CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GasTrick

A few Question By Me (Salasilah dalam agama Kristian)

[Copy link]
tiM This user has been deleted
Post time 24-9-2006 03:10 PM | Show all posts

Oh! yaaaaaa...

Mungkin isu bin abdulah selepas 6 bln terpercik pada pengalaman hidup anda?
Zina adalah zina..... tiadak kaitan dengan x mau bertanggunjawab.
1) Berzina hukumnya apa? kesannya?
2) X mau bertanggungjawab terhadap kandungan anak, hukumnya apa?
3) Buang anak, hukumnya apa?

Tak paya jawab.
Kalau tak tahu tanya org yg lebih arif.  Kalau tahu, dan merasakan ia perlu diberitahu kepda org lain dipersilakan paparkan dlm forum M&M utk dibincangkan di sana. bukan di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2006 03:05 PM | Show all posts

Hehehehe

by Shalom.Memandangkan saya bukanlah pakar sangat dalam perkara ini, saya cuma mengulas kes-kes yang tertentu sahaja.


Terima kasih, Shalom kerana menerangkan hal ini. Saya sudah baca dan saya sudah faham apa yang awak sampaikan.

Apabila  kumang memeluk Kristian, sudah pasti Kumang akan diminta memilih nama Kristian untuk tujuan Pembapstisan. Andaikan dia memilih Angelina.


Dari sini saya faham jika masuk kristian maka, seseorang itu mesti memilih nama kristian bagi tujuan yang anda sebutkan.

Hm.... okey.

Saya sedar perkara ini wujud, tiada masalah bagi saya di sini. Inilah jawapan yang mudah  difahami. Amat berterima kasih.

Tapi pasal orang cina mempunyai nama barat dan nama cina...tu, saya tak hairan sangat. Kawan saya Ah hock pun ada nama inggeris James...tapi dia Budhist. (roomate). Saya tanya kenapa.... dia cakap memang orang cina sesetengahnya memiliki nama barat sebagai nama kedua...dan tak semestinya masuk kristian....henry  roomate kedua barulah agama kristian (dan memang dia ada nama cina tapi lupelah..jarang dia guna).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:17 PM | Show all posts

Puasa ...puasa...

Salam sejahtera dan Assalamualaikum

Maafkan saya....mungkin banyak saya terlepas dan saya juga sekarang tidak mempunyai banyak masa untuk bermain-main lagi disini.( sebenarnya saya nak main lagi...).

sebab....NAZIR datang ke sekolah!!!!!!!!!!.... leceh betul orang tua tu. saya dah lah penat buat soalan exam akhir tahun,masa ni pulak datang..

Oleh itu ini penjelasan saya... saya harap selepas ini saya tak perlu lagi menerangkan dengan panjang lebar dan kali ni saya kaitkan sekali tatacara penulisan salasilah keturunan yang dibuat oleh keluarga saya. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk orang muslim dan kristian yang kurang memahami penulisan salasilah kami.

Mengenai penulisan salasiah


Salasilah keluarga saya bukanlah terdiri daripada orang2 terkenal atau keturunan bangsawan..cuma orang biasa, ia dibuat sebagai rujukkan keluarga kami sahaja dan diperbaharui setiap kali lahir generasi baru atau menerima menantu baru. Biasanya semakan akan dibuat pada hari raya.Kaedah penulisan salasilah ini berdasarkan agama islam yang merupakan agama keluarga kami.

Baiklah, tIM mendakwa apabila sesaorang mualaf yang baru memeluk agama islam akan di bin kan dengan nama Abdullah..dan ini menyebabkan keturunan terdahulu terhapus.sebelum saya terangkan mengenai nama Abdullah lebih lanjut, terlebih dahulu diingatkan pada semua yang membaca,bahawa keluarga saya apabila ada antara mereka berkahwin dengan mualaf baru namanya tidak di bin kan dengan Abdullah sebagaimana yang dilakukan oleh mualaf lain, sebaliknya di bin kan dengan nama asal bapanya. Seperti mana yang saya pernah beritahu tentang ibu saudara saya namanya iaitu Johana binti Lay.Buat setakat ini permohonan nama dalam kad pengenalannya tiada bermasalah.....dan sudah hampir 20 tahun dia menjadi salah seorang keluarga kami.Walaupun ada antara masyarakat muslim sekitar pada mulanya mempetikaikan tapi bapa saudara saya berjaya mempertahankan tindakannya.

