CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Jepun Zaman Silam

  [Copy link]
 Author| Post time 2-2-2014 08:13 PM | Show all posts
Asal Usul Orang Jepun


Nihon atau Nippon adalah nama negara Jepun dalam bahasa Jepun yang bermakna “ Tanah Matahari Terbit ” yang juga disebut Yamato dalam catatan kuno. Pada kurun ke 7 M, pada kali pertamanya perkataan Nihon ini digunakan oleh para cendiakawan Korea yang datang ke negara Jepun. Pada zaman Meiji (1868~1926) dan zaman Taisho (1912~1926) perkataan Nihon diubah kepada Nippon bagi memberikan impak kepada semangat kenegaraan tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua istilah Nihon digunakan semula.

Terdapat 3 teori tentang asal usul orang Jepun iaitu :-

a) mereka dikatakan berasal daripada orang Ainu (proto-caucasoid)
b) berasal daripada orang Mongoloid (China-Mongolia),
c) dan berasal daripada orang Nusantara (Asia Pasifik). Mengikut sejarah orang Ainu telah menduduki negara Jepun 5000 tahun lebih awal daripada orang Mongoloid. Orang Ainu ini berhijrah ke pulau Hokkaido dan Honshu dan mereka ini berketurunan caucasian di mana kaum lelaki mereka mempunyai kulit berwarna putih dan mempunyai bulu di muka dan badan. Orang Ainu dikatakan berasal dari bahagian timur laut Asia. Di Jepun ahli geologis telah menemui tulang rangka haiwan yang hidup di utara Asia semasa zaman Pleistocene lebih kurang 100,00~1,000,000 tahun dahulu. Penemuan ini mencadangkan bahawa terdapat dataran penghubung (land bridge) yang menghubungkan pulau-pulau dengan benua Asia yang menjadi laluan untuk penghijrahan manusia awal. Menurut ahli paleotologis orang Ainu datang ke pulau Hokkaido dan utara Honshu dengan menaiki rakit atau perahu-perahu kecil bermula sekitar 20,000 tahun dahulu.


Pada tahun ke 8 M apabila kemasukan orang Mongoloid bertambah pesat telah menyebabkan orang Ainu ini berpindah ke utara Hokkaido. Tetapi lama kelamaan orang Ainu telah diterima oleh masyarakat Jepun. Orang Ainu ini pada masa dahulu merupakan masyarakat primitif yang hidup dengan memburu dan memungut makanan. Kini orang Ainu mendapat perhatian daripada kerajaan Jepun untuk memastikan kumpulan masyarakat ini tidak terpinggir daripada arus pembangunan yang berlaku di negara Jepun. Usaha-usaha telah dijalankan untuk memperkenalkan budaya dan tradisi orang Ainu ini ke peringkat nasional dan juga antarabangsa. Orang Ainu ini dikatakan bukan keturunan orang Jepun moden kerana perbezaan dari segi bentuk fizikal,6 cara hidup dan bahasa yang mereka tutur.

Orang Mongoloid berhijrah ke pulau-pulau selatan Jepun agak terkemudian sedikit daripada orang Ainu dengan menyeberangi Selat Korea yang agak sempit dan bahaya. Orang Mongoloid ini bukan dari kalangan orang China tetapi mungkin berasal dari Korea atau Asia Tengah. Terdapat juga penghijrahan orang Mongoloid dari arah selatan China yang berkemungkinan dari pulau-pulau selatan. Orang mongoloid lelaki mempunyai kulit kekuningan, sedikit bulu di muka dan badan mereka. Pergerakan mereka meluas dari kawasan pantai barat Jepun mengarah ke timur iaitu dari pulau Kyushu ke pulau Shikoku dan menyusur ke pantai selatan pulau Honshu. Orang Mongoloid ini dipercayai sebagai asal keturunan orang Jepun moden sekarang ini yang merupakan kumpulan terbesar penduduk Jepun. Ini berdasarkan kepada persamaan yang didapati pada rupa bentuk fizikal dan keupayaan mereka menyerap cara hidup dan kebudayaan orang Cina. Selain daripada orang Cina, orang Mongoloid juga mempunyai pertalian rapat dengan orang Vietnam, Thailand, Myammar dan lain-lain.

Proses-proses penyerapan juga berlaku di antara orang Mongoloid dengan orang Ainu dan di antara penghijrah-penghijrah dari Korea. Ada satu teori lain yang mengatakan bahawa orang Jepun berasal daripada orang Nusantara daripada kalangan orang Polynesia.

Orang Polynesia adalah penduduk di pulau-pulau Nusantara dan merupakan pelayar yang mahir. Mengikut teori ini kemungkinan orang Polynesia ini telah belayar sehingga ke negara Jepun. Tetapi memandangkan keadaan rupa bentuk fizikal dan struktur bahasa di antara kedua-dua orang ini, adalah sukar untuk menentukan dengan jelas bahawa orang polynesia adalah asal keturunan orang Jepun.


Budaya Manusia Zaman Awal


Penemuan-penemuan alatan batu (stone tools) oleh ahli arkeologi di kebanyakan tempat di kepulauan Jepun dipercayai bertarikh 25,000 tahun dahulu membuktikan telah wujud budaya manusia zaman awal. Para penyelidik juga telah menemui barangan tembikar tempawan yang menunjukkan telah wujud budaya yang maju pada 10,000 SM lagi. Terdapat pada barangan tembikar ini corak berupa tali temali atau talikod (a rope or cord-like pattern) yang menarik dan ianya dikenali sebagai jomon dalam bahasa Jepun. Nama zaman ini dinamai zaman Jomon kerana mengambil sempena corak yang terdapat pada tembikar yang ditemui itu yang melangkaui dari 10,000 SM sehingga 300 SM. Penduduk di zaman Jomon ini hidup dengan cara primitif menggunakan alatan batu, tinggal dalam rumah lubang (pit houses) dan menjalankan aktiviti menangkap ikan dan memungut kerang serta memburu rusa dan babi hutan.

Budaya Yayoi yang lebih maju menggantikan budaya Jomon pada abad ke 4 SM di pulau Kyushu. Budaya Yayoi berkembang mungkin kerana penghijrahan orang-orang Mongoloid melalui Selat Korea ke pulau Kyushu untuk mengelak daripada kekacauan yang berlaku di negara China pada ketika itu. Penghijrah-penghijrah ini membawa kemahiran melebur dan membentuk besi serta teknik menanam padi basah. Alatan besi telah digunakan dengan meluasnya dalam bidang pertanian seperti alatan cangkul, sabit, tajak dan lain-lain. Pada zaman ini satu alat memutar tembikar dengan menggunakan roda telah digunakan untuk menghasilkan tembikar telah digunakan dengan meluasnya. Alat ini dipanggil yayoi dalam bahasa Jepun dan zaman ini telah dinamai Zaman Yayoi mengambil sempena alat itu.

