CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
Post time 7-10-2005 10:19 AM | Show all posts
Malu Sesangat

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2005 12:56 PM | Show all posts
banyak betul idea atok ni yee..
ni rekaan atok ke atau cedok dari mana2 nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2005 08:57 AM | Show all posts
Isteri, Suami Dan TNB

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."
si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

i isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

?????????????????????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2005 09:02 AM | Show all posts
Kisah Di Kawasan Perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.
Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!""

Cabutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!


** Nama atas batu nisan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 09:57 AM | Show all posts
amboiiii...jenuh copy n paste yer.....:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2005 02:15 PM | Show all posts
Originally posted by myra_akira at 8-10-2005 09:57 AM
amboiiii...jenuh copy n paste yer.....:cak:



hehe.. :cak: biasak ler
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2005 07:43 AM | Show all posts
Kisah Benar Dari Singapura

Satu hari tu sedang berjalan di pasar geyland macam mana hujan turun gan lebatnya..niat hati nak gi joo chiat komplex tapi tak bawak payung..terpaksa terhengeh hengeh kat pasar tu ajer tengok tengok cari tudung ke kain ela buat baju..marketing surveyor katakan....tiba2 adalah seorang lelaki ni ...not bad looking jugak..senyum2 kat aku..

aku pulak jual mahal..senyum pun senyum tak ikhlas..kalau gan orang tua ke makcik ke pakcik ke kakak ke adik ke ..aku senyum seikhlas2nye..dia ni sibuk2 diri sebelah aku yang sedang membelek selendang..dia pun cakap kat aku...tu lawa ...ni lawa...hahah tu pun lawa...aku ni hairan ..kenal ke aku gan orang ni...heheh lain macam ajer... pikir ku..so kebetulan kawan aku pun call..aku buat suara macam berbual gan matair...padahal yang call tu pompuan...nasiblah tipah kena tipu...so dia ni tanya serious kat aku..."saper tu?" dalam hati aku berkata aper dia nak tahu lak ni..aku pun tersengih aku jawap "heheh..tunang" air muka terus berubah ...dia menjerit kat aku.."bila ko tunang ah?? sepatutnye ko tunang gan aku...dasar pompuan ..." aku pun tengok kat muka dia dengan serious.." kenal tidak jumpa tidak ..saper yang nak tunang saper ni?" aku menjawap ..orang semua tengokkan muka aku gan dia..aku terus cakap kat makcik sebelah aku yang tersengih2 tengok aku..." cik ..saya tak kenal dia...dia ni saper ni cik?" aku mcam nak ketawa pun ada marah pun ada...so makcik tu bisik kat aku.." dia tak betul nak.. sejak matair dia tinggal kan dia terus dia jadi sasau..kat sini semua orang tahu...heheheh" makcik tu gelihati.. aku pun terkejut..." lah... pulak?" aku terus berlalu..menahan ketawa..dah agak jauh sikit aku pun call kawan aku dan citer kat dia... dia pun ketawa..." jangan kata si pekak...si gila punn ko dapat...hahhahaha" aku pun ketawa " siutt ko " aku marah kawan aku tu.......nasibleerrr....sabar ajerrr...heheheh...

cerita benar dari nursara sarqina (S'pura)...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2005 07:48 AM | Show all posts
Nenek

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual.. 'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.


Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng...jeng..jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas.
Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu.

Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yangsama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-topi untuk dijual diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia.

Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk...?""

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2005 07:51 AM | Show all posts
Kisah Cacing

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan
saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil
tanya kepada ibunya.

"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya

"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 27-9-2005 05:19 PM
Ibu Perasan

Didalam sebuah pejabat pos terdapat terlampau banyak orang beratur untuk membayar tunggakan bil. Arakian tibalah masa seorang ibu yang sedang mengandung membayar bilnya. Lalu  ...


he..he..nasib ko ler...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by aweyie02 at 28-9-2005 09:55 AM
aku nak syer gak.....:lol

Kisah Wanita Mengandung

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang l ...



spe nk jawb...sndiri mau ingtlah ek...hehe..
Reply

Use magic Report

Amin_al_Kalam This user has been deleted
Post time 9-10-2005 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by tanabe2287 at 9-10-2005 10:04 AM



spe nk jawb...sndiri mau ingtlah ek...hehe..


macam kenal je...muahahahahhaha...lollollol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by Amin_al_Kalam at 9-10-2005 10:06 AM


macam kenal je...muahahahahhaha...lollollol:lol


mmg kenal pnnn...hahaha....
Reply

Use magic Report

Amin_al_Kalam This user has been deleted
Post time 9-10-2005 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by tanabe2287 at 9-10-2005 10:13 AM


mmg kenal pnnn...hahaha....


ada org dok kat atas bossss????lol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 12:34 PM | Show all posts
ghahehehehhe...best ahh beshh..lagi laaa.tak la keboringan sgt...ad aciter nak dibaca nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2005 10:15 PM | Show all posts
Cuti sekolah

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya kemana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2005 10:16 PM | Show all posts
Pakcik dan Motor

Di sebuah bengkel membaiki motosikal milik Ah Seng.

Pak Cik : Ah Seng, hang tolong tengok motor aku. Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak.
Ah Seng : Aiyaa...Ini balu punya motosikal, sudah kasi losak ka.
Pak Cik : Ya la, Ah Seng. Talak guna punya tawkeh kedai jual motor. Dia bikin tipu la Ah Seng.
Ah Seng : Kenapa lu kata itu macam?
Pak Cik : Ini motor ada EMPAT gear, baru satu bulan aku guna GEAR SATU dan rosak.
Ah Seng : Kenapa lu guna satu gear sahaja.
Pak Cik : Hang pun nak tipu aku jugak ke... Kalau guna semua gear nanti semua gear akan rosak. Jadi aku guna satu je gear sebulan ...
Ah Seng : Guna satu gear saja satu bulan ka ...
Pak Cik : Ya la ... pergi baiki gear satu dulu. Gear dua aku nak guna tahun depan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2005 10:18 PM | Show all posts
Hotel

Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.

Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00

"Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?" tanya si suami terkejut.

Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, "Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa."

"Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut," kata si suami berkeras.

"Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan," kata si pengurus tak mau kalah.

Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.

"Ini baru RM 50.00?" tanya pengurus.

"Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar... iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya"

"Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik..."

"Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan..."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2005 11:10 PM | Show all posts
Lesen P

Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Adala police road block ...

Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2005 11:16 PM | Show all posts
Profesional Muda

Seorang profesional muda sedang membuka pintu kereta BMW nya, tiba-tiba sebuah kereta dengan laju melanggar pintu kereta itu hingga tercabut.

Profesional muda itu memaki hamun kereta yang laju tu dan meratapi kereta mewahnya yang rosak tanpa pintu.

"Tuan, lihat apa yang dilakukan orang gila tadi terhadap kereta saya!" katanya histeria kepada polis yang tiba di tempat kejadian.

"Kamu orang-orang kaya nie benar-benar materialistik, kamu semua membuatkan aku muak!" kata polis. "Kamu begitu bimbang pada BMW kamu, kamu tak sedar ke tangan kamu juga dah hilang sebelah?!"

"Ya Tuhaaaaaaaannn!!!!!" teriak profesional ketika ia melihat lengannya sudah tidak ada lagi.

"Mana jam Rolex-ku?!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068336 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list