CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Afisha22

ARCHERY / MEMANAH

[Copy link]
Post time 30-8-2016 05:30 PM | Show all posts
Rio 2016 : Malaysia gagal lepasi pusingan penyingkiran acara memanah


Ogos 07, 2016 07:47 MYT





Pemanah negara (dari kiri) Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Haziq Kamaruddin berjalan keluar selepas tewas kepada Pasukan Perancis dalam acara berpasukan lelaki pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 pada 6 Ogos.


RIO DE JANEIRO: Harapan Malaysia untuk menampilkan aksi lebih terpuji dalam acara memanah pada Sukan Olimpik Rio, berkecai apabila pasukan recurve lelaki gagal melepasi pusingan penyingkiran selepas tewas 2-6 kepada Perancis, di sini, Sabtu.

Trio negara yang dibarisi Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin, yang pertama kali beraksi di pentas Olimpik, sekadar mengumpul 214 mata, manakala gandingan Perancis meraih 220 mata untuk bertemu Itali di suku akhir.

Jurulatih negara Lee Jae Hyung berkata pemanah negara gagal menyerap tekanan ketika beraksi dalam saingan yang sangat sengit itu.

Hadir ke Rio dengan harapan tinggi untuk mara ke separuh akhir, trio negara menampilkan aksi longlai apabila menamatkan cabaran di kedudukan terakhir daripada 12 pasukan dalam aksi menentukan ranking, pada Jumaat.

Rekod Malaysia pada Olimpik lebih mengecewakan di Rio selepas berada di kedudukan keempat dan layak ke suku akhir di Olimpik 2008 di Beijing, menduduki ranking ke-10 di Olimpik 2012 di London dan ke-12 di Rio.

Ketua kontinjen, Tan Sri Muhammad Al Amin Abdul Majid, yang turut berada di venue menyaksikan pusingan kalah mati itu, jelas kecewa dengan prestasi pasukan pemanah negara, namun mengakui Perancis bernasib baik semalam.

Beliau berkata Muhammad Akmal yang membuat penampilan sulung dan kurang pengalaman ternyata tidak dapat memantapkan pasukan, sedangkan trio negara sepatutnya boleh mempamerkan aksi lebih baik.

"Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana pasukan itu sepatutnya mempunyai anggota yang sama kuat," katanya.

Trio negara itu akan bersaing dalam pusingan individu pada Isnin.
Untuk rekod, Khairul berada di ranking ke-22, Haziq (50) dan Akmal (55) daripada 64 pemanah di Rio.


- Astro Awani -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2016 05:34 PM | Show all posts
Rio 2016 : Kontrak saya belum tamat -- Lee Jae-Hyung



Dikemaskini 16/08/2016 at 13:45 - Diterbit pada 16/08/2016 at 13:33





Meskipun skuad memanah negara gagal menyerlah di Sukan Olimpik Rio, jurulatihnya, Lee Jae-Hyung, masih tetap akan memikul tanggungjawab membangunkan pasukan itu sehingga tamat kontraknya Disember tahun hadapan.


Lee pernah melalui situasi sebegini pada tahun lalu apabila Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) mula memikirkan untuk memecat Lee ekoran aksi hambar dalam beberapa kempen kelayakan ke Olimpik Rio, sebelum percubaan kali keempat berturut-turut membawa Malaysia ke temasya berprestij itu.

Lee jelas tidak mengendahkan khabar angin mengenai jawatannya sebagai jurulatih bakal ditamatkan.

Fokusnya kini hanya mahu terus berkhidmat dan membantu memartabatkan sukan memanah selagi kudratnya diperlukan Malaysia.

"Kontrak saya belum tamat," katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Kami (memanah) belum sampai ke tahap (pencapaian) badminton, terjun, tetapi kami hampir ke arah itu."

Sementara itu, pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, mempertahankan jurulatihnya dengan menganggap Lee masih relevan untuk pasukan memanah kebangsaan.

"Memanglah, kalau boleh saya nak pertahankan tetapi itu (bergantung) keputusan persatuan dan MSN (Majlis Sukan negara).

"Saya tidak boleh masuk campur, tetapi kalau ikut pendapat, saya mahu mereka nilai balik dan fikir balik, sebab sejak jurulatih Lee masuk, memanah Malaysia terus naik.

