CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Afisha22

ARCHERY / MEMANAH

[Copy link]
Post time 16-8-2008 01:09 PM | Show all posts
Chu Sian terlepas pingat



BEIJING - Pemanah negara, Cheng Chu Sian mengejutkan pemegang rekod Olimpik, Lee Chang-hwan dari Korea Selatan untuk menempah tiket ke pusingan suku akhir semalam, tetapi kemudiannya dikecewakan oleh Bair Badenov dari Rusia 109-104.

Kejayaan pemanah berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu merupakan satu pencapaian membanggakan kerana ini merupakan kali kedua Malaysia menyertai acara itu pada peringkat Olimpik dan yang pertama buat Chu Sian.

Pada pusingan suku akhir, Chu Sian bersaing rapat dengan Badenov dalam tiga panahan pertama, tetapi gagal mengekalkan rentaknya sehingga ke penamat.

"Saya membuat kesilapan dan dua kali sekadar mengutip tujuh mata. Sukar nak dihuraikan kenapa keadaan ini berlaku," kata Chu Sian yang membuat kejutan pada sebelah pagi semalam apabila menundukkan Chang- hwan menerusi dua panahan tambahan selepas mereka terikat 105-105.



- Bernama / Kosmo -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2008 03:31 PM | Show all posts
berdebar2 le tgk acara memanah ni.. kekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 11:47 PM | Show all posts
Pengalaman punca memanah gagal







JAE-HYUNG (kiri) menenangkan Marbawi ketika beraksi di Beijing baru-baru ini.


HARAPAN yang disandarkan kepada trio memanah negara untuk meraih sebarang kilauan pingat pada Sukan Olimpik XXIX Beijing nyata meleset.

Cheng Chu Sian, Mohd. Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd. Khalmizan Wan Abdul Aziz yang melakar seja- rah untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik itu jelas belum bersedia untuk bersaing pada peringkat tertinggi seperti Olimpik.

Dalam acara berpasukan, trio negara yang juga pasukan No. 5 dunia gagal melangkah pusingan ke suku akhir apabila tewas kepada Itali dengan keputusan 213-218.

"Mereka masih kurang pengalaman untuk bersaing di temasya besar seperti Sukan Olimpik," kata jurulatih memanah negara Lee Jae-hyung semalam.

Jae-hyung yang tiba di ibu negara semalam berkata, suasana di Olimpik jelas memang berbeza dan menurut- nya, trio memanah negara menghadapi tekanan hebat apabila baru pertama kali beraksi di temasya itu.

"Mental bukan masalahnya, mereka sudah berjaya mengatasinya, mereka tidak ada sebarang perasaan takut kepada lawan," kata jurulatih dari Korea Selatan itu.

Pada saingan individu pula Chu Sian sekadar mara ke suku akhir, sementara Marbawi dan Mohd. Khalmizan terkandas pada pusingan pertama.

Chu Sian mengejutkan pemegang rekod Olimpik, Lee Chang-hwan dari Korea Selatan untuk menempah tiket ke suku akhir, tetapi kemudiannya dikecewakan oleh Bair Badenov dari Rusia 109-104.

"Kita tidak boleh menyamakan pengalaman di temasya sukan yang lain seperti Sukan Asia dan Komanwel kerana ia adalah berbeza sama sekali.

"Tiga pemanah negara ini masih muda, berumur antara 21 hingga 25 tahun jadi saya yakin mereka boleh dikekalkan untuk menghadapi Olimpik 2012 di London," kata Jae-hyung lagi.

Jae-hyung tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemanah- pemanahnya yang memecahkan rekod kebangsaan dengan 1,993 mata dalam acara berpasukan selain Chu Sian yang mara ke suku akhir, menjadi antara 16 pemanah terbaik dunia.

Bagaimanapun, bedah siasat perlu dilakukan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia berikutan kegagalan tiga pemanah itu menghadir- kan sebarang pingat kepada negara.



- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 07:50 AM | Show all posts
Panah sampai puas
Oleh NOOR HASLIZA NUSI


Apache Archery Sports menawarkan aktiviti memanah dalam bangunan dengan kemudahan enam gelanggang yang boleh digunakan serentak.



