CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NoorMasri

[kompilasi] PENCUCI MULUT

  [Copy link]
 Author| Post time 18-9-2005 06:21 AM | Show all posts


puding chocolate chip fudge + marshmallow [dindazZz]

Bahan2:
1 c. gula
1 tin susu cair
8 oz. butter
2 sdt esen vanilla
7 oz. marshmallow
3 c. semisweet chocolate chips
1 c. kacang hazel bakar (ikut kesukaan), dicincang
secubuit garam

Cara2:
Panaskan gula, susu dan mentega, lebih kurang 7-8 minit (api kecil).
Angkat periuk dan segara masukkan lebihan bahan yg lain.
Kacau sebati. Tuangkan dlm acuan yg telah digris.
Sejukkan sebelum menghidang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2005 06:22 AM | Show all posts
PUDING JAGUNG RASBERI [hanieliza]



Bahan Puding
1 cawan susu cair
1 cawan jagung cream
1 cawan gula
1 cawan tepung kastad
1 cawan tepung jagung
5 cawan air

Bahan Agar
1 kotak agar2 Lady's Choice perisa Rasberi/Srawberry
buah2 koktel dalam tin

Cara
1. Masukkan semua bahan puding dan kacau dalam kuali diaats api sehingga nampak masak.
2. Masukkan dalam cawan berkaki atau acuan puding kaca.
3. Masakkan adunan agar2  mengikut arahan di kotak dan tuangkan atas puding.
4. Masukkan buah2 koktel dalam tin dan sejukkan.
5. Hidangkan sejuk.

PUDING NANGKA [hanieliza]


bahan
Lapisan bawah
80 gm tepung kastad
1/2 cawan air
4 cawan susu segar
150 gm gula
7 ulas nangka 1 s/k esen vanilla

Lapisan atas
90 gm krital jeli perisa oren/lemon
2 cawan air panas

Cara
1. Nangka dibuangkan biji dan dikisarkan dengan susu .
2. Bancuhkan tepung kastad dengan air dan masukkan nangka yg dimesinkan dgn nangka dan gula & esen vanilla. Kacau rata.
3. Masakkan atas api sehingga agak pekar dan masukkan dalam acuan/mangkuk puding. Sejukkan.
4. Kacaukan kristal jeli dengan air panas dan tungkan atas puding nangka tadi.
5. Sejukkan dalam peti dan biarkan beku.
6. Jika suka hiaskan dengan whipping/fresh cream dan hidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:24 AM | Show all posts
CENDOL [Mak Lang]

1 lit santan (dari 1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:25 AM | Show all posts


PUDING LAICI[hanieliza]


bahan
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa
7 gelas air
11/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlam tin... [mesinkan ]
1 tin laici [untuk hiasan]

Cara:
1. Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
3. Masukkan air laici dan susu cair. Biarkan mendideh sekejap.
4. Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
5. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.

Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....

kalau untuk buat hantaran ..kurangkan air dalam  memasaknya dan hiaskan dengan buah laici saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:26 AM | Show all posts


Puding Aiskrim [hanieliza]


Bahan Bahan

120 gm gula pasir
3 biji telur (diambil kuning sahaja)
60 gm serbuk badam
850 ml air
500 ml susu segar
50 gm tepung jagung
3 s/besar serbuk agar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:26 AM | Show all posts
Puding Buah Prune[puteri81]

Bahan2:

1 kampit agar2
3 sudu gula pasir
1 tin tepung kastard
4 cawan air
1 tin kecil buah prune

Cara2:

Masak agar2 dgn 4 cawan air hingga ianya hancur.
Sementara itu bancuh tepung kastard dgn air. Jgn terlalu pekat atau cair. Masukkan 3 sudu gula dan sedikit garam ke dlm agar2 yg telah cair tadi. Kemudian perlahankan api & masukkan bancuhan tepung kastard.
Kacau dan biarkan ia agak pekat.
Pastikan buah prune telah dibubuh dlm acuan yg anda pilih sebelum menuang agar2 ini ke dlmnya. Jadi buah prune tidak akan lembik dan ia kelihata tersusun rapi

