CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3661|Reply: 11

Pemikiran yang melawan arus...

[Copy link]
Post time 28-1-2006 01:14 PM | Show all posts |Read mode
"Pemikiran yang melawan arus" ataupun pemikiran yang berbeza dari orang lain...... jarang kita terfikirkan perkara ini, samada kita malas berfikir ataupun kita lebih selesa menjadi 'yes man' ataupun pak turut.. contohnya segala pendapat yang disampaikan oleh 'boss' bulat2 akan diterima oleh bulat2 oleh 'subordinat' tanpa ada bantahan... walhal 'boss' itu pun manusia biasa yang boleh membuat kesilapan tetapi semacam sudah menjadi satu 'undang2' kata2 'boss' sentiasa betul.....kita jarang berani bersuara untuk memberi idea yang berbeza dengan orang atasan...

situasi ini sebenarnya akan menyebabkan kepincangan bukan sahaja di dalam sesebuah organisasi malahan lebih besar lagi di dalam sesuatu bangsa juga.... sebab menerima bulat2 tanpa berfikir dan menganalisa boleh membantutkan perkembangan kreativiti pemikiran seseorang.. ....

sebab itu dalam konteks ini peranan 'pembangkang' di dalam sesebuah organisasi juga penting....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2006 02:17 PM | Show all posts
ini cabaran untuk unity in diversity.

kekuatan bangkangan hanya sekadar pandangan saja, tak boleh ada authority kerana ianya bisa mengugat keutuhan kesatuan or perpaduan or perikatan.

andai diberi kekuatan sama dengan arus perdana..makanya segala polisi jadik 'beku' tak ke depan tak kebelakang, nak pakai tak boleh nak buang tak boleh.

misal kalo pekeje or subordinate ada kuasa boleh bangkang so arahan buleh di batalkan makanya tak perlulah ada hiearchy dalam organisasi apa pun.

yang bangkang pun harus cerdik sama, harus teliti dan mendalam nasihatnya so boss nampak jelas dimana kelemahan dia sambil dia rasa di hormati pangkat ketua tu. seperti jua boss kalau nak mengarah or minta subordinate buat apa pun wajar hurmat dan cerdik jua agar subordinate bukan merasa bekeje untuk boss tapi bekeje bersama boss menjayakan organisasi tu. amik kes dalam famili cukup lah..camna ibu bapa nasihat anak dan macam mana anak nak nasihat orang tua depa kalau perlu? hikmah ialah unsur pertama dan paling utama..pendapat saya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2006 03:04 PM | Show all posts
itu memang betul... hiearchy kena ada dalam sst organisasi..... prinsip2 dalam hiearchy kita kena ikut untuk mewujudkan satu organisasi yg kuat..... tetapi apa yang dikatakan 'pemikiran yang melawan arus' disini bukan bermaksud bangkangan semata... tapi lebih kepada tidak menerima bulat2 apa yang diperkatakan sebaliknya berani memberi pemikiran yang berbeza dari kebanyakan orang....... kita menghargai pendapat orang lain tetapi tidak setakat menerima tetapi harus juga menganalisa mengikut pertimbangan akal fikiran dari segi logik dan rasionalnya........

sebagai subordinate of course kita mempunyai batasan tertentu serupa juga dalam organisasi besar seperti pentadbiran sesebuah negara.... memang wujud pro dan pembangkang..... tetapi persoalannya di kalangan yg pro dan pembangkang tsb adakah subordinatnya berani memberi pemikiran yang berbeza untuk ke arah positif ataupun hanya menerima bulat2 idea superior ....

Mungkin istilah 'membangkang' kurang sesuai dalam konteks ini sebab mungkin lebih ke arah perlakuan yang negatif..tetapi memberi 'pandangan atau pendapat yang melawan arus' adalah sst yang positif...menunjukkan kreativiti dan maturiti seseorang individu dalam menerima dan menganalisa idea orang lain kemudian memberi idea kita sendiri, sebab tak semua idea mereka sama dengan idea kita...........Dalam kita menghormati pendapat dan pemikiran orang lain kita juga sepatutnya mempunyai rasa bangga untuk menyampaikan idea dan pemikiran kita ....apatah lagi untuk kebaikan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 02:31 AM | Show all posts
i think kita kene tau beza reacting and thinking. tu maybe setidaknya membuahkan apa kita cadangkan tu ada impak pada apa boss cadangkan.

lazimnya tindakbalas manusia baik verbal or non verbal adalah cuma tindakbalas 'hollow' pure reaction macam reflex..kosong and mostly basic sentiment.

