CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atokkl

Cerita Kelakar..Kah Kah Kah

[Copy link]
Post time 3-10-2005 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 3-10-2005 09:42 PM
Lawak Gangster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketua ...


btul2 bebahasa  pakar bahse tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2005 10:25 PM | Show all posts
Praktikal Psikologi

Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel.....

"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki muda yang menghampirinya.

"Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja minuman......" jawab pemuda itu.

"Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat kuat hingga ramai pengunjung lain mendengar. Merasa ditolak, dengan perasaan malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan. Semua orang di restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu. "Maafkan saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang tidak dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan. Si laki-laki menatap dengan tampang dingin. Kemudian berteriak dengan amat kerasnya,

Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang putih melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?"

Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil menggelengkan kepala dan lebih mencebik sini.

Kesimpulan :
- Tak baik membalas dendam.
- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2005 10:28 PM | Show all posts
Meniru

Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam : Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu menuduh begitu?
Pengetua : Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.
Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim : A.SAMAD SAID
Jawapan Azam : A.SAMAD SAID

Ayah Azam : Laa...jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang ter****t dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua : Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.
Soalan : Di mana A.Samad Said dilahirkan! ?
Jawapan Azim : SINGAPURA
Jawapan Azam : SINGAPURA

Ayah Azam : Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.

Pengetua : Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.
Soalan : Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?
Jawapan Azim : MAAF,SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam : KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at 3-10-2005 10:25 PM
Praktikal Psikologi

Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel.....

"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang  ...


tak sanggup den nak buek practical cam nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 10:39 PM | Show all posts
kalau ko tak tau aku lagi tak tau......hehehe kantoi kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2005 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by rinairza at 3-10-2005 10:39 PM
kalau ko tak tau aku lagi tak tau......hehehe kantoi kat sini



rina jgn buat camni...:no:
Reply

Use magic Report

Follow Us
BALAKTIMUR This user has been deleted
Post time 3-10-2005 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by atokkl at Wed/Sep/2005 01:11 PM
Meh kita sama2 syer cerita2 kelakar samada yg kita sendiri pernah alami atau kita dengar orang lain bercerita yg membuatkan kita ketawa giler sampai nak pecah perut... Zassssssss...


MASA KECIK2 DLU AKU N KEKAWAN KG SUKA TANGKAP ANAK IKAN... KAT PARIT..(BUKART PARIK KAT PERAK ARR)... PARIT YG ADA AIRRR TUUUU...

MEMBER AKU KATA BANYAK NYA ANAK IKAN KAT SINI.... AKU CAKAP TU KE ...AKU TAK CAYA...

AKU TANYA CAMANA DIA TAHU..DIA KATA DIA NAMPAK....

AKU TANYA KAT MANA..KAT DALAM TAyar kereta lama kata nye..aku dah gelak,,,, ada ker anak ikan kat dalam tayar buruk.....
dia kata ada....siap waRNA HITAM LAAA...


AKU KATA KO PI LAA TANGKAP AKU NAK TENGOK.....

DIA PI TANGAKAP... DIA TUNJUK KAT AKU.. NI ARR ANAK IKAN TU...... BANYAK AKU DAPAT.....

AKU KATA MEH AKU TENGOK....... HAHAHAHAH ANAK IKAN APO YANG ADA KAKI 2 DAN ADA EKOR.... HARUAN ...KELI...SEPAT .... HAHAHAHA..

INI ADA BERUDU LAA NGOK..... TU PUN TAK TAHU.....HEHEHEHE KAKAHH..KAH.... CAMANA LEH ADA ANAK IKAN DALAM TAYAR BURUK..HAHAHAHA CAMANA TELUR IKAN LEH TERCAMPAK KAT SITU... TU PUN TAK LEH PK...HAHAHAHAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 09:11 AM | Show all posts
Zaman berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2005 09:12 AM | Show all posts
Jokes for the day to make you laugh...

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape power Karate?
Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut

Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak

Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang...hehe

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Tahi hidung

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 09:13 AM | Show all posts
Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 09:16 AM | Show all posts
Sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 09:17 AM | Show all posts
Mat Punk
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 09:36 AM | Show all posts
lawak la lawak gangster tu...buleh di praktik kan kalo kena gayanyer....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2005 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 4-10-2005 09:36 AM
lawak la lawak gangster tu...buleh di praktik kan kalo kena gayanyer....



salim ..jgn diharap dpt cam mak janda tuuuu...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2005 10:32 PM | Show all posts
Satu Hari Di Stesen Minyak

Bermulalah satu cerita di station minyak atau lebih dikenali sebagai pam minyak. Di pam minyak ini ada dua orang pekerja bangla yang hanya tau cakap melayu sikit, omputih sikit dan bahasa bangla banyak yg dia tahu.

