CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7542|Reply: 23

Harta Orang Bukan Islam (merged TiM)

[Copy link]
Post time 1-2-2006 03:31 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum .
     
      saya buka topik ni dengan harapan dapat belajar dan faham lebih lanjut tentang harta peninggalan orang bukan Islam/Islam. Semoga ada yg. sudi berbincang . Kalau ada sesiapa yg. ada pengalaman dalam hal ni atau kenal orang yg. sudah ada pengalaman mintalah ceritakan untuk saya dan orang lain yg. situasi sama dengan saya buat panduan. terima kasih.

       Semalam saya ada 'research' tentang topic ni dalam internet. Apa yg. saya jumpa tak banyak dan saya pun tak berapa pasti adakah site yg. saya tengok tu boleh kita percaya. Memandangkan ilmu saya tak tinggi, saya perlu orang lain tolong pastikan untuk saya dan sayapun tak tahu sangat mana ilmu dari Qur'an, yg. mana dari Hadis, dan fatwa. Dan ada pula mazhab2nya . Tu pasal, bila  saya selidik sendiri,masalah ler...

      Ni antara yg. saya jumpa:

1. Dari Sunnipath
         Inheriting From a Non-Muslim: Taking a Bequest is Allowed, Though Inheritance is Not
Answered by Shaykh Faraz Rabbani

But what about 'wasiyya'. This is a means for a non-Muslim to give to a Muslim and vice versa isn't it. For example, in the non - Muslims will, he writes that so-and-so should be given such - and - such. Isn't this permissible. I know its not called inheritance

Walaikum assalam,

It is valid to take a bequest from a non-Muslim parent, if they specified it, even though a Muslim does not inherit from a non-Muslim.

Wassalam,

Faraz.


2.  Inheriting from my non-Muslim mother who owns a pub?  
Answered by Shaykh Faraz Rabbani

I have a Muslim friend who is a new convert to Islam. Her mother is not a Muslim as yet. Would it be alright for my friend to accept the inheritance of her mother even though she is not a Muslim? If yes, then would it be alright for her take the largest share of the inheritance even though she has a brother (non-Muslim) who is to receive a small share of the inheritance for whatever reasons her mother has decided. Also this inheritance is a pub which will be sold after her mothers death.

Walaikum assalam,

It is permitted to accept bequests from non-Muslim parents, but one cannot inherit from them.

A bequest is: 慉 gift by will especially of money or other personal property.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2006 03:33 AM | Show all posts
Ni pula dari Iqtisad al Islamy



                 
       

Will writing has been known in the conventional financial planning as bequeath or arrangement, by making will, to give wealth to some body when one dies. Nowadays, there are industries or companies that provide this kind of services. Will in Islam is known as wasiyyah. It is very significant means to provide a flexible instrument in estate planning in Islam. Wassiyyah basically means one gives a gift to others in term of wealth, debt and beneficence of one's property after his death. It depicts the differences between wassiyah and hibah. Unlike hibah, wassiyyah is a gift, which only executed after the death of the giver. Hibah is a gift only in the form of property, while wasiyyah may be in the form of property, debt or beneficence.

It has been recommended by the qur'an and hadith as well as practiced by the prophet's companions in their time. As God says in qur'an "It is prescribed, when death approaches any of you, if he leaves any goods that he makes a bequest to parents and next of kin, according to reasonable usage; this is due from the God-fearing" (Qur'an 2:180). In another verse, God says "Those of you who die and leave widows should bequeath for their widows a year's maintenance and residence; but if they leave (the residence) , there is no blame on you for what they do with themselves, provided it is reasonable, and God is exalted in power, wise" (Qur'an 2:240).

