CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ron_amigos7

Kahwin Muslim & Kristian +ahli kitab (merged thread)

[Copy link]
Post time 22-6-2006 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 19-6-2006 06:06 PM


:setuju:

Kalau dah DI UBAH, maka di takrifkan sebagai BUKAN ASLI lagi......

Cuba FAHAMI akan TAFSIR surah Al Fatihan yg komer dok baca sebanyak 17 X setiap ari.
...............BUKAN jalan oghang yg sesat(Nasrani) dan BUKAN juga jalan oghang yg di murkai.(Yahudi)


Salam Sejahtera niceghost2005,

Siapa yg masukkan perkataaan (Nasrani) dan (Yahudi) didlm terjemahan diatas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2006 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by cuka-cuka at 19-6-2006 11:18 AM
zaman sekarang ni masih ada lagi ker ahli kitab?



skrg dah tak ada ahli kitab.Mereka bukan AHLI. Mereka sekadar ahli kepada agama yg baru berpandukan buku nukilan yg diplagiat/diedit dari kitab2 suci terdahulu.

Penganut christian dan jews sekrg bukan ahli kitab.Cara amalan dan kepercayaan sedikit terpengaruh dgn 3 kitab yg diturunkan terawal krn budaya nenek moyang mereka dlm lingkaran nabi musa, Isa dan Daud.Penganut Christ/yahudi sama saja dgn penganut agama lain spt hindu, budha,scienthoogy dan semua agama2 baru yg diciptakan oleh manusia.

-Rabbi Aron-
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 10:55 AM | Show all posts
rasanya kalo tak silap peristiwa mubahilah ader menerangakn nabi berjumpa/berdebat ngan ulama/bishop besar kristian.... mungkin boleh dibuat panduan kot..tapi baik tanya yg arif pasal ahli qitab nie.
berbalik pada syarat perkahwinan... kahwinlah kamu 1...2,3 atau 4 sekiranya mampu...tetapi mesti adil dengannya....manakala syarat pemilihan calon..atau pasangan hidup...mesti lihat pada...:

agamanya(islam),
kecantikannya(budi pekerti),
hartanya(memelihara kesucian diri)
dan keturunanya (bukan muhrim)........insya allah dpt membantu serba sedkit...
Reply

Use magic Report

tenuk8 This user has been deleted
Post time 23-6-2006 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by Manis7474 at 22-12-2005 10:42 AM
Nnti dulu jangan buat tuduhan sebarangan..Indonesia tu lagi ramai muslim diaorg mmg very strict....
Korang cariklah n tanya betul2..Lelaki Islam boleh kawin dgn non-muslim lady dgn beberapa syarat yg
ketat

1-pompuan tu mestilah virgin(ni ada lagi ke ni...hehehe)

2-Pompuan tu tak bolehlah nak melarang laki dia nak gi masjid ke..something yg related to the deen.

3-Anak2 semuanya ikut husbandlah...

Itu yg aku ingat aku dgr ceramah lah...ada lagi kot...


adoi MANIS... ilmu agama nih bukan sekadar belajar dengar ceramah.. tapi menuntut ngan guru...
aben nasehat kan lah.. kalau tak tau baik jgn mandai2 nak nasehat... ada ke syarat nak kawen ngan non-muslim lady kena VIRGIN... kalau ikut pikiran pun dah tak betul.. apa kena kawin yg sah dgn masih virgin ke dak..

