CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Laxamana.

KERAJAAN MELAYU PATANI (PATTANI)

  [Copy link]
Post time 21-2-2006 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 21-2-2006 02:55 PM


Acheh pun ramai berketurunan Raja dan Teuku



Datuk aku berasal dari sana .. nama asal dia memang ada Teuku di depan tetapi apabila menjadi warga Malaya (masa belum merdeka),  pangkat Teuku dah dibuangnya  ..

hmmmm Laxamana, lama tak nampak kat bod nie !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2006 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 21-2-2006 02:55 PM


Keturunan Raja? Bukan kriteria utama keturunan seseorang itu disisi  Allah s.w.t. Apa yang dipandang adalah apa yang ada dalam diri seseorang itu dari keimanannya yang membentuk jatidiri seseor ...


satu analisis yang cukup baik Laxamana

:solute::solute:

kang nanti ada lak yang melatah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 03:56 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 21-2-2006 04:24 PM


satu analisis yang cukup baik Laxamana

:solute::solute:

kang nanti ada lak yang melatah



.....memang biasa kita dengar dan mesti tahu bahawa kedudukan seseorang itu disisi Allah adalah ditentukan oleh amal dan ibadah yang dilakukan selama di dunia ini dan kalau ada sedekah jariah serta ilmu yang memberi manfaat serta amalan anak soleh yang sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kedua orang tuanya. Itu sesiapapun tahu...kalau tidak tahu maknanya tersangatlah kurang ilmu agamanya.

Tetapi kita juga mesti tahu bahawa faktor keturunan juga akan meletakkan seseorang dan juga keturunannya samada beramal soleh atau beramal toleh. Tuhan telah bersabda yang bermaksud "..wahai orang-orang beriman..peliharalah diri kamu dan dan anak isteri kamu dari seksaan api neraka..".

Dari maksud ayat Al-Quran tersebut..tanggungjawab kita sebagai orang beriman wajib 'menjaga' ahli keluarga kita dari api neraka..

Berbalik kepada faktor keturunan...ianya telah menjadi satu ciri untuk kita umat Islam untuk memilih jodoh. Kenapa Islam menekankan faktor keturunan sebagai panduan untuk memilih calon?

Kerana tidak semua keturunan manusia adalah sama..walaupun berasal keturunan dari Nabi Adam a.s. Hatta kerana itu faktor genetik atau darah keturunanlah yang mempengaruhi sifat dan tingkah kelakuan keturunan.

Ada keturunan sifatnya lemah lembut. ada keturunan sifat dia berani..ada keturunan sifat dia kasar dan penting diri sendiri.Kenapa ini terjadi?Peranan ibu dan bapalah yang mendidik anak cucu...disebabkan ini lah ujudnya pepatah "bapak borek anak rintik".

Perbezaan ini dapat disamakan antara manusia bila agama diturunkan oleh Tuhan sebagai panduan supaya manusia tidak terikut2 sifat yang tercela yang sudah tentu didalangi oleh iblis.Kekuatan melawan iblis ini juga bergantung kepada faktor genetik...yang dipanggil "kuat semangat" .

Kenapa keturunan raja2 dihormati? Ini adalah kerana mereka mempunyai darah pejuang atau pahlawan atau juga mempunyai "ilmu" pengetahuan yang ini menjadi "kelebihan" keturunan.

Memang betullah jika raja adil..dijulang dan raja kejam disanggah....jika seseorang raja bertindak kejam..maka dia secara sengaja telah melanggar adat petua atau syarat titihan...maka.."balasan memang cepat sampai".

Berbalik kepada persoalan laksamana...perlunya rakyat patani "bangkit" tetapi tahukah laksamana jika tidaka da pemimpin yang mengepalai..sesuatu kaum itu tidak akan bersatu dan tidak akan kuat. Oleh itu siapa pemimpin2 yang mahu diangkat? Sebelum ini pun boleh dikatakan tidak ada yang menjadi betul2 pemimpin...yang tertinggi hanyalah diperingkat menteri (kalau tak salah).Itu pun dikawal ketat oleh siam. Oleh itu dengan berbekalkan sejarah rakyat patani dapat berhimpun balik.

saya heran kenapa laksamana mempertikaikan akan perihal keturunan raja2...sedangkan  anda sendiri membuka tajuk thread "Kerajaan Melayu Pattani" secara langsung membicarakan kerajaan tua patani dan pemerintahnya.....:stp::cak:

[ Last edited by Lloni at 23-2-2006 04:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:12 PM | Show all posts
KeRAJAan tu merujuk kepada GOVERNMENT atau pemerintah bukannya spesifik kepada kera, raja atau siapa-siapa. Pemerintah bukan nya wajib atau menjadi pilihan utama dari kalangan Raja, kita semua tahu. Manusia yang menggelar atau mengangkat seseorang itu sebagai Raja. Zaman dulu banyak sangat lah para penyamun, ketua lanun yang paling kuat menjadi Raja. Might Rules. Yang terkuat akan memerintah. Sifat pemimpin apa yang saudari rujukkan? Raja-raja Pattani? Belum tentu mulia... Nabi-nabi dan Khalifah-khalifah pun bukan mengambil kriteria keturunan raja-raja untuk memrintah... Pattani jatuh kerana Raja-Raja Melayu di Tanah Melayu termasuk Pattani tak bersatu menentang Siam. Siam bersatu dan saiznya sebsar Thailand sekarang ni... Kalau Raja-Raja Melayu bersatu maka jadi lah saiz Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya tanpa Sabah dan Sarawak... tiu tentu nya cukup kuat untuk mengimbangi Siam(Thailand)... langkah kecundang dan ketamakan RAJA-RAJA Melayu le tu... Pemimpin yang tidak ulung, penuh langkah kecundang hingga akhirnya semua terjajah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 04:55 PM | Show all posts
Originally posted by Laxamana. at 23-2-2006 04:12 PM
KeRAJAan tu merujuk kepada GOVERNMENT atau pemerintah bukannya spesifik kepada kera, raja atau siapa-siapa. Pemerintah bukan nya wajib atau menjadi pilihan utama dari kalangan Raja, kita semua tahu ...



...saya tak nak ulas banyak cuma...cara keterangan anda  di atas menunjukan ciri2 keturunan anda....dan jangan menjadi "lidah bercabang" dan "kelingking berkait". Sila rujuk posting anda yang mula2 ditajuk ini...adakah ianya merujuk kepada "GOVERNMENT" yang anda maksudkan.

p/s : sabar dan cermat adalah sifat seorang pemimpin...:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 05:04 PM | Show all posts
Laxamana.... kan mok nik dah kata dah ada orang melatah
mok nik setuju dengan pendapat anda Laxamana.

Tak ada satu bangsa pun dalam dunia ini bangkit dan sedar kerana gerakan/semangat dan kesedaran dari orang luar. Semuanya lahir dari akar umbi bangsa itu sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2006 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 23-2-2006 05:04 PM
Laxamana.... kan mok nik dah kata dah ada orang melatah
mok nik setuju dengan pendapat anda Laxamana.

Tak ada satu bangsa pun dalam dunia ini bangkit dan sedar kerana gerakan/semangat dan k ...



...siapa melatah pulak...melatah itu adalah satu perbuatan yang lahir dari tindakbalas di bawah sedar yang disebabkan oleh suatu ransangan...semua yang saya tulis dan utarakan itu adalah dibawah pengaruh sedar...setiap yang ditulis adalah merujuk kepada apa yang telah ditulis sebelumnya atau merujuk kepada tajuk...sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 10:04 AM | Show all posts
wauuuuuuu  .. nampaknya perang mulut di antara Laxamana, tongkatali, moknik dan Lloni berpanjangan dekat 2 tahun dah nie  ..  ;););)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2006 09:48 PM | Show all posts
huhuhu tak kuasa mok nik nak berperang mulut kepada hal-hal yang satu sen pun tak ada faedah kepada mok nik dan keturunan mok nik ...cewahh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2006 03:13 PM | Show all posts
Lloni kena sedar bahawa posting pertama tajuk ini pun sememangnya merujuk kepada KERAJAAN dan perjuangan RAKYAT. Siapa lah Raja tanpa rakyat. Saya ulangi, orang-orang Melayu sejak zaman dulu memang susah bersatu kerana Raja-Raja dengki mendengki, saling tikam belakang saudara sendiri dsbnya. Inilah yang membuka peluang kepada kaum penjajah menjajah dan menakluki negeri-negeri Melayu. Pembelotan, pengkhianatan dan rebutan kuasa menyebabkan negeri-negeri Melayu tewas ditangan musuh. Contohnya ialah  Pattani sendiri.  