From the above verses, it is clear that making will or bequest is an obligatory for all Muslims before they pass away. Muslim Scholars are in the opinions that these verses were revealed before verses on the laws of heritance and thus it were abrogated by Qur'an 4:11-12 and 186. However, this does not mean that there is no need to write bequest. In fact, Islam encourages its adherents to make last will and bequest before any one of Muslims die. This is evident in the hadith narrated by Bukhari and Muslim from Ibn Umar , the prophet says "there is not right for any Muslim person who has anything to bequeth that he may pass even two nights without having his will written" and Ibn Majjah narrated from Jabir that the prophet says "Those who die leaving a will, he dies in the path of the truth and righteousness, dies in obedience and faith, dies receiving forgiveness".

In addition the companions of the prophet peace be upon him used to write will to give certain portion of their property in order to move themselves closer to God. However writing will or bequest in Islam is very dynamic in the sense it may become Wajib (obligatory), Mandub (supererogatory), Haram (unlawful), Makruh (hateful), Mubah (permissible). It becomes an obligatory if it is related to the debt and the right of God such as property, which is not yet spent for payment of debt or zakat. At the same time it may be supererogatory if it is related to giving certain portion of the estate for needy members of family who are not entitled to get the inheritance. This category will be useful for estate distribution as a complementary device to faraid, the Islamic laws of inheritance.

Wassiyyah may become unlawful if it leads to the harm of heirs. It was narrated by Nasa'i for instance the will may not valid (unlawful) if the deceased gives his portion of property for sinful deeds such as related to alcohols, gambling and the like. At the same time it become hateful if the will is written while the heirs are in need to the wealth. Finally it may be permissible if the will written in order to enrich certain member of family who are already rich.

The bequest however must not exceed the maximum limit which was prescribed by the prophet peace be upon him; as once the prophet visited Sa'ad ibn Abi Waqas, he was asked to give permission to allow him to give all his property as the bequest. The prophet replied no, then half of it, then prophet said no, then Sa'ad said how about one third, the prophet said, "one third and one third is too much. Indeed if you left the heirs rich is better then you left them poor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2006 07:51 AM | Show all posts
bab soalan belanga tu..kalau dr segi perundangan mesti laa bolehh....sebab dah stated apa namanya..dr segi islam saya x nampak ada masalahnya kan...anyway mana2 forumers yg expertise sila jawabkan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Manis7474 This user has been deleted
Post time 1-2-2006 08:49 AM | Show all posts
I suggest guna Islamqa.com..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 08:34 AM | Show all posts
Salam Tuan

Anak yg beragama Islam boleh menerima wasiat drpd ibubapanya yg bukan islam,dgn syarat ada wasiat yg tertulis dgn sah. Jika tiada wasiat, mereka  terhalang drpd mewarisi harta antara mereka, atas sebab berlainan agama.



