CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hasurinde

Pahang Darul Makmur

 Close [Copy link]
Post time 4-10-2006 05:26 PM | Show all posts
Penyu Cherating lebih jinak


PENYU cukup sinonim dengan Malaysia. Malah, haiwan reptilia itu pernah dijadikan maskot sebagai daya tarikan pelancong ke sini. Malaysia juga amat bertuah kerana pantainya menjadi pilihan haiwan terancam itu untuk mendarat dan bertelur.

Bagaimanapun, bilangan pendaratan penyu kian berkurangan disebabkan gangguan persekitaran semula jadi haiwan sensitif itu. Keadaan diburukkan dengan sikap pelancong yang mengundang ancaman terhadap penyu seperti menyuluh, membuat bising, malah menunggang haiwan berkenaan ketika bertelur.

Perbuatan sebegitu menyebabkan penyu berasa terancam dan menyebabkan penurunan bilangan penyu yang mendarat di pesisiran pantai negara ini.

Jika Rantau Abang di Terengganu tidak lagi popular sebagai lokasi pendaratan penyu, anda mungkin boleh ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu (PPSP) di Cherating, Pahang. PPSP di KM 45, Jalan Kuantan-Kemaman itu bukan saja diwartakan sebagai lokasi pendaratan penyu, tetapi mempunyai pelbagai program berkaitan penyelidikan, pendidikan dan pemuliharaan penyu.

Selain itu, pelancong ditawarkan dengan aktiviti melihat penyu bertelur dan pelepasan anak penyu. Aktiviti pelepasan anak penyu diadakan setiap malam mulai jam 10.30 malam, manakala penyu paling banyak melakukan pendaratan pada Mac hingga September. Antara spesies penyu yang terdapat di sini ialah penyu agar, karah dan lipas.

Ketua Pusat PPSP, Zakaria Sulaiman berkata, sejak Mac lalu 255 pendaratan penyu dicatatkan di sepanjang pantai Chendor hingga Cherating sejauh 3.5 kilometer.

Sepanjang kawasan itu juga ialah kawasan larangan bagi kegiatan penangkapan ikan dan aktiviti pantai terutama pada waktu malam.

Menurutnya, di PPSP anak penyu akan dieramkan di dalam lubang pasir selama 45 hingga 60 hari dan tempoh penetasan haiwan itu bergantung kepada keadaan suhu persekitaran.

Selain itu, PPSP menyediakan pusat pameran berkaitan penyu dan pengunjung juga berpeluang menonton tayangan video di dalam bilik khas di pusat ini. mengenai habitat, pembiakan dan pemuliharaan penyu serta tayangan VCD.

Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri beberapa spesies penyu seperti agar, lipas dan karah yang dipelihara di dalam kolam dan berinteraksi dengan memberi makan kepada penyu.

Apa yang menarik, setiap kali berdiri di tepi kolam, penyu berkenaan terus mendekati anda seolah-olah mahu berinteraksi.

"Program memberi makan kepada penyu menimbulkan keprihatinan orang ramai terhadap nasib penyu yang menghadapi ancaman kepupusan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 06:57 PM | Show all posts
Siapa yg penah stay at Impiana Cherating? Best tak?

Ingat mcm nak pegi honeymoon situ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by naziehah at 4-10-2006 06:57 PM
Siapa yg penah stay at Impiana Cherating? Best tak?

Ingat mcm nak pegi honeymoon situ..



best, staff friendly.... cuma tempat makan susah sikit, kena drive keluar... makanan kt cafe dia just so-so tp suasana kt situ agak quiet...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 10:38 PM | Show all posts
Tq jean! :tq:

U pegi honeymoon ke..or holiday?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:25 PM | Show all posts
Bercuti dalam dusun

Oleh NOR HAIRULNIZAM WAHID

BAGI pecinta durian, mungkin ini masa terbaik untuk mengunjungi Agro Resort Semuji, tidak jauh dari Kuantan, Pahang, apabila raja segala buah itu mula berbuah, sekali gus mampu menarik pengunjung ke resort berkenaan.

Siapa yang tidak kecur air liur apabila melihat durian bergantungan menanti masa untuk luruh, malah mencium baunya pun membuat hati tidak keruan.

Bagaimanapun, resort berkenaan tidak hanya bergantung kepada musim durian kerana ia turut menawarkan keindahan serta kehijauan alam semula jadi bagi mereka yang mahu menenangkan diri daripada kesibukan tugas seharian.