SEBAIK sahaja busur anak panah dilepaskan dan mengenai sasaran, beliau berjaya menjatuhkan pihak lawan yang cuba menindas golongan daif. Begitulah sinopsis ringkas mengenai kebolehan seorang 'hero' yang suatu ketika dahulu menjadi buruan para peminat tanah air.


Robin Hood, legenda Barat yang berjaya membela nasib orang miskin daripada penindasan orang kaya, membuatkan ramai orang memuji kebolehan yang luar biasa dan ketangkasannya memanah.

Kini, sukan memanah dilihat mula dikomersiolkan dan menjadi tarikan ramai kerana keunikannya terutama kepada mereka yang baru pertama kali meminati sukan ini.

Justeru itu, penyertaan dalam sukan tersebut semakin terbuka luas dengan kehadiran Apache Archery Sports yang sudah beroperasi sejak tujuh tahun lalu di Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur.

Bagaikan berada di dalam hutan. Itulah suasana yang dapat digambarkan apabila penulis berpeluang mengunjungi pusat sukan yang terletak di celah-celah kawasan rumah kedai itu.

Berkonsepkan hutan rimba dengan menerapkan elemen kehidupan alam semula jadi, kunjungan anda ke sini tidak menghampakan. Ini kerana, anda berpeluang mengasah bakat menjadi pemanah handalan sambil berkongsi teknik pembelajaran bersama jurulatih profesional.

Bukan itu sahaja, terdapat gelanggang memanah yang ditempatkan secara bersebelahan. Jadi, para pemain seolah-olah berada di kawasan pertempuran yang sebenar.


BAGI pengunjung yang pertama kali ke sini, mereka didedahkan dengan
cara pengendalian peralatan dan permainannya.


Pemiliknya, Lim Joon Hoo menyifatkan usahanya mempopularkan sukan itu dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya para pelajar berjaya kerana sehingga kini, ia mampu menarik hampir 3,000 keahlian sejak ia dibuka.

"Di sini, kami menawarkan aktiviti memanah di dalam bangunan dengan kemudahan enam gelanggang yang boleh digunakan serentak.

"Bagi menarik lebih ramai peminat sukan ini, setiap empat bulan atau sebulan sekali, kami akan mengadakan pertandingan sesama ahli di mana trofi dan hadiah menarik turut disediakan.

"Dengan kadar yuran yang minimum, mereka yang menjadi ahli akan diberi potongan harga istimewa. Terdapat tiga kategori ahli yang ditawarkan. Antaranya ialah keahlian selama setahun, tiga tahun dan seumur hidup," ujarnya sambil memberitahu ahli kelab yang telah berdaftar terdiri daripada pemain berusia sembilan sehingga 72 tahun, termasuk ibu mengandung.

Berkongsi keistimewaan Apache Archery Sport tersebut sehingga mampu menarik lebih ramai pengunjung setiap hari, jurulatih memanah, Iris Cheong Hsiu Yoh, berkata, sukan memanah mempunyai signifikan yang tersendiri dalam membentuk jati diri dan sahsiah para pemainnya.

"Ia merupakan salah satu senaman badan terutamanya untuk tangan dan bahu, selain dapat meningkatkan kekuatan mental.

"Semasa memanah, mata dan minda kita akan menjadi lebih fokus, postur badan akan menjadi stabil dan pernafasan lebih teratur," katanya yang sudah berpengalaman selama lapan tahun dalam sukan memanah.

"Di samping itu juga, sukan ini mampu merehatkan fikiran yang kusut, akibat daripada tekanan dan bebanan tugasan di tempat kerja," jelasnya sambil memberitahu faktor utama pembukaan pusat tersebut adalah ingin melahirkan lebih ramai peminat sukan memanah tanah air.

Tambahnya lagi, bagi pengunjung yang tidak pernah sekali menyertai sukan tersebut dan berminat untuk bermainnya, kunjungan mereka bukan sahaja diberi peluang untuk bermain, tetapi turut didedahkan dengan cara pengendalian peralatan dan permainannya.

"Di sini, kami memperkenalkan sesi pembelajaran secara percuma. Antara modul pengajaran yang didedahkan ialah teknik sasaran, kedudukan postur badan dan tangan, cara melepaskan anak panah, memegang bow dengan betul, serta teknik tembakan dengan lebih selamat," ujarnya.

Katanya, pusat tersebut lebih menitikberatkan keselamatan pemain.


SAMBIL bermain, pengunjung turut ditawarkan hadiah yang lumayan."

