CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakgerg

Solat Jumaat/ Friday Prayer (merged: Kerengge, mikhael76, cak!)

[Copy link]
Post time 13-8-2006 07:20 PM | Show all posts
there's one at MMU Mosque but it is in Cyberjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2006 12:47 AM | Show all posts
How about UIA and UTP?  english or malay?

I only know Tamil language is read in almost all Masjid India in Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 01:55 AM | Show all posts
Originally posted by xan at 13-8-2006 07:20 PM
there's one at MMU Mosque but it is in Cyberjaya


Oh yes i have attended Friday prayers there, the sermon are in dual language. Malay and English
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 04:55 PM | Show all posts

solat jumaat

assalamualaikum....

nak tanya sikit pada sape2 yg arif....pasal solat jumaat

betul ke kalo seseorang yg tidak sempat membaca fatihah dlm rakaat pertama dlm solat jumaat, dia kena tunaikan solat zohor

selepas memberi salam bersama imam?...yakni dia tidak boleh menambah satu lagi rakaat dalam solat jumaat seperti solat2

lain....kalo saya salah harap tolong perbetulkan,saya dapat info ni dari sorang kawan.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 04:58 PM | Show all posts
tidak sempat baca tu sebab masbuq ke?

atau maksud awak dia tak sempat masuk solat sebelum imam ruku'?

[ Last edited by  ibnur at 3-10-2006 05:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 05:29 PM | Show all posts
dengar kutbah tu kan wajib... camne plak gi masjid semata2 utk solat je...

lain kali ko kena cepat sket datang masjid ff:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2006 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 3-10-2006 04:58 PM
tidak sempat baca tu sebab masbuq ke?

atau maksud awak dia tak sempat masuk solat sebelum imam ruku'?


saya kurang pasti situasi yg mana

boleh saya tahu jawapannya  bagi dua2 situasi di atas (masbuq dan tak sempat solat sblm imam rukuk?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 05:43 PM | Show all posts
Originally posted by eiyoei at 3-10-2006 05:29 PM
dengar kutbah tu kan wajib... camne plak gi masjid semata2 utk solat je...

lain kali ko kena cepat sket datang masjid ff:


saya ni perempuan...saya bertanya ni bagi pihak kawan saya....biasanya dia pergi awal ke masjid tapi   kebetulan baru2 ini

dia terlewat atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.....

;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 05:49 PM | Show all posts
bukan ke kalau kita tak dengar khutbah sembahyang tak sah.sbb 2 khutbah tu menggantikan 2 rakaat sembahyang zohor?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by kopipahit at 3-10-2006 05:35 PM


saya kurang pasti situasi yg mana

boleh saya tahu jawapannya  bagi dua2 situasi di atas (masbuq dan tak sempat solat sblm imam rukuk?



mengikut apa yg saya belajar (solat fardhu jemaah).  masbuq maksudnya kita tak dapat sempurnakan fatihah kita lalu imam ruku', dengan syarat bila kita angkat takbir tu kita terus baca fatihah lepas tu.  dlm keadaan masbuq, bila imam ruku', maka kita boleh ruku' tanpa menghabiskan fatihah.  masbuq ni mendapat rakaat sempurna walaupun fatihah tak habis.

ada setengah org kata masbuq ni masuk sembahyang jemaah lepas dari rakaat pertama.  yang ni tak pulak saya dengar ada ustad cakap.

kalau solat jumaat tu makmum masuk selepas imam ruku', dah tentu dia terlepas rakaat.  
dulu (mmg dah lama dulu) pernah saya dgr ustad ckp kalau terlepas rakaat pertama tambah satu jer.  
kalau masuk solat jumaat selepas imam rukuk dalam rakaat kedua, kena tambah 3 (ke 4 aku tak ingat).

tak semestinya org lewat masuk solat tak dengar khutbah.  mungkin wudhu' dia terbatal pastu masuk balik lepas ambil wudhu baru tapi orang dah rakaat ke2.

okay yer...  jawapan aku untuk solat jumaat tu dari ingatan yg dah lama, mungkin silap.  kalau silap kot ada sesiapa boleh perbetul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by kopipahit at 3-10-2006 05:43 PM
biasanya dia pergi awal ke masjid tapi   kebetulan baru2 ini

dia terlewat atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.....  