Sejuk mata memandang apabila melihat puluhan chalet yang dibina kelihatan harmoni dengan persekitarannya, apatah lagi dengan kewujudan enam kolam yang menambahkan lagi keindahan resort terbabit, sesuai dengan konsepnya iaitu 憁engharmonikan manusia dengan alam semula jadi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

rotibakar2006 This user has been deleted
Post time 7-10-2006 06:34 AM | Show all posts
Originally posted by flameboy35 at 16-6-2006 01:18 PM
Cherating kalau x singgah restoren nama paksu memang x sah..memang sedap restoren tu...memang pakar dlm masakan seafood n puas hati dgn bayaran yg dikenakan.Kalau anda dari kl restoren itu di sebel ...


Pak Su tu sebenarnya cina....tak sure dia dah convert islam ke tidak...dulu aku penah nak singgah tp  tgk takde logo halal terus cancel tak singgah...was-was lak cos tak sure halal ke idak.....tgk dari luor pun nampak cam restoran cina...so u guys better confirm first before makan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2006 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by flameboy35 at 15-6-2006 05:18 PM
Cherating kalau x singgah restoren nama paksu memang x sah..memang sedap restoren tu...memang pakar dlm masakan seafood n puas hati dgn bayaran yg dikenakan.Kalau anda dari kl restoren itu di sebel ...


Restoran Paksu tu bukan restoran Cina ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 01:40 PM | Show all posts
masa anak dare dulu pernah gie teluk chempedak whole family, aunties, cousins, tok nek sedara dan kengkawan sekali (termasuk ler boypren now hubby la).  to me, i might go for the breeze and lepak le, tapi mandi tidak sama sekali .. masa kitaorang gie tu, my brother, boyfren and cousin nearly drowned ... alhamdulillah sempat tarik each other to shore, kalau tak, nauzubillah ... so kalau nak gie bermandi manda kat situ, berhati hati selalu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2006 02:59 PM | Show all posts
kat genting hland...hotel apa yg paling best ha? any suggestion? 1st world? awana ? itu je yg i tau..ada yg lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:32 PM | Show all posts
depends on your budget, budget besar leh dok kat either resort hotel or genting hotel, kalau budget sederhana, leh stay kat theme park or awana (kat bawah sket), kalau budget sket, leh stay kat first world hotel.  i'm going to stay at awana after raya .. bilik dia besar ada 2 queen bed, so cukup ler for my family.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 03:50 PM | Show all posts

Reply #41 adnil's post

awana tu bukan 5 star ke?
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 1-11-2006 02:34 PM | Show all posts


Teluk Cempedak beach, once famous
for its clean and white sands, is now marred by rubbish.





Let's Clean Up The Beach
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 01:30 PM | Show all posts
maybe bukan awana yang cuba dimaksudkan tu..

[ Last edited by  ugLy_priNcEss at 2-11-2006 01:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 01:33 PM | Show all posts
http://www.genting.com.my/en/acc ... a_genting/index.asp

ni website untuk awana...awana ni 5 star hotel.. (",)



ni la website nak tgk senarai hotel kat genting

http://www.genting.com.my/en/accommodation/index.asp

[ Last edited by  ugLy_priNcEss at 2-11-2006 01:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 01:41 PM | Show all posts

SEDIKIT INFO MENGENAI KUANTAN

Kuantan

Kuantan is the state capital and is the main gateway to the east coast. In and around this quaint town there are attractions.

Shopping
The main shopping complexes in town are the Berjaya Megamall, Komplex Teruntum, and Kuantan Parade.


Teluk Chempedak
Two world class hotels are located here. The beach is excellent for water sports activities such as sailing, canoeing, jet skiing, surfing, and sunbathing. For those who like jungle trekking, you can trek through Teluk Chempedak Forest Reserve to the idyllic Pelindung Beach. More trekking is available on the route from the beach to the mini zoo nearby at Taman Teruntum, which offers some real jungle environment.

Location: 5km from the town of Kuantan.


State Mosque
This magnificent State Mosque built in 1991 is a major landmark in Kuantan town with its four minarets.


Balok Beach
Balok Beach is about 15km north of Kuantan -

Good for wind surfing

Beserah
A pleasant small fishing village is well known for salted fish.  The unique practice of employing water buffaloes to transport fish from the boats to the processing area is seen here.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 01:53 PM | Show all posts

Pada yang berhajat nak lepak kat club med cherating,nak share gambo

room



pool



sports







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2006 02:00 PM | Show all posts

ni plak impiana cherating




Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 02:07 PM | Show all posts

holiday villa cherating la pulok!!!!