Bicara Agama
Pembahagian pusaka sebab-sebab yang menghalangnya
SELAIN pertalian darah, mengetahui kedudukan perkahwinan adalah perlu. Ini kerana perkahwinan merupakan ikatan yang membolehkan seseorang mewarisi antara satu sama lain.
Sehubungan ini seseorang yang telah bercerai (sebagai contoh talak ba-in) tidak ada lagi ikatan perkahwinan; maka ia tidak berhak mempusakai harta si mati.
Dalam keadaan tertentu, seseorang waris yang berhak mewarisi harta boleh terhalang daripada menerima pusaka.
Sebab-sebab yang boleh menghalang seseorang itu menerima pusaka, ialah membunuh dan berlainan agama.
Para ahli fikah sepakat bahawa seseorang yang membunuh tidak berhak mendapat harta pusaka.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.: ``Tidaklah seorang pembunuh berhak mewarisi harta orang yang dibunuhnya.''
Daripada hadis tersebut, sebuah ungkapan yang sangat masyhur lahir di kalangan ahli-ahli fikah, yang sekali gus dijadikan sebagai satu kaedah, iaitu ``Sesiapa yang menyegerakan agar mendapatkan sesuatu sebelum waktunya, maka dia tidak mendapatkan bahagiannya.''
Walau bagaimanapun, ahli-ahli fikah berbeza pendapat tentang apakah jenis pembunuhan yang menghalang seseorang itu mendapat harta pusaka.
Sebagai contoh, Mazhab Maliki berpendapat bahawa hanya pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja atau yang dirancang, dapat menggugurkan hak waris.
Walau bagaimanapun, menurut Mazhab Syafie segala jenis pembunuhan dapat menghalang seseorang itu mempusakai harta pusaka, termasuk pembunuhan yang tidak disengaja.
Satu lagi perkara yang boleh menghalang seorang yang layak menerima harta pusaka ialah perbezaan agama.
Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w.: Tidak berhak seorang Muslim mewarisi orang kafir, dan tidak pula orang kafir mewarisi Muslim. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sehubungan ini, seseorang Muslim yang mempunyai waris terdekat yang bukan beragama Islam, seharusnya mengambil kira perkara ini dengan membuat perancangan pewarisan sewajarnya.
Jika tidak, perkara yang tidak diingini mungkin berlaku. Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku satu keadaan di mana seorang bukan Islam telah memeluk agama Islam tetapi tidak membuat perancangan pewarisan.
Apabila beliau meninggal dunia, ahli keluarganya menuntut harta pusakanya di mahkamah. Akan tetapi, memandangkan beliau seorang yang beragama Islam sedangkan keluarganya bukan beragama Islam, maka harta pusaka beliau jatuh kepada Baitulmal Negeri sesuai dengan pandangan Mazhab Shafie seperti yang diterangkan di atas.
Dengan membuat perancangan pewarisan, perbalahan seperti yang berlaku antara waris si mati yang bukan Islam dengan Baitulmal Negeri boleh dielakkan.
Sebelum pembahagian pusaka boleh dilakukan, beberapa kewajipan perlu ditunaikan terlebih dahulu.
Ulama berbeza pendapat, apakah kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan dan apakah urutan kewajipan-kewajipan tersebut.
Walau bagaimanapun mengikut Mazhab Shafie, kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah :
* Kos penyelenggaraan mayat
* Pembayaran hutang
* Penyempurnaan wasiat
Perkara pertama yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah kos penyelenggaraan mayat.
Semua keperluan yang berkaitan dengan penyelenggaraannya, ialah dari saat ia meninggal dunia sehingga ia dikebumikan. Contohnya, upah memandikan, kain kafan, perbelanjaan pengkebumian seperti menggali kubur dan sebagainya.
Sudah tentu kos penyelenggaraan mayat berbeza mengikut kedudukan dan pangkatnya dan tempat penyelenggaraannya.
Sebagai contoh, perbelanjaan pengkebumian di Kuala Lumpur agak tinggi berbanding perbelanjaan pengkebumian di kampung-kampung.
Walau bagaimanapun, pada dasarnya ia hendaklah sederhana dan tidak perlu terlalu mewah.
Perkara kedua yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian pusaka ialah hutang. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w.: ``Jiwa orang mukmin itu tergantung oleh hutangnya sehingga ia dibayar.''
Hutang terdiri daripada dua jenis: Hutang kepada manusia dan hutang kepada Allah.
Hutang kepada manusia termasuk kepada individu, institusi kewangan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, ulama berbeza pendapat apakah hutang kepada Allah itu wajib dibayar atau tidak.
Menurut Mazhab Syafie, hutang kepada Allah juga wajib dibayar di samping hutang kepada manusia.
Hutang kepada Allah termasuk haji yang belum dijalankan, zakat yang belum dibayar, nazar yang belum ditunaikan, kafarah dan sebagainya.
Dalam pada itu, ulama juga berbeza pendapat tentang hutang manakah yang perlu di dahulukan; hutang kepada manusia atau hutang kepada Allah?
Menurut pandangan ulama Mazhab Syafie, hutang kepada Allah wajib ditunaikan sebelum hutang sesama manusia.
Mazhab Maliki berpendapat, hutang kepada manusia patut didahulukan daripada hutang kepada Allah.
Ulama Mazhab Hambali pula berpendapat bahawa hutang kepada Allah dan hutang kepada manusia adalah sama keutamaannya.
Perkara ketiga yang wajib ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka ialah menunaikan seluruh wasiat si mati.
Walau bagaimanapun, seseorang itu hanya boleh mewasiatkan tidak melebihi sepertiga daripada seluruh harta peninggalannya sesuai dengan hadis Rasulullah : Sepertiga, dan sepertiga pun banyak. Sesungguhnya meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka miskin meminta-minta. (diriwayatkan oleh Saad bin Abi Waqqas).
Pada masa itu Saad sakit dan berniat menyerahkan harta yang dimilikinya ke Baitulmal. Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa meninggalkan harta warisan yang mencukupi adalah sangat digalakkan, dan seseorang itu sewajarnya mengambil kira dan mengimbangi antara meninggalkan harta pusaka yang mencukupi dengan memberkan wasiat kepada seseorang yang sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 11:28 AM | Show all posts
komentar..