Seperti mana yang pernah saya terangkan dan kini saya cut paste dibawah supaya senang dibuat rujukan...


penulisan nama dalam islam, oleh kerana islam mementingkan kebenaran dan kesucian maka umat islam mestilah jujur dan amanah dalam menamakan anak dan menulis salahsilah keluarga(ertinya jangan menipu atau menyembunyikan hal yang sebenar).

Abdul Rahman bin Baharudin bin Ali bin Ridzuan..................

Ini nama biasa bagi muslim beragama islam
Jika mereka menulis nama seperti

Sakura binti Kinamoto bin Yusuke bin Nomura..............

Garung bin Kujai bin Sobit bin kali ak Tedung......

Samy bin kumar bin Rajalingam ak Gopal ak Mahabrata....

Tiada salahnya, walaupun mereka baru memeluk agama Islam, Bin sama maksud dengan ak(anak kepada). Salahsilah akan menjadi lebih jelas bila mereka membacanya. Bila melihat bin pada salahsilah maka tahulah mereka bahawa si dia telah memeluk agama islam. Kan senang orang boleh kenal. Dan tak pernah pula saya belajar dari tok guru saya bahwa nama wajib ditukar kepada nama arab.... kalau mereka kata ada hadis minta berbuat demikian maksudnya mereka tak faham hadis..saya pun ada belajar hadis tu masa university tapi cam biasa saya pelupa.(itu sebab saya selalu ketawakan masyarakat islam... sebab mereka kadang kala islam pada keturunan sahaja langsung tak memahami islam sebenar)

Tapi memberi nama mestilah dengan syarat...nama yang hendak diberikan itu mestilah mempunyai maksud yang baik dan sesuai dengan sebutnya supaya, apabila dipanggil  tidak disamakan dengan benda2 yang boleh menyebabkan orang mengejek kita. Orang islam yang masuk islam sering diberitahu supaya menukarkan nama mereka kerana faktor politik(terus terang saya benci politik) dan kedua salah faham masyarakat islam mengenai soal menamakan sesaorang mualaf.


Mengenai nama Abdullah

Nama Abdullah bermaksud hamba Allah, sering di gunakan untuk mengantikan nama bapa yang tidak diketahui bagi seseorang yang tidak memiliki nasab keturunan yang jelas.

Mereka tersebut adalah seperti

1) anak zina yang tidak diketahui keturunan,
2) sesaorang yang hilang ingatan yang tidak di ketahui keturunannya, sama macam john doe
3) bayi (tak semestinya anak zina) yang ditemui yang tiada boleh dikaitkan dengan mana-mana orang....tak diketahui keturunan.

Pengunaan Abdullah sebenarnya adalah sementara sahaja sehinggalah ayah atau keturunanya diketahui. Namun prosedur perundangan kini menyebabkan berlaku penetapan atau tidak lagi boleh menukar namanya(iaitu bin Abdullah), kerana ...leceh nak tukar dan banyak kerja perlu dilakukan...diorang malas atau lebih dikenali masalah birokrasi. Ini bukan lagi sebahagian islam.

Kenapa nama Abdullah diguna pakai? Abdullah diguna pakai adalah kerana maksudnya ialah hamba allah, kontek hamba Allah ini amat luas kerana manusia itu ciptaan Allah dan bagi islam semua ciptaan Allah ialah hambaNya..secara ringkas..saya juga merupakan hamba Allah, semua forumner di sini juga boleh dikatakan hamba Allah termasuk tIM. Oleh itu, pengunaan Abdullah lebih merujuk kepada hamba Allah yang tidak diketahui namanya atau siapa secara umum.

Biasanya apabila mendermakan harta, umat islam digalakkan jangan menonjol diri kerana bimbang jika sifat menunjuk-nunjuk menyebabkan timbul perasaan riak yang menghilangkan keikhlasan dalam menderma. Oleh itu, ganti nama bagi seseorang itu dipakai hamba allah (sering kali ditulis surat berserta wang didermakan atau sebagainya) untuk menunjukkan penderma merupakan orang yang ditak dikenali atau diketahui nama.ini adalah contoh pengunaan Abdullah (sebagai gelaran)selain penamaan tetap.

Dari segi yang lain
Abdullah boleh juga dianggap satu penyata anu yang tidak di ketahui, sama seperti matematik apabila kita tidak mengetahui nilai tertentu

        X + Y = 25 dimana X dan Y adalah anu yang tidak diketahui nilai.

