CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hasurinde

Pahang Darul Makmur

 Close [Copy link]
Post time 2-8-2006 05:47 PM | Show all posts
D扐rk Resort & Training, yang terletak di Janda Baik menyediakan semua kemudahan untuk mereka yang gemar menikmati suasana nyaman dan segar alam semulajadi. Resort ini terletak bersebelahan dengan Masjid sebuah Kampung, di Janda Baik.

Kemudahan yang disediakan:
1. Chalet dan hostel pada kadar RM80 semalam.
2 Dewan serba guna
3. Padang untuk aktiviti sukan
4. Jungle trekking. Kena bayar tambahan untuk penunjuk jalan.
6. Peralatan BBQ






credit: HotGuyKL@ IG.com,
           http://dpkbasiron.fotopages.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2006 02:23 PM | Show all posts

Tempat tempat menarik di Pahang [All Merged]

Fokus: Tasik Chini hilang seri
Oleh Nurashiqin Omar


Perairan makin cetek, lumut ekor kucing ancam sesies teratai, air keruh jejas destinasi pelancongan popular



SIAPA sangka destinasi pelancongan kemegahan negeri Pahang yang sering menjadi sebutan suatu ketika dulu, kini diancam kemusnahan alam sekitar disebabkan faktor pembangunan di pinggir kawasan semula jadi itu, selain kehadiran spesies tumbuhan asing yang mengganggu ekosistem kawasan paya air tawar berkenaan.

Tasik Chini adalah sebuah tasik semula jadi yang kedua terbesar di Malaysia, penuh dengan pelbagai legenda termasuk dongeng mengenai kewujudan naga Tasik Chini selain menyimpan seribu satu rahsia sejarah yang sering diperkatakan sejak dulu lagi

Sayangnya, sejarah dan cerita di sebalik kemasyhuran Tasik Chini itu kini seolah-olah kian sunyi dan gagal menjadi tarikan utama pelancong untuk mengunjungi pusat pelancongan itu seperti sebelum ini.

Kawasan perairannya yang semakin cetek diakui sendiri beberapa penduduk tempatan yang sudah berpuluh tahun bekerja sebagai pemandu bot pelancong di kawasan tasik berkenaan dan ada yang mendakwa ukuran paling dalam hanya mencecah 3.048 meter saja.

Tambahan pula, kehadiran lumut yang dikenali sebagai ekor kucing yang mengancam dan menyebabkan spesies pokok bunga teratai yang pernah menjadi antara daya tarikan pelancong untuk terus berkunjung ke Tasik Chini itu semakin berkurangan.

Bukan itu saja, warna air di tasik itu juga semakin keruh terutama sekali apabila tiba musim hujan kerana limpahan air dari Sungai Pahang melalui Empangan Kuala Chini itu akan mengubah warna asal air di tasik berkenaan.

Pemandu bot pelancong, Mustapar Awang Ngah, 48, berkata beliau sudah lebih 10 tahun menjalankan perkhidmatan membawa pengunjung mengelilingi kawasan Tasik Chini untuk melihat keindahan alam semula jadi termasuk perkampungan Orang Asli daripada suku kaum Jakun.

Sebagai penduduk tempatan yang tinggal di kawasan itu beliau dapat melihat pelbagai peringkat kemusnahan yang berlaku di Tasik Chini terutama sejak pembangunan berbentuk rumah tumpangan dan resort didirikan di pinggir kawasan tasik berkenaan.

"Keadaan ini berlaku disebabkan pembinaan Empangan Kuala Chini berhampiran sungai kerana apabila tiba musim tengkujuh, air dari Sungai Pahang akan mengalir masuk ke dalam tasik dan membawa benih lumut ekor kucing ke dalam kawasan tasik.

"Apabila lumut berkenaan sudah berada di dalam kawasan tasik, ia akan membiak dengan cepat dan menutupi pokok teratai sehingga menghalang bunga berkenaan daripada terus hidup," katanya.

Seorang kakitangan agensi pelancongan yang berpusat di Kuala Lumpur, K Sunder, turut bersetuju dengan masalah kekeruhan air tasik berkenaan dan beliau yang sering membawa pelancong ke Tasik Chini kesal dengan keadaan berkenaan.