Situasi di Patani adalah sama saja walaupun berada dalam era yang berbeda. Yang menentang Siam tidak boleh pulang ke Patani atau memang tak mahu pulang ke Pattani. Malah ada yang mengagumi keturunan mereka yang konon nya mulia kerana dari kalangan anak-anak Raja, Tengku-Tengku YANG TIDAK BERDAULAT LAGI. Apa itu daulat? Tidak ada apa-apa sebenarnya melainkan sanjungan rakyat samada kasih atau takut kepada Raja yang memerintah.

Yang dimaksudkan memilih isteri/suami dari kriteria keturunan itu bukan lah bermaksud mulia dari kalangan Tengku, Raja, Syed, Wan, Khan, anak Dato', anak VVIP, kasta Sami Brahman, orang kaya, bangsawan dsbnya... atau hina kerana asal dari keturunan rakyat biasa, kasta Paria, orang miskin, dan seumpamanya yang diketegorikan rakyat marhaen, hina dina tiada apa yang nak dicanangkan dari segi keturunan yang megah-megah. Bukan itu perbandingan keturunan mengikut Islam dalam mencari suami/isteri... keturunan yang masuk perkiraan di sini adalah dari segi asal usul keturunan orang baik-baik (akhlak mulia, alim ulamak, budiman,dermawan, pejuang jihad sejati, dsbnya).. yang dikatakan baik itu adalah dari segi iman, amal, akhlak dan hati yang suci murni yang disukai oleh Allah s.w.t. . Itu yang dikatakan melihat kepada keturunan, Cik Lloni ooiii...

Tak apa lah, mungkin Cik Lloni keturunan anak-anak Raja, tu yang sensitif sangat bila baca posting saya. Tak cukup dengan itu, Cik Lloni mengutuk keturunan saya yang mungkin Cik Lloni agak-agak pasti nya rakyat biasa, bukan keturunan Raja-Raja kerana kritikan saya terhadap Raja-Raja. Tak apa lah, saya pun bukan nak jadikan ini serangan peribadi seperti Cik Lloni buat dan tak mahu lah nak cerita asal usul atau membangga diri yang boleh membawa riak...

Keturunan Raja langsung tidak membawa erti apa-apa kerana Raja dan pangkat Tengku, teuku dll tu hanya ciptaan manusia yang memperagakan kasta semata-mata. Dulu Melayu memang kuat pengaruh kasta Hindu.. sebab itu pemimpin dipanggil RAJA. Raja Hindu... bila datang Islam dipanggil pula Sultan. Tapi kasta Tengku, dll untuk membezakan dengan rakyat terus digunakan...Acheh sedar akan hal ini, maka itu lah akhirnya ramai-ramai buang Teuku, Nyak  dll pada hari ini... P.Ramlee sendiri tak guna nama asalnya iaitu Teuku Zakaria.. ramai lagi di Malaysia dan di Acheh tukar ke nama Islam yang lebih mulia tanpa berkasta.

Raja Melayu dikekalkan pada hari ini hanya lah atas dasar Kerajaan untuk menunjukkan ketuanan Melayu di Malaysia saja... elaun Raja pun datang dari wang poket rakyat yang membayar cukai. Mulia nya keturunan? Di mana mulia nya di sini... Allah s.w.t. hanya menilai hati-hati kamu... dia tidak meminta rezeki dari kamu, malah Dia lah yang memebrikan rezeki.

Berbalik kepada kemelut Pattani, betul lah Moknik... Melayu Pattani perlu melagang nasib dan masa depan mereka sendiri sekarang ini... tak boleh lah mereka berharap kepada keturunan Raja-Raja mereka dulu yang lintang pukang lari meninggalkan mereka. Itu lah nilai jatidiri keturunan mereka yang sebenar... yang lahir dari hati nurani.

Pada hari ini pejuang Pattani, menurut sumber perisikan Kerajaan Thailand, telah mengumpul lebih dari 7,000 pucuk senjata automatik untuk melancarkan perang Gerila ke atas Penjajah mereka iaitu Thailand. Pemimpin-pemimpin Pattani adalah dari kalangan pejuang-pejuang Jihad iaitu berpaksikan Islam dan bukannya berpaksikan perjuangan mendaulatkan semula Raja... Thailand pulak telah membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli 25,000 raifel automatik khas dan senjata-senjata khas untuk melengkapkan unit-unit tentera anti perang gerila... Kita do'akan kejayaan pejuang-pejuang sejati dan bukannya mereka yang hanya membangga diri... Insha Allah kemenangan pasti tiba.

