CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11255|Reply: 28

cara elak web lucah (merged: kuman)

[Copy link]
gennosukesama This user has been deleted
Post time 2-2-2006 09:54 PM | Show all posts |Read mode
boleh tak sesiapa beritahu petua atau cara berkesan untuk menahan diri daripada melihat web lucah. internet ni berguna untuk belajar tetapi juga racun untuk belajar. saya ni tinggal seorang je, ada internet pulak. rasa bersalah selepas tengok tapi lambat laun  termasuk balik web sebegini. susah betul nak stop

[ Last edited by fleurzsa at 21-2-2006 12:13 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2006 10:06 PM | Show all posts
Apa kata block kan laman-laman lucah tu? Jadi takde lah "termasuk" ke situ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 10:19 PM | Show all posts
Mala rasa masalah ko ialah perasaan bersalah kerana you feel you are hurting yourself. Ko tak berdosa ngan sesapa pun sbb you are staring at a computer screen in your room, presumably locked he he This kind of guilt often troubles many bcos you cannot apologise to anybody.

Mengadulah masalah dengan Tuhan. Dia lebih faham because he created you. Mengadu ngan manusia ni bukan tokleh tapi banyak risikonya... eh ! jwb soklan ke ni :stp::stp: in generallah kot

Nyway, it works for me knowing that God is compassionate, mercifull tak kisah apa owunk kata and I am always at peace with myself walaupun sedar diri ni sangaaatlah kureng.

Cubalah, insyaAllah berjaya

p/s : jgn lupa baca doa tidur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 11:24 PM | Show all posts

teknik pipi

cara pipi :
create satu pc server.
set firewall.
dalam firewall tu block address internet - di internet terdapat satu kampeni yang provide nama-nama web lucah yang sentiasa up-to-date; tapi pipi lupa plak namanya.
kemudian pastikan root/admin password bagi pc server itu tadi, anda buat random. hehehe...

paling mudah, pergi kat internet option if gunakan IE 6 la.
Tools -> Internet Option -> Security
kemudian pilih Restricted sites kemudian tekan SITES, dan masukkan website2 yang "disyaki" membawa bakteria.



tak pun, if susah sangat, pakai jer netnanny. hehehe...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 11:42 PM | Show all posts
maaf nak masuk balik sbb ada barang tinggal he he

kita really faham ke masalah kawan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2006 11:55 PM | Show all posts
sefaham pipi, tuan punya thread memohon petua ataupun cara berkesan menahan.

jadi, dengan adanya firewall/netnanny/restricted sites moga2an dapat membantu.

tapi, kalau setakat nak meminta, minta, minta dan minta tanpa usaha, tak boleh jugak. :cak:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2006 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by pipi at 2-2-2006 11:24 PM
cara pipi :
create satu pc server.
set firewall.
dalam firewall tu block address internet - di internet terdapat satu kampeni yang provide nama-nama web lucah yang sentiasa up-to-date; tapi pip ...



wa .. pipi nak sponsor satu pc server ke ....
ni jalan penyelesaian yang mahal ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 2-2-2006 09:54 PM
boleh tak sesiapa beritahu petua atau cara berkesan untuk menahan diri daripada melihat web lucah. internet ni berguna untuk belajar tetapi juga racun untuk belajar. saya ni tinggal seorang je, ada internet pulak. rasa bersalah selepas tengok tapi lambat laun termasuk balik web sebegini. susah betul nak stop


kalau termasuk tu .. masalah komputer kena virus la kot ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2006 01:14 AM | Show all posts
tak pun semasa taip apa2 url.. tetiba autoAPPEAR... kan ke bahaya tue... contohnya nak masuk laman web www.safe-networking.net tapi bila tekan 'S' jer.. dah muncul dibawahnya.. tambahan E, X, dan lain2...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 01:40 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 2-2-2006 09:54 PM
boleh tak sesiapa beritahu petua atau cara berkesan untuk menahan diri daripada melihat web lucah. internet ni berguna untuk belajar tetapi juga racun untuk belajar. saya ni tinggal seorang je, ada ...