Katanya, selain masalah air, ada juga dahan kayu tua tersangkut di atas pokok terutama di kawasan rimbunan pokok dan perkara ini membahayakan pengunjung kerana dahan kayu itu boleh jatuh menimpa pelancong ketika pemandu bot mereka menyusuri kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, setakat ini tiada antara pelancong luar yang saya bawa merungut mengenai keadaan di tasik ini dan mereka sentiasa mengagumi keindahan persekitaran semula jadi yang ada di negara kita.

"Bukan itu saja, malah pelancong asing masih dapat melihat cara kehidupan Orang Asli yang masih tinggal di pulau di kawasan dipanggil Bala dan melihat pokok bunga teratai yang masih kekal di beberapa kawasan tasik ini," katanya.

Seorang pelancong dari Belanda yang baru selesai mengelilingi Tasik Chini, Timmer, 21, berkata beliau gembira dapat menimba pengalaman melihat keindahan alam semula jadi di tasik itu kerana ini adalah kali pertama mereka mengunjungi kawasan air tawar berkenaan.

"Ini adalah kali pertama saya melawat Malaysia dan saya amat kagum dengan keindahan semula jadi di tasik ini. Saya dapat melihat habitat haiwan air tawar, burung-burung yang berterbangan dan pokok bunga teratai yang terapung di permukaan tasik.

"Saya yakin akan datang ke sini sekali lagi bersama-sama keluarga saya kerana keindahan kawasan tasik di sini amat memikat hati. Ia mempunyai kelainan dan spesies haiwan dan tumbuhannya juga berlainan daripada di tempat saya," katanya.


Fakta Tasik Chini

Tasik kedua terbesar di Malaysia

Pembangunan di kawasan sekitar menjejaskan alam sekitarnya

Ukuran paling dalam tasik kini hanya tiga meter

tumbuhan ekor kucing menjadi ancaman ekosistemnya

[ Last edited by  chumpon at 5-10-2006 09:26 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 09:58 AM | Show all posts
Hilangnya keindahan alam semulajadi yang menyedihkan... berapa lagi perlu kita bayar untuk harga sebuah pembangunan yang tidak terancang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 06:34 PM | Show all posts
me cadangkan tempat ni kat my canadian friends, dorang pergi...
feedback dorang, mengecewakan....
kesihan malaysia, dahlah tak banyak tempat menarik, yang ada pun tak mau dijaga, camana nak tarik pelancong baik dalam dan luar negara....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 05:19 PM | Show all posts

All About Pahang

sy cari topik yg berkaitan mcm x de....

ada sape-sape nak share nice place kat pahang tak? sebab 25/11/2006 saya sefamily nak bercuti ke holiday villa cherating...so nnt boleh la jalan-jalan kat sana..pls rekomen kan tempat yg best....komen pasal holiday villa cherating pun dialu-alukan since nie first time sy ke sana..

Mod, kalau dah ada topik nie sila merged kan ye...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 19-9-2006 07:25 PM | Show all posts
Kuantan , Pahang










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
mamakcute This user has been deleted
Post time 19-9-2006 07:26 PM | Show all posts
Kuantan - Pahang









Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:02 AM | Show all posts
kuantan la bndr paling best aku penah merantau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 10:22 AM | Show all posts
gambar masjid tuh, mesti amik dari shahzan inn
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 20-9-2006 11:26 AM | Show all posts


Teluk Cempedak beach, once famous
for its clean and white sands, is now marred by rubbish.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 11:42 AM | Show all posts

A few places yang boleh pegi - random order

1. Cherating Beach
2. Kuantan Town
3. Air Terjun Sg Lembing
4. Air Terjun Teladas
5. Kota Gelanggi, Jerantut Pahang (spelunking)
6. Tong Kiat, Jengka Pahang - durian
7. Teluk Cempedak Beach
8. Balok Beach
9. Tanjung Api (kalau tak silap) - beli keropok lekor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 12:02 PM | Show all posts
duquesne,

TQ! ada soalan lagi...ada tak tempat-tempat yg best kalau nak pi shopping-shopping...atau kena terus pergi ke terengganu since diaorg dah berjiran dekat?
kat kuantan tu tmpt shopping apa yg best? boleh rekomen tak?
Reply