Penyataan anu ini boleh di ganti pada persamaan matematik apabila diketahui @ dalam kes penamaan sesaorang dalam kes yang kita bincangkan.maksudnya X atau Y fungsinya sama macam Abdullah..

Contohnya jika Ali bin Abdullah atau kalau kita matematikkan Ali bin Mr. X, dan jika Abdullah tidak diketahui namanya kemudian akhirnya bertemu dengan bapa kandung bernama Hassan. Maka nama Abdullah bolehlah diganti dengan nama Hassan iaitu menjadi Ali bin Hassan.

Hikmah penamaan Abdullah, seperti yang pernah saya katakan Abdullah.... dari segi sosialnya mampu memelihara sesaorang yang tidak mempunyai nasab keturunan jelas daripada penghinaan masyarakat. Kerana Abdullah juga sama namanya dengan Ayah Rasulullah saw maka dari segi mind set masyarakat islam tidak boleh mereka mengatakan anak yang bernama bin Abdullah merupakan anak yang tidak suci(ini sering saya rujuk kepada anak zina).


Berbalik melalui penulisan salasilah keturunan (penting untuk tIM baca)


Apa yang saya jelaskan di atas tadi sebenarnya masih belum menjawap masalah bagi tIM iaitu apabila mualaf menukar nama kepada nama  bin Abdullah, maka hilang salah silah keturunannya yang terdahulu...mari mulakan

Terus terang saya katakan saya pun tak pasti asalnya, sebab dalam salahsilah keturunan keluarga saya tiada pula mualaf yang menukar namanya kepada nama bin Abdullah. Dan terpaksalah saya menelefon bapa saudara saya untuk bertanyakan mengenai hal ini.(saya terpaksa panjat tiang rumah semata-mata nak dapatkan signal telefon lebih clear). Dan jawapan yang diberikan kepada saya memang mudah dan 揫b]lebih clear
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:31 PM | Show all posts
Selamat sejahtera tIM ...

mengenai Ak dalam penamaan orang Iban sarawak, maafkan saya nampaknya saya membuat andaian terburu-buru.mungkin saya masih belum cukup lama disini(sarawak). harap maafkan saya.

baiklah jom...kita keseterusnya


Originally posted by tiM at 24-9-2006 03:10 PM
Mungkin isu bin abdulah selepas 6 bln terpercik pada pengalaman hidup anda?
Zina adalah zina..... tiadak kaitan dengan x mau bertanggunjawab.
1) Berzina hukumnya apa? kesannya?
2) X mau bertanggungjawab terhadap kandungan anak, hukumnya apa?
3) Buang anak, hukumnya apa?

Tak paya jawab.
Kalau tak tahu tanya org yg lebih arif.  Kalau tahu, dan merasakan ia perlu diberitahu kepda org lain dipersilakan paparkan dlm forum M&M utk dibincangkan di sana. bukan di sini.


Hm...........

tak apalah saya ni rajin nak menjawap juga. tIM awak salah faham lagilah

zina adalah zina...perbuatan haram melibatkan persetubuhan(seks) luar nikah atau bukan hubungan yang halal.

manakala

Abdullah ialah penamaan biasa yang sering digunakan untuk anak zina kerana tidak diketahui nasab keturunannya. jika anak zina dapat diselidiki keturunannya, maka tak perlu lagi pengunaan nama abdullah. terus sahaja nama bapa. Kadang kala penzina tidak mahu mengaku perbuatannya sebab perbuatan itu dosa(malu dia nanti) maka kasihanlah budak itu tiada nama bapa..

jika awak lihat penerangan saya mengenai nama Abdullah pada thread baru tadi....maka patut awak faham sesuatu.baca perlahan-lahan ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:35 PM | Show all posts

Khas untuk tIM

Kes Istimewa

Fikirpunya fikir...Cuba bayangkan kalau Jesus sebagai kaum Arab (dibawah peraturan muhamad) Mungkin Jesus sebenarnya yg patut dibinkan Abdullah kerana secara biologi dia bukan diperanakkan oleh lelaki yg wajr tidak ada hak sebagai bapak biologinya. tapi kerana Kasih, menjaga maruah maka Joseph dengan senyap menikahi Maria untuk melindungi anak itu dan menjadi bapak pada budak itu secara kemasyarakatan. Maka kesimpulannya... Hilang Salahsilah keturunan dlm kemasyarakatan.


