CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
Post time 9-10-2007 03:24 PM | Show all posts
rasanya jamal kena selalu di pengasih, walau after the period of 2 years baik jadi sukarelawan kat situ....anyway Selamat Hari raya to Jamal Abdillah....and kami semua doakan anda...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2007 10:36 AM | Show all posts
harap lepas ni kalo Jamal perform biarlah dia nyanyi lagu2 yg lama dia..........nostalgik sungguh........vokal mmg mantap...............
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 10:36 AM | Show all posts
harap lepas ni kalo Jamal perform biarlah dia nyanyi lagu2 yg lama dia..........nostalgik sungguh........vokal mmg mantap...............
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 10:37 AM | Show all posts
harap lepas ni kalo Jamal perform biarlah dia nyanyi lagu2 yg lama dia..........nostalgik sungguh........vokal mmg mantap...............
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 09:23 PM | Show all posts
jamal stil my fav male artist in m'sia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2007 11:38 PM | Show all posts
sedap betul suara jamal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2007 10:24 PM | Show all posts
aku masih rasa dier hisap lagihhhhh

x pernah minat dier
x pernah suka tengok dier
x pernah suka dengar suara dier
x pernah nak tengok dier
x pernah nak tengok dier berjoget
x pernah nak tengok dier menyanyi

aku memang menci tahap dewataraya dah kat dier nihhhhh:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2007 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by komgringples at 11-10-2007 10:36 AM
harap lepas ni kalo Jamal perform biarlah dia nyanyi lagu2 yg lama dia..........nostalgik sungguh........vokal mmg mantap...............



dia memang sentiasa akan nyanyi lagu lama dia

saya suka lagu 'bagaikan rambulan.... sayang....
menyinari malam.... "
best lagu tu...

dan juga lagu:

aku lupa janji!!   rentaknya memang buat kita nak nyanyi sama

saya suka part..
AAAAAAAAAAAAAA KU selalu memikirkan masa depan......

yang part 'aa'kku tu  saya suka tekankan sikit  macam fun aje!!

jamal  jamal    i missed you.

teringat masa borak2 dengan jamal - what a nice voice and so soft -
jamal  - saya akan sentiasa doakan awak selamat dan kesihatan awak
tip top sokmo --
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2007 07:38 PM | Show all posts
selamat hari raya  jamal abdillah!!
my one and only favourite singer! -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2007 07:02 PM | Show all posts

Reply #149 ahmad_dhani91's post

bulan baik hari baik  -- ha apa kata
maafkan aje dia ---
lagipun dia nak mencuba tu  --
kita beri dia peluang -
it is not gonna cost us  a penny--  

jamal -- suara  dia memang gifted!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2007 07:04 PM | Show all posts
Originally posted by detox at 19-7-2007 01:56 PM
lagu ni famous masa time lagu Perjalananku....klu tak salah satu album ngan album Mati Hidup Semula (album yang keluar lepas dia keluar Pusat Serenti the first time kat sarawak) or album sebelumn ...



lagu Perjalananku memang best gila!! --

good choice~! -
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 15-8-2006 06:56 PM
jamal dan saleem akan menceritakan suka duka ( mostly duka la) mengenai
pembabitan mereka dan terjebaknya mereka dengan najis dadah..

rancangan ini akan ke udara pada Hari Rabu 16hb Ogos di R ...


aku pun die hard fan jamal abdillah...
hidup jamal.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2007 07:06 PM | Show all posts
dex... apa kata buat fan club jamal kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2007 01:43 PM | Show all posts
jamal rock n roll
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2007 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by jj at 15-10-2007 07:06 PM
dex... apa kata buat fan club jamal kat sini



boleh ke??
nanti saya tanya pada mod ----

kalau boleh bestnya!!!!

saya  jj komgrin  memang saya tahu minat
dan ramai lagi tu  --  jamal jamal -- harap bersabar --
kita semua sayang kat jamal - -- so jamal kena sayang
diri sendiri  double!!


[ Last edited by  dexa at 18-10-2007 07:17 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2007 08:40 AM | Show all posts
Jamal menyanyi di Arab Saudi

Oleh: WANDA IDRIS

LELAKI yang seorang ini boleh dikategorikan sebagai sangat bertuah. Dia dipuja kerana kemantapan vokalnya yang tersendiri. Malah berapa kali pun kesilapan yang dilakukan, ia tidak pernah melunturkan minat orang ramai terhadapnya, jauh sekali untuk membenci dirinya.