kalau ikut kat Malaysia nih tak boleh perkahwinan antara islam dan bukan islam.. dari pandangan alim ulama tuh aben tak tau.. tapi sekadar nak kongsi apa aben belajar dolu2.. ustaz aben cakap islam leh kawin ngan ahli kitab... ahli kitab nih adalah kaum yahudi dan nasrani yg masih mengikut ajaran nabi musa dan isa melalui kitab2 suci seperti taurut dan injil... tapi depa masih ngikut ke.. yahudi aben tak pasti.. tapi yg gang kristian nih dah sah melalut and menyimpang... dengan protestant.. new old testaments.. ngan da vinci code dia lagi... and ustaz aben ada cakap.. kawin pun asa syaratnye.. syaratnye pastikan yg pasangan islam dah takde atau kurang memuaskan... dan negara dimana kita tinggal itu adalah negara islam dan dipimpin oleh orang islam.. tuh yg aben paham lah.. so kalau betul2 nak tau cuba check ngan ustaz atau buku rujukan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 12:17 PM | Show all posts
Saya secara peribadi lebih berpegang kepada pendapat yg sama dgn Dr Yusof Qardhawi, in the sense that mereka masih lagi Ahli Kitab, kerana pada zaman nabi pun kitab2 dah diubah, tapi pada ketika itu pun, Qur'an masih refer mereka as ahli kitab. Jadi atas ukuran apa kita nak katakan sebaliknya. Cuma dari segi praktikalnya saja, pada akhir zaman ini mungkin sukar nak bersatu dgn mereka kerana rata-rata mereka juga telah meninggalkan kitab mereka sendiri, yg menyebabkan jurang antara Muslim dan golongan ini jadi sangat jauh  (actually Muslim pun dah ramai tinggalkan kitab sendiri, hehe).

Mengulas sikit posting tenuk8, dari segi dasarnya Yahudi memang monotheist, cuma majoriti  Kristian yg syirik sbb percaya Jesus adalah tuhan. But even then, ada lagi Jehovah Witness dan cult2 kecil dalam Kristian yg percaya sebaliknya.

Hmm... sebenarnya, ada rakan-rakan kristian yg monotheist. Golongan mcm ni susah nak jumpa di Malaysia (setakat ni saya hanya jumpa sorang di Malaysia, ada kat AIA HQ. Sapa2 rajin check lah ada sorang kristian yg budak2 kristian kat sana kata dia sesat, tapi amalan dia sangat dekat dgn org Muslim, I used to discuss about religion with him). Kat UK ada banyak juga golongan ni, tapi sangat minoriti (Anglican Church di UK iktiraf golongan ni).

Golongan ni follow Bible secara total, dan berpegang juga pada hukum2 dalam Old Testament (in which banyak lagi hukum2 yg sama dgn Islam, those yg biasa baca Bible will understand what I meant). Mereka ni percaya Jesus is only supreme messenger of God , seperti Muslim percaya (taking John 17:3 - And this is eternal life, that they may know You, the only true God, and Jesus Christ whom You have sent), tak makan babi (and apa2 food yg diharamkan dalam Leviticus & Deuteronomy, jadi diet mereka sama seperti Yahudi, dan mirror diet Syiah), tak syirik etc etc... with the exception of diorang tak semayang cara kita, tak puasa cara kita (depa puasa cara depa),  tak percaya Muhammad, etc etc.

Secara peribadi, saya masih berpegang pada boleh berkahwin dgn ahli kitab. Cuma ada kemungkinan akan datangkan kesukaran dan complication.... lagipun perempuan Islam pun ramai lagi yg tak kahwin

[ Last edited by  antiQue at 23-6-2006 12:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 12:49 PM | Show all posts
Old testament pun dah takde.(pun dah kena edit)
ahli kitab yg sebenar pasti akan taat dgn suruhan Isa al-masih dan juga beriman dgn kitab2 yg terdahulu.
Sama ada Al-quran tak aware dgn konsep trinity or etc, yg penting siapa ahli kitab? tunjuklah kitab2 asal kat generasi skrg?ada lagi ke?

kalau nk kata ada kristian yg monotheist, kwn aku pun ada mcm .Akhir sekali dia bgtu yg dia adalah pengikut yg setia dan taat dgn Jesus, dan sekrg dia totally berpegang kpd al-quran dan Islam.Berpegang dgn kitab Allah.Dari yg lengkap kpd yang lebih lengkap lagi.Alquran katanya.

-Bapak Pendeta-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2006 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 23-6-2006 12:49 PM
Old testament pun dah takde.(pun dah kena edit)
ahli kitab yg sebenar pasti akan taat dgn suruhan Isa al-masih dan juga beriman dgn kitab2 yg terdahulu.
Sama ada Al-quran tak aware dgn konsep tri ...


