CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pipi

C&P : FAHAMAN WAHABI MENULAR

[Copy link]
Post time 27-12-2005 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 24-12-2005 12:15 AM


salam
hmmm...minta dalil? Apa guna dalil untuk anda apabila anda sentiasa mengalahkan dalil dengan keinginan anda? Tidak cukup dengan pengalaman lepas, anda mahu berhujjah pula dengan hadis Mu ...



insyaAllah, segala info akan menyusul ......tunggu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2005 11:14 PM | Show all posts
baik, dan anda perlu menjawab soalan yang bakal kami kemukakan kepada anda.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 21-12-2005 12:04 PM
ermm...PM balik jap ajerkan (item-item selain himself  ajer yg balik for goods) ...kalau jumpa sampaikan salam tatie pd PM...rasa-rasanya dia dah ader kat msia ni...terperangkap dlm banjir....hehehhe...


Uhuk! uhuk! tersedak PM... mmg PM balik Malaysia kejap je.. betul ramalan tatie tu, PM sangkut 3,4 hari kerana banjir.. tak boleh ke KL. Alhamdulillah rumah tak masuk air, tapi jalan keliling utk ke bandar tak boleh guna, nak beli ikan kat pasar pun tak boleh.. terpaksa makan ikan air tawar yg ditangkap masa air bah.. best gak makan ikan sepat dan haruan, lama tak pekena.

Sekarang mengetuk keyboard kat siber cafe jer.. time letih mengemas barang masuk rumah baru. Sini murah giler khidmat internet, RM2 sejam.. macam tak pecaya jer...

Panas juga thread ASWJ dan Syiah yer... hehehe  bertekak macamana pun tak habis cerita punya, syiah adalah syiah dan ASWJ adalah ASWJ... sukar nak bersatu kecuali TOLERANSI..  rasanya sbb tu Ustaz ZUL pun cool jer, letih kalau nak berhujah, cerita lama yg INCONCLUSIVE...   cara yg terbaik ialah buat KAJIAN SENDIRI...

pastu TESTDRIVE dan lihat sendiri baru tahu mcm PM pagi tadi...  nak cari keta utk family di sini... dalam kepala nak beli KIA CITRA sbb 7 seaters, dah pegi tengok, planning, etc lama dah, mcm dah confirmlah. On the way cari roti canai pagi tadi nak sarapan terjumpa showroom keta HYUNDAI...bila TESTDRIVE HYUNDAI MATRIX sedap plak, seat belakang boleh adjust, ruang belakang besar siap boleh taruk tilam utk tidur, etc walaupun 5 seaters.. terus PM booking..  itu penting TESTDRIVE dan LIHAT SENDIRI walaupun SPECIFICATION (hujah) memainkan peranan dlm pilihan.

Sebenarnya teringin nak jumpa kawan-kawan syiah spt. pipi, bill, salmon, etc dan forumers yg lain spt tatie, ust. zul, etc. di Malaysia tapi sekarang tgh sibuk sgt nak organize byk benda sampai IC pun tak sempat nak buat lagi... termasuk lesen keta, masih pakai yg oversea punya, nasib polis tak buat roadblock. Mungkin seminggu dua lagi PM masih ada di Malaysia. Family stays for good.

Selamat Tahun Baru!

Fiamanillah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 12:39 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 28-12-2005 12:15 AM


Uhuk! uhuk! tersedak PM... mmg PM balik Malaysia kejap je.. betul ramalan tatie tu, PM sangkut 3,4 hari kerana banjir.. tak boleh ke KL. Alhamdulillah rumah tak masuk air, tapi jalan keliling u ...


salam Pak Malau,

oooo rupanya PM ada kat sini ... selamatlah insya Allah. kalau dlm masa 2 minggu ni ada turun KT contactlah saya, boleh pekena keropok lekor heh heh

ttg debat yg hangat skrg memang betul kata PM ... sebenarnya kita semua kat sini ... apa tatie kata tu ... ketegag? ... hah betul lah tu ... tak kira saper, syiah ke sunni ke rufaqaq ke wahabi ke ... ketegag belaka ... masing2 dah stick dgn kepercayaan masing2 ... kata2 lwn ibarat mencurah air atas betis kering heh heh .. sebab tu saya rasa tak payah kecohlah

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 28-12-2005 12:39 AM


salam Pak Malau,

oooo rupanya PM ada kat sini ... selamatlah insya Allah. kalau dlm masa 2 minggu ni ada turun KT contactlah saya, boleh pekena keropok lekor heh heh

ttg debat yg hangat s ...


Kalau sama2 dah ketegaq, susah juga nak bersatu.