Lelaki bernama Jamal Abdillah ini sentiasa mendapat sokongan padu peminat. Mungkin sahaja kerana ketulusan hatinya yang sentiasa mengakui kesilapan diri.

Jamal yang dikenali tidak pernah takut dan tidak pernah juga lari daripada mengakui kesilapan demi kesilapan yang telah dilakukan.

Biar jatuh dan hampir tersungkur, dia tetap bangkit dalam kepayahan dan cuba memperbaiki diri dalam usaha mengelak peristiwa hitam berulang.

Dan mungkin itulah antara keistimewaan Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, anak kelahiran Teluk Intan, Perak ini selain gemersik suaranya yang menjadi pujaan ramai.

Apa pun perbuatannya, dia terus disayangi oleh peminatnya namun penghibur ini mengakui, dia yang tidak menyayangi dirinya selama ini.

Kerana kata Jamal, biar sebanyak mana pun sokongan dan dorongan yang diterima daripada orang ramai khusus peminat setianya, dia sendiri masih belum pernah mampu memberikan sokongan kepada diri sendiri untuk memperbetulkan keadaan.

Justeru dia bertekad, kali ini dia mahu membalas semula sokongan orang ramai terhadapnya dengan menyayangi dirinya sendiri.

揝aya tidak pernah sedar diri selama ini. Saya juga tidak pernah sayang kepada diri saya. Dan buat pertama kalinya, saya mahu menyayangi diri saya demi sokongan orang ramai terhadap saya selama ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2007 03:37 PM | Show all posts
Jamal Abdillah gamit peminat dengan "Kembalilah"
19-11-2007
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

BAGI penyanyi Jamal Abdillah yang senantiasa diselimuti kontroversi, nyanyian adalah sesuatu yang cukup dia minati.

Menurut Jamal, dia menyanyi bukan sahaja disebabkan penonton malah komitmen yang diberikan.

"Juga untuk artis sendiri, pemuzik dan penganjur bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti bagi menunjukkan artis Malaysia setanding dengan artis luar," kata penyanyi Jamal Abdillah ketika sidang media "Malam 1001 Gemilang" di Telawi Street Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada malam 16 Disember nanti Jamal bersama penyanyi dan pelakon "Aduh Saliha" Asmawi Ani atau Mawi serta penyanyi dan komposer M.Nasir bakal menghiburkan penonton di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bersempena makan malam berkonsepkan "Arabic Nusantara" disamping membuat kebajikan.



Jamal bakal menunaikan Umrah buat kali
kedua pada hujung bulan ini



Saya merasa bangga dan merupakan satu penghargaan apabila dipanggil untuk menjayakan konsert bersama Mawi dan M.Nasir kerana dalam suasana sekarang yang dibanjiri oleh konsert artis luar, masih ada penganjur mengambil artis tempatan. Bagi saya mereka ini harus dipuji," ujar penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Awal dan Akhir" ini.

Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn Bhd akan memberi sumbangan kepada dua badan kebajikan di Malaysia iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dan Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKKM) hasil daripada penjualan meja yang telah dijual.

Pakej penjualan meja adalah satu meja untuk 10 orang berharga RM10,000 (pakej meja emas), RM5,000 (pakej meja perak) dan RM3,000 (pakej meja gangsa) manakala satu kerusi untuk pakej individu berharga RM300.

"Saya tak kisah berkongsi pentas dengan dua orang penyanyi popular tersebut asalkan konsert ini dapat kumpul peminat yang membesar dengan lagu-lagu saya dan M.Nasir.

"Saya menjangkakan penonton yang hadir pada malam itu terdiri daripada pemimpin, VIP termasuk mempunyai gelaran Datuk atau Tan Sri dan bukanlah daripada golongan mat rempit kerana saya rasa mereka tak mampu untuk membayar harga tiket ini. Tetamu yang hadir akan dapat apa yang mereka ingini dan terus membesar dengan muzik ini," jelas Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali.

Menurut Jamal, beliau menjanjikan kelainan bagi konsert ini berbanding konsert yang diadakan sebelum ini.

