CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11144|Reply: 42

Dr. Burhanuddin Al-Helmy

[Copy link]
Post time 17-10-2005 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Siapakah  beliau .....



Adakah beliau   ini merupakan pejuang  nusa dan  bangsa seperti ditulis di dalam  buku-buku sejarah kerana  menentang penjajah Inggeris...  atau  seorang pengkhianat kerana  bersengkokol dengan Jepun  dan  PKM ....akhir hayatnya pun  ditahan oleh akta ISA kerana  dikatakan berpakat  Indonesia  yang  hendak menguling kerajaan Malaysia

Banyak perkara 2  misteri tentang beliau ...  yg   tidak  didedahkan ke  pengetahuan umun ...

mari kita  memberi  fakta2  yang   berkaitan  dengan beliau...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2005 07:46 PM | Show all posts
Biodata


Dr Burhanuddin Al-Helmy  dilahirkan pada 29 November 1911  Di Kampung Cangkat, di Mukim Kota Bharu, daerah Taiping , Perak,  ayahnya Haji Mohammad Noor dan ibunya Syarifah Zahrah bte Habib Osman. Ayahnya berketurunan campuran Minangkabau -Arab dan ibunya berketurunan Arab menjadikan beliau sebagai seorang  teristimewa dan  berfikiran  tajam. Beliau mendapat didikan awal sekolah Melayu di Behrang  Ulu.  Beliau banyak bergaul dengan kaum lain  juga  sehingga beliau boleh  berbahasa Cina  dan  India .

Ketika remaja,   beliau bersama2  ayahnya pulang ke Sumatera, Pagar Ruyung   dan  kemudian  menyambung  pelajarannya di  sekolah agama di  Pagar Ruyung, tetapi  cara pengajaran di sana tidak  sesuai dengan dirinya , beliau berhenti   dan  pulang  ke Semenanjung Tanah  Melayu menyambungkan pelajaran di sekolah pondok Pulau Pisang, Jitra , Kedah .  Kemudian selepas  tu  beliau melanjutkan pelajaran  ke Madrasah Al-Masyhor   iaitu sekolah  yang  dipopulari oleh  Kaum  Muda...semenjak tu beliau terpengaruh ajaran pembaharuan dalam  agama , politik ...kerana  kecemerlangan dalam pelajaranya, beliau melanjutkan  pelajaran  ke  peringkat  lebih tinggi   iaitu   di  India ...beliau menerima biasiswa dari saudagar India  islam Pulau Pinang...

Semasa di  India, beliau mengambil kursus perubatan homepati di Ismaeliah Medical College, Secudrabad, Hydrabad..lulus ijazah  homepati  dan  persuratan , pada tahun 1939 . dan  beliau  juga mendapat kelulusan  Doctor of Naturopathy dari School of Naturopathy, London  secara  luar  kampus...selepas beliau pergi  ke Palestin

Bersambung

[ Last edited by mahathirGX at 17-10-2005 06:54 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 09:47 AM | Show all posts
Ketika di Palestin,  beliau mendalami fahaman pembaharuan Kaum  Muda,  seperti  tokoh2 reformis Islam - Syeikh Muhamad Abduh, Syeikh Jalaluddin Al-Afghani.. Pendedahan  ini  amat berguna pada Dr. Burhanuddin untuk  bergiat  dalam politik   untuk berjuang menentang  penjajahan Inggeris dan  perbaharuan kepada masyarakat di Tanah Melayu.

Sekembali beliau ke Tanah Melayu, dengan  membawa fahaman Kaum Muda ke kampungnya ,kegiatannya menyampaikan fahaman Kaum Muda  ini menyebabkan  kontroversi  kerana di tentang golongan Kaum  Tua, sehingga campur tangan Mufti Perak, fahaman Kaum Muda tidak  disukai oleh  Sultan  Perak, di atas nasihat Mufti Perak kepada beliau  mengakibatkan beliau terpaksa berhijrah ke  Singapura...

Bersambung

[ Last edited by mahathirGX at 18-10-2005 08:51 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 12:30 AM | Show all posts
Salam,

Kalau tak silap beliau adalah presiden PAS yg ke 3.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2005 12:33 AM | Show all posts
gud info..
teringat aku kat UKM..
D'Gators...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2005 09:58 AM | Show all posts
Ketika  berada di Singapura, beliau bekerja sebagai guru  di Madrasah Al-Junid  dan juga aktif  dalam  Kesatuan Melayu Singapura  bagi  melindungi dan  mempertahankan hak org  Melayu. Beliau juga berkenalan  Dato Onn Jafaar  yang  semasa itu  berkhidmat sebagai  pengarang Lembaga Pengarang di Singapura. Beliau juga menceburi  bidang penerbitan  dan  menerbitkan majalah Taman Bahagia, 1937 yang  menceritakan tentang masayarakat islam di  dunia khusus  tentang masalah di  Palestin. Kemudiannya diharamkan oleh Inggeris dan   Dr. Burhanuddin juga  ditahan, beliau dijamin oleh Keluarga arab Al-Sagoff.  Selepas dibebaskan beliau membuka klinik homepati bersama  Dr Rajah.