[ Last edited by Laxamana. at 28-2-2006 02:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 12:51 PM | Show all posts
1. Cuba laksamana baca dengan cermat...saya tidak menyatakan pemilihan calon utk berkahwin berpandukan ciri keturunan bermaksud Islam itu menyuruh umatnya berdasar pada pangkat atau gelaran. Memang betullah Islam itu tidak memandang kepada pangkat atau gelaran sebaliknya menekankan nilai iman sebagai faktor utama.Saya tak nak ulang dan cuba faham betul-betul.

2. Saya tidak melakukan serangan peribadi...apa yang saya nyata adalah berdasar apa yang ditulis oleh saudara. Saya ada menyatakan bahawa cara penulisan saudara boleh mengambarkan ciri diri atau peribadi saudara. Ini setelah saya membaca apa yang saudar tulis sebelumnya...saya paste balik di sini......."KeRAJAan tu merujuk kepada GOVERNMENT atau pemerintah bukannya spesifik kepada kera, raja atau siapa-siapa."  Perkataan tersebut sekali2 saya tidak akan tulis kerana itu etika atau sifat ketertiban saya. Perkara ini masih berulang dalam posting anda selepasnya.

3. Saya sekali lagi merujuk kepada tajuk thread ini "KERAJAAN MELAYU PATTANI". Apa yang saya tahu maksud kerajaan ialah badan atau golongan yang memerintah sesuatu tempat.Golongan ini (orang perseorangan atau kumpulan) biasanya diamanah atau dianugerahkan kuasa untuk mentadbir kawasan dan juga penduduk. Saya rasa khilaf dengan tajuk itu jika perbincangan adalah merujuk kepada para pejuang pattani sahaja. Adalah lebih tepat jika diberi tajuk "ejuang Melayu Pattani".

4. Tidak ada rasa sedikitpun di dalam diri saya untuk bermegah2 akan asal keturunan itu pun JIKA memang betul diri adalah dari keturunan tersebut. Sifat bermegah adalah dilarang dalam keluarga saya. Apatah lagi untuk mencela.

5. Saya rasa tulisan saudara ada "kelam dan berkabut sedikit"...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2006 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by kassimbaba at 17-11-2005 03:51 PM
Petikan Majalah Seni Beladiri Bil.76 Mac 2004 (mukasurat 28-29)
Wartawan Mohd Nadzrin Wahab

Seni Beladiri: Boleh Ustaz jelaskan dengan lebih mendalam?
Ustaz Ahmad: Saya contohkan kepada ...


aku sukerlah artikel ni.. ader yg lain lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2006 02:40 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 28-2-2006 12:51 PM
1. Cuba laksamana baca dengan cermat...saya tidak menyatakan pemilihan calon utk berkahwin berpandukan ciri keturunan bermaksud Islam itu menyuruh umatnya berdasar pada pangkat atau gelaran. Memang ...


Entah apa yang kelam tu tak tau lah... 'kera' tu bukan bermaksud binatang berekor panjang tu... ianya semata-mata pecahan dari perkataan kerajaan semata-mata. Jangan lah buat andaian bebukan pulak. Perjuangan Pattani semasa menentang Siam bukan dilakukan oleh Raja sahaja. Rakyat Melayu di Pattani, Kedah dll banyak memainkan peranan jugak. Tidak salah membincangnkan Kerajaan Melayu Pattani dari aspek rakyat juga sebagaimana sebelumnya saya juga menyentuh bab raja-raja. Adakah bila disebut kerajaan maka rakyat tiada hak untuk turut diiktiraf sebagai pejuang?:hmm:

p/s Title pada nama seperti Teuku dll dibuang oleh anak-anak Raja Acheh kerana sedar ada tiada nya lagi signifikan title sedemikian dalam ertikata Islam yang tidak memperagakan bangga diri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 10:23 AM | Show all posts
Reply #68 HangPC2's post

dalam zaman moden ni aku rasa agak keterlaluan kalau malaysia nak masukkan pattani ke dalam malaysia ..

zaman sekarang kita dan masyarakat antarabangsa lain secara amnya dah pun bersetuju dengan persempadanan yg ada sekarang walaupun nampak tidak adil kerana tanah melayu di utara seperti Singgora, Betong, Pattani dsb dimiliki oleh Siam  ..

