CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)

[Copy link]
abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2006 03:46 PM | Show all posts
sambungan...


2.        MURTAD DAN ANCAMANNYA TERHADAP UMAT ISLAM
       
Isu murtad menjadi satu masaalah yang paling utama bagi sesebuah   negara islam. Untuk menyelesaikan kes murtad ini tidak boleh lari dari mengetahui hukum-hakam berkaitan murtad. Maka mempelajari perkara yang boleh membatalkan islam seseorang adalah perlu sepaya kita tidak terjerus ke kancah murtad dan dapat membantu mengislamkan mereka yang telah murtad.
Perlu diketahui bahawa wajibkan keatas setiap orang Islam menjaga aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan(merosakkan), membatalkan, dan memutuskan aqudahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam iaitu Riddah (murtad).
Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain pernah menyatakan:        ?iddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci?
Telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam, mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir. Maka terjadi kes-kes murtad yang dia tidak sedara bahawa dia telah pun murtad. Semua ini berlandaskan apa yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadith baginda : ? Sesungguhnya seseorang itu berkata ia dengan kalimat yang tidak disangkakannya merbahaya, yang mana menyebabkannya menjunam jatuh 70 tahun ke dalam neraka ?.
Yakni, menjunam jatuh 70 tahun ke dasar neraka yang dikhaskan untuk orang kafir.  Hadith ini diriwayatkan oleh At -Tarmizi (hasan) dengan makna yang sama dari hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Hadith ini membuktikan bahawa seseorang itu akan menjadi kafir apabila menuturkan perkataan kufurnya walaupun dia:
o        Tidak tahu(jahil) tentang hukumnya
o        Tidak suka apa yang dituturkannya ( contoh: secara marah atau berjenaka)
o        Tidak percaya apa yang dituturkannya (contoh: secara berjenaka)
Yakni, tidak semestinya dalam keadaan tenang sahaja seseorang itu akan menjadi murtad apabila menuturkan perkataan kufur.  Ini adalah kerana berada di dalam keadaan tenang bukanlah menjadi syarat untuk jatuh murtad.
Didalam keadaan marah pun seseorang itu akan jatuh murtad jika dia menuturkan perkataan kufur.  Buktinya sebagaimana yang Imam an-Nawawiyy dan yang lain katakan.

Imam Nasafi pernah berkata yang bermaksud :
? Jika seorang lelaki marah pada anaknya atau hambanya dan memukulnya dengan teruk, kemudian datang seorang yang lain bertanya kepadanya, ?enapa engkau melakukan ini? Tidakkah engkau seorang Islam?? Dengan sengaja dia menjawab, ?idak!? , maka dia telah menjadi murtad/kafir.?

Ini juga telah diperkatakan oleh ulama dari mazhab Hanafiyy dan juga yang lain.
Maka kita perlu menjahui dan menghindari umat islam dari dari bahaya murtad yang tersebar.




2.1.        PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN MURTAD
       
Tiga perakara yang boleh menyebabkan seseorang itu murtad seperti mana yang telah diterangkan oleh para ulama :-
1-        Kufur I?iqady
2-        Kufur Fi?y
3-        Kufur Qauly

1-        Kufur I?iqady ( kufur disebabkan dari pegangan yang salah )

Contoh-contohnya adalah:
a)        Ragu-ragu pada Allah atau RasulNya atau Al-Qur?n atau Hari Akhirat atau Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijmak mengenainya.

b)        Kepercayaan bahawa dunia ini azali pada jisim dan unsurnya atau cuma jisimnya sahaja.

c)        Menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telah ada ijmak  seperti Maha Mengetahui segalanya.

d)        Menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepatiNya  seperti mempunyai jasad.

e)        Menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina, liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.

f)        Mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halal seperti berjual beli atau nikah.

g)        Menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud, zakat, puasa, haji atau wudu?.

h)        Mewajibkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai tidak wajib hukumnya.


