CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: M5

Aurat Wanita

[Copy link]
Post time 21-11-2006 02:01 AM | Show all posts
Ceh... pung sana, pang sini, sendiri bukak, bila kene tanya merapu dari topik. Jadi bagi manusia seperti ini, buat macam aku, ignorekan je, pasal bila ada perbahasan, maka orang yang terumbang ambing akan terpedaya dengan dakyah dia ni....

btw, aku ambik ni dari akhbar... sila sila la bukakkan minda tu. maksud aku terbuka minda ni bukan menolak, tetapi memahami. Jadi kalau ada yang taknak layan kita, tandanya orang tak akan berbicara dengan orang yang pemikiran tertutup.

Ulama India kritik Shabana Azmi


NEW DELHI: Ulama India menyelar aktres veteran Bollywood, Shabana Azmi, selepas pelakon itu berkata al-Quran tidak menyuruh wanita menutup muka dan kini sudah tiba masanya membahaskan isu itu, lapor akhbar semalam.

Sudah menjadi satu fesyen kepada sebahagian penduduk Islam India mengkritik ajaran al-Quran, kata Khalid Rasheed Firangimahali, imam di masjid di bandar raya Lucknow, menurut Press Trust of India.

Sebahagian ulama lain mengeluarkan kenyataan lebih keras mengkritik pelakon itu.

Siapa yang memberi kuasa kepada Shabana untuk menterjemah al-Quran. Profesionnya cuma menyanyi dan menari; dia tiada hak mengelirukan wanita Islam,? kata ketua ulama masjid besar New Delhi, Syed Ahmed Bukhari, menurut Times of India.

Shabana mengeluarkan kenyataan itu minggu lalu dalam ucapannya selepas menerima Hadiah Keamanan Antarabangsa Gandhi kerana usahanya membantu penduduk setinggan yang kehilangan tempat tinggal dalam kempen membersihkan Mumbai.

Bukhari berkata Shabana tidak mewakili pandangan utama di kalangan komuniti Islam India.

Sementara itu, beberapa ulama lain melahirkan sokongan kepada pandangan aktres itu.

Sarjana Islam terkenal, Kalbe Sadiq, kelmarin berkata Islam menentang pemakaian yang menutup keseluruhan tubuh dari kepala ke kaki seperti yang dilaksanakan Taliban ketika memerintah Afghanistan.

Al-Quran cuma menyebut kepala wanita dan sebahagian wajahnya perlu ditutup. Tidak perlu menutup keseluruhan muka, Sadiq dipetik sebagai berkata dalam akhbar The Hindustan Times.

Sadiq, ahli Lembaga Undang-Undang Peribadi Seluruh Islam India, badan yang mengawasi amalan agama di India, berkata agama menegaskan wanita perlu bersederhana. AP


Tu dia.... betul kata mereka, bukan setakat di India sahaja, bahkan perbuatan menafsirkan sendiri Quran ikut logik akal yang tak seberapa telah menjadi satu trend bagi mereka yang kononnya faham, sedangkan mereka menunjukkan pat orang lain mereka sebenarnya tak paham.... sapa la pembuka thread kalau nak bandingkan dengan sarjana dari India tu. Dia rasa dia pandai, malangnya bila dia merasa tak dapat menjawab, dia akan mengona ke arah lain, menutup isu utama, sekaligus membuktikan yang dia tak tahu apa apa.... tapi ada hajat bawak jaja thread nike tempat lain. Aku ingat ada la sesuatu yang betul baru dan mampu di terima akal.... malangnya hanyala kokokan seekor ayam yang kasitau hari dah nak siang, sedangkan tuan umah dah bangun sebab ada jam loceng.... jadi apa kelas nak tunggu ayam berkokok baru boleh bangun sedangkan kita dah ada jam loceng yang lebih tepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


fazilogic This user has been deleted
Post time 22-11-2006 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 21-11-2006 02:01 AM
Ceh... pung sana, pang sini, sendiri bukak, bila kene tanya merapu dari topik. Jadi bagi manusia seperti ini, buat macam aku, ignorekan je, pasal bila ada perbahasan, maka orang yang terumbang ambi ...

Salam.

Saya nampak M5 membentangkan hujahnya dengan menggunakan Al Quran.  Dia mengupas perkataan-perkataan dalam Al Quran dengan mengambil maksud perkataan berkenaan daripada kata akar.

Tuhan sendiri berkata di dalam Al Quran dalam banyak Ayat-ayat-Nya supaya kita menggunakan akal dalam memahami Ajaran-Nya.

Sehubungan dengan itu, saya menaruh harapan yang tinggi agar mana-mana forumners yang boleh berbahasa Arab agar dapat membetulkan mana-mana hujah M5 yang dilihat mengandungi kekhilafan.