Sedikit info :

Rate valid till 31st Dec 2007

Superior Room
Single RM 185.00 nett
Double RM 195.00 nett

Deluxe Room
Single RM 185.00 nett
Double RM 195.00 nett

Garden Villa
Single RM 189.00 nett
Double RM 199.00 nett

Family Suite
Single RM 479.00 nett
Double RM 479.00 nett


  

ADDRESS

Lot 1303, Mukim Sungai Karang, Cherating, Kuantan, Pahang, Malaysia.



INFORMATION

Rating : 3 star
Check-in time - 14:00pm
Check-out time - 12:00nn



ROOM AMENITIES

Comprising 100 luxurious guest rooms, the Resort is made up of 3 wings, namely The Palace Wing, The Capital Wing and The Eastern Pavillion. The Palace Wing is made up of chalets namely The Deluxe Chalets and The Superior Chalets. All the chalets at this wing are facing the swimming pool. The Capital Wing is made of The Deluxe Rooms. All the rooms at this wing are facing the swimming pool.

The Palace Wing Deluxe Chalets - comes with 2 single beds and a sofa. These chalets are spacious enough to accommodate 1 extra bed. Under the normal beds arrangement these chalets accommodate 2 adults. With the extra bed it accommodates 3 adults.

The Palace Wing Superior Chalets - comes with 2 types of beds combinations. The first type comes with 1 king size bed and the second type with 2 single beds. For the first type, these chalets are unable to accommodate extra bed but can accommodate extra mattress. For the second combination it is possible to add in 1 extra bed. Under the normal beds arrangement these chalets accommodate 2 adults. With the extra bed/mattress it accommodates 3 adults.

The Capital Wing Deluxe Rooms - comes in 2 types of beds combinations. The first type comes with 1 king size bed and the second type with 2 single beds. These rooms are spacious enough to accommodate 1 extra bed. Under the normal beds arrangement these rooms accommodate 2 adults. With the extra bed it accommodates 3 adults.



FACILITIES

2 swimming pools, open air jacuzzi, children's pool, 3 tennis courts, 2 indoor badminton court, fitness centre, health spa, duty free department store, handicraft corner, sea sport centre, baby sitting, fun pub and karaoke lounge.

  

GETTING AROUND
Holiday Villa Cherating is located on the east coast of Peninsular Malaysia in the state of Pahang, just 4 hours by road from Kuala Lumpur or 30 minutes from Kuantan. By air just 35 minutes from Kuala Lumpur or 45 minutes from Singapore to Kuantan Airport.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2006 01:36 PM | Show all posts
Zoo Lipis gamit pelancong
Oleh Amran Abdullah


Kawasan riadah konsep keluarga di Bukit Bius bolehkan pengunjung lihat pelbagai spesies haiwan selain jejak kesan sejarah


KUALA LIPIS: Biasanya, kalau di daerah kecil di Pahang, zoo bukan menjadi destinasi tarikan utama pelancong. Daya tarikannya lebih kepada tempat dan bangunan bersejarah, rekreasi serta riadah.

Bagaimanapun, lain pula di bandar Kuala Lipis. Selain bangunan bersejarah, Zoo Lipis adalah destinasi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke bandar berkenaan.

Majlis Daerah Lipis (MDL) bersungguh-sungguh mempromosikan Zoo Lipis yang sehingga kini berjaya menggamit berpuluh ribu pengunjung ke daerah itu.

Berita Harian, baru-baru ini, berkesempatan meninjau zoo berkenaan secara dekat atas jemputan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Zainal Abidin Mat yang menjadi pencetus idea kelahiran Zoo Lipis.

Inisiatif itu dibuat kerana beliau mahu melihat Kuala Lipis yang sudah terkenal dengan tempat dan bangunan sejarah, mempunyai daya tarikan lain sekali gus menjadi destinasi pelancongan menarik dan sesuai dikunjungi keluarga.

Berkonsepkan riadah keluarga, Zoo Lipis menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara termasuk pelajar sekolah sejak dibuka Mac lalu. Zoo itu juga menjadi pusat pengajaran dan pembelajaran haiwan yang agak menarik.

Zainal Abidin yang juga Yang Dipertua MDL, berkata Zoo Lipis dibangunkan di atas Bukit Bius terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Bandar Kuala Lipis mudah dikunjungi pada setiap masa.

"Bukit Bius sendiri adalah bukit bersejarah serta mempunyai kaitan dengan Bukit Residen ketika pendudukan Inggeris.

"Dari atas Bukit Bius, pengunjung dapat melihat panorama Kuala Lipis yang sangat menarik sambil melihat haiwan ditempatkan dalam zoo dari celah-celah bukit," katanya.

