CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NoorMasri

[kompilasi] BISKUT

  [Copy link]
 Author| Post time 14-9-2005 04:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:33

CHOCOLATE CRACKLES [DianaA]

Bahan-bahannya
4 cawan rice bubbles
1 cawan kelapa kering (dessicated coconut)
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula aising
1 cawan sultanas
250 gram coklat hitam

Cara-caranya
1.  Campurkan rice bubbles, kelapa kering, serbuk koko yang telah diayak, gula aising dan sultana didalam mangkuk.  
2.  Cairkan coklat hitam menggunakna teknik double boil.  Campurkan kedalam adunan kering dan gaul rata.  
3.  Sendukkan adunan kedalam mangkuk keras dan masukkan kedalam peti ais sehingga biskut set.
4.  Sedia untuk dihidang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2005 04:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:34

BISKUT CORNFLAKES THUMBPRINTS [DianaA]
Sumber: Chef Wan

Bahan-bahannya
225 gram mentega
1/2 cawan gula perang
2 biji telur, diasing putih dan kuninig
1 sudu teh esen vanilla
2 1/2 cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
1/2 cawan kacang walnut, dicincang halus
1 cawan cornflakes yang dihancur halus, dicampur bersama kacang walnut
jem rasberi secukupnya

Cara-caranya
1.  Pukul mentega dengan gula sampai kembang.  Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
2.  Masukkan adunan tepung dan digaul rata.  Bentukkan seperti guli kecil.  Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan digolek ke dalam bahan cornflake dan kacang.
3.  Dengan hujung jari ditekan leper dan dibbentuk lobang kecil.  Isikan dengan jem rasberi dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12 - 15 minit sehingga kuning keemasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 04:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:34

BISKUT STRAWBERRY[DianaA]
Sumber: Chef Wan

Bahan-bahannya
2 biji kuning telur
250 gram mentega
200 gram gula halus
100 gram tepung jagung
400 gram tepung gandum
50 gram badam, dikisar
sedikit badam hiris untuk dibuat batang berwarna hijau
100 gram buah asam gambir, dikisar
2 sudu teh pewarna merah
2 sudu teh perasa strawberry
sedikit gula kastor untuk dibuat tabur diatas biskut
sedikit putih telur untuk pelekat badam berwarna hijau

Cara-caranya
1.  Pukul mentega dan gula halus sehingga sebati.  Masukkan kuning telur dan dipukul lagi sehingga kembang.  Kemudian masukkan warna merah dan perasa strawberry.
2.  Masukkan tepung jagung, tepung gandum, badam kisar dan buah asam gambir.  Digaul rata.
3.  Uli doh, kemudian canai untuk terap bentuk seperti buah strawberry.
4.  Sapukan putih telur pada badam berwarna hijau dan letakka diatas biskut seperti batang strawberry.
5.  Kemudian dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah C.
6.  Taburkan gula kaster diatas biskut setelah dibakar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:35

SWISS CHOCOLATE ROSETTES [DianaA]

Bahan-bahannya
200 gram gula serbuk
500 gram mentega
150 gram telur
1 sudu teh esen oren
700 gram tepung serbaguna
45 gram serbuk koko

gula serbuk untuk ayak, hiasan

Cara-caranya
1.  Pukul gula, mentega, telur dan esen oren sehingga licin.
2.  Ayak tepung dan koko.  Masukkan kedalam adunan mentega dan gaul rata.
3.  Menggunakan rosette No 7, pipe bentuk rossettes pada loyang yang telah digris.  Bakar pada suhu 205 darjah C selama 15 minit.  Ayak atas dengan serbuk gula sewaktu menghidang.