Walaupun tak wajib, pompuan pun boleh gi semayang jumaat ape. Kat masjid shah alam selalu aku tgk group2 pompuan dtg masa solat jumaat.

Bab lambat tu, x bleh nak dielak lah. Tapi jgn lebih 3 kali. Sbb nabi ada bersabda "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali disebabkan memandang ringan terhadapnya, maka Allah memeterikan hatinya. Dipetik dari Kitab Fikah Mazhab Syafie Juz 1. Tulisan Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 4-10-2006 11:49 AM | Show all posts
hukum solat jumaat kepada muslimat adalah HARUS!
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 12:49 PM | Show all posts
Macamana pulak dengan soalan pembuka thread?  siapa ada jawapan yg tepat?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 09:10 PM | Show all posts
Ini hadith dari Sahih Bukhari, diambil direct dari bab Solat Jumaat :

Volume 2, Book 13, Number 31:
Narrated Abu Huraira:
heard Allah's Apostles (p.b.u.h) saying, "If the prayer is started do not run for it but just walk for it calmly and pray whatever you get, and complete whatever is missed. "

Volume 2, Book 13, Number 6:
Narrated Abu Huraira:
Allah's Apostle (p.b.u.h) said, "Any person who takes a bath on Friday like the bath of Janaba and then goes for the prayer (in the first hour i.e. early), it is as if he had sacrificed a camel (in Allah's cause); and whoever goes in the second hour it is as if he had sacrificed a cow; and whoever goes in the third hour, then it is as if he had sacrificed a horned ram; and if one goes in the fourth hour, then it is as if he had sacrificed a hen; and whoever goes in the fifth hour then it is as if he had offered an egg. When the Imam comes out (i.e. starts delivering the Khutba), the angels present themselves to listen to the Khutba."
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 09:50 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 4-10-2006 09:10 PM
Narrated Abu Huraira:
heard Allah's Apostles (p.b.u.h) saying, "If the prayer is started do not run for it but just walk for it calmly and pray whatever you get, and complete whatever is missed. "  


kalau macam ni, dapat tahiyat akhir pun sambung 2 rakaat je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 03:23 PM | Show all posts

SEMBAHYANG JUMAAT

Salam...

Di sini saye nak tanya ttg solat jumaat..syarat sah solat jumaat ialah mempunyai makmun yg bermastautin seramai 40 org..betul kan?

Bagaimana pula dgn solat jumaat di universiti2 yg mane makmumnya bukan bermastautin? sah kah solat jumaat yg dilakukan? Ade kwn saya dulu di 'U' ade tanye saye dgn soalan ni..dan dia hnya pergi solat kat masjid di luar 'U' tsbut yg ade mkmum bermastautin...

Lagi satu,kawan saye ade mengatakan sesape yg menuntut or bkerja di ssuatu tmpat boleh bersolat mcm bermusafir sehingga pengajiannya selesai..boleh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2007 04:38 PM | Show all posts

Reply #1 cak!'s post

xpenah dgr pendapat mcm tu. mungkin imam lain kot. sbb ada riwayat yg kata Anas b Malik belajar kt luar negeri dia selama 2bulan dia solat musafir.

ada sapa2 bole ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 11:40 AM | Show all posts
Prof. Dr. Wahbah Zuhaili  telah menulis:
Jelas kepada pengarang bahawa sembahyang Jumaat perlu kepada perhimpunan jemaah. Apabila tercapai jemaah yang ramai mengikut kebiasaan maka diwajibkan sembahyang Jumaat dan hukumnya adalah sah. Dan tidak terdapat nas yang jelas yang mensyaratkan bilangan tertentu tetapi jemaah adalah syarat yang disepakati semua ulama' bagi sembahyang Jumaat kerana sudah maklum di dalam syara' bahawa jemaah itu terdapat ketika sembahyang
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 7-4-2007 11:40 AM
Prof. Dr. Wahbah Zuhaili  telah menulis:
Jelas kepada pengarang bahawa sembahyang Jumaat perlu kepada perhimpunan jemaah. Apabila tercapai jemaah yang ramai mengikut kebiasaan maka diwajibkan s ...