Hehe... I personally phobia nak bercakap ttg Bible etc ni dalam board ni, sebab ramai org Islam yg skeptikal bila ada org Muslim dah bercakap pasal Bible. But well... tak pa lah... selagi boleh terkawal...

Betul, Old Testament dah kena ubah banyak. Tapi basic pirnciple masih intact, 10 commandments masih intact. Bab tak boleh zina, bab food dan ada beberapa perkara basic lagi masih intact. Tu yg saya kata, those yg memang baca Old Testament will understand what I meant. Orang Kristian sekarang dah tak ikut Old Testament. Jika kita kata ianya dah kena edit, kita perlu juga tahu apa yg diedit. Jangan hanya ikut kata orang lain yg ianya dah diubah tapi kita sendiri tak tahu apa yg dah diubah, apa yg masih ada.

Qur'an aware of the concept of Trinity. Refer pada An-Nisa' 171 and Al-Ma'idah 116 (walaupun dalam Trinity the 3rd element is Holy Ghost which is not mentioned in 116, but instead lebih menekankan Isa as God ; dan Maryam yg Catholic until now berdoa pada dia though they don't take her as God). And how on earth did Qur'an still refer them as Ahli Kitab?

[ Last edited by  antiQue at 23-6-2006 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 01:51 PM | Show all posts
BTW... concept Trinity pun tak ada dalam New Testament secara explicit. Ianya hanya lahir dari interpretasi-interpretasi mereka.

Itu yg perlu kita ambil iktibar. Benda-benda begini tak mustahil juga akan berlaku pada Islam nanti. Qur'an kita satu (tak kena ubah pun), but look at how many cults we have around us, and look at how bida'ah berlegar-legar dalam masyarakat. Jika Qur'an masih terus-terusan diletak atas para, tak mustahil Islam di mata masyarakat bukan lagi Islam yg ada dalam Qur'an.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tenuk8 This user has been deleted
Post time 23-6-2006 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by ron_amigos7 at 21-12-2005 08:10 AM
salam

saya ingin bertanya soalan:

sekiranya saya ingin berkahwin dengan seorang penganut kristian. dan dia tak akan menukarkan agamannya ke islam.

1) jadi apekah hukumnya sekiranya saya b ...



iskk.. mana R_A_7 ngan J_86 nih... nanya soalan .. tapi menyepi pulak...

nih nasehat dan pandangan aben.. utk memastikan keselamatan diri, keluarga dan ummah.. yg paling afdal dan sebaiknye.. kawin lah dengan orang islam... ciri2 pertama agama, setrusnye rupa, harta & keturunan... kalau dah cinta sangat kat org bukan islam.. pastikanlah pulak dia tuh memeluk agama islam dgn ikhlas... kalau lah adik2 nih betul2 cintakan islam.. kalau kita cintakan islam.. sanggupkah kita berkahwin dengan orang yg minum arak, berjudi... dah buat2 perkara yg menyalahi tuntutan agama kita...

tepuk dada tanya diri sendiri...

kena faham pepatah melayu 'CINTA ITU BUTA' simple je.. just a phrase.. tapi kalau dapat menghayati sangatlah berharga... cinta manusia berubah... sekarang sayang.. esok benci... bukan berkekalan.. kalau ikut hati.. kalau ikut nafsu.. tapi kalau kita cinta seseorang dengan hati, fikiran, ilmu, iman.. insya'llah cinta akan berkekalan hingga nafas terakhir...