sebagai mana kita mahukan sabah dalam malaysia begitulah juga pada thailand .. pun begitu, adalah lebih baik kalau malaysia boleh bagi peluang yg lebih mudah pada masyarakat Pattani utk menjadi warga negara malaysia (hanya malaysia dan bukan dwi negara) ..

kesian juga pada mereka yg terpaksa hidup tertekan dibawah pimpinan thaksin cinawat   ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2006 08:49 PM | Show all posts
kalau lah situasi pattani macam timur timor dan mendapat sokongan PBB harapan nak merdeka cerah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 08:54 AM | Show all posts
Implikasi arahan Thaksin
Oleh Zulkiflee Bakar (Wartawan Utusan)


Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawatra seolah-olah memukul gendang perang apabila menegaskan kerajaannya bersiap-sedia untuk melancarkan operasi besar-besaran di selatan Thailand bagi merampas senjata api daripada puak pemisah.

Walaupun hujah Thaksin adalah untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan, namun hakikatnya ia hanya akan mengundang mala petaka yang lebih buruk.

Ini kerana langkah kerajaan Thailand itu dilakukan di saat-saat umat Islam boleh dianggap sedang berkabung berikutan peristiwa berdarah di depan Balai Polis Tak Bai pada 25 Oktober lalu yang menyaksikan 87 penduduk Islam terbunuh.

Justeru tindakan terbaru itu hanya akan melukakan lagi hati umat Islam biarpun apa juga alasan yang diberikan oleh Thaksin.

``Thaksin tidak sepatutnya melancarkan operasi berkenaan kerana ia hanya akan menimbulkan kemarahan umat Islam, apatah lagi di saat-saat kita sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri,'' kata seorang tokoh agama dari Tak Bai ketika dihubungi.

Sememangnya itulah yang bermain di fikiran umat Islam, mereka tidak mahu bumi selatan Thailand bersimbah dengan darah menjelang Aidilfitri.

Justeru mereka berpendapat, Thaksin tidak harus begitu ghairah untuk melancarkan operasi tersebut yang akhirnya hanya akan menyebabkan beliau dipandang serong oleh umat Islam di wilayah itu.

``Dua minggu lalu Thaksin baru sahaja berhadapan dengan masalah pihak tentera menembak umat Islam dengan sewenang-wenangnya, apakah kali ini beliau akan melihat peristiwa yang sama berulang,'' kata seorang penduduk Tak Bai.

Apa yang membimbangkan, tindakan Thaksin ini tidak dilihat bertujuan untuk membela nasib umat Islam daripada gangguan puak pemisah.

Sebaliknya ia seolah-olah menggalakkan pihak tentera untuk bertindak ganas kepada penduduk Islam di selatan Thailand atas alasan memerangi keganasan.

Adalah sesuatu yang malang, apabila imej tentera Thailand masih belum pulih berikutan peristiwa 25 Oktober lalu, kini berhadapan pula dengan arahan terbaru Thaksin.

Kesudahannya, wilayah selatan Thailand akan menyaksikan pergerakan ribuan anggota tentera dan ia sudah tentulah tidak akan menyenangkan hati umat Islam.

Menurut beberapa sumber termasuk diplomat asing yang dihubungi oleh Utusan Malaysia di selatan Thailand, mereka berpendapat Thaksin terlalu gopoh menangani isu di wilayah berkenaan.

Thaksin, kata mereka, cuba meraih sokongan menjelang pilihan raya negara itu dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau prihatin terhadap masalah di selatan.

``Tetapi hakikatnya tidak begitu, selama ini kenapakah beliau membiarkan wilayah selatan terus ketinggalan berbanding wilayah-wilayah lain.

``Sikap tidak prihatin inilah yang menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam sehingga wujudnya kelompok-kelompok tertentu yang mengambil kesempatan untuk membakar semangat umat Islam menentang pemerintah,'' kata seorang diplomat.

Selain itu, mereka juga meragui sejauh manakah puak pemisah terlibat dalam keganasan di selatan yang setakat ini sudah menyaksikan 11 orang dibunuh.

Ini disebabkan pembunuhan itu berlaku selepas peristiwa berdarah di Tak Bai dan apa yang membimbangkan mereka ia dilakukan oleh orang yang ingin membalas dendam, bukan puak pemisah.

