CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eise

[MERGED]Medical Card/Insurance Kesihatan...... What U should know...

  [Copy link]
Post time 15-8-2018 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN DAN SESETENGAH KES TAKAFUL INI BOLEH MELINDUNGI PUSAKA.

Contoh

Si mati mempunyai kereta yang perlu dibayar  setiap bulan sebanyak RM 650 (sudah pasti bukan kereta mewah kan).

Setelah permohonan di Pejabat Pesaka Kecil selesai, waris perlu menunggu 5 bulan untuk dapatkan tarikh bicara.

Selama tempoh 5 bulan sebelum Tabung Haji atau KWSP dapat dikeluarkan, kereta perlu dibayar supaya tidak diambil tindakan (tarik).

Semasa waris-waris berbincang untuk permohonan pusaka, kereta telah diputuskan diambil oleh isteri si mati.

Dengan adanya pampasan takaful yang diberikan si mati kepada isterinya, pembayaran ini dapat dijalankan walaupun menunggu 5 bulan sebelum harta pusaka dapat dicairkan.

Situasi ini tidak mungkin berjalan :

1. Tidak ada perbincangan langsung sebelum kes didaftar ke Pejabat Pesaka Kecil.

2. Waris tidak faham bahawa kereta berhutang lebih banyak risiko berbanding sekiranya tidak diserahkan kepada seorang. Bahkan kereta tidak boleh ada 2 nama.

3. Waris lain ingin bahagian dari harta takaful disebabkan si isteri mengambil semua bahagian kereta sedangkan jika dikira, bahagian hutang kereta lebih besar berbanding  yang telah dibayar.

4. Kereta diberikan juga kepada waris di bawah umur sedangkan jika tidak mahu dilepaskan, tebus bayar perlu dilakukan dalam sesetengah kes dalam perintah pembahagian.

5. Isteri mempunyai pampasan takaful yang mencukupi untuk kelangsungan asas hidupnya. Contoh si mati (suami) bergaji RM ,1,800. Dia perlu mempunyai pampasan sebanyak...

RM 1,800 x 12 bulan x 10 tahun (kalau nak ambil 5 tahun pun boleh) = RM216,000. Leb8h kurang tabarru' bulanan RM 50.

#celikpusaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2018 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
DALAM RAMAI RAMAI KAWAN

Kita mungkin ramai kawan engineer,doktor,lawyer, cikgu,akauntan,itu ini dan sebagainya. Bila kita mati kelak,mereka semua akan hadir dari jauh dan dekat. Jangan lupa berkawan dengan ejen takaful. Meskipun kerjaya mereka tidak se gah orang lain, in shaa Allah,mereka akan datang ziarah anda dan keluarga bukan dengan tgn kosong.Just pastikan ambik polisi secukupnya. Otherwise ejen pun dtg ziarah jela.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mbk at 30-9-2018 09:04 AM

Pernahkah anda membaca kisah seorang anak yang menerima surat dari LHDN untuk menuntut bayaran hutang cukai dari Allahyarham? Bunyi macam kejam bukan? Itulah hakikatnya. Kalau kita lihat gambar piramid tue, diharap kita akan lebih memahami.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts

ISTERI DAN ANAK

Dulu kita hidup sendiri, duit semua untuk diri sendiri. Jadi mana fikir pasal insurans ni. Tapi percayalah, bila dah ada tanggungan anda akan mula garu kepala. Bukan sebab anda tak mampu tanggung mereka, tapi anda fikir apa akan jadi dengan mereka bila anda tiada atau tiba-tiba kehilangan kerja.

Maka sebab itulah insurans itu perlu. Kita bayar bulan-bulan itu bukan untuk kita tetapi untuk mereka. Kita tidak mahu mereka susah kerana kita. Terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja dan sumber pendapatan keluarga hanya daripada kita seorang.