[ Last edited by NoorMasri at 18-9-2005 06:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-9-2005 06:28 AM | Show all posts
Puding Sagu[puteri81]

Bahan2:

300gm sagu (dibersihkan & ditos)
1 ltr air
6 helai daun pandan } dikisar utk
100 ml air               } pati pandan
120gm gula melaka
60gm gula pasir
200ml air
300ml santan pekat (dr satu biji kelapa)

Cara2 :

1. Masukkan sagu dgn 1 ltr air hingga mendidih
2. Masukkan pati pandan & kacau sampai pekat
3. Tuang ke dlm loyang yg sudah dibasahkan. Biarkan keras.
4. Masak gula melaka, gula pasir & air hingga mengelegak & gula larut. Tapiskan & biarkan sejuk.
5. Kacau santan si atas api sederhana hingga mendidih. Biarkan sejuk.
6. Keluarkan sagu dr loyang. Hidangkan dgn kuah gula & santan


~Hidangan utk 4 org~

[ Last edited by NoorMasri at 18-9-2005 06:33 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:28 AM | Show all posts


PUDING AISKRIM KELADI[hanieliza]

Bahan

2 s/b serbuk agar-agar [1 bungkus agar-agar panjang tu]
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 s/b tepung jagung
2 cawan aiskrim keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiekrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10.  Hidangkan sejuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2005 06:29 AM | Show all posts


PUDING COKLAT CARAMEL[hanieliza]


Bahan A
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:30 AM | Show all posts
Rainbow Marble Pudding [blackmore]



Bahan2nya

2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

...Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja...


...selamat mencuba....

[ Last edited by NoorMasri at 19-9-2005 06:20 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:32 AM | Show all posts
TRIFLE [ninoZ]

3 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
500ml susu segar
sedikit esen vanilla

serbuk jelly segera
air panas

1 tin Fruit Cocktail/ sliced peaches atau any canned fruit [toskan buah dari sirapnya]
1 swiss roll/kek lapis

Cara:
Potong Swiss roll/kek lapis agak nipis dan susun dalam bekas.. [preferably bekas kaca so that leh nampak layering]
Sprinkle sirap dari buah buahan tu ke atas susunan kek biar agak agak basah sket..[jgn sampai lembik]
Panaskan susu perlahan lahan..jgn sampai mendidih
bancuh tepung kastard terlebih dahulu dgn sedikit susu yg dipanaskan.. pastu baru tuang perlahan lahan ke dlm periuk [teknik tempering]
kacau regularly then masukkan gula..api bior perlahan
pastu kacau lagi sampai pekat [some like it lembik n some like it keras sket..ikut suka hati la] last sekali masukkan esen vanilla sket..
Tuang ke atas kek yg dah disusun..biar kejap, pastu tabur fruit cocktail kat atas kastard tersebut
serbuk jeli dibancuh dgn air panas [ikut aturan kat kotak jeli tu..normally 1 kotak jeli = 400ml air panas] sampai larut
pastu tuang atas kastard..
bior beku kat luar bleh..dlm peti sejuk pun bleh..
lebih sedap kalau dimakan sejuk sejuk..
kalau rajin bleh buat dlm bekas kecik atau gelas berkaki tu..lagi cantik
pastu atas dia leh letak whip krim n strawberry...


