CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: musangbuluayam

TAEKWON-DO

[Copy link]
Post time 2-7-2009 01:07 PM | Show all posts
01 Julai, 2009

Dilema Atlet Taekwondo Negara Di Kancah Kemelut Dalaman MTA

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bekas naib presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA), Nur Ekmal Buhary mendakwa jawatan kuasa ad hoc MTA gagal memikul tugas mengendalikan badan induk sukan tersebut sebelum pembentukan MTA baru.

Ekmal berkata, beliau kesal dengan sikap kurang prihatin jawatankuasa tersebut dalam memantau aspek keperluan dan pembangunan atlet serta jurulatih negara.

"Saya risau satu hari nanti kita akan kehilangan atlet dan jurulatih tempatan yang kini bertaraf Olimpik jika pihak yang diberi tanggungjawab tidak menjalankan tugas mereka," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

"Setelah MTA dibubarkan, atlet taekwondo kehilangan tempat untuk berteduh dan lesu setelah sekian lama tidak mengikuti kejohanan serta latihan yang sewajarnya seperti yang diperlukan atlet bertaraf Olimpik," katanya.

Beliau mendakwa bahawa jawatankuasa tersebut tidak mempedulikan soal pembangunan atlet sehingga skuad taekwondo negara kini mengalami masalah ketiadaan atlet pelapis.

Ekmal berkata, sebelum ini, MTA setiap tahun melakukan pencarian bakat baru untuk diserapkan ke dalam skuad pelapis negara.

Beliau menyeru agar jawatankuasa itu yang diketuai Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar segera mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

MTA dibatalkan pendaftarannya pada 6 Mei, 2005 oleh Pesuruhjaya Sukan Tan Sri Elyas Omar atas alasan menghindari pembangunan sukan tersebut mengikut Seksyen 20(1)(e) Akta Pembangunan Sukan 1997.

Badan induk sukan taekwondo itu kemudian merujuk perkara tersebut ke mahkamah tetapi Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menarik balik pembatalan terhadapnya pada 5 Julai, 2007.

Bagaimanapun, beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan menteri itu telah mengadu kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan Datuk Nik Mahmud Nik Yusof, yang menggantikan Elyas, mengeluarkan perintah membatalkan semula pendaftarannya.

Jawatankuasa ad hoc itu dibentuk April lepas, terdiri daripada wakil-wakil dari dua puak, MTA dan ahli gabungannya, Persekutuan Taekwondo Malaysia (MTF), Persatuan Kelab Taekwondo Malaysia (MTCA), Persatuan Grand Masters, Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2009 07:59 AM | Show all posts
22 Julai, 2009
Sambutan Luar Jangkaan Pada Kejohanan Taekwondo ICTO

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kejohanan Taekwondo Terbuka Kelab Antarabangsa (ICTO) kali kelapan di Stadium Badminton Cheras di sini Sabtu ini telah mendapat sambutan di luar dugaan.

Berikutan penularan wabak influenza A(H1N1) dan kelembapan ekonomi global, pihak penganjur terkejut apabila penyertaan telah melebihi jangkaan dengan 1,318 peserta dari lebih 16 negara telah mengesahkan penyertaan.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Woon Tai Loke pada Rabu berkata pada awal mereka hanya menjangka 700 peserta tetapi jumlah itu bertambah hampir sekali ganda termasuk lebih 300 peserta asing.

Katanya sebanyak empat kategori akan dipertandingkan pada kejohanan dua hari itu iaitu bawah 12 tahun, bawah 14, bawah 14 tahun dunia dan terbuka, yang diiktiraf oleh Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF).

Katanya kejohanan dunia itu juga akan menjadi medan untuk atlet kebangsaan membuat perhitungan dan penilaian prestasi sebelum menghadapi Olimpik Remaja Pertama di Singapura pada 14 hingga 26 Ogos, Kejohanan Dunia WTF di Denmark (14-18 Okt) dan Sukan SEA Laos dari 9 hingga 18 Dis ini.

Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan dunia buat kali keempat selepas 1995, 1997 dan 2005. Ia dianjurkan Pusat Kecergasan dan Taekwondo Bangsar (BTFC).