fikir-fikirlah...
Reply

Use magic Report

tenuk8 This user has been deleted
Post time 23-6-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-6-2006 12:17 PM
Saya secara peribadi lebih berpegang kepada pendapat yg sama dgn Dr Yusof Qardhawi, in the sense that mereka masih lagi Ahli Kitab, kerana pada zaman nabi pun kitab2 dah diubah, tapi pada ketika it ...
....
Secara peribadi, saya masih berpegang pada boleh berkahwin dgn ahli kitab. Cuma ada kemungkinan akan datangkan kesukaran dan complication.... lagipun perempuan Islam pun ramai lagi yg tak kahwin


ini perbincangan definisi 'ahli kitab' secara falsafah ler... aben tak paham.. apa bezanye agama kristian yg percaya jesus christ itu anak tuhan, dengan agama buddha atau hindu dari konsep pandangan islam... ??? takde beza pun...

meh... aben ada satu soalan mudah, secara fiksyen tapi agak relevan... kalau boleh A cuba jawab...

ada seorang tua dipanggil tok habib, tok habib nih asalnye pak lebai... dia ada karang satu buku.. ada 44 bab lagi.. dia letak nama bukunye 'al-quran baru', siap ada sub-title lagi bertajuk 'riwayat suci & negeri angkasa tok habib', buku dia nih biasa lah ada selit petikan ayat suci al-quran sikit ngan tulisan2 arab, ada selit2 riwayat rasul dan nabi, termasuklah riwayat hidup tok habib sekali... ada lagi bukan itu saja, tok habib siap ngaku dia bersedara ngan tuhan lagi!!! pengikut tok habib ramai.. jadi.. nak tanya.. pengikut tok habib nih orang muslim ke????

fikir-fikirlah...

[ Last edited by  tenuk8 at 23-6-2006 02:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by tenuk8 at 23-6-2006 02:31 PM


ini perbincangan definisi 'ahli kitab' secara falsafah ler... aben tak paham.. apa bezanye agama kristian yg percaya jesus christ itu anak tuhan, dengan agama buddha atau hindu dari konsep pand ...


hmm... tenuk lom habis baca betul-betul post saya ni...
Reply

Use magic Report

tenuk8 This user has been deleted
Post time 23-6-2006 03:28 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-6-2006 03:24 PM


hmm... tenuk lom habis baca betul-betul post saya ni...


aben dah baca betol2 post antiQue...
tapi antiQue belum jawab betol2 lagi soalan aben...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by tenuk8 at 23-6-2006 03:28 PM


aben dah baca betol2 post antiQue...
tapi antiQue belum jawab betol2 lagi soalan aben...


Jawapan saya, itu bukan Qur'an. Sepertimana Bible sekarang TIDAK boleh kita iktiraf sebagai kitab yg Allah turunkan  kerana telah banyak diubah. Tidak ada sekelumit pun dari kenyataan saya di dalam posting di atas yg menyatakan saya mengiktiraf Bible, melainkan saya hanya mengatakan ada basic principal yg masih intact di dalamnya yg jika mereka ikut, tidak akan terlalu tersasar sejauh sekarang.

Cuma point saya dalam posting saya di atas, why on earth Allah mengiktiraf mereka sebagai Ahli Kitab di dalam al-Qur'an, despite the fact that Allah meletakkan di merata-rata tempat tentang mereka ini yg telah mengubah kitab Allah? Jadi oleh kerana Allah refer mereka sebagai ahli kitab di dalam Qur'an, siapa saya untuk mengatakan mereka ini bukan ahli kitab? Saya berlepas diri dari itu, terpulang pada rakan-rakan tentang interpretasi masing-masing. Allah knows better.

[ Last edited by  antiQue at 23-6-2006 03:41 PM ]
Reply

Use magic Report

tenuk8 This user has been deleted
Post time 23-6-2006 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 23-6-2006 03:38 PM


Jawapan saya, itu bukan Qur'an. Sepertimana Bible sekarang TIDAK boleh kita iktiraf sebagai kitab yg Allah turunkan  kerana telah banyak diubah. Tidak ada sekelumit pun dari kenyataan saya di d ...