Kalau setakat nak mengatakan M5 salah kerana menggunakan akal mentafsir Al Quran, maka sudah tentu alasan itu tidak selari dengan Ajaran Allah supaya kita menggunakan akal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2006 03:01 AM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 21-11-2006 02:01 AM
sapa la pembuka thread kalau nak bandingkan dengan sarjana dari India tu.


Seperti juga peranan Rabbi didlm agama Yahudi, ideologi dan approach yg sama telah ditanam dgn mendalam oleh paderi2 didlm otak penganut2 kristian.  Sarjana2 dari India yg saudara nyatakan ddilm artikel diatas tidak ada bezanya dgn Paderi dan Rabbi yg menegah manusia melihat dan mengkaji kebenaran berpandukan Kittab2 dari Pencipta kita tanpa merujuk terlebih dahulu kpd golongan2 yg semacam dgn mereka.

Atas tiket ini, tanpa segan silu mereka mengangkat diri sendiri dan mengambil kuasa untuk menentukan apa itu kebenaran.  Dan tanpa sebarang pengiktirifan dari Tuhan, mereka juga melantik diri mereka kononya sebagai wakil dan authoriti dari Tuhan.

Originally posted by guagcore at 21-11-2006 02:01 AM
Dia rasa dia pandai, malangnya bila dia merasa tak dapat menjawab, dia akan mengona ke arah lain, menutup isu utama, sekaligus membuktikan yang dia tak tahu apa apa.... tapi ada hajat bawak jaja thread nike tempat lain.  


Kenapa saudara suka menabur fitnah?  Apakah saya tidak mahu menjawab soalan tentang aurat didlm solat?  Bukankah saya ada menyediakan thread khusus bagi tujuan tersebut?  Didlm Thread ini, saya membentangkan persoalan aurat yg sering dikaitkan dgn pembacaan surah An-Nuur 24:30-31 dan Q33:58-59.  So, jika saudara sebagai contoh beiya2 dgn fahaman saudara yg mengatakan rambut itu aurat, sila betulkan mana2 tafsiran yg dibincangkan disini yg saudara rasakan sebagai menyeleweng.  Jika tidak saya sarankan saudara berpegang sahaja pada ajaran Kristian yg jelas ada arahan menyuruh menutup rambut as per  Kitab Injil 1 Corinthians 11:6 (New International Version)..

Sila nyatakan pilihan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 22-11-2006 08:11 PM

Salam.

Saya nampak M5 membentangkan hujahnya dengan menggunakan Al Quran.  Dia mengupas perkataan-perkataan dalam Al Quran dengan mengambil maksud perkataan berkenaan daripada kata akar.

Tu ...


Salamun Alaikum Faziligic dan lain-lain.................

Saya sebenarnya sentiasa berdoa agar forum M&M ini berubah atmospherenya dari bercorak aggresif kepada condusive memandangkan rata-rata kita cukup faham apa yang ALLAH mahukan bila kita berbincang.  Biarlah perbincangan ini penuh dengan sifat-sifat ilmiah.  Jadi saya nampak cadangan sdr fazi amat bertepatan sekali, namun untuk mempraktikkannya bagi say tiada masaalah selagi kita bersama-sama berpandukan Al-Quran.  Sdr fazi, ALLAH meletakkan konsep Al-Quran menerangkan Al-Quran.  Jadi sesuatu masaalah, baik pemahaman ayat-ayat, mahunpun pemahaman sesuatu hukm itu sama juga dengan konsep tadi.  Jadi jika kita ada ayat lain didalam Al-Quran juga untuk memperbetulkan fakta, ssaya amat yakin tidak akan ada masaalah langsung, tetapi kebanyakan kita 'ignore' konsep ini, lalu apabila kita cuba membentangkan perbezaan fakta Al-Quran dengan fakta luaran, maka jadilah seperti kambing bercakap dengan lembu menggunkan bahasa masing-masing. Kambing mengembik-ngembikkan pendapatnya, manakala lembu mengembooh-ngmbooh hujahannya.(jangan silap faham mengenai contoh yang saya gunakan ini).  Lalu tautan untuk merapatkan jurang tidak kesampaian.
Seperti fazi, saya juga ingin menyarankan kepada forumer semua untuk membentangkan pendapat bagi membetulkan pendapat M5 yang terang-terang beliau mengambil ayat-ayat dari Al-Quran dengan diberi surah mana dan ayat yang mana.  Dan jika kita ada pendapat yang lebih baik dari Al-Quran, iaitu dari surah yang mana dan ayat yang mana, maka anda amat dialu-alukan.  Dan pada saya, adalah juga menarik untuk membentangkan tafsir yang anda nampak dari sisi anda jika berbeza mengenai apa yang anda faham pada ayat(dan terjemahan) yang sama.  Saya juga pernah dan saya lihat loli juga pernah dan yang terkini sdr damat.  Cara ini lebih afdal pada pandangan saya.  