2- Kufur Fi?y ( kufur yang disebabkan dari perbuatan ) :
       
        Contoh-contohnya adalah:
a)        Sujud pada berhala atau matahari atau bulan.
b)        Suju kepada makhluk dengan bertujuan untuk menyembahnya.


3- Kufur Qauly ( kufur yang disebabkan dari perkataan ) :
       
        Contohnya adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya.
        Dinyatakan disini hanya sebahagian darinya :
a)        Memanggil kepada seorang Islam yang lain: ? Wahai kafir!? atau ?ahai Yahudi!?, ? Wahai Kristian!? atau ?ahai orang yang tanpa agama!? dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orang kafir.

b)        Mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah , janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta?la.

2.3.        TAUBAT MURTAD       

        Adalah menjadi kewajipan bagi orang yang murtad untuk:
1- Kembali kepada Islam serta merta dengan mengucapkan kalimah shahadah.
        2- Meninggalkan segala perkara yang menyebabkan riddah.
        3- Berazam tidak akan mengulanginya lagi sehingga mati.

Jika seseorang itu tidak kembali kepada Islam dengan serta merta dengan ucapan kalimah shahadah , maka dia mesti dipaksa untuk mengucapkannya.

Jika dia tidak juga kembali kepada Islam selepas diarahkannya untuk kembali kepada Islam yakni hasil dari penyaksian 2 lelaki yang adil  atau dari pengakuan si murtad itu sendiri, maka Khalifah akan membunuhnya (dan ini tidak bermakna si murtad boleh terkecuali dari dipaksa dengan memeluk agama lain kerana tidak diterima darinya selain dari agama Islam).
Ini dilakukan dengan bersandarkan kepada hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermakna:
? Barangsiapa yang meninggalkan Islam bunuhlah ia.?
Maka batal baginya:
puasa, tayammum, nikah (sebelum jimak untuk kali pertama),
nikah (selepas jima? untuk kali pertama) sekiranya dia tidak kembali kepada Islam didalam waktu ^iddah.

Nikah orang yang murtad(lelaki atau perempuan)adalah tidak sah samada dengan orang yang Islam ataupun dengan orang yang bukan Islam.

Haram hukumnya memakan daging sembelihan orang yang murtad.  Si murtad tidak boleh mewarisi harta dan hartanya  juga tidak boleh diwarisi.  
       
Sekiranya dia mati, mayatnya tidak boleh ( haram) :
Disembahyangkan (sesiapa yang menyembahyangkannya akan menjadi murtad sepertinya), dimandikan , dikafankan atau dikuburkan di tanah perkuburan Islam.

Hartanya akan diserahkan kepada fay?  .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2006 03:48 PM | Show all posts
3.        ANCAMAN TERHADAP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

        Ancaman terhadap Ahli Sunnah datang dari perbagai sudut, samada dari golongan yang mengizharkan mereka bukan Islam seperti Yahudi dan Kristian mahupun golongan yang mendakwa sebagai Islam seperti puak Syiah, Wahhabiyah, Hizbu Tahrir, Ikhwanjiyyah (Khawarij), Islam liberal, Sister in Islam dan banyak lagi.  Ini merupakan ujian Allah terhadap mereka yang berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di zaman kini supaya memperjuangkan sunnah (aqidah dan syariat) bagi mendapat ganjaran syahid dalam peperangan.  Ini berdasarkan dari Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi yang bermaksud: ?arangsiapa yang  menghidupkan sunnah ku (aqidah dan syariat ku) ketika rosaknya ummat ku, maka baginya pahala syahid?.  