Seorang itu bernama Majid dan seorang itu lagi bernama Hasan. Pada satu hari berhenti lah sebuah kereta mewah adik-beradik Mercedes utk
mengisi minyak. Pemandu kereta itu seorang yg berbangsa arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak itu dah abis dan ini mendatangkan masalah

kepada hasan utk memberitau kepada org arab itu bahawa minyakdah abis.

Orang arab itu pula tidak tau berbahasa melayu cuma tau bahasa omputih sikit dan bahasa arab tentulah terror kan...

Hasan cuba memberitahu kepada org arab tu sambil menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abis, tetapi orang arab tu ternganga luas tanda tidak paham. Hasan cuba lagi sekali lagi dengan menyebut "fuel" dan disusuli gerakan memusingkan kepala, tetapi orang arab tu ternganga luas juga tanda tidak paham ler tu..memang bodo sikit org arab ini.Hasan pun tak tau nak buat camner.... Dia pun pegi kat Majid utk
menerangkan situasi dier sekarang.

Mereka bercakap dalam bahasa bangla,dan ditranslatekan begini:-

Hasan: "Majid, tolong aku majid, org arab tu tak tau minyak kat sini dah abis"

Majid:" ala...ko cakap jer ler..minyak dah abis.. "

Hasan:"aku dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku pulak, tak tau cakap omputih..Yes , No, Alright aku tau ler.. dan... I love u "

Majid:"Aku pun tak tau jugak cakap omputih... "

Hasan:"ala..ko tolong ler aku.. "

Majid:" ok tak per...aku tau sikit-sikit cakap arab"

Lalu pergi la..Majid dekat org Arab tu dan berkata; "Fuel!, Sodoqallahulazimmmmm", dan baru ler..org arab tu paham dan dier pun lahler...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2005 10:37 PM | Show all posts
Calvin Klein

Berape hari yang lepas, satu temuduge kenaikan pangkat telah dibuat oleh salah sebuah anak syarikat TNB. Biaselah kan kalau nak naik pangkat mestilah duduk ujian bertulis dan lepas tu barulah ujian bercakap pulak (temuduga lah tu) test suarelah pulak. Dan dalam ramai-ramai yang terpilih tu ade tige kawan kite dari terengganu telah dipilih untuk di temuduge.

Kebetulan pulak tige kawan kite ni adalah peserte ketige yang pertame. Ape lagi berdebar-debarlah depa orang ni. Kawan yang nombor satu mule la merungut. (bace ayat seterusnya kene ikut loghat terengganu!).

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi doh bale baru sapa pulok". Sampuk pulak kawan yang kedue, "Mapuh kite kalu lagu ni. Aku doh kecut perut ni ."

Dan bersuare la pulak kawan yang ketige dengan berlagak macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh. Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tak tahu, mu bahang gi la jawap bende pun . Janji mu jawap. Doh hok mu due ekor ni takut sangat bak pe. Bukang nye tukang interbiuw tu nok makang mu".

"Cee mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control macho lagi". Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kawang kite yang pertame ni pun dipanggil. Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun keluarlah. Ape lagi macam kera kene belacan la kawan nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi". Kawan nombor satu tadi pun jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak dok bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye, Pengerusi TNB yang baru siape name. Aku pung jawap lah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawan nombor due pulak menyampuk "Ah sudoh aku tok reti nok sebuk name tu. Guane nih awang. Aku rase nok terkecing doh ni. Ah aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sampuk le pulak kawang nombor tige yang berlagak pandai ni, "Bak pe yang mu jadi bodo sangat nih. Jangan tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu nampok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda (seluar dalam la tu) mu tu. Kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pas tu mu kerling la sikit name Pengerusi TNB".

