CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48033|Reply: 146

Dialog Shaikh & Sheir:Dalil Kepercayaan Kpd Imam 12 Berdasarkan Syiah

 Close [Copy link]
Post time 28-5-2006 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Topik khas ini dibuka untuk memuatkan dialog antara Shaikh & Sheir'ali.

Hanya pihak yg berkaitan (i.e pengerusi fluersza dan ahli-ahli panel) yg dibenarkan membuat posting di dalam thread ini.

Rakan-rakan lain yg ingin memberikan komen dsb, sila ke thread :

Review Dialog Shaikh & Sheir'ali

[ Last edited by  antiQue at 10-7-2006 01:28 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2006 05:35 PM | Show all posts
Terima kasih atas kerjasama dari pihak moderated. Saya amat berterima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 10:32 AM | Show all posts
Di mana saudara sheir'ali.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:01 AM | Show all posts
سلام على من اتبع الهدى
terima kasih tuan mod
dan terima kasih jg kpd tuan shaikh yg meminta saya yg memulakan topik....

post saya sblm ini
wa'alaikumussalam...
terima kasih diatas segala cadangan

permintaan saya kepada tuan moderator
delete mana2 post yg bersifat menyerang mana2 individu krn kita bukannya berbincang ttg mana2 individu tapi kita berbincang ttg ajaran dan utk menegakkan kebenaran
delete jg post yg bertujuan utk menimbulkan sentimen dan bersifat emosional
setiap post hendaklah diterjemahkan ke bhs melayu kalau dr bhs lain supaya tidak mengelirukan pelawat forum

dan perbahasan ini hendaklah difokuskan kpd asas pegangan kedua2 golongan iaitu aqidah krn itulah punca perbezaan yg membawa kpd perpecahan
dan rujukan utama adalah al-quran krn kedua2 golongan mendakwa berpegang quran....krn kalau hadis aswj maka golongan syiah menolaknya begitu jg sebaliknya


disebabkan tuan shaikh meminta saya memulakan topik maka dialog yg pertama adalah:

APAKAH DALIL DRPD AL-QURAN YG MEWAJIBKAN BERIMAN KPD IMAM DUA BELAS MENGIKUT FAHAMAN SYIAH SPT IMAM ITU ADALAH MAKSUM,TIDAK BERSIFAT LUPA DAN LALAI DAN SBGNYA


sebahagian dalil kepercayaan kpd imam berdasarkan fahaman syiah mengikut kitab2 mereka:

Imam-Imam dua belas itu maksum, mempunyai kuasa yang luar biasa, mempunyai darjat yang lebih tinggi dari Nabi dan Rasul dan para malaikat yang muqarrabun, boleh menghalalkan dan mengharamkan segala sesuatu dan mereka juga menjadi penentu kepada ahli syurga atau ahli neraka. Imam yang kelapan di sisi Syi?h iaitu Imam Ali bin Musa ar-Ridha a.s. di dalam satu ucapannya yang panjang lebar telah mengemukakan ciri-ciri dan keutamaan para Imam. Di dalam ucapannya beliau beberapa kali menjelaskan tentang maksumnya Imam itu. Antara lain beliau menyebutkan: ?ia adalah maksum, disokong, diberi taufik dan diluruskan segala tindak tanduknya dari pihak Allah. Dia terpelihara dari segala kesalahan dan kegelinciran. Allah menentukannya dengan sifat-sifat seperti ini supaya dia menjadi hujjah kepada hamba-hambaNya dan menjadi penyaksi ke atas makhlukNya.?  Al-Kulaini ? al-Usul Min al-Kafi ? jilid 1 ms 203

Mereka boleh menghalalkan apa yang dikehendaki oleh mereka dan mengharamkan apa yang dikehendaki oleh mereka. Setiap yang dikehendaki oleh mereka pastilah dikehendaki oleh Allah.  Al-Kulaini ? al-Usul Min al-Kafi ? jilid 1 ms 441

Khalimatul Muhadditsin Allamah Baqir al-Majlisi di dalam kitabnya Hayaatu al-Qulub menulis: ?aripada riwayat-riwayat muktabar yang insya-Allah akan disebutkan nanti akan diketahui bahawa martabat Imamah lebih tinggi daripada martabat nubuwah.? Baqir al-Majlisi ? Hayaatu al-Qulub ? jilid 3 hal 10

Ayatullah al-Uzama Ruhullah Khomeini di dalam kitabnya al-Hukumah al-Islamiah dengan jelas menegaskan; ?ahawa sesungguhnya di antara dharuriat dan aqidah-aqidah asasi aliran kita (Syi?h Imamiah Itsna Asyariah) ialah
ان للامام مقاما محمودا لا يبلغه ملك مقرب ولا نبى مرسل
para Imam mempunyai suatu maqam yang tidak sampai kepadanya malaikat muqarrab dan Nabi yang diutuskan.?   Khomeini ? al-Hukumah al-Islamiah ? hal 52

علي بن إبراهيم، عن صالح بن السندي، عن جعفر بن بشير، عن أبي سلمة عن أبي عبدالله عليه السلام قال: سمعته يقول: نحن الذين فرض الله طاعتنا، لا يسع الناس إلا معرفتنا ولا يعذر الناس بجهالتنا، من عرفنا كان مؤمنا، ومن أنكرنا كان كافرا، ومن لم يعرفنا ولم ينكرنا كان ضالا حتى يرجع إلى الهدى الذي افترض الله عليه من طاعتنا الواجبة فإن يمت على ضلالته يفعل الله به ما يشاء.
drpd abi abdillah a.s. katanya: kamilah org yg difardukan allah supaya ditaati, manusia mesti mengenali kami dan tidak dimaafkan mereka yg tidak mengenali kami,siapa yg mengenali kami adalah mukmin dan siapa yg mengingkari kami adalah kafir,siapa yg kenal kami tapi tidak mengingkari kami adalah sesat sehingga dia kembali kpd petunjuk yg difardhukan allah utk mentaati kami yg diwajibkan. kalaulah dia mati dlm kesesatan allah akan melakukan apa yg dikehendakinya.

الحسين بن محمد الاشعري، عن معلى بن محمد، عن الحسن بن علي الوشاء عن أبان بن عثمان، عن أبي الصباح قال: أشهد أني سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: أشهد أن عليا إمام فرض الله طاعته وأن الحسن إمام فرض الله طاعته وأن الحسين إمام فرض الله طاعته وان علي بن الحسين إمام فرض الله طاعته وأن محمد بن علي إمام فرض الله طاعته.
abu abdillah a.s. berkata aku bersaksi bhw ali adalah imam yg difardhukan allah supaya ditaati hasan adalah imam yg difardhukan allah supaya ditaati hussini adalah imam yg difardhukan allah supaya ditaati ali bin hussin adalah imam yg difardhukan allah supaya ditaati muhammad bin ali adalah imam yg difardhukan allah supaya ditaati

http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/72.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:17 AM | Show all posts
minta tuan shaikh berikan penjelasan pegangan tersebut dgn dalil yg jelas drpd quran krn dalil utk aqidah mestilah suatu dalil yg qat'i

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 04:25 PM | Show all posts
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad serta Ahlul Baitnya?