Senyum seindah suria..yang membawa cahaya....senyumlah dari hati dunia mu berseri....
Betul saya sedang senyum ....kerana ini adalah salah faham yang biasa berlaku keatas sesiapa sahaja yang kurang memahami islam. Biarlah saya betulkan anggapan tIM mengenai pandangan Islam terhadap Jesus dan kehebatan sistem penamaan dalam islam.

Biar saya terangkan dari segi pengetahuan saya.

Jesus tidak boleh di binkan dengan Abdullah walaupun ketika itu berada dibawah peraturan Islam. Cuba tanya orang muslim apakah nama jesus @ Isa ? mesti meraka jawap...

Isa bin Mariam

Atau jika saya ubah kepada jesus

Jesus ak Maria

Tahu tak kenapa nama Mariam digunakan dan bukan nama Abdullah. Sebahagian orang islam sendiri tidak faham kenapa cuma menganggap ia salah satu hukum yang sama saya beritahu sebelum ini..ni ha saya cut paste balik..cuba lihat dibawah ni balik...

jika tidak di ketahui nama bapa @ tidak diketahui ada 2 penyelesaian yang boleh diambil iaitu:-

1) anak tersebut hendak di binkan dengan nama Abdullah sebagai anak yang diragui keturunannya-tak pasti siapa bapa sebenar (sama nama ayah Rasulullah saw seperti saya terangkan hikmahnya)

2) atau Di bin kan dengan nama ibu-sepertimana yang dilakukan oleh Ibu Nabi Isa Alaihisalam pada anaknya.


Walaupun dua penyelesaian itu boleh diambil bagi menyelesaikan masalah anak yang tidak diketahui nasab keturunan. Sebenarnya fungsi khususnya bagi kedua-dua penyelesai tersebut agak berbeza.

Jesus/Isa diterangkan didalam islam bahawa beliau dilahirkan tanpa bapa/ tiada ayah.oleh itu amat menghairankan jika ia dinamakan dengan nama Jesus/Isa bin Abdullah. Kerana disini yang telah saya terangkan Abdullah ialah merujuk hamba Allah yang tidak dikenali.

Nampak tak point yang saya nak terangkan.....?

Maksud saya, Jesus/Isa bin Abdullah adalah bermaksud Jesus/Isa itu memiliki ayah yang merupakan hamba Allah yang tidak kita ketahui nama atau siapa. Ini bertentangan dengan Al quran sebab Jesus/Isa dinyatakan dalam Al quran tiada Ayah.

Maka penyelesaiannya kita ambil...............

jika tidak di ketahui nama bapa @ tidak diketahui ada 2 penyelesaian yang boleh diambil iaitu:-

1) anak tersebut hendak di binkan dengan nama Abdullah sebagai anak yang diragui keturunannya-tak pasti siapa bapa sebenar (sama nama ayah Rasulullah saw seperti saya terangkan hikmahnya)

2) atau Di bin kan dengan nama ibu-sepertimana yang dilakukan oleh Ibu Nabi Isa Alaihisalam pada anaknya.


Yaaa....tepat sekali, penyelesaian no.1 tidak boleh digunakan kerana Abdullah merujuk kepada bapa yang tidak diketahui nama atau siapa sedangkan terang-terangan Jesus/Isa tidak memiliki Ayah (mengikut pandangan Islam) maka tiada alternatif yang lain selain daripada penyelesaian yang no.2. oleh itu...umat islam mengenali nama Jesus/Isa sebagai Jesus/Isa bin Mariam...di bin kan sempena nama Ibunya.

Lagipun Jesus tidak memerlukan Joseph bagi memelihara nasab keturunannya sebagai bangsa Isreail (yahudi) kerana Ibunya Mariam mempunyai salasilah jelas berasal dari Abraham(keturunan Yahudi). Penulisan salasilah Jesus ak Joseph adalah salasilah palsu yang digunakan untuk mengaburi pandangan masyarakat....bagi kami umat islam itu suatu pembohongan... malahan bertentangan dengan apa yang awak telah beritahu saya iaitu..(nak cari balik, pastu kat paste di bawah ni)....

by tIM .
Soal anak tiri, adalah jelas bahawa mereka adalah mempunyai bapa dan emak yang asal. Hak mereka dan sasasilah mereka juga mengikut yg asal, namun begitu sebagai ahli keluarga, berbalik lagi kepada kasih sayang keluarga kristian dari segi kerjasama dan perpaduan. Ia senang bukan!!!!