Mungkin Thaksin benar apabila mengambil jalan mudah dengan menuding jari ke arah puak pemisah terhadap ketegangan yang berlaku di selatan Thailand.

Tetapi beliau juga tidak harus melupakan akar kepada semua permasalahan ini adalah akibat layanan tidak adil Kerajaan Pusat di Bangkok kepada penduduk di selatan.

``Kalau daripada awal lagi umat Islam dilayan dengan baik sudah pasti, puak pemisah tidak akan mempunyai ruang untuk menghasut mereka atau mendapat sokongan,'' kata seorang pemimpin masyarakat.

Menurut sumber perisikan, puak-puak pemisah menafikan penglibatan mereka dalam keganasan terbaru di wilayah berkenaan sebaliknya menganggap ia adalah satu kebangkitan rakyat yang selama ini merasakan diri mereka ditindas.

``Thaksin tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat ini dan kita tidak hairan jika lebih ramai umat Islam terbunuh dalam konflik tersebut kerana mereka sudah lama memendam perasaan,'' kata satu sumber yang rapat dengan puak pemisah ketika menghubungi penulis.

Apa pun keadaannya, ramalan yang mengatakan keadaan di selatan Thailand akan menjadi bertambah buruk selepas peristiwa Tak Bai kini semakin menjadi kenyataan.

Wilayah itu bila-bila masa sahaja akan menyaksikan pertumpahan darah dan menurut pihak yang terlibat dalam perisikan, ia dijangka berlaku pada Khamis ini di Pattani.

Sama ada ia benar-benar akan berlaku atau khabar angin hanya masa akan menentukannya tetapi apa yang pasti Thaksin masih belum terlambat untuk mengelakkan ia daripada terjadi. Cara yang lebih berhemah tanpa menggunakan kekuatan ketenteraan perlu difikirkan.

Tambahan pula, umat Islam khuatir keghairahan Thaksin untuk melaksanakan operasi besar-besaran ini akan menyebabkan berulang kembali peristiwa tokoh agama ditahan pihak berkuasa untuk disoal-siasat tetapi akhirnya `ghaib' begitu sahaja.

Kini umat Islam bukan sahaja di Thailand tetapi juga Malaysia sedang menghitung hari apakah benar pertumpahan darah akan berulang lagi di selatan Thailand, jika ia berlaku tambahan pula menjelang Aidilfitri, Thaksin sendiri pasti mengetahui apa kesannya selepas itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2006 08:55 AM | Show all posts
http://www.channelnewsasia.com/s ... view/101173/1/.html

BANGKOK : Two Chinese travelling salesmen have been gunned down in southern Thailand as part of separatist violence which has claimed more than 275 lives since the start of the year, officials said.

So Si-Huang, 42, and Huang Giang-ju, 19, were rushed to hospital after being shot in the legs by four men on two motorbikes Sunday as they sold blankets to villagers in Narathiwat province, said police.

"It was not robbery as the gunmen did not taken any money," a police spokesman told AFP, adding the attacks were most likely aimed at stirring up further trouble in the majority-Muslim Thai south.

Alleged separatists also torched a school in the same province Sunday and district official from neighbouring Yala province was arrested with dynamite and ammunition during a raid by security forces, police said.

The raid as well as gun and arson attacks followed the deaths of a policeman and a soldier Saturday, who were also gunned down by men on motorbikes. 11 religious students were arrested over the death of the policeman.

Thailand's south had been plagued by separatist violence until the 1980s when the government managed to curb militant activity, but violence flared again in January following an attack on an army base which left four soldiers dead and more than 400 weapons missing.

Attacks on security officials, civil servants, teachers, village chiefs and even Buddhist monks have sparked fears the conflict could broaden into major strife between Muslims in the south and Thailand's predominantly Buddhist population.

In April, Thai police and military killed 108 suspected Muslim rebels who launched attacks in three southern provinces in the bloodiest day of violence in recent Thai history. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 08:56 AM | Show all posts
Haji Sulung dan He抏t alNapadh al Lahkanal Shariat

Di Malaysia kita hanya banyak mengetahui akan perjuangan yang bermula di sini. Itu pun agak samar kerana tidak didokumentasikan. Kisahnya... ramai mengatahui bahawa terdapat banyak ulamak hebat di Pattani.. para Wali Allah. Menyedari bahawa identiti agama dan kebudayaan mereka tercabar di bawah rejim Pibul, pemimpin-pemimpin agama Islam di bawah pimpinan Haji Sulung bin Abdul Kadir, seorang ulama yang terkemuka di Patani, telah menubuhkan sebuah pertubuhan agama yang dikenali sebagai He抏t al Napadh alLahkan ala Shariat (pertubuhan bagi mempertahankan undang-undang Syariat).