"Biasanya saya akan memilih lagu mengikut kehendak sendiri. Tapi kali ini saya akan mengikut kehendak peminat seperti mendendangkan lagu "Kembalilah" yang jarang saya nyanyikan dipentas.

"Lagu-lagu yang saya nyanyikan nanti akan disusun dalam irama Arab dan Hindustan," ulas penyanyi berusia 47 tahun ini.

Sebelum Jamal, Mawi dan M.Nasir dipertemukan di atas satu pentas, Jamal dijadualkan bertolak ke negara Timur Tengah.


Jamal akan tampil dengan album terbaru
pada bulan Februaritahun depan



"Saya akan ke Mesir untuk hiburkan penonton yang terdiri daripada pelajar di Cairo di sana dengan anjuran Kementerian Penerangan pada 19 hingga 29 November ini. Selain itu kami akan membuat lawatan ke Arab Saudi.

"Antara yang akan mengikuti rombongan kami adalah pakar motivasi dan juga Yang di-Pertua Pengasih Mohd Yunus Pathi.

"Sudah diberi kesempatan ke sana, saya akan membuat umrah buat kali kedua. Apabila pulang dari umrah nanti saya berniat untuk mendapat jodoh yang betul dan lebih banyak  melakukan kebaikan.

"Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Penerangan kerana memberi peluang ini dan rasa terharu dengan sokongan serta keyakinan yang diberi kepada saya.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya memberi sokongan kepada diri-sendiri. Pertama kali saya rasa saya perlu menyayangi diri sendiri sebelum saya menyayangi orang lain.

"Banyak peristiwa lepas seperti kejadian dalam diri dan rumah tangga yang datang memberi kesedaran. Selepas ini saya tak perlu untuk berseronok dan berfoya-foya lagi. Kehidupan sekarang lebih bermakna dan saya sedar dengan diri saya. Saya rasa lebih bersemangat dan tidak berputus asa.

"Selebihnya terpulang kepada mereka untuk menjadikan ikhtibar. Kejadian lalu banyak memberi teladan dan saya boleh menerima hakikat ini," ulas Jamal.

Bermula bulan Februari tahun hadapan, Jamal bakal muncul dengan album terbarunya yang menampilkan dua buah lagu ciptaan Komposer terkenal Adnan Abu Hassan.

"Saya juga akan mencipta lima hingga enam buah lagu nanti. Saya tetap untuk mengekalkan irama pop walaupun saya ada membawakan lagu berentak balada dan etnik," akhiri penyanyi yang diberi jolokan Raja Pop Malaysia.

"Malam 1001 Gemilang" yang menampilkan M.Nasir, Mawi dan Jamal Abdillah bakal diadakan pada 16 Disember ini jam 8 hingga 10.30 malam di KLCC.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi Sutra D'Image melalui talian tiket 03-77274515.


---------------------------------------------------------------------

jom kita pergi tengok jamal!!  mesti best -
rasanya rm300 tu berbaloi sebab makan sutra d'image
punya catering memang best --
dulu pun masa saya pergi concert jamal -
ada mawi dan m nasir juga  --
depa nyanyi lagu  ghazal untuk rabiah  GILER!!

dino, jj!!  jom pergi! -

album baru jamal  kita semua pakat beli  -
btw  saya suka lagi kembalilah tu --
dia memang jarang nyanyi lagu ni kat pentas --

*kembalilah....wahai sayang...
padaku yang kesepian ...
bawakan lah   kupenawar rindu...

tiada kata tiada pesan
dikau pergi meninggalkan...
kukembara  mencarimu..
kasih....

derita kesedihan....
telah kulupakan...
hulurkan tanganmu wahai kasih...---

akan kudirikan...
mahligai impian...
dikau lah dewiku......pujaanku...


satu lagi lagu dia yang saya sukaaaaaa sangat ---
apa ke tajuknya - rasanya --  namamu terukir dibibirku...

*sejak mula kukenalmu....
kemesraan.... terciptalah amat... indah..
kedua tangan menatang mesra..
gurauanmu terdengar....

duhai kasihku yang kusayang.....
bayanganmu sering menjelma lagi....
menghilang tanpa sepatah kata...
hatiku terkeciwa...

tanpamu ku sepi...
kau sinar hidupku..
bersemadi dijiwaku....
penawar................ dihatiku yang luka....

namamu abadi..
terukir.. dibibirku....

aku sabar menunggumu...
tiada jua  kau menghampiri diriku...
sehingga bunga gugur ke bumi.....
terkulai layu sepi...