dalam al-quran takde pun kata specifically orang kristian zaman sekarang ini adalah ahli kitab... al-quran di anugerah pada ummah 1400 tahun lepas.. bukan baru dapat tahun 2006... and apa yg antiQue kata, hanyalah berdasarkan guideline didalam al-quran dan juga hujah manusia berdasarkan situasi manusia zaman dahulu dan sekarang.. jadi jgn cepat sangat cakap hujah antiQue itu hujah al-quran.. kita belajar al-quran bukan sekadar baca tafsir dan buat terjemahan.. menuntut al-quran kena berguru agar tak sesat...

antiQue tak jawab soalan aben lagi, aben bukan tanya kitab tok habib tuh quran ke tidak!! aben tanya pengikut tok habib yg menyembah tok habib umpama tuhan tuh islam ke?? umpama orang kristian menyembah jesus christ ahli kitab, tiada beza nye.. dua2 juga ngaku guna kitab yg diturunkan dari tuhan.....

aben tanya tuh sekadar renungan utk difikirkan.. aben sendiri tak tau depa nih ahli kitab ke tidak.. cuma sebaiknye kita rujuk pada yg betul2 arif dan berilmu... cari seberapa banyak pandangan... alim ulama' yg berkaliber.. bukan sekadar berbincang2 tgk 2-3 petikan dari al-quran... terus bagi hujah.. orang islam boleh berkahwin dgn orang kristian...!!! hujah utk diri sendiri takpa.. tapi hujah dibaca oleh orang ramai.. lebih2 lagi yg kurang ilmu agama.. sungguh tak wajar dan berat tanggungjawab pada kita...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by tenuk8 at 23-6-2006 04:12 PM
dalam al-quran takde pun kata specifically orang kristian zaman sekarang ini adalah ahli kitab... al-quran di anugerah pada ummah 1400 tahun lepas.. bukan baru dapat tahun 2006... and apa yg antiQue kata, hanyalah berdasarkan guideline didalam al-quran dan juga hujah manusia berdasarkan situasi manusia zaman dahulu dan sekarang.. jadi jgn cepat sangat cakap hujah antiQue itu hujah al-quran.. kita belajar al-quran bukan sekadar baca tafsir dan buat terjemahan.. menuntut al-quran kena berguru agar tak sesat...


Mana tenuk tau saya tak berguru? Sebab tu saya kata kat posting kat atas, orang Islam ni sangat skeptikal, dan hanya ingin mempertahankan pendapat dalam lingkungan sendiri sahaja yg benar.

Saya iktiraf kedua-dua pendapat, tapi seperti yg saya nyatakan di atas, saya lebih berpegang dan lebih yakin kepada pendapat seperti Dr Yusof Qardhawi.

Saya tak mahu berpanjang-panjang, dalam kepala saya cuma ada, orang Kristian zaman nabi dulu kitab belum ubah ke? Tak...Allah sendiri cakap dalam Qur'an yg kitab-kitab tu mereka dah ubah. Zaman nabi dulu Kristian tak ada yg Trinity ke? Tak... dalam Qur'an sendiri Allah dah kata pasal golongan trinity ni. Lain mereka hanya kerana yg zaman sekarang dah lebih meninggalkan Bible mereka (refer posting saya kat atas). Dan anda kata ada special Kristian yg wujud zaman nabi, anda bersandar pada hujjah apa?

antiQue tak jawab soalan aben lagi, aben bukan tanya kitab tok habib tuh quran ke tidak!! aben tanya pengikut tok habib yg menyembah tok habib umpama tuhan tuh islam ke?? umpama orang kristian menyembah jesus christ ahli kitab, tiada beza nye.. dua2 juga ngaku guna kitab yg diturunkan dari tuhan.....


Ada ke saya kata pendapat saya bahawa org yg menyembah Jesus tu ahli kitab? Kalau macam tu tak perlu lah bersusah-susah saya nak menerangkan bahawa masih terdapat ahli kitab yg TAK menyembah Jesus, hanya mengatakan Jesus itu supreme messenger of God. Tidak perlu lah saya bersusah-susah fokuskan pada golongan monotheist dalam my very first posting.

