CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shaikh

Review Dialog Shaikh & Sheir'ali

 Close [Copy link]
Post time 13-7-2006 09:03 PM | Show all posts
dalam seminggu nie, Allah menjadikan masa saya begitu terlalu pendek....terhad...tak dpt turut serta...

saudara shaikh & sahabat-sahabat sependiriannya sudah jelas pegangannya hanya saudara yahya mengelirukan saya.. umpama hakim dalam perbicaraan... sesungguhnya manusia memang unik dan berpelbagaian, memang benarlah Allah maha berkuasa hingga menjadikan manusia berbagai bentuk & ragam pemikiran.

Untuk makluman saudara Yahya, tiada wahyu yang diturunkan menyuruh kita berhujah dengan cerita-cerita manusia (yang dianggap sebagai sejarah disini), yang ada adalah tuntutan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah, masalahnya disini periwayatan golongan Syiah dan ASWJ saling membatalkan satu sama lain, maka saya meninggalkan penghujahan berasaskan as-Sunnah dan kitab sejarah terutamanya (harap saudara dapat membaca apa yang ditulis saya sebelum ini). Sifat saling membatalkan ini menyebabkan saya berpendapat adalah wajar sekiranya al-Quran dijadikan panduan dan pedoman, kerana mustahil Allah melakukan kesilapan didalam menurunkan wahyu dan semestinya Allah mengetahui apa yang akan berlaku dikalangan umat Muhammad s.a.w. dan dengan itu pasti kita akan temui 'petunjuk2' tentang isu yang dibincangkan...

berminat sgt  nak menyampaikan keterangan2 yang saya temui didalam al-Quran yang menyebabkan saya menyakini keimanan Abu Bakar, Umar & Usman, serta golongan-golongan Muhajirin & Ansar. Keterangan dan hujah yang bagi saya tidak boleh dibatalkan hanya berdasarkan cerita-cerita yang disebarkan oleh mulut/pena manusia. Apabila kita telah menerima keimanan golongan-golongan Muhajirin & Ansar, maka mudahlah seterusnya kita untuk menerima periwayatan-periwatan yang dinisbahkan dan disahihkan kepada mereka oleh  ulama-ulama hadis seperti Bukhari & Muslim, itulah tujuan saya sebenarnya. Semoga Allah mengampun saya sekiranya saya telah mengelirukan sebahagian manusia hingga menyangka saya mengajak supaya meninggal as-Sunnah sebagai rujukan.

masa tidak mengizinkan, semoga Allah meredhai kita semua dan menunjukkan jalan yang lurus dan kebenaran.

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2006 09:37 PM | Show all posts
untuk makluman saudara Yahya... sahaja..

sebahagian besar mesej sy telah dikeluarkan dari jalur thread ini dan ditalak tiga ke thread http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=3

harap dapat turut serta dalam thread tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 10:01 PM | Show all posts
hmm..hebat saudra ni buat kajian mengenai wahyu allah dlm alquran.

tapi jgn lupa...sebelum antum membuat kajian..hendaknya antum kaji dulu sebab musabab ayat2 wahyu diturunakan (asbabun nuzul) kerana ianya amat penting utk membuat sebarang tafsiran samaada ayat itu berbentuk khusus atau umum.

ishh..memanglah takdak wahyu yg suruh kita berhujah pakai cerita sirah ni, tapi antum jgn terlalu jumud..ali ra, fatimah ra, hasan dan husein ra berhujah dgn cerita2 manusia yakni diambil dari datuknya muhammad saw. cerita lisan dari muhammad kemudia dicatat oleh ahli sejarah secara turun temurun. tidak ada ulama dari zaman-berzaman yg boleh menafsirkan quran 100% tepat tanpa merujuk tentang asbabun nuzul (sejarah&sebab wahyu diturunkan). jika antum boleh tafsirkannya sampai ke level shohih..wah antum ini seorang yg berilmu.

dlm quran juga disebut 'sahabat' yg bakal dilaknat kerana meninggalkan sunnah nabi. dan siapakah sahabat nabi pada masa itu? jika hadis dan periwayatan sunnni dan syiah membatalkan satu antara lain..kita sepatutnya kembali kepada hadis dan quran dan selebihnya rujuk kepada asbabun nuzul, begitulah protokolnya jika antum ingin membuat kajian sendiri.

