CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11755|Reply: 70

Nabi Muhammad SAW Tidak Tahu Membaca

 Close [Copy link]
Itsmylife This user has been deleted
Post time 23-8-2006 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian,

Sebenarnya aku tengah musykil dan pada sesiapa yang boleh memberi kan jawapan pada persoalan aku ni....tolonglah. Petang tadi aku berborak pasal ugama dengan seorang member aku ni dari Al Azhar...timbul perbincangan mengenai Rasulullah.

Apa yang aku sedia maklum dan pelajari selama ini.....Rasulullah memang tak boleh membaca.....tapi sahabat aku ni pulak menerangkan yang sebaliknya. Katanya.....Rasulullah sebenarnya berasal dari keturunan keluarga yang kaya dan mustahil Rasulullah tidak tahu membaca. Walaupun Rasulullah seorang yatim piatu tapi sudah semestinya Rasulullah akan diberi sedikit sebanyak pendidikan oleh saudara maranya terutama Abdul Mutallib bapa saudara Rasulullah.

Jadi persoalan yang timbul sekarang:
1. Benarkah Rasulullah tidak tahu membaca ?

2. Jika Rasulullah tahu membaca....adakah mungkin Rasulullah tidak tahu membaca ayat yang diturunkan oleh ALLAH kerana perbezaan bahasa ?

Terima Kasih pada yang sudi membantu.

fleurzsa: I edited tajuk supaya jelas. Thanks

[ Last edited by  fleurzsa at 5-9-2006 10:34 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 12:13 AM | Show all posts
Originally posted by Itsmylife at 23-8-2006 23:09
Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian,

1. Benarkah Rasulullah tidak tahu membaca ?


baca yang macam mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by Itsmylife at 23-8-2006 11:09 PM
Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian,

Sebenarnya aku tengah musykil dan pada sesiapa yang boleh memberi kan jawapan pada persoalan aku ni....tolonglah. Petang tadi aku berborak pasal uga ...



setau ziana2006 Rasulullah mmg buta huruf sbb kalau Baginda tau membaca nanti org arab masa tu akan meragui Al-Quran sbb takut Baginda sendiri yg tulis.....

p/s:Ni apa yg ziana2006 tau la...kalu salah tlg betulkan:tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by Itsmylife at 23-8-2006 11:09 PM
Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian,

Sebenarnya aku tengah musykil dan pada sesiapa yang boleh memberi kan jawapan pada persoalan aku ni....tolonglah. Petang tadi aku berborak pasal uga ...



Setahu saya Nabi Muhammad SWT, sememangnya buta huruf. Saya pun tak pasti mungkin sistem pendidikkan  ketika itu
tidak dianggap penting untuk kehidupan, pasal keluarga Nabi Muhammad SWT kaya tu saya mungkin boleh katakan paling miskin antara golongan orang2 kaya. kerana Tak salah saya Nabi merupakan bayi terakhir yang di ambil sebagai anak susu oleh keluarga susunya. ketika itu kaum badwi akan pergi ke kota Mekah (setiap tahun) untuk mendapatkan anak susuan bagi menampung kehidupan mereka(Upah mengasuh dan beri susu) dipadang pasir manakala golongan orang kaya ketika itu gemar menbesarkan anak2 mereka jauh dari Kota Mekah bagi mendidik mereka menjadi lebih tabah,berdikari dan tidak terpengaruh dengan perangai x elok. Keluarga susu Nabi Muhammad SWT adalah yang terakhir tiba dan biasanya Ibu-ibu susu cenderung mengambil anak-anak orang kaya dahulu...kiranya siapa sampai dulu akan dapat jaga anak orang kaya kerana upah sangat tinggi dan meraka mengambil bayi terakhir iaitu Nabi Muhammad SWT. kiranya keluarga Nabi bukan kaya sangat la

Memang kalau di ikutkan keluarga besarnya adalah tergolong orang2 kaya malah terkemuka di Mekah ketika itu. macam nilah kalau kamu ada bapa saudara yang kaya betul2 kaya adakah keluarga kamu tergolong golongan kaya juga? Macam masyarakat kita gak, keluarga kita susah dan keluarga bapa saudara kita kaya juta-juta.... ada nak bagi sejuta free cam tu? tolong tu tolong juga tapi x adalah sampai bagi begitu banyak...itulah hidup dengan adik beradik pun berkire jugak apatak lagi di zaman materialistik