Saya masih reserve pendapat saya tentang those yg syirik. Refer pada posting-posting saya dalam thread-thread terdahulu tentang ahli kitab ni. Dah ada dah saya letak apa pandangan saya pasal mereka yg syirik.

aben tanya tuh sekadar renungan utk difikirkan.. aben sendiri tak tau depa nih ahli kitab ke tidak.. cuma sebaiknye kita rujuk pada yg betul2 arif dan berilmu... cari seberapa banyak pandangan... alim ulama' yg berkaliber.. bukan sekadar berbincang2 tgk 2-3 petikan dari al-quran... terus bagi hujah.. orang islam boleh berkahwin dgn orang kristian...!!! hujah utk diri sendiri takpa.. tapi hujah dibaca oleh orang ramai.. lebih2 lagi yg kurang ilmu agama.. sungguh tak wajar dan berat tanggungjawab pada kita...


Exactly what we have to do. Oleh itu, jangan mudah juga memperlekehkan pandangan orang lain, sepertimana saya tak pernah menyatakan pendapat anda salah. Seperti yg saya kata, saya berlepas diri dari ini, dan terpulang kepada rakan-rakan dengan interpretasi masing-masing. Awal-awal lagi saya dah cakap "saya secara peribadi lebih berpegang pada.... "
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 04:54 PM | Show all posts
BTW... kaji dulu kepelbagaian pendapat dalam hal ini (bukan semua ulama' besar mengatakan mereka bukan ahli kitab, mind that). Jangan cepat memperlekehkan pandangan-pandangan lain yg tak selari dgn kita.

[ Last edited by  antiQue at 23-6-2006 05:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tenuk8 This user has been deleted
Post time 23-6-2006 05:29 PM | Show all posts
antiQue.. dalam soal agama ini, aben suka orang kata & merpelekehkan pendapat aben kalau salah.. kerana aben tak mau sesat sampai ke tua..

dalam post aben tak penah pula kata antiQue tak berguru.. aben kata secara general.. tapi siapa makan gula dia lah rasa manisnye.. tapi kalau antiQue ada kata orang kristian zaman sekarang adalah ahli kitab hanya berdasarkan bberapa petikan al-quran, dan make it as an ultimatum.. al-quran dah cakap.. jgn banyak cakap.. memang aben rasa antiQue tak berguru.. dan kalau berguru aben nasehatkan antiQue banyakkan jumlah guru.. jgn dengor sorang guru sahaja.. sedangkan imam besar pun ada 4, inikan pulak guru kecil..

apa antiQue cakap berbelit2 pasal supreme mesengger lah, syiriklah, monotheist lah.. sila rujuk balik pada posting antiQue #65;  

Originally posted by antiQue at 23-6-2006 12:17 PM
Saya secara peribadi lebih berpegang kepada pendapat yg sama dgn Dr Yusof Qardhawi, in the sense that mereka masih lagi Ahli Kitab, kerana pada zaman nabi pun kitab2 dah diubah, tapi pada ketika itu pun, Qur'an masih refer mereka as ahli kitab. Jadi atas ukuran apa kita nak katakan sebaliknya. Cuma dari segi praktikalnya saja, pada akhir zaman ini mungkin sukar nak bersatu dgn mereka kerana rata-rata mereka juga telah meninggalkan kitab mereka sendiri, yg menyebabkan jurang antara Muslim dan golongan ini jadi sangat jauh  (actually Muslim pun dah ramai tinggalkan kitab sendiri, hehe).   


hujah ini jugak, antiQue dah menghalalkan perkahwinan dgn orang kristian, kalau aben salah paham aben minta maaf, tapi antiQue lagi salah besar kerana tulisan antiQue nih menglirukan dan buat orang percaya yg sebaliknye.. jgn jadi cam Astora Jabat, tulisan guna2 petikan al-quran dan rujukan dari kitab2... tapi cukup mengelirukan dan ini boleh merosakkan agama itu sendiri...

jgnlah juga asik2 mengunakan nama tok guru Qardhawi... mentang2 lah dia ulama' paling besar di zaman sekarang sedap2 je guna nama dia buat hujah.. sokong pendapat dia lah.. nih aben selitkan hujah Qardhawi mengenai isu ini...