Ingat tIm, kedudukan Joseph sebenarnya ialah ayah tiri pada Jesus maka walaupun bergelar ayah pada jesus tak sepatutnya penulisan salasilah Jesus menurut salasilah Joseph, sebab walaupun tiada bapa, tetapi Jesus/Isa masih ada ibu. Hmm..tIM... hakikatnya tak sesenang yang awak katakan.....


* Tambahan
Jesus juga bukan anak zina @ anak haram kerana anak zina sebenarnya adalah hasil daripada persetubuhan(seks) haram@ zina antara perempuan dan lelaki yang tidak mempunyai ikatan yang menghalalkan perbuatan tersebut.maksud saya bukan suami isteri.

Manakala Jesus dilahirkan tanpa ayah, kalau tiada lelaki mana mungkin berlakunya persetubuhan(zina).Benih Jesus/Isa di bawa oleh malaikat Jibrail kedalam rahim Mariam tanpa melibatkan persetubuhan. Maka tidak pernah umat islam mencela Jesus @ Nabi Isa A.s sebagai anak zina atau hina, malah dianggap manusia yang suci dan mulia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2006 03:50 PM | Show all posts

oh ya...

Originally posted by eiyoei at 21-9-2006 06:23 PM
Bagi aku perbandingan tu perlu.

Sbb ia figure dan statistik.

Kenapa dalam C&C ni hanya 3-4 org sahaja wakil kaum kristian yang berbincang... Yang lain senyap je..
Adakah mereka hanya mem ...



Tak perlu wakil berpuluh-puluh...bagi saya cukup saja satu dua orang.......pening kepala saya nanti nak baca kesemuanya. dan saya nak tegur lagi sikap kamu ni, sikap seperti kamulah yang pernah membuatkan saya membenci islam ketika kecil kerana saya ketika itu saya pernah menganggap inilah umat islam sebenar.

objektif saya disini sebenarnya bukan nak bemusuhan, cuma nak menerangkan perkara sebenar yang mungkin di salah faham(saya pun mungkin salah faham terhadap mereka)dan ia sudah tercapai(bagi saya)... sama ada mereka mahu atau tidak mempercayainya..terpulanglah....dan saya nak balik semak SPM trial nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
tiM This user has been deleted
Post time 27-9-2006 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 27-9-2006 02:50 PM



Tak perlu wakil berpuluh-puluh...bagi saya cukup saja satu dua orang.......pening kepala saya nanti nak baca kesemuanya. dan saya nak tegur lagi sikap kamu ni, sikap seperti kamulah yang pern ...

Ya.... saudara/i seagama awak dah mencelarukan perbincangan ini.
Apa nak buat... Mereka tak senang melihat Org islam yg mampu berbaik dlm perbincangan dgn umat kristian. Ini terang2 berlaku dlm M&M juga. Oleh itu OB, X45, bateesta dan M5 tidak senang dengan pentabiran di sana dulu. Sekarang kumpulan pemikiran mejoriti muslim ini kita masih boleh layan di sini. tapi itulah, Perbincangan yg membanguna selalu dipesongkan dengan sikap tak rasional mereka.

Mereka tak minat utk belajar dan mendegar keterangan org sebagai fakta sebaliknya ingin pendapt mereka sahaja mendominasikan ruang. pada saya itu bukan berforum. Itu ceramah! Sampaibilahpun kita tidak mampu membuat org memahami kepercayaan kita kalau kita sendiri yg mengasingkan nilainya dari org lain.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 27-9-2006 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 27-9-2006 02:35 PM
Jesus ak Maria

Tahu tak kenapa nama Mariam digunakan dan bukan nama Abdullah. Sebahagian orang islam sendiri tidak faham kenapa cuma menganggap ia salah satu hukum yang sama saya beritahu sebelum ini..ni ha saya cut paste balik..cuba lihat dibawah ni balik...
...


