CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Jom Ketawa/ Lawak Agama (merged: zasssss)

[Copy link]
Post time 9-3-2007 10:21 AM | Show all posts
Adab kesopanan di antara kaum di dunia memang berlainan sama sekali.

Sesuatu yang kita anggap biadab seperti menepuk kepala adalah satu perkara biasa atau berseloroh bagi sesuatu kaum di benua lain.

Mencuci kaki adalah bagus.  Orang melayu dahulu tak menggunakan sinki.  Sinki berasal dari tempat yang jauh.  Dan digunakan untuk mencuci tangan dan muka.  Kaki pula adalah satu juzuk anggota yang selalu kotor.  Adab kaum di benua lain akan menganggap tak senonoh kalau mencuci kaki dalam sinki.  Sementara orang melayu selamba sahaja.  Jadi, pandai-pandai la kita nak jaga adab tuan rumah.  Mencuci kaki tu tak perlu dalam sinki.  Syaratnya ialah menyapu dengan air keseluruhan bahagian kaki hngga buku lali.  Jadi boleh kita ambil sedikit sahaja air mutlak dan sapukan sahaja ke bahagian yang diwajibkan.

Benda macam ni ada berlaku terutama di lapangan terbang antarabangsa luar negara seperti di Eropah.  Bila kita masukkan kaki ke sinki sahaja, ini adalah sesuatu yang sangat tak senonoh dan kurang ajar bagi orang eropah.  Jadi, pandai-pandai la kita membawa diri kita di rumah orang.

[ Last edited by  ibnur at 9-3-2007 10:23 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2007 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by <i>ibnur</i> at 9-3-2007 09:21<br />
Adab kesopanan di antara kaum di dunia memang berlainan sama sekali.<br />
<br />
Sesuatu yang kita anggap biadab seperti menepuk kepala adalah satu perkara biasa atau berseloroh bagi sesuatu kaum di benua ...
<br />

Assalamualaiku,
akhi mod ibnur -hafidhakallah-. Ahsan title thread ini dirubah, karena jika titlenya lawak agama, seakan-akan agama ini untuk lawakan boleh aje Padahal orang yang bermain-main dengan agama dan mengolok-oloknya mendapat adzab yang pedih dari Allah azza wa jalla. Memang terlihat sekilas remeh ajee judul title nii, tapi semakin banyak orang yang reply, maka semakin mungkin pule yang nantinya akan ada orang yang berbohong hanya untuk membuat orang lain tertawa, padahal ini adalah perkara yang haram. PAdahal ana tahu bahwa the maker of this thread tak ada maksud untuk memperolok agama Tapi judul thread ini bisa memancing orang atau membuka pintu olok-olok kepada agama, padahal agama ini adalah perkara yang agung dan mulia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

zasssss This user has been deleted
Post time 9-3-2007 10:37 AM | Show all posts

mmm

bagi la answer macam mode tu mr ikhwan.. ader meaning dan info. nape nak merpetikaikan tajuk lak. semua leh baca apa tujuan post i nir. nak lawak ke tak. Or klu tak tau nak cakap apa tak yah reply. kita bicara pasal adat mencuci kaki dlm singki laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 10:46 AM | Show all posts
okay.. rilek...tak perlu gaduh hal ni.  Dah banyak berlaku.  Kengkadang topik di buat sedemikian untuk bagi impact pada thread.  Nak bagi suspen.  

Kecuali kalau ditulisnya Agama Lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 9-3-2007 09:46
okay.. rilek...tak perlu gaduh hal ni.  Dah banyak berlaku.  Kengkadang topik di buat sedemikian untuk bagi impact pada thread.  Nak bagi suspen.  

Kecuali kalau ditulisnya Agama Lawak.



Mmm...ok then. Justan advice. Tap ape akhi zass Tak untuk dipersoalkan. Naam, anapun ada ceriter.
Suatu hari seorang ulama besar Saudi, Syaikh Uthaymeen tengah menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya dan orang-orang yang menghadiri majelisnyer. Ketika tengah asyik mendengarkan penjelasan syeikh, datanglah seorang tua baduwi dari ujung pintu exit, dan dia melangkah kedalam melongkahi manusia yang sedang duduk. Sheikh berkata kepadanya "Duduklah wahai bapak". Namun orang tua tuu tak mau duduk dan tak menghiraukan perintah sheikh Uthaymeen. Kembali sheikh mengulang perintahnya "Wahai bapak, duduklah!!", NAmun orang tua niii tak mau juga duduk, dan dia terus berjalan menghampiri meja sheikh Uthaymeen sambil melongkahi manusia. Setelah berada di depan sheikh, orang tua itu bicara "Sheikh, apa hukumnya obat kuat (untuk berhubungan sexual dengan istri maksudnye)??". Sheikh Uthaymeen pun tertawa dan juga semua orang yang ada di majelis itu. Lalu sheikhpun berfatwa "Jaiz (boleh)". Lalu orang tua baduwi itu kembali berjalan keluar dengan melongkahi manusia sampai akhirnya keluar masjid.   Memang orang baduwi tuu kadang sangat uneducated ajee tingkahnyer