Pada tahun 1939,  beliau menyertai Kesatuan Melayu  Muda  yang  aktif  dengan sikap anti-penjajah dan perkenalan beliau dengan Ibrahim Haji Yaacob menguatkan lagi sikap anti-penjajah dan ini memperjuangkan  kemerdekaan tanah Melayu.

Bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2005 12:55 AM | Show all posts
kalau tanah melayu merdeka secara kekerasan, mungkin tanah melayu menjadi sebahagian daripaada
Indonesia...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2005 02:01 AM | Show all posts
sambung lagi sambung....

slalu baca kisah dia..tp dia tak seangkatan dgn tokoh2 kemerdekaan..dlm buku pun kurang..

p/s sapekah mat indera yg masuk PKM...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2005 11:39 AM | Show all posts
Ketika perang  dunia kedua  terletus, Jepun berjaya mengalahkan British di  Tanah Melayu, menyemarakkan semangat  beliau  untuk memerdekakan Tanah Melayu,  beliau  bersama-sama Ibrahim  Yaacob melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM)  bekerjasama   dengan pihak Jepun...
Beliau  diberi  jawatan sebagai Penasihat Adat Istiadat &  Kebudayaan Melayu  di  markas Tentera Jepun  di  Taiping, Perak.  Setelah menjadi pengawai  kerajaan Jepun, beliau menyumbangkan kedudukan beliau untuk  melindungi org  melayu Taiping daripada  ditindas oleh Tentera Jepun. Beliau terus bekerjasama jepun  walaupun  Timbalan Presiden KMM, Mustapha Husien bangkit menentang jepun.
Pada  tahun 1945, beliau bersama Ibrahim Yaacob menubuhkan  Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)  bertujuan untuk memerdekakan Tanah  Melayu   melalui Indonesia bersama para nasionalis Indonesia Sukarno.
Antara strategi  KRIS ialah  menentang  kemasukan British dan  mengelakkan  penguasaan komunis,  mencadangkan  agar pemuda Melayu  diberikan latihan senjata dan  membentuk sebuah  Kabinet  yg  dinamakan Malaya Demokratik  Rakyat.
Satu  perjumpaan diadakan  oleh KRIS bersama pihak Jepun  pada 17  Ogos 1945 di Kg. Baru...Pihak jepun  memberitahu bahawa  Jepun telah  menyerah kalah pada 15  Ogos 1945..   usaha memerdekakan Tanah  Melayu terpulang kepada KRIS..
Tak lama kemudian  Indonesia mengisyiharkan kemerdekaan ..  menyebabkan  KRIS menjadi  kelam-kabut  dan  Ibrahim juga  melarikan  diri  ke Indonesia meninggalkan Dr. Burhanuddin &  penyokong KRIS  yang  lain...menyebabkan kegagalan memerdekakan Tanah Melayu...  setelah  kedatangan Bristih  semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2005 02:18 AM | Show all posts
ibrahim yaacob meninggal dunia kat mana..

dia pun semacam misteri jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2005 12:46 AM | Show all posts
Burhanuddin Al-Helmy.. ni nama member aku nih.. next week aku jumpa dia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2006 08:24 PM | Show all posts
Nak  sambung  semula  citer  ni... panjang lagi  ni...
Pada  tahun 1946  .. Parti Kebangsaan Melayu Malaya  (PKMM)  ditubuhkan    oleh  Ahmad  Boestaman  bersama  Moktharuddin  Lasso  ( Ketua PKM Rejimen -10 )   dan  Dr. Burhanuddin  ni sebagai  timbalan Presidennya...     PKMM  ni  sebagai  golongan radikal  Melayu  ..  di  mana  sering  dikaitakan  dgn  unsur2 PKM ..  kemudian  menubuhkan  akhbar  Suara Rakyat  dan  Voice of the people...
lain2  pemimpin PKMM  ni  adalah  Abdullah C.D., Dahari Ali, Rashid  Maidin  ..  PKMM   ni   berjuang  menentang  penjajahan  Inggeris ..