ALLAH memberi jaminan bahawa Al-Quran itu tiada sebarang keraguan, tiada kebengkokan dan dinamik.  Namun kita sendiri yang tidak berani membuktikan kata-kata ALLAH itu!!!! Jika kita nampak fitrah kita, itulah yang sewajibnya.  ALLAH sebenarnya tidak perlu membuktikan apa-apa kerana Dia tidak berkehendakkan kita, tetapi kitalah yang perlu berusaha keras untuk membuktikannya, bukan hanya menyanggah tanpa bukti dan akhirnya membuat kesimpulan secara menyerang tnpa mencapai matlamat sebenar seperti yang ALLAH kehendaki.

ALLAHU A'LAAM= ALLAH MAHA TINGGI
ALLAHU A'LAA= ALLAH MAHA TINGGI
ALLAH TA'ALA = ALLAH MAHA TINGGI
ALLAHU'ALEEM = ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by fazilogic at 22-11-2006 08:11 PM

Salam.

Saya nampak M5 membentangkan hujahnya dengan menggunakan Al Quran.  Dia mengupas perkataan-perkataan dalam Al Quran dengan mengambil maksud perkataan berkenaan daripada kata akar.

Tuhan sendiri berkata di dalam Al Quran dalam banyak Ayat-ayat-Nya supaya kita menggunakan akal dalam memahami Ajaran-Nya.

Sehubungan dengan itu, saya menaruh harapan yang tinggi agar mana-mana forumners yang boleh berbahasa Arab agar dapat membetulkan mana-mana hujah M5 yang dilihat mengandungi kekhilafan.

Kalau setakat nak mengatakan M5 salah kerana menggunakan akal mentafsir Al Quran, maka sudah tentu alasan itu tidak selari dengan Ajaran Allah supaya kita menggunakan akal.

salam kembali,
memang betul kita patut menggunakan akal, tapi bukan semua, nak tafsir Quran pun ada ilmu dia,bukan setakat akal. Kenapa aku cakap macam tu, sebab kes ni dari lp lagi, dia bawak aku mai masuk sini. Malangnya persoalan yang aku kemukakan di board LP tak mampu di jawab oleh dia, bahkan berani kata ini la cara orang Yahudi dan Nasrani.
Ada beberapa soalan yang aku nak ko faham kenapa aku buat kenyataan macam tu...
antara soalan aku pat dia, kalau dia taknak terima tafsiran yang aku bawak, soalan aku, betul ke dia faham bahasa arab tu?? Bukan setakat dari segi perkataan, bahkan dari segi bahasa. Tafsiran yang dia bawak tu dari mana dia dapat?? Tengok juga kitab tafsiran lain atau dia menafsirkan sendiri berdasarkan akal semata mata, iaitu mengikut pengertian secara am.
Mana mungkin ko nak berbincang dengan orang yang membawa hanya satu tafsiran yang cuma dia sendiri yang tahu pat mana dia dapat, sebab itu aku ignorekan saja dia. Kita mengikut tafsiran yang ada bukan bermakna kita kolot atau mundur, tapi itu yang ulama terdahulu dah sediakan untuk kita, sesuai dengan 'Hukum Islam tu sesuai di sepanjang zaman'. Sebab itu ko ikut mazhab... apa salahnya ko tak payah ikut mana mana mazhab, ko berimanla dengan Allah mengikut cara ko sendiri. Sedangkan ulama terdahulu yang lebih dekat dengan Nabi kita, mereka mengkaji dari huruf ke huruf, tetiba datang pulak sorang manusia yang bila membawa ayat pengertian dia, terus menafikan bahkan menidakkan pegangan orang lain... sebab itu aku tanya dia sapa???

Seorang yang bersikap terbuka mencari kebenaran, tak akan cuba nak berkata sebegini untuk menolak pandangan orang lain....

Seperti juga peranan Rabbi didlm agama Yahudi, ideologi dan approach yg sama telah ditanam dgn mendalam oleh paderi2 didlm otak penganut2 kristian.  Sarjana2 dari India yg saudara nyatakan ddilm artikel diatas tidak ada bezanya dgn Paderi dan Rabbi yg menegah manusia melihat dan mengkaji kebenaran berpandukan Kittab2 dari Pencipta kita tanpa merujuk terlebih dahulu kpd golongan2 yg semacam dgn mereka.

Atas tiket ini, tanpa segan silu mereka mengangkat diri sendiri dan mengambil kuasa untuk menentukan apa itu kebenaran.  Dan tanpa sebarang pengiktirifan dari Tuhan, mereka juga melantik diri mereka kononya sebagai wakil dan authoriti dari Tuhan.


atau juga seperti begini...