Trifle [juya79]

Bahan2:
1 packet jelly
swiss roll
custard powder
fresh milk
sugar
single/double cream
perasa vanilla
fruit cocktail/fresh fruits (optional)

Cara2:
- Sliced swiss roll, atur dlm bekas
- Cooked jelly according to instruction
- Pour the jelly dlm bekas, until the swiss roll tenggelam
- Whike waiting for the jelly to set up, boleh la buat custard
- Mix custard powder into fresh milk, panaskan perlahan-lahan
- Masukkan gula secukup rasa (suka manis letak la gula banyak)
- Boleh jugak guna instant custard, senang, but i prefer buat sendiri
- Curah custard dlm bekas (2nd layer on top of jelly)
- Next, after the custard is set, mix the cream with a few drops of vanilla,  and whipped the cream
- Put the cream on top of the custard
- Finally, tabur la cocktail atas cream, or fresh fruits. Tak letak pun takpe.
- Boleh la makan

Try laaa... senang je... dulu tiap2 minggu buat masa duk oversea... cost nak buat pun murah jer... Selamat mencuba..


Trifle [CoKeLat-RaWkZ]

Bahan-Bahan:
6 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar gula
2 tin susu Ideal 1 tin Fruit Cocktail(asingkan Cocktail dengan sirap)
1 sudu kecil esen vanilla
1 swiss roll

Cara:
1. Potong Swiss roll dan susun dalam bekas.
2. campur tepung kastard dengan susu Ideal dan tapis(supaya tidak bergentel)
3. Masak atas api perlahan. Campurkan gula, esen dan sirap cocktail.
4. Kacau hingga agak pekat.
5. Tuang atas swiss roll
6. Tabur fruit cocktail dan sejukkan dalam peti ais.


TRIFFLES [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4.  Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5.  Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6.  Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan  dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7.  Masukkan ke dalam peti sejuk.


MANGO TRIFLE [hanieliza]

bahan
1 biji kek span biasa atau coklat
2 bekas yogurt mangga
1/2 cawan mangga jus
1 gelas whipping cream
3 cawan mangga potong
strawberry sebagai hiasan

Cara
1. Potong kek dalam saiz dadu kecil.
2. Gaulkan rata yogurt dan whipping cream.
3. Masukkan 1/3 dari potongan kek dalam mangkuk puding sederhana besar.
4. Siramkan dengan 1/3 bahagian jus mangga.
5. Lapiskan dengan 1/3 mangga potong dan campuran yogurt tadi.
6. Ulang sehingga menjadikan 3 lapisan dan hiaskan dengan stawberry.
7. Sejukkan dan hidangkan sebagai dessert.


Trifle [ashra]

Bahan-bahan

1 batang swiss roll
1 tin fruit coktail
1 kotak Kristal Jelly
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Nestle Yogurt/whipping cream

Caranya

Layer 1:
Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Layer 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuk 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dan mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.

Layer 3:
Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad). Ketepikan sekejap, sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.

Layer 4:
Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).

Layer 5: Bila jelly dah beku..sapukan Nestle Yogurt ke atasnya..kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.


Resepi Trifle [beLLarina77 ]

Bahan-bahan:
-    1 vanilla swiss roll atau sponge cake
-    1 pack Crystal Jelly (perasa strawberry @ grape) - jenama Nona @
Lady's Choice is recommended
-    1 tin sliced peaches atau cocktail fruit
-   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:37 AM | Show all posts
Agar-Agar Roti Nescafe [mie07]

1 Paket Agar-Agar (Cap Ayam , Rm 3.00)
5 cawan air
2 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
4 keping roti sandiwh 杢ak kiralah jenama apa)
1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2005 06:39 AM | Show all posts

Ais Krim Goreng  [niceghost2005]

Bahan2
1. apa apa jenis ais krim di pasaran
2. roti (Gardenia or yg sewaktu dgn nya)
3. plastik
4. tepung ADABI (spt yg di buat utk cucur pisang)

CARA2 nya
1. Ais Krim di buat bulat bulat
2. roti di buang bahagian keras nya
3. letakan ais krim di tengah roti tersebut dan balutkan nya menjadi bulat.
4. balut roti yg berisi ais krim tersebut dgn plastik
5. masukkan ke dalam FREEZER semalam malaman
6. bancuh tepung ADABI
7. keluarkan ais krim yg di balut dan celup di dalam bancuhan tepung td.
8. panaskan kuali
9. tuangkan minyak sehingga dapat menenggelamkan roti
10.masukkan roti berisi ais krim dan goreng sehingga keemasan