3.1.        SYIAH

Mereka dahulunya terkenal dengan nama Rawafid.  Dikalangan mereka menzahirkan bid?h mereka itu pada zaman saidina ?li bin Abi Talib lagi; mereka itu dihukum oleh ?li, dan Ibn Saba dikenakan hukum buang negeri kerana bid?hnya.  Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpedapat bahawa ?li sebagai Tuhan.  Selepas zaman ?li, golongan Rawafid itu berpecah menjadi empat golongan, iaitu Zaidiyyah, Imamiyyah, Kaisaniyyah dan golongan Ghulat (pelampau)  Golongan Zaidiyyah pula menjadi puak-puak, demikian juga Imamiyyah dan Ghulat; satu golongan mengkafirkan lainnya. Seluruh golongan Ghulat tersebut terkeluar dari umat islam.

3.2.        WAHHABIYAH ( MUJASSIMAH )

Antara pegangan yang salah golongan ini adalah Allah itu bertempat dan tempat bagi zat Allah adalah diatas ?rasy dan Allah juga duduk di atas ?rasy. Kenyataan aqidah mereka ini boleh didapati dalam kitab rujukan utama golongan ini berjudul Fathul Majid Fi Syarhi Kitab At-Tauhid . Pegangan golongan ini merupakan pegangan songsang terkeluar dari landasan aqidah islam.



3.3.        HIZBU TAHRIR ( MUKTAZILAH )

Golongan Hizbu Tahrir telah mula bertapak di malaysia sejak akhir-akhir ini. Antara pegangan mereka yang songsang adalah : Kesemua umat islam berdosa besar kerana tidak memiliki khalifah dan manusialah mencipta perbuatannya dan bukanlah Allah yang mencipta. Ini bercanggah dengan firman Allah di dalam surah Az-Zumar yang bermaksud : ? Allah lah mencipta segala sesuatu ?.

3.4.        IKHWANJIYYAH (KHAWARIJ)

Golongan ini pula mengkafirkan seluruh pemimpin islam negara islam termasuk penyokong kepada pemimpin tersebut kononnya kerana hanya tidak berhukum dengan hukum islam dikira terkeluar dari agama islam. Ini bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dinyatakan oleh Imam At-Tohawy dalam kitab Aqidah At-Tohawiyah yang bermaksud : ? Kita ( Ahli Sunnah ) tidak mengkafirkan orang islam yang melakukan dosa selagi mana mereka tidak menghalalkan dosa tersebut ?.

3.5.        ISLAM LIBERAL DAN SISTER IN ISLAM

Kedua golongan ini pada hakikatnya adalah sama. Mereka membawa kepada pengamalan islam secara ?kut suka? dan menetapkan hukum dengan hanya mengunakan akal tanpa merujuk kepada nas-nas Al-Quran dan Al-Hadith. Golongan ini juga banyak membawa masaalah dan ancaman terhadap umat Islam dengan membawa pelbagai cara baru yang bercanggah dengan islam.

PENUTUP

        Ilmu agama menjadi asas kepada segala penyelesaian. Tuntutlah ilmu
        semoga kita dianugerahkan syurga oleh Allah ta?la. Amin
Ya Robbal ?lamin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 15-8-2006 03:48 PM
Golongan ini tidak termasuk umat Islam kerana mereka berpedapat bahawa Ali sebagai Tuhan.


Tu ka ayat asal? Syiah mana yg anggap Ali tu Tuhan, bro?

dan yg ni lagi satu yg masuk part wahabi tu plak:

Antara pegangan yang salah golongan ini adalah Allah itu bertempat dan tempat bagi zat Allah adalah diatas ?rasy dan Allah juga duduk di atas ?rasy. Kenyataan aqidah mereka ini boleh didapati dalam kitab rujukan utama golongan ini berjudul Fathul Majid Fi Syarhi Kitab At-Tauhid . Pegangan golongan ini merupakan pegangan songsang terkeluar dari landasan aqidah islam.


Mudah gamaknya nak hukum orang terkeluar dari aqidah Islam ni eh?

[ Last edited by  antiQue at 15-8-2006 04:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 15-8-2006 04:05 PM


Tu ka ayat asal? Syiah mana yg anggap Ali tu Tuhan, bro?


