CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajinomotonosuga

Tips for Spicing up Marriage.

[Copy link]
Post time 12-1-2010 04:09 PM | Show all posts

Manfaat seks

10 manfaat dan faedah sekspesan dari seorang tua Melayu bahawa seorang suami patut kerapmelakukan jimak bersama isteri untuk menjaga kesihatan tubuh badan dankeharmonian rumahtangga. Mungkin anda pun menyedari bahawa rata-rataorang yang telah berkahwin kelihatan lebih cerita dan sihat berbandingmereka yang telah lanjut usia tapi masih belum bernikah. Banyak buktimenunjukan adanya pengaruh positif, baik jiwa dan raga yang diperolehidari kehidupan seksual yang aktif. Berikut terdapat 10 faedah ataukelebihan melakukan jimak bersama isteri dari sudut jasad mahupunrohani ditinjau dari sudut kajian moden.1. Riadah. “Aktiviti seksual merupakan bentuklatihan fisik,” demikian menurut Dr. Michael Cirigliano seorang pakardari University of Pennsylvania School of Medicine. Melakukan jimaktiga kali seminggu mampu membakar 7.500 kalori dalam setahun iaitusetara dengan melakukan jogging sejauh 75 batu.2. Melancarkan Pernafasan. Melakukan jimak di malamhari dapat meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel, membantu menjagafungsi organ dan lapisan tisu hingga dapat berjalan dengan lancar.3. Menguatkan Tulang Dan Otot. “Segala bentuklatihan fisik akan membantu meningkatkan testosteron” kata Dr. KarenDonahey pengarah Sex and Marital Therapy Program di Universiti Chicago.Testosteron dipercaya dapat membantu menjaga tulang dan otot kaumlelaki agar tetap kuat.4. Mengurangkan Kadar Kolesterol. Melakukan jimaksecara teratur dapat merendahkan tingkat kolesterol dalam tubuh dansecara postif mampu mengurangkan kadar kolesterol baik berubah jadiburuk.5. Meredakan Sakit. Jimak dapat merendahkan kadarsakit urat, tegang di leher, sakit kepala, demikian menurut Dr. BeverlyWhipple presiden American Association of Sex Educators, Counselors andTherapists. Hormon yang dilepaskan ketika jimak dan inzal dapatmeredakan rasa sakit.6. Peningkatan Kadar Hormon DHEA Tanpa Perlu Makanan Tambahan.DHEA (dehydroepiandrosterone) adalah hormon popular yang dihasilkanoleh tubuh secara alami pada masa jimak. Sebelum mengalami inzal, DHEAyang dihasilkan pada kadar tiga hingga lima lebih tinggi dari biasa.Ini adalah hormon yang menyihatkan badan dan mengelakkan penyakit.7. Melindungi Masalah Kelenjar Prostat. Kajiantelah menemukan bahawa masalah prostat terjadi atau mungkin bertambahburuk disebabkan cairan yang dihasilkan dalam kelenjar. Inzal secarateratur akan membantu membersihkan cairan tersebut.8. Mengurangkan Ketegangan (Stress). Jimak jugasangat berkesan sebagai cara untuk mengurangkan kadar ketegangan,demikian menurut Dr. Karen Donahey. Melakukan jimak merupakan cara luarbiasa untuk mengurangkan ketegangan dan menghasilkan endorphins (hormonyang mengurangi sensasi rasa sakit dan gangguan emosional).9. Menguatkan Rasa Cinta. Sentuhan kasih sayangakan meningkatkan penghasilan zat kimia tubuh bergelar oxytocin (hormonkemesraan). Oxytocin adalah zat yang menimbulkan hasrat berahi yangdihasilkan oleh kelenjar otak. Penghasilan oxytocin secara teraturdapat membantu meningkatkan kekerapan berjimak.10. Meningkatkan Hormon Wanita. Berjimak secarateratur dapat meningkatkan penghasilan kelejar estrogen pada wanita danini berfaedah melindungi jantung dan menjaga lapisan tisu dalam farajagar tetap anjal.Sumber : Permata yang Hilang - Ibnu YusofSeks bukan sahaja menyihatkan badan malah mendatangkan pahala kepada suami isteri.....