Kenapa saudara suka menabur fitnah?  Apakah saya tidak mahu menjawab soalan tentang aurat didlm solat?  Bukankah saya ada menyediakan thread khusus bagi tujuan tersebut?  Didlm Thread ini, saya membentangkan persoalan aurat yg sering dikaitkan dgn pembacaan surah An-Nuur 24:30-31 dan Q33:58-59.  So, jika saudara sebagai contoh beiya2 dgn fahaman saudara yg mengatakan rambut itu aurat, sila betulkan mana2 tafsiran yg dibincangkan disini yg saudara rasakan sebagai menyeleweng.  Jika tidak saya sarankan saudara berpegang sahaja pada ajaran Kristian yg jelas ada arahan menyuruh menutup rambut as per  Kitab Injil 1 Corinthians 11:6 (New International Version)..

Sila nyatakan pilihan anda.


tak habis habis mengatakan supaya masuk yahudi atau nasrani ... ni ke yang ko banggakan???

Bila aku persoalkan mana mana ayat untuk dia jawab, dia bukan setakat ignore, tapi seperti biasa modal biasa dia adalah, ko ikutla kristian....Maafla, dari sini aku dah nampak kenapa aku tak patut layan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 05:13 PM | Show all posts
kepada saudara sekelian, cerita pasal rambut itu aurat atau tidak telah banyak kali di perdebatkan dan di bincang. Aku tak minat nak bawak bende baru. Cuma jangan ingat kalau nak bercerita pasal hukum kene cerita dalam ni saja, buka buka la minda tu. Thread ni dah kene lock atas alasan tersendiri kaki lock, cuba baca dan fahamkan....

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D4
Reply

Use magic Report

Follow Us
grugals This user has been deleted
Post time 29-12-2006 01:25 AM | Show all posts
susah kalau mentafsir sesuatu tu hanya ikut kepala sindri..
Reply

Use magic Report

nurul_yusra This user has been deleted
Post time 30-12-2006 02:15 PM | Show all posts
Banyak ulama mengambil ayat 31 daripada surah An-Nur sebagai ayat perintah
yang menyuruh wanita menutup kepala: 揔atakanlah kepada wanita yang beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya
(furujahunna) dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (ziina杢uhunna)
kecuali yang nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung
ke dadanya (juyubihinna),
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 09:37 AM | Show all posts
Originally posted by nurul_yusra at 30-12-2006 02:15 PM
Banyak ulama mengambil ayat 31 daripada surah An-Nur sebagai ayat perintah
yang menyuruh wanita menutup kepala: 揔atakanlah kepada wanita yang beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya d ...

" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka1119; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak2 mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiada berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

(1119)Perempuan-perempuan Islam bukan sahaja diperintahkan supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan menjaga kehormatannya daripada melakukan zina dan lain-lainnya, tetapi juga diharamkan mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya, kecuali anggota tubuhnya yang zahir- ya'ni bulatan muka dan kedua tapak tangan.


Persoalan apa yang di maksudkan dengan perhiasan tubuh dan apa itu anggota zahir... sebab itu ujudnya ilmu Quran, supaya hanya mereka yang mengerti sahaja boleh membuat penafsiran kerana selain dari Al Quran yang lengkap, ia juga di sokonglagi oleh hadis kerana tak mungkin al Quran di turunkan setiap kali berlakunya perselisihan...

Apa itu perhiasan tubuh?? rantai leher?? lipstik?? bedak?? maskara?? Ini yang sebenarnya orang yang tak ada ilmu gagal menafsirkan secara teliti apa itu hiasan tubuh. Untuk pengetahuan semua, perhiasan tubuh bagi seorang wanita adalah rambut.. kalau kita orang Melayu ni rambut wanita pun di tinggikan darjat, di panggil mahkota.
Manakala anggota zahir itu pula terdiri dari muka dan tapak tangan, bahkan ada yang mengatakan anggota zahir itu adalah mata dan tapak tangan, tetapi kita ambil kesimpulan dari aurat wanita semasa sembahyang iaitu muka dan tapak tangan

Jadi kepada yang berkata rambut tu bukan aurat, boleh kita kupas apa itu perhiasan tubuh dan apa itu anggota zahir
Begitu juga walaupun di sebut perhiasan sebanyak 2 kali, kenapa satu di sebut perhiasan tubuh dan kenapa satu lagi hanya di sebut perhiasan...

Walaupun begitu... boleh terangkan makna mudah apa itu aurat??

*Tafsiran yang aku gunakan di keluarkan oleh JAKIM....

1- Di terjemah dan di beri penjelasan oleh Sheikh Abdullah Basmeih
2- Di semak dan di sahkan oleh Datuk Hj Muhammad Noor bin Hj Ibrahim,
3- Di bantu oleh Datuk Sheikh Abdul Mohsein bin Haji Salleh, dan
   Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz,  pemangku Imam Besar Masjid Negara

Punca kajian adalah terdiri dari kitab2 tafsir berikut....