Hm...best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 11:43 AM | Show all posts
salam

MEMBACA
dan MEMBACA
sesuatu YANG AMAT BERAT
YANG AKAN MENGHANCUR LEBURKAN GUNUNG GANANG
bahkan manusia yang BODOH
kerana sanggup memikul AMANAH TUHAN
menjadi KHALIFAH diatasmuka bumi ini

dan sesungguhnya kebanyakkan manusia masih lupa dan lalai
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 02:38 PM | Show all posts
Pendapat ni sebenarnya top dikalangan budak2 yg belajar kat Azhar ke..US ke..yg mana ada setengah prof yg bagi tajuk assignment
mengkaji hal Rasullah.Tu yg timbul beberapa pendapat dan hasil kajian.Pelajar tu ada setengahnya yg gunakan imaginasi dan mencari bahan2 yg sesuai, quote, sorce yg menyokong setiap penghujahan mereka.Kalau ada yg kata Nabi dulu tak buta huruf..dia akan berusaha mencari sumber yg menyokong hujah2.Akhir sekali dia akan bentangkan assignment tu..dan prof dan semua akan bertepuk tangan..kerana penghujahan yg analitikal..tersusun..berdasarkan sumber2 yang diaorg bertungkus lumus dapatkan.
Banyak lagi tajuk kes2 kajian/assignment terutama yg kita sendiri tak tahu pegangan para prof..yg pakar dlm Islam ni  menjalankan jarum diaorg kat budak2 baru belajar ni.heheh.Macam2 tajuk weyy..kekadang ada yg menghujahkan pro/kontra rasullah sbg seorang manusia or etc.Kununnya semua tu dibincang dari sudut ilmiah.Kemanusiaan etc.

renungkan..

-IsaAlMAsih-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2006 11:23 PM | Show all posts
[7.158] Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 02:56 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 26-8-2006 11:23 PM
[7.158] Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya, Nabi yang umi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk".


Salam sejahtera ibnur, Itsmylife, semua.

Rujukan dari Q7:158 yg menceritakan Nabi yg umi masih tidak menjelaskan andaian yg mengaitkan umi sebagai "buta huruf".

Lihat bagaimana penggunaan umi didlm ayat2 al Qur'an yg lain untuk kita faham maksud sebenarnya.

Q2:78
Transliteration
Waminhum ommiyyoona la yaAAlamoona alkitaba illa amaniyya wa-in hum illa yathunnoona


al-islam
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf <<umi>>, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka) dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.


Q3.20
Transliteration
Fa-in hajjooka faqul aslamtu wajhiya lillahi wamani ittabaAAani waqul lillatheena ootoo alkitaba waal-ommiyyeena aaslamtum fa-in aslamoo faqadi ihtadaw wa-in tawallaw fa-innama AAalayka albalaghu waAllahu baseerun bialAAibadi


al-islam
Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku. Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi (orang-orang musyrik Arab): Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku bawa itu)? Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperolehi petunjuk dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya.


Penggunaan ayat umi didlm rujukan ayat2 diatas adalah untuk merujuk kepada kumpulan yg tidak pernah menerima Kitab.

Q2:70 mendefinasikan apa yg dimaksudkan dgn "umi".  Saya masukkan kembali ayat umi kedalam terjemahan al-islam.  

...orang-orang yang <<umi>>, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat.


Ayat umi disini tidak merujuk kepada mereka2 yg buta huruf,  sebaliknya org2 ini adalah golongan yg belum diberikan Kitab. Ayat selepas "umi" diatas menerangkan mereka ini "umi" kerana mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat.  Secara ringkasnya: orang yg telah diturunkan Kitab, mereka ini non-umi.  Yg belum terima Kitab, mereka ini umi.

Q3.20 menceritakan perihal satu golongan yg telah diberi Kitab dan satu golongan lagi yg umi. Saya masukkan kembali ayat umi kedalam terjemahan al-islam dan keluarkan ayat2 tambahan yg ditambah didlm kurungan.  Kita fokuskan kpd ayat umi.  