memang terdapat minoriti fuqaha` menbolekan org islam mewarisi ahrta warisnya yg kafir,pandangan ini oleh Muaz,Muawiyah, Ali bin Hasan,said al-Musayib,Sya`bi,al-nakhaie dll.

pandangan itu ditolak oleh Jumhur Ulamak.kata Imam Nawawi yang benar ajoriti ulamak tidak membenarkan demikian.

wasiat melebihi satu pertiga adalah dibewnarkan tapi mauquf atas keizinan waris yg hak atas ahrta tu.Inilah pandangan majoriti ulamak.

Kes Moorti dan hartanya..ianya bukan hanya tertakluk pada isu wasiat atau pesaka tapi tertakluk juga pada akta sivil antaranya law Refom(1976) dimana selagi isterinya tidak mengemukakan petisyen cerai di MT Sivil selagi tu le..masih suami isetri mengikut akta tu.maka segala remedi yg ada kepunyaan isteri nya itu sekalipun dari segi agama dah berlainan.Konflik ini tidak selesai disitu sahaja.U2 perlu dipinda.

Ini pandangan peribadi saya sahaja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
tiM This user has been deleted
Post time 2-2-2006 08:53 PM | Show all posts

Harta orang bukan islam.

Sebenarnya saya berminat utk tahu tapi terlalu panjang cut&paste utk saya baca, sedangkan yg saya nak tahu hanyalah dua persoalan.
1) Hak seorg anak yg menganut islam terhadap harta bapaknya yg bukan islam.
2) Hak seorg bapak terhadap anaknya yg memeluk islam.

Ada siapa boleh terangkan secara ringkas dengan memberi rujukan apa-apapun..
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 3-2-2006 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 3-2-2006 12:33 AM


      Setelah bapa mati atau masih hidup? Kalau setelah mati, Yg. saya faham seorang anak tak ada hak ke atas harta bapanya yg. bukan Islam apabila bapa itu meninggal dunia. Maksudnya anak itu  ...
OK keterangan itu saya faham. tq tapi masih belum menerangkan batasan keadilannya. contohnya;-
1)Apa salah seorg anak itu mewasiatkan kesemua harta miliknya kepada anaknya? kepraan pada hakikatnya sedangkan dirinya sendiri telah dibesarkan oleh ibu bapa sebagai harta yg tidak terninai dlm hidup mereka?
2) Menurut senario haram dan halal, bukankah setiap hakmilik bukan islam itu adalah haram di sisi org islam sementara hasil org islam boleh boleh dinikmati oleh umum? cotoh yg paling ketara adalah kedai makan atau perbankan yg sering diiklankan dlm tv.
3) Saya percaya or bukan islam tidak kisah utk mengagihkan harta pada org islam sekiranya mereka berhak secara logik. tapi adalah tidak adil ibu bapa yg susah2 membesarkan anak dan memilih menganut islam kerana alasan tersendiri menidakkan sebarang hak ke atas harta ulung mereka itu. Saya juga ingin tahu sumber rujukan islam mengenai fenimena tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 3-2-2006 07:59 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 3-2-2006 12:50 AM
Minta tolong jawab persoalan ini.