Ape lagi kawang nombor due suke la dengar idea bernas kawan die tu.Tapi die tak tahu yang kawang die nombor tige tu pun panik gak, sebab die pun tak tahu nak sebut macam mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil. Dalam 20 minit kawan nombor due tak keluar-keluar lagi. Kawan yang nombor tige dah panik kenape kawan die tu tak keluar keluar lagi. 5 minit kemudian keluar la kawan nombor due ni dengan muke tersenyum. Kawan no. 3 pun tanye la, ape soalan yang keluar, jawap la kawan no 2 ni, Susoh jugok soalang die tapi soalang Pengerusi TNB tu aku buleh jawap, aku sempat selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi."

Aku pung sebenor nye tok tahu jugok nok sebut name Pengerusi TNB tu." Jawap lah kawang no 2 tadi."

Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih" Kawan no 3 pulak jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda".

Ape lagi kelam kabut le kawan kite. Tibe-tibe kawan no 1 yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea. "Ape bende yang susoh sangat ni. Awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang-kawang ni pegi toilet untuk berpindah seluar dalam. Tak lame lepas tu name kawan no 3 ni pun di panggil. Dengan semangat berkobar-kobar dan rase confident yang amat sangat kawan kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu.

Dalam 10 minit kawan nombor 3 ni keluar sambil tergaru-garu kepale dengan muke kepelikkan. Kawan-kawan die yang luar ni tanye la kenape keluar awal sangat. Die menjawap, mase die jawap ahli panel tanye Name Pengerusi TNB, lepas tu die jawap la. Tak pasal-pasal semue ahli panel tergelak-gelak sampaikan ade yang mengalir-alir air mate tak tahan sangat. Pastu kawan-kawan ni tanye la, mase ahli panel ni tanye Name Pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengan confident die bagitahu dengan kuat dan lantang " Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawan-kawan ni berpindah seluar dalam tadi, kawan yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depan, yang depan ke belakang. Name Pengerusi TNB yang baru tu kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan.

Apalagi tergelak besarlah kawan-kawan yang due orang lagi tu. Sebagai pengajaran untuk anda semue jangan la cube menipu mase interbiuw nanti. Tak berkat."

Note: Pengajaran cerita: Jangan menipu dalam apa hal sekalipun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2005 10:40 PM | Show all posts
Menu Restoran Itali

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah
restoran Itali yang terkenal. Dia sendiri pun belum
pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati
teman wanitanya.. dia memberanikan diri untuk makan di
restoran itu...

Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia pun membelasah saja apa2 yang tertera di menu itu.

"Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi dengan muka yang macho.

"Maaf.. encik", jawab waiter... "Itu nama pemilik restoran ini", jelas waiter tersebut....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 07:30 AM | Show all posts
Ketuk Dgn Apa?

Ada seorang wanita yang telah dua kali menikah namun selalu gagal dengan pernikahannya tsb. Perceraian dengan suami pertamanya kerana suaminya kasar, sering memukulinya. Perceraian yang kedua kerana ditinggal pergi dengan wanita lain. Namun setelah kejadian itu, sampai sekian lama dia belum bertemu kekasih baru yang mampu memuaskannya secara zahir maupun batin. Hingga suatu hari dia memasang iklan: "Dicari: Lelaki yang tidak suka memukul, setia, dan sangat pandai diatas ranjang." Seminggu kemudian datanglah seorang tamu dengan mengetuk pintu rumahnya.

Betapa terkejutnya wanita itu setelah dia membuka pintunya, seorang lelaki tanpa kedua tangan maupun kakinya. "Saya datang sehubungan dengan iklan yang puan pasang seminggu yang lalu." ujar lelaki tsb dengan yakin. "Mungkin saudara salah." sergah si wanita. "Saya cuba jelaskan." potong si lelaki tsb. "Saya tidak akan memukuli puan kerana saya tidak punya tangan, saya tidak akan lari meninggalkan puan kerana saya tidak punya kaki." "Tapi,.." bagaimana saya boleh tau anda hebat diatas ranjang?" "Agak-agak tadi saya mengetuk pintu dengan menggunakan apa?"

Moral : Jangan suka merendahkan-rendahkan orang yang kurang sempurna."
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 10:18 AM | Show all posts
Kalau sampai Ipoh
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2005 10:19 AM | Show all posts
Nenek oh nenek

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak
jumpa nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.
Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek,
abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." Dengan selamba ala salesman budak-budak
pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata, "Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek
coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek
tinggalkan kat mangkuk tu."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077646 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list