CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
Post time 30-9-2005 10:15 AM | Show all posts
atok ader lagi lawak tak...terhibur jap aku..hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2005 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by c-mei at 30-9-2005 10:15 AM
atok ader lagi lawak tak...terhibur jap aku..hahaha



c-mei pon belek2 la celah2 bantal tu kot2 ader koleksi lawak.. yg dah basi pon x per.. nak tumpang gelak gak...:clap::clap::clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 12:02 PM | Show all posts
Kisah Si Buta

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Abu, pemilik restoran itu yang juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Abu mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan paus dan sayur masak asam bang"............

Dengan agak terperanjat Abu mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan paus dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya. Abu memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan."

"Dasat juga mat ni", bisik Abu dalam hati. Abu mengiyakan sambil merenung lubang hidung si buta.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Abu muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Leha, kamu usapkan sudu ini di ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Leha tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Abu setengah memaksa. Leha, tanpa confident, mengusapkan sudu tersebut di ketiaknya dan menyerahkan kembali kepada Abu. Dibawanya sudu tersebut kepada lelaki buta yang duduk menunggu.

Lelaki buta itupun menghidu sudu itu,dengan mengerutkan keningnya, lelaki buta tersebut berkata, "Sungguh tak ku sangka makwe lamaku Leha bekerja disini...... boleh aku jumpa dia kejap tak?"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 12:05 PM | Show all posts
Dia ni Gila

Ini adalah cerita benar yang berlaku di sebuah tempat di Kota Bharu Kelantan. Nama tempat itu terpaksa dirahsiakan untuk menjaga keaiban tempat itu.

Ceritanya begini.

Pada suatu hari, ada seorang gila cuba hendak membunuh diri dengan terjun dari tangki air di kampungnya. Maka hebohlah seluruh kampung dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil serta merta untuk memujuk orang gila itu. Tetapi mereka tidak berjaya memujuk orang gila itu supaya turun dari
tangki air, termasuklah penduduk kampung tersebut.

Ditakdirkan Allah di saat-saat yang genting, seorang hamba Allah telah mencadangkan supaya orang gila lain disuruh memujuk orang gila itu.

Secara kebetulan di kampung itu ada lagi seorang gila yang juga member kepada orang gila itu.

Orang gila yang disuruh memujuk itu meminta pisau cukur dari seorang tukang gunting dan menghampiri tangki air itu sambil memegang pisau cukur.

Dia menjerit dalam Bahasa Kelate, 'Hoi ore gilo, mu turun cepat, kalu mu dok turun,aku tebang tiang taki air nih. Cepat turun, gila ko mu ni'.

Maka orang gila yang hendak bunuh diri ni pun berfikir, 'Kalu aku dok turun,dia ni tebang sungguh nih. Baik aku turun, dia ni bukan buleh wat kira,dia ni gila, lamo dia tebang sungguh?.'

Jadi orang gila itu pun terpaksa membatalkan niatnya untuk bunuh diri.

Moral: Orang gila hanya boleh dilayan dengan orang gila

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2005 07:05 AM | Show all posts
Oh Atok Dan Nenekku

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV... Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu.. nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila.. strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2005 07:08 AM | Show all posts
Kopek

Ada la sorang mamat kedah nih baru kawin ngan minah kelantan nih .. so dia
ikut bini dia gi pasar ,so masa dok jalan-jalan dia nampak minah ni bawa
beg duit lawa ... dia pong kata kat isteri dia lawa kopek pompuan tuh ...
apalagi mengamuk lah isteri tuh sbb ingat laki dia gatai ...... terkezut
laki tadi ... dia pong explain ler kata kat kedah org panggil beg duit tuh
kopek ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2005 07:15 AM | Show all posts
Kerja Kosong

Ada sorang Singh sedang mencari kerja di sebuah syarikat yg nak pakai pekerja cepat .... lepas baca arahan isi borang dia terus buka baju, seluar habis sampai tinggak spender ....bila org tanya apsai hang buka habis ... dia pong tunjuk .... 'FILL IN
BRIEF' .....:cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2005 10:15 PM | Show all posts
Bahasa Inggeris

Pada suatu hari......

Abu:Kalau nak cakap rumah kat bahasa inggeris macam mana Ali?

Ali:Ala.itu pun tak tahu?House la....

Abu:Kalau rumah terbakar orang putih panggil apa?

Ali:Kacang je tu.....House Burning la....

Abu:Salah tu .......

Ali:Habis tu macam mana?????

Abu:Orang putih tu panggil bomba la....apa kaitan dengan house burning pulak

Ali:abestos betul lah......@@@@xxxxx***

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2005 09:02 AM | Show all posts
Ni lawak member aku....