Sumber: Chef Wan



CORNFLAKES COFFEE KISSES [DianaA]

Bahan-bahannya
125 gram mentega
20 gram shortening
70 gram gula serbuk
1 biji kuning telur
1 sudu besar peanut butter
1/2 sudu teh esen kopi
180 gram tepung serbaguna
50 gram tepung jagung
30 gram kacang gajus, dikisar
1/2 sudu teh baking powder
1 biji putih telur, dipukul sedikit untuk sapu
hirisan badam dan cornflakes yang telah diramas, untuk hiasan

Cara-caranya
1.  Pukul mentega, shortening, gula serbuk dan kuning telur selama 4 minit. Masukkan peanut butter dan esen kopi dan pukul lagi selama 2 minit.
2.  Ayak kedua-dua tepung dan baking powder, masukkan kedalam adunan bersama gajus. Gaul rata. Dinginkan adunan tepung didalam peti sejuk selama 10 minit.
3.  Canai adunan dan potong bentuk rectangular dengan pisau. Sapukan putih telur diatas permukaan doh dan taburkan cornflakes yang telah diramas dan hiaskan dengan hirisan badam.
4.  Bakar selama 13 minit pada suhu 180 darjah C.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 05:12 PM | Show all posts
Biskut Cornflakes [anasue]

15 oz tepung gandum (di ayak)
6   oz gula
2 biji telur merah
1  camca teh esen vanila
1 camca teh baking powder (tapi ana selalu tak bubuh...biskut jadi besar)
1 buku buttercup
1 kotak sedang cornlakes

pukul gula dengan butter
masuk telur
then bubuh esen
masukkan tepung
masukkan cornflakes...dan sambil tu baru ramas sikit sikit cornflakes..jangan hancur sgt

siap...just ambik denga sudu kecik..bubuh dlm dulang pembakar..tak paya gentek...if gentel dia mcm padat sgt..dia jd tak rangup....
cuba laaa


Biskut Cornflakes [sue]


180gm tpg gandum
150gm butter
80gm icing sugar
50gm tpg jagung
1kuning telur
80 gm cornflakes (hancurkan) - gunakan brand nestle.nipis & ranggup sikit.tak pun beli kat BWY..murah
1/2 sudu teh baking powder

Pukul butter & gula sampai berkrim. Masukkan kuning telur. Pukul lagi then masukkan cornflakes & tpg
jagung. Uli adunan sambil masukkan tpg gandum sedikit2. Kalau lembik biarkan sebentar.Bulat2kan sebesar guli..nak gaul dgn cornflakes pun bole. bakar hingga masak

try la..best sebab dia rangup....


Biskut Cornflakes [ hanis00]


1 buku buttercup
1 1/4 cawan gula - resepi asal 1 1/2 (hanis kurangkan sebab tak tahan manis)...* speed kurangkan lagi  jd 3/4 cawan aje
3 cawan Quaker Oats
1 sudu teh esen vanila
1 kotak kecil Cornflakes (180gm)
- Cornflakes ni dipanggang dulu dlm oven selama 7-10 minit, suhu 170 (utk maintain krangupan Cornflakes)
- Biarkan suam sebentar baru masukkan dlm adunan.

1. Pukul butter dengan gula sampai kembang
2. Masukkan esen vanila, kacau dan kemudian Quaker Oats, kacau sebati
3. Akhir skali masukkan Cornflakes, gaul.
4. Masukkan dalam paper cup,hiaskan dengan ceri dan bakar

BISKUT OAT NESTLE CORNFLAKES[ Kacip_Fatimah ]

Anggaran : 115 keping

Bahan-bahan :-

A/
250 gm mentega atau marjerin
200 gm gula
4 sdb madu
1 1/2 sdt serbuk kayu manis

B/
150 gm Nestle Cornflakes
100 gm oat
100 gm kelapa kering
70 gm hirisan badam
100 gm apricot kering, dicincang
100 gm kismis

Cara-cara :-
1. Dalam periuk, cairkan bahan A hingga pekat.
2. Masukkan bahan B dan gaul sebati.
3. Tuang campuran bahan ke dalam acuan tin 4 segi 20cm X 20cm yang telah beralas dan lengser. Tekan hingga rata.
4. Bakar dalam ketuhar 160扖 selama 45 min dan biarkan selama 20 min.
5. Potong mengikut bentuk yang disukai.