Dan bertanyalah kepada orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang Ummi


Jika anda perhatikan penggunaan ayat "umi" didlm ayat2 tersebut, ianya adalah untuk menggambarkan antonym/sifat berlawanan kepada golongan yg telah menerima Kitab.

Nabi Muhammad juga adalah dari bangsa yg belum pernah menerima Kitab.  Jadi golongan ini dinamakan sebagai "umi".  Mengatakan Nabi Muhammad buta huruf, jika diteliti, tidak ada sandarannya dgn al Qur'an.  Cuma dari Koleksi Hadith.

Anda juga boleh google takrifan gentiles/goyim untuk rujukan tambahan.

Salam Sejahtera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 03:15 AM | Show all posts
1. Benarkah Rasulullah tidak tahu membaca ?


Bagi yang mengkaji Hadith, tentu akan timbul persoalan kerana banyak hadith yang memberikan gambaran yang Rasulullah boleh menulis dan bila boleh menulis tentunya boleh membaca tetapi sudah jelas apabila mula-mula ayat al-Qur'an diturunkan Rasulullah menghadapi masaalah untuk membaca so hujah kawan saudara yang mungkin Rasulullah diberikan pendidikan tak tepat sebab waktu Rasullualh terima wahyu pertama umur dia masa itu ialah 40. Kalau selepas itu Rasulullah belajar membaca dan menulis......Wallahuaalam

Disini saya berikan rujukan dari Qur'an dan Hadith (maaf cuma ada dalam english kebanyakannya)

Wahyu (ayat2) yang mula2 diturunkan

Al-'Alaq
[1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2] Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
[5] Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Hadithsnya yang menyatakan waktu itu Rasulullah tidak tahu membaca walau disuruh dalam ketakutan....