Bini

Kalau dapat bini muda-nampak BABY DOLL.
Kalau dapat bini sederhana muda pula-nampak BARBIE DOLL.
Tapi bila dapat bini tua-nampak PANADOL !!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2005 09:04 AM | Show all posts
KUCING

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya: "Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak
untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?"
"Tentu saja!" jawab pakar konselor...
Penjual Ikan bersorak kegembiraan "Bagus... kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedaisaya tadi pagi."
Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM
10.00 kepada penjual ikan tersebut... Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari petisurat rumahnya..dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut... kandungannya:

"RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling""


Kwang..kwang ...kwang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 07:38 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 2-10-2005 09:04 AM
KUCING

Pakar konselor tanpa sepatah katapun terus membayar RM
10.00 kepada penjual ikan tersebut


patutlah die slumber jer bayo rm 10:nerd:

lol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 1-10-2005 07:08 AM
Kopek

Ada la sorang mamat kedah nih baru kawin ngan minah kelantan nih .. so dia
ikut bini dia gi pasar ,so masa dok jalan-jalan dia nampak minah ni bawa
beg duit lawa ... dia pong kata ...


kalau orang kedah, kopek tu beg duit

habis kalau orang kelantan, kopek tu ape plak?:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 28-9-2005 03:19 PM
Ni ader satu kisah lucu tp mukin dah dgr kot....refresh jer la... :bgrin:

Kisah 3 Malam


MALAM PERTAMA:Nenek pakai skirt pendek, tapi atuk buat slumber

MALAM KEDUA:Nenek pakai gaun malam nipis atuk "terkejut"

MALAM KETIGA:Nenek tak pakai baju, atuk cakap " la apsal pakai baju berkedut, pegi sterika dulu !!"



:lol ni sama ade atuk tu rabun atau rumah diorang pakai lampu minyak tanah lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 04:04 AM | Show all posts
Originally posted by exmjb2002 at 2-10-2005 07:40 PM


kalau orang kedah, kopek tu beg duit

habis kalau orang kelantan, kopek tu ape plak?:hmm:





thehehe...kalau org kelate..kopek tu.....t*t*k....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2005 10:12 AM | Show all posts
Nyawa atau Nyaman

Di sebuah desa di Bandung,Indonesia tinggalah sorang janda kaya yg tak menpunyai anak. Penampilannya memang menggairahkan setiap lelaki yg melihatnya. Didesa itu juga tinggal seorang pemuda yg kejayanya perompak dan satu hari timbul niat merompak rumah si janda kaya tersebut.

Satu malam si perompak berjaya masuk ke dalam rumah si janda melalui bumbung yg terletak betul-betul diatas bilik tidur si janda.Kebetulan si janda sedang tidur berbogel. Timbul niat lain dalam hati perompak itu.Kemudian dengan perlahan dia menyelinap ke tempat tidur si janda. Si janda terkejut kerana terasa ada benda sedang menjalar di tubuhnya.Si janda cuba menjerit tetapi se perompak itu terus mencabut parangnya dan mengancam si janda, "JANGAN MECERIT KALO MAU SELAMAT, NAH SEKARANG PILIH NYAWA ATAU NYAMAN?", ancam si perompak dalam bahasa Indonesia.

Setelah digertak si janda ketakutan dan dengan nada lemas menjawab "NYAMAN aje mas" Setelah selesai..si perompak terfikir hendak pulang kerana merasa puas.Niat untuk merompak sudah dilupakan.Tapi ketika memakai pakaian, parangnya tertinggal dan si janda terus mengambil dan mengacunya kepada siperompak. "MAU KEMANA KAMU,SIH?", tanya si janda. "PULANG", jawab si perompak ketakutan dan cemas. si janda membentak "Mau PULANG ATAU ULANG?"
Reply

Use magic Report

anggerik_0701 This user has been deleted
Post time 3-10-2005 10:23 AM | Show all posts
wakakakakaka........
bole tahan gak kan janda tuh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2005 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by anggerik_0701 at 3-10-2005 10:23 AM
wakakakakaka........
bole tahan gak kan janda tuh.....



a'aa bole tahan... dpt durian runtuh....tp x seme janda cenggitu..(kaber line sket)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2005 11:30 AM | Show all posts
Kain Pelekat Punya Kisah

Di sebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya, "Abang, kalau datang ke rumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga". Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar. "Ok esok abang beli kain untuk buat seluar panjang." Sesudah membeli bahan seluar,pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan seluarnya. Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untuk mengambil seluar yang sudah siap. Kata tukang jahit "encik...,seluarnya sudah siap. Masih ada sisa bahan 1/2 meter lagi. Bolehlah bawak balik" Pemuda itu seronok, jadi juga seluarnya, fikirnya.

Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasih untuk menunjukkan seluar barunya. Dia memakai seluar itu. Tapi kerana kebiasaan, dia uga tetap memakai kain sarungnya. Maknanya seluar di dalam dan di luar ialan kain pelikat.Di tengah perjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan,akhirnya dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain pelikatnya, dan lupa memakai seluar panjang barunya. Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata; "Laa banggg mengapa masih pakai kain pelikat, kata nak pakai seluar panjang....tapi masih pakai kain jugak?" Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata; "Nih.. tengoklaaa, kan abang pakai seluar baru abang". Seketika itu si gadis menjerit ; "Ihhhhhhhhh...bangg, panjang nyerrr..."

Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab; "Memanglah ...panjang. Dirumah juga masih ada 1/2 meter lagi ....... "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2005 09:42 PM | Show all posts
Lawak Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 3-10-2005 11:30 AM
Kain Pelekat Punya Kisah

Di sebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, mak ...

:ketuk::ketuk::ketuk:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.081855 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list