Orang zaman Yayoi sangat mempercayai gejala dan alamat (baik atau buruk) ke atas kejadian alam semulajadi. Mereka telah meminta pertolongan peramal atau ahli sihir untuk menjelaskan sesuatu gejala atau petanda-petanda yang membimbangkan mereka. Kepercayaan kepada peramal dan ahli sihir serta keyakinan tentang kekuasaan yang ada pada alam semulajadi telah melahirkan kepercayaan Shinto. Shinto menganggap suatu objek itu sebagai kami (tuhan) jika objek itu menimbulkan perasaan takjub. Orang Jepun menghormati kami ini dengan melakukan penyucian seperti membasuh tangan dan mulut dengan menyediakan barang sembahan dengan menepuk tangan dan membongkok. Kepercayaan Shinto tiada mempunyai etika kelakuan, balasan baik dan buruk, tiada kitab suci, tiada pengasas tetapi hanya suatu kepercayaan kepada ketakjuban alam. Seseorang penganut Shinto dianggap melakukan kesalahan terhadap kami apabila tidak menjaga kebersihan dan mencemari alam semulajadi.

Bermula pada abad ke 3 M, gelombang penghijrahan kedua dari benua Asia ke kepulauan Jepun telah berlaku. Penghijrah ini mempunyai kemahiran tinggi dalam pertanian dan mahir membuat senjata. Mereka telah menyeberangi Selat Korea dan menduduki kawasan barat pulau Kyushu. Mereka telah menghalau penduduk asal di kawasan persekitaran itu ke pulau Shikoku dan Honshu. Mereka ini mempunyai kemahiran untuk membina makam-makam besar yang dipanggil sebagai kofun dalam bahasa Jepun. Oleh kerana terdapat banyaknya kofun dibina di zaman ini, maka zaman ini dikenali sebagai Zaman Kofun.

Orang zaman kofun ini mendiami kawasan-kawasan yang berdekatan dengan lembah sungai dan tanah rata yang sempit. Mereka ini diletakkan di bawah penguasaan sesebuah keluarga atau kumpulan uji dominan yang menjadi menjadi pemerintah kawasan baru itu. Manakala majoriti penghijrah yang lain bekerja sebagai pekerja atau pun menjadi hamba. Keluarga pemerintah ini hanya membentuk 10% daripada jumlah penghijrah dan mereka ini mewarisi tanah dan kausa politik.

Pada zaman ini perhubungan antara orang Jepun dengan negara China sudah begitu erat. Hasil kajian para ahli arkeologi terhadap makam-makam yang terdapat di kawasan 3 pulau utama Jepun mendapati bahawa penemuan tinggalan-tinggalan sejarah seperti cermin tembaga, pedang dan baju besi serta patung-patung tanah liat telah dipengaruhi oleh zaman budaya maju kerana perhubungan dengan negara China dan Korea.


Pembentukan Negara Yamato

Kepulauan Jepun sebelum pembentukan negara Yamato masih tidak mempunyai nama, tiada sistem bahasa yang seragam, tiada sistem pentadbiran pusat dan tiada bandar kota. Tetapi pada abad ke 6 M, sebuah keluarga uji di Yamato (terletak di pulau Honshu) telah melakukan penaklukan keluarga-keluarga uji yang berdekatan. Selain itu keluarga ini juga membuat perjanjian damai dengan kumpulan-kumpulan uji yang ingin berkompromi melalui perkahwinan dan hubungan diplomatik. Lama kelamaan keluarga ini bertambah kuat dan sangat berkuasa. Ketua keluarga Yamato ini mendakwa mempunyai kuasa ghaib yang menghubungkan mereka dengan dewi matahari. Ketua keluarga Yamato ini bertindak sebagai maharaja dan melantik ketua keluarga uji yang lain sebagai menteri yang mengetuai jabatan ketenteraan, keagamaan, pertanian dan jabatan-jabatan lain.

Pada peringkat awal pembentukan negara Yamato terdapat banyak pertelingkahan di antara keluarga-keluarga uji apabila pemilihan raja mahkota dibuat. Ini disebabkan oleh status maharaja yang memerintah negara Yamato di mana baginda dibenarkan untuk memiliki ramai isteri dan gundik. Situasi ini menyebabkan ramai ketua-ketua keluarga uji telah mengahwinkan anak mereka dengan maharaja. Masing-masing ketua keluarga uji dengan cara baik atau jahat  cuba mempengaruhi maharaja supaya melantik keturunan mereka sebagai raja mahkota. Perbuatan ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan dan pengkhianatan lantas kacau bilau banyak berlaku.

Situasi ini berubah apabila pada 593M maharani Suiko telah menaiki tahta dan memerintah negara Yamato bersama anak saudaranya putera Shotoku. Putera Shotoku bertindak sebagai ketua penasihat kepada kerajaan dan telah berusaha untuk menyatupadukan negara Yamato. Putera Shotoku telah menstruktur gaya pemerintahan negara mengikut model pemerintahan negara China kerana pada masa itu pengaruh negara China telah menjadi semakin kuat apabila kemasukan agama Buddha.


“ After adopting the Chinese system for keeping track of time, Shotoku ini A.D. 604 drafted a code of seventeen articles based on Confucian ethics as a guide for the behavior of officials and the general population. ”

(Ganley A.C, 1989:19)



Semasa pemerintahan putera Shotoku ancaman dari luar dan dalam telah meningkat dengan ketaranya. Baginda telah melakukan banyak pembaharuan untuk membendung ancaman-ancaman tersebut. Di antara pembaharuannya ialah pengenalan Perlembagaan Tujuh Belas Artikel pada 604 M. Perlembagaan ini merupakan peniruan perlembagaan kerajaan China yang menjadi panduan berkelakuan bagi pegawai kerajaan dan rakyat biasa. Perlembagaan ini juga memperuntukkan kuasa sepenuhnya kepada maharaja dan maharani dalam pemerintahan negara namun ia juga memberi penekanan agar semua orang bawahan mesti menghormati ketua mereka dan ketua juga mempunyai tanggungjawab kepada orang bawahan.

Selepas kematian Putera Shotoku, perlembagaan baharu iaitu Pembaharuan Taika telah ditulis oleh para pelajar Konfusi dalam istana Yamato pada 646 M. Perlembagaan ini merupakan teks perlembagaan yang menjadi intipati kepada kerajaan dan sistem imperial Jepun. Di dalamnya diperakukan bahawa semua wilayah di negara Jepun adalah milik maharaja.dan pegawai kerajaan diwajibkan mengambil peperiksaan pegawai kerajaan ala kerajaan negara China.


