk koko
100 gm tepung kek
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan chocolate rice

Cara menyediakannya :-
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla. Dipukul rata.
2. Masukkan pula serbuk koko dan pukul seketika. Kemudian masukkan tepung kek dan diuli sehingga menjadi adunan yanglembut.
3. Setelah itu canai adunan menjadi 1/2 inci tebal dan terapkan dengan acuan atau potong menjadi empat segi. Taburkan dengan chocolate rice dan bakar selama 20 minit atau biskut masak


ROYAL CHOCOLATE [MMISS]
300 gm butter (boleh gak guna 250 gm butter + 50 gm marjerin)
170 gm gula halus
200 gm tepung kek
100 gm serbuk koko
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Hirisan badam

Cara2nya
1.        Putar butter & gula sampai kembang.
2.        Masukkan kuning telur & esen vanilla. Putar lagi.
3.        Masukkan tepung kek & serbuk koko yang telah diayak. Gaul sebati.
4.        Bentukkan ikut citarasa sendiri dan aturkan ke dalam loyang yg telah di sapu
                      marjerin. Tapi jgn atur terlalu rapat coz nanti doh mengembang.
5.        Bakar selama 20-30 minit
P/S        kalu suka boleh taruk badam cincang dalam doh. Lagi sedap. Warna dia agak gelap. Tapi yg sedap coz rasa coklat. adik2 miss suka sgt


[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 03:39 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 03:59 PM | Show all posts
Chocolate Ball Nyam Nyam [zazizu]

Bahan A
140 g mentega
60g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
200 gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm pulut hitam (dikisar)
10gm serbuk koko
1/8 sudu kecil emplex
1/4 sudu kecil serbuk penaik

Bahan Inti
Coklat masakan(dipotong dadu)

Bahan Hiasan
Coklat masakan yang dicairkan
Coklat utai
Mangkuk Kertas

Cara Menyediakannya
1. Bahan A dipukul sebati, masukkan serbuk penaik dan emplex, pukul lagi seketika
2. Masukkan serbuk koko diikuti dengan pulut hitam, pukul seketika
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati diikuti dengan tepung gandum, pukul sampai sebati
4. Ambil sedikit doh, masukkan satu coklat yang dipotong dadu, gentel bulat seperti bebola
5. Bakar sehingga masak, sejukkan.
6. Celupkan biskut didalam coklat cair, taburkan coklat urai.Masukkan kedalam mangkuk kertas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 04:06 PM | Show all posts


Cereal & Mix fruits cookies [afieza_ariffin]


125 gm Mentega
100 gm Tepung Gandum - Ayak
100 gm Tepung Jagung - Ayak
200 gm Gula Castor
1 sudu teh serbuk penaik - Ayak
1 sudu teh chocolate paste (emulco)
1/2 cawan nestum
1 biji telur
1/3 kotak mix fruits
Peanut (chopped)

Hiasan
Chocolate cair & nestum

Cara:-
Gaul semua bahan ayak dgn nestum.. ketepikan... kacau mentega dgn gula castor hingga sebati, masukkan telur.. pukul hingga ringan.. masukkan chocolate paste.. pastu masukkan pula mix fruits dan peanut cincang... kacau rata.. pastu masukkan pula bahan ayak yg telah di gaul dgn nestum... uli sebati... bentukkan bebola.. dan salut dgn nestum.. tekan dgn garpu pastu susun dan bakar... bila dibahagian bawah dan bertukar coklat..hahaa dah masak ler tuh... bila dah sejuk hias dgn coklat cair...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 04:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:33

JAPANESE COOKIES [DianaA]
Sumber: Hasnee Mohd Hasan (Resipi.Net)

Bahan-bahannya
200gm butter
150gm icing sugar
1 biji kuning telur
125gm quaker oats
20gm tepung jagung
50gm tepung susu
50gm black current
50 gm cherry merah & hijau dihiris
1/2 sudu teh vanilla
35gm badam cincang [dibakar/sangan/i terlebih dahulu]
80gm tepung gandum
100gm cornflakes [dihancurkan terlebih dahulu]
Merah telur untuk disapu

Caranya:
1. Semua bahan2 kering hendaklah dicampurkan dan digaul terlebih dahulu.
2. Pukul butter & gula icing sebentar lalu masukan telur, vanilla dan masukan semua bahan2 kering ke dalam adunan.
3. Kemudian dicanai dan di potong2 mengikut citarasa anda sendiri.
4. Selepas itu sapukan merah telur sebelum dibakar.
5. Untuk perhatian anda semua ketika biskut ini dibakar, baunya amat menyelerakan.

Cadangan:
1. Biskut ini boleh juga ditekan dalam acuan buah kana.
2. Sekiranya adunan anda agak lembik untuk ditekan dalam acauan atau dipotong2, sila tambahkan tepung jagung & tepung gandum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.697126 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list