Mengikut mazhab As-Syafie

Syarat sah solat jumaat ialah  : Dlm waktu zohor yg dimulai dgn nya akan 2 khutbah yg mana khutbah itu wajib didengar oleh 40 ahli permastautin.Dan wajib sekelian 40 yg ahli permastautin itu berjemaah dgn imam sehingga selesai solat. Wajib didirikan solat didalam bangunan. Tidak sah didirikan berbilang Jumaat melainkan dgn hajat.Dan wajib bahawa ahli permastautin yg 40 itu terdiri dari org yg kamil iaitu yg sah solatnya.

Ada lagi..tapi yg itu biasanya tak ada masalah.

wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 12:16 PM | Show all posts
Abdurrahman bin Ka'ab menceritakan bahawa apabila ayahnya mendengar seruan azan hari Jumaat, dia mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah. Maka aku (Abdurrahman) bertanya kepada ayahku: Apabila engkau mendengar seruan azan lalu mengapa engkau mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah ?

Jawab ayahku: Kerana dialah yang pertama kali melakukan solat Jumaat bersama kami di Hazm Annabit, terletak di tanah berbatu Bani Bayadhah, iaitu di Naqi'ul Khadhamat.

Aku bertanya: Berapa orang (yang hadir) ketika itu ?

Jawab ayahku: 40 orang.[5]

Hadith di atas dijadikan sumber rujukan oleh pihak yang berpendapat bahawa jumlah minimum bagi jemaah solat Jumaat adalah 40 orang. Walaubagaimanapun pengkajian mendalam oleh ahli-ahli hadith serta fiqh mendapati bahawa hadith di atas tidak boleh dijadikan sumber patukan hukum 40 orang sebagai bilangan minimum kerana hadith tersebut hanya menyatakan jumlah jemaah yang hadir dan tidak pula membatasi jumlah tersebut. Justeru itu hadith di atas tidak boleh dijadikan hujah bagi menghadkan bilangan minimum jemaah bagi satu-satu solat Jumaat yang dilaksanakan. Imam asy-Shaukani menulis: Bahawa tidak ada pengertian di dalam hadith di atas untuk mensyaratkan 40 orang, sebab kisah di atas adalah satu kejadian yang terjadi secara kebetulan. Telah ditetapkan dalam ilmu usul bahawa kejadian secara kebetulan tidak boleh dijadikan hujah untuk hal-hal yang bersifat umum.[6]

Selain itu pihak yang menghadkan jumlah minimum 40 orang juga merujuk kepada atsar sahabat berikut ini, di mana Abdullah ibnu Mas'ud radiallahu-anhu telah diriwayatkan berkata: Kami solat Jumaat bersama Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dan aku (Ibnu Mas'ud) adalah orang terakhir yang datang sedang jumlah kami adalah 40 orang laki-laki.[7]  Atsar ini juga tidak boleh dijadikan rujukan tepat kerana ia hanya menceritakan secara kebetulan bahawa jumlah jemaah adalah 40 orang dan bukannya pula mensyaratkan jumlah minimum 40 orang.

Apa yang benar dalam hal ini adalah - tidak ada jumlah minimum bilangan jemaah yang disyaratkan oleh syari'at bagi mensahkan sesuatu solat Jumaat itu. Dalam beberapa riwayat-riwayat lain jelas tertera bahawa solat Jumaat pernah didirikan di zaman Nabi sallallahu-alaihi-wasallam dengan jumlah yang kurang dari 40 orang.[8]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.065083 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list