CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6670|Reply: 19

Wasiat dan Nasihat IMAM SHAFIE....

[Copy link]
simplelife This user has been deleted
Post time 1-1-2006 09:40 PM | Show all posts |Read mode
10 Wasiat Imam Shafie.....

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mangamalkan sepuluh perkara"


Pertama : Hak Kepada Diri
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Kedua : Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu: Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga : Hak Kepada Kubur
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat : Hak Kepada Mungkar dan Nankir
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pada Hari Akhirat)
Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.

Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


[ Last edited by simplelife at 1-1-2006 09:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Who This user has been deleted
Post time 2-1-2006 02:01 AM | Show all posts
Boleh i tahu , cerita atau pesanan in dapat dari mana ?
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 2-1-2006 08:48 AM | Show all posts
Google : wasiat imam shafie, mesti ada list yang keluar......
Kalau ada nasihat Imam Shafie yang lain, sudi-sudikanlah untuk berkongsi sama....
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2006 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 2-1-2006 08:48 AM
Google : wasiat imam shafie, mesti ada list yang keluar......
Kalau ada nasihat Imam Shafie yang lain, sudi-sudikanlah untuk berkongsi sama....



nanti ada masa tatie berikan info pasal Imam Syafei ni...
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 2-1-2006 02:39 PM | Show all posts
terima kasih terlebih dahulu atas bakal info tatie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 11:01 AM | Show all posts

BIOGRAFI IMAM SHAFEI

Imam Shafie rohimahumullahu taala.

Ia adalah mujaddid yang kedua dilahirkan di Ghazzah (Syria) dalam tahun 150 Hijriah. Wafat 204 Hijriah. Di zaman ini susunan perundangan Islam (ilmu feqah) sedang mendapat tempat dan sedang menuju hampir ke zaman kematangannya, walaupun kitab-kitab mengenainya belum begitu banyak.

Terdapat 2 aliran fahaman tentang ilmu feqah:

i. Aliran feqah: yang kuat bersandar pada ar-rakyu (fikiran). Berpusat di lraq, dipelopori oleh Imam Abu Hanafiah yang lahir pada (80H/660M). Ajaran beliau disambungkan oleh sahabat-sahabat pengikutnya. Aliran ini banyak bersandar pada ar-rakyu, sebab Iraq letaknya jauh dari tempat lahir Rasulullah S.A.W jadi kurang atau jauh dari ahli hadis. Tambahan Imam Hanafi kurang mengembara (tinggal di Baghdad dan wafat pun di Baghdad). Jadi bila tidak ada hadis mereka sangat bersandar pada ar-rakyu (fikiran). Aliran ini didasarkan pada apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah dalam sabdanya ketika menghantar Sayidina Mu'az menjadi gabenor di Yaman.

Ertinya:

Dari beberapa orang daripada kawan Mu'az dari Rasulullah s.a.w. di kala beliau mengutus Mu'az ke negeri Yaman, maka beliau bersabda: "Bagaimana engkau menghukum?" la berkata: "Aku akan menghukumi dengan apa yang di dalam Kitab Allah". Beliau bersabda: "Maka jika tidak ada di dalam Kitab Allah?" la berkata: "Maka dengan sunnah Rasulullah s.a.w." Beliau bersabda pula: " Maka jika tidak ada di dalam sunnah Rasulullah s.a.w." la berkata: "Aku akan berijtihad dengan fikiranku". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq kepada pesuruh Rasulullah "
(Riwayat At-Tarmizi)


Sebab lain kenapa mereka sangat bersandar pada ar-rakyu ialah kerana terlalu berhati-hati menerima hadis. Walaupun ada hadis yang sampai tapi kerana membimbangkan kesahihannya takut berbohong dengan Rasulullah maka ditolaknya dan digunakan ar-rakyu.

ii. Aliran ahlul hadis: Berpusat di Madinah. Pelopornya ialah Imam Malik bin Anas. Berlakunya ini oleh kerana di Madinah banyak orang yang menghafal hadis Rasulullah S.A.W. Jadi Imam Malik aliran feqahnya sangat terpengaruh dengan hadis, kurang menggunakan ar-rakyu (fikiran), bah-kan terlalu takut hendak menggunakan ar-rakyu walaupun ketika tidak ada hadis yang sampai padanya. Alasan golongan ini ialah takut membuat-buat hukum. Jadi mereka terima saja hadis, sekalipun belum jelas kesahihannya. Tambahan pula Imam Malik kurang mahu mengembara. Jadi kuranglah pengalamannya.


bersambung....