Nak tanya sikit? Mendalam juga fahaman Syiah ni dalam minda Akak Antique!  Kiranya akak Antique ni berfahaman Syiah atau sekadar penyokong sahaja?

Sekadar bertanya!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by janggutmuda at 15-8-2006 04:09 PM


Nak tanya sikit? Mendalam juga fahaman Syiah ni dalam minda Akak Antique!  Kiranya akak Antique ni berfahaman Syiah atau sekadar penyokong sahaja?

Sekadar bertanya!


oh ye ke? Kalo masuk bab Bible pun saya paham banyak juga.. taknak tanya saya Kristian ke Yahudi?
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2006 06:11 PM | Show all posts
Assalamualaikum.

lol...ade gak wahhabi yg takku undang mencelah disini.
usah bermain dgn aqidah wahai Wahhabi nnti anda tersasar dari ajaran islam yg murni.

Kepada shbt2 sekalian ketahuilah bhw Golongan Wahhabi ini selain mereka berhobi mengkafirkan umat islam..Wahhabu juga bersifat munafiq. Disini sy akan kupaskan  :

- Kemunafiqan golongan Wahhabi ini sgt diketahui oleh para ulama islam. Lihat saja geng2 wahhabi menyebarkan ajaran sesat mrki.

Saudara sekali卻ekali lg sy nyatakan bhw dlm kitab Wahhabi berjudul Fathul Majid memang wujud kenyataan sesat mrk:
Reply

Use magic Report

Follow Us
abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2006 06:18 PM | Show all posts
lagi...

sy tahu beberapa org disini telah temui perkataan tersebut dr kitab asal ( bukan yg didownloadkan dari internet).Jelaskan dan tak perlu jadi munafiq krn neraka juga bg org yg munafiq.

sy mengharap sgt kpd puak wahhabi ini agar kembali kepangkal jln....
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 15-8-2006 06:22 PM | Show all posts
ada lagi....last utk hari ini....

KEPADA WAHHABI ...

DIMANA AYAT AL-QURAN DAN HADIST NABAWI KATA:  " ALLAH DUDUK "??!!
JAWAB SOALAN INI WAHAI WAHHABI!


[ Last edited by  antiQue at 15-8-2006 06:26 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2006 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 15-8-2006 03:48 PM
manusialah mencipta perbuatannya dan bukanlah Allah yang mencipta


Yg tu saya quote dari bahagian Muktazilah yg bro tulis tu pulak... cuba bro terang balik apa sebenarnya yg golongan muktazilah tu cakap berkaitan dgn ini, meh kita tengok sesama.
Reply

Use magic Report

pak_kadok This user has been deleted
Post time 15-8-2006 08:39 PM | Show all posts
assalamualaikum,

ustaz nahzaluz,

ustaz kata fathul majid kata
Originally posted by nahzaluz at 13-8-2006 03:07 PM

وقال أبو عمر الطلمنكي في كتاب الأصول  : أجمع المسلون من أهل السنة على أن الله استوى على عرشه بذاته


jadi kalau ikut tok imam abu umar al-talmanki tu dah jadi ijmak ASWJ bahawa Allah istawa atas `arasy tu bidhatih(  dengan zatNya ). betoi ka ni ijmak? ada ka semua tok2 imam salaf yang  kata macam tu ?

[ Last edited by  pak_kadok at 15-8-2006 08:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 10:17 AM | Show all posts
Sekadar ingin mengetahui pendapat yang lain... siapakah yang digelarkan sebagai WAHABI... siapa sahaja harap memberi pendapat yang jujur... dan berdasarkan keilmuan masing-masing...

1) Adakah golongan yang berusaha mencari dalil dan nas bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. bagi setiap permasalahan yang berkaitan dengan iman dan islam seperti masalah aqidah dan fiqh dan individu tersebut bersedia meninggalkan pendapat masyhur yang asalnya dipegang dan diamalkan oleh masyarakat sekeliling apabila didapati hujah dari segi nas al-Quran dan as-Sunnah tidak menepati amalan tersebut?