“ In 646 Emperor Kotoku issued an edict, the Taika Reform (Great Change), that transferred to himself ownership of all the rice land and clarified his power to appoint all sixty-six provincial governors as well as lesser officials. ”

(Ganley A.C, 1989:20)



Semasa pemerintahan maharaja Kotoku kedudukan maharaja diperkuatkan lagi dengan berkuatkuasanya perlembagaan Pembaharuan Taika. Maharaja menguasai semua tanah sawah dan untuk memudahkan kerja-kerja pentadbirannya, maharaja telah melantik 66 gabenor wilayah dan pegawai-pegawai wilayah yang lain. Lama kelamaan sistem pemerintahan pusat bertambah baik, maka pembentukan sebuah negara yang mempunyai sistem pentdbiran pusat yang sistematik telah dapat dihasilkan.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2014 07:23 PM | Show all posts
Evolusi Kimono Jepun dari Zaman Jomon (13,000–400 SM) / Yayoi (300 SM-300 M) hingga Ke Zaman Edo (1603–1868)









Zaman Jomon dan Zaman Yayoi


Kimono zaman Jomon dan zaman Yayoi berbentuk seperti baju terusan. Dari tapak arkeologi tumpukan kulit kerang zaman Jomon dijumpai haniwa. Pakaian atas yang dikenakan haniwa disebut kantoi (贯 头 衣).

Dalam Gishiwajinden (buku sejarah China mengenai tiga negara) ditulis tentang pakaian sederhana untuk laki-laki. Sehelai kain diselempangkan secara mendatar pada tubuh lelaki seperti pakaian sami, dan sehelai kain dililitkan di kepala. Pakaian wanita dinamakan kantoi. Di tengah sehelai kain dibuat lubang untuk memasukkan kepala. Tali digunakan sebagai pengikat di bahagian pinggang.

Masih menurut Gishiwajinden, maharaja wanita bernama Himiko dari Yamataikoku (sebutan zaman dulu untuk Jepun) "selalu mengenakan pakaian kantoi berwarna putih". Serat rami merupakan bahan pakaian untuk rakyat biasa, sementara orang berpangkat mengenakan kain Sutra



Zaman Kofun


Pakaian zaman Kofun mendapat pengaruh dari daratan Cina, dan terdiri dari dua potong pakaian: pakaian atas dan pakaian bawah. Haniwa mengenakan baju atas seperti mantel yang dipakai menutupi kantoi. Pakaian bagian bawah berupa rok yang dililitkan di pinggang. Dari penemuan haniwa terlihat pakaian berupa celana berpipa lebar seperti hakama.

Pada zaman Kofun mulai dikenal pakaian yang dijahit. Bagian depan kantoi dibuat terbuka dan lengan baju bagian bawah mulai dijahit agar mudah dipakai. Selanjutnya, baju atas terdiri dari dua jenis kerah:

- Kerah datar sampai persis di bawah leher (agekubi)
- Kerah berbentuk huruf "V" (tarekubi) yang dipertemukan di bagian dada.



Zaman Nara


Bangsawan zaman Asuka bernama Pangeran Shotoku menetapkan dua belas strata jabatan dalam istana maharaja ( kan - i jūnikai ) . Pegawai istana dibezakan menurut warna hiasan penutup kepala ( kanmuri ) . Dalam kitab hukum Taiho Ritsuryo dimuat peraturan mengenai busana rasmi , busana pegawai istana , dan pakaian seragam dalam istana . Pakaian formal yang dikenakan pegawai awam ( bunkan ) dijahit di bahagian bawah ketiak . Pegawai tentera memakai pakaian formal yang tidak dijahit di bahagian bawah ketiak agar pemakainya tidak bergerak . Fesyen dan aksesori zaman Nara banyak dipengaruhi budaya Cina yang masuk ke Jepun . Pengaruh budaya Dinasti Tang ikut mempopularkan baju berlengan sempit yang disebut kosode untuk dikenakan sebagai pakaian dalam .

Pada zaman Nara berlaku perubahan dalam cara mengenakan kimono . Kalau sebelumnya kolar bahagian kiri perlu berada di bawah kolar bahagian kanan , sejak zaman Nara , kolar bahagian kanan harus berada di bawah kolar bahagian kiri . Cara memakai kimono dari zaman Nara terus dipertahankan hingga kini . Hanya orang meninggal dipakaikan kimono dengan kolar kiri berada di bawah kolar kanan .



Zaman Heian


Menurut bangsawan Sugawara Michizane , penamatan penghantaran utusan Jepun untuk Dinasti Tang ( kentoshi ) mencetuskan pertumbuhan budaya tempatan . Tata cara berbusana dan piawaian protokol untuk upacara - upacara formal mula ditetapkan secara rasmi . Ketetapan tersebut mengakibatkan semakin rumitnya tata busana zaman Heian . Wanita zaman Heian mengenakan pakaian berlapis - lapis yang disebut jūnihitoe . Tidak hanya wanita zaman Heian , pakaian formal untuk tentera juga menjadi tidak praktikal .

Ada tiga jenis pakaian untuk Bangsawan lelaki pada zaman Heian :

- Sokutai ( pakaian upacara rasmi berupa tetapan lengkap )
- I - kan ( pakaian untuk tugas rasmi sehari - hari yang sedikit lebih ringan dari sokutai)
- Noshi ( pakaian untuk kesempatan peribadi yang terlihat mirip dengan i - kan ) .

Rakyat biasa mengenakan pakaian yang disebut suikan atau kariginu (狩 衣 , Arti harfiah : baju memburu ) . Di kemudian hari , kalangan bangsawan menjadikan kariginu sebagai pakaian sehari - hari sebelum diikuti kalangan samurai .

Pada zaman Heian terjadi pengambilalihan kuasa oleh kalangan samurai , dan bangsawan istana dijauhkan dari dunia politik . Pakaian yang dulunya merupakan simbol status bangsawan istana dijadikan simbol status kalangan samurai .



Zaman Kamakura dan Zaman Muromachi


Pada zaman Sengoku, kuasa pemerintahan berada di tangan samurai. Samurai mengenakan pakaian yang disebut suikan. Pakaian jenis ini nantinya berubah menjadi pakaian yang disebut hitatare. Pada zaman Muromachi, hitatare merupakan pakaian rasmi samurai. Pada zaman Muromachi dikenali kimono yang disebut Suo (素 袄), yakni sejenis hitatare yang tidak menggunakan kain pelapis dalam. Ciri khas Suo adalah lambang keluarga dalam saiz besar di lapan tempat.

Pakaian wanita juga makin sederhana. Skirt bawah yang disebut mo (裳) makin pendek sebelum diganti dengan hakama. Tetapan mo dan hakama akhirnya hilang sebelum diganti dengan kimono model terusan, dan kemudian kimono wanita yang disebut kosode. Wanita memakai kosode dengan kain yang dililitkan di sekitar pinggang (koshimaki) dan / atau yumaki. Kot panjang yang disebut uchikake dipakai setelah memakai kosode.



Awal Zaman Edo


Penyederhaan pakaian samurai berlanjut hingga zaman Edo . Pakaian samurai zaman Edo adalah tetapan berpundak lebar yang disebut kamishimo (裃) . Satu setel kamishimo terdiri dari kataginu (肩 衣) dan hakama . Di kalangan wanita , kosode menjadi semakin popular sebagai simbol budaya orang bandar yang mengikuti trend fesyen .