Permasalahan wilayah imamah ini adalah masalah yang paling utama yang membezakan antara pengikut ahlul Bait dan ASWJ. Permasalahan ini telah lama dibahaskan oleh para ulama-ulama dahulu diantara Shia dan ASWJ. Saya mengetahui bahawa saudara adalah seorang yang budiman dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam dan suka menelaah buku-buku berbentuk ilmiah. Maka dengan itu saya menyarankan saudara menelusuri buku Dialog Sunnah Shia?h oleh A.Syarafuddin Al-Musawi dan Penshawara Nights oleh Sultan Sherazi. Di dalam buku-buku itu telah dibahaskan lebih mendalam dan terperinci kepentingan wilayah imamah.

Sebagai ringkasannya, dalil daripada al-quran yang memberi penanda agar beriman kepada imam 12 dan kemaksuman mereka adalah terlalu banyak. Antaranya :

1) Surah al-Ahzab ayat 33.

?esungguhnya allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlulbait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya?.

Surah ini yang paling tepat menunjukkan makam imamah itu dan sebagai jawapan kemaksuman para Imam AhlulBait. Di dalam surah ini kita boleh mendapati 2 bentuk pembersihan yang telah allah kehendakkan terhadap para maksum, iaitu kebersihan dari segi zahiriah iaitu dari segala dosa, kecacatan akhlak (lalai, lupa, dll) dan juga dari segi lahiriah iaitu tidak terlintas mahupun terniat untuk takabur, mempersoalkan kebesaran allah dan kesahihan utusan allah atau segala bentuk keburukan rohani. Inilah kemaksuman para imam sesuai dengan kehendak Dzat yang maha mulia Allah S.A.W.
Adapun sebahagian ulama ASWJ memperkatakan bahawa yang dimaksudkan Ahlul Bait di dalam ayat itu adalah para isteri rasul di atas sebab ayat sebelumnya yang menyebut mengenai isteri-isteri nabi. Tetapi apa yang cuba diperkatakan itu tidak benar kerana atas faktor penggunaan huruf dan faktor-faktor lainnya. (rujuk dialog sunni syi?h, ms 42). Di sini ingin saya nukilkan satu hadis yang cukup enak untuk memperlengkapkan dalil pertama ini. Seperti yang diriwayatkan oleh ibnu Abi syaibah, Ahmad, Muslim, Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim dan Halim meriwayatkan dari Siti Aisyah yang berkata, ?asuallah pergi ke luar rumah pagi-pagi sekali dengan mengenakan pakaian yang tidak dijahit. Lalu Hassan dan Hussain datang, lalu rasulallah memasukkannya ke dalam kain itu., datang pula Fatima dan dimasukkan ke dalam kain itu, lalu datang Ali dimasukkan juga ke dalam kain dan rasulallah langsung menyebut ?esungguhnya allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlulbait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya?.

2) Surah Asy-Syura ayat 23

?atakanlah (wahai Muhammad) aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanya kasih mesra terhadap keluargamu, dan siapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, kami tambahi kebaikkan baginya kebaikannya itu?

Ayat ini jelas menunjukkan kedudukan ahlul Bait dalam pandangan allah. Ini memberikan petanda bahawa makamnya para ahlul bait ini adalah tinggi disisi allah sehingga Allah yang Maha agung dan Maha kaya itu meminta balasan hanya dengan berselawat keatas itrah nya Rasulallah. Di dalam sahih Muslim dan Bukhari, imam Tha?abi di dalam Imam Ahmad bin hanbal dalam musnad tabrani dalam Mu?amu?-kabir?, sulaiman Balkhi hanafi dalam Yanabul-Mawaddah bab 32 dengan pengesahan tafsir Ibn Abi hatim dan Manaqib dari Hakim ada mentafsirkan ayat ini, apa yang sebenarnya tersirat dalam kalimah ini dan siapa sebenarnya yang diwajibkan berselawat keatas nya. Ini semua terdapat dalam tafsir-tafsir yang daripada kalangan ASWJ di atas. (lanjutan rujuk Penshawara Nights, bab dalil al-quran mencintai keluarga nabi, ms 48)

3) Surah an-Nisa ayat 59

?ahai orang yang beriman, taatlah kepada allah, taatlah kepada Rasul dan juga para pemimpin (ulil-amri) dari kalanganmu?.

Adapun sebahagian ulama ASWJ mengatakan bahawa pemimpin (ulil amri) yang dimaksudkan adalah pemimpin negara atau kaum, ini adalah tidak munasabah kerana pemimpin yang universal ini ada yang zalim (melakukan dosa atau mengambil hak rakyat), maka apakah mungkin allah menyuruh menaati pemimpin yang zalim sedangkan banyak kalam-kalam al-quran diturunkan bagi menegaskan penentangan terhadap pemerintah yang zalim. Manusia hanya mampu menilai pemimpin itu hanya dari segi materi atau luaran, hanya allah sahaja yang mampu menilai isi dalaman, maka dengan itu jelas menunjukkan bahawa ulil-amri yang ketaatan kepadanya adalah wajib adalah yang dipilih oleh allah bukannya pemimpin yang dipilih manusia seperti pemimpin negara atau kaum. Maka jika benar pun dakwaan itu maka berapa ramai ulil-amri akan terhasil dari pelbagai negara yang ada di dunia ini, maka di sini akan timbul perbalahan dan permusuhan diantara negara kerana masing-masing mengklaim ulil-amri mereka yang harus ditaat. Jadi disini persoalan jika benar memang allah yang melantik ulil-amri maka siapa mereka ini. Saudara boleh menelaah tafsir-tafsir Imam Ahman bin hanbal dalam musnad tabrani dalam Mu?amu?-kabir, dan lain-lain. (lanjutan rujuk Penshawara Nights, bab dalil al-quran mencintai keluarga nabi, ms 48)

4) surah al-Maidah ayat 55

?esungguhnya pemimpin kamu hanyalah allah, rasulnya dan orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberikan zakat dalam keadaan rukuk?

Ayat ini hampir sama terjemahannya dengan ayat sebelumnya, akan tetapi ayat ini memberikan pembayang yang lebih kepada mereka yang mencari jawapan. Perkataan ?emberi zakat dalam keadaan rukuk? ini sudah disepakati oleh syia?h mahupun ASWJ dan telah terbuku di dalam sejarah bahawa hanya seorang sahaja yang berbuat begitu iaitu Imam Ali bin Abi Thalib. Di sini menunjukkan kewajipan beriman dengan para imam 12.

5) Surah Al-Li?mran ayat 103

?an berpeganglah kamu sekalian dengan seteguh-teguhnya pada (tali allah) dan janganlah kamu bercerai-berai?

Telah diriwayatkan oleh Al-Imam Ats-Tsa?abi dalam tafsirnya tentang ayat ini, dengan sanad kepada Abban Bin Taghlib, dari Al- Imam Ja?ar Ash-Shadiq yang berkata ; Kami (Ahlul Bait) yang dimaksud dengan tali allah dalam ayat (103 Al-Li?mran) tersebut. Ibnu Hajar juga telah mengolongkan ayat tersebut dalam ayat-ayat yang diturunkan untuk mereka seperti yang disebutkan dalam bab 11 dari kitab As-Sawa?q. Ia mengutip penjelasan Imam jaafar ash-Shadiq di atas melalui riwayat Ats-Tsa?abi. (lanjutan Dialog Sunni Shi?h, dialog No.12, ms 59)

Disini ingin saya memberi beberapa lagi dalil yang boleh memperkukuhkan keperluan  beriman terhadap imam 12 dan kemaksuman imam Ahlul bait ;

6) Surah At-Taubah ayat 119

?an bergabunglah kamu sekalian dengan orang-orang yang tulus?