Sebelum ini, Vietnam, Thailand, Taiwan dan Australia pernah menjadi tuan rumah kejohanan tahunan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 07:13 AM | Show all posts
Isu taekwondo tiada hujung]
Oleh Meor Hisham Zulkifli

SUDAH banyak amaran terakhir dikeluarkan, pelbagai tarikh akhir diberikan, mahkamah pula sudah seumpama pejabat sendiri, namun buat masa ini, usaha mengembalikan perpaduan kepemimpinan taekwondo negara ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Kali terakhir puak yang bertelagah dalam taekwondo diberikan tarikh akhir adalah pada awal tahun ini dengan amaran - selesaikan isu sebelum Jun 2009 atau tiada sukan itu di Sukma.

Namun tampil jawatankuasa `penyelamat’ yang diberi mandat Pesuruhjaya Sukan dipimpin Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Almarhum Tuanku Ja’afar, memberikan pula tarikh Julai atau Ogos.


“Apa yang berlaku... sia-sia. Malah MOM akhirnya kembali berlembut dengan membenarkan taekwondo menghantar atlit ke Sukan Sea Disember ini, menggunakan bendera MOM. Alasannya, demi atlit dan demi kebajikan.

“Alasan ini juga yang menjadi punca mengapa isu ini sudah berlarutan sejak 2005. Mungkin kita terlalu berlembut sedangkan hakikat sebenar dalam badan induk seni mempertahankan diri ini angkara pihak yang ingin membolot lebih banyak wang.”

Kata-kata itu bukan datang dari satu sumber, tetapi hakikat yang diakui semua termasuk menteri, pegawai sukan atau orang yang bertelagah dalam taekwondo sendiri, namun tiada siapa yang mahu menjadikan isu duit itu sebagai suatu isu rasmi yang perlu ditangani.

Soal duit - sama ada untung yuran puluhan ribu pelajar atau dari `pintu’ lain - jelas menjadi punca - baik berkaitan hak mengundi dalam `Persatuan Taekwondo Malaysia Baru’, kedudukan dalam persatuan, taraf baru `grand master’ atau sebagainya.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, berkata andai semua pihak bersifat terbuka dan benar-benar mementingkan sukan dan atlit, isu taekwondo sudah lama berakhir.

“Yang terus menjadi mangsa adalah atlit yang tidak mendapat tumpuan untuk berlatih atau menyertai pertandingan sedangkan taekwondo sebelum ini banyak menyumbang pingat untuk negara, malah turut dianggap antara pasukan terkuat di dunia,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 01:48 PM | Show all posts
ITF punya sparring :



WTF punya sparring :

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 01:48 PM | Show all posts
watak "hwoarang" dalam game Tekken adalah taekwondo ITF

"hwoarang" itu sendiri sebenarnya nama salah satu pattern dalam taekwondo..iaitu pattern ke 8 sebelum mendapatkan belt hitam



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 07:49 PM | Show all posts
09 April, 2010

Akademi Taekwondo Islam Tawar Alternatif Kepada Remaja

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Menyedari ramai remaja kini ghairah mempelajari seni bela diri, seorang guru agama yang juga pemegang tali pinggang hitam lima Dan, Mansur Manni menubuhkan Akademi Taekwando Islam (ITA) dengan menggandingkan latihan yang menguatkan jasmani dan rohani pengamalnya.

Mansur berkata selain latihan fizikal biasa dalam gerakan taekwondo, ITA yang berpusat di Kedah itu, juga menerapkan unsur-unsur rohaniah semasa sesi pembelajaran agar pelatihnya mampu membentuk keperibadian Islam.

"Kita bukan hanya ingin melahirkan seorang remaja kuat dan tangkas dari segi fizikal tetapi apa yang lebih penting adalah kekuatan dalaman dan rohaninya," katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Mansur berkata pelajar di ITA bukan hanya mempelajari gerakan dalam taekwando tetapi turut didedahkan dengan tatacara beribadat dalam Islam.

"Sebagai membentuk rohani pelajar kami turut menunaikan solat secara jemaah dan solat malam (qiyamullai) ketika mengadakan aktiviti luar," katanya.

Beliau berkata sambutan yang diterima daripada pelajar adalah positif malah terdapat pelajar bukan Islam turut menyertai kelas ITA.

"Kini ITA mempunyai pelajar seramai 1,000 di seluruh Kedah dan jumlah tersebut dijangka bertambah pada tahun hadapan," katanya.