Hadith Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:
Permulaan wahyu Rasulullah s.a.w telah berlaku dalam bentuk mimpi yang benar dalam tidur baginda. Baginda mendapati mimpi tersebut sebagaimana munculnya keheningan fajar Subuh yang menyebabkan baginda suka menyepi diri. Baginda biasanya menyepi di gua Hira'. Di sana baginda menghabiskan beberapa malam untuk beribadat dengan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebelum kembali ke rumah. Untuk tujuan tersebut baginda membawa sedikit bekalan. Setelah beberapa hari berada di sana baginda pulang kepada Khadijah, mengambil bekalan untuk beberapa malam. Keadaan ini terus berlarutan, sehinggalah baginda didatangi wahyu ketika baginda berada di gua Hira'. Wahyu tersebut disampaikan oleh Malaikat Jibril a.s dengan berkata: Bacalah wahai Muhammad! Baginda bersabda: Aku tidak pandai membaca. Rasulullah s.a.w bersabda: Malaikat kemudiannya memegang aku lalu memelukku erat-erat sehinggalah aku kembali pulih dari ketakutan. Kemudian Malaikat melepasku dengan berkata: Bacalah wahai Muhammad! Baginda sekali lagi bersabda: Aku tidak pandai membaca. Rasulullah s.a.w bersabda: Malaikat kemudiannya memegang aku buat kali kedua lalu memelukku erat-erat sehinggalah aku kembali pulih dari ketakutan. Malaikat seterusnya melepasku dengan berkata: Bacalah wahai Muhammad! Baginda bersabda: Aku tidak pandai membaca. Rasulullah s.a.w bersabda: Malaikat kemudiannya memegang aku buat kali ketiga serta memelukku erat-erat sehinggalah aku kembali pulih dari ketakutan. Kemudian Malaikat melepaskan aku dan membaca firman Allah  &#1575;&#1602;&#1618;&#1585;&#1614;&#1571;&#1618; &#1576;&#1616;&#1575;&#1587;&#1618;&#1605;&#1616; &#1585;&#1614;&#1576;&#1617;&#1616;&#1603;&#1614; &#1575;&#1604;&#1617;&#1614;&#1584;&#1616;&#1610; &#1582;&#1614;&#1604;&#1614;&#1602;&#1614; &#1582;&#1614;&#1604;&#1614;&#1602;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1573;&#1616;&#1606;&#1618;&#1587;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614; &#1605;&#1616;&#1606;&#1618; &#1593;&#1614;&#1604;&#1614;&#1602;&#1613; &#1575;&#1602;&#1618;&#1585;&#1614;&#1571;&#1618; &#1608;&#1614;&#1585;&#1614;&#1576;&#1617;&#1615;&#1603;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1571;&#1614;&#1603;&#1618;&#1585;&#1614;&#1605;&#1615; &#1575;&#1604;&#1617;&#1614;&#1584;&#1616;&#1610; &#1593;&#1614;&#1604;&#1617;&#1614;&#1605;&#1614; &#1576;&#1616;&#1575;&#1604;&#1618;&#1602;&#1614;&#1604;&#1614;&#1605;&#1616; &#1593;&#1614;&#1604;&#1617;&#1614;&#1605;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1573;&#1616;&#1606;&#1618;&#1587;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614; &#1605;&#1614;&#1575; &#1604;&#1614;&#1605;&#1618; &#1610;&#1614;&#1593;&#1618;&#1604;&#1614;&#1605;&#1618;  Yang bermaksud: Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia menciptakan manusia dari seketul darah beku, bacalah dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui. Setelah itu baginda pulang dalam keadaan ketakutan ke pangkuan Saidatina Khadijah, baginda berkata: Selimutlah aku! Selimutlah aku. Lalu Saidatina Khadijah menyelimutkan baginda hingga hilang rasa gementar dari diri baginda. Baginda kemudiannya bersabda kepada Khadijah: Wahai Khadijah! Apakah yang telah berlaku kepadaku? Baginda pun menceritakan seluruh peristiwa yang berlaku. Baginda bersabda lagi: Aku benar-benar bimbang pada diriku. Khadijah terus menghibur baginda dengan berkata: Janganlah begitu, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu, selama-lamanya. Demi Allah! Sesungguhnya, engkau telah menyambung tali persaudaraan, bercakap benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, meraikan tetamu dan sentiasa membela kebenaran. Khadijah beredar seketika dan kembali semula menemui baginda dengan membawa bersama Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah. Dia pernah menjadi Nasrani pada zaman Jahiliah. Dia suka menulis dengan tulisan Arab dan cukup banyak menulis kitab Injil dalam tulisan Arab. Ketika itu dia telah tua dan buta. Khadijah berkata kepadanya: Pak Cik! (Pak Cik adalah panggilan yang biasa digunakan oleh bangsa Arab bagi sepupu dan sebagainya kerana menghormati mereka atas dasar lebih tua) Dengarlah cerita anak saudaramu ini. (Panggilan anak saudara juga adalah sama permasalahannya dengan panggilan Pak Cik bagi bangsa Arab cuma sebaliknya) Waraqah bin Naufal berkata: Wahai anak saudaraku! Apakah yang telah berlaku? Rasulullah s.a.w menceritakan semua peristiwa yang baginda telah alami. Mendengar peristiwa itu, Waraqah berkata: Ini adalah undang-undang yang suatu ketika dahulu pernah diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Alangkah baik sekiranya aku masih muda di saat-saat engkau dibangkitkan menjadi Nabi. Juga alangkah baik kiranya aku masih hidup di saat-saat engkau diusir oleh kaummu. Lalu Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa: Apakah mereka akan mengusirku? Waraqah menjawab: Memanglah, setiap Nabi yang bangkit membawa tugas sepertimu, pasti akan dimusuhi. Seandainya aku masih hidup di zamanmu, nescaya aku akan tetap membelamu

Hadith-hadith yang menyatakan umpama Rasulullah boleh menulis....

Muslim
Book 024, Number 5218:
Anas reported that when Allah's Apostle (may peace be upon him) decided to write to the Kisri (the King of Persia), Caesar (Emperor of Rome), and the Negus (the Emperor of Abyssinia), it was said to him that they would not accept the letter without the seal over it; so Allah's Messenger (may peace be upon him) got a seal made, the ring of which was made of silver and there was engraved on it. (Mubammad. the Messenger of Allab).