Selamat Mencuba

Aiskrim Goreng [ninoZ]

Bahan-bahannya :-
6 scoop aiskrim
250 gm serbuk kek @ serbuk roti
300 gm susu cair
50 gm gula
4 biji telur
minyak untuk mengoreng
100 gm tepung

Cara-caranya

Skoop aiskrim golekkan ke dalam serbuk kek, bior betui betui bersalut. Sejukkan  dlm freezer semalaman hingga betul-betul keras.
untuk batternyer plak..kacau gula n susu  bior larut then masukkan telur. Kacau sebati dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
Panaskan minyak untuk menggoreng.
celupkan aiskrim yang telah keras dan goreng hingga perang.Angkat dan hidangkan


aiskrim goreng [juya79]


bahan2:
roti sandwich (gardenia ke.. apa ke.. yg tebal nye.. jgn guna nipis punya )
aiskrim ( perasa apa2 pun bole )
tepung goreng pisang adabi
plastik (plastik tuh potong jadik bentuk 4 segi)

cara2:
1. scoop ice cream dalam roti
2. balut ice cream tuh, buat cam bola
3. balut roti ngan plastik kemas2
4. letak dlm freezer
5. bila nak makan, kuarkan dari freezer, bukak plastik, celup roti dlm tepung   goreng pisang yg dah dibancuh, goreng dlm minyak yg panas... jgn lama sangat...
6. angkat.. terus makan...

Variasi
[ninoZ]
roti tuleh gak terap bulat dgn ape ape acuan
pastu amik sekeping..letak eskrim pastu tangkup dgn another piece of roti..
tepi tu picit2 sket bagi lekat..cam kuih spera..the rest leh follow the same recipe..
utk variety leh taruk peach slice atau banana bersama eskrim tu.

Aiskrim Goreng [sawah]


sediakan roti(roti keping gardenia...best)
bahan2 utk bater - tepung beras, kunyit tuh. [yg macam nak goreng pisang]
pastu aiskrim


mula2 masukkan aiskrim dlm sekeping roti.. pastu bungkus kemas2
buat cam fish ball banyak2..
masukkan dlm freezer dan simpan dlm 3-4 jam

bancuhkan bater utk salutan gorengan..kuarkan aiskrim yg dalam roti tuh.. celup dlm bahan goreng tadi.. terus jer goreng.. tapi jangan lama sangat.. hingga warna die keemasan


Simple Oreo Ice Cream [Amelie_Poulain]


Ingredients:

1 liter carton of cream (right out of the fridge)
1 can of sweet condensed milk (big) - susu cap junjung pun okay
half a packet of crushed oreo
1 tsp vanilla extract

Methods:

1. Beat cream, susu dan vanilla until fluffy (make sure the cream is cold, kalau tak, the cream tak kan kembang)

2. Bekukan selama lebih kurang 2 jam.

3. Keluarkan dari freezer dan pukul lagi selama 2 minutes (kalau guna cake mixer, use medium speed this time for 30 seconds) - jangan terlalu lama, nanti dia akan hilang volume (body?)

4. Add the crushed oreo. Campur dengan mengunakan pisau in a cutting motion. Don't over mix, we want the cookies to be slightly chuncky in the ice cream.

5. Cool in the freezer for another 4 hours.

Aiskrim oreo [suereen]

Ini yg sue selalu buat ...

BHN2
1 paket coffemate (krimer)-harga dlm rm4-rm5 coz berat sue x ingat
1 kotak besar milo @susu coklat
Gula secukup rasa
Biskut Oreo yg dipecahkan
Coklat cip @ rice secukupnya..