Abi bakr, umar dan utsman beriman pada rasul sebelum wafatnya baginda tetapi keimanan mereka boleh dipertikaikan selepas rasul wafat..ini yg penting, quran juga ada menceritakan tentang lunturnya keimanan majoriti sahabat selepas baginda wafat. dan jgn lupa..quran juga ada menceritakan bahawa sahabat nabi dari kaum ansar dan muhajirin ada yg munafik..antum bacalah sendiri. Dalam quran ada ayat yg memuji kaum ansar dan muhajirin dan ada juga ayat 'peringatan' tentang kemunafikan mereka kepada agama Allah swt.

kesimpulannya..quran tu hendaklah dibaca di byk tempat..ayat2 quran diturunkan selama 23 thn secara berperingkat bermula di mekkah. ada ayat2 quran yg maksudnya hampir sama tetapi disebut secara berasingan...antum bacalah sendiri.

memang tuhan tu jadikan manusia ni byk ragam tapi antum tidak lagi memahami istilah mazhab, thariqoh, tasawwuf dan seangkatan dgnnya secara zahir maupun bathin sebab tu antum keliru dgn pegangan ana. Mengkritik sahabat tak semestinya syiah..dan mencintai sahabat tak semestinya sunni. Mazhab tidak wajib diikuti..hanya sebagai panduan kita shj utk menuju ke jln-Nya yg lurus...dan imam 4 tak pernah wujudkan mazhab tetapi pengikutnya saja yg fanatik buta. Di madinah setiap tahun diadakan perjumpaan 4 mazhab utk membincangkan masalah semasa ummat islam. Begitu juga syiah melalui konsep wilayatul faqih. jika sunni melalui konsep syura. wahai saudara..buat apa mereka2 ni berjumpa dan membincangkan soal2 yg berkaitan dgn hadis dan quran jika konsep mereka ini sama dgn konsep saudara yakni merujuk sepenuhnya pada quran. tentu sesuatu masalah yg berkaitan ummat dirujuk pada quran sepenuhnya tapi ianya tidak berlaku begitu. Kitab2 ahli sejarah dan ahli hadis dikumpulkan utk membuat rujukan..utk apa semua tu jika saudara katakan quran sudah cukup utk dijadikan rujukan. ini samalah seperti umar yg melarang Rasulullah menulis wasiat terakhir dgn katanya "quran sudah cukup utk kita"...dan buat apa nabi nak tulis wasiat jika quran itu sudah cukup bagi ummatnya?

wahai saudaraku yg dikasihi...inilah sebenarnya propaganda yahudi utk melenyapkan sejarah ummat islam supaya ummat islam hanya bergantung pada quran. lepas tu senang lah puak yahudi nak hapuskan islam pasal depa tahu quran shj tidak mencukupi utk dijadikan rujukan tanpa hadis dan sejarah bagi ummat islam.

syiah menerima keimanan khalifah yg 3 tetapi tidak pada ahklaknya yg melanggar sunnah dan nasihat rasullulah. yg dok kafirkan mereka tu..takyah layanlah..depa tu syiah tiruan je. Tuhan tu adil..yg baik dibalas baik dan yg buruk dibalas buruk..jadi takpayahlah kita membela perbuatan buruk kerana kita juga akan tergolong dlm golongan buruk tersebut. Bercakap mengenai quran ni nampak mudah bagi semua org, menafsir pun nampak lagi mudah..tapi ianya tidak pernah mudah. wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 10:14 PM | Show all posts
Assalamualaikum warahmatullah

salawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah dan keluarganya,

harap dapat berbincang mengikut topik thread yang dah di 'compile semula'.

nanti lari dari topik, celaru lagi sekali, kena split lagi karang....  tension pulak moderator nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2006 10:25 PM | Show all posts
Salam selawat keatas nabi muhammad dan Ahlulbaitnya...