Sunan Abu Dawwud
Book 41, Number 5062:
Narrated Muslim ibn al-Harith ibn Muslim at-Tamimi:
A similar tradition (to No. 5061) has been transmitted by Muslim ibn al-Harith ibn Muslim at-Tamimi on the authority of his father from the Prophet (peace_be_upon_him) through a different chain of narrators, up to "protection from it".
But this version says: "before speaking to anyone". In this version Ali ibn Sahl said that his father told him.
Ali and Ibn al-Musaffa said: The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) sent us on an expedition. When we reached the place of attack, I galloped my horse and outstripped my companions, and the people of that locality received me with a great noise.
I said to them: Say "There is no god but Allah," and you will be protected. They said this.
My companions blamed me, saying: You deprived us of the booty. When we came to the Apostle of Allah (peace_be_upon_him), they told him what I had done.
So he called me, appreciating what I had done, and said: Allah has recorded for you so and so (a reward) for every man of them.
AbdurRahman said: I forgot the reward. The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) then said: I shall write a will for you after me. He did this and stamped it, and gave it to me, saying....He then mentioned the rest of the tradition to the same effect. Ibn al-Musaffa said: I heard al-Harith ibn Muslim ibn al-Harith at-Tamimi transmitting it from his father.


Bukhary
Volume 7, Book 70, Number 573:
Narrated Ibn 'Abbas:
When Allah's Apostle was on his death-bed and in the house there were some people among whom was 'Umar bin Al-Khattab, the Prophet said, "Come, let me write for you a statement after which you will not go astray." 'Umar said, "The Prophet is seriously ill and you have the Qur'an; so the Book of Allah is enough for us." The people present in the house differed and quarrelled. Some said "Go near so that the Prophet may write for you a statement after which you will not go astray," while the others said as Umar said. When they caused a hue and cry before the Prophet, Allah's Apostle said, "Go away!" Narrated 'Ubaidullah: Ibn 'Abbas used to say, "It was very unfortunate that Allah's Apostle was prevented from writing that statement for them because of their disagreement and noise."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 03:16 AM | Show all posts
2. Jika Rasulullah tahu membaca....adakah mungkin Rasulullah tidak tahu membaca ayat yang diturunkan oleh ALLAH kerana perbezaan bahasa ?


Tidak semestinya Rasulullah menerima wahyunya melalui yang membuatkan dia membaca, pelbagai cara wahyu diturunkan padanya.....

Bukhari
Volume 1, Book 1, Number 2:
Narrated 'Aisha:

(the mother of the faithful believers) Al-Harith bin Hisham asked Allah's Apostle "O Allah's Apostle! How is the Divine Inspiration revealed to you?" Allah's Apostle replied, "Sometimes it is (revealed) like the ringing of a bell, this form of Inspiration is the hardest of all and then this state passes ' off after I have grasped what is inspired. Sometimes the Angel comes in the form of a man and talks to me and I grasp whatever he says." 'Aisha added: Verily I saw the Prophet being inspired Divinely on a very cold day and noticed the Sweat dropping from his forehead (as the Inspiration was over).

Seperkara lagi....masa Khalifah Uthman, al-Qur'an disebarkan melalui pelbagai cara bacaan mengikut pada lidah suku kaum yang banyak ditanah Arab masa itu. Dengan usaha khalifah Uthman, dihimpunkan beberapa sahabat yang menghafal al-Qur'an serta yang menjadi saksi semasa Rasulullah diturunkan wahyunya dan diperintahkan menulis al-Quran yang sehingga kini kita gunakan mengikut bacaan kaum Quraisy (kaum Rasulullah) dan kesemua al-Qur'an pelbagai cara bacaan yang dihimpunkan dibakar kesemuanya dan abunya ditabur dalam lautan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

damiasyafa This user has been deleted
Post time 29-8-2006 12:46 PM | Show all posts
apa-apa pun berbanyak la berselawat kepada Rasulullah s.a.w untuk berada bersama baginda di syurga kelak
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 12:57 PM | Show all posts
Jukebox,