Macam Pas dengan Umno. Ibarat kucing dengan anjing jer..

Bab nak beli keta, saya cadangkan kalau boleh beli jenama Honda atau Toyota. Ada duit lebih beli Honda Stream.

Sebab nilai jual balik keta Jepun berbanding Korea tinggi lagi keta Jepun terutama keta Honda tu..

Bab pertelingkahan, alhamdulilah di Malaysia tidaklah sampai menjadi pertumpahan darah seperti Iraq dan Pakistan.

Mujur lah masyarakat Malaysia , waras2 juga!

Yang penting berindak ikut akal dan pengalaman . Dan bukan ikut hawa nafsu ....

:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 28-12-2005 12:15 AM


Family stays for good...


Ni kawin Nikah Mutaah untuk berapa lama?3 bulan, 6 bulan, 9 bulan atau setahun?

Tinggal di Malaysia untuk 2 minggu. Masa yang lebih nak bawa pi kat Iran ker?



Heheheheheheheheehehehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2005 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 28-12-2005 12:15 AM


Uhuk! uhuk! tersedak PM... mmg PM balik Malaysia kejap je.. betul ramalan tatie tu, PM sangkut 3,4 hari kerana banjir.. tak boleh ke KL. Alhamdulillah rumah tak masuk air, tapi jalan keliling u ...


ramalan tatie tepat ker?....bukan ramalan pakai akal tu, pakai hati...hehhe.......sebb ternampak dlm hati PM tengah ngadap air banjir...sambil pegang jala tangkap ikan sepat.....cuma rupa PM ajer tk nampak, sebb dpt gambaran dari sudut belakang....hehehe...

PM tak tahu ker salmon  kat ICU HKL, koma sebb accident..sempat lagi tu kalau ndak melawat...

sorang-sorang ler Pm balik sana nanti yer...hehehe...kesian lak dengar...apa ndak buat, kerja kan PM...boleh tulis satu novel lagik tu...sebb dok sorang-sorang tk dak sape ganggu...apakata tajuk novel kali ini PERSIMPANGAN HATI ATAU PERSIMPANGAN AKALKAH AKU TERHENTI...

oklah, all the best PM...kirim salam kt MM....

p/s : ustaz zul dah pandai la ni guna perkataan ketegaq no....

[ Last edited by serihartatie at 28-12-2005 01:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 09:12 PM | Show all posts
salam

rasa-rasa sayalah NABI ada berpesan
BANYAK KETAWA MATIKAN HATI.......
betulkah tu???

apabila ada dikalangan manusia yg MATI
maka ada makhluk menangisi pemergiannya
dan ADA yg KETAWA BERDEKAH-DEKAH............................................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2020 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahai Tu APA ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2020 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts

FATWA JAKIM MENGENAI FAHAMAN WAHHABI
FATWA JAKIM MENGENAI FAHAMAN WAHHABI


Isu Wahhabiyyah atau nama lainnya seperti Ittiba’ al-Sunnah, Kaum Muda atau Salafiyyah telah dibincangkan beberapa kali di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003. Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

Bagaimanapun keputusan tidak mengatakan bahawa Wahhabiyyah merupakan ajaran sesat malah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah.


Perbincangan Fatwa

Kertas konsep dan kedudukan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah dalam pentadbiran Islam di Malaysia telah dibentangkan sebanyak tiga kali oleh S.S. Mufti Perlis (Dato’ Alim Panglima Mat Jahya Hussin) iaitu pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Antara hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh beliau berhubung pengamalan Ahli Sunnah di negeri Perlis adalah seperti berikut:-

a) Di negeri Perlis, Perlembagaan Negeri, undang-undang Pentadbiran Negeri, agama Islam negeri serta mazhab yang dianuti oleh Ketua beragama Negeri dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri, adalah mengikut mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah iaitu sama ada mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafi’i. Apa yang jelas hanya negeri Perlis yang tidak terikat dengan salah satu daripada mazhab tersebut. Dari segi aqidah pula tidak dinafikan lagi bahawa ia di bawah aliran mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah pimpinan Abu Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi sebagaimana negeri lain juga di Malaysia.

b) Mengikut keputusan fatwa negeri Perlis, asas pegangan ialah; al-Qur’an, Hadith Sahih, ijma’ Sahabah, fatwa Sahabah, Hadith Mursal dan Hadith Daif,qiyas ketika darurat, al-masalih al-mursalah, sadd al-zara’i’, istihsan, ‘uruf dan al-qawa’id al-fiqhiyah.