7) Surah al-A?af ayat 46

?an di atas  A?af itu (yaitu tempat tertinggi diantara syurga dan neraka) ada orang-orang yang mengenali masing-masing dari dua golongan (penghuni syurga dan neraka) dengan tanda-tanda di wajah-wajah mereka...?

8) Surah Al-An?am ayat 153

?...dan bahawasanya ini adalah shirat (jalan)ku yang lempang maka ikutilah dia?

9) Surah A-Li?mran ayat 61

?atakanlah , marilah kita memanggil anak-anak kami, anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri-diri kami, dan diri-diri kamu, kemudian marilah kita bermubahala (saling berdoa) kepada allah dan mohon agar laknat (kutukan) allah ditimpa kepada orang-orang yang berdusta?

10) Surah An-Nahl ayat 43

?aka bertanyalah pada ahludz dzikir (orang-orang yang mengerti tentang al-quran), bila kamu tiada mengetahui?

Maka dengan secebis bingkisan dari dalil al-quran yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan penjelasan para ilmuan dalam buku Dialog Sunni Syi?h dan Penshawara Nights dan jauh sekali isi maksudnya ayat yang sebenar ini dapat sedekit sebanyak memberi jawapan terhadap soalan saudara Sheir?li. Natijahnya kewajipan dan kemaksuman terhadap para 12 imam Ahlul Bait ini bukan satu mitos tetapi telah dituntut oleh allah dalam kalam-kalamnya dan ia berkara yang wajib ditaati.

Waallah hu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2006 11:16 AM | Show all posts
terima kasih diatas segala jawapan yg diberikan shaikh

sebenarnya segala yg dikemukakan oleh shaikh sebagai jawapan tlhpun dijawab semula oleh ulamak aswj sebagai menolak penghujahan mereka didlm membuktikan kewajipan percaya kpd imam maksum umpamanya jawapan kpd buku dailog sunnah syiah oleh mahmud azza'by yg tlh diterjemahkan

http://www.al-firdaus.com/al-murajaat/index.htm
dan jawapan kpd buku tersebut ada lgi yg blm diterjemahkan ke bhs melayu

saya tak tahulah samaada pak shaikh tlh pun melihat buku tersebut ataupun blm lihat lg

berkenaan dgn al-murajaat itu utk makluman pak shaikh saya tlhpun mengkhatamkan buku tersebut 10 thn yg lalu dan buku saya tu tak tahu kemana pulak dipinjam org..jadi tak dapatlah saya nak merujuk masa ini tapi saya akan dapatkan dr kawan saya sari dua lagi

walaubagaimanapun saya akan membalas balik satu demi satu segala penghujahan yg diberikan oleh pak shaikh

pertama sekali perlu rasanya kita semua mengetahui dulu siapakah yg dikatakan imam maksum disisi syiah tersebut...

1.        `Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2.        Hasan bin `Ali (wafat 50 H)
3.        Husain bin `Ali (wafat 61 H)
4.        `Ali Zainal `Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5.        Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin (wafat 117 H)
6.        Ja`far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7.        Musa al-Kazim bin Ja`far as-Sadiq (wafat 183 H)
8.        `Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9.        Muhammad al-Jawaad bin `Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10.        `Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11.        Hasan bin `Ali al-`Askari (wafat 260 H)
12.        Muhammad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Ayat-ayat dan hadits-hadits yang disebutkan itu tidak jelas menunjukkan bahawa Sayyidina Ali r.a. dan keturunannya yang tertentu sahaja layak menjadi khalifah. Untuk menjadikan sesuatu sebagai akidah mestilah berdasarkan ayat-ayat dan hadits-hadits yang jelas dan terang maknanya (qat'iyyuddalaalah) dan mestilah hadits-hadits itu mutawatir (qat'iyyu ats-tsubut).

Umpamanya ayat tathhir langsung tidak menunjukkan ?smah imam apatah lagi utk ditujukan pula kpd keturunan ahlulbait slps itu pula yg dipilih berdasarkan selera syiah sendiri..pengkhususan kpd keturunan hussin r.a. shj dan tidak kpd keturunan hasan r.a. sdgkan hasanlah yg abang..
bagaimana syiah mengkhususkan kpd individu2 spt nama diatas shj sdgkan ramai lg anak cucu rasulullah s.a.w....
tiada satupun petanda dr rasul yg mengkhususkan kpd hanya mereka shj

saya akan mengemukakan juga sebahagian dr jawapan utk ayat tathir tersebut
dan utk jawapan2 yg lain akan menyusul kemudian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 11:19 AM | Show all posts
1) Surah al-Ahzab ayat 33.

?esungguhnya allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlulbait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya?.

Surah ini yang paling tepat menunjukkan makam imamah itu dan sebagai jawapan kemaksuman para Imam AhlulBait. Di dalam surah ini kita boleh mendapati 2 bentuk pembersihan yang telah allah kehendakkan terhadap para maksum, iaitu kebersihan dari segi zahiriah iaitu dari segala dosa, kecacatan akhlak (lalai, lupa, dll) dan juga dari segi lahiriah iaitu tidak terlintas mahupun terniat untuk takabur, mempersoalkan kebesaran allah dan kesahihan utusan allah atau segala bentuk keburukan rohani. Inilah kemaksuman para imam sesuai dengan kehendak Dzat yang maha mulia Allah S.A.W.
Adapun sebahagian ulama ASWJ memperkatakan bahawa yang dimaksudkan Ahlul Bait di dalam ayat itu adalah para isteri rasul di atas sebab ayat sebelumnya yang menyebut mengenai isteri-isteri nabi. Tetapi apa yang cuba diperkatakan itu tidak benar kerana atas faktor penggunaan huruf dan faktor-faktor lainnya. (rujuk dialog sunni syi?h, ms 42). Di sini ingin saya nukilkan satu hadis yang cukup enak untuk memperlengkapkan dalil pertama ini. Seperti yang diriwayatkan oleh ibnu Abi syaibah, Ahmad, Muslim, Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim dan Halim meriwayatkan dari Siti Aisyah yang berkata, ?asuallah pergi ke luar rumah pagi-pagi sekali dengan mengenakan pakaian yang tidak dijahit. Lalu Hassan dan Hussain datang, lalu rasulallah memasukkannya ke dalam kain itu., datang pula Fatima dan dimasukkan ke dalam kain itu, lalu datang Ali dimasukkan juga ke dalam kain dan rasulallah langsung menyebut ?esungguhnya allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlulbait, dan menyucikan kamu sesuci-su


Pertama: Adakah ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman?
Jawapannya tidak. Para pembaca dijemput memerhatikan semula ayat 33 surah al-Ahzab:
Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab 33:33][3]

Perhatikan bahawa Allah ?zza wa Jalla menggunakan perkataan Yuridu (يريد) yang bererti ?ehendak? atau ?einginan? atau ?ermaksud?. Kemudian perkataan Yuzhiba (يذهب) didahului dengan huruf Lam (ل) yang bererti ?ntuk? atau ?upaya?. Justeru firman Allahإنما يريد الله ليذهب) hanyalah menerangkan ?ehendak? Allah ?ntuk? menghilangkan dosa para Ahl al-Bait.