1-  Jaami'ul-Bayaan9 Tafsir At Tabari - Al Imam Ibn Jariir At Tabari
2-  Tafsir Ibn Kathiir - Al Haafiz Ibn Kathiir Ad Dimashqi
3-  Tafsir Ruhul Ma'aani - As Saiyid Mahmud Shukri Al Alusi
4-  Tafsir Anwaar ut Tanziil - Al Imam Naasiruddin Al Baidhaawi
5-  Hasyiah Ash Shaikh Zadah - Ash Shaikh Zadah
6-  Hasyiah Al Khaffaaji - Ash Shaikh Al Khaffaaji
7-  Hasyiah Al Kaazaruni - Ash Shaikh Al Kaazaruni
8-  Tafsir Al Jalaalain -  Al Imam Jalaaluddin Al Mahalli & Al Imam Jalaaluddin As Suyuti
9-  Hashiyah Al Jamal - Ash Shaikh Sulaiman Al 'Ujaili
10- Hashiyah As Saawi - Ash Shaikh Ahmad As Saawi
11- Tafsir Al Manaar - Al Imam Muhammad 'Abduh & As Saiyid Muhammad Rashiid Ridha
12- Mahaasin At Ta'wiil(Tafsir Al Qaasimi) - Ash Shaikh Jamaaluddin Al Qaasimi
13- Tafsir Al Maraaghi - Al Ustaz Ahmad Mustafa Al Maraaghi
14- Tafsir Al Quranul Karim - Ash Shaikh Mahmud Shaltut
15- Tafsir Al Jawaahir - Al 'Allaamah Tantaawi Jauhari
16- Tafsir Fi Zilaal Al Quran - Ash Shahiid Saiyid Qutb
17- Tafsir Ghariib Al Quran - Ibn Qutaibah Ad Dinauri
18- Al Itqaan Fi 'Ulum Al Quran - Al Imam Jalaaluddin As Suyuti

Kitab2 Hadis.....

1- Fathul Baari(Sharh Sahih Bukhari) - Al Haafiz Ibn Hajar Al 'Asqalaani
2- Sahih Muslim (bi Sharh An Nawawi) - Al Imam Yahya An Nawawi
3- Al Jaami'us Saghiir - Al Imam Jalaaluddin As Suyuti
4- Sharh Al 'Azizi - Ash Shaikh 'Ali bin Nuruddin Al 'Azizi
5- Sharh Al Hifni - Ash Shaikh Al Hifni
6- Tuhfat udz Dzaakiriin (Sharh Al Hisnul Hasiin) - Al Imam Muhammad bin 'Ali Ash Shaukaani
7- Fathur Rahmaan - Ash Shaikh 'Ilmi Zadah Al Maqdisi


Kalau di ikutkan hanya satu kitab Quran tafsir yang tak membenarkan ayat perhiasan badan itu sebagai rambut... iaitu Rashad Khalifa, seorang yang mendakwa diri dia Nabi, yang mengatakan bahawa Hadis itu di mulakan oleh syaitan.. iaitu pelopor anti hadis, dan itula yang menjadi pegangan mereka bahawa rambut itu bukan aurat, yang mati di tembak atas keceluparan dia.... jadi golongan yang mengatakan bahawa rambut itu bukan aurat adalah penyambung dari tafsiran manusia sesat yang sekaligus menidakkan ucapan 2 kalimah shahadah korang setiap hari.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 06:04 AM | Show all posts
sambung...sambung thread..
'mati' sampai bulan 1 je thread ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 09:21 PM | Show all posts

Keliru

Salam semua..........

Berkenaan terjemahan:

31.

[size=-1]

Diambil dari Al-Kautsar:

24:31 Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Dan ini terjemahan dari Othman Ali:

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

Pada saya, mengikut pengakuan dan bukti, Encik Othman Ali telah membuat kajian mengenai akar kata huruf arab lalu membandingkannya dengan lexicon dan concordance English serta kemudiannya diterjemahkan kembali kebahasa Malaysia mengikut sehampir(setepat) yang dapat, lalu terjemahannya pada saya lebih menunjukkan perintah Allah yang sebenar berbanding terjemahan klasik yang cuba menyerapkan kebiasaan bahasa malaysia/indonesia secara longgar kedalam terjemahan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada saya, maka saya lebih cenderung untuk menerimapakai terjemahan oleh Othman Ali, dimana saya juga sentiasa membandingkan dengan terjemahan-terjemahan versi English dan yang paling saya selalu rujuk ialah:

Dimana disini saya berpeluang untuk merujuk akar kata sesuatu perkataan arab dan melihat pula apakah maksudnya dalam bahasa Inggeris, lalu membandingkan pula terjemahan standard/klasik yang diterimapakai sejak sekian lama dan juga terjemahan oleh Othman Ali.  Maka atas dasar Hamba Allah yang diberi kebebasan olehNya untuk menggunakan Aqal dalam memahami Al-Quran, inilah dia yang saya pilih.  Adakah ianya membebankan anda?  Pada saya terbuktilah firman ALLAH:
54:17. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?

