CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8069|Reply: 23

perlukah bertarekat ?

[Copy link]
poyo This user has been deleted
Post time 26-6-2006 10:44 AM | Show all posts |Read mode
A'kum... saudara-saudaraku sekalian...

Saya terpanggil untuk membicarakan soal sufi @ Tarekat ini dah lama dah sebenaqnya...
kita semua mengenali para aulia besar sepertimana Asy-Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani, Hassan Al-Basri dan lain-lain lagi
dan mereka semua berada di dalam pimpinan Yang Maha Pengasih Allah Al-Haq Azza wajala S.W.T...
mereka berada di jalan yang Haq...
akan tetapi, bagaimana pula mereka yang bertarikat pada hari ini ?
benarkah hanya dengan bertarekat sahaja seorang itu mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT ?
apakah dengan mempelajari ilmu daripada ulama-ulama muktabar pada hari ini tidak mampu membersihkan batin seperti mana mereka yang bertarekat ?
apakah hanya dengan bertarekat sahaja mampu mendekatkan diri kepada Al-Kholiq ?
perkara ini telah menjadi masaalah kepada mereka yang ingin bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah apabila ada antara sudara-saudar kita pada hari ini yang pada mulanya nin memasuki jalan rabbaniyah tersesat di 'jalan' apabila            belajar ilmu daripda guru yang sesat
di negara kita ini terdapat ramai sekali guru @ alim ulama @ pak kiyai yang muktabar yang mampu membawa murid           memasuki alam kerohanian dan belajar daripada guru-guru yang muktabar ini jauh lebih selamat berbanding beljar dengan guru yang asik mengaku yang dirinya Aulia terbesar sebanjang zaman shohibuz zaman kononnya...
lalu mengapakan kita masih ingin memasuki alam kerohania yang menugkin membawa kita ke alam kesesatan pula ?
mengapa ramai yang memilih untuk memasuk tarekat ?
mengapa tidak belajar sahaja dengan dengan guru-guru kerohanian yang muktabar dan telah di ketahui ilmu dan kewarakannya ?
walaupun wujud tarekat yang haq...
akan tetapi jumlahnya amatlah sedikit bagaikan batu besar di atas butiran pasir yang banyak ....
oleh itu, marilah kita bincangkan hal ini bersama-sama dengan perbincangan yang baik dan bukan perbincangan yang berbaur penghinaan kepada golongan yang lain...
dengan tajuknya perlukah bertarekat ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2006 12:39 PM | Show all posts
salam

amat baik pesanan dan pandangan dari saudari
semoga kita semua dapat pelajaran

tetapi adakah guru guru yg muktabar yg dikenali ramai itu BETUL
dan adakah mereka yg LAINNYA itu berada dalam kesesatan
dan adakah kita hanya mengelar mereka sedekimian
kerana ramai yg mengatakan sedemikian
tanpa penyelidikan yg mendalam
saya rasa inilah persoalan pokok, kerana
SEJAHAT JAHAT MANUSIA DIATAS MUKA BUMI ADALAH ULAMAK
DARI MEREKA TIMBULNYA FITNAH DAN KEPADA MEREKA KEMBALINYA FITNAH

soal tarikat???
habis tu yg dok selalu kita buat tu bukan tarekat
PELIHARA MATA DARI YG HARAM
PELIHARA TELINGA DARI YG BATHIL
PERBICARAAN YANG BAIK DAN TIDAK KETERLALUAN
ANGGOTA BADAN YANG HANYA MENYEMBAHNYA YANG ESA..............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2006 01:39 PM | Show all posts
kalau nak penjelasan lanjut mengenai tareaqah atau jalan kesufian..leh rujuk bicarasufi.com sebagai panduan atau menambah ilmu serba sedikit mengenai tareqah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2006 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by poyo at 26-6-2006 10:44 AM
A'kum... saudara-saudaraku sekalian...

Saya terpanggil untuk membicarakan soal sufi @ Tarekat ini dah lama dah sebenaqnya...
kita semua mengenali para aulia besar sepertimana Asy-Sheikh Abdul Q ...

saudara/ri poyo...pernah dengar tak akan hadis ini..?
"FEQAH(syariat)ITU KATA2 KU..TAREKAT ITU ILMU KU YANG KAMIL..HAKIKAT ITU PEGANGANKU..MAKRIFAT ITU HASIL DARI ILMUKU"carilah darimana punyanya hadis ini bila dah jumpa nanti samada tarekat itu perlu atau tidak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 12:41 PM | Show all posts
salam

rasa rasa saya tahu dr mana puncanya
dan dimana nak temu
SEMUA ITU

dalam AL QURAN
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 27-6-2006 12:41 PM
salam

rasa rasa saya tahu dr mana puncanya
dan dimana nak temu
SEMUA ITU

dalam AL QURAN

Waalaikummussalam...
Alhamdulillah...
baik...kalau terdapat dalam alquran,adakah kita perlu atau wajib bertarikat?



p/s lupa nak tanya..dalam surah mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2006 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 26-6-2006 12:39 PM
salam

SEJAHAT JAHAT MANUSIA DIATAS MUKA BUMI ADALAH ULAMAK
DARI MEREKA TIMBULNYA FITNAH DAN KEPADA MEREKA KEMBALINYA FITNAH


Sedikit pembetulan...