Wah nampaknya ust ahmad sudah kembali pasti selpas ini lebih hangat dengan kehadiran sahabat baru kita yahya ini yang nampaknya ia seorang yang mempunyai pandangannya sendiri...

Mudah-mudah perbincangan ini akhirnya akan membawa kita kepada kebenaran buku permusuhan...

nampaknya masa tidak mengizinkan saya memberi komentar lebih lanjut insyallah ada lain kelapangan akan saya beri pandangan...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 09:28 AM | Show all posts
Adalah di harap saudara Yahya dapat mengemukakan hujah bagi setiap isu yang dikatakan oleh beliau didalam thread yang dikhaskan oleh moderator, sangat ingin saya meneliti hujah-hujah yang ingin disampaikan oleh beliau berserta dalil-dalil al-Quran yang dimaksudkan oleh beliau. Buat masa ini saya hanya melihat hanya permainan kata-kata dan prasangka yang dikemukakan, masalah asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya wahyu) sangat bergantung pada hadis-hadis yang diriwayatkan, maka disini wujud 'krisis' penerimaan kesahihan hadis oleh golongan Syiah & ASWJ. Walaubagaimanpun, keilmuan saudara dialu-alukan dan mungkin ada maklumat yang telah tercicir dari penelitian saya.

Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2006 10:56 AM | Show all posts
ya akhi...ana tidak berminat utk berdebat apatah lagi pertahankan hujah sendiri..seharusnya tidak timbul soal 'bermain kata2' ataupun antum mengklaim yg hujah anak takdak 'hujah'. Sebenarnya sudah lama ana jadi pemerhati soal sunni vs shi'i kat forum ni, tapi semuanya baik sunni atau syiah ada kesalahan fakta masing2 dan ini membuatkan ana terjun dlm forum ni utk membetulkan semula fakta yg salah.

terpulang pada antum..jika mau menerima atau tidak, ana hormati pandangan antum. kepada saudara2 yg lain..insyaallah ana akan kemukakan dalil2 dan bukti sejarah tentang mengapa keturunan dari imam12 ini mengikuti madzhab as-syafi'iyyah (iaitu dinisbatkan kepada pendapat para pengikut imam syafie dan belum tentu pendapat sang Imam). Mereka ini(ahlulbait) pada abad ke 3 sampai 4 hijrah majoritinya mengikuti fikih imam alsyafie dan bukannya syiah?. Dan siapa mereka ini pada abad ke 3 dan 4 hijrah? mereka adalah keturunan dari imam jafar shodiq iaitu anak2 dan keturunan beliau. disini kita perlu mengkaji dgn teliti bahwa mereka ini menolak ajaran syiah pada masa itu dan kenapa? Fakta ini yg patut kita bincangkan bukannya berdebat kusir yg membuang masa dan takde kesudahannya semata2 nak pertahankan fahaman masing2.

Memang sukar utk saudara2 semua baik sunni atau syiah utk bertukar mazhab walau diberi 1000 argumen sekalipun..biasalah dah sifat manusia. Insyaallah ana akan buka thread baru mengenai kajian tersebarnya islam di nusantara dan siapa penyebarnya serta apa sebenarnya fahaman yg mereka bawa.wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:35 PM | Show all posts
Satu penemuan yang sangat menarik... harap saudara Yahya menyegerakannya...

Saya terlalu sibuk dalam seminggu-2, masuk internet pun dalam keadaan mencuri masa...& untuk mengetahui perkembangan terkini, tak sempat nak menung lama-lama depan pc untuk menyampaikan hujah...