* Lihat ayat terakhir yang saya boldkan iaitu hentakkan kaki yang boleh membuat perhiasan mereka yang tersembunyi disedari oleh oranglain.  Kalau dibahagian dada wanita apakah perhiasan yang tersembunyi?

Salam.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 11:03 AM | Show all posts
Pada saya, mengikut pengakuan dan bukti, Encik Othman Ali telah membuat kajian mengenai akar kata huruf arab lalu membandingkannya dengan lexicon dan concordance English serta kemudiannya diterjemahkan kembali kebahasa Malaysia mengikut sehampir(setepat) yang dapat, lalu terjemahannya pada saya lebih menunjukkan perintah Allah yang sebenar berbanding terjemahan klasik yang cuba menyerapkan kebiasaan bahasa malaysia/indonesia secara longgar kedalam terjemahan sehingga menimbulkan kekeliruan kepada saya,


Apa tak kira bahasa banjar, benggali, jawa, jepun, korea, USA, australia, mexico, britain.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2007 02:21 AM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 30-11-2006 05:13 PM
kepada saudara sekelian, cerita pasal rambut itu aurat atau tidak telah banyak kali di perdebatkan dan di bincang. Aku tak minat nak bawak bende baru. Cuma jangan ingat kalau nak bercerita pasal  ...


Thanks for the link.

Dah dijengok, tapi isunya masih tidak selesai, simply kerana masih tertakluk kepada pemahaman yg mengatakan Tuhan mengenakan satu kaedah khas untuk manusia berpakaian.

Jika Guagcore masih tidak nampak sandaran saya, saya permudahkan lagi apa hujah saya yg berkaitan dgn isu yg diperbincangkan.

Ayat2 Q24:30-31 yg berkaitan dgn zeenatahunna/decoration/ beauty adalah berkait rapat dgn furoojahunna/genital parts between their legs dan dirujuk kepada lelaki dan perempuan.   Demikian juga hasil dari tafsiran "yadribna" sebagai menjarakkan dan bukannya "menghentak" akan menunjukkan zeenatahunna/decoration/beauty itu adalah furoojahunna/genital parts between their legs.  Ayat2 tersebut tidak sama sekali menyebut tentang rambut, mahupun anggota2 badan yg guagcore takrifkan sebagai aurat.

Bila Guagcore memberikan saya link tersebut, saya berpendapat yg anda tidak meneliti sepenuhnya hujah yg saya bentangkan di thread ini.  Apa yg saya lihat cuma latahan2 saudara bila saya mengatakan fahaman saudara berkaitan aurat pada hakikatnya hanya terdapat didlm tafsiran2 Kitab yg berpandukan ajaran2 Paderi dan Rabbi yg masyarakat mereka sendiri umumnya sudah tidak menerima pakai.  Nothing personal here, cuma realitinya didlm al Qur'an tiada disebut tetang rambut, tetapi didlm 1 Corinthians 11:6 (New International Version) sebagai contoh, ada disebut dgn jelas tentang keperluan memakai tudung kepala.

Maka jika Guagcore masih ingin bertegas mengatakan rambut itu aurat, saya syorkan sekali lagi agar saudara sedar bahawa ini adalah tafsiran kitab Injil/Taurat yg dibawa oleh Imam2 mereka.  Jika Guagcore memilih untuk berpegang kepada al Qur'an seperti mana yg saudara laung-laungkan, dengan segala hormatnya bawakan ayat2 yg menyebut suruhan tersebut.

Bagi mereka2 yg masih boleh berdiskusi secara rasional saya syorkan juga untuk kita melihat tafsiran yg dibawa oleh Christoph Luxenberg.  Beliau seorang professor Semitic Languages dan cuba menghuraikan apa yg dimaksudkan dgn Q24.31 "(v)walyadribna bikhumurihinna AAala juyoobihinna/ and they hold in place with their covers on their collar opening in chests. "

Mengikut kajian beliau, ayat 24:31 bikhumurihinna dari kata akar Q-M-R difahamkan sebagai talipinggang/belt bila dilihat dari sudut bahasa Aramaic.

Dan juyoobihinna pula diertikan sebagai djunubi-hinna yg membawa maksud pinggang/waist.