Jarang berlaku isteri menolak pelawaan suami namun
yang biasa berlaku suami menolak ajakan isteri!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 04:14 PM | Show all posts
aiyoooooooooo sex lagi...
dah masuk musim mengawan lagi ka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:16 PM | Show all posts
x kahwin lagi.....

tumpang bertenggek jer.....;)
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 04:47 PM | Show all posts

Rahsia memantapkan perhubungan

Rahsia memantapkan perhubunganSaya tak tau adakah apa yang akan saya kongskikan ini adalah rahsia ataupun tidak, namun perkara ini sangat penting bagi anda yang mahu mengekalkan perhubungan dengan mereka yang anda sayangi.

1. Meningkatkan keimanan kepada AllahKunci paling utama untuk menjadi pasangan yang terbaik ialah, tidak lain dan tidak bukan, kita mesti menguatkan iman kita terhadap Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan adanya iman yang mantap saja, maka hubungan kita diredhai, dirahmati dan dipelihara oleh Allah Ta’ala. Cinta atau perhubungan yang berteraskan keimanan adalah perhubungan yang kekal jitu yang membawa kebahagiaan, insyaAllah. Jadi, kukuhkanlah keimanan kepada Allah sekiranya ingin perhubungan anda kekal bahagia selamanya.

2. Kenalpasti kelebihan dan kelemahan pasangan anda serta terima dia dengan hati yang terbukaSetiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sekiranya pasangan kita ada banyak kelemahan atau keburukan, janganlah dikutuk atau memandang serong padanya. Cuba terima dia seadanya. Kalau dia ada kelemahan, kita juga begitu. Kalau dia boleh terima kelemahan kait, maka kenapa tidak kita? Apa yang penting, kita mesti berlapang dada dengan perangai dan sikap pasangan kita. Kalau perangainya buruk sekalipun, jangan sakiti hatinya, sebaliknya cari jalan bagaimana kita dapat bantu dia memperbaiki kelemahan itu.

3. Hormati diri dan keluarganyaPoin ni lebih kurang sama dengan poin yang no 2 tu. Yang pentingnya ialah, kita mesti hormat pada pasangan kita selayaknya. Hormatilah dia dan jangan sekali-kali memandang rendah padanya. Walau mungkin kerja pasangan kita tidak sehebat kita, namun kita wajib hormat padanya. Hormat bukan saja kepadanya, malah kepada ahli keluarga dan saudara mara nya juga.

4. Perbaiki cara berkomunikasiPertembungan dan perbezaan pendapat antara kita dan pasangan kita, memang tidak akan dapat dielakkan. Ia sememangnya lumrah dalam setiap perhubungan. Apa yang boleh dibuat ialah, kita perbaiki cara berkomunikasi kita dengan pasangan. Jangan naikkan suara atau menengking pasangan kait, walaupun mungkin kita berada dipihak yang benar. Tengkingan atau sergahan hanya akan memburukkan lagi keadaan. Jika kita dalam keadaan marah, cuba keluar dari rumah dan pergi ke tempat yang mampu menenangkan kita. Jangan sekali-kali berkomunikasi semasa kita sedang marah. Selain itu, sila gunakan bahasa-bahasa yang indah dan lembut dalam komunikasi. Panggil pasangan kita dengan panggilan yang dia sukai.

5. Sentiasa jujur dan ikhlasJangan sekali-kali kita menipu pasangan kita. Sekali kita menipu, kita akan terus menipu dan menipu lagi. Sesuatu perhubungan yang didasari dengan penipuan, pasti tidak akan kekal lama. Lagi satu, ikhlas juga sangat-sangat penting. Kalau kita buat sesuatu untuk si dia, janganlah mengharapkan balasan. Janganlah juga mengungkit-ungkit kebaikan dan jasa kita. Sekali kita ungkit, habis semua kebaikan yang kita telah buat, akan dianggap sebagai tidak ikhlas. Pasangan kita pasti berasa menyampah dan tidak akan menghargai pengorbanan kita.Sekian, itulah 5 perkara yang perlu setiap seorang daripada kita ambil tahu dan praktikkan dalam kehidupan. Saya yakin, jika anda dapat amalkan 5 perkara yang saya nyatakan tersebut, insyaAllah perhubungan anda akan sentiasa kekal dan bahagia selalu.Anda ada rahsia atau tips lain?

http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-memantapkan-perhubungan.html#more-2198
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 05:01 PM | Show all posts

Koleksi Petua & Panduan Rumahtangga

http://www.pakarhowto.com/Koleksi%20Petua%20&%20Panduan%20Rumahtangga.pdf

Moga dapat manfaatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 02:23 PM | Show all posts