Salam,

Perlu kuatkan semangat krn apa2 pun berbalik kpd hati.

Cari aktiviti berguna yg membuatkan leka semasa melayari internet.  Contoh...aktif berforum...main 'games'...dll

Jauhi drp kawan2 internet yg condong ke arah sex.

Ikhlas pd Allah & diri sendiri.  

INGAT!!! itu semua adalah merosakkan diri dan agama.

Semoga Allah memberi kekuatan kpd anda. InsyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 08:37 AM | Show all posts
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seluruh Alam. Solawat dan salam kepada Nabi Muhammad penghulu kita sebaik-baik rasul dan juga salam kepada para keluarganya dan para sahabatnya yang berbilang yang tidak jemu2 berjuang dan berdakwah satu masa dahulu untuk membawa nur Islam ke hati-hati kita di zaman sekarang lebih 1400 tahun dahulu. Begitulah rahmat Allah kepada kita.

Ini cadangan saya kepada tuan dalam perjalanan tuan mencari keredhaan Allah dalam kehidupan dunia yang singkat dan penuh tipudaya ini.

1) Banyakkan membaca al quran, berzikir, beribadat dan jangan lepaskan peluang untuk mencari ilmu agama terutama dari sumber-sumber offline seperti kuliah dan ceramah. Perkara ini memang jawaban yang  standard tetapi percayalah ianya amat efektif, sbb itulah ianya sering direkomen.
2) Hafal doa-doa yang baik dan kerap membacanya untuk mengingatkan diri..jangan restrict untuk baca doa semasa lepas solat saja.
3) Banyakkan bergaul dengan orang-orang yang banyak beramal solih dan sering berbual pasal Agama dan bagaimana nak meningkatkan iman dan amalan mereka.
4) Banyakkan bertaubat terutama semasa solat. Rayuan "Ihdinasshiratolmustaqim" dalam solat itu cuba lakukan dengan penuh perasaan kepada Tuhan. Solatlah berjemaah, semoga kita termasuk dalam jemaah orang yang solih.
5) "Hukum" diri anda dengan lebihkan beribadat kalau anda "ter"buat perkara yang anda mahu elakkan itu. Contoh - kalau anda biasa baca satu page alquran sehari, baca sepuluh page pada hari yang anda "ter"lihat atau sengaja melawati web sebegini.

Hayatilah juga  makna ayat kursi yang selalu kita baca dalam zikir selepas solat...Ya'-lamu maa bayna 'aydiihim wa maa khalfahum...ada para ulamak yang mentafsirkan ayat ini sebagai Allah mengetahui apa yang dihadapan (ditunjukkan oleh kita) dan di belakang (disembunyikan oleh kita dari orang ramai)...yakinilah perkara itu dan semoga kita semua  beroleh keampunan dan diberi kekuatan meninggalkan perkara-perkara lagha yang dilarang Allah..yang sering kita sembunyikan dari orang lain.

Selamat berjaya. Tiada Daya dan Tiada Kekuatan Kecuali Dengan Bantuan Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 11:41 AM | Show all posts
sebagai tambahan post always_typo :

surah al-'alaq ayat 14 "Alam ya'lam biannallah hayara";  maksudnya "Tidaklah dia mengetahui bahawa sesungguhnya[b]Allah melihat[b]?"

kalau ikut nahu, "Lam" .. (mungkin ustaz zul leh terangkan) Dari dulu sampai bila2 Allah mengetahui segala perbuatan hambaNYA.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
 Author| Post time 3-2-2006 03:03 PM | Show all posts
terima kasih atas semua jawapan. saya berminat juga cadangan pipi dengan netnanny tu. mana boleh saya dapat software ni? masalah saya sebebarnya bukan pasal virus atau tak...tapi saya sendiri yang sengaja  masuk. kalau ada software ayng sekat, susah sikitla kan...nak kena uninstalled lagi. anyway saya akan cuba ikut cadagnan always_typo. terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2006 03:10 PM | Show all posts

Manusia di antara kebajikan dan keburukan

Dalam jiwa manusia sebenarnya terdapat fitrah yang baik. Iaitu selalu menginginkan kebaikan dan akan merasa senang bila dapat mengerjakannya.  Ia tidak suka melihat kejahatan dan akan merasa sedih bila sampai terlibat di dalamnya. Ia juga berpendapat bahawa kewujudan dan keselamatan hidupnya tergantung kepada kebenaran.