berkenaan dengan hadith menyatakan nabi menulis surat tu, setahu aku, bukan dia tang tulis.  dia suruh sahabat lain tulis.  satu lagi hadith semasa perjanjian hudaibiyah.  rasulullah s.a.w. bercakap dan yang menulis ialah saidina ali r.a.  kemudian apabila saidina ali menulis Rasul Allah maka pihak kafir quraish bangkang dan minta dibuang perjkataan rasul Allah.  Saidina ali kata dia tak boleh buang dan tak mahu.  lalu rasulullah bertanya kepada s. ali di mana bahagian Rasul Allah tu.  dan setelah s ali tunjuk, rasullullah sendiri yang potong perkataan tersebut.  rujukan hadith boleh cari dalam mana-mana sirah muhammad.  aku yakin ada hadith tersebut dlm semua edisi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:05 PM | Show all posts
yg tak nak percaya hadis sememangnya mempersoalkan tentang perkataan 'umi'... mmg benar 'umi' pada ketika tertentu membicarakan tentang 'suatu golongan'... sedang 'umi' yang bermaksud 'buta huruf' pula sepatutnya tidak buleh diabaikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:45 PM | Show all posts
Sepemahaman saya Rasul ni Ibu ilmu iaitu ummiyi tidak perlu tulis tidak perlu membaca ... kerana datang dari Allah iaitu direct ... Rasulullah manusia pelik, ajaid, makluk yang Allah hidupkan hanya sekali dalam kejadian bumi ... padanya ada kelebihan yang tak boleh nak akal-akalkan ... kalau diakalkan nanti kita akan persoalkan "betul ker ??? betul ker tidak " ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 05:29 PM | Show all posts
maka kesimpulannya adalah mengikut apa yang kita pelajari selama inilah ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 05:47 PM | Show all posts
teruskan mencari ...

pelajari hujah2 yang mengatakan rasulullah tahu membaca...

dan pelajari juga hujah2 yang mengatakan rasulullah buta huruf...

kaji hujah2 tersebut...

pohonlah pada allah agar diberikan petunjuk yang benar...

kita cuma manusia...

akhirnya serahkan segalanya pada Dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 11:15 AM | Show all posts
salam

dan teruskan pencarian
dan kajilah
bagaimana manusia yg dah PANDAI
ijazah bergulungx dlm agama
tapi masih JAHIL
dan ada yg KAFIR dgn AYAT TUHAN......

nampaknya
yg banyak timbulkan masalah ialah
BILA DAH PANDAI
atau mengaku lebih pandai

dan BACALAH
(sebagaimana NABI membacanya
tika bersendirian dan takkala ramai)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:40 PM | Show all posts
Petikan :
" Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya.Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu,kebaikan, perpaduan,kasih sayang,pengorbanan, perjuangan dan lain-lain."

Saya ingin memulakan tulisan ini dengan memohon ampun dan maaf kepada kekasih Tuhan, Penghulu alam, Rasulullah SAW di atas salah tanggap dan salah tafsir terhadap statusnya sebagai seorang rasul yang Ummiy. Selama ini kita difahamkan bahawa Ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, ertinya buta huruf, orang yang tidak belajar bererti seorang yang bodoh. Ensiklopedia Barat juga mendefinasikan Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa masalah baginya, tapi bagi yang prihatin, yang hatinya terbuka, kita rasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan maksud Ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf.

Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa. Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan rohnya. Itulah hakikatnya. jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai.

Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab lahiriah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya melalui menulis, membaca, berguru, belajar di sekolah dan lain-lain. Bagi orang biasa, jika tidak mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai.Itulah lumrahnya. Tetapi itu adalah proses untuk manusia biasa.

Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa Allah pandaikan dia tanpa melalui proses biasa. Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Mari kita bahaskan pula perkataan Ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada `ibu`. Makna ibu pula:
1.Kalau dibahaskan secara lahir, ibu merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana mungkin dapat melahirkan zuriat.

2.Bagi yang tidak bernyawa yang disebut ibu juga contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti. Itu disebut ibu juga.

3.Ibu secara batin atau maknawi punya erti yang lebih hebat, iaitu ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh. Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus memberi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat.Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan Ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan lain-lain. Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi dia menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan dia dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:50 PM | Show all posts
Penyelewengan orientalis terhadap gelaran Ummiy
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah, kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka. Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengkelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: "Rasulullah itu Ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah."

Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya mereka menutup maksud Ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah. Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan saikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan dan lain-lain tetapi yang lebih parah dari itu ialah miskin iman.

Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan dilindungi.

Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa Ummiy adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf, mari kita buat perbandingan dua kaedah mendapat ilmu.
1. Secara biasa. laitu melalui pancaindera dan segala alat-alat bantuan belajar yang serba canggih di kurun ini.
2. Secara luar biasa laitu tanpa melalui usaha lahir secara menulis dan membaca.