"Walaupun kami tidak menang Olimpik, tetapi sejak 2004 sampai sekarang kami tidak pernah terlepas layak ke temasya sukan itu. Jadi, itu pun dianggap kita sudah ada prestasi kita sendiri," kata Khairul.

Lee sudah berkhidmat dengan Malaysia sejak 2000 dan berjaya membantu Malaysia layak ke Olimpik buat pertama kali di Athens pada 2004 menerusi Moon Radee Tsu Tze.


- Stadium Astro -


Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2016 08:30 PM | Show all posts
Surat Pekeliling Untuk Kelab Gabungan PERTAMA


Garis Panduan Umum Pertandingan Memanah Tradisional











Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 03:54 PM | Show all posts
Sukan SEA 2017 : Jurulatih Korea yakin Malaysia dominasi acara memanah



Dikemaskini 03/01/2017 at 20:27 - Diterbit pada 03/01/2017 at 20:04


Ketua jurulatih memanah Korea Selatan, Mun Hyong Chul, membayangkan Malaysia mampu membolot lima pingat emas Sukan SEA Kuala Kumpur 2017, Ogos depan, selepas menamatkan program latihan selama tiga minggu di Bukit Jalil.


Hyong Chul selaku ketua jurulatih kebangsaan Korea membawa Kelab Memanah Yeachun berlatih di Malaysia.

Pengendali itu memiliki reputasi besar selepas membantu Korea membolot kesemua empat pingat emas dalam Sukan Olimpik Rio 2016.

Selepas menghabiskan tempoh tiga minggu, Hyong Chul berpendapat pemanah negara memiliki reputasi besar untuk kekal sebagai gergasi rantau Asia Tenggara.

"Kami datang ke sini di atas jemputan Malaysia.

"Saya lihat pemanah Malaysia masih lagi yang terbaik di Asia Tenggara apabila mendapat banyak bantuan daripada pihak kerajaan.

"Saya fikir mereka tiada masalah untuk mencabar rantau ini," katanya.

Turut menyertai kem latihan ini ialah pemenang emas recurve wanita Olimpik Beijing 2008, Yun Ok Hee.

Kedua-dua pasukan turut mengadakan dua aksi persahabatan yang dimenangi pemanah Korea.

Apa yang penting, ia dapat membantu persiapan Malaysia untuk menghadapi aksi pembukaan 2017, iaitu Grand Prix Asia di India, hujung bulan ini.

"Kemahiran asas mereka adalah lebih kurang sama dengan kita," ujar jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung.

"Jurulatih mereka tidak berapa menyentuh teknik asas kerana lebih menekankan prestasi atlet.

"Dari situ, kita dapat lihat teknik mereka tidak mempunyai masalah besar," kata pemanah recurve negara, Khairul Anuar Mohamad, pula.


Sources : http://www.stadiumastro.com/



Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 10:58 AM | Show all posts
KBS1 - THE BOW (NEW YEAR DOCUMENTARY) 29/1/2017



Amazing Korean documentary broadcast on KBS1 about archery both traditional and modern, featuring Chang Hye-Jin (South Korean archer) and Ku Bon-Chan

Chang Hye-jin is a female South Korean archer. She won Olympic gold in both the team and individual archery events at the 2016 Summer Olympics.






Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 11:07 AM | Show all posts
Patutlah Tim Memanah Korea Selatan Sentiasa Menang Pingat Emas Olimpik


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2017 04:11 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 03:14 PM | Show all posts
Beautiful Japan - 2020 (Archery / アーチェリー)



綾瀬はるかmeets奈良学園中学校アーチェリー部 Long ver.【パナソニック #ビューティフルジャパン 】 #BJ2020







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2017 03:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 11:34 AM | Show all posts
Mai youlls join saye di DAFABET! x yah DEPOSIT! Kasi lu FREE RM48 pulak tu~ Alahai jom la main skrg!




Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2017 08:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
teringin nak tgk life tp x tahan panaih
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
achery selalu early morning kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
harap msia sapu semua gold memanah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
go msia go
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysia boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysia bol3h!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi la... kalah malaysia men & women compound.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 12:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 01:47 PM | Show all posts









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.076327 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list