     Bapa bukan Islam tulis wasiat semua harta diberi kepada anak tunggalnya yg. Islam. Apabila tiba masanya anak memperoleh harta tersebut, adakah halal baginy ...

saya boleh tolong awak menjawab persoalan ini. Menurut ustaz saya dulu harta dari sumber yg tidak pastil halal haramnya adalah halal digunakan sebagai khidmat masyarakat (atau hak umum) contohnya, digunakan untuk membina jalan raya yg mana digunakan oleh semua. atau digunakan untuk membantu korg yg ditimpa mala petaka contohnya tsunami ( dengan syarat tidak boleh dibabitkan dengan nama islam atau individu muslim sebaga penderma).

[ Last edited by tiM at 3-2-2006 07:00 PM ]
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 3-2-2006 08:28 PM | Show all posts
Originally posted by anwar66 at 2-2-2006 10:28 AM
komentar..

memang terdapat minoriti fuqaha` menbolekan org islam mewarisi ahrta warisnya yg kafir,pandangan ini oleh Muaz,Muawiyah, Ali bin Hasan,said al-Musayib,Sya`bi,al-nakhaie dll.

pandan ...

Maksud u kedua2 perlu dipindah? undang2 dan perlembagaan kita berpindah renda lerrrrr? :stp:

Bukankah suatu ketika dahulu semua perkara berkenaan dengan islam berpusat dan bertapak dlm masjid? Apa tidak reform yg tu dulu supaya mengikut yg asal...? Pendidikan, perniagaan, perundangan dsbnya di masjid. apa pendapat anda? saya berpendapat mungkin ia akan membezakan akan perkara berkaitan dan yg tidak berkaitan. contohnya mengenai Moorthi tuuu.. Dia masuk islam itu urusan dia dgn tuhan yg sudah pasti tidak melibatkan urusan harta nya yg merangkumi keluarga dan pekerjaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 11:19 PM | Show all posts
`satu ketika dulu` adalah masa dah berlalu..realitinya9sekarang) seperti yg ada depan kita..so apa tindakan kita jika nak kepada `masa satu ketika dulu`?..dgn dualisma U2..dll...

Kalu dia masuk Islam,,dan umurnya pulak panjang..bagaimana pulak dgn harta dan pekerjaanya..hamba yg yg tahu ni..nak juga tahu kaedah..ttg tiada kaita pemelukan agama dgn urusan harta bendanya dan pekerjaan..

larangan  saling mewarisi berlaianan agama sabit dgn al-Quran atau al-hadis?



WA

[ Last edited by anwar66 at 3-2-2006 11:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 02:08 AM | Show all posts
Originally posted by tiM at 3-2-2006 07:51 PM
OK keterangan itu saya faham. tq tapi masih belum menerangkan batasan keadilannya. contohnya;-
1)Apa salah seorg anak itu mewasiatkan kesemua harta miliknya kepada anaknya? kepraan pada hakikatn ...


Tim tunggulah kengkawan lain jawab,saya pun nak dengar juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by anwar66 at 3-2-2006 11:19 PM
`arangan  saling mewarisi berlaianan agama sabit dgn al-Quran atau al-hadis?


        Saya ada jumpa yg. ia sabit dengan al-Qur'an. Nanti kita tunggu orang lain confirm kan dan beritahu surah apa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 10:07 AM | Show all posts
kebetulan, nak tanya pendapat la, sebab ada seorang sahabat mimik mengatakan, pada pendapat dia, kalau kawan kita yang bukan Islam nak belanja kita makan, kalau boleh elakkan sebab tak halal............ sebab katanya kita tak tau dari mana duit dia datang............. betul ke ni? boleh jelaskan? .........
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 03:34 PM | Show all posts
Tuan

Perbezaan Agama pada masa kematian pewaris secara otomatiknya menghalang penerima daripada mewarisi harta Pewaris.
-        Dengan kata lain Penerima bukan Islam secara otomatik tidak tergolong dalam golongan ahli waris atas sebab berlainan Agama (ataupun murtad)

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
Bahawa Rasullah s.a.w ada bersabda: Tidak berhak seorang Muslim mewarisi orang kafir, dan tidak pula orang kafir mewarisi harta orang Muslim.

