CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Arwen

PROSES PERCERAIAN

[Copy link]
Post time 6-1-2006 09:25 AM | Show all posts
adik ipar saya pun baru bercerai raya ketiga lepas... cerai luar mahkamah...

mmg macam2 prosedur dia... hissyyy... meletihkan sungguh.. nak kena pegi sana sini.. kena isi borang macam2... kesian kat wife dia tuh.. dahla tak keje.. anak berderet 3 orang.. rapat2...

kami ni dalam proses nak diaorang rujuk balik.. sebab tanak diaorang bercerai... kesian nanti kat x-wife dia tu, dahla tak keje... laki pulak pasang pompuan lain.. siap dah bawak balik kg. jumpa mak... kesianla x-wife dia tuh.. hari2 dok call saya nangis2... tanya citer terbaru pasal hubby dia... anak2 pun sama.. kalau pegi mana2, mesti diaorang pelik sebab salah sorang mesti takder... mesti tanya.. maklong, mana ibu... kenapa ibu tak ikut..

kalau abahnya takder.. pun camtu.. mana babah, maklong.. mana babah..

kita pulak yang emo.. pada pendapat saya, kakak arwen mmg boleh dapat hak penjagaan tuh.. sebab dalam kes ipar saya ni pun... diaorang tanya kat mahkamah hari tu.. kemungkinan hak penjagaan akan dapat pada si ibu... si ayah wajib bagi nafkah yang mencukupi... mak mertua mmg takder hak dalam menuntut anak2 dari si ibu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


jacksparrow This user has been deleted
Post time 6-1-2006 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 6-1-2006 12:12 AM
oh jack....terima kasihlah bebanyak utk penerangan yang panjang lebar dan clear sesangat tuh....arwen amat2 menghargai....

tp part yg last tu mmg arwen risau sgt sbb husband dan family dia nih m ...




aku nak tanya la jugak ni..
arwen masih ada ibu bapa..?

just incase penceraian itu terjadi juga..
rasanya kakak arwen boleh tinggal bersama parents arwen kan..?
atau pon ada adik beradik lain yg sudi tumpangkan kakak arwen buat sementara waktu sementara dia nak teguh sikit kan..?

so..
jgn takut bab tak boleh nak sara anak2 dia..
kakak arwen kena tegas & kuat kan semangat bermula dari SEKARANG..
jgn bagi pihak lagi satu pijak kepala dia..

betul kata forumner kat atas tu..
boleh minta bantuan dari persatuan ibu2 tunggal..
rasanya yg dinaungi oleh kerajaan..
nanti aku try tanya kat kwn2 pompuan aku, kot2 dorang tau sapa yg nak di contact..

kirim salam kat kakak arwen..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 09:40 AM | Show all posts
Originally posted by sr2d2 at 5-1-2006 04:27 PM
ish kesiannyee..sedihnyee..kenapela diorg mcm tu..kejammmnyeee...sori arwen i x tau prosesnye..tp maybe kakak u blh refer ke pejabat guaman atau biro bantuan guaman atau pun try pg ke sisters in islam


boleh pakai ke dorang ni...somehow kino cam tak berapa yakin ngan dorang ni especially sebab dorang pakai nama Sisters tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 09:52 AM | Show all posts
arwen, sedihnyaaa......hrp2 semuanya berpihak pada kakak arwen.....:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by jacksparrow at 5-1-2006 10:41 PM
arwen..
jangan cepat sangat terkedu..
walau pun kuasa talak itu ada pada si suami, tapi tak semudah itu utk dia menjatuhkan nya..

dari pengamatan aku mengikut cerita arwen, abg ipar arwen tu s ...