Seandainya Allah ingin menetapkan sifat maksum (bebas dari dosa dan suci), Allah akan berfirman dengan sesuatu yang bersifat menetapkan, umpama:

?esungguhnya Allah telah menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan telah membersihkan kamu sebersih-bersihnya.?

Oleh itu Syi?h telah melakukan satu kesalahan yang amat besar lagi fatal apabila mereka mendakwa ayat 33 surah al-Ahzab membicara subjek kemaksuman. Yang benar ayat 33 surah al-Azhab tidak membicara subjek kemaksumam, jauh sekali daripada berperanan menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada para isteri Rasulullah atau kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.[4]

Timbul soalan seterusnya, apakah maksud sebenar firman Allah dalam ayat 33 surah al-Ahzab? Jawapannya akan diperolehi dalam perbahasan kedua seterus ini.

Sebelum itu untuk memantapkan fahaman para pembaca, berikut dikemukakan contoh sebuah ayat yang juga menggunakan perkataan (يريد) dan (التطهير). Ia adalah ayat berkenaan perintah wudhu?, firman Allah Subhanahu wa Ta?la:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi berkehendak untuk membersihkan (طهر) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. [al-Maidah 5:06]
Perhatikan perenggan kedua ayat di atas. Seandainya Syi?h menafsirkan ayat 33 surah al-Ahzab sebagai menetapkan sifat maksum kepada Ahl al-Bait, maka dengan itu juga setiap orang beriman yang berwudhu? akan memiliki sifat maksum juga. Ini kerana kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah mengunakan istilah Tahara (طهر) yang bermaksud ?ersih? atau ?uci?.
Di sisi Ahl al-Sunnah, kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah tidak membicarakan sifat maksum mahupun menetapkan sifat maksum kepada orang yang dirujuk olehnya. Perhatikan, sebagaimana ayat 33 surah al-Ahzab, ayat di atas juga menggunakan perkataan Yuridu dan tambahan huruf Lam: ?etapi (Allah) berkehendak (يريد) untuk membersihkan (ل + يطهر = ليطهر) kamu dan?
Berdasarkan penggunaan perkataan Yuridu (يريد) dan tambahan huruf Lam (ل), maka ayat kelima surah al-Maidah ini tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada setiap orang beriman yang berwudhu?. Demikianlah juga bagi ayat 33 surah al-Ahzab, ia tidak berperanan menetapkan sifat maksum kepada Ahl al-Bait.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2006 11:21 AM | Show all posts

sambungan jawapan

Kedua:   Adakah istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?

Jawapannya akan diperolehi dengan mengkaji keseluruhan konteks perbincangan ayat dari mula hingga akhir. Ia bermula dengan ayat 28 surah al-Ahzab:

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. [al-Ahzab 33:28]

Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan Rasul-Nya serta (nikmat kemewahan) di Negeri Akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar. [al-Ahzab 33:29]

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. [al-Ahzab 33:30]

Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengerjakan amal yang salih, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. [al-Ahzab 33:31]

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [al-Ahzab 33:32]
Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu; dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [al-Ahzab 33:33][5]

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus Tadbir-Nya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [al-Ahzab 33:34]

Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa yang menjadi konteks perbincangan ialah tunjuk ajar serta perintah dan larangan Allah ?zza wa Jalla kepada para isteri Rasulullah shallallahu ?laihi wasallam, radhiallahu ?nhum. Firman Allah dalam ayat 33 ?Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya? bukan suatu ayat yang terpisah daripada rangkaian ayat 28 hingga 34. Akan tetapi ia termasuk sebahagian daripada ayat-ayat tersebut. Ia berperanan menerangkan tujuan atau hasil yang ingin dikurniakan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah dengan segala tunjuk ajar, perintah dan larangan tersebut.

Oleh itu perkataan Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab tetap merujuk kepada para isteri Rasulullah shallallahu ?laihi wasallam, radhiallahu ?nhum. Jika ditafsirkan ayat 33 ini merujuk kepada ?li, Fathimah, Hasan dan Husain, ia bererti ?li, Hasan dan Husain diperintahkan untuk tetap berada di dalam rumah. Seterusnya mereka dilarang berhias (tabarruj) apabila berada di luar rumah. Ini adalah tafsiran yang menjauhi fakta yang benar dan pemikiran yang sihat kerana sedia diketahui bahawa ?li, Hasan dan Husain sentiasa bergiat aktif di luar rumah dalam ekspedisi dakwah dan jihad. Lebih dari itu mereka terdiri daripada kaum lelaki yang tidak berhias sebagaimana kaum wanita. Justeru tidak mungkin menafsirkan perkataan Ahl al-Bait dalam ayat di atas sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.

Adapun beberapa petunjuk daripada al-Qur?n yang dikemukakan oleh Syi?h sebagai bukti bahawa ayat 33 surah al-Ahzab hanya merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ?nhum, ia dapat dijawab dengan mudah seperti berikut:

Jawapan Kepada Petunjuk Pertama:
Istilah Ahl al-Bait tidaklah mutlak merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan nasab sahaja. Ia juga merujuk kepada keluarga yang memiliki ikatan pernikahan. Berikut adalah satu contoh ayat al-Qur?n yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri Nabi Ibrahim ?laihi salam.
Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.
Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]

Jawapan Kepada Petunjuk Kedua:
Ayat 33 surah al-Ahzab yang bersifat maskulin (muzakkar) bukan kerana ia mengecualikan para isteri Rasulullah tetapi kerana ia merujuk kepada perkataan Ahl (أهل) yang sememangnya bersifat maskulin. Dalam kaedah bahasa Arab:

1. Apabila istilah Ahl bersifat maskulin, maka seluruh ayat akan bersifat maskulin juga sekalipun yang dibicarakan ialah berkenaan kaum wanita.

2. Ayat yang bersifat maskulin tidak mengecualikan kaum wanita kerana lafaz mazkulin boleh mewakili kedua-dua lelaki dan wanita.[6]

Kedua-dua poin di atas merupakan kaedah yang amat asas dalam ilmu bahasa Arab. Hal ini mendapat perhatian Wan Zahidi Wan Teh di dalam tulisannya: Ahlul Bait Menurut Pandangan Sunnah dan Syi?h sehingga beliau mengulas:[7]

Hujah ini sebenarnya menunjukkan kejahilan mereka (Syi?h) dalam bahasa Arab kerana kebanyakan mereka daripada bangsa Parsi tidak memahami bahasa Arab secara mendalam.

Jawapan Kepada Petunjuk Ketiga:
Syi?h menggunakan teguran Allah kepada para isteri Rasulullah shallallahu ?laihi wasallam, radhiallahu ?nhum dalam ayat 4 surah al-Tahrim sebagai hujah bahawa mereka (para isteri) tidak termasuk dalam ciri-ciri kemaksuman yang ditetapkan dalam ayat 33 surah al-Ahzab. Hujah ini tertolak dengan dua sebab:

1. Teguran Allah kepada para isteri Rasulullah bukanlah untuk merendahkan mereka tetapi kerana ingin memelihara mereka daripada sifat-sifat yang tidak baik. Para isteri Rasulullah radhiallahu ?nhum adalah ibu kepada umat Islam seluruhnya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta?la:

Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. [al-Ahzab 33:06]

Sebagai ?bu? umat Islam, para isteri Rasulullah menjadi teladan kepada para isteri orang beriman seluruhnya. Justeru apabila Allah menegur dan memberi tunjuk ajar, ia bukanlah kerana keburukan yang ada pada para isteri Rasulullah tetapi kerana Allah ingin menjadikan mereka sumber teladan atau rujukan kepada para isteri umat Islam seluruhnya.