1. Mula2 dlm bekas besar pukul guna mixer i paket coffemate n air milo tu smpi sebati..lm tau kak lebih kurang 15-20 minit...
2. Pastu bila dah sebati masukkan oreo yg dipecahkan n coklat cip@rice tu.kacau perlahan2 bg rata
3. Masukkan dlm bekas n sejukkan.
4.Sebelum aiskrim tu betul2 keras, pukul lg sekali.tujuannya utk dapat tekstur yg halus.Ulang berapa kali yg rajin..kalo x sekalipun dah cukup...
5. Bila dah keras bolehlah dimakan...rasanya cam eskrem coklat cookies.Bg sue sedap...

[ Last edited by  NoorMasri at 4-11-2006 01:16 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2005 06:14 AM | Show all posts
PENGAT BUTIR NANGKA [hanieliza]


bahan A
130 gm tepung pulut
60 ml air
pewarna..merah/ hijau/ kuning

bahan B
500 ml santan
4 s/b gula
1 helai daun pandan [simpul]

Cara
1. Gaulkan pulut dan air. Uli sehingga lembut.
2. Bahagikan kepada 3 bahagia. Warnakan setiap bahagian dengan warna yg berlainan.
3. Cubitkan sedikit adunan dari setiap bahagian yg diwarnakan dan genelkan sebesar guli.
4. Jerangkan air dan masukkan adunan yg telah digentelkan.
5. Bila telah timbul, toskan dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air.
6. Masakkan santan dan gula & daun pandan.
7. Masukkan adunan yg digentelkan
8. Masakkan sehingga mendideh sambil kacau supaya tidak pecah minyak.
9. Sejukkan dan hidangkan.


Resepi Butir Nangka dari kelate [kelisa6802]

BAHAN UNTUK BUTIR NANGKA

         3 helai daun pandan
         dikisar bersama dgn 2 cawan air
         500 g tepung pulut
         air untuk merebus
         

         BAHAN UTK KUAH

         3 cawan santan
         2 cawan gula
         sedikit halba
         sedikit halia ( dihiris halus )
         seulas dua bawang merah ( jika suka )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 11:12 PM | Show all posts



AGAR AGAR PELANGI[maisya]
-sumber: majalah keluarga tahun 80an

15g agar-agar
1400ml air
2 cawan gula pasir
38g gula batu
pewarna merah, hijau, kuning
4 keping roti
1 tin susu cair IDEAL
2 biji telur
1 biji limau kasturi, ambil jusnya

1. Bahagi agar-agar kpd 2 bahagian. Masak satu bahagian dgn 600ml air hingga larut. Kemudian, masukkan 1 cawan gula pasir dan 38g gula batu. Masak hingga gula larut.
2.Tapis dan tuangkan agar-agar ke dlm 3 bekas. Warnakan tiap-tiap satu dgn pewarna yg berlainan. Biarkan keras,kemudian parut halus dan campurkan semua warna.
3. Masak baki agar-agar dgn 800ml air hingga larut. Masukkan baki gula dan masak hingga larut. Tapis dan masukkan kedalam periuk lain; ketepikan.
4. Rendam roti dlm susu cair. Pukul telur hingga sebati, kemudian tuangkan ke dlm adunan roti dan kacau rata. Masukkan air perahan limau dan kacau. Tuangkan kedalam adunan agar-agar tadi dan jerang hingga mendidih.
5. Sediakan acuan yg telah dibilas. Masukkan agar-agar yg diparut hingga menutupi bahagian bawah acuan. Kemudian tuangkan agar-agar yg suam ke atasnya, setebal 1cm. Buatlah berselang seli hingga kedua-dua agar-agar habis.
6. Sejukkan.