BISKUT DWI CORN FLAKES KOKO CRUNCH [ Kacip_Fatimah ]

Sumber : Berita Harian, Nestle Cornflakes
Menghasilkan : 72 biji

Bahan putih [A]

100 gm tepung gandum
25 gm tepung beras
1/2 sdt serbuk penaik

50 gm Nestle Cornflakes, dikisar halus
100 gm mentega/marjerin
50 gm gula kastor
1/2 sdt esen vanilla

Bahan coklat

75 gm tepung gandum
25 gm tepung beras
2 sdb serbuk koko
1/2 sdt serbuk penaik

50 gm Nestle Koko Crunch, dikisar halus
75 gm mentega/marjerin
50 gm gula kastor
1/2 sdt esen vanilla

Cara-cara :-
1. Ayak bersama bahan A, masukkan cornflakes gaul sebati dan ketepikan.

2. Putar mentega, gula dan esen vanilla hingga kembang. Kaupbalikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menajdi doh yang lembut dan ketepikan.

3. Ulangi kaedah yang sama untuk bahan .

4. Canai doh [A] dan secara berasingan menjadi jalur setebal 1 cm, kemudian cantumkan keduanya. Potong mengikut panjang yang disukai. Susun doh di atas dulang pembakar yang telah disapukan sedikit mentega, jarakkan sedikit untuk biskut mengembang.

5. Bakar dalam ketuhar suhu 180扖 selama 15-20 min atau sehingga masak.

Untuk hiasan :-
Celup biskut dgn coklat masakan yang di cairkan dan tabur sedikit gula halus atau coklat manik dsb.

BISKUT OREN CENGKERANG [Kacip_Fatimah]

Sumber : Berita Harian, Nestle Cornflakes
Menghasilkan : 60 biji

Bahan-bahan [A]
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
2 sdb serbuk koko
1/2 sdt serbuk penaik

50 gm Nestle Cornflakes, dikisar halus
1 sdb parutan kulit oren
100 gm mentega/marjerin
50 gm gula
2 bj kuning tepur
1 sdt esen oren

Cara-cara :-
1. Ayak bersama bahan [A], masukkan Nestle cornflakes dan parutan kulit oren, gaul sebati dan ketepikan.

2. Putar mentega, gula, kuning telur dan esen oren hingga kembang.

3. Kaupbalikkan campuran tepung serta gaul sebati hingga menjadi doh lembut.

4. Tekan doh ke dalam acuan putu kacang hingga padat. Kemudian ketukkan sedikit utk mengeluarkan.

5. Letakkan doh di atas dulang pembakar yg sudah disapukan sedikit mentega, jarakkan sedikit utk biskut mengembang.

6. Bakar dalam ketuhar suhu 180扖 selama 15-20 min atau sehingga masak.

Hiasan :- [tiada dalam resepi di atas, boleh ikut mana2 resepi aising]

1. Campurkan gula aising yang sudah diayak dgn esen oren dan kacau hingga sebati. Kemudian sapukan di antara dua keping biskut ini [kapit].


CORNFLAKES CRUNCHIES [maisya]
http://rossyabakes.fotopages.com/?entry=883124

105g mentega
1/2 cawan gula castor
1 butir kuning telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence
3/4 cawan kismis
Cornflakes secukupnya

Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2. Ayak kedua tepung dan campurkan keadunan telur. Kemudian baru masukkan kismis dan cornflakes. Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas dan dihias dengan ceri. Bakar selama 115-20 minit dalam ketuhar 160C atau sehingga keperang-perangan.

Nota : Adunan ini akan kelihatan berderai.. tetapi ia akan bercantum sesudah ia masak nanti. Letak cornflakes berlebihan sedikit. Lebih rangup lebih enak.