Tujuan pertubuhan ini adalah untuk menggalakkan kerjasama dan mewujudkan pakatan di kalangan alim ulama dan guru-guru agama bagi menghadapi tindakan pihak kerajaan yang cuba mengasimilasi orang-orang Melayu dan mencabuli agama Islam.

Haji Sulung dilahirkan di Kampong Anak Rhu, Patani, pada tahun1895. Beliau adalah cicit kepada Tuan Munal atau Haji Zainal Abidin bin Muhammad, seorang ulama Patani yang terkenal. Beliau telah mendapat didikan awal dalam pengajian agama di Pondok Haji Abdul Rashid, Kampung Bandar, Sungai Pandan, Patani. Sewaktu beliau berumur 12 tahun, Haji Sulung telah dihantar untuk belajar di Makkah Al-Mukarramah di bawah bimbingan Syeikh Zainal Abidin Al-Fatani. Beliau dikatakan terpengaruh dengan pemikiran agama Syeikh Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, iaitu dua tokoh kaum muda yang terkenal pada ketika itu.

Beliau telah pulang ke Patani pada tahun 1924 dan memulakan kerjayanya sebagai guru agama di wilayah itu. Haji Sulung telah mendirikan Madrasah al-Mu抋ruf al-Wataniah. Bagaimanapun madrasah ini tidak dapat bertahan lama setelah diperintah tutup oleh pihak berkuasa Siam. Dengan penutupan madrasah tersebut, Haji Sulung mula mengajar di Masjid Patani dalam bidang ilmu Usuluddin dan Tafsir. Huraian-huraian beliau dalam tafsir adalah sesuatu yang baru bagi masyarakat Patani yang biasa mendengar tafsiran cara Baidhawi dan cara lain sahaja. Tafsir beliau dikatakan sangat menarik, progresif dan berani sehingga menyebabkan orang ramai tertarik untuk menghadiri kuliah-kuliahnya.

Di samping melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan, Haji Sulung juga cergas dalam pergerakan politik. Oleh kerana pengaruhnya begitu besar di kalangan orang-orang Melayu, pihak berkuasa Siam tempatan seringkali mendampinginya bagi mendapatkan nasihat serta sokongan bagi sesuatu dasar yang hendak dilaksanakan dengan licin. Haji Sulung juga di katakan sebagai salah seorang ulama yang menentang campur tangan kerajaan Siam dalam hal-ehwal keagamaan ummah Islam. Beliau menyalahkan kerajaan kerana menyebabkan kesucian agama Islam terjejas.

Oleh itu bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Pibul Songgram menguatkuasakan Dasar Rathaniyom, Haji Sulung telah menubuhkan Pertubuhan bagi mempertahankan undang-undang syariat Islamiyah. Antara ulama-ulama yang menyertai pertubuhan itu ialah Haji Mat Pauh, Tuan Guru Haji Berahim, Haji Hassan dan Haji Abdullah Masjid Embong. Tengku Abdul Jalal, wakil rakyat bagi wilayah Narathiwat, juga telah mengemukakan bantahan kepada Pibul Songgram pada bulan Februari 1944 yang meminta supaya beberapa pindaan dibuat berhubung dengan perlaksanaan peraturan kebudayaan ke atas masyarakat Melayu di empat wilayah.

Beliau telah menuduh Gabenor Patani itu melakukan paksaan dan kekasaran dalam melaksanakan peraturan kebudayaan dan telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk-penduduk tempatan. Beliau berharap kerajaan pusat campur tangan supaya perasaan penduduk tempatan tidak terjejas. Bagaimanapun jawapan yang diberi oleh Setiausaha kepada Perdana Menteri itu sungguh mengecewakan. Beliau menjawab bahawa penyiasatan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri mendapati bahawa tindakan Gabenor itu adalah betul dan tepat serta tidak menimbulkan sebarang keresahan atau kesulitankepada penduduk-penduduk tempatan.