Di samping kenyataan tersebut dalam jiwa manusia juga terdapat kecenderungan-kecenderungan liar, ingin lari meninggalkan jalan yang benar, merasa puas kalau dapat melakukan sesuatu yang mendatangkan kemusnahan dan yang menjerumuskannya ke dalam jurang yang buruk.

Kedua-dua kecenderungan yang baik dan yang buruk ada pada manusia. Dua-duanya saling berebut pimpinan.  Oleh itu nasib manusia adalah tergantung pada kecenderungan  mana yang menang.

Firman Allah Swt:

Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kedurhakaan dan jalan ketaqwaan.  Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya, dan merugilah orang yang mengotorinya.
                                                                                                              S. Asy-Syams: 7-10

Semua perbuatan yang diperintahkan dan dianjurkan oleh Islam adalah untuk memberi bantuan sempurna kepada manusia, untuk menegak dan meluruskan fitrah agar manusia hidup diatas fitrah yang baik. Agar juga manusia dapat terlepas dari pujukan dan dorongan dosa, yang sentiasa menggoda untuk merosakkan mertabatnya.

Firman Allah Swt:

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah dan tetaplah berada di atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.  Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.  Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
                                                                                                                  S. Ar-Rum: 30

Bentuk yang sebaik-baiknya ialah mengamalkan kebenaran.  Namun kebanyakan manusia lebih menyukai kehendak hawa nafsu.

Firman Alla Swt:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sampai mereka mengubah (sendiri) apa yang ada pada mereka.  Dan apabila Allah menghendaki keburukan bagi suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya.  Bagi mereka tidak ada pelindung samasekali selain Dia.
                                                                                                         (S. Ar-Ra抎: 11)

Kemantapan fitrah yang baik terletak pada keimanan dan kebajikan, bukan pada kekufuran dan pandangan serba halal (ibahiyyah).  Manusia adalah makhluk yang lemah. Kemantapan budi pekerti mereka bukan terjadi secara tiba-tiba di dalam jiwa manusia.  Tidak muncul juga semasa keadaan mereka sudah kuat atau tua.  Untuk membersihkan diri dari sifat-sifat yang rendah itu, hanyalah  dengan mengikut jalan agama dan ajaran-ajarannya.

Firman Allah Swt:

Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah.  Bila kemalangan menimpanya, ia berkeluh kesah, dan bila mendapatkan kebaikan ia menjadi seorang yang amat kikir- yang tidak demikian- hanyalah orang-orang yang menegakkan solat dan mereka yang tetap menegakkan solatnya.  Dan orang-orang yang di dalam hartanya tersedia bahagian tertentu bagi orang miskin yang meminta-minta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (tetapi tidak mahu meminta).  Dan mereka orang-orang yang mempercayai hari kiamat (hari pembalasan) dan mereka orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya, kerana tidak ada orang yang merasa pasti aman dari azab Tuhannya.  Dan mereka orang-orang yang menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan zina).
                                                                           (S. Al-Ma抋rij: 19-29) dan seterusnya厖
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 12:12 AM | Show all posts
Internet ni mcm perpustakaan , ada byk rujukan dan buku , kalau kita g section sexual , maka kita nampaklah bahan2 yg x biasa bg culture kita , tgk apa yg kita aim lah , kalau aim kita baik , maka baik lah jadinya , dan sebaliknya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 02:10 AM | Show all posts
Originally posted by gennosukesama at 3-2-2006 03:03 PM
terima kasih atas semua jawapan. saya berminat juga cadangan pipi dengan netnanny tu. mana boleh saya dapat software ni? masalah saya sebebarnya bukan pasal virus atau tak...tapi saya sendiri yang  ...