2) Segolongan umat islam yang asik mengkafir dan menyesatkan umat islam yang lain, yang mempunyai pendapat dan tafsiran yang berbeza dengan apa yang ditafsir dan dipegang oleh pendapat mereka?

Didalam kategori manakah golongan Wahabi ini?

Sekadar nak mengajak semua merenung kembali sifat diri masing-masing.

Wassalam
Reply

Use magic Report

abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 16-8-2006 11:06 AM | Show all posts
Adui....ada lagi soalan lapok nih...
nak tahu Wahhabi kategori mana?

WAHHABI ADALAH KATEGORI YAHUDI DAN KRISTIAN KERANA :

KRISTIAN KAFIR KATA : 'ALLAH DUDUK'...dalil kristian TIADA

YAHUDI KAFIR KATA : 'ALLAH DUDUK'... dalil Yahudi TIADA

KAWAN KARIB MEREKA WAHHABI PUN KATA : ' ALLAH DUDUK'. ..dalil Wahhabi pun TIADA

kesemua mereka tidak berpegang dgn alquran dan hadis.....soalan saya :

WAHAI WAHHABI....!
DIMANAKAH AYAT ALQURAN DAN HADIS NABAWI SOHIH KATA : 'ALLAH DUDUK'??!!


JAWAB! JGN TAK JAWAB.!

antiQue ~ Oooh... mcm ni cara orang Islam sebenar... Mudah-mudah samakan orang yg mengucap dua kalimah syahadah dengan orang Kristian dan Yahudi. Kafirkan lagi orang Islam ramai-ramai, cepat sikit anta masuk syurga.

[ Last edited by  antiQue at 16-8-2006 09:44 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 01:25 PM | Show all posts
Wah...wah....bukan main, penuh semangant....:kerek:
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 16-8-2006 11:06 AM
Adui....ada lagi soalan lapok nih...
nak tahu Wahhabi kategori mana?

WAHHABI ADALAH KATEGORI YAHUDI DAN KRISTIAN KERANA :

KRISTIAN KAFIR KATA : 'ALLAH DUDUK'...dalil kristian TIADA

YAHUDI ...


saya meletakkan saudara dalam kategori 2

2) Segolongan umat islam yang asik mengkafir dan menyesatkan umat islam yang lain, yang mempunyai pendapat dan tafsiran yang berbeza dengan apa yang ditafsir dan dipegang oleh pendapat mereka?

anda boleh menafikannya tetapi anda telah berulangkali menunjukkannya..golongan-golongan yang saudara tuduh Wahabi belum lagi sy nampak mengkafirkan saudara..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 16-8-2006 02:06 PM


saya meletakkan saudara dalam kategori 2

2) Segolongan umat islam yang asik mengkafir dan menyesatkan umat islam yang lain, yang mempunyai pendapat dan tafsiran yang berbeza dengan apa yang  ...



saya pun nak tanya soalan yg sama juga...

sebab dlm thread ni, golongan wahhabi dikatakan munafik dan mendakwa orang lain kafir.

tapi adakah sekadar dakwaan sahaja?  atau kalau dibuka thread yang mendakwa satu golongan islam mendakwa satu golongan munafiq, adakah thread itu equal dengan thread yang ini?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 07:09 PM | Show all posts
Saya membaca sebuah buku, penulisan buku ini menyerupai penulisan ulamak-ulamak Hijaz berkaitan masalah beriman pada Allah, dimana penulis membahagi tauhid kepada Allah kepada 3 bahagian;