WOW......best betul lirik dia
kena  cow cow dengan apa yang saya rasa ni  - -

teringat masa nyanyi karaoke dengan jamal lagu ni
kat plaza ampang --  dia nyanyi kat karaoke LAGI best --
suara dia......memang best!!
     jamal jamal...
hopefully  you gonna get healthy
and i will always pray for your success and good health --

-- fan numero uno --
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2007 06:14 AM | Show all posts
Doa Jamal depan Kaabah
Oleh: MARZUKI YUSOFF

憫SAYA berdoa depan Kaabah agar dapat melupakan sepenuhnya tabiat penagihan dadah yang hampir menghancurkan hidup dan karier saya sebagai penyanyi.擺/b]

Penyanyi popular, Jamal Abdillah meluahkan kata-kata itu ketika ditanya mengenai doanya ketika melakukan umrah bersama Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin di Mekah, baru-baru ini sebelum ke Mesir untuk menyampaikan mesej antidadah kepada para pelajar Malaysia di sana.

Jamal menaruh harapan agar Allah s.w.t. akan memberi kekuatan kepada dirinya kali ini untuk melupakan terus tabiat buruk tersebut yang turut menghancurkan tiga perkahwinannya yang terdahulu.

憫Selama 28 tahun, saya terjebak dengan penagihan dadah dan saya berharap doa saya dimakbulkan Tuhan bukan saja untuk kebaikan diri tetapi kepada dua anak kandung saya, selain menjadi ikutan kepada seluruh penagih dadah di Malaysia,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2007 02:16 PM | Show all posts
Jamal: Tuhan masih sayangkan saya!
11-12-2007

PENYANYI popular Jamal Abdilah berharap pengalaman pahitnya terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah dijadikan teladan oleh rakyat Malaysia, terutama para remaja.


Jamal yang berazam untuk bebas daripada penagihan dadah dan membantu semua pihak dalam usaha memerangi dadah di negara ini berkata: "Cara yang paling mudah untuk memeranginya ialah untuk tidak terlibat langsung dalam penggunaannya."

Jamal, atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 47, berkata demikian dalam satu program yang diadakan secara "ala Talk Show" dalam satu majlis mesra bersama kira-kira 500 pelajar Malaysia di Rumah Malaysia di Kaherah, Mesir baru-baru ini.



Jamal di hadapan Masjib Nabawi di Madinah
ketika menunaikan umrah baru-baru ini



Program itu yang diadakan sempena lawatan Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin ke Mesir baru-baru ini, dikendalikan oleh pengacara TV RTM Sabaruddin Ahmad Sabri dan Presiden Pengasih Mohd Yunus Pathi.

Jamal yang mengakui telah terlibat selama 27 tahun dengan penagihan dadah berkata amat sukar serta memerlukan keazaman yang betul-betul tinggi untuk melepaskan diri daripada cengkaman dadah.

"Apabila kita telah kenal dadah, kita seolah-olah menjadi seperti seorang yang bercinta dengannya. Malah walaupun kita tidak lagi mahukannya, tetapi bila tidak bertemu, kita akan menjadi rindu dan tidak boleh hidup tanpanya," katanya yang kini menjadi penghuni Rumah Pengasih di sini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata peminat dan keluarga yang begitu mengambil berat terhadap dirinya telah memberikannya kekuatan untuk bebas daripada belenggu dadah.

"Saya tidak hendak biarkan sahaja harapan dan doa-doa mereka ini. Malah telah berdoa di hadapan Kaabah agar Allah S.W.T memberikan saya kekuatan, dan hidayahnya bagi memastikan kali ini saya benar-benar pulih," katanya dengan penuh beremosi.

Jamal berkata beliau amat menghargai segala usaha yang dibuat oleh semua pihak, termasuk Pengasih, Kementerian Penerangan terutamanya menterinya, yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan dan tidak menunjukkan rasa putus asa dalam membantunya keluar daripada belenggu dadah.