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/30253.html

kalau ada time baca dan paham.. kalau tak paham cari guru utk uraikan.. nih summary jer.. tapi ilmu disebalik hujah dia sangat dalam... rujuk pada sub-topic 3.2.6. paragraph satu.. Qardhawi quoted "Dan mereka ini masih dinilai sebagai orang yang beragama samawi sekalipun agama itu telah diubah dan diganti." cuba paham.. dari konteks Qardhawi 'diubah dan diganti' ialah dari injil dan taurat diganti dan diubah pada 'al-quran'.. bukan maksud injil & taurat diubah ganti sewenang2 oleh manusia!!!

nak hujah agama2 hati.. takut makan diri dan merosakkan agama sendiri... aben rasa antiQue tak baca betul2 kot posting #65 antiQue atau antiQue saja2 buat tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 06:02 PM | Show all posts
Yang saya kata jangan memperlekehkan tu, bukan saya kata tak boleh tegur pandangan saya, tapi maksud saya ialah, jangan cepat nak cakap sesuatu pandangan tu salah hanya sebab kamu tak pernah dengar. Jangan cepat sangat menuduh orang tak berguru, sedangkan kamu sendiri  tak aware pun tentang pendapat jumhur ulama' dalam hal ahli kitab ni.  Boleh tak jika saya minta tolong, jangan jump cepat sangat pada conclusion.

Originally posted by tenuk8 at 23-6-2006 05:29 PM
hujah ini jugak, antiQue dah menghalalkan perkahwinan dgn orang kristian, kalau aben salah paham aben minta maaf, tapi antiQue lagi salah besar kerana tulisan antiQue nih menglirukan dan buat orang percaya yg sebaliknye.. jgn jadi cam Astora Jabat, tulisan guna2 petikan al-quran dan rujukan dari kitab2... tapi cukup mengelirukan dan ini boleh merosakkan agama itu sendiri...


Macam ni lah dik, tu pasal saya mintak sangat tenuk baca posting saya betul-betul . Perenggan pertama dalam posting pertama saya hanya kata :

- ahli kitab masih wujud hingga ke hari ini

Tang ni saya tak sebut sekelumit pun lagi pasal "boleh kahwin dgn Krisitan", kamu je yg pandai-pandai tuduh saya kata boleh kahwin dgn Kristian penyembah Jesus.

Tu je yg saya letak kat situ yang, jadi kamu jangan main tambah-tambah. Lepas tu saya definisikan pulak kristian macam mana yg "saya" golongkan sebagai ahli kitab, iaitu golongan yg monotheist (bukan Kristian yg sembah Jesus). Saya terangkan kewujudan Kristian yang begini. Secara ringkasnya, pendapat saya ada saya letakkan dalam thread ni :

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=2

Tengok post saya #33, saya summarise dengan cara paling ringkas. Itu lah pandangan saya. Yang tu kalau kamu refuse nak faham, suka hati kamulah.

Tengok juga posting-posting dari rakan-rakan lain di dalam tu, dan lihat juga kepelbagaian pendapat di dalamnya. Dan tengok juga dari posting-posting lain bahawa pandangan saya pasal ahli kitab ni bukan pandangan baru yg saya buat-buat. Mungkin kamu je yang tak pernah dengar, atau guru kamu belum sempat ajar.

jgnlah juga asik2 mengunakan nama tok guru Qardhawi... mentang2 lah dia ulama' paling besar di zaman sekarang sedap2 je guna nama dia buat hujah.. sokong pendapat dia lah.. nih aben selitkan hujah Qardhawi mengenai isu ini...