*Nota:
-puding ni sedap sebab ada bubuh roti dlm adunan dia.
-Kalau ikut resepi dia suruh campur semua warna agar-agar yg diparut tu tapi maisya buat satu warna satu lapis.
-Gula batu tu tak bubuh pun tak pe, boleh ganti dgn gula biasa.Tapi,kalau guna gula batu seperti yg ditulis dlm resepi, agar-agar akan nampak cantik berkilat.
-Masa melapis tu tak usah bubuh byk/tebal sgt agar-agar yg diparut tu pada satu layer sebab nanti lapisan-lapisan tu susah nak melekat.
-kalau ikut resepi dia suruh start dgn lapisan agar-agar yg diparut tu so lapisan pertama tu bubuh very thin layer jer...kalau bubuh byk nanti dia tertanggal bila potong
-semasa melapis, tak perlu tunggu keras each layer sebab dia memang takkan bercampur.
-agar-agar ni tak berapa sesuai simpan lama...dia akan jadik berair sikitlah...tak taulah sebab sukatan agar-agar maisya yg tak berapa betul ke or sebab apa tapi better jgn buat awal sgt.
-nak buat agar-agar ni kena timing betul-betul, better buat agar-agar yg 3 color tu in advance. Bila dah keras baru start dgn adunan lagik satu, sebab nanti takut agar-agar yg nak diparut tu tak sempat keras kalau buat serentak.
-utk memudahkan kerja, gunakan blender utk sebatikan roti, susu dan telur tu. Adunan akan jadik lagi smooth.
-Air perahan limau kasturi tu boleh gantikan dgn esen vanila sebab fungsinya utk menghilangkan bau telur.
-susu cair tu jenama lain pun tak pe


Diana pernah mencuba Agar-Agar Pelangi Indah ini untuk majlis pertunangan seorang kawan.  Untuk dibuat hantaran... hasilnya memuaskan rasa pun sedap... bila tengok rasa sayang nak makan :cak:




AGAR-AGAR PELANGI INDAH [DianaA]
Sumber: Hajjah Marliah Nawa

Bahan A
20 gram agar-agar powder
340 gram gula pasir
1725 ml air
8 helai daun pandan

Bahan B
20 gram agar-agar powder
340 gram gula pasir
1725 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuruan 23 x 23 x 8 cm
Pewarna ungu, kuning, merah dan hijau

Cara-caranya
Masak bahan A sehingga mendidih.  Masak pula Bahan B sehingga mendidih.  Tuang kedalam loyang 230ml agar-agar santan (B).  Tunggu sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230ml agar-agar jarang (A).  Biar sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya mengikut rajah dibawah dengan menggunakan setetes dua pewarna.

Rajah Lapisan
Lapisan 3 - 230ml warna ungu jarang
Lapisan 4 - 230ml warna ungu santan
Lapisan 5 - 230ml warna kuning santan
Lapisan 6 - 230ml warna kuning jarang
Lapisan 7 - 230ml warna merah jarang
Lapisan 8 - 230ml warna merah santan
Lapisan 9 - 230ml warna hijau santan
Lapisan 10 - 230ml warna hijau jarang

[ Last edited by  NoorMasri at 22-12-2006 05:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2005 11:16 PM | Show all posts

Agar2 Cermin Bersusu [MAKLANG]


BAHAN
agar2
air
gula
susu cair
pewarna ikut suka
daun pandan

- setelah agar2 dan gula hancur, bahagikan kpd 2 adunan. 1 adunan utk dicampurkan dengan susu dan biarkan atas dapo dgn api yg kecik dan 1 lagi adunan asingkan lagi kpd 3 warna...merah,kuning,hijau.Mskkan lam fridge supaya cepat keras.Bila dah keras, potong kiub semua agar2 yg berwarna tadi.
Agar2 yg dicampurkan susu tadi dimasukkan dalam bekas dan bulehlah ditaburkan agar2 kiub tadi.Potongan agar2 kiub tadi akan terapung dengan sendirinya.

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 11:18 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2005 04:00 PM | Show all posts
APPLE CRUMBLE [mac_su]

6 BIJI APPLE MERAH - DIPOTONG KIUB
200 GM GULA CASTOR
1/2 TSP CINNAMON POWDER

BAHAN-BAHAN INI DICAMPUR DAN DIPERAP SELAMA 15-20 MINIT. SELEPAS ITU, BUANGKAN JUSNYA.