SEJAHAT JAHAT MANUSIA DIATAS MUKA BUMI ADALAH ULAMAK SUK (Ulamak yang tamakkan dunia)
DARI MEREKA TIMBULNYA FITNAH DAN KEPADA MEREKA KEMBALINYA FITNAH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2006 04:49 PM | Show all posts
Apa yang saya faham, tapi nak tahu lebih lanjut tanyalah pada ustaz-ustaz.
Maksud Syariat adalah peraturan, Maksud Tarekat adalah jalan atau kaedah, maksud Hakikat adalah sebatian, maksud Makrifat adalah mengenal Allah dan Rasulullah, perkara2 ghaib, yakin, ihsan.

Orang-orang yang beriman, yang mengikut jejak Rasulullah dan para sahabat2, mereka adalah orang-orang yang benar, dan orang-orang yang terkemudian yang berpegang teguh dengan jejak-langkah mereka juga adalah orang-orang yang benar. Tidak ada dari umat rasulullah yang lebih sempurna syariat, tarekat, hakikat dan makrifat melebihi dari Rasulullah dan para sahabatnya, wali-wali Allah juga adalah darjat mereka bawah dari darjat sahabat. Shiekh Abdul Kadir Jailani adalah raja wali2 Allah, tapi dia hanya mengumpamakan kedudukannya hanya seperti satu debu yang melekat pada kaki kuda sahabat yang paling lemah sekali.

Syariat, tarekat, hakikat dan makrifat tidak boleh dipisah-pisahkan, jika dipisahkan maka terjadi kecacatan pada iman dan amal.

Contoh sembahyang: Sembahyang adalah syariat, sembahyang 5 kali sehari dalam waktu yang ditetapkan, diawal-awal waktu, berjamaah, ditempat azan diazankan, perbanyakkan sembahyang2 sunat, mengajak orang lain untuk bersolat, dan semua sunah dan adab2 solat seperti kusyuk dan sembahyang bagaimana Rasulullah sembahyang adalah tarikat, hasil dari taat menjaga sembahyang melahirkan akhlak yang baik, hati yang bersih, tingkah laku yang baik, dua rakakaat solat dapat menyelesaikan segala masalah adalah hakikat, dan dia melakukan sembahyang semata2 kerana yakin itu adalah perintah Allah, melakukan kerana takut kepada Allah, melakukan kerana mengharap rahmat Allah, yakin dengan janji-janji Allah, melakukan semata-mata kerana Allah inilah Makrifat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2006 05:27 PM | Show all posts
salam

terima kasih kerana penambahan SUK dibelakang
tapi saja sengaja tak nak,
sebab dalam HADITH pun tak ada yang ITU
lagipun untuk memberi pengajaran kepada yang mahu belajar
agar sentiasa BERWASPADA DENGAN JENIS MANUSIA SEBEGINI, di akhir zaman ini
sebab terlalu BANYAK FITNAH yg telah muncul dan bakan MELANDA
dari mereka mereka ini......
iaitu mereka yg mengajak manusia untuk MENGIKUT MEREKA
kerana mereka yakin mereka adalah DIJALAN YANG LURUS....

maaf ya keras sikit
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 05:39 PM | Show all posts
Originally posted by zulyusoff at 27-6-2006 08:57 PM
Dr Asri dari USM ada menulis mengenai tareqat dgn panjang lebar. Saya cadangkan agar tuan baca penulisannya. Anda boleh download koleksi penulisan nya di al-ahkam.

http://www.al-ahkam.net/home/i ...


nak tau pasal tarekat tanyalah pada orang yg mengamalkannya. jangan tanya atau baca maklumat dari orang yg menolak tarekat. sekiranya betul-betul berminat nak tau dan nak orang yg ber'authority' iaitu orang yang ada sijil atau degree atau sebagainya, saya cadang berjumpa dengan tuan mufti negeri sembilan. beliau pengamal tarekat ahmadiah idrisiah. bukan nak promote tarekat ini sebab saya tidak mengamalkannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 11:39 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 27-6-2006 04:49 PM
Apa yang saya faham, tapi nak tahu lebih lanjut tanyalah pada ustaz-ustaz.
Maksud Syariat adalah peraturan, Maksud Tarekat adalah jalan atau kaedah, maksud Hakikat adalah sebatian, maksud Makrifat ...