Mansur mendakwa ramai atlet kebangsaan yang mewakili negeri Kedah pernah belajar di ITA.

"Usaha saya selama 20 tahun sebelum ini telah mebuahkan hasil apabila ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke ITA berbanding dengan akademi taekwando konvensional," katanya.

Beliau berkata selain daripada keunikan ITA yang menggabungkan kekuatan fizikal dan kerohanian, pusat tersebut juga mempelbagaikan teknik bela diri dengan menggandingkan pergerakan dari samurai, muay thai dan silat dalam gerakan taekwondo.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2010 12:31 PM | Show all posts
ok.........................
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2010 06:13 PM | Show all posts
ITF punya sparring :



WTF punya sparring :
shodaime Post at 10-11-2009 13:48



   

yup ITF mmg x de cover langsung...if i'm not mistaken...ITF x diikitiraf eh?
hmm...

last aku sparring bengkak bibir ...adeh..dah lame benti taekwondo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2010 01:30 PM | Show all posts
Wanita tanpa tangan mahir taekwondo


RADZIEWICZ membuat tendangan dengan menggunakan kakinya.



BOSTON - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Sheila Radziewicz yangdilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan tempurung lutut kini melakukanpersediaan untuk mengambil ujian tali pinggang hitam taekwondo.

Dia dijangka mengambil ujian itu pada bulan depan di Studio KesenianMempertahankan Diri Bruce McCorry di Peabody, Massachusetts.

Radziewicz yang berasal dari Salem dan berusia 32 tahun memberitahu akhbar The Salem News dia sudah menjalani latihan selama tiga tahun.

Wanita itu kini merupakan pemegang tali pinggang coklat.

Dia menghidap sindrom thrombocytopenia-absent radius yang menyebabkan kedua-dua tangannya tidak mempunyai tulang sejak dilahirkan.

Menurut jurulatih wanita itu, Bruce McCorry, dia belum pernah melihat pelajar kurang upaya seperti Radziewicz.
Wanita itu mampu memecahkan papan keras dengan menggunakan kakinya.

Radziewicz yang merupakan aktivis bagi membantu mangsa keganasan rumahtangga berkata, dia tidak pernah menjadikan kekurangan pada dirinyasebagai penghalang untuk melakukan sesuatu.

Pada usia 23 tahun, Radziewicz telah memperoleh lesen memandu kenderaannamun dia menggunakan sebuah kereta yang dikawal dengan kakinya. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 03:32 PM | Show all posts
punyela lama register forum cari tp tak tergerak ati nak masuk thread martial arts ni...tiba2 smlm terklik...
saya pun ada pengalaman dlm taekwondo ni...tp just black belt 1st Dan je...masa sekolah dulu aktif sgt...sempat masuk MSSM, National Championship, Malaysia Close, Malaysia Open...dulu2 tournament seme buat kat Stadium Cheras tu...sethn 2-3x pegi sana sbb tournament...pencapaian terbaik just gangsa MSSM je...dpt pingat gangsa yg berat gila dgn milo setin...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2010 07:50 PM | Show all posts
aku dolu WTF...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 11:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by average.joe at 15-6-2010 14:15
TKD ni rasenyer lebih sedap guna untuk tournament drpd real fight..kalau real fight asyik guna kaki  ...
jeyjay Post at 12-5-2009 14:01


hi all...
TKD yg sebenarnya ada begitu banyak teknik & ilmu, bukan sekadar serangan kaki sahaja... contohnya yg aku jumpa di youtube:

aspek beladiri dan menguatkan pelbagai anggota tubuh:
http://www.youtube.com/watch?v=GQaLKGz9w6w

teknik siku:http://www.youtube.com/watch?v=AYv_6x9u4_0

teknik lutut dan keting:
http://www.youtube.com/watch?v=X6D7DKe4gB4

ni pulak satu full series Taekwondo Step by Step terbitan Arirang TV...
http://www.youtube.com/user/arirangtaekwon


yup ITF mmg x de cover langsung...
mizsela Post at 18-4-2010 18:13



ya, kalau tak silap, sparring ITF memang takde body & head protector sebab ITF punya format bukan full-contact.  WTF guna protector sebab format WTF adalah full-contact yg amat mementingkan pukulan/tendangan padu ke sasaran utk diberi markah, setakat cecah saja takde markah.  