Narated by my ustadh when he attended majlis sheikh Uthaymeen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 11:25 AM | Show all posts
Melongkahi manusia di Masjidil Haram....  teringat semasa Haji.  
Adakah terpaksa atau tidak beradab?
Ada pula yang memegang kasut ditangan tanpa disarungkan dengan beg kasut atau beg plastik.  Kemudian dilangkahi manusia dengan kasut-kasut tu habis dipalit ke muka orang....  
Reply

Use magic Report

Follow Us
zasssss This user has been deleted
Post time 9-3-2007 12:21 PM | Show all posts

mmm

Pada saya, adab sopan nir banyak diamalkan oleh org islam sebelah asia. macam malaysia. Ia bagai satu budaya. Dan juga mungkin sifat org melayu sendiri yg lebih sensitif dan jiwa lembut. Mungkin hasil sebab permakanan kot. Jadi mungkin tak der hadith tentang letak kaki disinki. tapi dari segi adapnya tak sesuai.. bagitu juga melangkah org orang jenjeng kasut atas kepala org

walahualamm
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 06:51 PM | Show all posts

Reply #1 zasssss's post

lawak gak cita ni...pedas je perli dia...

tapi hormat tuan Rumah memang tidak boleh dinafikan pentingnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ummi_nuur This user has been deleted
Post time 9-3-2007 09:27 PM | Show all posts
Suatu masa, wilayah Khurasan pernah ditadbir oleh gabenor Yazid bin Muhallab. Dia seorang lelaki kacak dan cantik wajahnya. Selain mempunyai jasmani yang menarik, Yazid bin Muhallab juga seorang yang pintar dalam pentadbiran, sehingga rakyat sangat menyukainya dan suka mendengarkan pidatonya.

    Akan tetapi, dia tidak begitu suka tinggal di Khurasan, maka dia pun dipindahkan ke tempat lain. Sebagai gantinya, kerajaan pusat mengangkat Qutaibah bin Muslim untuk menjadi gabenor Khurasan. Dia seorang lelaki yang agak hodoh dan kelihatan tidak begitu menarik.

Seorang penyair muda telah menggubah syair tentang gabenor Qutaibah ini yang bunyinya:

      Semasa Yazid mentadbir Khurasan,
      semua wajah kelihatan ceria.
      pintu-pintu nikmat dan kemewahan terbuka luas.
      Tapi kini, diganti oleh monyet di sekitarnya
      berwajah hodoh dan menakutkan.

    Apabila syair itu tersiar dan sampai kepada Qutaibah, gabenor baru ini sangat marah dan memerintahkan agar penggubahnya ditangkap. Akan tetap si penyair segera melarikan diri dan menyembunyikan diri buat beberapa masa. Akhirnya dia tidak tahan bersembunyi lama dan nekad untuk pergi berjumpa dengan ibu Qutaibah dan meminta surat jaminan daripadanya.

    Setelah mendapat surat itu, dia pergi ke istana gabenor dan menyerahkan surat tersebut. Qutaibah tidak dapat berbuat apa-apa setelah menerima surat dari ibunya.
揇engan wajah apa engkau datang berjumpa denganku?
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 9-3-2007 09:40 PM | Show all posts
Baca lawak ni plk....


LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yangsedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat danberkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, bolehdisamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke naksamak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan ygsah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah takboleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 10:30 AM | Show all posts
islam tu syumul... ikut semua ajarannya insyaalah selamat
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 11:57 AM | Show all posts
Bestlah tread ni...

Tumpang lalu...

Satu hari seorg gembala lembu berdailog dgn lembunya ketika waktu mghrib... kisahnya panjang tapi dipendekkan...