Seorang pengunjung yang sarat mengandung, Abby Wong, 23, berkata, selama diperkenalkan di kawasan tersebut, dia menjadikannya sebagai destinasi penghibur untuk masa lapangnya.

"Selain dapat meningkatkan daya tumpuan seseorang pemain, pusat ini merupakan salah satu destinasi terbaik bagi pertemuan dan pengenalan para peminat sukan memanah.

"Selain itu juga, menerusi sukan ini, segala masalah dan penat akan hilang sebaik sahaja busur anak panah dilepaskan dan mengenai sasaran. Di situlah timbulnya kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata," katanya yang mengunjungi Apache Archery Sports sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

Jika kepenatan, pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk 'membasah tekak yang kering' kerana pusat tersebut turut menawarkan pelbagai minuman tin dan botol.

Selain untuk ahli, Apache Archery Sports turut menerima tempahan syarikat yang ingin mengadakan pertandingan untuk kakitangan mereka. Untuk maklumat lanjut, hubungi Iris di talian (016-213 9197) atau John Chin (012-3088697).



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 07:21 AM | Show all posts
Marbawi tak panik


MARBAWI (tengah) akan beraksi pada sirkit pertama
Grand Prix Asia di Bangkok, Thailand Februari tahun depan.



TEMPOH enam bulan tanpa sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa, tidak menggusarkan pemanah negara, Mohd. Marbawi Sulaiman untuk terus berada dalam prestasi terbaik.

Marbawi bersama rakan sepasukannya, Cheng Chu Sian dan Wan Mohd. Khalmizan Wan Abdul Aziz hanya akan kembali ke gelanggang apabila berlangsungnya sirkit pertama Grand Prix Asia di Bangkok, Thailand pada 18 hingga 24 Februari tahun depan.

"Saya sebenarnya tidak risau dengan prestasi semasa kerana saya tetap menjalani latihan seperti biasa di Majlis Sukan Negara untuk memastikan sentiasa berada di tahap terbaik," katanya semalam.

Marbawi berkata, sehingga kini segala latihan yang diatur oleh jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung berjalan lancar bagi memulihkan prestasi setelah beraksi pada temasya Olimpik di Beijing Ogos lalu.

"Malah kini, saya mendapati panahan bertambah baik dan lebih konsisten," katanya.

Marbawi berkata, dia perlu bersedia sepenuhnya menjelang tahun depan kerana terdapat beberapa kejohanan besar seperti Kejohanan Dunia yang akan diadakan di Ulsan, Korea Selatan pada September.

Dalam pada itu, Marbawi turut menyambut baik pengumuman Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) awal bulan ini yang menyenaraikan memanah antara tiga jenis sukan yang akan diberikan tumpuan khusus pada Sukan Olimpik London 2012.

"Dengan pengumuman itu, kami akan cuba memberi keputusan terbaik selain keperluan untuk menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa yang secukupnya sebagai pendedahan," katanya.

Selain memanah, turut tersenarai ialah badminton dan lumba basikal yang diharapkan dapat menghasilkan pingat emas pertama negara pada temasya Olimpik setelah hanya mampu meraih dua perak dan dua gangsa sehingga kini.

Pada Olimpik Beijing, Marbawi bersama Chu Sian dan Khalmizan tewas di peringkat suku akhir kepada Itali dalam recurve berpasukan, namun mereka berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan 1,993 mata.

Khalmizan turut memperbaharui rekod recurve individu kebangsaan dengan 674 mata.

Dalam saingan recurve individu, Chu Sian paling menyinar apabila mara hingga peringkat suku akhir sebelum tumpas 104-109 kepada pemanah Rusia, Bair Badenov.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 08:29 AM | Show all posts

update -

NAAM perkenal sistem ranking
Oleh Mohd Ali Majid


Pemilihan pemanah negara dijangka lebih sengit mulai tahun depan

PERSATUAN Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memperkenalkan sistem ranking bagi menilai keupayaan setiap atlit mereka menerusi kejohanan Sirkit Kebangsaan Malaysia yang julung kali diadakan tahun depan.