Namun  sewaktu  berjuang  bersama2  komunis  ..Dr. Burhanuddin  ni  tak  terpengaruh  dengan idea2  komunis  ni..  yg penting  bagi  beliau  adalah  utk  perjuangan org2  Melayu  ..sewaktu  Moktharuddin Lasso  menghilangkan  diri..  Dr. burhanuddin  lah  yg  memimpin  PKMM  ni,  matlamat  beliau  adalah  menyatukan  Indonesia  dgn  Tanah  melayu  ni  menjadi  satu  negara ...  bebas  dari  pengaruh  penjajah
' Pelita Malaya"  sebagai  akhbar  rasmi PKMM  baru...belaiu  bertindak  sebagai  ketua  pengarangnya ...
antara  karangan beliau

" Bersatu itu adalah satu  kekuatan kita! Dan  apabila ada  kekuatan kita akan berupaya membuat atau  menghasilkan apa  juga yg  kita citakan- menyeberang Selat  Melaya, mengibarkan bendera Sang Saka Merah Putih , Merdeka, bahkan hidup mendirikan semula empayar Melayu  yg maha besar itu pun boleh dan tentu akan berhasil "
  
Penubuhan PKMM  ni  sebagai  bersaing  dengan  UMNO ,  di mana  PKMM  ni  bertindak  menyokong  dasar2 Malayan Union   kerana  bersetuju  dengan  British utk  menyatukan  seluruh  pentadbiran  di  tanah Melayu ni... maksudnya   Dr. burhanuddin  mahu  melihat  org2  melayu  ni  tak dipecahkan  kepada  negeri2  kecik lagi...tetapi  beliau  tak  faham  dengan  konsep  jus soli  ni  iaitu  pemberian  rakyat  asing kerakyatan Malayan  ni...


Bersambung  lagi ...

[ Last edited by mahathirGX at 19-1-2006 09:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2006 11:00 PM | Show all posts
More! More! More! Its getting interesting.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 01:44 PM | Show all posts
aku rasa dia kategori hensemmm lah zaman tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2006 07:27 PM | Show all posts
Setelah  menyedari  kesilapannya,  belaiu  membawa  perkara  ni  dalam  kongress   Melayu  1946   di  Kelab  Sultan Sulaiman   iaitu  bekerjasama  dengan  UMNO   utk  menumbangkan  Malayan Union ..   ini  menyebabkan  beliau    tidak  disenangi oleh  rakan  seperjuangannya  iaitu  Ahmad Boestaman yg  merangkap  Ketua  Pemuda PKMM...  Ahmad Boestaman  bertindak  menarik  diri  dari  PKMM ..tetapi  prinsip  PKMM  ni  tanak  bekerjasama  dgn  golongan  aristokrat (istana)   seperti  UMNO...  namun  ketika  Malayan  Union  diisytiharkan  ..PKMM  terus  menunjukkan  sokongannya..
antara  tuntutan  PKMM  adalah  jawatan  Mufti  seluruh  malayan  dalam  pentadbiran  agama  islam ...

Sokongan  Dr.Burhanuddin  terhadap  Malayan  Union  ni  amat  bertentangan  dgn  sebahagian besar  org  Melayu ...tetapi  PKMM juga  tetap  bekerjasama  dgn  Kongress  Melayu  bersama  UMNO ...tujuan   beliau  berbuat  begitu  utk  menjamin masa  depan  dan prinsip politiknya  iaitu  sebuah  negara kesatuan, penghapusan kuasa  Raja Melayu,
penyatuan pentadbiran agama  islam  dan  penggunaan bahasa  Melayu  sebagai bahasa rasmi ..

Ketika  bantahan  memuncak  org  melayu  terhadap  Malayan Union   memaksa British  mengubah  pendiriannya...  membincangkan  pekara  ni  semula  bersama  Raja2 Melayu  dan  UMNO...   Dr. Burhanuddin  membantah  perkara   ni  kerana  tidak  dipanggil  oleh  British  ...sedangkan  sebelum  ini  PKMM  menunjukkan  respond  yg  baik  dgn  British  ..  
dan  beliau  mengemukakan  tuntutan  PKMMnya  kepada  British :