[ Last edited by  maisya at 25-9-2008 12:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2005 05:14 PM | Show all posts
gambar ehsan NoorMasri



BISKUT TEMBIKAI [gadis_aries]

Bahan-bahan
150 g gula kastor
250 g mentega
1 biji kuning telur Gred C
1 sudu besar susu pekat
290-320 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
sedikit pewarna merah dan hijau
2-3 sudu besar bijan hitam
Paper cups
1 biji putih telur (utk menyapu doh agar ianya melekat...tapi Aries tak pakaipun putih telur)

Cara membuatnya
Pukul gula dan mentega hingga sebati, masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yg sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan 3 bahagian, ambil 2 bahagian dan campurkan dengan bijan hitam dan pewarna merah. Ambil baki doh, campurkan dengan pewarna hijau. Buatkan bebola kecil dengan doh merah.
Canai doh hijau setebal 3 mm. Sapu sedikit putih telur pada bebola merah kemudian salutkan dengan doh hijau. Simpan seebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya). Belah 4 bebola tadi dan atur di dalam paper cups dan barulah di letak di atas tin pembakar. Bakar pada suhu 160 C selama 20-25 min atau hingga masak.

* Peringatan
Masukkan tepung sikit? dulu....

Lagi satu Aries nak ingatkan..selepas potong mesti atur kat paper cups baru lah di bakar...kalau lepas potong adunan tu letak terus di atas tin pembakar...haizzzz....ianya akan menjadi besar 2 kali ganda size nya nanti...pasal mula? Aries buat jadi mcm tu

Biskut Tembikai [budaks_comel]


Bahan:

4 oz mentega
3 oz tepung
1/2 sudu makan baking powder
1 sudu makan tepung cornflake ataupun nestum ( dikisar halus)
1 oz gula aising
2 oz tepung jagung
1/2 biji kuning telur
sedikit lenga hitam

Cara:

1. pukul mentega dan gual hingga kembang dan masukkan kuning telur
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan tepung cornflake or nestum. Gaul rata-rata
3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Warna plain, hijau dan merah
4. Bakar dengan suhu sederhana

Cara Membuat Tembikai:
1. Bulatkan adunan warna merah, hijau & palin menjadi bola-bola kecil. Bola mesti sama banyak.
2. Leperkan bola plain dan letakkan bola merah di atas warna plain. Bulatkan menjadi bola.
3. Leperkan warna hijau dan letakkan bola no.2 tadi dan bulatkan lagi menjadi bola...
4. Potongkan bola tadi menjadi potongan buah tembikai dan letak lenga hitam tadi.

[ Last edited by  maisya at 24-9-2008 06:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2005 05:21 PM | Show all posts


CHOCOLATE HAZELNUT BALL COOKIES [gadis_aries]

Bahan-bahannya :
250 gm mentega
225 gm HongKong flour
100 gm Hazelnut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2005 08:51 PM | Show all posts
Golden Ameral Kak Ros[Index]

Bahan-bahan:

125g butter
60g gula castor
1 biji kuning telur
1 tsp coffee oil
60g tepung kastad
25g nestum
25g kelapa kering
120 tepung hong kong atau tepung gandum boleh juga
Hiasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2005 12:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 5-9-2009 14:37

CHOCOLATE ALMOND BARS [DianaA]

Bahan-bahannya

(A)
250 gram mentega
190 gram gula aising
secubit rasa garam
  
(B)
1 biji telur
  
(C)
380 gram tepung gandum
90 gram badam kisar
  
Cara-caranya
1.  Putar (A) sehingga lembut dan tambah (B).  Putar sehingga tidak berbintil-bintil.
2.  Campurkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3.  Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga keras.
4.  Canaikan doh di antara kepingan kertas minyak sehingga menjadi 3mm tebal.
5.  Potong menjadi 5sm x 2.5 sm dan bubuh atas kertas pembakar.
6.  Bakar pada suhu 175 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga kuning keemasan.
7.  Biarkan ia sejuk.  Tangkup 2 kping dengan coklat yang telah dicairkan.
8.  Selaputkan dengan coklat cair dan letakkan ke atas kertas minyak. Paipkan sedikit jejalur coklat putih di permukaan.
9.  Simpan dalam peti sejuk selama 2 minit.  Biar ia keras.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 12:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 25-8-2010 10:24