:setuju::setuju:ngan jack....kalau abg ipar arwen nak bercerai mengikut prosedur mahkamah...memang memakan masa yang lama sikit...dalam masa tu...nasihatkan kakak arwen carik keje...Insyaallah...memang hak penjagaan anak tu dia yang dapat...dapatkan bantuan Biro Bantuan Guaman....ceritakan segala masalah...Insyaallah...ini dari pengalaman mama sendiri....kalau isteri mempunyai pendapatan yang tetap...memang dia layak dapat hak penjagaan anak-anak tu...nasihatkan kakak arwen tu supaya kuat semangat dan tabah hadapi segala dugaan yaaaa...mama hanya dapat mendoakan..... :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 11:33 AM | Show all posts
ishh...:stp: macam payah gak bercerai ni yek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2006 11:46 AM | Show all posts
Arwen
Cerai ni suatu yg halal tapi dibenci oleh Allah. dalam kes kakak arwen ni, suami kakak sdri ingin  menceraikan isteri yang ada kerana nak berkahwin lain, maka kes ni disifatkan sebagai permohonan cerai daripada pihak lelaki, isterinya pulak enggan diceraikan (ini andaian saya).

At this stage, kalau benar suami kakak arwen akan ke mahkamah untuk tujuan permohonan cerai, dia boleh fail kesnya tapi kakak arwen juga akan dilindungi hak dia di situ.

Kakak arwen boleh apatkan bantuan Biro Guaman tapi macam biasalah Biro Bantuan Guaman ni kadang kekurangan pegawai yg kendalikan kes, kalau nak cepatkan proses kes,  kena lantik lawyer and angkat wakalah, itupun kalau betul betul suami kakak arwen telah failkan kes kat mahkamah.

Kalau belum difailkan kes tu, kakak arwen boleh pergi ke pejabat kadi yg mengeluarkan surat nikah dia and buat komplen pasal suami dia. Dia boleh komplen kata suami menyimpan perempuan dan abaikan tanggungjawab sebagai suami & ayah. Dia kemudian boleh gunakan aduan kepada pegawai ugama ni sebagai alibi dia pernah mengadu bila suami failkan kes cerai di mahkamah.

Mahkamah takkan megeluarkan pengesahan cerai secepat mungkin, paling lama pun mau setahun gitu.

Sebenarnya bukan senang di pihak lelaki kalau nak melafazkan cerai ni, walaupun di mahkamah. Kes cerai diadili dgn stringent procedure sekarang. Org perempuan byk untung kat syariah court ni.  Buat ajelah muka kesian, hakim mesti simpati hehehe Lagi satu kalau nak best lantik lah lawyer perempuan, lawyer perempaun ni rajin. Nanti kalau kes dah berjalan, jgn pulai cuai, jgn ponteng kes, nanti kes tunda letih pulak.

Katalah suami kakak arwen telah failkan kes, kakak arwen masih ada hak claim penjagaan anak anak walaupun dia tak bekerja dengan alasan anak anak lebih rapat dengan dia and dia yang paling layak menjaga sebab dia berkebolehan mendidik & mengasuh anak anak. she later boleh minta nafkah bulanan untuk anak anak tu melalui mahkamah. Or boleh tanya budak budak nak ikut sapa, anak dah umur lebih 7,8 tahun, of coz diorang boleh speak their mind.

Kalau kakak arwen isteri yang baik sepanjang perkahwinan, tak pernah abai tanggungjawab & ikut kata suami, dia berhak tuntut mutaah sesuai dengan kemampuan suami, tuntut bayaran sewa bulanan sepanjang masa edah, harta sepencarian, serta nafkah anak anak. In return dia kena bagi suami hak melawat yang sesuai dgn keperluan suami.

Kalau rumah yang dia duduki now, rumah sendiri, mohon pada mahkamah untuk terus duduk di rumah tersebut atas isu anak anak diam di rumah tu.

Tapi kalau ikut pengalaman abang, ada  beberapa prosedur seperti kehadiran untuk sesi kaunseling, rujukan kepada Jawatankuasa Pendamai dan juga Hakam yang perlu dilalui oleh pihak yang menuntut perceraian walaupun kes dah difailkan.  Tak semudah tu hakim setuju dengan permohonan cerai.