1. Satu  kesatuan Tanah Melayu
2. Sebuah  kerajaan Pusat  dan  negeri  yg  dipilih  melalui  pilihanraya umun
3. Sebuah  bendera dan  lagu  kebangsaan
4. Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa rasmi
5. Raja2  melayu  mempunyai kuasa  yg  sebenarnya  dengan bertanggungjawab  kepada  org  ramai melalui
    majlis2  yg  dibentuk  melalui  pilihanraya
6. Perlembagaan mesti  memperuntukan kedudukan  istimewa Melayu bagi memajukan  politik, ekonomi dan  sosial
7. Adat  istiadat  melayu  dan islam  mesti  dikuasai  sepenuhnya  oleh  org Melayu melalui majlis2 khas
8. Kerakyatan  yg  sama  rata bagi  semua mereka  yg  sedia  menjadikan  Tanah Melayu sebagai  tempat tinggal  tetapnya  
    dan  mencurahkan  taat  setia  yg  tak  berbelah  bagi  kepadanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2006 08:28 PM | Show all posts
Penjajah British harus ditewaskan dengan kekerasan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2006 08:47 PM | Show all posts
Orang Melayu sahaja yang berkobar-kobar untuk menentang Melayan Union Raja-raja  Melayu sudah 'cut a deal' dengan British.:stp::hug:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2006 09:04 PM | Show all posts
Bekerjasama  dengan  Putera-AMCJA, 1947-1948
Kegagalan  Dr. Burhanuddin   menentang UMNO  dan British  menyebabkan  beliau  menukarkan dasarnya  iaitu  bekerjasama  dgn  bangsa  lain utk  mendapat  keamanan  .. 18 Okt 1946  PKMM  bekerjasama  dgn  AMCJA ( All  Malayan  Council of Joint Action) utk  menentang  British  dan UMNO
Beliau  juga  memimpin  PKMM, API,AWAS,BATAS dan GERAM    kemudian  mengabungkan  menjadi  PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat)  pada 22 Feb 1947...  di mana Dr. Burhanuddin hanya menjadi penasihat Kehormat PUTERA, Ishak mohammad(Sosialis)  sebagai  Pengerusi, Mahmud Idris  dan  Ahmad Boestaman  menjadi  Naib Presiden..  PUTERA  ni  banyak  memperjuangkan  prinsip  sosialis  dan  mempunyai  kaitan  dgn  komunis ..
Dr. Burhanuddin  kehilangan  pengaruh  dalam  PUTERA  ...  beliau  tak  begitu  menonjol  ..  Ishak  Mohammad  dan  Ahmad Boestaman  ler  yg  aktif ...sementara  itu  AMCJA  lak  diterajui  oleh  Tan  Cheng  Lock  yg  memimpin org2  cina  utk   menentang  British, UMNO  dan  raja2  Melayu..
Gabungan  PUTERA_AMCJA  ni  sebagai  alat  PKM  ..  kebanyakan  kegiatannya  bersifat  radikal    seperti  mogok...  
menyebabkan  Dr.  Burhanuddin    berada  dalam  dilema  ..akhirnya  beliau  menarik  diri  dari  PUTERA....berkelana lak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2006 05:31 PM | Show all posts
nanti bila dah habis sibuk Mok Nik, Mok Nik akan sambung sebahagian dari kajian sejarah yang Mok Nik buat mengenai Dr Burhanudin semasa ijazah pertama dahulu. BUat masa nie tak boleh,sebab sibuk hal lain...menarik sungguh tajuk ini. Mok Nik kagum dgn perjuangan beliau. Nanti Mok Nik sambung...tungguuu habis projek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2006 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by mok_nik at 21-1-2006 04:31 PM
nanti bila dah habis sibuk Mok Nik, Mok Nik akan sambung sebahagian dari kajian sejarah yang Mok Nik buat mengenai Dr Burhanudin semasa ijazah pertama dahulu. BUat masa nie tak boleh,sebab sibuk ha ...


Bagus  Mok Nik  ni...  buat  kajian  tentang  Dr. Burhanuddin ...
Harap  Mok  Nik  mencari  dan  mengesan  waris2  Dr. Burhanuddin   ni ..  dalam  buat  kajian tu...
ada  tak anak2  beliau  atau  waris  beliau  terlibat  dalam politik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi kain saya'
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, 'Jangan sibuk tepi
Views : 15097 Replies : 76
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 103515 Replies : 1052
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 314442 Replies : 9029
Takziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Dunia
doubleATakziah, Pelakon Lan Zailan Meninggal Du
Views : 14114 Replies : 45
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 27510 Replies : 11
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 56021 Replies : 249
Jangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun dengan gaji 50 ribu  Kongsi Rahsia Simpanan KWSP Cecah Hampir RM2 Juta.Anda nak coba?
YgBenarJangan Lompat Kerja...Wanita 35 Tahun de
Views : 46320 Replies : 171
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3716 Replies : 43
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 28025 Replies : 105
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 129119 Replies : 3353

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.734383 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list