Harap dalam seminggu-2 akan ada hujah2 menarik dan terkini dari saudara Yahya..tapi yang pastinya saudara Yahya memang seorg yang mengelirukan ahli-ahli forumer yang lainnya...satu babak baru akan bermula...

Wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 14-7-2006 03:40 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2006 03:41 PM | Show all posts
Salam selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...

saya ini masih keliru mengenai saudara yahya kita ini...mungkin saya tahu saudara ini apa...tapi tidaklah saya mahu berkata apa-apa dahulu biarlah saudara yahya sendiri yang menjelaskan pegangan ia sebenar agar jelas kami sekalian...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 14-7-2006 03:35 PM
Satu penemuan yang sangat menarik... harap saudara Yahya menyegerakannya...

Saya terlalu sibuk dalam seminggu-2, masuk internet pun dalam keadaan mencuri masa...& untuk mengetahui perkembang ...


dari awal sdra yahya menghantar post, tatie juga meneka ada strategi yg tersirat...namun as time goes by, telahan itu bisa sahaja kan terSERLAH juga jawapannya....tatie menunggu apa rentak TANGO sdra yahya seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 08:17 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 14-7-2006 03:58 PM


dari awal sdra yahya menghantar post, tatie juga meneka ada strategi yg tersirat...namun as time goes by, telahan itu bisa sahaja kan terSERLAH juga jawapannya...


Ana percaya yg pengikut fahaman syiah kat sini majoritinya bertukar mazhab adalah kerana bahan bacaan yg dulu (1980an tapi laa ni dah haram) memang mudah didapati. Tambahan plak..zaman skrg ni tekan aje button dah terpapar beratus kitab syiah depan mata. Antum semua ni ana percaya..tidak pernah berguru dgn ulama syiah itu sendiri tapi semata2 mengharapkan buku2 mengenai fahaman syiah. Sebab tu byk hujah syiah kat sini cut&paste aje bukannya datang dari pemahaman sendiri.

Yg sunni plak..memang antum dah dibersarkan dalam persekitaran ahlul sunnah..celik aje mata dah di input dgn pemahaman aswj..tapi ramai antara kita tidak pernah juga berguru dgn guru yg memahami akan aqidah aswj. Antum juga seperti syiah..mengharapkan bahan bacaan utk memantapkan lagi fahaman aqidah aswj tapi tidak pernah berguru dgn ulama aswj. Kalau antum semua lahir kat tehran, mesti ikut fahaman syiah..nasib baik m'sia ni dah difatwakan ikut mazhab syafie.

Ana pernah berdialog dgn ustaz fadzlullah yang pernah masuk ISA bersama geng2nya termasuk dr. Lufti UM dan sedara ana sendiri Syed sulaiman(yg telah mendapat gelaran hujatul islam oleh kerajaan iran) di masjid al-hidayah kelana jaya satu masa dulu. Dialog tersebut berlansung secara tak sengaja dan berlaku didepan jemaah. Us. fadzullah syuib memang mengakui pegangan ana ini adalah yg terbaik yg pernah beliau dgr(mungkin beliau baru faham akan pegangan ana pada masa itu) dan beliau menghormati yg amat sgt akan fahaman ana ini. Tapi biasalah..manusia ni nak tukaq mazhab memang susah kalau fahaman tu dah sebati dgn dirinya.

disingkatkan cite..beliau pun tidak tahu sebenarnya sejarah islamnya m'sia ni..sape yg membawanya dan apakah mazhab yg dibawa? Org2 seperti to'ku paloh al-idrus dan habib noh singapore amat besar jasanya pada perkembangan islam di tanah melayu. Apa!!...antum ingin membelakangi org semacam ini? dipendekkan lagi cite..ana pun berjumpa dgn dr. lufti di gombak dan bertubi2 soalan ana tujukan pada beliau dan 90% soalan ana tidak terjawap oleh beliau. Beliau seorg yg berilmu tapi bab sejarah mengapa anak2 imam 12 memilih jln sufi bermazhabkan alsyafie masih kurang atau mungkin langsung tidak diketahuinya? Beliau pun sama juga..amat menghormati pegangan ana dan tiada cacat celanya akan aqidah ana ini(akan ana beritahu kemudian..tunggguuuuu). Transkrip dialog ana dgn depa semua tu ada ana simpan sampai skrg..rasanya biarlah ianya menjadi bahan sejarah ana sorang je (kalau ana dedahkan mungkin akan menjatuhkan reputasi depa) sebab ana amat menghormati fahaman syiah. Syiah hanya menjalankan tanggungjawap mereka mencintai keluarga Rasulullah saw dan itu tiada salahnya.