Kalau anda mati, boleh juga isteri anda kahwin lain, ada suami baru untuk sara dia dan anak anda. Tapi kalau anda lumpuh? Kalau anda koma? Isteri yang bekerja pun terpaksa berhenti kerja nak jaga anda, suap makan, basuh kencing berak anda. Mana lagi nak datang duit? Harap ihsan keluarga terdekat dan bantuan jabatan masyarakat? Hutang yang ada sebelum ni macam mana? Bil air, elektrik, Astro, Unifi, bil telefon? Hutang kad kredit? Siapa nak bayar?

Mari kita buat pengiraan mudah. Contoh jika gaji anda RM5,000 sebulan. Bermakna setahun gaji anda RM60,000. Nampak banyak, nampak kaya. Tapi daripada RM5,000 itu sebenarnya lepas tolak hutang tolak komitmen, anda rasa berapa je yang tinggal untuk belanja. Jadi bayangkan jika apa-apa terjadi pada anda. Hilang RM750 sebulan pun dah menggelupur. Inikan pula RM60,000 setahun hilang dari pendapatan sedangkan keluarga anda sebelum ini berbelanja dan urusan kewangan keluarga adalah berdasarkan keyakinan yang anda punya wang sebanyak itu. Mana isteri anda nak cari duit untuk ganti RM60,000?

Maka di sinilah perlunya insurans atau wang pampasan. Jika anda ambil pampasan RM60,000 bermakna anda beri masa setahun pada anda dan keluarga untuk buat percaturan. Jika pampasan RM300,000 bermakna anda dan keluarga boleh duduk goyang kaki selama 5 tahun dengan cara hidup dan belanjawan yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mbk at 20-11-2018 10:03 AM

Sharing is caring

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat tahun baru buat forumers board Takaful. Moga tahun ini makin ramai yang dikurniakan kesedaran untuk mencipta #Tabungkeluarga agar ada backup plan jika dilanda musibah. Jika bajet yang amat ketat, saya sarankan ciptalah #Tabungsendiri agar orang yang kita sayangi boleh meneruskan hidup dengan Aman dan damai tanpa dibebani masalah kewangan. Moga tahun baru ini dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2019 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Takaful perlindungan nie akan cover atau ganti balik income loss (pendapatan) Kita jika Kita dilanda musibah seperti didiagnose penyakit kritikal atau mengalami total permanent disability. Bolehlah ringankan beban kewangan kita. Bila dilanda musibah cth sakit, banyak jugak duit nak pakai. Kalau kad perubatan hanya cover kos hospital saja. Pendapatan yang hilang, kad perubatan x cover. Kalau meninggal Takaful perlindungan akan diberikan pada pewaris untuk meringankan beban kewangan dan perbelanjaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
#TabungTakaful

NASIHAT TAKAFUL

Takaful nie mudah
Kalau anda rasa Takaful ni penting untuk keluarga dan hidup anda, dapat meringankan beban masalah kewangan bila terjadi apa-apa, pasti anda akan terus membayarnya
Tapi kalau anda percaya ada orang lain akan kasi duit 1 JUTA free-free kepada anda atau anak isteri bila sakit Kritikal, hilang upaya atau meninggal dunia awal, maka tak sambung bayar dan nak berhenti sekerat jalan pun, buatlah
At the end of the day, the choices we make, will determine what will happen to us and those around us.
#cpmbk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2019 04:16 PM | Show all posts
Edited by mbk at 16-5-2019 04:18 PM

Norman Ridzuan
14 May at 12:09
Kepada sahabat- sahabat yang ada medical card personal tapi belum pernah guna (claim),

Mai nak share sikit apa yang kita kena buat sebelum terus guna Medical Card tu. Mungkin ejen-ejen pernah bagitau.Tapi takpa manusia mudah lupa, jom kita revise balik😀

1. Sebelum terus ke hospital pakar, seeloknya ke klinik dulu

" Eh kenapa pulak dah ambil medical card suruh kita ke klinik pulak? Dah tu apa function medical card?"