Sistem pembelajaran hari ini mengukur kepandaian seseorang melalui sijil mengikut tingkatannya iaitu bermula dari bawah hinggalah kepada bachelor, master dan Ph.D. Paling tinggi pencapaian pelajaran seseorang itu ialah apabila berjaya memperolehi Ph.D di dalam sesuatu bidang ilmu. Contohnya, seorang yang ingin menjadi pakar undang-undang, di peringkat sarjana muda dia akan belajar secara umum 20 jenis undang-undang. Bila dia melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana dia akan hanya rnenumpukan kepada 2 jenis undang-undang dan bila dia terus lagi belajar hingga ke peringkat Ph.D dia akan memperkecilkan lagi skop pembelajaran dan hanya menumpukan 1 aspek sahaja dalam satu bidang undang-undang.

Begitulah juga kalau seseorang yang ingin jadi pakar membuat kapal terbang, diijazah pertama dia akan belajar secara umum tentang sebuah kapal terbang. Bila dia melanjutkan lagi ke peringkat sarjana, dia akan hanya menumpu kepada pelajaran bagaimana hendak membuat pesawat itu terbang, manakala di peringkat ketiga, Ph.D, dia akan hanya belajar tentang sayap kapal terbang.

Rupa-rupanya manusia hari ini telah diperbodohkan melalui kaedah pencatuan ilmu sebegini. Dan kita juga jarang berjumpa dengan seseorang yang punya lebih dari satu Ph.D. Kalau ada pun jarang-jarang sangat. Ini adalah kerana proses pembelajaran secara ini memerlukan tempoh masa yang lama, belanja yang besar serta komitmen yang tinggi.

Kadang-kadang apa yang menyedihkan kita ialah ada para cerdik pandai, profesor-profesor yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji batu, hingga sangat alim tentang batu dan diiktiraf sebagai profesor batu, tapi tidak kenal Tuhan yang mencipta batu dan yang mencipta dirinya juga. Begitulah kaedah pembelajaran hari ini. Manusia begitu canggih ilmunya hingga mampu naik ke bulan, terjun ke dasar lautan dan bumi, mendaki gunung-ganang, tapi malang, sebegitu dalam dan luas manusia mengkaji, menyelidik dan menuntut ilmu, Tuhan tidak dijumpai di dalam pencariannya hinggakan kadangkala ada yang gila dalam keghairahan menuntut ilmu. Setakat itu sahajalah kemampuan seseorang memperolehi ilmu melalui proses pembelajaran secara biasa ini. Hasil pencapaiannya juga adalah terhad dan ilmunya juga belum tentu terjamin kebenarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 03:54 PM | Show all posts
Mari kita lihat pula kaedah menuntut ilmu melalui proses luar biasa ini. Rasulullah itu digelar Ummiy kerana padanya diberikan ibu segala ilmu. Sepertimana Al Fatihah dikatakan Ummul Kitab, kerana di dalamnya adalah intipati Al Quran, begitu jugalah dengan Rasulullah, di mana wahyu yang diturunkan kepadanya adalah ibu segala ilmu. Oleh kerana apa yang dianugerahkan kepada Rasulullah itu adalah ibu ilmu, ia tidak boleh diterima melalui proses biasa. Ibarat seorang yang ingin mengail ikan yang besar, mestilah menyediakan kail yang besar dan kuat, umpan yang baik, tali kail mestilah kemas dan tahan, peralatannya mestilah gagah dan sesuai dengan ikan yang hendak dikail.

Begitu jugalah bagi seseorang yang ingin memperolehi ilmu luar biasa dari Tuhan sepertimana Rasulullah mendapat wahyu, tidak cukup sekadar melalui proses biasa dengan menggunakan pancaindera yang ada serta alat-alat bantuan seperti TV, video dan lain-lain. Tetapi ilmu laduni atau ilham yang Allah anugerahkan pada seseorang adalah diajar terus kepada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Ini adalah satu realiti yang berlaku kepada orang-orang yang dikehendaki Tuhan iaitu ada orang-orang yang akalnya diproses tanpa melalui proses belajar secara biasa. Ilmunya bukan dari sumber membaca dan menulis. Melalui taqwa manusia dipandaikan tanpa sekolah. Itulah proses yang dilalui oleh imam-imam dan para mujaddid.