Rumah Tangga, Semakin hari Semakin Sayang

MEWUJUDKAN suasana bahagia dalam sebuah rumah tangga sering menjadi impian pasangan suami isteri. Ia boleh dicapai apabila semua ahli keluarga bekerjasama menuju ke arah itu.
Tetapi individu yang paling penting menjamin kebahagiaan keluarga ialah lelaki sebagai bertindak sebagai suami yang penyayang dan dan ayah yang pengasih.
Untuk menjamin kebahagiaan keluarga, seorang ayah perlu bijak memikul tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak. Ayah perlu melayani anak dengan penuh kasih sayang. Pupuk rasa kasih sayang sesama anak, tepati janji terhadap anak dan juga perlu menghormati anak jika mereka mahukan anak menghormati dengan mendengar kata orang tua.
Dalam mewujudkan perhubungan harmoni dengan isteri pula, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah ada memberi beberapa petua untuk menambat hati isteri. Antara petua itu ialah:

1)Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum melakukan kerja lain.

2)Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

3)Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

4)Beri masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

5)Tolong masak atau makan di luar sekali sekala.

6)Beri pujian mengenai penampilan isteri  rambut, wajah dan pakaian.

7)Apabila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon di rumah.

8)Apabila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, meletakkan surat khabar atau tutup televisyen.

9)Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

10)Beritahu apabila anda ingin berehat atau tidur.

11)Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

12)Tolong temankan isteri apabila beliau melakukan kerja bersendiri pada waktu malam seperti melipat baju, gosok baju dan menjahit.

13)Beribadah bersama.

Sebenarnya, ada banyak banyak cara untuk mewujudkan rumah sebagai syurga dunia yang dihuni oleh suatu keluarga yang tenang dan harmoni. Antaranya ialah Suami isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing dan belajar menerima kelemahan masing-masing Perlu menerima dengan hati terbuka dan berusaha mengatasi dengan baik pelbagai masalah yang timbul. Suami perlu belajar mengucapkan kata maaf atau memeluk dan mengucup dahi isteri sebagai tanda minta maaf apabila melakukan kesalahan. Isteri perlu menerima maaf suami yang ada kala tidak diucap tetapi cukup dengan perbuatan saja. Suami perlu bijak memujuk isteri menggunakan psikologi dan membeli hadiah walaupun murah.
Sayangilah Keluarga, semakin hari semakin sayang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2010 02:25 PM | Show all posts

5 tip kekal bahagia

Suburkan perasaan cinta
Menjaga cinta – kononnya perkara nan satu ini sukar untuk dilaksanakan walhal inilah yang sentiasa diagung-agungkan ketika bercinta. Cubalah ingat kembali memori lama yang boleh membuatkan cinta anda berdua makin mekar seperti berjalan berdua bersama sambil berpegangan tangan atau pun ke tempat yang menyoronokkan.

Cadangan : Untuk lebih romantis, hiasi bilik tidur anda, gantikan cadar, kelambu, pasang lilin aroma terapi dan muzik sentimental yang pasti mengingatkan anda berdua kepada suasana di malam pertama.

Memelihara Kepercayaan
Ramai pasangan yang berpisah kerana tidak percaya antara satu sama lain. Percaya kepada pasangan bermakna anda tahu dan yakin dengan apa yang pasangan lakukan. Berikan kebebasan namun pada masa yang sama, anda perlu memberi pengawasan positif. Jangan biarkan pasangan anda merasa terikat hanya kerana perasaan tidak percaya ini. Orang yang saling percaya akan bebas dari perasaan benci dan curiga. Maka rumah tangga akan lebih aman dan tenteram.

Cadangan : Libatkan diri dalam hobi yang disukainya walaupun anda tidak begitu menggemarinya. Ketahui serba sedikit megenai kesukaannya dan ini pasti membuatkan pasangan bertambah menghargai pengorbanan anda.

Selalu Berkomunikasi
Berbicara menjadi kunci utama dalam sebuah perkahwinan. Apa saja yang dirancang sebaik-baiknya biarlah bersama pasangan anda. Komunikasi perlu ditingkatkan dari masa ke semasa. Elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah, menyindir serta penuh hasad dengki dengan pasangan.

Cadangan : Banyakkan membaca majalah dan buku-buku psikologi untuk memahami sikap dan bagaimana berkomunikasi positif dengan suami mahu pun isteri.

Terbuka soal kewangan
Keretakan rumah tangga juga kadang kala berpunca dari soal kewangan walau pun ada orang berkata wang bukanlah segala-galanya namun melayari bahtera rumah tangga dalam era moden ini wang penting bagi meneruskan sebuah kehidupan. Cubalah berbincang dan menetapkan belanjawan dengan seadil-adilnya.