Berdasarkan apa yang dibentangkan oleh S.S. Mufti Perlis, muzakarah telah bersetuju untuk menerima kertas tersebut tetapi dengan beberapa keputusan dan ulasan seperti berikut:-

a) JFK bersetuju supaya dikaji semula definisi hukum syara’ yang mengecualikan Perlis daripada mazhab yang mu’tabar.

b) Mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab, sedangkan mereka ini berada di dalam kelompok yang sama, maka pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik supaya tidak timbul perpecahan di kalangan umat Islam sendiri.

c) Golongan yang tidak bermazhab atau Wahhabi adalah sama sahaja kerana mereka begitu aktif bergerak untuk menyebarkan fahaman mereka.

Kesimpulannya, fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah di Perlis dari segi aqidah adalah sama seperti di negeri-negeri lain walaupun berbeza manhaj. Apa yang berbeza hanyalah fahaman mereka terhadap tradisi bermazhab yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Selain daripada itu kertas konsep Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang dibentangkan oleh S.S. Mufti Perlis diterima oleh ahli JFK dengan beberapa pindaan dan pembetulan.

Keputusan Panel Kajian Aqidah Terdahulu Berkenaan Ibnu Taimiyyah dan Wahhabiyyah

Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-14 pada 21 Mac 2000 mengambil keputusan bahawa;

Aqidah yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab tidak bersalahan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi pengikut Wahhabi membesarkan perkara bid’ah dan khilafiah.

Golongan Wahhabi di Malaysia tidak mahu menerima pendapat golongan yang selain dari mereka dan mereka tidak menerima pembahagian bid’ah kepada Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Dhalalah.

Hendaklah dibuat pemantauan kepada guru-guru yang berfahaman Wahhabi dan guru-guru ini hendaklah dipanggil dan dijelaskan kedudukan mazhab di Malaysia.

Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-20 bertarikh 29 April 2002, setelah membincangkan kerta kerja bertajuk “Pendekatan Antara Ahli Sunnah Dan Wahhabi” memutuskan bahawa sumber utama bagi kedua-dua aliran pemikiran ini adalah sama iaitu al-Quran dan al-Hadith serta meletakkan naqli mendahului akal.

Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-23 bertarikh 13 Mac 2003, kertas kerja bertajuk “Ibn Taimiyyah” telah dibentangkan. Mesyuarat memutuskan bahawa Ibn Taimiyyah dan Wahhabiyyah adalah dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mesyuarat juga memutuskan karangan Haji Said Haji Ibrahim dalam bukunya Perbandingan Aqidah Dan Fahaman Umat Islam dan K.H. Siradjuddin Abbas dalam bukunya Iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menyentuh tentang kesalahan aqidah Ibn Taimiyyah mengandungi fakta yang salah dan boleh menyebabkan orang menuduh Ibn Taimiyyah adalah kafir.

Justeru mesyuarat mencadangkan usaha menyatukan pandangan di antara Ahli Sunnah dan Ibn Taimiyyah dan seterusnya mengeluarkan satu garis panduan yang menerangkan tentang konsep yang mesti dipegang oleh masyarakat agar tidak berlakunya tuduh menuduh antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Pandangan Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin di dalam kertas kerja beliau berjudul ‘Ahli Sunnah Wal-jamaah, Pemahaman Semula’ menyebut:

“Berdasarkan pegangan dan penghayatan masyarakat Islam Malaysia, budaya ilmu dan pengajian serta kekuatan undang-undang penguatkuasaan yang tersurat dan tersirat, ternyata meluas dan kukuhnya pengaruh aliran Ahli Sunah khususnya Asyairah dan Maturidiah dalam masyarakat Islam di Malaysia. Tidak keterlaluan jika kita rumuskan bahawa masyarakat Islam Malaysia khususnya orang awam dalam aspek akidah, fahaman aliran Asyairah adalah sinonim dengan Ahli Sunah. Sementara aliran lain seperti Salaf - Ibnu Taimiah dan Wahabiah tidak begitu dikenali atau tidak dianggap sebahagian daripada aliran Ahli Sunah. Oleh itu apabila aliran ini dibincang dan diketengahkan ke dalam masyarakat walaupun untuk tujuan ilmiah, masyarakat Islam terasa ganjil dan resah kerana terdapat kelainan dengan apa yang mereka fahami dan hayati”.