[ Last edited by serihartatie at 3-1-2006 11:02 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by simplelife at 2-1-2006 02:39 PM
terima kasih terlebih dahulu atas bakal info tatie...


sama-sama..terimakasih kepada Tuhan....

ermm...i will do my best to support this thread.....

tapi apa yg tatie htr ni bukan wasiat/pesanan imam Syafei R.h ttp biografi beliau sebb nanti org tak kenal pula sape Imam Syafei yg berikan wasiat itu...

[ Last edited by serihartatie at 3-1-2006 02:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 02:33 PM | Show all posts

BIOGRAFI IMAM SYAFEI

Imam Shafie  lahir dan dewasa hinggalah wafat di antara 2 aliran feqah inilah. Allah takdirkan dia lahir sebagai yatim, miskin pula. Ibunya seorang yang solehah. Maka dia banyak berpindah-randah antara satu negeri dengan satu negeri.
Pernah duduk di Mekah dan belajar dengan ulama di sana, antara gurunya yang terkenal di Mekah ialah Muslim Khalid Az-Zinji.
Pernah lama tinggal di Madinah dan belajar ilmu feqah dengan Imam Malik bahkan kitab Hadis Muwatto' susunan Imam Malik dapat dihafal oleh Imam Shafie waktu muda lagi.
Pernah mengembara ke lraq (Baghdad) dapat pula bertukar fikiran dan muzakarah tentang ilmu dengan ulama di sana, terutama ulama yang jadi pengikut Imam Hanafi, ahlul rakyi.
Pernah berhijrah ke Mesir dapat pula bergaul serta bermuzakarah ilmu pengetahuan dengan ulama-ulama di Mesir bahkan Mesir merupakan tempat tinggalnya yang akhir dan maqamnya ada di Kaherah.

Selain daripada banyak berhijrah serta bergaul dengan macam-macam golongan ulama di waktu kecilnya hinggalah waktu mudanya pernah pula tinggal dengan puak Arab, Kabilah Huzil selama 16 tahun. Kabilah ini ialah satu puak Arab yang terkenal fasih dan mahir di bidang sastera.

Sastera Arab mereka itu jadi sebutan dan tiruan kerana baiknya. Imam Shafie dapat mengkaji secara mendalam sastera mereka dan dapat menghafal syair mereka, hingga jadi pakar sastera dan syair. Perlu diingat Imam Shafie juga telah hafal Ouran waktu umur 9 tahun dan banyak juga hafal hadis. Gurunya lebih kurang 1000 orang.

BERSAMBUNG....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2006 09:56 PM | Show all posts
salam

nak saya bacakan WASIAT NABI tak???
dan
nak saya bacakan PESANAN NABI tak???

adakah kita hanya mengaku berIMAN kepadanya sahaja
atau.......................
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 11:01 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum,




Mungkin tulisan kat bawah ni bukan wasiat ataupun nasihat, cuma ucapan beliau untuk renungan kita bersama;


Imam Syafie berkata,

揂jaib sekali Ali bin Abi Thalib ini. Musuh-musuhnya berusaha menyembunyikan kemuliaan Sayidina Ali karena kebenciannya, dan para pecintanya berusaha menyembunyikan kemuliaan Sayidina Ali karena rasa takutnya, untuk melindungi diri mereka. Tetapi sekarang kita masih bisa menemukan hadis-hadis tentang keutamaan Sayidina Ali dalam berpuluh-puluh jilid kitab hadis. Allah melindungi dan menyelamatkan hadis-hadis tentang keutamaan Sayidina Ali walaupun pernah ada satu zaman ketika orang yang mendapatkan hadis tentang keutamaan Sayidina Ali akan kehilangan harta bahkan nyawanya. Walaupun ada satu zaman ketika orang benci sekali mendengar keutamaan Sayidina Ali.擺/b]



Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 4-1-2006 10:48 PM | Show all posts

Reply #9 orangbesi's post

Rasanya kompilasi hadis nabi dah ada banyak dah kat laman web, dan dengan begitu sistematik sekali, contohnya di link;

Sahih Bukhari: http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/bukhari/
Sahih Muslim: http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/muslim/
dan hadis sahih lain: http://www.usc.edu/dept/MSA/fundamentals/hadithsunnah/

tetapi kalau sdr orangbesi nak bacakan wasiat nabi , rasanya takde salahnya.....
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 4-1-2006 10:53 PM | Show all posts

Reply #10 saifulms's post

Apa sahaja mengenai ucapan/ kata-kata etc Imam Syafie bolehlah dikongsi bersama di sini...
Terima kasih atas sumbangan sdr...
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 6-1-2006 03:22 PM | Show all posts
NASIHAT IMAM SHAFIE DALAM SOAL PERSAHABATAN

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik
dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: 揝iapakah yang sudi menjadi
sahabatku?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 03:58 PM | Show all posts

sambungan...

Originally posted by serihartatie at 3-1-2006 02:33 PM
Imam Shafie  lahir dan dewasa hinggalah wafat di antara 2 aliran feqah inilah. Allah takdirkan dia lahir sebagai yatim, miskin pula. Ibunya seorang yang solehah. Maka dia banyak berpindah-randah an ...



Dengan kebolehan-kebolehan menghafal quran, hafal hadis, faham pula kedua-dua bentuk aliran feqah yang ujud di waktu itu, banyak ilmunya, luas pengalamannya kerana banyak mengembara, mahir di bidang bahasa dan sastera. Ditambah dengan sikap hidup yang zuhud, maka Imam Shafie bangun sebagai penyelamat umat di zaman-nya. Segala kebolehan dan ilmunya diproses menjadi satu bentuk ilmu feqah yang berada di tengah-tengah antara dua aliran tadi.

Ertinya Imam Shafie menghasilkan aliran feqah yang ketiga. Aliran (mazhab) yang menjadi jalan tengah antara kedua-dua aliran yang sebelumnya. Yakni menggunakan ar-rakyu tapi tidak keterlaluan (hingga mudah-mudah menolak hadis) di samping tidak terlalu berani menerima hadis selagi tidak diperiksa dengan teliti.

Dengan kata yang lain, Imam Shafie terima hadis dengan teliti dan mampu berijtihad dengan ar-rakyu setelah tidak ada Ouran dan Hadis. Itulah mazhab (alirannya). Mazhab tidak terlalu ke kanan tidak terlalu ke kiri; tidak sebebas-bebas menggunakan akal dan tidak sebebas-bebas gunakan hadis.

Dalam aliran (mazhab) yang dipeloporinya ini Imam Shafie memperkenalkan dua kaedah yang tidak ada sebelumnya. Iaitu kaedah usul feqah dan Qawa'idul Feqah. Kedua-dua kaedah ini ada dituliskan dalam kitab-kitabnya, di antaranya yang terkenal ialah Ar-Risalah.

Tujuan kaedah ini ialah untuk menunjukkan cara untuk istinbat atau mengeluarkan hukum serta cara untuk menetapkan hukum ke atas isu-isu yang belum terjadi sebelumnya. Kaedah beliau ini telah diterima dan dipakai oleh mujtahid-mujtahid yang datang kemudian.

Dengan kaedah-kaedah ini terselamatlah para mujtahid dari tersalah, sebab kaedah itu memberi timbangan atau garis panduan dalam menentukan atau mengeluarkan hukum.