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/30253.html

kalau ada time baca dan paham.. kalau tak paham cari guru utk uraikan.. nih summary jer.. tapi ilmu disebalik hujah dia sangat dalam... rujuk pada sub-topic 3.2.6. paragraph satu.. Qardhawi quoted "Dan mereka ini masih dinilai sebagai orang yang beragama samawi sekalipun agama itu telah diubah dan diganti." cuba paham.. dari konteks Qardhawi 'diubah dan diganti' ialah dari injil dan taurat diganti dan diubah pada 'al-quran'.. bukan maksud injil & taurat diubah ganti sewenang2 oleh manusia!!!

nak hujah agama2 hati.. takut makan diri dan merosakkan agama sendiri... aben rasa antiQue tak baca betul2 kot posting #65 antiQue atau antiQue saja2 buat tak paham


Perenggan pertama dalam posting pertama saya hanya sebut :

Saya secara peribadi lebih berpegang kepada pendapat yg sama dgn Dr Yusof Qardhawi, in the sense that mereka masih lagi Ahli Kitab

In fact saya hanya ambil subset sebenarnya, sebab saya tak golongkan Kristian majority sekarang ni ahli kitab.

Yg tafsiran kamu kata pasal konteks Qardhawi tentang "diubah" dan "diganti" ni kamu dah baca fatwa yg sebenar-benarnya dari Qardhawi? Apa kata kalau saya cakap kamu ni tafsir ikut suka, ikut hati?  Baca fatwa sebenar Qardhawi, lepas tu, kamu cuba relate perenggan pertama, kedua, dan seterusnya. Cuba cari satu kenyataan Qardhawi yg mengatakan mereka ni bukan ahli kitab.

Anyway....

Tak ke saya kata gini dalam posting saya :

- Cuma dari segi praktikalnya saja, pada akhir zaman ini mungkin sukar nak bersatu dgn mereka kerana rata-rata mereka juga telah meninggalkan kitab mereka sendiri, yg menyebabkan jurang antara Muslim dan golongan ini jadi sangat jauh  (para 1)

- Secara peribadi, saya masih berpegang pada boleh berkahwin dgn ahli kitab. Cuma ada kemungkinan akan datangkan kesukaran dan complication.... lagipun perempuan Islam pun ramai lagi yg tak kahwin (para 4)

Selari ke tak dgn pandangan Qardhawi yg tenuk bawa :

Kemudian kalau seorang muslim mengkawatirkan pengaruh kepercayaan isterinya ini akan menular kepada anak-anaknya termasuk juga pendidikannya, maka dia harus melepaskan dirinya --dari perempuan ahli kitab tersebut-- demi menjaga agama dan menjauhkan diri dari marabahaya. Dan kalau jumlah kaum muslimin di suatu negara termasuk minoritas, maka yang lebih baik dan menurut pendapat yang kuat, laki-laki muslim tidak boleh kawin dengan perempuan yang bukan muslimah. Sebab dengan dibolehkannya mengawini perempuan-perempuan lain dalam situasi seperti ini di mana perempuan-perempuan muslimah tidak dibolehkan kawin dengan laki-laki lain, akan mematikan puteri-puteri Islam atau tidak sedikit dari kalangan mereka itu yang akan terlantar. Untuk itu, maka jelas bahayanya bagi masyarakat Islam. Dan bahaya ini baru mungkin dapat diatasi, yaitu dengan mempersempit dan membatasi masalah perkawinan yang mubah ini sampai kepada suatu keadaan yang mungkin


Saya tak akan balas apa-apa posting anda lagi selepas ini jika anda hanya ingin putar belitkan ayat-ayat saya, lepas tu buat conclusion bukan-bukan kononnya saya kata ini dan saya kata itu. I am not in the game to show off or degrade other people. May God bless you, and may God guide us to the right path.

[ Last edited by  antiQue at 24-6-2006 11:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 10:55 AM | Show all posts
kalau aper yg dikatakan..kalo tak silap ahli kitab masih wujud lagi..tapi bukannya ramai...dan mereka tiada kaitan langsung ngan kristian skrang nie... ibarat sebutir gula dalam sebaldi pasir....  
pasal kitab injil..yg asli masih ader..tapi tidak dipercayai org kristian sekrang nie.....nama kitabnya injil banabas....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 11:36 AM | Show all posts
hmm... baru teringat... tak silap saya ada sorang unitarian christian kat board Religion tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.078550 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list