Zaman Edo adalah zaman keemasan panggung sandiwara kabuki . Penemuan cara penggandaan lukisan berwarna - warni yang disebut Nishiki - e atau ukiyo - e mendorong makin banyaknya lukisan pelakon kabuki yang mengenakan kimono mahal dan gemerlap . Pakaian orang bandar pun cenderung makin mewah kerana iking meniru pakaian pelakon kabuki .

Kecenderungan orang bandar berpakaian semakin bagus dan jauh dari norma Confucianisme ingin dihadkan oleh Keshogunan Edo . Secara beransur-ansur kerajaan keshogunan memaksakan kenyaku - rei , yakni norma kehidupan sederhana yang pantas . Pemaksaan tersebut gagal kerana keinginan rakyat untuk berpakaian bagus tidak boleh dibendung . Tradisi upacara minum teh menjadi sebab kegagalan kenyaku - rei . Orang menghadiri upacara minum teh memakai kimono yang kelihatan mudah namun ternyata berharga mahal .

Tali pinggang kumihimo dan gaya mengikat obi di punggung mula dikenali sejak zaman Edo . Hingga kini , kedua-duanya berlangsung sebagai aksesori sewaktu mengenakan kimono .



Akhir Zaman Edo


Politik pengasingan (sakoku) membuat terhentinya import benang sutera. Kimono mula dibuat dari benang sutera pengeluaran dalam negeri. Pakaian rakyat dibuat dari kain sutera jenis crape lebih murah. Setelah terjadi kebuluran zaman Temmei (1783-1788), Keshogunan Edo pada tahun 1785 melarang rakyat untuk mengenakan kimono dari sutera. Pakaian orang bandar dibuat dari kain kapas atau kain rami. Kimono berlengan lebar yang merupakan bentuk awal dari furisode popular di kalangan wanita.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2014 01:00 PM | Show all posts
Opening of Ginza line, 1st underground railway in Asia (1927)












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 07:02 PM | Show all posts
Busana Zaman Kofun






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 07:21 PM | Show all posts
Asuka Period









Kofun Period










Nara Period






Heian Period












Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2015 11:07 PM | Show all posts
UPACARA TAMESHI-GIRI (MENGUJI KEKUATAN PEDANG)








Sebelum zaman Meiji, menjadi satu kemestian untuk setiap pedang diuji kekukuhan dan kuasa potongannya sebelum digunakan dalam pertempuran, dengan MEMOTONG BADAN MANUSIA ! Biasanya, banduan yang dijatuhkan hukuman mati akan menjadi bahan ujian Tameshi-giri ini.

Kebanyakan pedang pada masa itu dinamakan bersempena kejadian yang menampilkan kehebatan pedang tersebut ketika Tameshi-Giri ini dijalankan. Dalam zaman Edo, terdapat satu jenis perkerjaan khas untuk Tameshi-giri dan dinaikkan gred berdasarkan kekuatan mereka dalam tugas memotong. Keluarga Yamada adalah keluarga yang paling terkenal dalam tugas Tameshi-giri ini. Yamada Asaemon contohnya, diambil berkerja oleh Keluarga Tokugawa untuk menguji pedang milik keluarga tersebut. Ini bermakna Yamada Asaemon menjadi algojo dalam kawasan pemerintahan Tokugawa-gumi, disamping menjadi tukang uji pedang
Bahagian badan yang lain milik pesalah yang telah mati dipotong akan digunakan untuk ujian seterusnya. Hasil potongan akan direkod dengan teliti.

Menurut Date Ke Totenki (Rekod Ujian Pedang Keluarga Date),Ketika Kempen Perang Tujuh Tahun yang dipimpin oleh Keluarga Hideyoshi menentang Dinasti Joseon, Korea, para samurai bertemu dalam satu perjumpaan untuk menguji pedang. Tetapi, banduan yang digunakan sebagai bahan ujian kali ini dikatakan sebesar kerbau ox. Semua samurai enggan menyerahkan pedang mereka untuk diuji, kerana takut pedang mereka akan patah jika berlaga dengan tulang banduan tersebut.Namun, Daimyo Date Masamune menyerahkan pedang peribadinya kepada Kiyomasa Kato (salah seorang dari tiga komander atasan ketika Perang Tujuh Tahun). Kato memotong badan banduan tersebut dengan hanya satu libasan. Pedang itu kemudiannya diberi nama Kurombu-kiri.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2015 06:22 PM | Show all posts
Test............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2015 02:24 PM | Show all posts
PERBEZAAN CARA SAMURAI MENGELUARKAN PEDANG KATANA DARI SARUNG PEDANG.




- Cara 1 (Digunakan Ketika Zaman Heian Hingga Muromachi / Sengoku)

- Cara 2 (Digunakan Ketika Waktu Aman '' Zaman Edo '' )








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2015 04:10 PM | Show all posts
PEDANG RYUKYU (KOSHIGATANA)








Pedang ryukyu dikenali sebagai koshigatana, kerajaan ryukyu tidak menghasilkan pedang pada abad ke 15 kerana kekurangan bahan mentah dan kebanyakan bilah pedang diimport dari negara jepun. Mengikut catatan dokumen rasmi kerajaan ryukyu mengenai hubungan diplomasi negara luar (Rekidai Hôan), mencatatkan pedang ryukyu (koshigatana) pernah dihadiahkan kepada utusan asing dari melaka iaitu Laksamana Hang Tuah pada tahun 1480.

Pada tahun 1609 kerajaan ryukyu ditakluk oleh klan samurai satsuma (shimizu) dan kerajaan ryukyu telah menjadi negara naungan bagi satsuma ini mengakibatkan pengharaman pengunaan pedang untuk golongan pechin (golongan kelas bangsawan ryukyu setaraf samurai dijepun), sebagai ganti penggunaan pedang satu seni mempertahankan diri ryukyu telah berkembang dan sekarang dikenali sebagai karate.






PEDANG RYUKYU '' CHIYOGANE-MARU ''






Pedang Diraja Ryukyu yang bernama '' Chiyogane-maru '' digunakan untuk upacara adat istiadat Diraja Ryukyu. Chiyogane-maru kali terakhir digunakan oleh Raja Ryukyu terakhir iaitu Raja Sho Tai pada tahun 1879.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2015 05:14 PM | Show all posts
KUDA BAKA YONAGUNI @ YONAGUNI UMA (与那国馬)






Sejarah asal usul kuda yonaguni dari kepulauan ryukyu (okinawa) '' pulau yonaguni masih tidak jelas. Pada zaman dahulu kuda yonaguni digunakan untuk pertanian, pengangkutan dan pembalakan. Apabila mesin moden diperkenalkan kuda yonaguni tidak digunakan dan ditempatkan di bahagian utara barat pulau yonaguni dan hidup bebas tanpa kurungan.Dianggarkan jumlah kuda yonaguni liar dalam 108 ekor.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2015 07:55 AM | Show all posts
MIKADO MEIJI : PEMIMPIN YANG LAHIR SETIAP SERATUS TAHUN







Jepun pada hari ini, ialah sebuah lambang bahawa orang Asia turut boleh maju dalam arus permodenan. Jepun, sebuah lambang bangsa yang sangat maju dalam segala aspek. Jepun, sebuah kuasa dunia yang tidak haru kita lupakan ketika mempelajari sejarah Perang Dunia Kedua.