Jangan lah bersedih, masih boleh berusaha but at the same time jangan bawak bergaduh, cuba tenangkan fikiran, layan molek suami tu, mana tau dia berubah hati !!

Good luck.

kalau nak lagi detail, pm me later.

peace !!!:cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 12:04 PM | Show all posts
bang, dulu abang berapa kali gi kaunseling ha?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2006 12:43 PM | Show all posts
isk....kesiannya kakak awen.
macam cerita cerekarama lak, siap ngan mak mertua tak suka lagik.
jgn sampai dorang buat dajal seolah olah kakak awen gila dah la...
kang terlepas lak hak penjagaan..

isk geram lak aku!!

setuju ngan forumer kata tadi, kakak awen kena bertindak sekarang.
cepat cari kerja..jgn nangis lagi, jgn lembikkkkkkkkk
kena pandang ke depan
jgn dipedulikkan lagi dgn orang yg taknak kat kita.

ko tak nak aku lg tak hingin!!!
boleh blah!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 02:05 PM | Show all posts
tingat member seopis naz... dia g kaunseling bulan september 2004... surat dr pejabat agama bertarikh October 2005... setahun jugak amek masa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 02:31 PM | Show all posts
Norsha dulu pegi kaunseling sekali jer..
Tapi proses mahkamah sikit punya lama...itu pun hired lawyer sendiri..kalau nak harap lawyer yg dia org sediakan tu..lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lama...
Betul dia org cakap kat atas tu...mmg banyak masa untuk kakak arwen cari keje
Reply

Use magic Report

red_tomato This user has been deleted
Post time 6-1-2006 02:38 PM | Show all posts
berapa cost amik loyer tu norsha?..mahal tak?
anak buah aku nak bercerai...dah lama diabaikan oleh somi dia...dia nak hire loyer utk bagi kes cepat..somi dia pon dah lebih 2 tahun tak balik...pernah dipanggil utk sesi kaunseling tapi tak dtg somi dia tu...somi dia x pernah bagi nafkah..anak buah aku tu sorang2 besarkan, sekolahkan anak..laki dia mmg jenis curang/x bertanggungjawab..
so nak amik loyer ni mahal ke costnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2006 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by amorist at 6-1-2006 09:03 AM
Bila berlaku perceraian, penjagaan anak akan diserahkan kepada ibu, kecuali ayah dapat membuktikan bahawa ibu tak layak menjaga anak. Dan ayah akan diperintahkan untuk memberi nafkah kepada anak.
...


thanx amorist...
actually kalau ikutkan memang kakak arwen takde aper2 kesalahan yg dibuat.  dia ni fulltime h/w..24 jam kat rumah jer dgn anak2.  keluar bila hb dia bawa jer tu pun gi beli barang rumah.  mmg hb dia tak bawak gi jln2 langsung.
cuma arwen bimbang pd family hb dia sbb diorang ni boleh buat mcm2 cerita.  sekarang ni pun diorang dah mula cucuk jarum pd anak2...hari2 tanya nak duduk dgn abah ke atau mak..kalau dok ngan abah boleh jalan merata2...kalau dgn mak nanti susah. si nenek pulak tak sudah2 suruh cucu duduk dgn dia...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 04:40 PM | Show all posts

Legal advice

Those in need can call the legal advisor of Sister-in-Islam at 0379604485.