BAHAN B
100GM QUAKER OAT
150 GM TEPUNG GANDUM
150 GM BROWN SUGAR - BOLEH DIKURANGKAN JIKA TIDAK SUKA MANIS
120 GM BUTTER - DICAIRKAN

Semua bahan ini digaulkan kecali butter. Setelah sebati, baru masukkan butter. Tuangkan apple yang telah diperap kedalam mangkuk yang boleh dibakar. Tutupkan atasnya dengan bahan B. Tekankan perlahan-lahan supaya mampat dan bakar selama 40 - 50 minit. Gunakan api bawah sahaja pada suhu 150 - 160 C.


Apple and Pineapple Crumble Enda [cikdak]



Bahan untuk inti
6-8 biji apple hijau
1 biji nenas mengkal
Gula secukupnya
Sedikit serbuk kayu manis (optional, wa jarang bubuh pun)

Bahan untuk  topping (the crumb)
2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 09:16 PM | Show all posts

Sumber Gambar dari Zul_khaleeda

Puding Tapai [speedial]
menggunakan resepi Puding Swiss Roll - sumber :diana (RN) modified by me...

Bahan-bahan   
25gram agar-agar strips
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul)
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 cawan tapai pulut
secubit garam
1 camca teh esen vanilla
pewarna hijau
pewarna pink
  
Cara Menyediakan   
Masak agar-agar bersama air dan secubit garam.
Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur.
Masukkan gula. Kacau hingga mendidih.
Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati.
Masukkan esen vanilla, kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bah. diberi warna hijau dan satu lagi diberi warna pink.
Adunan hijau dibahagi dua.
Masukkan tapai pulut ke dalam adunan warna pink.
Curahkan 1 bahagian warna hijau ke dalam loyang, tunggu hingga dah beku, cakarkan menggunakan garfu di atas agar2 hijau tadi, then curahkan adunan pink tadi.
Bila adunan pink sudah agak2 beku, cakarkan dipermukaan nya menggunakan garfu, then curahkan baki adunan hijau tadi.
Tunggu hingga dah beku boleh dimasukkan ke dalam fridge dan bolehlah dimakan.

Tips: sekiranya adunan tadi telah membeku semasa proses melapis panaskan semula adunan agar2 tadi hingga cair, then baru lapiskan di atas adunan yg telah beku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2006 09:30 PM | Show all posts


Puding kek gulung [mrsjack]
sumber :diana (RN)

Bahan-bahan   
30 gram agar-agar (maklang guna agar2 serbuk jer)
1 tin susu cair
2 cawan gula
5 cawan air
2 biji telur (dipukul) (maklang guna 1 biji )
3 camca besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
2 sudu mentega
1 tin buah koktail
1 biji kek gulung
secubit garam
1 camca teh asen vanilla
  

Cara Menyediakan   
Rendam agar-agar selama setengah jam. Potong kek gulung. Susun ke dalam loyang sehingga menutupi bahagian bawah dan tepi loyang. Curahkan sirap buah koktail ke atas kek tadi sehingga serap. Kemudian masak agar-agar bersama air dan secubit garam. Masak sehingga agar-agar betul-betul hancur. Masukkan gula. Kacau hingga mendidih. Selepas itu masukkan susu cair, telur dan tepung kastard serta mentega. Kacau hingga sebati. masukkan asen Vanilla. Bila agak mendidih masukkan buah koktail. Biarkan mendidih dan angkat. Curahkan agar-agar tadi ke dalam loyang yang disusun kek. Biarkan ia sejuk dan membeku.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 12:36 PM | Show all posts
Pumpkin custard [RasaCinta]

Ingredients:
1 quarter Milk
1/2 cup Honey
1 ts Vanilla
6  Eggs
1 1/2 cup Cooked,mashed pumpkin

1. Pukul rata telur dgn susu.pastu pukul lagi rest of ingredients.
2. Sapukan butter kat loyang/casserole dish dan masukkan mixture.
3. Kukus dlm 1 1/2 jam (or until knife inserted in middle comes out clean).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.097926 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list