Beliau berkata, kawasan seluas tiga hektar itu dibangun berkonsepkan zoo dengan menelan belanja RM30,000 membabitkan baik pulih kemudahan sedia ada di zoo yang terbengkalai sebelum ini.

Zainal Abidin berkata, MDL juga sedang dalam usaha memperbesarkan lagi zoo itu di samping menempatkan haiwan seperti buaya, zirafah serta beberapa haiwan liar termasuk pelbagai spesies burung.

"Bagi maksud dan tujuan ini kita mendapatkan khidmat nasihat Zoo Melaka, yang mana kakitangan Zoo Lipis juga mendapat tunjuk ajar dan bimbingan zoo itu bagi memelihara dan membesarkan haiwan di sini," katanya.

Selain itu, katanya inisiatif untuk membiak baka haiwan di situ turut dilaksanakan secara terancang dan baru-baru ini, Zoo Lipis mencatat sejarah kelahiran anak landak dan burung merak yang bertelur sebanyak lima biji bagi menambah baka haiwan terbabit.

Anak landak itu turut menerima sijil kelahirannya dan dinamakan `Sri Lipis', manakala telur burung merak sedang dalam usaha penetasan bagi mendapatkan baka.

Landak dan burung merak adalah sebahagian daripada 35 spesies hidupan liar di zoo berkenaan.

Haiwan lain seperti beruang matahari, binturong, merak biru, merak India, nigai, beruk Jepun, monyet jambul, helang siput, musang tenggalung dan pelbagai spesies burung.

Dalam usaha membiak dan membesarkan haiwan di situ, sumbangan atau penajaan kos pemeliharaan haiwan daripada jabatan kerajaan, swasta, badan korporat dan individu sangat dialu-alukan.

"Ini semua untuk kemudahan dan kebaikan haiwan itu seperti membeli makanan, ubat, membaik pulih sangkar serta kerja penyelenggaraan," katanya.

Selain lawatan, Zoo Lipis turut menganjurkan beberapa pertandingan seperti tiru suara burung, mewarna dan melukis haiwan, pencarian harta karun di kawasan zoo serta bercerita di zoo bagi menarik lebih ramai pengunjung.

"Ini dilakukan pada bulan tertentu dan kita akan merangka lebih banyak aktiviti bersama tiga kakitangan MDL yang ditempatkan di zoo terbabit," kata Zainal Abidin.

Zoo Lipis dikendalikan Jabatan Perancangan Pembangunan dan Landskap turut menjadikan Bukit Bius sebagai kawasan dan landskap zoo yang mesra alam sekitar serta hutan simpan di situ di samping membesarkan haiwan di zoo itu.

Pengunjung, Zuraidah Abdullah, 32, berkata bayaran RM2 untuk dewasa dan RM1 kanak-kanak yang dikenakan pengurusan Zoo Lipis adalah munasabah kerana bayaran itu digunakan untuk membeli makanan haiwan di situ.

"Suasana di Zoo Lipis mampu memberi kerehatan fikiran dan hiburan kepada seisi keluarga dan tempat berehat yang menyeronokkan sambil melihat telatah haiwan dalam zoo.

"Apa sangatlah bayaran masuk sebanyak itu berbanding faedah dan nikmat yang kita perolehi," katanya.

Katanya, pihak zoo boleh mempelbagaikan haiwan yang terdapat di situ seperti menempatkan harimau atau gajah bagi menarik lebih ramai pengunjung ke daerah itu.

Katanya, selain dapat melihat bangunan bersejarah di bandar itu, pengunjung juga boleh berehat di Zoo Lipis sambil melihat keletah haiwan.

Sejak dibuka Mac lalu, sambutan terhadap Zoo Lipis semakin menggalakkan apatah lagi dengan promosi dan kemudahan pengangkutan disediakan pihak zoo membolehkan orang ramai mengunjungi zoo dengan lebih mudah.

Pembesaran dan keupayaan Zoo Lipis itu juga bergantung kepada sumbangan dan bagi mereka yang berhasrat menaja haiwan peliharaan di Zoo Lipis boleh menghubungi MDL melalui 09-3121433, 3121253, faksimili: 09-3123953, email: mdllipis@hotmail.com atau web: www.mdllipis.gov.


FAKTA: Zoo Lipis

Keluasan zoo tiga hektar

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Akan menjadi pusat rekreasi keluarga di bandar Kuala Lipis.

Bayaran dikenakan untuk menampung pemakanan haiwan di Zoo Lipis.

Pengurusan Zoo Lipis turut menganjurkan aktiviti sampingan bagi menarik kunjungan orang ramai.
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 14-11-2006 10:50 AM | Show all posts
Air Terjun Chamang - Bentong








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.063096 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list