2. Ayat 33 surah al-Ahzab tidak menetapkan sifat maksum kepada sesiapa, sama ada kepada para isteri Rasulullah mahupun 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Oleh itu sia-sia sahaja penghujahan Syi?h ini.

Demikianlah jawapan Ahl al-Sunnah kepada petunjuk-petunjuk al-Qur?n yang dikemukakan oleh Syi?h untuk mengecualikan para isteri Rasulullah daripada istilah Ahl al-Bait. Kembali kita kepada persoalan asal yang sedang dibahas: Adakah istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah atau 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain?
Jawapannya: Istilah Ahl al-Bait dalam ayat 33 surah al-Ahzab merujuk kepada para isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sahaja radhiallahu ?nhum.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2006 11:22 AM | Show all posts

sambungan jawapan ayat tathhir

Ketiga:   Darjat dan maksud Hadis al-Kisa?.

Umm Salamah radhiallahu ?nha berkata:
Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ?laihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu ?laihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa?) manakala ?li berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.
Kemudian Nabi berdoa: ?a Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.?
Berkata Umm Salamah: ?an aku bersama mereka wahai Nabi Allah?? Rasulullah menjawab: ?ngkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.?
Perbicaraan ke atas apa-apa hadis tidak memiliki nilai melainkan didahului dengan darjat kekuatannya. Oleh itu kita mulakan dengan membahas darjat kekuatan Hadis al-Kisa?.

Darjat Hadis al-Kisa?.
Hadis al-Kisa? memiliki darjat yang sahih. Ia dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Ahmad, al-Tirmizi, al-Bazzar, Ibn Jarir al-Thabari, Ibn Hibban, Ibn Abi Hatim, al-Hakim, al-Thabarani, al-Baihaqi dan al-Hafiz al-Haskani, di atas dengan lafaz al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan al-Tirmizi ? no: 3787 (Kitab Manaqib, Bab Manaqib Ahl Bait Nabi). Juga dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya? no: 2424 dan lain-lain daripada ??syah (عائشة) radhiallahu 'anha tanpa disertai oleh pertanyaan Umm Salamah.

Maksud Hadis al-Kisa?.
Merupakan satu keajaiban bagaimana Hadis al-Kisa? boleh dijadikan hujah oleh Syi?h padahal ia adalah sebaik-baik dalil bagi menolak dakwaan mereka bahawa ayat 33 surah al-Ahzab turun untuk ?li, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ?nhum.
Ini kerana seandainya ayat 33 tersebut pada asalnya ditujukan kepada ?li, Fathimah, Hasan dan Husain, tidak perlu lagi untuk Rasulullah shallallahu ?laihi wasallam menyelimuti mereka berempat dan mendoakan mereka. Namun Rasulullah berbuat yang sebaliknya, menunjukkan bahawa baginda mengetahui bahawa ayat 33 tersebut pada asalnya ditujukan kepada para isteri baginda. Lalu baginda mengingini agar ia mencakupi juga ?li, Fathimah, Hasan dan Husain. Maka kerana itulah baginda berdoa agar mereka turut serta.[8]
Perlu diingatkan bahawa Rasulullah dengan bimbingan wahyu yang diperolehinya tidak sekali-kali melakukan perkara yang sia-sia. Sungguh amat jauh daripada akal yang lurus dan logik yang sihat jika Rasulullah mendoakan ?li, Fathimah, Hasan dan Husain dengan lafaz doa yang berasal dari ayat yang ditujukan kepada mereka berempat ? melainkan ? ayat tersebut sememangnya tidak ditujukan kepada mereka berempat lalu Rasulullah berdoa dengannya agar mereka berempat termasuk sama.
Adapun pertanyaan Umm Salamah: ?an aku bersama mereka wahai Nabi Allah??, maka ia memiliki dua sebab tanpa yang ketiga:

1. Di saat tersebut Umm Salamah tidak tahu berkenaan ayat 33 surah al-Ahzab kerana ia baru sahaja diturunkan dan Rasulullah belum membacakannya kepada beliau. Maka Umm Salamah bertanya dalam suasana beliau tidak mengetahui keberadaan ayat 33 tersebut.

2. Jawapan Rasulullah: Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan bukanlah mengecualikan Umm Salamah daripada ayat 33 surah al-Ahzab tetapi daripada doa baginda kepada ?li, Fathimah, Hasan dan Husain. Bahkan di dalam jawapan Rasulullah sendiri terkandung petunjuk bahawa baginda mengetahui Umm Salamah terdiri daripada orang yang ditujukan oleh ayat 33 surah al-Ahzab.
Dalam sebahagian kecil lafaz yang lain dari hadis yang sama, disebut bahawa Rasulullah shallallahu ?laihi wasallam pada mulanya berdoa: ?a Allah! Mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya? kemudian barulah turun ayat 33 surah al-Ahzab. Perbezaan lafaz ini tidak membawa apa-apa kesan positif kepada penghujahan Syi?h kerana:

1. Riwayat yang lebih terpelihara menerangkan bahawa ayat 33 surah al-Ahzab turun dahulu kemudian diikuti dengan doa Rasulullah.

2. Sekalipun Rasulullah sememangnya berdoa sebelum turunnya ayat, ia tetap tidak memiliki apa-apa perbezaan kerana ayat 33 surah al-Ahzab yang turun tidak bersifat menetapkan apa yang didoakan oleh baginda.

3. Doa Rasulullah hanyalah merupakan satu doa dan tidak lebih dari itu. Baginda mengharapkan agar ?li, Fathimah, Hasan dan Husain dibersihkan daripada dosa dan disucikan. Paling tinggi doa tersebut mengharapkan supaya mereka berempat menjadi golongan bertaqwa yang dihilangkan dosa dan disucikan dengan sesuci-sucinya. Doa baginda tidak menetapkan sifat maksum kepada mereka berempat.[9]

Justeru tidak ada beza sama sekali sama ada Rasulullah berdoa sebelum atau selepas turunnya ayat 33 surah al-Ahzab kerana ia (ayat tersebut) dan doa baginda tetap tidak bersifat menghapuskan dosa dan menyucikan ?li, Fathimah, Hasan dan Husain, jauh sekali daripada menetapkan sifat maksum kepada mereka berempat, radhiallahu ?nhum.
Timbul soalan seterusnya: Adakah doa Rasulullah dalam Hadis al-Kisa? dimakbulkan oleh Allah sehingga ?li, Fathimah, Hasan dan Husain menjadi manusia yang maksum sebagaimana dakwa Syi?h?
Jawapannya tidak. Hal ini dibuktikan oleh sejarah di mana ?li, Hasan dan Husain telah berijtihad sebagai manusia biasa dalam menghadapi pelbagai cabaran dan krisis pada zaman kehidupan mereka. Sebahagian daripada ijtihad mereka benar dan sebahagian lagi salah sehingga akhirnya mereka gugur syahid dan mendapat darjat yang mulia di sisi Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 12:31 AM | Show all posts
soalan kedua shaikh

2) Surah Asy-Syura ayat 23

?atakanlah (wahai Muhammad) aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanya kasih mesra terhadap keluargamu, dan siapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, kami tambahi kebaikkan baginya kebaikannya itu?