Diharap sudah jelas bagi sdr/i poyo..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by zulyusoff at 27-6-2006 08:57 PM
Dr Asri dari USM ada menulis mengenai tareqat dgn panjang lebar. Saya cadangkan agar tuan baca penulisannya. Anda boleh download koleksi penulisan nya di al-ahkam.

http://www.al-ahkam.net/home/i ...

bagi pendapat  incik zul pulak  macamana?bahaya tu ikut pendapat orang lain tanpa kajian...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2006 11:55 PM | Show all posts

Reply #11 kelat's post

inilah yg sebaik baiknya...jangan bertanya pada yg tak tau..
Reply

Use magic Report

poyo This user has been deleted
 Author| Post time 29-6-2006 09:00 AM | Show all posts
sebenaqnya saya nak habaq mai...
saya pun hampir-hampir menyertai sebuah tarekat yang cukup terkenal dan gah di serata dunia...
tapi tak lama lepas buat keputusan utk menyertai tarekat...
saya rasa tak sedap hati...
pasai apa ?
pasai sheikh mursyidnya mengaku boleh mengangat dosa murid-muridnya sehingga murid-muridnya dapat memasuki syurga yg tertinggi...
walhal kita semua sudah sedia maklum akan kisah rasulullah yang mengatakan kpd Fatimah, puterinya, yang baginda tidak mampu menyelamatkan puterinya itu dari hukum Allah walaupun dia adalah Rasulullah, kekasih Allah...
jadi Mursyid tadi mengatakan seolah-olah yang darjatnya melebihi Rasulullah kerana mampu meng sirnakan dosa para muridnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by poyo at 29-6-2006 09:00 AM
sebenaqnya saya nak habaq mai...
saya pun hampir-hampir menyertai sebuah tarekat yang cukup terkenal dan gah di serata dunia...
tapi tak lama lepas buat keputusan utk menyertai tarekat...
saya r ...

ayah pin pon mengaku dia dari tarekat naqsabandiy..walhal dia bukan..cuma nak tanya betol yg sdr/ri nak masuk tu sebuah kumpulan tarekat?boleh cerita secara detail tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2006 10:28 AM | Show all posts
Originally posted by poyo at 29-6-2006 09:00 AM
sebenaqnya saya nak habaq mai...
saya pun hampir-hampir menyertai sebuah tarekat yang cukup terkenal dan gah di serata dunia...
tapi tak lama lepas buat keputusan utk menyertai tarekat...
saya r ...


Nasihat saya kalau rasa pelik atau tak kena, tinggalkanlah dan carilah yang lain.

Teruskan pencarian sehingga ketemu yang sesuai dengan diri anda berpandukan
panduan Al Quran dan Sunnah dan ilmu yang ada pada anda yang dianugerahkan
Allah....

Qad af lahaman tazakka..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2006 11:32 AM | Show all posts
salam

kalau berjalan di kepulauan tanah melayu
memang penuh dgn kumpulan keagamaan
dan bila dikatakan kumpulan keagamaan ini
maka ada sedikit atau banyak tergelincir dr JALANNYA
dan kumpulan ini dikenali atau dipromosi utk ambil ahli
agar lebih kukuh

sedangkan JEMAAH YANG LURUS
pun lagi banyak bertaburan
hanya tak dikenali dan tak dipromosikan
kenapa??????
apa perlu promosi sedangkan KITABULLAH dan SUNATURASUL dimana sahaja
apa perlu dikenal sedangkan DIRI ITU TAK MENGENAL DIRI SENDIRI

jadi sebagai kesimpulan
lebih banyak TAREKAT/KUMPULAN YANG BERADA DIJALAN YANG LURUS
dr yang SESAT
tetapi HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM................

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

sis_alya This user has been deleted
Post time 1-7-2006 02:11 PM | Show all posts
bertarekat 2 apa???
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2006 09:04 PM | Show all posts
salam

bertarekat tu cam  tatacara kehidupanlah
iaitu pegangan sesuatu kumpulan atauindividu
cam kita umat muhammad
maka kenalah ikut tatacara perjalanan kehidupan
cam JAGA MATA- jangan tengok yg HARAM
jaga telinga jangan dengar yg haram
jaga anggota badan  jangan terjerumus dalam maksiat
dan lain lain lagi
dan
MUDAHKAN JANGAN SULITKAN
amalkan lah sikit sikit
kan sikit sikit tu lama lama  memBUKIT
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2006 12:08 PM | Show all posts
contoh yg paling mudah

sorang warganegara di malaysia adalah seumpama seorang muslim yang ada dalam jemaah umat islam. sememangnya org islam telah ada peraturan yg perlu diikuti, alquran dan sunnah. seumpama perlembagaan malaysia adakah dengan penuh takzim dan kesungguhan telah kita ikuti semuanya. ramai jugak yg melencong.

boleh juga kita umpamakan kehidupan orang kampung dengan seorang polis atau askar. kehidupan orang awam kurang ditekankan akan disiplin nya. tetapi seorang askar atau polis ditetapkan disiplin oleh ketua polis atau jeneral tentera.

begitu lah maksud bertarekat atau mengikuti sesuatu tarekat agar dapat di ikuti disiplin dalam perjalanan untuk mencapai keredhoan tuhan. disiplin itu ditetapkan oleh mursyid tarekat seumpama seorang jeneral menetapkan peraturan kepada askarnya. bagi yang ikut disiplin dapatlah ganjaran. moga-moga bagi yang mengikut disiplin bertarekat dapatlah pimpinan dari tuhan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.158739 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list