Lembu : Tuan, bunyi apakah itu...
gembala : bodohnya engkau... patutlah manusia kata.. bodoh macam lemabu... engkau bodoh...memang bodoh...
               Itulah bunyi azan... bodoh... itupun tak tahu...
Lembu : untuk apa azan tu ?
Gembala  : Bodoh... bodoh.. semua org tahu... azan tu utk panggil org  supaya solat..
Lembu : oh..gitu...
Lembu : Apa itu solat ? boleh tuan terangkan...
Gembala : Bodohnya engkau lembu... solat tu maknanya kita menyembah Allah.
Lembu : oh.. gitu.. kenapa perlu solat ?
Gembala : eh..lembu bodoh... kita mesti solat kerana tanda kita patuhperintah Allah. Allah yg jadikan kita... kita patut bersyukur, sbgtanda bersyukur kita hendaklah solat..
Lembu : oh.. gitu.. berapa kali kita solat ?
Gembala : Bodohnya engkau lembu.. itupun tak tahu... kita wajib solat 5 kali sehari sehinggalah kita mati..
Lembu : oh.. gitu..
Gembala : eh..bodoh.. engkau lembu...mana pernah solat.... sbb tulah engkau bodoh... tahu makan dan berak je..
Lembu : Tuan solat ke ?
Gembala : Tidak ..
Lembu  :  Jadi..tuan sama spt saya.. B O D O H... kita sama-sama BODOH ye..

Kesimpulan : org yg tak solat sama spt lembu... tahu menghabiskan rezeki Allah je,,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 12:57 AM | Show all posts

Ehehehe.. byk plak lawak agama eh..

Ketiga2 lawak best.. :setuju:

Apsal Raja Lawak ASTRO tak wat lawak camni..



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 11:38 AM | Show all posts
Kesimpulan : org yg tak solat sama spt lembu... tahu menghabiskan rezeki Allah je,,
.........................................................................................................................

Lembu tu saya rasa rezeki Allah kpd manusia...bukannya dia menghabiskan rezeki Allah...
tapi org yg tak solat tu yg tak tahu bersyukur dgn nikmat n rezeki dr Allah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:02 AM | Show all posts
nak kata lawak atau tak pun tak tahulah....
慣ak salah pilih calon bukan Islam抂/size]BATANG BERJUNTAI: Pengundi Islam yang memilih calon bukan Islam tidak berdosa kerana Islam sendiri menggalakkan kerjasama dengan golongan bukan seagama demi kebaikan bersama.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata hukum mengundi calon pilihan raya atau menyokong sesiapa yang bukan Islam adalah haram, juga tidak benar.

Katanya, fahaman seperti itu datang daripada pihak yang tidak faham bahawa Islam sendiri mengajak umatnya membantu orang bukan Islam yang sedia bekerjasama.

揚ada zaman pemerintahan Muawiyah, pemerintah itu pernah melantik orang Kristian sebagai menteri. Jadi saya harap mereka yang bercakap ini mendapatkan fakta yang betul dan berjumpa dengan saya untuk mendapatkan ayat al-Quran yang menyebut mengenainya,
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:07 AM | Show all posts
Kata Khir dalam BERITA HARIAN hari ini:

Pada zaman pemerintahan Muawiyah, pemerintah itu pernah melantik orang Kristian sebagai menteri. Jadi saya harap mereka yang bercakap ini mendapatkan fakta yang betul dan berjumpa dengan saya untuk mendapatkan ayat al-Quran yang menyebut mengenainya

Kerajaan Islam memang sejak zaman-berzaman ada mengambil dan melantik menteri, penasihat dan pembantu dari kalangan masyarakat yang bukan Islam. Memang terdapat kelonggaran dalam hal ini tetapi kelonggrana itu tidaklah rasa saya sebagaimana yang cuba Khir bayangkan dala keadaannya di atas.

Khir berhujah berdasarkan pemerintahan Muawiyah iaitu Khalifah Islam selepas Saidina Ali bin Abi Talib ra., itu tidak mengapa, tetapi kata Khir beliau memiliki nas al Quran yang dapat mengukuhkan hujah beliau. Soalnya ada ke ayat al Quran yang menghalalkan memilih pemimpin bukan Islam di atas pemimpin yang Islam?

http://www.n32.blogspot.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2007 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by yangkhadijah at 24-4-2007 11:02 AM
nak kata lawak atau tak pun tak tahulah....
慣ak salah pilih calon bukan Islam払ATANG BERJUNTAI: Pengundi Islam yang memilih calon bukan Islam tidak berdosa kerana Islam sendiri menggalakkan ker ...



ni nak buat lawak atau salah board?  :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:13 AM | Show all posts
M&M agak slow kebelakangan ni.Just nak ceriakan saja....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 11:42 AM | Show all posts
Salam Yangkhadijah...

Post kamu niii kalau baca kat LP dan CI biasa je... tapi letak kat sini lain le pulak jadinya... haru biru... nak gelak pula rasa macam tak boleh... tak gelak pula rasa macam lucu.... dunia-dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 01:05 PM | Show all posts
salam ct_og,

bukan tujuan untuk menbuat kacau!
memang fitnah akhir zaman semakin menjadi-jadi...
ulamak rasmi hanya mendiamkan diri!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.078691 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list