Di indonesia ana berjumpa ramai ulama2 syiah dan sunni. mereka berdebat siang malam setiap hari dari generasi ke generasi berikutnya. transkrip depa pun byk ana simpan. Antum semua aje yg tak tau..terlalu mengharapkan bahan dlm internet, tapi hakikatnya sudah terlalu byk dialog sunni-syiah di indonesia yg telah berlaku dan ana rasa dah naik muak membacanya(tidak pernah dibukukan...yg pegi sana aje dapat dgr dan rakam).

kesimpulannya ialah...belajar, baca dan bertanya..insyaallah antum semua dapat mengetahui mane yg betul dan mane yg bathil. Benda ni memakan masa yg lama mungkin berbelas tahun utk kita faham betul2 fahaman semua mazhab yg ade didunia ni. satu lagi jgn kedekut sgt duit antum tu..p lah merantau ke negeri org..tgk apa pegangan dan cara hidup mereka barulah kajian kita ni mantap.

wallahualam..

[ Last edited by  yahya at 14-7-2006 08:41 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2006 12:16 PM | Show all posts
Salam selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya..

Wah, nampaknya saudara yahya ini bukanlah sebarangan orang kerana ia pernah berdialog..

Saudara mengatakan pernah ke gombak...dan jumpa banyak ust syiah disana tentu saudara kenal saya...kerna saya juga pernah kesana...saya rasa saya kenal saudara ini...

Salam Muhibbah buat saudara yahya

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2006 12:30 PM | Show all posts
salam

Ana masuk forum ni bukanlah nak berdebat...masa muda2 dulu pantang jumpa lawan terus ajak berdebat..tapi laa ni makin byk ilmu yg kita belajar, makin jauh kita merantau ke negeri org dan makin ramai kita jumpa ulama2 dari pelbagai fahaman..akan makin rendahlah sifat ego dlm diri kita. Tu cite 10 thn lepas...laa ni dah 'tua', malas dan langsung tak berminat nak berdebat..antum nak kata apa pun..katalah..kalau kita bagi 1000 argumen pun takde guna juga(ikut dari pengalaman).

Ana syg pada antum semua kerana antum2 adalah sedara seislam sama macam ana. pasal tu kalau ade fakta yg salah baik sunni dan syiah..insyaallah ana akan 'perbetulkan' itupun jika antum mahu menerima. Selebihnya ana serah pada-Nya. hanya Dia sebaik2 hakim didunia dan akhirat.

Kheir

[ Last edited by  yahya at 15-7-2006 12:37 PM ]
Reply

Use magic Report

anNaqiy This user has been deleted
Post time 15-7-2006 05:55 PM | Show all posts
melihat kpd diolog syer dan syaikh...napaknya saudara syer'ali perwakilan ASWJ x lagi menemui jawapan y qoth'ie y jelas dan tidak  xperlu ditakwil lagi (taknak dah hanya bersandar kpd kemungkinan -ihtimal ) dari saurada syeikh perwakilan syiah  ttg kewajiban beriman kpd imam12 serta kemaksumannya....langsung saudara syer mengemukakan pula hujjah2 di pihak ASWJ sandaran aqidah ASWJ walaupun tidak diminta bebuat demikian supaya kita semua dapat membezakan bagaimana ASWJ menjadikan sesuatu ayat quran itu sebagai dalil qoth'ie dlm aqidah..tak perlu takwilan lg kerna kejelasannya

mana taknya....dah sapai page 4 dah sahabat2ku semua...
sama nantikan

[ Last edited by  anNaqiy at 15-7-2006 05:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2006 06:32 PM | Show all posts
Salam selawat ke atas nabi mUhammad dan Ahlulbaitnya...