http://www.netnanny.com/

tapi biasalah, mesti kena bayar. lagi satu, elakkan daripada masuk mana-mana web CRACK/FREE SERIAL/WAREZ/P2P/ETC. Kerana, ketika anda masuk ke web2 tersebut, barang kali akan keluar popup Laman2 XXX, tak ke tergugat nanti iman anda.. hehehe... tak ada gunanya popup blocker yang biasa2 ni. sebab sekarang ni mereka (crack/warez/serial website) gunakan teknologi click2 then kuar popup. hehe... dari manusia.. pasti tak sempurna...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2006 11:56 AM | Show all posts
kalau kita tak masuk mana2 web lucah takkan ia dgn sendiri akan appear kat PC kita ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 12:18 PM | Show all posts
hal ini akan berlaku apabila kita masuk apa2 web sekalipun. kebanyakannya berpunca daripada kita melayari laman2 yang memiliki pelbagai iklan2. bahaya tu. benda2 macam ni yang boleh mengakibatkan kerugian kepada wang ringgit, masa dan AKHLAK. kadang2 website bukan2 akan muncul secara tiba2. ditambah pula ketika waktu itu isteri uzur... (bagi yg dah berkahwin) ataupun nafsu remaja yg membuak2... sebab itulah diwujudkan satu kategori software yang dipanggil spyware/malware.

bahaya,.. bahaya.. .dan bahaya....

Seperti memandu kereta/apa2 kenderaan. kita perlu merancang terlebih dahulu apa/ke mana/bagaimana/ (W7H lah) web yang kita akan layari. hal ini bukan susahpun. semuanya ada dalam islam itu sendiri. bagaimana tertibnya ibadat solat, "disusun" rapi. jadi, ambillah contoh yang tersedia ada.

sebagai pengubat hati, pipi berikan persona kasih.

jika belayar di lautan,
pasti ditiup angin berantaian,
tambahan pula ombak badai berhenjutan,
jadi.. berpeganglah pada pautan,

jika belayar di sini,
pasti ditiup angin bersegi,
tambahan pula ombak badai tidak terperi,
jadi.. perisian2 pencegahan perlu dicari.

[ Last edited by pipi at 5-2-2006 12:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by tipah at 5-2-2006 11:56 AM
kalau kita tak masuk mana2 web lucah takkan ia dgn sendiri akan appear kat PC kita ?


Assalammualaikum  kak tipah,

dia tak kata pun web lucah tuk appear sendiri maknanyer dia ngakulah dia yg pegi... Mala rasa masalah kawan kita ni is more basic i.e. internal desire and control

maklum setiap kita berlainan kejadiannyer. stgh kiter kuat makan, kuat bercakap, kuat tu kuat ni... pepaham jelah kan...

Mala nak nasihat pun tak pandai cuma nak suggest cuba gak tanya mrk2 yg mempunyai masalah yg samer elsewhere kot2 ader yg berjaya 'keluar' menyelamatkan diri...

Coming here is a good start makna nyer dia nak cuba 'ubat' style spiritual gitu...

[ Last edited by fleurzsa at 7-2-2006 10:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2006 12:38 PM | Show all posts
dulu2 masa kecik2.. pipi juga begitu.. almaklum lah.. dulu2 tak ada komputer/cd/vcd/dvd. dulu yang ada videotape sahaja... dan pipi beritahu berdasarkan pengalaman. senang sahaja, pipi beli videotape.. kemudian carik2kan filemnya. kemudian disidai di pokok mangga. heh heh. dari situ cuba datangkan kekesalan.
1. tuhan...
2. duit.. bukan senang nak carik..
3. nafsu serakah yang dihasut syaitan

itu salah satu kaedah secara perubatan orang gila bagi memulihkan internel desire and control. heh heh. sebab apa? sebab manusia kebanyakannya datang keinsafan selepas kekesalan. jadi, buat satu perkara yang membenarkan kekesalan itu tadi. think positive. lets try it. good luck.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.100082 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list