Dasar Kebudayaan berbentuk paksaan yang dilaksanakan oleh Pibul itu telah menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Mana-mana penduduk tempatan yang dapat bertahan menghadapi paksaan itu terus menetap di Patani sementara yang lemah semangat telah berpindah ke Kelantan. Pada masa itu Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis berada di bawah pemerintahan Siam. Berikutan perletakan jawatan oleh Pibul sebagai Perdana Menteri Siam pada bulan Julai 1944, Tengku Abdul Jalal telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Siam yang baru, Khuang Aphaiwong, dengan menekankan betapa pentingnya membuat pindaan ke atas dasar yang dikuatkuasakan ke atas orang-orang Melayu bagi mengelakkan sebarang kekacuan berlaku di empat wilayah tersebut.

Dengan sokongan Pridi Banamyong, pemangku Raja, Khuang Aphaiwong telah menghapuskan 慏asar Kebudayaan
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 08:57 AM | Show all posts
http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3965241.stm

Eyewitness: Thailand's deadly protest

Thailand is in shock after 78 arrested Muslims died in overloaded army trucks after a protest turned violent. The BBC's Tony Cheng has visited the camp where more than 1,000 survivors of the journey are still being held.

"We were tied up, our hands behind our backs," said one man, in his early 30s.

"They packed us into the trucks, face down, and when the floor was filled they stacked others on top. In my truck there were four layers. I heard that some trucks were seven layers deep," he said.

These were the allegations of one of the survivors of Monday's protest in the southern Thai province of Narathiwat.

The man had been one of 1,300 loaded into army trucks by the military after the demonstration turned violent.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2006 01:19 PM | Show all posts
Thaksin `melawan' pembangkang -- Krisis di Thai berlarutan hari keenam
BANGKOK 1 Mac - Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang sejak minggu lalu `berlembut' dengan pembangkang hari ini mengumumkan strategi melawan dengan mahu mengadakan perhimpunan umum balas Jumaat ini.

Perhimpunan itu akan diadakan di Sanam Luang, lokasi demonstrasi anti-Thaksin, dua hari sebelum protes besar-besaran pihak pembangkang buat minggu ketiga.

``Saya membuka hati saya untuk memberitahu setiap isu yang mereka menuduh saya sejak sekian lama. Saya akan menjelaskan segala-galanya dan tidak akan menuding sesiapa. Tidak akan ada pembohongan,'' kata Thaksin kepada wartawan.

Sehubungan itu, beliau merayu kepada para penyokongnya supaya membantu beliau menamatkan krisis politik yang kian meruncing.

Beliau mengulangi pendiriannya tidak akan tunduk kepada desakan agar berundur daripada memegang jawatan itu.

``Saya memberi jaminan saya tidak akan meletakkan jawatan,'' kata Thaksin kepada wartawan selepas menemui para pemimpin parti pemerintah, Thai Rak Thai.

Parti-parti pembangkang pula tidak menunjukkan tanda akan menarik balik ancaman untuk memboikot pilihan raya umum 2 April ini.

Thaksin yang berharap untuk mengelakkan protes besar-besaran antikerajaan pada Ahad ini menggesa penyokongnya supaya menghujani pejabatnya dengan surat untuk menunjukkan mereka masih mahu beliau memegang kuasa.

``Saya merayu kepada semua rakyat Thai yang mahukan keamanan dan demokrasi supaya menghantar surat dan poskad,'' kata Thaksin.

Perdana Menteri menambah, beliau akan menampal semua mesej itu di luar pekarangan pejabatnya untuk menyedarkan pembangkang bahawa mereka perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk mengatasi krisis ini.

Aktivis anti-Thaksin memberi kata dua kepada Thaksin semalam untuk meletakkan jawatan atau menghadapi protes antikerajaan terbesar pernah disaksikan, Ahad ini.

Dalam usaha untuk menangkis desakan makin lantang supaya beliau berundur, Thaksin membubarkan Parlimen pada Jumaat lalu, memaksa pilihan raya diadakan tiga tahun lebih awal.

Parti Thai Rak Thai pimpinan beliau dijangka menang tetapi pilihan raya itu muncul sebagai satu lagi krisis bagi Thaksin.

Parti-parti pembangkang Thailand berikrar akan memulaukan pilihan raya itu kerana Thaksin enggan menimbangkan cadangan pembaharuan politik yang mereka kemukakan.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Vasana Puemlarp berkata, pilihan raya akan diadakan seperti yang dijadual awal bulan depan.

- Agensi
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_01.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.076296 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list