Pada majlis itu, Jamal turut mendendangkan lima buah lagu di atas permintaan para pelajar Malaysia yang hadir.

Sebelum ke Mesir, Jamal telah dibawa Menteri Penerangan menunaikan Umrah selama ima hari. Turut serta dalam rombongan ialah Mohd Yunus.

Semasa di Mekah dan Madinah, Jamal turut mengadakan perjumpaan dengan rakyat Malaysia yang sedang berada di sana untuk mengerjakan ibadah haji, dan mereka turut mendoakan penyanyi kesayangan ramai itu dapat pulih daripada penagihan dadah.

Sementara itu, Mohd Yunus dalam program itu berkata, para pelajar Malaysia terutama yang menuntut dalam bidang agama perlu membantu penagih mengatasi masalah mereka dengan menghasilkan satu modul yang dapat membantu mereka.

Beliau berkata sehingga kini belum ada satu modul yang berasaskan Islam yang sesuai untuk digunakan oleh semua masyarakat tanpa mengira agama dan kaum, dalam memulihkan diri mereka daripada penyalahgunaan dadah.



"Saya sedar tuhan masih sayangkan saya,
dan kerana ini saya mesti sayangkan diri
saya sendiri," - Jamal


Usaha mereka ke arah membantu mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah perlu dilihat sebagai satu jihad, katanya.

Mohd Yunus berkata mereka yang keluar dari pusat pemulihan dadah masih memerlukan bimbingan dari semasa ke semasa, baik daripada segi jasmani dan juga rohani.

"Mereka memerlukan rakan-rakan yang mampu membimbing dan memberikan nasihat yang baik, dan bukan dengan memarahi atau menakutnakutkan mereka dengan agama dan juga undangundang," katanya.

Sementara itu, pada pesta di Tanjung Dawai, Merbok, Kedah malam tadi, Jamal menasihatkan peminatnya supaya sayangkan diri dengan menjauhi dadah dan sayangkan tuhan.

"Sekali anda ambil dadah, pasti anda akan menghadapi masalah," katanya sebelum memulakan persembahan di hadapan kira-kira 25,000 pengunjung.

"Saya sedar tuhan masih sayangkan saya, dan kerana ini saya mesti sayangkan diri saya sendiri. Kalau kita cintakan wanita, satu hari nanti mungkin mereka akan tinggalkan kita. Kalau kita sayangkan rakan, mereka juga mungkin akan tinggalkan kita tetapi kalau kita mencintai tuhan, tuhan tidak akan tinggalkan kita," katanya yang disambut tepukan gemuruh peminatnya.

Tanjung Dawai adalah antara kawasan nelayan yang terdapat bilangan penagih dadah paling tinggi di Kedah. Zainuddin turut hadir pada pesta itu malam tadi yang dihadiri lebih 60,000 pengunjung.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

yang pasti tuhan memang sayangkan jamal
and all jamal's fans love him too --
jamal - i always pray for your peace and success -
alhamdulliah dah balik umrah ye!!

*nak tengok jamal 16th disember ni!! -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2007 07:18 AM | Show all posts
Jamal Abdillah tetap mahukan Ahmad Nawab
Oleh ABD. AZIZ ITAR


SEJAK pulang dari menunaikan umrah,
Jamal Abdillah semakin ceria dengan
kehidupan sehariannya




MESKIPUN industri muzik tempatan mempunyai ramai komposer baru yang berkaliber tetapi Jamal Abdillah tidak pernah melupakan lagu-lagu ciptaan komposer veteran, Datuk Ahmad Nawab.


Malah, penyanyi berasal dari Teluk Intan, Perak ini masih memerlukan karya-karya Ahmad Nawab yang merupakan antara komposer yang banyak mencipta lagu dalam album-album yang dihasilkannya sejak 29 tahun lalu.

Justeru, selepas beberapa tahun tidak muncul dengan album baru, Jamal kini sedang berusaha untuk mendapatkan lagu-lagu terbaru komposer itu untuk dimuatkan menerusi album terbarunya.

揝aya sudahpun bercakap dengan Abang Mad (Ahmad Nawab) berhubung perkara itu tetapi sehingga kini masih belum ada jawapan.

揝aya harap melalui media massa Abang Mad akan mempertimbangkan permintaan saya ini,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.103418 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list