“Fahaman dan pegangan masyarakat Islam kepada aliran Asyairah dan Maturidiah sebagai Ahli Sunah Waljamaah adalah benar dan secara tidak langsung memberikan sumbangan yang membina kepada kesatuan akidah dan rohani masyarakat Islam. Ini kerana fahaman Asyairah dan Maturidiah pada hakikatnya adalah sebahagian daripada Ahli Sunah Waljamaah tetapi fahaman tradisi ini tidak dapat memberikan kefahaman yang tepat dan menyeluruh tentang Ahli Sunah Waljamaah. Fahaman ini juga tidak mampu merentasi generasi Islam yang berada di abad awal Islam yang dikenali sebagai Ahli Salaf atau generasi sebelum Abu Hasan Asyaari dan Abu Mansur Maturidi. Berdasarkan pegangan dan fahaman tradisi masyarakat Islam maka Ahli Salaf dan generasi berikutnya tidak tergolong dalam Ahli Sunah Waljamaah. Oleh itu pemahaman tradisi ini harus dinilai kembali berasaskan pendekatan yang patut ditonjolkan bagi memahami aliran Ahli Sunah yang sebenar dengan lebih terbuka supaya fahaman yang sangat terbatas dan keresahan rohani serta perbezaan pendapat dapat dikurangkan”.

"Ahli Salaf dari perspektif metodologi ini tidak berakhir pada generasi pertama Islam. Malahan ia berterusan dan diperjuangkan oleh ulama yang ikhlas seperti Imam Malik bin Anas (w. 179H), Imam Ahmad bin Hanbal (w. 241H) dan pengikut-pengikut mereka. Pada awal abad ke-7 Hijrah lahir Imam Ahmad bin Abdul Halim (Ibnu Taimiah) dan Ibnu Qayyim Jawziyyah (w. 751H). Beliau adalah seorang murid setia kepada Ibnu Taimiah. Kemudian pada abad ke-12 Hijrah lahir pula di Semenanjung Tanah Arab seorang tokoh bernama Muhammad bin Abdul Wahab yang mengasas aliran Wahabiah. Walaupun kehadiran dan peranan tokoh-tokoh di atas berbeza dari sudut dan situasi persekitaran, namun faktor itu membuatkan mereka sentiasa mendahulukan petunjuk Quran dan Sunnah. Mereka tidak menerima pendekatan lain atau pandangan dari mana-mana sumber sebelum mereka menyelaraskannya dengan Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.".


Pandangan Prof. Zakaria Stapa

Prof. Zakaria Stapa dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia berjudul ‘Jangan Berpecah Kerana Perbezaan Fahaman Sunni’ menjawab mengenai kumpulan Wahhabiyyah seperti berikut:-

“Masyarakat perlulah memahami bahawa fahaman Wahabi ini bukanlah ajaran sesat kerana ia juga termasuk dalam kumpulan aliran Ahli Sunah Wal Jamaah. Ia adalah gerakan yang diasaskan oleh Imam Muhammad Abdul Wahab at-Tamimi (1703-1791M) yang lahir di Uyaynah, utara Riyadh, Arab Saudi. Imam Muhammad Abdul Wahab adalah ulama yang berpegang kepada aliran Hanabilah (Hanbali) yang diasaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Pegangan tauhidnya pula berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Dalam aspek akhlak dan tasawuf pula aliran Hanabilah banyak berpegang kepada pandangan Imam al-Harawi al-Ansari dan Sheikh ‘Abd al-Qadir al-Jaylani. Secara umumnya, Imam Muhammad Abdul Wahab muncul ketika pengaruh mazhab Hanbali merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman seperti percaya kepada khurafat dan melakukan amalan bidaah. Sehubungan itu, beliau melancarkan gerakan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Jadi, dari aspek sejarahnya mereka ini terpaksa mengambil pendekatan yang agak keras dalam usaha mencapai matlamat pembersihan akidah dan amalan keislaman tersebut”.


Keputusan Dar al-Ifta’ Mesir

Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Mesir) : Dalam keputusannya bernombor 375292 menyebut, Wahhabiyyah masih lagi termasuk di dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mereka berpegang dengan manhaj yang rigid pada sesetengah perkara, maka tidak harus mengkafirkan atau menghukum mereka terkeluar daripada agama.


KESIMPULAN

Dasar kerajaan adalah jelas, Wahhabiyyah ditolak kerana metodologi dakwah mereka yang keras terutama dalam masalah fiqh dan bid’ah tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini. Ia dikhuatiri boleh mengundang kegelisahan dan perpecahan umat Islam. Bagaimanapun aqidah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bukan ajaran sesat.

Sumber,
Cawangan Aqidah
Bahagian Penyelidikan JAKIM
PUTRAJAYA
Posted 3rd March 2013 by Anonymous

1 View comments

Anonymous23 September 2020 at 01:35
Perbetulknlh semula kefahaman org awam. Yg hak itu jelas yang batil itu jelas ..jgn dibiarkan org awam terawang2 dlm kesamaran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.123453 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list