Cadangan : Walaupun suami isteri bekerja, namun tanggung jawab anda sebagai seorang suami tetap perlu dilaksanakan, berikan nafkah kepada isteri setiap bulan nescaya isteri akan merasa begitu dihargai. Malahan siapa tahu, anda akan mendapat imbuhan lebih daripada tindakan tersebut.

Dikaulah isteri, dikaulah suami, dikaulah sahabat
Secara umum hanya sahabat terbaik yang mampu merasakan setiap gelodak jiwa kita. Jadi selain daripada sebagai suami, jadilah seorang sahabat kepada isteri anda, fahami dirinya, dengar luahan hatinya dan pasti anda akan lebih mengenali dirinya yang sebenarnya tanpa sebarang kepalsuan. Begitu juga dengan isteri jadikan suami anda sahabat untuk memahami dengan baik lagi.

Cadangan : Selalu saling bertanya masalah dan berkongsi rahsia dengannya. Cuba dekati dan luahkan apa sahaja yang terbuku di hati. Pasti pasangan akan lebih menghargai dirimu dan mengganggap anda adalah anugerah yang tidak ternilai harganya.

Jauhi Kedinginan Rumah Tangga
Alam bercinta tidak sama dengan alam rumah tangga. Hidup berumah tangga ada pasang dan surut. Sebagai suami atau isteri anda harus bersedia dalam mengharungi apa jua masalah yang mungkin timbul untuk mengelakkan keretakan dan kedinginan rumah tangga. Jauhi masalah berikut untuk keharmonian dan kedamaian rumah tangga.

Selalu Mengkritik
Kritikan selalunya seolah-olah menyerang pasangan secara peribadi. Diakui kita memang boleh mengkritik tetapi perlulah dengan berperasaan. Lebih-lebih lagi kritikan terhadap pasangan agar tidak berlaku perbalahan.

Rasa Benci
Selalunya bibit rasa benci timbul dari rasa tidak puas hati. Hasilnya meracun jiwa lalu mengakibatkan perselisihan faham.

Terlalu Pertahankan Hak Sendiri
Sifat ini tanpa disedari akan membuatkan pasangan berasa kecil hati. Jika tidak ditangani segera masalah ini pastinya berlarutan sehingga mungkin berpotensi menjadi penyumbang kepada kegagalan rumah tangga.

Biarkan Pasangan Tergantung Tanpa Kata Pasti
Kalau tidak suka berterus terang sahajalah. Jangan sesekali biarkan pasangan anda tertanya-tanya. Sekiranya ada masalah segeralah selesaikan. Ajak pasangan berbincang bersama untuk menguraikan segala yang tersimpul bukan pendamkan saja. Kelak nanti meledak bagai gunung berapi susah pula jadinya

Menipu Pasangan
Siapa di antara anda yang suka ditipu? Tentu tak ada kan? Jika anda tidak suka orang menipu, mengapa pula anda harus menipu? Masa telah berjaya membuktikan banyak rumah tangga berantakan kerana menipu. Jadi jangan jadikan rumah tangga anda mangsa seterusnya.

Tidak Memahami Kehendak Pasangan
Masa bercinta dahulu ramai di antara anda yang menganggap diri begitu memahami kehendak pasangan. Namun selepas bertahun melayari gerbang perkahwinan bersama, kesefahaman seolah-olah semakin tidak wujud. Semakin tak faham si dia. Mengapa? Siasatlah dan cari jalan penyelesaian sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 03:05 PM | Show all posts
good info....lagi satu dlm rumahtangga ni kena saling bertolak ansur dan bykkan bersabar barulah hidup aman bahagia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 01:33 PM | Show all posts

TIPS MENGHARGAI PASANGAN, ISTERI .. atau isteri2 .. hehehe

Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge

1. Anggap pasangan seperti diri sendiri

Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta

tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'

5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

10. Penuhi hajat isteri


Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 01:41 PM | Show all posts

Mengekalkan Hubungan Bahagia

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

11.Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan

menyalahkan isteri.

16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.


20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA

PADAMU ".

21. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

24. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

30. Urut belakang isteri sekali sekala.

31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

40. Seeloknya masuk tidur serentak.

41. Belai isteri sebelum pergi kerja.

42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

44. Lakukan riadah bersama isteri.

45. Pergi berkelah sekali sekala.

46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060276 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list