Ayat ini jelas menunjukkan kedudukan ahlul Bait dalam pandangan allah. Ini memberikan petanda bahawa makamnya para ahlul bait ini adalah tinggi disisi allah sehingga Allah yang Maha agung dan Maha kaya itu meminta balasan hanya dengan berselawat keatas itrah nya Rasulallah. Di dalam sahih Muslim dan Bukhari, imam Tha?abi di dalam Imam Ahmad bin hanbal dalam musnad tabrani dalam Mu?amu?-kabir?, sulaiman Balkhi hanafi dalam Yanabul-Mawaddah bab 32 dengan pengesahan tafsir Ibn Abi hatim dan Manaqib dari Hakim ada mentafsirkan ayat ini, apa yang sebenarnya tersirat dalam kalimah ini dan siapa sebenarnya yang diwajibkan berselawat keatas nya. Ini semua terdapat dalam tafsir-tafsir yang daripada kalangan ASWJ di atas. (lanjutan rujuk Penshawara Nights, bab dalil al-quran mencintai keluarga nabi, ms 48)


disini saya akan mengemukakan jawapan ringkas sahaja disini...

jawapan ringkas
Ayat Al-Mawaddah pula bermaksud, " Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku, kecuali kasih saying atas kekeluargaan ". Ayat ini juga tidak menunjukkan bahawa imam dua belas itu layak dan seharusnya diterima menjadi Imam sepeninggalan Nabi s.a.w. Jika kita faham sebagaimana yang difahamkan oleh Syiah, maka Rasulullah s.a.w. kelihatan terlalu hina dan seorang manusia duniawi kerana Baginda mengharapkan supaya anak cucunya dilantik sebagai Imam sebagai ganti kepada dakwahnya. Adakah ini layak untuk Rasulullah s.a.w. sedangkan para nabi yang lain sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al-Quran rnenyatakan, "Aku tidak meminta apa-apa upahan di atas seruanku kepad kamu. Upahku hanya ada pada Tuhan semesta alam"? Adakah kedudukan Rasulullah s.a.w. lebih rendah dari kedudukan para Nabi yang lain di mana para Nabi yang lain tidak mengharapkan sebarang upahan atau balasan tetapi Rasulullah
s.a.w. sendiri meminta dan mengharapkan anak cucunya selepasnya menjadi pemimpin?Maksud sebenarnya ayat ini ialah Rasulullah s.a.w. menerangkan kepada kaum dan keluarga Baginda sendiri yang diseru bahawa Baginda tidak meminta apa-apa balasan daripada mereka, bahkan apa yang di sampaikan oleh Baginda itu dituntut oleh rasa kasih sayang kekeluargaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 12:33 AM | Show all posts

sambungan jawapan ayat mawaddah

Jawapan Ahl al-Sunnah            

Kajian dan jawapan ke atas penghujahan Ayat al-Mawaddah dibahagikan kepada dua perbahasan:

1. Menilai darjat hadis yang menafsirkan ayat 23 surah al-Syura kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ?nhum.

2. Mengkaji maksud sebenar ayat 23 surah al-Syura.





Pertama:  Menilai darjat hadis yang menafsirkan ayat 42 surah al-Syura kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.

Hadis yang digunakan oleh Syi?h untuk menafsirkan ayat 23 surah al-Syura sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu ?nhum memiliki kecacatan yang amat berat di dalam sanadnya. Dalam istilah hadis, ia dikategorikan sebagai Dha?f Jiddan.

Ia dikeluarkan oleh al-Thabarani di dalam al-Mu?am al-Kabir, jld. 3, ms. 47, no: 2641 & jld. 11, ms. 444, no: 12259, Ibn al-Maghazali di dalam Manaqib al-Imam ?li bin Abi Thalib ? no: 352, al-Tsa?abi di dalam al-Kasyf wa al-Bayan, jld. 8, ms. 310 (tafsir ayat 23 surah al-Syura) dan al-Hafiz al-Haskani di dalam Syawahid al-Tanzil ? no: 822, 823, 824, 825, 826, 827, 828 & 829. Semuanya dengan sanad yang berpangkal kepada Husain al-Asyqar, daripada Qays bin Rabi?.

Husain al-Asyqar, beliau ialah al-Husain bin Hasan al-Aysqar al-Fazari, daripada Kufah. Berkata Abu Hatim al-Razi dan al-Daruquthni: Hadisnya tidak kuat. Berkata Abu Zar?h: Dia Syaikh, Mungkar al-Hadis. Berkata Abu Mu?mar: Pendusta.[4] Berkata Ibn Hajar al-Haitami: Seorang Syi?h yang radikal sekalipun jujur.[5] Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-?sqalani: Husain (al-Asyqar) dha?f lagi digugurkan (daripada diterima sebagai seorang perawi hadis).[6]

Qays bin al-Rabi?, beliau ialah Qays bin al-Rabi? Abu Muhammad al-Asdi daripada Kufah. Berkata Ahmad bin Hanbal: Terdapat banyak kesilapan di dalam hadisnya.[7] Kecacatan yang berat pada Husain al-Asyqar menjatuhkan riwayat ini ke darjat sangat lemah (Dha?f jiddan).

Selain itu dikeluarkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam Tafsir al-Qur?n al-?dzim ? no: 18473 (tafsir ayat 23 surah al-Syura) dan beliau berkata: ?engan sanad yang dha?f dari jalan Sa?d bin Jabir, daripada Ibn ?bbas dia berkata:?(seperti di atas)?.

al-Suyuthi di dalam al-Durr al-Mantsur, jld. 5, ms. 701 (tafsir ayat 23 surah al-Syura, riwayat ke 14) menyandarkannya kepada Ibn al-Manzur dan Ibn Marduyah, akan tetapi kedua-dua rujukan ini tidak sampai kepada kita hari ini. Justeru memadai dengan merujuk kepada penilaian al-Suyuthi terhadapnya, di mana beliau berkata:[8]



Dikeluarkan oleh Ibn al-Manzur, Ibn Abi Hatim, al-Thabarani dan Ibn Marduyah dengan sanad yang dha?f dari jalan Sa?d bin Jabir, daripada Ibn ?bbas dia berkata: Tatkala turun ayat:  Katakanlah (wahai Muhammad): ?ku tidak meminta kepada kamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang (al-Mawaddah) dalam kekeluargaan (al-Qurba).? [al-Syura 42:23] Mereka (para sahabat) bertanya: ?a Rasulullah ! Siapakah keluarga engkau yang diwajibkan ke atas kami untuk mencintainya?? Baginda menjawab: ? ?li dan Fathimah dan kedua anaknya (Hasan dan Husain).?



Demikian perincian atau takhrij ke atas hadis yang digunakan oleh Syi?h untuk menafsirkan ayat 23 surah al-Syura sebagai merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain sahaja, radhiallahu ?nhum. Selain itu diketahui bahawa Syi?h turut mengemukakan beberapa riwayat lain sebagai penguat. Mari kita mengkaji sejauh mana kekuatan riwayat-riwayat tersebut.

untuk melihat jawapan yg lebih detail:

http://al-firdaus.com/buku_syiah/Siri2/tiga.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 01:03 AM | Show all posts
soalan ketiga shaikh

3) Surah an-Nisa ayat 59

?ahai orang yang beriman, taatlah kepada allah, taatlah kepada Rasul dan juga para pemimpin (ulil-amri) dari kalanganmu?.