Hadith Riwayat Abdullah  bin Amar
Bahawa Rasullah s.a.w bersabda: Tidak akan saling mewarisi sesuatu apa pun antara keluarga berlainan agama.

Hadith  Riwayat Usamah:
Bahawa Rasullah s.a.w ada bersabda: Orang Islam tidak mewarisi  daripada orang Kafir dan orang kafir tidak mewaris daripada orang islam.


Sehubungan ini, seseorang Muslim yang mempunyai waris terdekat yang bukan beragama Islam, seharusnya mengambil kira perkara ini dengan membuat perancangan pewarisan sewajarnya.
Jika tidak, perkara yang tidak diingini mungkin berlaku. Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku satu keadaan di mana seorang bukan Islam telah memeluk agama Islam tetapi tidak membuat perancangan pewarisan.
Apabila beliau meninggal dunia, ahli keluarganya menuntut harta pusakanya di mahkamah. Akan tetapi, memandangkan beliau seorang yang beragama Islam sedangkan keluarganya bukan beragama Islam, maka harta pusaka beliau jatuh kepada Baitulmal Negeri .
-        Jadi yang tidak adil dalam kes ini bukanlah hukum islam tapi si Pewaris yang tidak membuat perancangan perwarisan.
Instrumen Perwarisan yang boleh digunakan:
        a)Wasiat 1/3
Pewaris boleh mewasiatkan 1/3 drpd hartanya kepada keluarganya yg bukan islam.
Harta dipindah milik apabila Pewaris Mati
        b) Hibah
Pemberian ketika hidup
Pewaris memberi hartanya kpd keluarganya yang bukan islam.
Harta dipindah milik ketika Pewaris masih hidup.

Tujuan Wasiat 1/3 dan Hibah ini adalah atas niat beramal jariah .

Renungan

Wakafan Orang Kafir

        Ulamak- ulamak mazhab shafie berpendapat:
Wakaf seorang kafir adalah sah walaupun ia disedekahkan kepada Masjid.Walau bagaimana pun ia bukan berniat taqarrub sebagaimana iktikad kita . Golongan kafir termasuk dalam golongan yang layak bersedekah.Dalam keadaan ini, kesahihan sedekah tidak bergantung pada niat, kerana syarat niat adalah Islam. Bagi orang kafir mereka akan memperoleh ganjaran mereka di dunia  kerana sumbangan dan sedekah mereka. Tetapi di akhirat mereka tidak akan beroleh apa-apa.

Rasullah s.aw bersabda:
Allah tidak akan mengabaikan kebaikan orang mukmin, beliau akan diberi ganjaran ketika di dunia dan juga akhirat. Orang kafir pula akan menerima ganjaran kebaikan yang mereka lakukan kerana Allah ketika di dunia supaya di akhirat kelak tiada lagi ganjaran yang akan diberikan kepadanya.
(riwayat muslim 2808 di dalam Kitab Sifat Dan Hukum Munafik, (Bab Ganjaran Mukmin di dunia dan di akhirat kerana amalan baiknya, dan ganjaran baik untuk kafir diberikan  di dunia) drpd Anas bin Malik r.a

[ Last edited by Edved at 4-2-2006 04:15 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2006 03:03 AM | Show all posts
Terima kasih, Edved. Nak tanya sikit lagi...jadi, larangan pewarisan ini adalah dari Hadis Nabi bukan Qur'an  ya, begitu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2006 03:07 AM | Show all posts
Originally posted by mimik at 4-2-2006 10:07 AM
kebetulan, nak tanya pendapat la, sebab ada seorang sahabat mimik mengatakan, pada pendapat dia, kalau kawan kita yang bukan Islam nak belanja kita makan, kalau boleh elakkan sebab tak halal....... ...