Sebuah kuasa dunia yang muncul tiba-tiba, dari Lautan Pasifik, lalu mengalahkan pelbagai kuasa dunia. Dari Russia, China sehingga ke British di tanah Melayu. Ya, dunia masih mengenangkan sejarah bangsa Jepun menjadi harimau dalam sejarah dunia.

Namun, bagaimanakan sebuah tamadun yang agak malap dalam sejarah dunia, yang dipenuhi oleh banyak perang saudara, tiba-tiba boleh bangkit berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang hebat dalam sejarah? Bagaimanakah keajaiaban ini boleh berlaku? Mari, bersama saya, kita terokai

1. Revolusi Meiji Dalam Bidang Pendidikan

- Pada Tahun 1871, Meiji telah melancarkan dasar pendidikan baru untuk negara Jepun bersatu ketika itu. Baginda bermula dengan menubuhkan Kementerian Pendidikan, antara terawal di Asia ketika itu selepas menyedari betapa pentingnya ilmu. Dan kemudian kementerian ini mewajibkan pelajar dari usia seawal 6 tahun untuk menerima pendidikan.

- Dan dasar pendidikan baru yang dikenali sebagai PRINSIP KUOTAI menekankan aspek seperti kesetian kepada MAHARAJA, BANGSA dan NEGARA.

- Sistem pendidikan dari Amerika diperkenalkan dengan diubahsuai mengikut budaya tempatan.

- Meiji telah membawa masuk ramai tenaga pengajar, golongan profesional dan ahli akademik Barat untuk memberi kesedaran kepada Bangsa Jepun betapa pebntingnya ilmu.

- Ramai pelajar dan pemuda Jepun dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Eropah. Banyak karya-karya akademik dari barat diterjemahkan oleh pelajar-pelajar yang dihantar untuk belajar ke eropah ke dalam Bahasa Jepun.

- Pusat-pusat pengajian tinggi seperti maktab dan universiti didirikan Contohnya Universiti Diraja Tokyo, Universiti Imperal, Maktab teknikal seperti Junior Technical College dan beberapa universiti swasta.

2. Revolusi Meiji Dalam Sektor Ekonomi

- Ekonomi acuan barat diperkenalkan oleh Meiji di Jepun. Kementerian Perusahaan diwujudkan dengan Ito Hirobumi dilantik menjadi menterinya.

- Jepun membawa kepakaran luas untuk membantu anak bangsa Jepun belajar dari kemajuan BARAT. Pada tahun 1879, Jepun mengambil 130 pegawai asing melalui Kementerian Perusahaan untuk membantu menaikkan sektor ekonomi Jepun.

- Mikado Meiji menyediakan bantuan kepada pengusaha persendirian diberikan dalam bentuk modal, latihan perindustrian, khidmat nasihat dan bengkel teknik perniagaan.

- Impaknya daripada dasar-dasar revolusi yang diperkenalkan oleh Meiji, beberapa syarikat besar telah muncul untuk memajukan ekonomi Jepun seperti Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumitomo. Dan syarikat-syarikat ini pula bergabung dengan syarikat lain lalu membentuk Zaibatsu. Bersatunya syarikat-syarikat ini adalah dengan satu matlamat, menaikkan ekonomi bangsa Jepun.

- Revolusi bidang pengindustrian yang dilakukan oleh Meiji juga membawa kepada penghasilan banyak hasil produk negara Jepun yang boleh diimport ke negara luar. Antaranya ialah kain kapas, sutera ,barangan kilang, perlombongan, kereta, kapal perdagangan adan kapal perang.

- Khidmat orang asing juga diperlukan dalam membangunkan beberapa buah sektor dalam bidang perlombongan. Antaranya perlombongan arangbatu, besi dan tembaga.

- Mikado Meiji juga telah menyusun sistem kewangan Jepun untuk tidak ketinggalan mengikuti revolusi pengidustrian di Barat. Bagina telah mewujudkan sistem mata wang baru untuk Jepun yang dinamakan sebagai Yen di samping menubuhkan bank pusat di Jepun seperti Mitsui-Ono, First National Bank dan Yokohama Spesis Bank.

3. Revolusi Mikado Meiji Dalam Bidang Pentadbiran

- Pada tahun 1868, Meiji telah menandatangani sebuah piagam yang menjadi dasar pemimpin, pegawai-pegawai dan rakyat Jepun dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas negara.

- Isi piagam tersebut adalah seperti berikut:

a.) Dewan Perbahasan ditubuhkan bagi menerima respons orang ramai mengenai undang-undang yang akan dilaksanakan.

b.) Semua kakitangan awam diseru untuk bersatu dan menyokong setiap dasar yang dibawa oleh kerajaan Jepun ketika itu. Menurut Meiji, kalau semua dasar ditentang, bagaimana kemajuan mahu dibawa?

c.) JEPUN DIWAJIBKAN UNTUK MEMBAWA SEMUA TENAGA LUAR DAN ILMU DARI LUAR lalu digunakan untuk membangunkan TAMADUN MEREKA.

d.) Segala adat lama yang tidak bermanfaat dihapuskan.

e.) Semua rakyat digalakkan menggunakan hak dan minat masing-masing.

- Mikado Meiji membentuk sebuah parlimen atau Diet tahun 1881 dengan menerima pakai perlembagaan Jerman sebagai acuannya. Majlis Penasihat Raja ditubuhkan dengan keanggotaan golongan bangsawan dan pembesar istana.

- Sistem Feudal yang menjadi tradisi Jepun sejak zaman berzaman dihapuskan sama sekali. Wilayah-wilayah kekuasaan pembesar yang dipanggil sebagai Damiyo diambil semula oleh Meiji dan pentadbir di setiap kawasan diberi gaji tetap. Wilayah-wilayah ini semua kemudiannya dibahagikan kepada beberapa daerah kecil yang dipanggil sebagai Ken.

- Para Samurai yang tidak lagi mempunyai jawatan dalam bidang pentadbiran digalakkan untuk menyertai bidang perniagaan memandangkan sistem Damiyo tidak lagi diamalkan di negara Jepun.

4. Revolusi Meiji Dalam Bidang Ketenteraan

- Kepakaran teknologi ketenteraan Jerman diambil oleh Jepun untuk membangunkan industri ketenteraan mereka. Bahkan, askar dari Jerman juga diambil untuk berkhidmat dalam bidang ketenteraan mereka.

- Undang-undang kerahan tenaga diwujudkan tahun 1872 yang mewajibkan pemuda berumur 20 tahun menyertai tentera. Justeru Tentera Kebangsaan Jepun dibentuk dengan keanggotaan segenap lapisan masyarakat.

- Jepun juga meminta bantuan British untuk membina kapal perang mereka. Dengan bantuan teknologi dari British akhirnya Jepun mampu membina kapal perang mereka sendiri.