1) Tauhid ar-Rububiyyah
2) Tauhid al-Asma' wal Sifat
3) Tauhid al-Uluhiyyah

Didalam masalah Tauhid al-Asma' wal Sifat penulis menyatakan "Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang diberitahu didalam al-Quran dan oleh Rasullullah..." dan lagi penulisan menyatakan dimuka surat berbeza seperti berikut "menurut al-salaf ridhuan Allahu alaihim: Kami beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut, dan kami serahkan maksudnya kepada Allah swt. Kita beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith yang menyebut perkataan mata, tangan, muka, bersemayam dan lain-lain lafaz-lafaz itu mengandungi makna yang tertentu dan Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui apakah tujuannya,...' dan seterusnya bagi di Surah Thaha:5 bermaksud "Tuhan yang Maha Pemurah bersemayam di atas Arasy" beliau memetik kata-kata seorang ulamak menyatakan "Bersemayam di atas Arasy-Nya tidak dengan hak dan kaifiyyah seperti bersemayamnya makhluk-makhluk".

adakah ucapan ini dinamakan ucapan seorang Wahabi atau bukan? sebab terdapat persamaan pembahagian tauhid mengikut susunan yang diberikan oleh ibnu Taimiyah.

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 16-8-2006 07:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Jj_pondok This user has been deleted
Post time 16-8-2006 10:57 PM | Show all posts

Nyampuk sikit

Assalamualaikum,

Forum ini hangat sekali,Usaha saudara Abu_safiq bagus sekalli,bagi mengembalikan agama suci kita yang semakin tercemar dek fahaman puak Wahabi ini,

Disini saya nak kongsi satu cerita buat pembuka kata penyertan saya yang pertama,

Adalah kawan saya banyak terpengaruh dengan ajaran wahabi ini,bila saya nasihat langsung tak mau dengar,satu masaalah dia tanya saya pasal doa,zikir dan bacaan al-quuran sampai ke tak sampai kepada simati,secara ringkasnya saya jawab sampai,dia tak puas hati lalu dia pun telefonlah dr Danial kat Penang,lalu dia tanya kat dr.tu pasal lain pula,dia tanya boleh ke tidak kita baca Talkin  kat kubur tu?   Tau apa jawab dr.tu......Dr.tu kata Tak Boleh,dia tanya lagi pasal apa tak boleh? Dr tu jawab Pasal Nabi tak buat,tapi awak jangan dok pi cerita atau tanya org.lain nanti jadi gaduh...Saya terfikir kalau yang kita bawa itu fahaman yang benar kenapa kita nak takut atau sembunyi dari orang,tapi kawan saya ini berpuas hati dng.jawapan dr.itu,saya bertambah hairan dengan alasan nabi tak buat jadi kita tak buat kawan saya itu boleh terima,yang Ulamak kita bawa dalil Al-Quran dan Hadis tak mau pakai...dalam hati saya "ajaib sungguh".bila dia cerita kat saya,saya hanya diam tak kata apa,yang paling sedih arwah bapanya dikebumiksn tanpa Talkin dan Doa...kesiann....Yang saya hairan tu mana dr.itu tau nabi tak buat..Yang nabi buat dia tak habaq pula,Nabi sembahyang malam sampai bengkak kaki depa tak mau ikut,depa dok ikut yang nabi tak buat,tapi pelik nabi tak pi minum kat kedai kopi depa pi........Fikirkanlah..

buat Abu_Syafiq bagus teruskan usaha itu.

Mereka (wahabi)memang suka putar belit,saya ada 2.3.lagi cerita pasal putar belit wahabi ini..nanti saya cerita lagi..
Wassalam.
Reply

Use magic Report

Jj_pondok This user has been deleted
Post time 16-8-2006 11:22 PM | Show all posts

Fikir dengan akal Iman dan Islam

Assalamualaikum,


Antique cuba fikir sejenak....bukanlah kenyataan saudara Abu_Syafiq tu menghukum orang tu kafir orang ini kufur,tetapi sekadar menjelaskan secara umum "jika seseorang itu beriktiqod demekian maka ia keluar dari akidah Islam" maka renunglah diri kita,jika ada iktiqod demekian maka taubatlah kembali kepada Iktiqod sebenar,perkara mudah saja,janganlah memayahkan.