BISKUT DAHLIA[hanieliza]


Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah  sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butte dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bajkat dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara

Biskut Dahlia [DianaA]

320 gram mentega
450 gram tepung gandum, diayak
25 gram tepung custard
2 biji kuning telur
175 gram gula aising
1/3 sudu teh esen vanilla
sedikit jelly tip, dipotong dua, cuci dan toskan

Mentega, telur, gula aising, tepung custard dan vanilla digaul rata.  Masukkan tepung gandum.  Uli sehingga dohnya lembut.  Ambil sedikit doh, masukkan kedalam acuan bunga dahlia.  Tekan sehingga terbentuk sekuntum bunga dahlia.  Hias dengan jelly tip dan bakar sehingga garing.

BISKUT DAHLIA[zieA]


200 gm mentega
1/2 cawan gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tpg gandum
3/4 cawan tpg kastard
3/4 cawan tpg jagung
hirisan ceri utk hiasan

-pukul/putar mentega dan gula icing
-masukkan kuning telur dan esen, kacau
-masukkan tpg dan bila dah jadi doh,balut ngan plastik
-rehatkan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam
-terap guna acuan, hias dgn ceri dan bakar sehingga masak.



Biskut Dahlia.
sumber:baya RNet

11/2 cawan butter.
1 cawan gula( kalau tak suka manis kurangkan skit)
1 biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan tepung jagung.
1 1/2 cawan tepung kastard.

Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh yg boleh diterap.
Guna acuan samprit yg berbentuk bunga.
Bakar 350f [170'C]  selama 15-17 minute...

Kuih Dahlia [indahkasturi]

200 gm tepung kastard
50 gm tepung ubi
100gm gula halus
100gm majerin
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila
ceri merah untuk hiasan

1. Putar gula dan majerin hingga kembang

2. masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi hingga sebati

3. Masukkan tepung dan gula sehingga mendapat doh yg lembut.

4. Tekan don dgn acuan semperit. Bubuh ceri di tengah kuih.

5. Bakar di dalam oven sehingga bahagian bawahnya berwarna perang

6. Angkat dan sejukkan atas redai kuih.



Biskut Dahlia [AnisSuraya]
  
Bahan-bahan
8 oz tepung gandum
3 oz tepung kastard
1 1/2 oz tepung ubi
6 oz gula halus
7 oz marjerin / mentega
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Ceri merah dan hijau utk hiasan

Cara-cara
Pukul gula dan marjerin hingga sebati.
Masukkan telur sedikit demi sedikit. masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
Ayakkan tepung gandum, tepung ubi dan kastard.
Masukkan adunan tepung ke dlam adunan mentega sedikit demi sedikit.. utk langkah ni, saya gaul menggunakan spatula je..
Terap menggunakan acuan semperit. Jika adunan agak lembik tambah lah sedikit gandum.. hias dgn ceri

Resepi ni memang sedap...kalau tak suka manis sangat kurangkanlah sukatan gula dia...bau pun wangi semerbak...cubalah...
Jika adunan masih lembik..tambah tepung gandum sikit2..doh mestilah lembut...kalau lembik..lepas bakar, bunganya akan kuncup...

Biskut Dahlia [AnisSuraya]
1 cawan gula aicing/halus
1 cawan mentega
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan tepung gandum
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
ceri secukupnya utk hiasan

Cara buat
Gula dengan mentega digaul sebati. Masukkan esen dan kuning telur, gaul sebati.Masukkan tepung ubi dan kastad dan gaul rata. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga doh menjadi lembut.Cetak guna acuan dahlia dan hiaslah dengan ceri. Bakar sehingga masak.