Cuba kita lihat, Imam Sayuti dapat mengarang 600 kitab dalam usia 40 tahun. Katalah dia mula menulis sejak usia 20 tahun, bererti dalam 20 tahun dia telah menulis 600 kitab-kitab besar. Ini bererti dalam setahun dia mengarang 30 kitab. Kalaulah dia menuntut ilmu melalui proses biasa, dari segi logiknya apakah dia mampu untuk menulis sebanyak itu?

Jika kita banding dengan profesor hari ini, hanya menulis satu atau dua buah buku, sudah cukup untuk dapat title profesor, sedangkan tulisan itu mempunyai bibliografi atau rujukan yang berjela-jela. Bererti dia bukan membawa ilmu baru tetapi menyusun semula ilmu orang lain yang dikumpulkan dan disalin dan disusun semula. Tetapi jika dibaca kitab-kitab imam-imam besar ini, kitab-kitab mereka tidak ada rujukan (tidak ada reference, bibliografi) sebab ilmunya tulen dari Tuhan. Tuhan yang pandaikan mereka, seperti Imam Ghazali menulis Ihya` Ulumiddin hanya dalam masa 40 hari bersuluk.Bila belajar melalui proses luar biasa ini.,hasilnya juga luar biasa,ianya cepat,tepat dan terjamin kebenarannya.

Kita juga membaca sejarah luarbiasa tentang Mimar Sinan di Turki.Di mana dia yang asalnya hanya seorang penjaga kuda Sultan,tetapi apabila diilhamkan,yakni dipandaikan oleh Tuhan secara karamah melalui mimpi,paduan akal dan roh yang dicerdikkan oleh Tuhan mengnasilkan seorang arkitek yang berjaya membina Blue Mosque yang , kini menjadi lambang kebanggaan Turki. Rupanya belajar melalui kaedah luar biasa ini mampu menghasilkan pulangan yang luar biasa. Mana mungkin seorang penjaga kuda boleh bertukar menjadi arkitek hanya melalui ilmu yang diperolehi melalui mimpi?

Tetapi oleh kerana Tuhan yang berkehendak, tidak ada yang mustahil. Itulah hasil belajar secara roh, telah terbukti bahawa penguasaan ilmunya lebih luas dan cepat. Kesimpulannya, sekarang barulah kita mengerti bahawa bila dikatakan Rasulullah itu Ummiy,bukan bermakna buta huruf tetapi membawa maksud ibu atau sumber. Yang membawa erti bahawa beliau adalah sumber ilmu, sumber kebaikan, sumber rezeki, sumber bantuan, sumber kemenangan, sumber kasih sayang dan lain-lain. Beliau adalah sumber segala-galanya. Yang kita bahaskan di sini hanyalah satu sudut sahaja iaitu dari sudut sumber ilmu. Itu pun sudah cukup untuk memperlihatkan kehebatan Rasulullah dan proses menuntut ilmu cara luar biasa ini.

Layaklah Rasulullah itu menjadi sumber segala-galanya kerana sedari diciptakan Adam lagi, sewaktu Allah memperkenalkan nama-namaNya dan ciptaan-Nya kepada Nabi Adam a.s. maka terpandanglah oleh Nabi Adam kalimah Nur Muhammad, lalu bertanyalah dia pada Tuhan, siapakah itu? Maka jawab Tuhan, itulah Nur Muhammad dan kerana kemuliaan dan kesuciannya itulah Nabi Adam dan seluruh makhluk lain diciptakan. Ini bererti Nur Muhammad iaitu roh Rasulullah itu adalah sumber segala-galanya.

Malah Nabi Adam manusia pertama ciptaan Tuhan nisbah jasad pun terpaksa akur dengan kemuliaan Rasulullah yang merupakan Rasul penutup. Tidak sempurna pengenalannya selagi dia tidak diperkenalkan kepada Nur Muhammad.

Sungguh tepat dan layaklah Rasulullah itu mendapat gelaran Ummiy yang melambangkan kebesaran dan kemuliaannya. Selawat dan salam kami sembahkan padamu ya Rasulullah Nabiyyul Ummiy... &#8226;

Sekian. Artikel ulasan oleh Panel RufaqaDaily dari ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Ust. Hj. Ashaari Muhammad

[ Last edited by  paranormal_85 at 30-8-2006 04:00 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.154193 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list