[Kesimpulan]

Pendapat saya mengenai Revolusi Meiji yang dibawa oleh Jepun sehingga mereka boleh maju dalam masa yang singkat ialah, tiada sentimen membenci barat yang wujud di Malaysia hari ini. Bahkan, Bangsa Jepun tidak pernah MALU untuk mengakui bahawa TAMADUN BARAT ketika itu lebih maju daripada mereka sehinggakan akhirnya, mereka menimba ilmu dari barat, belajar dan menjadi lebih bagus daripada barat!


- Helmi Effendy -



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2016 05:42 PM | Show all posts
FASISME JEPUN 1940 : IDELOGI YANG MENGHANCURKAN






Bila membicarakan tentang Perang Dunia I dan II sudah pasti nama Jepun akan terbayang di minda kita. Seringkali kita bayangkan kekejaman mereka di seluruh asia terutamanya sifat mereka yang suka memenggal kepala para pesalah yang mereka ditangkap. Sebenarnya dah lama admin fikir kenapa Jepun yang merupakan sebuah masyarakat yang bersopan santun dan berbudi pekerti tiba-tiba menjadi negara militer terkuat Asia pada tahun-tahun 1940an.

Hakikatnya bila sudah mencapai kefahaman sejarah secara tidak sengaja barulah admin sedar bahawa negara Jepun adalah sama seperti negara China yang penuh dengan pergolakan politik, pembunuhan, pembinasaan dan dinasti yang bersilih ganti. Dari zaman inilah munculnya Shogun (Warlord), Samurai dan Ninja yang memainkan peranan sebagai alat pembunuh di kalangan masyarakat Jepun.

Namun di sebalik semua itu Jepun sangat terkenal dengan kod harga diri (Bushido) di mana setiap satu perbuatan adalah bersandarkan maruah. Maka tidak hairanlah Jepun sebagai satu-satunya negara yang mengamalkan konsep harakiri (membunuh diri sendiri secara terhormat).

Pada zaman moden terutamanya era industri yang melanda dunia, Jepun tidak terlepas dari menerima kesan budaya, politik dan sosial yang di bawa oleh Barat. Pengadaptasian budaya barat oleh Jepun telah menyebabkan perkembangan dan kemajuan yang pesat kepada negara Jepun dan hampir menyamai kejayaan negara barat seperti Britain, Russia dan Amerika.

Namun sebagai kuasa tunggal Asia yang menjadi “pisau” pemotong kek China. Barat tidak begitu mengiktiraf kedudukan Jepun biarpun Jepun telah berjaya mengalahkan Russia pada tahun 1905 yang membawa kepada kejayaan Jepun merebut Semenanjung Liaodong dan sebelum itu pada tahun 1895 Jepun telah mengalahkan China yang menyebabkan Semenanjung Korea diserahkan kepada mereka yang turut membawa kepada penyerahan Farmosa (Taiwan).

Walaupun kejayaan ini menandakan kebangkitan negara Jepun namun kebangkitan dan pemikiran masyarakat Jepun adalah lebih agresif pada tahun-tahun berikutnya. Tahukan anda bahawa pada tahun 1895, Jepun telah pun mengadakan pilihanraya pertama bagi memilih wakil di dalam Dietnya dan kemenangan telah berpihak kepada Parti Jiyuto (Parti Liberal ditubuhkan pada 1881) yang di ketuai oleh Okuma Shigenobu.

Kemudiannya pada tahun 1920an ketika era Maharaja Taisho muncul beberapa kumpulan-kumpulan kecil yang di panggil budak Marx dan dalam masa yang sama muncul pula kumpulan Moga dan Mobo (Modern girl and boy) yang mengambil budaya pelajar-pelajar Oxford. Zaman 1920an ini juga di sebut sebagai zaman hawa nafsu, keganjilan dan tidak masuk akal (Ero,Guro,Nansensu). Adakalanya zaman ini disebut sebagai zaman Jazz Jepun.

Sehingga 1929 impian demokrasi dan kebebasan Jepun tampak seperti indah dan gemilang namun pada tahun 1930 telah berlaku kegawatan ekonomi dunia yang menyebabkan inflasi yang teruk kepada masyarakat Jepun. Dikala ini jugalah muncul kader-kader Jepun dari kalangan golongan petani yang mula melihat kelemahan demokrasi yang telah gagal menyelamatkan negara Jepun.

Banyak faktor penyebab kepada kemunculan militarism Jepun pada tahun 1940an, antaranya ialah kekurangan sumber, kadar kelahiran yang tinggi dan pelbagai lagi.

Namun adalah di percayai bahawa Jepun telah mengambil beberapa pendekatan Marxism ataupun Ultranasionalis bagi mencorakkan negara itu semasa pra Perang Dunia II. Akhirnya pada 12 Oktober 1940 Taisei Tokusankai (Majlis Sokongan Pemerintahan Maharaja) ditubuhkan dan di ketuai oleh Fumimaro Konoe. Majlis ini merupakan majlis berfahaman fasis sederhana.

Kewujudan majlis ini juga telah menghapuskan semua parti politik di Jepun. Tujuan utama pemusatan kuasa ini adalah untuk melancarkan peperangan ke atas China secara habis-habisan!. Maka bermulalah kempen Perang Dunia II di Asia yang hanya di ketuai oleh Jepun sebagai satu-satunya kuasa militer Asia yang menguasai separuh dunia.

Gambar Asal : Japanese Industrial Expo Poster.

Sumber :-

1. Jiyuto of Japan
2. Japanese general election, 1890
3. The Taisho Era,Michael Hoffman
4. History of Modern Japan, Richard Storry
5. Political parties of the Empire of Japan
6. Lord of Rim, Sterling
7. Japanese militarism
8. Imperial Rule Assistance Association
9. Tanah Baru Naga Selatan



- Mohd H Roslan -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 12:45 PM | Show all posts
KEJATUHAN MELAKA MENGAKHIRI ZAMAN KEEMASAN RYUKYU







Harus ada masjid purba di Naha kerana ia kerap dikunjungi masyarakat Muslim Asia Tenggara baik pedagang mahupun rombongan diplomatik. Semuanya lenyap dalam lipatan sejarah akibat penjajahan Tokugawa pada tahun 1609. Istana Shuri digeledah dan gedung-gedung di sekitar ibu negara dibakar dan dirampok dibawa pulang ke Kagoshima atau Edo.

Arang yang disepuh pada wajah orang Ryukyu yang tinggi harga diri ini berlaku akibat ketidakupayaan Raja Sho Nei (1589-1620) menangani isu kedatangan pelayar Barat yang dilihat Jepun sebagai ancaman besar yang bakal melanda mereka melalui Ryukyu. Bahaya yang nyata adalah kegiatan Sepanyol dari Mexico dan Luzon yang kebelakangan mula membuka penempatan di utara Punan(Taiwan); begitu juga Belanda; dan Portugis dari Melaka dan Macao. Ancaman dari arah Sakhalin dan Kamchatka dari pihak Russia berlaku lebih lewat pada abad ke-18 masihi. Pendek kata Edo arif dengan perkembangan politik global yang mula diterjah era imperialisme Barat.