Berpandu kepada jadual pertandingan 2009 dikeluarkan badan induk itu, empat sirkit kejohanan diperkenalkan bermula sirkit pertama di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah pada 8 sehingga 12 April, kedua (Universiti Putra Malaysia, Serdang, 22 hingga 28 Jun), ketiga, Melaka (12 sehingga 16 Ogos) dan akhir di Kuala Lumpur pada 7 sehingga 8 November depan.

NAAM memperkenalkan sistem ini bagi menilai keupayaan setiap pemanah sebelum mereka di pilih mewakili negara dalam sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa, khasnya Sukan Sea, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Mengikut format lama, pemanah dipilih berdasar kepada kejayaan dan keupayaan dalam kejohanan tempatan yang diadakan sepanjang tahun dan mereka yang terbaik diletakkan dalam beberapa kategori sebagai pemanah kumpulan pemanah elit, pelapis dan remaja.

Terkini, NAAM mempunyai hampir 30 pemanah termasuk tiga pemanah elit iaitu Cheng Chu Sian, Muhamad Marbawi Sulaiman dan Wan Mohd Khalmizan yang mencatat sejarah layak ke suku akhir acara berpasukan di Olimpik Beijing, Ogos lalu.

Pengurus Sukan Memanah Cawangan Pelapis di Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Nor Ezuan Mohd Ariffin, mengalu-alukan langkah diambil persatuan bagi berlaku adil kepada semua pemanah di samping meningkatkan keupayaan pemanah negara.

"Sebagai sukan yang mempunyai prospek menyumbang pingat di Olimpik langkah yang diambil tepat pada masanya dan mengharapkan pemanah mengambil peluang menyertai setiap kejohanan itu nanti," katanya yang juga pengurus skuad remaja ke Festival Olimpik Remaja Australia di Sydney, Januari ini.

Menurutnya pada akhir kejohanan nanti, persatuan dapat mengenalpasti sekurang-kurangnya 32 pemanah terbaik dari seluruh negara - sekali gus memudahkan pihaknya memilih pemanah terbaik mewakili negara pada kejohanan bakal menyusul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2009 06:45 AM | Show all posts
Negara kurang srikandi memanah

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

KUALA LUMPUR - Jika prestasi terkini skuad memanah lelaki negara menjadi ukuran, jurulatih kebangsaan, Lee Jae-Hyung sudah pasti tersenyum lebar dengan tahap peningkatan yang ditunjukkan mereka.


Sayangnya, prestasi baik para pemanah lelaki itu masih belum memuaskan hati Jae-Hyung berikutan tiadanya imbangan kecemerlangan di antara pemanah lelaki dan wanita negara ini.

Jae Hyung mengakui, betapa kekurangan tenaga srikandi yang menceburi sukan ini menyebabkan pasukan negara ketandusan pemanah berpotensi untuk digilap menjadi setanding dengan pasukan lelaki.

"Jika dahulu kita menyandarkan harapan kepada Mon Redee Sut Txi untuk untuk menyinar di peringkat antarabangsa, kini kita benar-benar ketandusan bakat baru untuk digilap.

"Setakat ini terdapat empat pemanah wanita yang menjalani latihan dengan skuad nasional di MSN tetapi salah seorang dari mereka, Nur Amirah Mohamed, 16, tidak dapat menjalani latihan penuh disebabkan masih bersekolah," katanya.

Selain Amirah, tiga lagi rakannya yang menjalani latihan bersama skuad memanah kebangsaan adalah Ambarasi Subramaniam, Noor Aziera Taip dan Irzahanie Abu Samah.

Jae-Hyung menambah, pihaknya sebelum ini pernah cuba untuk mengambil dua pelatih baru yang dilihat berpotensi di kalangan pelapis tetapi gagal disebabkan kedua-dua mereka terpaksa memberi komitmen kepada pelajaran kerana bakal mengharungi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Kami memerlukan sekurang-kurangnya lapan pemanah wanita untuk menjalani latihan bersama bagi membentuk pasukan yang mantap.

"Kini saya cuma ada empat tetapi saya tetap yakin skuad wanita negara ini akan mampu menyinar satu hari nanti," kata jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu.

Ditanya mengenai perkembangan srikandi di bawah jagaannya, Jae-Hyung berkata matlamatnya kini adalah untuk mempersiapkan anak didiknya itu bagi menghadapi Sukan Asia di China dan Sukan Komanwel di India tahun depan.