RESEPI BISKUT DAHLIA [ainahakimi]
Bahan2
200gm butter
120gm gula ising
1 biji kuning telur
150gm tepung kastard
150gm tepung jagung
150gm tepung top @ tepung serbaguna @ tepung biskut
esen oren
sedikit garam
ceri utk hiasan

Cara2
Pukul butter, kuning telur dan gula ising hingga kembang. Kemudian masukkan tepung, esen oren dan garam. gaul dan uli sehingga sebati.  ambil acuan dahlia dan pamkan hias dengan ceri. Bakar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2005 09:15 PM | Show all posts


BISKUT GAJUS MANGGIS [gadis_aries]

Bahan-bahan:
250 gram mentega
100 gram gula castor
380 gram tepung gandum, di ayak
3 sudu makan tepung jagung, di ayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gajus, di bakar
1 biji telur, di kocok utk di sapu atas biskut
Pewarna ungu
Pewarna hijau

Cara membuat:
Dengan menggunakan senduk kayu, pukul mentega sebentar.  Masukkan gula, kuning telur & vanilla.  Gaul hingga sebati.  Kemudian masukkan kedua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2005 09:17 PM | Show all posts


Snowy Heart cookies [DianaA]

Bahan-bahannya:
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
800gm tepung gandum
16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik)
12 ozs gula aising (1 oz = 28 g)
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray (atau mana2 susu yg sedaplah, kalau susu yg ada honey pun sedap kot. Roz guna susu Nespray utk budak besar, tak tau lah pulak apa rasanya kalau guna susu formula anak ek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2005 09:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 10-8-2010 10:11


Croquant Corn Cookies [magnolia]


200gm butter
1/2 cwn gula castor
1 kuning telur
50gm shortening
250gm tepung gandum
70gm tepung jagung
1/2 cwn serbuk badam
1/2 cwn croquant
1 cwn nestum (blend kasik halus sket)
1/2 sdt baking powder
esen vanilla

cara:-
cream kan butter, shortening and sugar..
masuk telur..kaco2 jap kasi sebati.
pastu masukkan esen.
lastly masukkan sume benda2 kering tu..
uli jap  sampei sebati..
pastu terap..
nk bg cantik..sapu kuning telor n tabur  ngan croquant..atau hias je ngan hirisan ceri merah.
bakar sampei masak ..suhu 180 c..

biskut nie sedap..selain dr tu bau dier harum jer..sbb ader nestum tu kot..
mmg paling laris selepas tart yg mag kasik resepi dulu tuh..
selamat menerai sume..
Kepingan coklat croquant - Majalah SAJI

Bahan A
150 gm mentega
110 gm gula castor
1 sk coklat krim
1/2 sk coklat emulco

Bahan B

200 gm tepung ros
50 gm kacang hazel (kisar)
40 gm tepung jagung
1/4 kecil emplex

bahan hiasan:
putih telur
croquant

cara menyediakkan:
1. Sebatikan kesemua bahan A hingga rata
2. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yg lembut
3. Canai dan terap dgn acuan pilihan.
4. Kemudian atur di atas dulang pembakar. Sapu putih telur dan taburkan croquant di atas permukaan biskut.
Bakar biskut pada suhu 180 C selama 25-30 min.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2005 09:28 PM | Show all posts

BISKUT KELAPA[hanieliza]


Bahan
250 gm butter
2oo gm gula kastor
1 kuning telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan kelapa kering [ cap King]
1/2 cawan nestum halus
1 1/4 cawan tepung ubi            ]
1 1/4 cawan tepung gandum   ] ayakkan bersama

cokalt cair untuk hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur san esen vanilla dan kacau rata.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dan gaulkan rata.
4. Bentukkan mengikut kesukaan sendiri.
5. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit atau sampai nampak masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn lorekkan coklat cair.



Biskut kelapa[long]


2 cup cornflour
1/2 cup tepung gandum
1 cup kelapa kering
1 kuning telor
1 cup gula
esen vanila
1/2 cup butter

1.  campurkan tepung gandum, cornflour dan kelapa kering
2.  pukul butter dengan gula, masukkan kuning telor dan esen vanilla.
3.  masukkan bahan kering dlm adunan butter, gaul hingga sebati. canai dan terap..bakar pd suhu 350F selama 16 min.

note..kalau terlembek..masukkan sedikit cornflour...