Use magic Report

ladyhermanas This user has been deleted
Post time 20-9-2006 03:00 PM | Show all posts
kuantan as shopping haven?u gotta be joking.hahah..no offence tapi sesatunya yg bleh tahan pun ada berjaya megamal.lagi ada kuantan parade n plaza, to buy knick knacks yes u can, tapi barangnye sama je di mana mana.if u wanna buy crafts sumwhere in telok cempedak, better not, prices dia kinda exhorbitant,ye la tempat byk tourist
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 05:13 PM | Show all posts
oooo mcm tu ke? so kalau rasa nak shopping sakan (especially for women) better pergi ke terengganu/kelantan lah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by ladyhermanas at 19-9-2006 07:00 PM
kuantan as shopping haven?u gotta be joking.hahah..no offence tapi sesatunya yg bleh tahan pun ada berjaya megamal.lagi ada kuantan parade n plaza, to buy knick knacks yes u can, tapi barangnye sam ...


Hehehe.. me from Kuantan memang setuju dgn pendapat u, kalau setakat nak shopping tak payah, baik la shopping kat KL. KUantan ni sesuai untuk u bersantai ngn family je, menghirup udara laut yg segar. Jalan -jalan cari makan ke.. oklah.

Kalau me balik Kuantan pun kadang2 stay kat Swiss Garden. Nak makan2 balik rumah mak tak jauh mana pun about 10min je.. parents ngn adik2 leh tumpang2 mandi swimming pool, lepak2 kat pantai. Petang2 cari Sata ngn kopok lekor.best! best!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by zunur at 18-9-2006 09:19 PM
sy cari topik yg berkaitan mcm x de....

ada sape-sape nak share nice place kat pahang tak? sebab 25/11/2006 saya sefamily nak bercuti ke holiday villa cherating...so nnt boleh la jalan-jalan kat ...


Pernah stay kat Holiday Villa, best gak sini. Swimming pool ada 2 yang besar, kalau hotel penuh pun OK lagi nak mandi2. Nak cari makan pun senang, kalau nak rasa makan sata yg sedap pergi la Kemaman, then kalau masuk bdr Kemaman ada satu kedai kopi yg very the sedap n famous, Kopi Hai Peng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 08:39 AM | Show all posts
O2 TQ!....

mcm tu ke...emm nak rasa jugak la sata yg terkenal kat kemaman tu..kat board FnR pun ada mentioned pasal sata tu.....pasal holiday villa tu emmm macam best....boleh try...tgk ada kemudahan health spa..tapi yg nie kena bayr ke?

selain tu nak cari jugak kopok lekor...mesti best.....ada lagi tak tmpt yg menarik utk dilawati?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 10:36 AM | Show all posts
Originally posted by zunur at 20-9-2006 12:39 PM
O2 TQ!....

mcm tu ke...emm nak rasa jugak la sata yg terkenal kat kemaman tu..kat board FnR pun ada mentioned pasal sata tu.....pasal holiday villa tu emmm macam best....boleh try...tgk ada kemu ...



pasal healty spa tu tak pernah try pulak.. tapi rasanya mana2 hotel pun diorang akan charge, tgk la package macam mana yg u nak.. Mcm yg dah posting kat atas, ada byk tempat lain yg boleh u pergi.Cuma kena  betul2 merancang la. kalau sekitar KUantan je. cam Pantai TC, Mini Zoo, pusat kraftangan.. Kalau senang2 check la kat board Pahang. Selamat Bercuti.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by ladyhermanas at 20-9-2006 15:00
kuantan as shopping haven?u gotta be joking.hahah..no offence tapi sesatunya yg bleh tahan pun ada berjaya megamal.lagi ada kuantan parade n plaza, to buy knick knacks yes u can, tapi barangnye sam ...


Ahaks.. agreed!!! Nak shopping kalu, pegi la Kuala Terengganu - pegi kat Pasar Payang. On the way back to Kuantan, singgah kat Losong - beli keropok lekor. Am not sure now Dungun dah jadi apa skang.. dah mengembang ke blom.. sebab dulu Dungun ni pekan kecik aje. Nak makan seafood, kat Kemaman pun ada..

Nak shopping kat Kuantan.. hehe takde apa yang menarik (read: berlainan dan murah) nak dishopping kat shopping mall kat sana pun.. setakat jalan jalan and tengok tengok boleh la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 02:01 PM | Show all posts
rasanya ada tempat untuk kelip-kelip kat kuantan tapi tak sure kat mana...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.062091 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list