kriteria yg selalu disebut dlm full-contact WTF ni ialah "trembling shock to the opponent" markah hanya akan diberi utk pukulan/tendangan padu yg bukan setakat kena pada sasaran tapi mesti meyebabkan sasaran/tubuh lawan berkocak (tremble).  


pakai head protector pun tetap akan jatuh knock out (KO terus bukan TKO/technical KO jer) kalau kepala kena libas macam bola takraw.  tak kurang jugak yg senak/muntah darah, patah tulang rusuk, cedera organ dalaman hasil dari kena tendang/sepak di rusuk/dada/perut walaupun body protector WTF tu 3x ganda lagi keras berbanding body protector SO (protector SO ni siap boleh lipat lg).


boleh imagine la kan, dgn protector yg keras tu pun tetap berlaku KO, camne kalau tak pakai protector.  ni lah salah satu kelebihan format sparring WTF, iaitu dia punya "kengerian".  perhaps this is another reason why IOC chose WTF over ITF to enter Olympic.  harap yg membaca jgn salah faham, bila saya beri comparison mcm di atas bukanlah saya bermaksud sparring ITF & SO tu tak ngeri pulak...

sebenarnya ilmu kaki gayong pon x kurang hebatnya...tapi kena cari la guru2 yg boleh mengajar skang. ...
ymhr1 Post at 31-5-2009 10:22

sebenarnya banyak guru Gayong turut mengkhusus kpd seni serangan kaki, ni kena cari guru yg bergelar "Kuda Gila" sandang gelaran ni khas untuk guru yg ada mewarisi seni kaki yg specialised...

sekadar satu perkongsian info...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:17 PM | Show all posts
setuju masalah dalaman tkwndo wt sukan 2 jd terumbang ambing.. dulu blaja ikut WTF lepas ble nk dkt black belt tukar ITF..rase ITF lg syok kot.
GTF??? erm kurg pernh didengari,huhu
pas dpt '1st dan' pilih nk jd instructor instead of fighter sebab cukup la dlu belasah org n dibelasah..haha
skg ble da sambung blaja rasa rugi plak bile ad ilmu tp xpraktik.
tp nk wt cmne..kicking da lama xwat so kaki ni rasa berat plak..haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2010 12:17 PM | Show all posts
setuju masalah dalaman tkwndo wt sukan 2 jd terumbang ambing.. dulu blaja ikut WTF lepas ble nk dkt black belt tukar ITF..rase ITF lg syok kot.
GTF??? erm kurg pernh didengari,huhu
pas dpt '1st dan' pilih nk jd instructor instead of fighter sebab cukup la dlu belasah org n dibelasah..haha
skg ble da sambung blaja rasa rugi plak bile ad ilmu tp xpraktik.
tp nk wt cmne..kicking da lama xwat so kaki ni rasa berat plak..haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 09:23 PM | Show all posts
tak jauh beza ITF dgn WTF  aku dulu ITF...itu cerita lama...aku setakat strip black saja..
sparing bebas..tapi bila aku sparing aku campur sikit dgn silat...heheehh aku slute silat yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 11:33 PM | Show all posts
Kesian dengan Yang Shu Jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2011 03:00 PM | Show all posts
Salam to all..

Sy plan nk amik black belt..berapa yer agak2 fees utk black belt 1st dan?

dan sape2 tau kelas taekwondo dekat area subang?

thank you! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:05 AM | Show all posts
Salam to all..

Sy plan nk amik black belt..berapa yer agak2 fees utk black belt 1st dan?

dan s ...
kitty_cat Post at 1-1-2011 15:00


rina ada nmpak kain rentang kelas kt pusat 3 m tuh(3 m ke namanya)..alaa yg dkt2 dgn traffic ligt nk masuk kesas tuh...

kt kj ada 1 yg rina tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 11:06 AM | Show all posts
salam,

nak tanya ada sesiapa ada maklumat terbaru untuk kejohanan taekwondo msswp 2011 tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2011 10:13 AM | Show all posts
dulu weh...pernah masok GTF ikut member ajak...sebenarnya sjer je nak blajo...tak tau pun ader beza...ada cabang TWD neh...ikut mazhab kot...huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.116124 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list