Adapun sebahagian ulama ASWJ mengatakan bahawa pemimpin (ulil amri) yang dimaksudkan adalah pemimpin negara atau kaum, ini adalah tidak munasabah kerana pemimpin yang universal ini ada yang zalim (melakukan dosa atau mengambil hak rakyat), maka apakah mungkin allah menyuruh menaati pemimpin yang zalim sedangkan banyak kalam-kalam al-quran diturunkan bagi menegaskan penentangan terhadap pemerintah yang zalim. Manusia hanya mampu menilai pemimpin itu hanya dari segi materi atau luaran, hanya allah sahaja yang mampu menilai isi dalaman, maka dengan itu jelas menunjukkan bahawa ulil-amri yang ketaatan kepadanya adalah wajib adalah yang dipilih oleh allah bukannya pemimpin yang dipilih manusia seperti pemimpin negara atau kaum. Maka jika benar pun dakwaan itu maka berapa ramai ulil-amri akan terhasil dari pelbagai negara yang ada di dunia ini, maka di sini akan timbul perbalahan dan permusuhan diantara negara kerana masing-masing mengklaim ulil-amri mereka yang harus ditaat. Jadi disini persoalan jika benar memang allah yang melantik ulil-amri maka siapa mereka ini. Saudara boleh menelaah tafsir-tafsir Imam Ahman bin hanbal dalam musnad tabrani dalam Mu?amu?-kabir, dan lain-lain. (lanjutan rujuk Penshawara Nights, bab dalil al-quran mencintai keluarga nabi, ms 48)



Terjemahan yg lengkap bagi ayat tersebut adalah spt berikut
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (an-nisa? 59)

Kalau dilihat kpd ayat tersebut ianya menunjukkan ketaatan kepada ulil amri atau penguasa-penguasa atau Imam dan khalifah bukanlah sesuatu ketaatan yang mutlak kerana ketika menyebut taat kepada Allah disebutkan khusus perkataan "Atii'u" dan ketika menyebut taat kepada Rasul, disebutkan juga perkataan "Atii'u" tetapi ketika menyebut taat kepada Ulil Amri, tidak disebutkan secara khusus perkataan "Atii'u?. Selain dari itu yang menjadi tempat rujukan ketika berselisih pendapat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah ialah Allah dan Rasul, bukannya kcpada Ulil Amri tersebut. Sikap merujuk kepada Allah dan Rasul itu sangat penting sehingga dikaitkan dengan keimanan kepada Allah dan hari Kemudian. Kerana itu bagi kita taat kepada imam atau penguasa bukan sesuatu   yang   mutlak   tetapi   ia   bergantung kepada sejauh   manakah   imam atau  penguasa  itu   sendiri   taat  kcpada   Allah   dan   RasulNya.
Disinilah ianya menunjukkan bahawa ulil amri spt yg disebut dlm ayat tersebut tidak tepat utk dikatakan kpd imam2 maksum syiah krn allah taala menyebutkan ayat seterusnya yg bermaksud ?ika kalian berbeza pendapat dalam suatu perkara, maka kembalikanlah perkara tersebut kepada Allah (al-Quran) dan Rasul-Nya (as-Sunnah),? menunjukkan imam itu tidak maksum krn itu tidak dijadikan sebagai rujukan bila berlaku perselisihan antara rakyat dan pemimpin.

Tetapi yg lebih tepat adalah mengikut pandangan aswj yg mengatakan ulil amri itu adalah pemimpin semasa yg tidak maksum krn itulah dia tidak dijadikan sebagai penentu bila berlaku percanggahan samaada percanggahan antara rakyat dan pemimpin ataupun percanggahan pemimpin dgn pemimpin yg lain yg masing2 mendakwa dirinya berada diatas kebenaran..tetapi yg menjadi penentu adalah quran sunnah

andaikata ulil amri yg dimaksudkan syiah itu adalah imam maksum maka sekarang ini kpd imam maksum manakah kita akan memberikan ketaatan..??kerana itu
Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menentukan imam atau penguasa itu kepada dua belas kerana imam atau pemimpin itu diperlukan oleh manusia sampai Qiamat sedangkan mengikut Syiah imam hanya dua belas dan imam yang terakhirnya pun telah ghaib dari dunia lebih dari seribu tahun yang lampau. Siapakah yang memimpin manusia setelah kehilangan imam itu dan apakah ertinya wujud imam yang tidak memimpin dan menghilangkan diri dari mengatur dan menyusun masyarakat manusia? Tentu sekali orang-orang Syiah juga tidak mendapat apa-apa faedah dari Imam seperti Imam maksum yang telah ghaib itu dan entah bila akan muncul!!
Jika adapun pemimpin mereka selepas Imam dua belas itu, tentulah ianya tidak maksum dan tidak ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk memimpin manusia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 11:20 PM | Show all posts
dalil keempat shaikh
4) surah al-Maidah ayat 55

?esungguhnya pemimpin kamu hanyalah allah, rasulnya dan orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberikan zakat dalam keadaan rukuk?

Ayat ini hampir sama terjemahannya dengan ayat sebelumnya, akan tetapi ayat ini memberikan pembayang yang lebih kepada mereka yang mencari jawapan. Perkataan ?emberi zakat dalam keadaan rukuk? ini sudah disepakati oleh syia?h mahupun ASWJ dan telah terbuku di dalam sejarah bahawa hanya seorang sahaja yang berbuat begitu iaitu Imam Ali bin Abi Thalib. Di sini menunjukkan kewajipan beriman dengan para imam 12.


penolakan ringkas terhadap dalil tersebut

???? ?????? ??? ?????? ?????? ???? ????? ????? ????? ?????? ????? ??? ????? (55)
Terjemahan
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Berdasarkan kpd ayat ini serta satu hadis yang dikatakan sebab kepada turunnya  ayat tersebut dijadikan oleh golongan syiah sebagai dalil mereka. Hadits itu bermaksud;Ada seorang peminta sedekah datang ketika Sayyidina Ali sedang rukuk dan Sayyidina Ali memberikan cincinnya kepada peminta sedekah itu,"
sedangkan hadits-hadits seperti ini tidak ada satu pun yang sahih.
Kalau adapun hadis tersebut adakah yang dimaksudkan dengan ??? ??? dalam ayat itu ialah Imam dua belas dan adakah semestinya memberi sedekah dalam keadaan rukuk menjadi alamat seseorang itu menjadi imam?

Adakah kesemua para Imam dua belas itu telah melakukan seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Ali r.a. menurut riwayat yang menyebutkan tentang sebab turunnya ayat ini seperti yang telah disebutkan di atas? Dan sekiranya Sayyidina Ali sahaja yang memberi zakat ketika di dalam keadaan rukuk yang dimaksudkan dengan Imam yang tersebut di dalam ayat ini ??? ??? tentunya ia bertentangan dengan (dalam keadaan mereka ruku'), sebab perkataan ini menunjukkan ramai, tidak menunjukkan seorang sedangkan yg disebutkan dlm hadis yg didakwa itu hanyalah sayyidina ali seorang sahaja.