Nampaknya saudara anNaqiv silap saya telah pon menggunakan dalil yg jelas cuma SAUDARA TIDAK NAMPAK LIHAT KEMBALI DIALOG SAYA PERHATIKAN BETUL_BETUL SETIAP HUJJAH SAYA... LIHAT KEMBALI....LIHAT KEMBALI PERHATIKAN SEBENARNYA TERANG DAN JELAS CUMA MEREKA YANG TERTUTUP PINTU HATINYA TIDAK NAMPAK...TAPI SAYA RASA SAUDARA TIDAK BEGITU PINTU HATI SAUDARA TERBUKA LUAS MAKA LIHATLAH KEMBALI......!!!!!!!1

Wassalam
Reply

Use magic Report

carikubur This user has been deleted
Post time 16-7-2006 12:32 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 14-7-2006 09:28 AM
Adalah di harap saudara Yahya dapat mengemukakan hujah bagi setiap isu yang dikatakan oleh beliau didalam thread yang dikhaskan oleh moderator, sangat ingin saya meneliti hujah-hujah yang ingin disampaikan oleh beliau berserta dalil-dalil al-Quran yang dimaksudkan oleh beliau. Buat masa ini saya hanya melihat hanya permainan kata-kata dan prasangka yang dikemukakan, masalah asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya wahyu) sangat bergantung pada hadis-hadis yang diriwayatkan, maka disini wujud 'krisis' penerimaan kesahihan hadis oleh golongan Syiah & ASWJ. Walaubagaimanpun, keilmuan saudara dialu-alukan dan mungkin ada maklumat yang telah tercicir dari penelitian saya...


saya pun rasa begitu juga permainan kata-kata...

pakcik Gravdigger pun suka main kata-kata juga..
lama tak berbalah dengan dia rasa rindu pulak..he..he... :hmm::nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2006 12:16 PM | Show all posts
Itulah saya pun sudah tidak lama berketemu dengan beliau...

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 09:02 AM | Show all posts
Kalau tak salah pandangan, saudara yahya semestinya keturunan Ba'alawi yang menyebarkan islam dibumi nusantara dan kemudian mendirikan kerajaan-kerajaan melayu islam spt di Pasai, Ternate, Johor Riau, Acheh, Brunei, Kalimantan, Demak & Jawa, itu pun kalau tak salah pembacaan saya (rujukan pada Sejarah Umat Islam - tulisan Hamka). Atas daya usaha merekalah mazhab syafie menjadi mazhab nusantara dan aqidah ahlus sunnah wal' jamaah (mazhab asya'riyah) menjadi teras pegangan pemahaman umat islam kepulauan Melayu.

Wallahu'alam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 17-7-2006 09:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2006 07:25 PM | Show all posts
salam

ana bukan bani alawi..

baca buku prof hamka tu amat bertentangan dgn habib alwi alhaddad tentang sejarah islam timur tengah. Hamka pun pernah 'hentam' keluarga ba'alawi ni satu masa dulu...tapi biasalah manusia, apabila ajal dah dekat mulalah tarik blk kata2nya dan dihujani dgn puji-pujian. ramai sadah ba'alawi yg anti-hamka kerana keceluparannya. apa pun buku hamka tu bagus..mungkin ade sedikit fakta yg salah.

kheir
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 09:46 AM | Show all posts
tuan moderator, saya mendapati sebahagian yang saya post telah hilang tanpa dpt dikesan.. adakah telah dimasukkan ke thread yang lain selain dari berhujah dengan dalil al-Quran/Hadis...saya tak dapat mengesannya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.216590 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list