Lawyers' fee ni susah nak determine..ia  bergantung pada elements dlm setiap kes. Bule jumpa je mana2 syariah lawyer, discuss je dulu..tak kena charge apa2. Dia bule kasi estimate..then kita decide la nak hire ke tidak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2006 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by white pearl at 6-1-2006 09:25 AM
adik ipar saya pun baru bercerai raya ketiga lepas... cerai luar mahkamah...

mmg macam2 prosedur dia... hissyyy... meletihkan sungguh.. nak kena pegi sana sini.. kena isi borang macam2... kesian ...



itulah white, mcm tu jugaklah kisahnya abg ipar arwen ni..dia dah kenalkan perempuan tu pd family dia.  hari tu dia bawa anak2 dia jumpa perempuan tu...

tapi kadang2 tu takleh nak pakai gak abg ipar arwen ni...perbuatan dia mcm nak bagi kakak arwen ni jadi psiko.  pertengahan  tahun lepas dia kata dia dah kawin dgn pompuan tu.  tak lama lepas tu dia kata perempuan tu suruh dia balik sabah sbb dia nak bersalin....then beberapa bulan lepas dia ada amik cuti seminggu tanpa pengetahuan kakak arwen..dia kata nak gi outstation pasal kerja..bila akak arwen call office diorang bgtau dia cuti.  tak pasal2 lepas tu dia marah kakak arwen sbb call ofis dier..dia kata dia nak pegi kahwin dgn pompuan tu tp tak dpt..so dia frust tu sebab dia nak ceraikan saja kakak arwen.

pernah bila kakak arwen ni banyak tanya soalan pasal pompuan tu dia jadi temper terus dia tampar kakak arwen ni berkali2...arwen dgr memang geram. arwen suruh dia gi report tapi itulah susahnya kakak arwen ni penakut sgt..dia takut bila dia report hb dia ceraikan dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2006 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by nde at 6-1-2006 12:43 PM
isk....kesiannya kakak awen.
macam cerita cerekarama lak, siap ngan mak mertua tak suka lagik.
jgn sampai dorang buat dajal seolah olah kakak awen gila dah la...
kang terlepas lak hak penjagaan. ...


itulah yang paling arwen bimbangkan sangat tu..takut kalau2 diorang ni buat dajal pada kakak arwen jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2006 04:58 PM | Show all posts
kepada yang telah memberi pendapat dan penerangan ttg kes ni, arwen ucapkan byk2 terima kasih sbb sudi meluangkan masa utk membantu arwen.
terimalah sejambak bunga dari arwen utk you all sumer....




insyaallah arwen akan panjangkan pada kakak arwen supaya dia rasa lega sikit...tapi tulah susah nak bercakap dgn orang yang tengah kusut masai fikirannyer nih...bila cakap asyik nak nangis jer..:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 05:00 PM | Show all posts
Arwen
lawyer's fees ni kita boleh runding. Mungkin masa angkat wakalah dia akan suruh bayar pendahuluan dlm RM1000-RM2000 then kalau setiap kali naik court dia akan hantar charges which of coz kena bayar lah, but biasanya boleh buat progressive payment, no worries !!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2006 05:03 PM | Show all posts
okay, thanx dude.tapi bagi kakak arwen yg tak bekerja ni....parah jugak nak bayar nih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 05:35 PM | Show all posts
Kat Malaysia ni ada 3 cara untuk dapatkan lawyer:
1. Lawyer sendiri - Bergantung pada lawyer tu sendiri... ada yang
charge sampai RM5000 ke atas dan sebagainya... apa yang pasti...
Tanya dulu lawyer tu... berapa banyak dia charge...

2. Legal Aid Centre (LAC) - yang ni adalah yang mana volunteer
lawyer yang bantu... Selalunya bayaran adalah sebanyak RM1500
hingga RM2000 dan bayar secara ansuran... Maknanya setiap bulan
mungkin bayar sebanyak RM100 atau RM200 sebulan...
- 03-26913005

3. Biro Bantuan Guaman - Yang ni adalah untuk mereka yang kurang berkemampuan... Tak berapa pasti macam mana caranya... Tapi
apa yang pasti... memang agak murah bayarannya sebab under
govt... Apapun... call jer opisnyer - 03-26942700
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.078440 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list