Ok macam ni,tujuan ke klinik dulu adalah untuk memastikan keadaan kita memang perlu admit wad.

Jika kita terus pergi ke hospital pakar, dan doktor pakar sahkan kita tak perlu admit,so terpaksa keluar duit poket sendiri untuk bayar bil yang mana selalunya lebih mahal daripada klinik biasa. Nurse procedure punya caj pon dah mahal, apatah lagi consultation doktor dan ubat-ubatan.

Dan medical card kebiasaannya hanya boleh digunakan bila kita confirm warded lebih dari 6 jam. Selain itu lebih baik rujuk kepada ejen atau pihak insuran/takaful terlebih dahulu tentang coverage.

Kemalangan pula ada 2 jenis. Ada yang boleh dirawat sebagai outpatient. Ada yang memerlukan admission wad. Jadi jika outpatient, Pay dulu dan bagi resit kepada ejen untuk Claim.

2. Jika doktor tanya, JAWAB DENGAN JELAS.
Jika kita mengalami masalah kesihatan. Pasti ada simptom-simptomnya. Kat bahagian mana, bila mula rasa perubahan.

Jika baru kena, jawab baru kena.Contohnya,sebab jatuh ka,sebab dilanggar atau lain-lain.

Kalau kita jawab tak tahu, doktor mungkin akan tulis UNKNOWN, maka proses penyiasatan oleh syarikat
insuran/takaful akan menjadi lebih panjang.

Walau pun kita sudah sign up 2,3 tahun, boleh jadi kita sudah ada sakit berkenaan sebelum kita sign up takaful lagi.

Jadi jawapan kita ketika bertemu doktor sangatlah penting.

3. Jika doktor klinik beritahu perlu warded, MINTA REFERRAL LETTER.

Jika doktor di klinik maklum kena warded, mintak terus refered letter untuk ke hospital panel. Beritahu doktor nak guna medical card.

4. Tolong SIMPAN RESIT KLINIK.

Kadangkala berlaku kes, 2, 3 kali kita terpaksa berulang alik ke klinik dan kemudian baru warded.

Jika admission warded itu sama berkaitan dengan rawatan di klinik-klinik sebelum ini maka bil-bil sebelum ini boleh claim dengan syarikat takaful/ insuran.

5. Jika rawatan disebabkan oleh kemalangan minta doktor tulis diagnose sikit kat belakang resit.

Sesetengah insuran takaful ada manfaat claim balik bil disebabkan kemalangan.

Biasanya untuk kes kemalangan seperti kena minyak panas, jahitan luka dan sebagainya yang tidak perlu warded di hospital.

Untuk claim memerlukan diagnos doktor yang ditulis dibelakang resit seperti berikut:
* Cause Of Accident
* Date & Time
* Treatment
* Sign & Stamp doktor yang merawat

Harap serba sedikit dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

Last but not least. Call ejen anda jika apa2 berlaku. Kalau ejen anda tak angkat call, call ejen lain pon tak menjadi masalah.

😎

credit: #NR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2019 12:37 PM | Show all posts
Betul, medical card takaful terbaik https://ezytakaful.com/12-perkar ... d-terbaik-dan-murahadalah adalah sangat penting dewasa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mbk replied at 2-1-2019 10:30 AM
Takaful perlindungan nie akan cover atau ganti balik income loss (pendapatan) Kita jika Kita dilanda ...

Saya mmg tgh survey insurance lain ni..sbb serik guna prudential takaful (masih active) tp ada tunggakan sbb process terminate leceh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam Ramadhan Al Mubarak untuk board insurans. Moga Ramadhan ini memberi kesyukuran dan sinar buat kita semua. Sekarang nie Takaful atau insurans boleh mohon secara online. Consult dengan ejen terdekat anda atau wasap.my/+60192853910/mohontakaful
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.184180 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list