Kejatuhan Ryukyu juga berpunca daripada sikap ekstravaganza raja yang lalu membelanjakan khazanah negara namun mengenyampingkan perbelanjaan pertahanan. Kelemahan sentral Ryukyu mewujudkan dua faksi literati tempatan yang cuba mengisi vakum identiti kebangsaan dengan identiti asing. Satu terdiri daripada alumni dari Beijing dan satu lagi dari akademi Jepun. Pertelagahan ini berakhir dengan kejayaan faksi pro-Jepun.

Kejatuhan Ryukyu turut berpunca daripada terputusnya hubungan dagang yang erat dengan negeri-negeri Asia Tenggara khususnya Melaka yang sentiasa dihubungi selama ratusan tahun. Ralat atau tidak, George menyatakan bahawa ekspedisi ke Melaka sudah bermula seawal tahun 1300an lagi!

Hasil mahsul Ryukyu majoritinya berpunca daripada peranan mereka sebagai orang tengah komoditi Laut Selatan bukannya daripada hasil bumi kepulauan mereka sendiri yang tidak mencukupi. Hasil mentah yang diimport seperti fabrik dan rempah ratus dari Melaka diproses menjadi komoditi tekstil tenun ikat dan pembuatan kipas dan payung yang digemari pasaran China dan Jepun.

HK George menyatakan isu kejatuhan Melaka sebenarnya telah dibincang dengan serius di istana Shuri.

"The reference to the sack of Malacca suggests that this act of violence had deeply impressed Okinawans who witnessed it in 1511 and that it was well known and discussed at Shuri and Naha.."

Lebih serius apabila pelayar Portugis akhirnya tiba di pelabuhan Ryukyu (1542) sendiri dan kerajaan keliru dalam membuat pendirian mereka:

"Shuri's order were returned at once, directing that the Portuguese be delivered to the Minister of Justice. When they protested that they were merely traders, the Okinawans reminded them that the Portuguese had seized Malacca and had killed many of its inhabitants. This, said the Portuguese was not trade but war, and therefore was justified."

Apabila raja bertegas untuk mengeksekusi orang-orang Portugis ini bondanya yakni balu Raja Sho Ei (1573-1588) yang lalu memohon pengampunan buat mereka yang mana akhirnya dipersetujui raja. Menariknya dalam hal ini, sentimen anti-Portugis raja berasal daripada sentimen pedagang Ming yang pada waktu yang sama Maharajanya menindas kedatangan Portugis dengan begitu dahsyat kerana enggan memulangkan jajahan Melaka kepada empunya hak.

"But a Chinese trader present on Okinawa accused them of treacherous intent to raise a rebellion and to seize the Ryukyu kingdom.."

Kita maklum bahawa jarak waktu antara 1511 dengan 1521 wakil Johor telah ke Beijing mengadu perihal penganiayaan Portugis dan Maharaja Zhengde memerintahkan agar segala orang gasar "Fa lan ki"(Peringgi) yang berada di China ditangkap, diseksa, dipancung dan dipertontonkan di khalayak ramai. Polisi pro Johor ini berterusan sehingga kemangkatan Maharaja pada 1521. Meskipun maharaja-maharaja terkemudian lebih lunak dengan Portugis tetapi sentimen anti Barat masih menebal dalam kalangan masyarakat Cina.

Pada tahun 1549 pula dari Melaka yang terjajah Francis Xavier masuk ke pelabuhan Kagoshima di Jepun melalui perairan Ryukyu.

Nasib Ryukyu yang terkenal sebagai negeri aman makmur dan utopia Konfusianisme berakhir dengan ketibaan 100 jong Jepun dengan membawa 3000 samurai menakluk. Orang Okinawa cuba mempertahankan maruah mereka di Pertempuran Semenanjung Mataba tapi apakan daya kali terakhir mereka bertempur adalah ratusan tahun lampau. Raja Sho Nei dibawa ke Edo dan menghadapi pelbagai ritual dan sesi menandatangani perjanjian yang sedikit demi sedikit melepaskan haknya sebagai pemerintah sebuah negara berdaulat. Bukan sahaja Ryukyu kini dijajah Jepun bahkan ia terletak di bawah pentadbiran wilayah daimyo Shimazu yang rendah martabat.

Kepulangan baginda ke Shuri 3 tahun kemudian tidak mengubah hakikat bahawa segala perdagangan antarabangsa yang menjadi tunjang kemewahan Ryukyu berakhir di bawah polisi tutup pintu Jepun. Apabila baginda mangkat beliau meminta agar tidak dikebumikan di kompleks makam diraja Shuri tapi disemadikan di sebuah tapak suci biasa di Urasoe. Akibat terlalu malu untuk berhadapan dengan leluhur baginda di alam roh baginda juga meminta agar wajahnya kelak ditutupi oleh sebuah topeng muka.


Allahua'lam



Nota : Bukan setakat Venice, ''Whoever controls Malacca will has his hand at the heart of Ryukyu, and thus the throats of China and Japan''



- Tuan Merbok II -




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 12:57 PM | Show all posts
TENGKOLOK MELAYU PERANAKAN RYUKYU






Fabrik Melayu di Okinawa mula diimport bermula sejak hubungan diplomatik dan dagang dimulakan dengan kerajaan Jawa, Sumatera dan Semenanjung pada awal 1400-an. Antara yang masyhur adalah import teknologi tenun 'ikat' yang mesinnya direkodkan telah dibawa dari Melaka pada zaman Mansur Syah dan Sho Shin. Produknya yang dipanggil kain Bingata terkenal dengan kehalusan dan kualitinya yang dicemburui masyarakat Jepun yang kemudian mencedok industri tersebut ke Jepun sekitar 1600-an setelah Ryukyu didominasi kuasa Shogun Satsuma yakni wakil Lautan Selatan Keshogunan Tokugawa. Bingata ini menjadi komoditi Ryukyu yang hanya dipakai oleh orang istana.

"A second fabric; known as ikat and in Japan and Okinawa as kasuri, was imported from the Indies. The technique is said to have had its origins from India, and from Okinawa this special craft was transmitted to the Japanese. The threads are dyed appropiately before the weaving begins, and each thread is selected individually and applied to the loom with painstaking care to bring this to the highest degree of perfection. Tie-and-dye methods and stencil dyeing were likewise introduced from Java and Sumatra, modified to meet local requirements and applied to Okinawan fabrics."

Namun, yang paling menarik adalah kandungan sebuah buku menjawab persoalan tempoh hari mengenai sejenis pakaian tutup kepala masyarakat Ryukyu yang berupa lilitan kain serban. Rupanya seakan-akan lilitan tengkolok orang Berunai. Berunai pula perlu diperhati bahawa kesultanannya dipengaruhi kebudayaan Johor yakni waris Melaka. Berikut apa yang dinyatakan:

"The use of bright colors and large patterns of a distinctive type developed in Okinawa under the influence of imports from the southern islands and from there too came the distinctive turbans or hachimaki which the Okinawan gentry used until modern times. (The keen-eyed Captain Broughton, who knew South East Asiawell, in 1797 noted that the okinawan coiffure and turbans were "in the Malay style.)"