Tapi Mimik, cemana pula dengan yg. Muslim nak belanja kita? Mana kita boleh pasti wang tu halal. Bukan semua Muslim dapat dan belanja duit halal kan?
Rasa macam tak betul je apa kawan u cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 03:30 PM | Show all posts
Sama-sama Tuan Belanga.
Ya, larangan perwarisan tersebut adalah drpd Hadith Nabi.

Wasiat 1/3 juga drpd Hadith Nabi

936- Hadis Saad bin Abu Waqqas r. a katanya: Pada waktu Haji Wida' Rasulullah s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah! Lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya? Baginda menjawab: Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda menjawab: Tidak! Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain. Tidakkah Kamu menafkahkan suatu nafkah dengan tujuan untuk mendapat keredaan Allah, sehinggalah kamu mendapat pahala daripada nafkahmu itu, sekalipun sesuap makanan yang kamu masukkan ke mulut isterimu. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah saya akan dikekalkan (masih tetap hidup) sesudah sahabat-sahabat saya (meninggal dunia)? Baginda bersabda: Sesungguhnya kamu tidak akan dikekalkan lalu kamu melakukan sesuatu amalan dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Allah sehinggalah dengan amal itu darjatmu akan bertambah. Barangkali kamu akan dikekalkan sehingga umat Islam mendapat manfaat dari sesuatu kaum dan kaum yang lain iaitu orang-orang kafir menderita kerugian keranamu. Wahai Allah! Sempurnakanlah hijrah sahabat-sahabatku dan janganlah kamu kembalikan mereka ke belakang (kepada kekufuran) tetapi yang sial adalah Saad bin Khaulah. Beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w mengasihi orang yang telah diwafatkan di Mekah
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 5-2-2006 04:01 PM | Show all posts
Edved,
Sememangnya ajaran islam itu tidak adil pada org bukan islam?
1/3 itupun tidak adil kepada ibu bapa si mati tersebut serkiranya mereka adalah bukan Islam. Sedangkan nyawa yg dia bawa mati itu adalah yg telah diwarisi dari ibu bapanya. Bukankah islam juga yg mengatakan syurga adalah di telapak kaki ibu. Tambah pula  rujukan anda kurang meyakinkan. Tiada dlm Quran? Why? Hadispun bukannya semua boleh pakai kan...?

Perkara yg kedua di mana berlaku percanggahan dlm penjelasan rasional hukum itu pada anda ialah:- Org islam akan menerima harta akhirat mereka? Maka mereka tidak perlu harta dunia bukan?

Soal contoh anda itu yg merip merujuk pada Moorthy. Kes murti tidak ada pengadilan yg betul. Keluarganya tidak mengakuinya sama sekali. Sekadar merujuk kepada rakan2nya yg beragama islam jer. Tiada bukti yg boleh diterima oleh keluarganya bahawa dia telah memeluk agama islam. Tiada pengakuan dari beliau. Tiada bahan2 agama islam dlm rumah beliau. Tiada sebarang penukaran nama dlm IC. Tidak pernah pergi sembahyang mengikut trasisi islam sebaliknya pi kuillah yg menjadi pedoman dlm keluarganya. Tiada pengadilan yg betul dlm hal ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 04:54 PM | Show all posts
Tuan Tim

Kalau Pewaris merasakan 1/3 drpd hartanya masih belum cukup untuk ditnggalkan kpd keluarganya yg bukan islam, dia  boleh membuat hibah atas sebab amal jariah mahupun membalas jasa.
Kalau Pewaris nak hibahkan semua hartanya pun boleh. Tapi hibah tersebut hendaklah dibuat ketika Pewaris masih hidup. Dgn erti kata lain, harta tersebut menjadi milik mutlak Penerima, dan pewaris tidak ada hak menarik balik hibahnya (kecuali hibah kpd anaknya/cucunya = boleh ditarik balik).

Jadi isu keadilan ini, sebenarnya terpulang kepada Pewaris, sama ada nak bagi 1/3 ataupun semua hartanya.

Hibah
Hibah ialah 慼adiah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.083026 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list