Kerana itulah aswj menolak segala hujjah tersebut yg jelas sekali bertentangan dgn apa yg didakwa oleh golongan syiah?an ia bukanlah satu hujjah yg jelas utk dijadikan sandaran oleh golongan syiah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2006 11:22 PM | Show all posts
untuk jawapan yg lebih detail
Jawapan Ahl al-Sunnah            

Untuk mengkaji sejauh mana kebenaran penghujahan Syi?h ke atas Ayat al-Wilayah, penulis akan membahagikannya kepada empat persoalan atau perbahasan, iaitu:



1. Adakah riwayat yang menerangkan peristiwa ?li radhiallahu 'anh membayar zakat dengan cincinnya kepada pengemis ketika sedang rukuk berdarjat sahih?



2. Adakah ayat 55 surah al-Maidah membahas persoalan khalifah?



3. Adakah tindakan ?li membayar zakat dengan cincinnya kepada pengemis ketika sedang rukuk, seandainya ia adalah sahih, memiliki kaitan dengan sifat (1) Mendirikan Solat, (2) Menunaikan Zakat dan (3) Dalam Keadaan Rukuk?



4. Apakah maksud sebenar firman Allah Subhanahu wa Ta?la dalam ayat 55 surah al-Maidah?


layari:

http://al-firdaus.com/buku_syiah/Siri2/dua.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 08:53 AM | Show all posts
salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya

Wahai saudara sheir'Ali saya minta jika saudara boleh meringkaskan jawapan saudara dan dapat memberi jawapan dgn cepat.

Wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2006 11:13 AM | Show all posts
shaikh
salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya

Wahai saudara sheir'Ali saya minta jika saudara boleh meringkaskan jawapan saudara dan dapat memberi jawapan dgn cepat.

Wassalam


baiklah saudara shaikh
saya akan menjawab secara ringkas berkenaan kesemua ayat2 yg dikemukakan diatas dan jika berkesempatan saya akan menjawab pula secara detail..(maaf saya kesuntukan masa tapi insyaallah saya akan melayan segala persoalan)

ayat2 yg belum dijawab lagi:
1: وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (ali-imran 103)

persoalannya dimanakah dlm ayat ini disebutkan samaada secara isyarat atau secara jelas keimanan kpd imam dua belas dan dgn lebih lagi nama2 mereka serta isyarat kpd kemaksuman imam2 mereka??

2: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ (119)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (at-taubah 119)

dalam ayat ini begitu juga dimanakah ada disebutkan isyarat supaya beriman kpd imam dua belas??

3: وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ وَعَلَى الأَعْرَافِ رِجَالٌ يَعْرِفُونَ كُلاًّ بِسِيمَاهُمْ وَنَادَوْاْ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ (46)
Dan di antara keduanya (Syurga dan Neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya. (al-a'raf 46)

ini cerita berkenaan apa??apa pula kena mengena dgn imam 12 apatah lg kena mengena dgn kemaksuman mereka atau apakah imam 12 yg dimaksudkan dgn
"dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tanda masing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukiny"
kalau begitu imam 12 adalah org yg lewat masuk syurga sdgkan mereka ingin sgt memasukinya??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 11:15 AM | Show all posts
4: وَأَنَّ هَذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (153)
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.(al-an'aam 153)

kalaulah ayat ini nak suruh supaya mengikut jalan imam 12 mengapa gunakan lafaz mufrad (inilah jalanKu ) bukannya lafaz jamak sdgkan imam 12 itu ramai bukannya sorang...??

5: فَمَنْ حَآجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ نَدْعُ أَبْنَاءنَا وَأَبْنَاءكُمْ وَنِسَاءنَا وَنِسَاءكُمْ وَأَنفُسَنَا وأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَةَ اللّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ (61)
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta. (ali-imran 61)

Jawapan Ahl al-Sunnah            

Ahl al-Sunnah mengakui peristiwa Mubahalah antara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan delegasi Nasrani dari Najran. Ia tercatit di dalam kitab-kitab sahih, antaranya di dalam Shahih al-Bukhari:  

Daripada Huzaifah (radhiallahu 'anh), dia berkata: al-Aqib dan al-Sayyid, ketua delagasi Najran datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk saling melaknat (Mubahalah).

(Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: ?anganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.?

Lalu akhirnya mereka berdua berkata: ?ami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.? Rasulullah menjawab: ?ku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.?

Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: ?angunlah wahai Abu ?baidah bin al-Jarrah.? Tatkala (Abu ?baidah) berdiri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: ?nilah orang amanah umat ini.? [7]

Ahl al-Sunnah juga menerima bahawa ayat 61 surah ?li Imran diturunkan merujuk kepada 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain radhiallahu 'anhum. Sa?d bin Abi Waqqas radhiallahu 'anh menerangkan:

Tatkala diturunkan ayat: Maka katakanlah kepada mereka: ?arilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu?[?li Imran 3:61], Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyeru 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain lalu berdoa: ?a Allah! Merekalah ahli keluarga aku.? [8]

Akan tetapi pada waktu yang sama Ahl al-Sunnah menolak penghujahan Syi?h ke atas ayat 61 surah ?li Imran dan peristiwa Mubahalah. Penolakan ini adalah seperti berikut:

Pertama:   Peristiwa Mubahalah bukanlah hujah kekhususan mahupun keistimewaan 'Ali, Fathimah, Hasan dan Husain.

untuk jawapan lebih detail sila ke
http://al-firdaus.com/buku_syiah/Siri2/lima.htm

6: وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ (43)
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah olehmu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

apakah disini yg dimaksudkan org2 yg berpengetahuan agama adala imam 12...
bagaimana kamu boleh faham begitu sdgkan tidak ada sedikitpun sama ada secara isyarat atau jelas menunjukkan imam 12

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 11:24 AM | Show all posts
BEGINILAH KEBIASAAN SYIAH MEREKA SERING MENGGUNAKAN AYAT YG MEMBERIKAN MAKNA UMUM UTK MENGKHUSUSKAN KEPADA IMAM2 MEREKA SEDANGKAN KALAU KITA PERHATIKAN SEMUA AYAT2 YG TLH DISEBUTKAN KEMUDIAN PERHATIKAN AYAT SEBELUM DAN SELEPASNYA APAKAH AKAN KITA TEMUI ISYARAT SEKURANG2NYA YG MENUNJUKKAN KPD IMAM 12....YG PASTI SEMUA AYAT TERSEBUT TIDAK ADA KENA MENGENA LANGSUNG DGN KEIMANAN KPD IMAM 12 DAN KEMAKSUMAN MEREKA

antara ayat yg sering dijadikan dalil kewajipan beriman kpd imam 12 oleh syiah adalah (mgkn shaikh akan kemukakan kemudian)
وَعَلَّمَ آدَمَ الأَسْمَاء كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلاَئِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاء هَؤُلاء إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (31)
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.(al-baqarah 31)

mereka mengatakan yg dimaksudkan dgn nama2 yg diajarkan kpd nabi adam a.s. oleh allah  itu adalah nama2 imam 12???
bukankah pelik apa yg difahami oleh ajaran syiah ini??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2006 10:53 AM | Show all posts
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya....

wahai saudar sheir'ali adakah anda sudah selesai mengemukan dalilnya? berilah petanda kerana kelihatan ayat terakhir seperti ada sambunganya.

Wassalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.677663 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list