Kata Mutiara,"Keikhlasan kita dalam mencari jalan Allah yang sebenar maka Allah tidak sama sekali menyesatkan kita" kalau kita berada dalam kesesatan maka renunglah hati kita ikhlaskah kita,atau kita hanya ikhlas yang bernilai RM 2.( bila kita nak bagi sedekah maka kita kata aku ikhlas ni, pasal kita bagi RM2 saja)

Ketahuilah Ikhlas bukan dari perkataan yang keluar dari mulut,tetapi hati kita dengan Allah dan hanya sanya Allah saja yang mengetahui setinggi mana darjat keikhlasan kita.

Walau sejuta kali kita sebut IKHLAS tetapi dalam hati tiada kerana Allah maka rugilah kita.mulut sebut ikhlas dalam hati kerana dunia la,duit la,orang la....

Fikir fikirkanlah...

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by Jj_pondok at 16-8-2006 10:57 PM
Adalah kawan saya banyak terpengaruh dengan ajaran wahabi ini,bila saya nasihat langsung tak mau dengar,satu masaalah dia tanya saya pasal doa,zikir dan bacaan al-quuran sampai ke tak sampai kepada simati,secara ringkasnya saya jawab sampai,dia tak puas hati lalu dia pun telefonlah dr Danial kat Penang,lalu dia tanya kat dr.tu pasal lain pula,dia tanya boleh ke tidak kita baca Talkin  kat kubur tu?   Tau apa jawab dr.tu......Dr.tu kata Tak Boleh,dia tanya lagi pasal apa tak boleh? Dr tu jawab Pasal Nabi tak buat,tapi awak jangan dok pi cerita atau tanya org.lain nanti jadi gaduh...Saya terfikir kalau yang kita bawa itu fahaman yang benar kenapa kita nak takut atau sembunyi dari orang,tapi kawan saya ini berpuas hati dng.jawapan dr.itu,saya bertambah hairan dengan alasan nabi tak buat jadi kita tak buat kawan saya itu boleh terima,yang Ulamak kita bawa dalil Al-Quran dan Hadis tak mau pakai...dalam hati saya "ajaib sungguh".bila dia cerita kat saya,saya hanya diam tak kata apa,yang paling sedih arwah bapanya dikebumiksn tanpa Talkin dan Doa...kesiann....Yang saya hairan tu mana dr.itu tau nabi tak buat..Yang nabi buat dia tak habaq pula,Nabi sembahyang malam sampai bengkak kaki depa tak mau ikut,depa dok ikut yang nabi tak buat,tapi pelik nabi tak pi minum kat kedai kopi depa pi........Fikirkanlah..


Wahabi ka yg kata gitu pasal bacaan Qur'an tu?

Cuba tengok thread ni :

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=93915&fpage=1
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 11:34 PM | Show all posts
Originally posted by Jj_pondok at 16-8-2006 11:22 PM
Assalamualaikum,


Antique cuba fikir sejenak....bukanlah kenyataan saudara Abu_Syafiq tu menghukum orang tu kafir orang ini kufur,tetapi sekadar menjelaskan secara umum "jika seseorang it ...


Saya sebenarnya sekarang ni tengah check IP ni

Takde pun dalam thread ni saya cakap pasal abu syafiq kata orang lain kafir, dik, thread lagi satu tu ada...

Cuma, saya minta tulisan dia ni, dia halusi lagi... bahaya cara tulisan dia begini. Main serkap rangkap sana sikit rangkap sini sikit... Contoh kecil, pasal yg dia kata Syiah anggap Ali tu Tuhan. Apa natijahnya kalau dia pergi sebar artikel dia ni kat orang? Orang yg tak tau tentang syiah, akan sangka Syiah anggap Ali tu Tuhan. Sedangkan, hakikatnya tidak.

Yg pasal muktazilah tu pun contoh lagi satu... halusi lagi, main letak sebaris sana sebaris sini... ni kata dok kat IPT Islam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.720583 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list