Lihat tafsiran Q24:31 dari perspektif Syro-Aramaic:

"(v)wa-l-yadrib-na bi-khumuri-hinna `ala djuyubi-hinna/ "They shall tie their belt around their waists"

Tie their belt around their waist adalah metafora kpd penggunaan chastity belt

Perlu diingat, pemahaman makna dari analisa C. Luxemborg adalah berbentuk allegorical yg membawa maksud seperti berikut:

"(v)wa-l-yadrib-na bi-khumuri-hinna `ala djuyubi-hinna/ "They shall guard their chastity"

Dari sudut pemahaman berdasarkan rujukan klasikal "Syro-Aramaic" saya dapati tafsiran beliau adalah lebih konsiten didlm kontek pemahaman Q24.30-31 secara menyeluruh.  Pautan tentang C Luxemberg (auf Deutch - in German) antara lain boleh didapati disini.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 11-5-2007 02:21 AM


Bagi mereka2 yg masih boleh berdiskusi secara rasional saya syorkan juga untuk kita melihat tafsiran yg dibawa oleh Christoph Luxenberg.  Beliau seorang professor Semitic Languages dan cuba menghuraikan apa yg dimaksudkan dgn Q24.31 "(v)walyadribna bikhumurihinna AAala juyoobihinna/ and they hold in place with their covers on their collar opening in chests. "

Mengikut kajian beliau, ayat 24:31 bikhumurihinna dari kata akar Q-M-R difahamkan sebagai talipinggang/belt bila dilihat dari sudut bahasa Aramaic.

Dan juyoobihinna pula diertikan sebagai djunubi-hinna yg membawa maksud pinggang/waist.


Sape mamat C.Luxemborg ni? Tolong bagi detail skit background dia.sape mak bapak dia.apa agama dia.bila dia jadi prof.?mana dia belajar? org ape ni? arab ke?ada anak luar nikah ke dia ni.dia ni lama ke duk arab. Bahasa banjar/bugis/jawa dia tahu tak?
Bila belliau or mamat ni  buat kajian? boleh bagitau nama nenek beliau? hehe
tak abis2 baghal ko ni m5.

[ Last edited by  back_hand at 6-6-2007 08:59 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by M5 at 11-5-2007 02:21 AM


Bagi mereka2 yg masih boleh berdiskusi secara rasional saya syorkan juga untuk kita melihat tafsiran yg dibawa oleh Christoph Luxenberg.  Beliau seorang professor Semitic Languages dan cuba menghuraikan apa yg dimaksudkan dgn Q24.31 "(v)walyadribna bikhumurihinna AAala juyoobihinna/ and they hold in place with their covers on their collar opening in chests. "

Mengikut kajian beliau, ayat 24:31 bikhumurihinna dari kata akar Q-M-R difahamkan sebagai talipinggang/belt bila dilihat dari sudut bahasa Aramaic.

Dan juyoobihinna pula diertikan sebagai djunubi-hinna yg membawa maksud pinggang/waist.


mengapa ambil rujukan orang ni?

mengapa tak rujuk saja pada ulama islam?

tak boleh percaya kat ulama islam?

abis, kat ulama kafir ni leh percaya pulak??? :stp:

[ Last edited by  saifulms at 8-6-2007 12:19 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2007 03:40 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 8-6-2007 12:17 AM


mengapa ambil rujukan orang ni?

mengapa tak rujuk saja pada ulama islam?

tak boleh percaya kat ulama islam?

abis, kat ulama kafir ni leh percaya pulak??? :stp:


Salam Sejahtera Saifulms,

Bahasa Arab Moden masakini adalah satu bahasa yg telah melalui fasa2 perubahan seperti juga yg berlaku pada mana2 bahasa lain didunia ini.  Dalam ertikata lain, perubahan2 dari segi tatabahasa, nahu dsbnya tidak terlepas dari proses interaksi masyarakat setempat (social interaction) seiring dgn pemahaman dari konteks semasa.  Ini juga membawa kita melihat fenomena "diglossia" dimana sesuatu bahasa itu digunakan pada 2 situasi setempat yg berbeza.

Fenomena "diglossia" ini juga berlaku dimasa al Qur'an diturunkan dimana secara ringkasnya dapat difahami yg terdapatnya 1. bahasa golongan "elit" dan 2. bahasa golongan kebiasaan.  Ketika zaman Arab sebelum diturunkan al Qur'an, bukti2 sejarah dari manuskrip2 asal pada zaman tersebut menunjukan bahasa yg digunakan didlm aspek keagamaan adalah berbeza dari bahasa kebanyakan.  

Ketika al Qur'an diturunkan, bahasa yg digunakan adalah bahasa golongan kebiasaan, i.e commoner language dan tidak menggunakan bahasa golongan "elit".  Bahasa golongan kebiasaan ini menjadikan aspek pemahaman kandungan2 al Qur'an itu dapat difahami secara langsung tanpa dogma dan tafsiran2 dari golongan elit yg meletakkan diri mereka didlm golongan yg "bertanggungjawab"keatas kefahaman agama.

Lihat Q16:103
And indeed We know that they say: "It is but a human that is teaching him." The language of the one they falsely attribute to is non-Arabic, while this is a clarifying Arabic language.