Gaya ini kemudian mengambil ilham dari Ming yang menetapkan warna tutup kepala tertentu bagi mewakili kelas kebangsawanan tertentu. Hampir kesemua rakyat laki-laki Okinawa memakai hachimaki tetapi bentuk yang lebih molek biasanya tersimpan hanya untuk kegunaan golongan bangsawan di istana Shuri.


Allahua'lam


Sumber : H.K. George(2000), Okinawa The History of an Island People, US, Tuttle Publishing, pp. 94-95



- Tuan Merbok II -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2017 05:01 PM | Show all posts
BUDAYA JEPUN : KENAPA GADIS JEPUN KETAWA TUTUP MULUT ?



Nukilan : OF






Semasa saya berada di Tokyo suatu ketika dahulu sempena program lawatan sekolah, saya perasaan kebanyakan wanita Jepun akan menutup mulut dengan tangan mereka semasa berketawa. Saya berasa amat hairan lalu saya pun bertanya kepada ibu angkat Jepun saya yang bernama Puan Kanematsu tentang budaya ini.

Menurut dia, menutup mulut dengan tangan semasa berketawa merupakan adab baik yang perlu dipatuh oleh setiap wanita Jepun. Menurut dia lagi, membuka mulut untuk berketawa atau semasa berketawa merupakan adab yang buruk. Menurut Puan Kanematsu, dia berkata bahawa adab ini telah diamalkan berkurun-kurun di kalangan wanita Jepun.

Di dalam sejarah pula, pada Zaman Nara (710-794) di Jepun, satu adat telah diperkenalkan kepada semua wanita Jepun iaitu ohaguro (お歯黒) yang bermaksud “gigi hitam”. Apabila seorang perempuan Jepun menjadi seorang wanita dia dikehendaki untuk menghitamkan giginya supaya dia dapat diiktiraf sebagai seorang wanita.

Namun begitu, pada Zaman Edo (1603-1868), budaya menghitamkan gigi telah menjadi satu kemestian untuk semua wanita yang telah berkahwin. Ini untuk menunjukkan bahawa wanita tersebut telah berkahwin. Selama dua ratus tahun, wanita yang telah berkahwin dikehendaki menghitamkan gigi mereka.

Oleh kerana budaya ini, kebanyakan wanita Jepun tidak berasa selesa dengan gigi hitam kerana berasa malu. Jika mereka ketawa, maka nampaklah gigi hitam mereka. Jadi, ia telah menjadi satu budaya bagi wanita Jepun untuk menutup mulut dengan tangan mereka semasa mereka ketawa. Adat ini telah diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.

Walapun budaya ohaguro tidak diamalkan lagi, wanita Jepun masih lagi mengamalkan budaya menutup mulut dengan tangan mereka semasa ketawa. Mungkin budaya ohagura merupakan penyebab utama budaya wanita Jepun menutup mulut dengan tangan mereka semasa ketawa wujud.



Sumber :


1.  A Geek in Japan (Hector Garcia)
2. The Japanese Mind (Roger J. Davies & Osamu Ikeno)
3. http://blog.gaijinpot.com/why-japanese-women-cover-mouth-l





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2017 09:17 PM | Show all posts
UPACARA KEDEWASAAN (SHEIJIN-SHIKI)






Seijin shiki (成人式, upacara orang dewasa) adalah upacara tahunan yang diadakan pemerintah tempatan kota dan desa di Jepun yang mengundang penduduk yang telah mencapai usia 20 tahun untuk merayakan usia yang telah dianggap cukup umur menurut undang-undang jepun. Acara diselenggarakan di dewan pertemuan, ballroom hotel, dewan serbaguna atau di kuil. Acara dimeriahkan dengan pidato, penerimaan cendera mata, jamuan makan, dan foto bersama.

Di kota-kota besar, upacara diadakan pada Hari Kedewasaan yang jatuh pada hari Isnin minggu kedua bulan Januari. Di kota-kota kecil dan desa-desa, penyelenggaraan upacara sering dimajukan di hari-hari awal Tahun Baru untuk memudahkan peserta yang terdaftar di di daerah asal dan kebetulan sedang berada di kampung halaman. Jika hari penyelenggaraan upacara tidak dimajukan, peserta yang tinggal di kota harus kembali lagi ke kampung halaman untuk mengikuti seijin shiki.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2017 09:21 PM | Show all posts
FESTIVAL MEMANAH TOSHIYA



通し矢 とおしや (Toshiya O-mato Taikai)





Festival Memanah Toshiya adalah festival memanah khas untuk acara kedewasaan jepun. Festival ini merupakan acara memanah ini sudah lebih dari 4 abad diadakan di kuil Sanjusangen-do

Festival memanah toshiya pertama kali diadakan pada tahun 1606 yang dimulakan oleh para samurai pada ketika itu. Pada zaman sekarang acara ini dikenali sebagai acara ritual atau perayaan kedewasaan kepada pemuda dan pemudi jepun yang sudah menjejak umur 20 tahun.

Festival Memanah Toshiya diadakan awal bulan januari pada setiap tahun di kuil Sanjusangen-do, kyoto jepun.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2017 02:19 AM | Show all posts
" Hinaningyo "








" Hinamatsuri ( ひなまつり) atau Hari Gadis diadakan pada 3 Mac di negara Jepun sebagai hari berdoa untuk anak perempuan. Dalam perayaan tersebut, platform dengan permaidani merah disediakan dengan satu set boneka dipanggil hinaningyō ( boneka festival) berada diatas platform tersebut. Set boneka tersebut terdiri daripada boneka maharaja, maharani, dayang-dayang dan ahli muzik istana yang memperagakan pakaian-pakaian tradisional pada zaman Heian. "






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2018 12:25 AM | Show all posts
GAYA RAMBUT LELAKI JEPUN MENGIKUT ZAMAN


Zaman Yamato 大和時代 (250-710) hingga ke Zaman Meiji 明治時代 (1868-1912)






GAYA RAMBUT WANITA JEPUN MENGIKUT ZAMAN


Zaman Yamato 大和時代 (250-710) hingga ke Zaman Edo/Tokugawa 江戸時代 (1603-1868)






GAYA RAMBUT KANAK-KANAK JEPUN MENGIKUT ZAMAN



Zaman Yamato 大和時代 (250-710) hingga ke Zaman Edo/Tokugawa 江戸時代 (1603-1868)






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2018 04:37 PM | Show all posts
Karuta カルタ金 Tatami Gosaku



Baju zirah jepun dari jenis ''Chainmail / Kusari'' Tatami Gosaku  dinamakan Karuta atau Karuta-gane berasal dari perkataan portugis iaitu carta (Kad) kerana menyerupai kad permaianan tradional jepun/ Baju zirah ini digunakan ketika zaman edo (1603 - 1868)






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.113587 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list