Itulah jasa besar Imam Shafie, kedatangannya untuk zamannya adalah benar sebagai penyelamat dan pembaharui agama (mujaddid). Selain daripada mematangkan dan mengemaskan lagi perundangan Islam, ia membawa kesederhanaan antara aliran ahlul hadis dan ahlul rak yi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 07:59 PM | Show all posts
salam

kankan aliran feqh saja kot
manayg lain
kan ISLAM merangkumi semua

MASUKLAH KAMU KEDALAM AGAMA KESELURUHAN

MEREKA MENGAMBIL YANG SESUAI DENGAN JIWA MEREKA SEBAHAGIAN
DAN MEMBUANG SEBAHAGIAN YANG LAIN
AMAT BURUK PERBUATAN MEREKA ITU
Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
 Author| Post time 8-1-2006 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 8-1-2006 07:59 PM
salam

kankan aliran feqh saja kot
manayg lain
kan ISLAM merangkumi semua

MASUKLAH KAMU KEDALAM AGAMA KESELURUHAN

MEREKA MENGAMBIL YANG SESUAI DENGAN JIWA MEREKA SEBAHAGIAN
DAN MEMBUANG  ...


Tertanya-tanya jugak , apa contoh yang dibuang sebahagian dan diambil sebahagian tu:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2006 08:22 PM | Show all posts
salam

iyelah saya pun nak tahu jugak???
apasal la dinamakan ilmu FIQH tu,
kan itu baru satu cbang dr ilmu yg banyak yg di pecahkan oleh MANUSIA
sedangkan lah satahu saya NABI berkata
TELAH AKU DIDIK KAMU ISLAM, IMAN DAN IKHSAN.........................

itu yg peliknya tu

shafie ada kata:Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
kanlebih baik sanggup nama sendiri busuk utk menjaga kepentingan TUHAN dan RASULNYA

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup
menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat

atau adakah lebih baik bergaul dgn orang jahat
mana tahu disituRAHMAT TUHAN AKAN TURUN????????????????????????????????????????

SESUNGGUHNYA SELAWAT DAN KEBAIKAN DARI TUHAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 11:01 AM | Show all posts
salam

kata shafie:Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mangamalkan sepuluh perkara"

PESAN NABI: TELAH AKU TINGGALKAN KAMU DUA PERKARA YANG BERAT YG JIKA KAMU IKUT
KEDUA-DUANYA KAMU TIDAK AKAN SESALT SELAMA-LAMANYA IAITU
KITABULLAH DAN SUNATURRASUL

(mana pesanan yang paling baik???????????)

ada hak ka keatas kubur, izrail, mizan ...........
kecuali HAK ALLAH DAN RASULNYA
sapa-sapa boleh tolong bacakan saya AYATNYA/PESAN NABI dlm HAK ini tak???
terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

destiny_01 This user has been deleted
Post time 31-1-2006 07:55 AM | Show all posts
imam shafie hanya membuat kesimpulan berdasarkan Al-Quran yang telah BELIAU HAFAL dan hadis yang telah beliau ketahui dan yakin dengan kesahihahnnya, maka adakah tindakan Imam Shafie itu salah?
Sesungguhnya ilmu Allah itu luas, tetapi adakah semua manusia sudah dapat mengetahuinya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 10:01 AM | Show all posts
Memahami pemikiran Imam Syafie
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


RAMAI mengenali Imam Syafie sebagai seorang guru besar dalam fekah dan usul fekah, malah dengan kehadiran kitabnya ar-Risalah (usul fekah) dan al-Um (fekah), ada pula pihak yang menidakkan kepakaran beliau dalam aspek lain, sedangkan ia tidak sedemikian.

Dekan Fakulti Agama Islam Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia, Dr H Yunahar lyas, berkata Imam Syafie juga terkenal sebagai seorang ahli hadis dan sastera Arab.

揃ahkan sejak usia kanak-kanak, beliau sudah menghafal ribuan syair. Satu karya sasteranya yang terkenal ialah kumpulan syair, Diwan as-Syafie.

揔eahlian Imam Syafie dalam bidang akidah juga tidak kurang pentingnya, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.296894 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list