Disini kita dapat lihat peranan fenomena "diglossia" dimana terdapat 1. bahasa golongan elit agama dan 2. bahasa golongan kebanyakan yang digunakan oleh masyarakat pada zaman tersebut.  Dan bahasa yg dikatakan sebagai "clarifying Arabic language/lisanun AAarabiyyun mubeenun" adalah bahasa yg digunakan oleh orang kebanyakan dan pemilihan ini menjadikan panduan2 yg diberikan didlm al Qur'an bersifat jelas dan tidak samar2 memandangkan ianya disampaikan didlm bahasa pertuturan masyarakat umum.

Sebagai rujukan yg saudara boleh juga pastikan, kita dapati didlm era pre-al Qur'an, terdapat dua sistem penulisan bahasa Arab yg digunakan iaitu 1. Skrip Nabatean Aramaic dan 2. Skrip Musnad.  Skrip Musnad yg dikatakan sebagai Ancient South Arabian dan Sabian Skrip telahpun pupus dan tidak digunakan lagi setelah al Qur'an diturunkan.  Manakala Skrip Nabatean Aramaic berkembang dan menjadi asas kepada pemahaman bahasa Arab yg kita fahami pada masakini.

Kajian linguistik ada menunjukkan bahawa bahasa Arab Moden adalah cabang kepada Bahasa Semitik yg dipengaruhi oleh tamadun setempat ketika al Qur'an diturunkan.

Sejarah evolusi bahasa ini boleh juga didapati antara lain dari pautan Wiki.  Sila rujuk disini.

Tetapi kita diberitahu bahawa Tuhan akan tetap memelihara kandungan/pengertian pesanan2 yg dibawa oleh ayat2 al Qur'an tanpa mengira sempadan masa dan masyarakat.  Ciri2 konsistensi, jelas, dan tepat adalah sifat2 yg dibawa didlm pengajaran al Qur'an.  

Kajian oleh "non-arab" untuk memahami kandungan al Qur'an dikatakan telah dimulakan seawal kurun ke 2 Hijrah/8 Masihi oleh S碔BAWAYHI yg dikatakan sebagai "greatest grammarians of the Arabic language". Didlm kajian bahasa masakini yg merujuk dan mengupas diantara hasil2 penyelidikan Sibawayh, kita boleh lihat bagaimana bahasa setempat pada ketika al Qur'an diturunkan termasuklah Syro-Aramaic mempengaruhi makna2 yg terhasil didlm pembacaan al Qur'an.

Maka untuk kita menilai sesuatu kebenaran, eloklah kita mula menggunakan akal yg Tuhan berikan sesuai dgn saranan didlm al Qur'an Q17:36

Jangan disempitkan fikiran kita dgn fahaman Islam/Kafir didlm usaha kita untuk mengkaji kebenaran.  Akal yg rasioanal dapat memastikan samada ianya benar atau tidak.  Kebenaran itu sifatnya mutlak dan tidak ada yg perlu kita risaukan selagi ianya dapat dibuktikan sebagai kebenaran.  Dan kebenenaran itu ialah al Qur'an.


Salam Sejahtera.

[ Last edited by  M5 at 8-6-2007 03:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2007 07:11 PM | Show all posts
Salam sejahtera M5,


Adakah dengan berlakunya perubahan kepada staktur sesuatu bahasa itu bisa pula merubah makna sesuatu perkataan di dalam bahasa tersebut?

Adakah engkau hendak mengatakan bahawa penafsiran 'orang2 lama' kini hanya tinggal sejarah? yakni tidak berguna lagi kerana makna perkataan sudah berubah di atas sebab2 perkembangan bahasa itu sendiri..

Persoalan berikutnya, tidak adakah bangsa Arab sendiri yang dapat menguasai bahasa ibundanya sendiri untuk menafsirkan ayat2 Al Qur'an masa kini? Mengapa hendak menafsirkan Al Qur'an itu perlukan sandaran pada bahasa kedua, yakni bahasa inggeris??

Dan satu lagi, aku sebenarnya bukan persoalkan sangat pasal Islam/kafir. Seperti engkau juga, bebas hendak ambil rujukan dari sesiapa saja asalkan kena pada sasaran atau maksud yang kita kehendaki tetapi bukan kah lebih baik kita ambil rujukan mereka yang kita tahu akan kecintaan mereka kepada agama dan patuh pula kepada Pemelihara mereka. Jika ambik penafsiran dari mereka yang sebenarnya ada kebencian terhadap islam jauh sekali hendak tunduk patuh kepada Allah SWT, berkemungkinan besar ada muslihat yang lain..

Ok. mungkin engkau akan kata, "mana ko tahu mereka bencikan islam?"


........?




Wassalam.


Wassalam.
Reply

Use magic Report

z1ra This user has been deleted
Post time 1-7-2007 01:13 AM | Show all posts
Ya Allah..
kalu org baru nk ber'hijrah' bace thread ni mesti pening..
aku xpandai hurai2..
tapi kpd sume muslimah..tutuplah aurat SEBAIK mungkin..
langsung x rugi..malah aman dan lebih tenang..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.131182 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list