"Aksi mereka pada Sukan SEA Laos Disember ini turut diberi perhatian. Saya akan cuba sedaya upaya membantu mereka menampilkan aksi terbaik bagi memastikan pemergian mereka ke sana tidak sia-sia," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 09:01 AM | Show all posts
owh rasanya tangan karam sangat lemah nk tarik panah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2009 06:31 PM | Show all posts
22 Ogos, 2009

Enam Pemanah Wakili Negara Ke Kejohanan Dunia Di Korea Selatan



KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Enam pemanah kebangsaan akan menggalas cabaran negara pada Kejohanan Memanah Dunia yang berlangsung di Ulsan, Korea Selatan bermula dari 1 hingga 9 Sept ini.

Jurulatih memanah kebangsaan, Lee Jae-hyung berkata tiga pemanah lelaki adalah Cheng Chu Sian, Wan Mohd Khalmizan Wan Abdul Aziz dan Mohamad Zulkifli Tahir, manakala pemanah wanita adalah S. Anbarasi, Norazira Taib dan Nur Amirah Mohamed.

"Kesemua mereka akan akan mengambil bahagian dalam acara recurve individu dan berpasukan lelaki dan wanita serta terlebih dahulu perlu melepasi pusingan kelayakan," katanya kepada Bernama di sini Sabtu ini.

Jae-hyung berkata beliau tidak meletakkan sebarang sasaran yang tinggi kerana sedar akan saingan hebat pada kejohanan yang melibatkan penyertaan sekurang-kurangnya 70 negara.

"Saya cuma mahu mereka memberikan aksi terbaik dan kalau boleh lepasi pusingan kelayakkan terutamanya dua pemanah lelaki kebangsaan yang sudah bertaraf Olimpik iaitu Chu Sian dan Wan Mohd Khalmizam.

"Malah saya mengharapkan Zulkifli yang pertama kali beraksi pada Kejohanan Memanah Dunia dapat memberikan aksi terbaik dan sepenuh perhatian dalam acara berpasukan berbanding individu," katanya.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tetap mengharapkan Chu Sian dapat melakukan sesuatu terutamanya dalam acara individu di mana beliau layak sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi lepas, pada 2007 di Jerman.

"Dengan berbaki seminggu sebelum kejohanan, mereka kini sedang giat menjalani latihan namun oleh kerana sekarang merupakan bulan puasa (Ramadan), saya terpaksa mengurangkan latihan di sebelah pagi.

"Malah beberapa pemanah seperti Chu Sian, Wan Mohd Khalmizan, Ambarasi dan Norazira terpaksa membahagikan masa dengan pengajian di Universiti Putra Malaysia dan akan menghadapi beberapa peperiksaan pada minggu depan sebelum ke Ulsan pada Ahad depan," katanya.

Jae-hyung berkata beliau kini menggunakan sesi latihan pada sebelah petang dengan sebaik mungkin untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang ada terutamanya dari segi konsistensi panahan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 01:00 PM | Show all posts
Just nak inform, ada 2 archery range akan dibuka di Galaxy Ampang (3A floor, sama level dgn MBO) dan Harbour Place, Klang.

Ampang akan buka insyaAllah 14 April 2010 dan Klang pada 1 April 2010.

Yok kita memanah di sana!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2010 10:20 PM | Show all posts
thanx info ok.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:26 AM | Show all posts
Chu Sian bermula sederhana


NEW DELHI - Skuad memanah negara mencatat permulaan sederhana pada Sukan Komanwel di sini, dengan pemanah Olimpik, Cheng Chu Sian, menduduki tempat keempat dalam acara kelayakan recurve lelaki 70 meter, semalam.

Saingan acara wanita pula menyaksikan S. Anbarasi menduduki tempat kelima keseluruhan.

Kedudukan tersebut melayakan mereka beraksi pada pusingan kalah mati.

Acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Yamuna, di pinggir New Delhi menyaksikan Chu Sian mendahului saringan pertama dengan 341 mata keseluruhan.

Namun, pada saringan kedua dia sekadar mencatat 333 mata untuk keseluruhan 674 mata.

Pusingan kelayakan semalam dikuasai dua pemanah India, Rahul Banerjee (679) dan Jayanta Talukdar (676) yang masing-masing menduduki tempat pertama.

Tempat ketiga keseluruhan milik pemanah Kanada, Jason Lyon yang mengumpul 674 mata.