Kelapa World [hanis00]
Sumber: Resipinet

Bahan-bahan
6 oz mentega
5 oz gula halus
1 biji telur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2005 09:29 PM | Show all posts

BISKUT KISMIS [hanieliza]


Bahan
150 gm butter
100 gm gula kastor
290 gm tepung naik sendiri
200 gm kismis hitam [cincangkan]
5 s/b kelapa kering
2 s/b parutan kulit oren
5  s/b  susu cair

Cara
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati.
2. Dalam mangkuk lain gaulkan tepung, kismis, kelapa dan kulit oren.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair.
4. Uli doh sebati dan canaikan.
5. Terapkan mengikut corak atau paten yg disukai atau buatkan sebarang bentuk yg disukai.
6. Bakar dalam oven 170'C selama 15 minit atau sehingga masak.
7. Sejukkan dahulu dan simpab dalam balang kedap udaara.



[ Last edited by NoorMasri at 21-9-2005 09:34 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2005 08:56 PM | Show all posts
Biskut Choc.Chip Nestum [MakLang]



Bahan

BhnA
1 1/2 cwn tepung naik sendiri }
1/2 st baking powder } diayak bersama
1/2 st soda bicarbonate }

150g majerin/mentega
120g gula castor
1 biji telur
1 st esen vanila
1 cwn nestum
1 cwn choc.chip

Cara
Pukul mentega + gula sampai kembang dan ringan.Masukkan telur dan esen vanila
Masukkan choc.chip dan nestum ke dalam Bahan A, gaul rata dan masukkan ke dlm adunan mentega tadi.
Ambil 1st adunan (sebesar biji guli), tekan leper skit dan bakar pd suhu 175 C,10-15 minit. Jarak2kan adunan sebab biskut ni akan mengembang sampai 2x ganda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2005 09:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 10-8-2010 09:55

Coffee Oil Cookies [cguct1970 ]

1 buku/ 250g mentega
70 g gula ising
2 1/2 c.t. nescafe - larutkan dengan sedikit air suam
(atau 1 c.m. coffee paste)
200gm tepung gandum
70 gm tepung jagung
sedikit dark chocolate chips
paper cups

Cara :
1. Pukul mentega dan gula ising hingga kembang dan gebu.
2. Tambahkan nescafe dan tepung-tepung, uli sebentar hingga
     sebati.
3. Masukkan adunan dalam paiping bag dan paipkan corak
    bintang atau rosette pada papercup dan hias dengan dark
    chocolate chip.
4. Bakar dalam oven suhu 160'c hingga kekuningan. sejukkan
    sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



Coffee Cookies - [maisya]
yani @ myresipi.com
http://myresipi.com/top/detail/221

Bahan-bahan
240g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar instant coffee
1 biji telur
80g gula halus
60g gula perang
100g unsalted butter- suhu bilik

Cara-cara
-Ambik 2 sudu besar instant coffee campurkan dengan 2 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
-Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
-Dalam bekas lain, campurkan kedua-dua jenis gula dan kacau.
-Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam butter. Pukul sehingga putih/ kembang
-Masukkan telur sikit demi sedikit dan pukul lagi
-Kemudian masukkan pula instant coffee yang telah dicairkan. Kacau.
-Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dengan baking powder. Kemudian campurkan 1 sudu besar
instant coffeeyg tak dicampur dengan air. Kacaukan.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dikacau.
-Drop adunan tadi ke atas loyang yang dilapik dengan oven paper. Taburkan sedikit instant coffee ke atasnya.  
-Bakar dengan suhu 180C selama 15-20 minit

Vanilla Kipfel [cguct1970 ]

250 gm mentega
200 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
100 gm gula icing
1 1/2 c.t. esen vanilla
150 gm gajus atau almond kisar

Penyalut:
gula ising secukupnya

Cara:
1. Krimkan gula dengan mentega hingga kembang dan gebu.
2. Tambahkan bahan-bahan lain dan uli hingga jadi doh lembut.
3. Ambil sedikit doh dan bentukkan bujur, atur dalam dulang
    pembakar (tidak perlu lenser/alas)
4. Bakar pada suhu 160'c sehingga masak dan golekkan pada
    gula icing , hidangkan.