misal kalo ada proposal,  then boss tanya what do u think of it? kita lazim akan masuk kotak kotak rasa dulu , kerna ini budaya manusia, ini didikan awal dan jugak ini basic instinct. kehadiran simbol kuasa lambang agama bunyi adat dan macam2 kerenah lagik membutakan rasa kita menuju kotak pemikiran jauh.

i think reason utama sabar dalam islam berkait kuat pada suruhan berfikir, renungkanlah, perhatikanlah dan banyak lagik. Nampaknya apa kita sebut pelajaran rasmi, gagal membentuk budaya thinking , yang di bentuk ialah tit for tat. Life is a boomerang, when u throw it comes back to u, kalau kita campak kebaikan, kebaikan itu kembali semula pada kita tentunya lebih banyak dan berganda..as what quran said.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 03:09 AM | Show all posts
kadang kala, pemikiran yg menyongsang arus nih akan memenatkan sipemikirnya.
bahkan, kadang2 pemikiran sebegitu dianggap 'bahaya'
lalu utk melindungi diri dan keluarga
demi sesuap nasi
demi kasih sayang kpd duniawi
maka prinsip dan pendapat yg utuh terpaksa dikorbankan.
natijah drpd perbuatannya itu, akan menyebabkannya rasa tak puas hati, bersalah, geram dan seribu mcm perasaan yg bergelodak lalu menujahi pemikirannya.
segala unsur itu akan mempeengaruhi perubahan watak dan tingkah lakunya
perubahan yg berlaku adalah titik tolak akibat pemikirannya yg bersifat defensif
lantas merosakkan sendiri pemikiran rasionalnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 03:10 AM | Show all posts
sama macam optimis/pesimis ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2006 03:13 AM | Show all posts

Reply #6 bzzts's post

optimis dan pesimis lebih kepada keberserahan bukan? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 03:23 AM | Show all posts
yg aku tau:

optimis : slalu positif, supportive
pesimis: slalu negative, not supportive
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2006 03:27 AM | Show all posts

Reply #8 bzzts's post

pemahaman sara pulak...
pemikiran yg melawan arus ialah idea2 yg berlainan dan bertentangan dgn pemikiran org lain atau pemikiran majoriti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by mysara at 30-1-2006 03:09 AM
kadang kala, pemikiran yg menyongsang arus nih akan memenatkan sipemikirnya.
bahkan, kadang2 pemikiran sebegitu dianggap 'bahaya'
lalu utk melindungi diri dan keluarga
demi sesuap nasi
demi kas ...



...sebab itu biasanya hanya individu yang betul2 menjunjung prinsip dan betul2 percaya kepada kebenaran berani mengutarakan pendapat yang berbeza dari orang lain  dan berani menonjolkan kreativiti berfikir....... banyak yang berpendapat bila kita memberi idea yang berlainan apatah lagi jika melawan arus dari pemikiran yang biasa kita akan dianggap negatif, keras kepala, degil dan sebagainya tetapi itu sebenarnya satu proses sebelum membuat keputusan.......

... kenapa takut memberi idea yang bertentangan sebenarnya...? manusia mempunya hak untuk bersuara dan memberi pendapat... Hanya individu2 atau pihak2 yang merasa kepentingan atau kedudukan mereka akan tergugat bila bersuara sahaja lebih selesa menjadi 'pak turut'.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 10:15 AM | Show all posts

Reply #10 blackpurple's post

kebiasaannya manusia ingin berasa selamat dan kebiasaan itu adalah sesuatu yg menjadi lumrah dan nampak 'selamat' walaupun kebiasaan itu merupakan sesuatu yg salah.  Jika ada org lain yg ingin mengubah tanggapan yg menjadi kebiasaan itu maka usaha itu dianggap sebagai ancaman, namun jika si pengubah tadi tidak jemu mencanangkan ideanya serta matlamatnya, sedikit sebanyak idea yg bertentangan tadi, dah menampakkan kebiasaan lantas sikap defensif si penerima akan berkurangan, lalu idea yg bertentangan tadi dianggap suatu alternatif selain suatu yg normal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2006 03:33 PM | Show all posts
Di sini bukan kita ingin sentiasa 'melawan arus'...semuanya bergantung pada masa dan ketika dan bergantung isu yang dibincangkan...... 'pemikiran yg melawan arus' bukan semata2 melawan kehendak logik fikiran ataupun norma kehidupan tapi memberi alternatif kepada idea yang sedia ada juga..... Kalau idea yg mereka sampaikan bernas dan sememangnya positif tiada sebab untuk kita 'melawan arus'.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.073423 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list