Mengulas prestasinya pada pusingan kelayakan semalam, Chu Sian berkata, dia tetap berpuas hati dengan kedudukan keempat, walaupun terpaksa melepaskan kedudukan pendahulu yang dicatatkan pada pusingan pertama.

Katanya, 674 mata yang dilakukan semalam adalah catatan normal.

'' Hari pertama aksi di sini agak memuaskan. Kedudukan keempat tidak terlalu menghampakan, ia juga tidak terlalu bagus. Saingan acara recurve akan dijalankan secara kalah mati selepas ini, di mana saya akan berentap dengan pemanah yang mencatat kedudukan keempat terakhir dan seterusnya.

'' Saya cuma berharap kemampuan akan meningkat selepas setiap peringkat dan layak ke final, " katanya.

Chu Sian berkata, ketika ini dia tidak terlalu memikirkan soal pingat kerana saingan masih awal.

'' Ya mungkin ada (pingat), mungkin tidak. Saya akan beraksi dengan baik pada setiap peringkat, " katanya.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:16 AM | Show all posts
Reply 1# Afisha22


    saya pun nak tanya soalan yang sama.Saya duk kat Ipoh.Tengok sukan ni macam seronok jer.tambahan pulak memang umat Islam digalakkan untuk memanah,berenang dan berkuda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:36 AM | Show all posts
ipoh.... err...tak tahu kat mana ada shooting range...
kalau lembah kelang... di keramat adalah...MSN punya..
di manjalara kepong pun ada..
di deretan kedai depan stadium shah alam pun ada...

disebelah rumah saya pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 03:16 PM | Show all posts
hehe saya wakil memanah uni dulu...3 tahun gak lah...pegi sampai national uni singapore ada tournament. sukan yg sgt bagus, ajar kita konsentrasi, target. bila arrow pegi kat bull's eye tu perrghh mmg best, boleh release tension, rasa mcm tension kita pergi sekali dgn arrow tu hehe. cuma alatan mahal jugak, especially bow besi. aku start dgn arrow kayu pastu arrow besi, weight arrow tu biasanya coach akan tambah dr masa ke semasa. tp masa mula2 masuk tiap2 malam menangis gak sbb tangan lebam kena libas tali bow and muscle aku pernah koyak sbb training nak pegi tournament punya pasal. tp mmg bestlah! dah tua2 ni aku pernah try indoor archery tapi x se best outdoor archery.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 03:25 PM | Show all posts
dulu pun sy start training kt taman keramat, turun naik bas bwk briefcase bow yg besar tu...salah satu experience yg tak dpt lupa masa naik train nak pegi singapore ada tournament, kena tahan kat kastam singapore, habis dia check sume peralatan memanah kita org, sampailah pihak national uni singapore dtg ambik kitaorg kat situ. tp one thing psl alat memanah ni kena 2 org jugak ler nak pasang kan, nak bg lentikkan and tegangkan tali tu, perghhh rindunyaa!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 03:29 PM | Show all posts
aluminium arrow tu kalau klu bengkok sikit mmg susah nak dpt bull's eye, klu tournament mmg pakai carbon arrow sbb lagi tepat dan susah bengkok. dulu arrow lah segala2 nya, kalau arrow bengkok rasa nak nangis jek hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 04:50 PM | Show all posts
Reply 1# Afisha22


    dah dapat ke tempat memanah? kt mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 05:30 PM | Show all posts
Reply 3# sherrina


    hi sherrina, u masih aktif dlm memanah? I'm a shooter and thinking of trying archery and maybe setting up an archery/shooting related group... I'm currently in Langkawi. if u r interested, pls e-mail me : mielgk@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:24 PM | Show all posts
Nak main memanah boleh start kat Kompleks Sukan Taman Keramat
dah buka untuk public
yg dah pandai memanah rm20 untuk 1 sesi.
sehari ada 2 sesi. pagi dan petang. 1 sesi 4 jam. pagi 8-12.petang 2-6.
bow n arrow sendiri. target butt sahaja disediakan.

yg x pandai memanah boleh belajar
1 sesi bersamaan 2 jam. class beginner 4 sesi.
harga class rm400. peralatan disediakan.

jumpa orang di kaunter kompleks utk pertanyaan lanjut.

barang memanah boleh beli dengan mzi sports.

http://mzisports.blogspot.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.077866 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list