[ Last edited by  maisya at 22-9-2008 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2005 09:13 PM | Show all posts
Chocolate Walnut Cookies [fistik]

Bahan瞡ya

285g mentega
500g gula perang
525g tepung kek
300g walnut (dicincang halus)
300g coklat chips
50g serbuk koko
3 biji telur
1 tsp vanilla essence
5g tsp bicarbonate of soda
10g serbuk penaik

Cara瞡ya

Kisarkan semua bahan dan dinginkan dalam peti sejuk
Masukkan ke dlm minuman ketulan ais dan hidang (part ni saya rasa majalah tu salah cetak)
Slps keluar dari peti sejuk, bentukkan bulat atau buat metod dropping dgn sudu atas tray (yg ni baru betul rasanya)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2005 09:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by maisya at 25-8-2010 10:19




BISKUT MAZOLA[NoorMasri]


Bahan-bahan:

600 g kacang tanah } digoreng dan dikisar halus
600 g tepung gandum }diayak
300 g gula halus
minyak mazola secukupnya
secubit garam
Hiasan:

sebiji kuning telur } sapuan
sedikit kacang tanah belah 2


Cara membuat:

Gaulkan bersama tepung, kacang, garam dan gula sehingga sebati
Masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan menjd doh yg lembut dan boleh dibulat2kan
Buat bulat2 kemudian tekan sket tengah nya supaya jd leper letak kacang atas pastu sapu dgn kuning telur
Bakar pd suhu 160'C selama 15-20 min
Bila masak sejukkan atas redai besi

MAZOLA [AnisSuraya]
Bahan2
1 mangkuk kacang tanah (digoreng jangan sampai rentung/hangus, nanti mazola pahit..samada nak sangai atau goreng guna minyak, tu terpulang...kak anis suka yang digoreng dengan minyak sebab kaler mazola akan cantik) dan dikisar.
1 mangkuk gula halus
2 mangkuk tepung gandum
Minyak Mazola original (jgn campur dengan minyak masak pula sebab nak jimat kos punya pasal) secukupnya hingga doh boleh dikepal dan dibentuk.
kuning telur utk sapuan.
kacang tanah disangai utk hiasan.

Campur tepung + gula + kacang tanah kisar . Gaul sebati. Masukkan minyak mazola hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dikepal.bentukkan ikut suka, sapu kuning telur dan letak kacang tanah atasnya.Bakarlah hingga masak kekuningan...

BISKUT MAZOLA
sumber : myresepi
    Bahan-bahan ( 1 balang )
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
100 gm gula -kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
Kuning telur

Cara-cara
Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2005 09:27 PM | Show all posts
Nescafe Delight Cookies(anggaran 60 pcs) [Akak_Siti]

125gm mentega
70gm brown sugar
1tsp esen vanilla
1 biji kuning telur
1/4tsp baking powder
1 tsp Nescafe
70gm tepung jagung
20gm tepung beras
50gm kismis hitam--di potong@gunting kecil
atau(boleh digantikan dengan coklat rice 50gm)
140gm tepung gandum

Hiasan
kuning telur
badam cincang atau hirisan badam

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula hingga kembang(sebati sahaja,jangan terlampau kembang seprti buat kek).
Masukkan telur,esen vanilla,dan akhir sekali bahan-bahan kering yang lain.
Canai dan terap acuan.
Hias dengan kuning telur dan tabur badam cincang atau letak sehiris badam.
Bakar dengan suhu 180C selama 35 minit.

Ini salah satu biskut kegemaran saya sebab rupanya seakan-akan biskut coklat tetapi ada aroma Nescafe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.795615 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list