Saya tak setuju Jesus dibinkan Mariam oleh Islam.
Kerana:-
1) Jesus bukan dari keturunan Muhamad yg membolehkan mereka menentukan salasilahnya.
2) Jesus kalau dibinkan dengan Maria, bermakna dia bukan dari keturunan Nabi. Kerana dengan berbinkan (bersandarkan peralian salasilah) Joseph yg merupakan Tunang Maria sahajalah yg berketurunan Nabi seperti mana hukum kenabian. Untuk pengetahuan. Kesemua Nabi adalah dari keturuan yg sana. Tak mungkin manimuthu diangkat jadi nabi, dan begitu juga Tong Sam Pah....
3) Tiada pertalian langsung Muhamad dan silam dengan Jesus (bible) mahupun  mana2 keturunan para rasul Jesus...
4) Tiada sejarah menunjukan Maria keturunan para nabi melainkan org biasa. Dia cuma sebagai seorg perempuan yg suci. Anda pernah lihat Salasilah Jesus sampai ke nabi Ibrahim?... Ada kalau nada ada masa buka Bible.

[ Last edited by  tiM at 27-9-2006 09:59 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nice2000 This user has been deleted
Post time 28-9-2006 12:07 PM | Show all posts
adakah kena keturunan nabi muhammad harus dibinkan?islama x cakap mcm tu.

adakah jesus itu dilahirkan atas dasar persetubuhan tunang mariam dan mariam???dia bukan anak suami mariam

ye ke?muhammad tiada pertalian dengan mana2 rasul?nabi adam tu sapa?rasulkan?so secara x langsung dah nampak pertalian.......dan semua umat manusia asalnya dari rasul

salasilah ini ada bkn pada bible je......g lah muzium islam anda leh tahu banyak pasal salasilah....klu betul nak tau lah.
Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 28-9-2006 12:09 PM | Show all posts
bukan umat nabi muhammad sahaja yang boleh dibinkan??ia x de tertakluk pun yang umat nabi muhammad sahaja kena di dinkan
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 28-9-2006 09:53 PM | Show all posts
Gastrik,
Masuk cepat.... sebelum budak ni melatah nta ke mana tanpa faham apa isu perbincangan. Saya boleh juga layan mentaliti budak tapi nilai perbincangan ini akan hilang. tanpa dimanfaatkan oleh sesiapapun.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 28-9-2006 10:00 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 27-9-2006 08:57 PM


Saya tak setuju Jesus dibinkan Mariam oleh Islam.
Kerana:-
1) Jesus bukan dari keturunan Muhamad yg membolehkan mereka menentukan salasilahnya.
2) Jesus kalau dibinkan dengan Maria, bermak ...

Tambahan..
Sandaran (bin) kronologi salasilah keturunan bukan ukuran biologi/DNA tapi merujuk pada keturunan Si lelaki yg bertanggungjawab menjadi bapa kepada anak tersebut. Kalau tiada siapa yg mahu betanggunjawab menjadi bapa maka tak salah seorg itu disandarkan pada nama Ibu yg akan merujuk kepada salasilah si ibu.... Tapi dlm kes Jesus Tunang Marialah yg melingdungi maruah Maria dengan kandungan itu dengan menjadi bapa sepenuhnya pada anak itu. walaubagaimanapun dia tidak menjamah wanita itu (maria) sampai dia melahirkan anak itu (Jesus). itu fakta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 02:18 PM | Show all posts

hehehe..

Originally posted by tiM at 27-9-2006 09:49 PM

Ya.... saudara/i seagama awak dah mencelarukan perbincangan ini.
Apa nak buat... Mereka tak senang melihat Org islam yg mampu berbaik dlm perbincangan dgn umat kristian. Ini terang2 berlaku dl ...


Salam sejahtera..

Pedulikan dia.....
dia banyak juga ilmu tapi sayang...ilmunya tidak dapat membentuk akhlak yang mulia pada dirinya,
saya dulu bukan baik sangat... boleh dikatakan budak bermasalah di sekolah( tak nakal tapi menakutkan orang)
nasib baik keluarga saya pindah semula kekampung lama dimana saudara mara saya ramai dan memberikan kasih sayang dan ilmu tak terhingga..... tapi sakit la tangan masa mengaji Al quran asyik kena rotan je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 28-9-2006 10:00 PM

Tambahan..
Sandaran (bin) kronologi salasilah keturunan bukan ukuran biologi/DNA tapi merujuk pada keturunan Si lelaki yg bertanggungjawab menjadi bapa kepada anak tersebut. Kalau tiada siapa yg mahu betanggunjawab menjadi bapa maka tak salah seorg itu disandarkan pada nama Ibu yg akan merujuk kepada salasilah si ibu.... Tapi dlm kes Jesus Tunang Marialah yg melingdungi maruah Maria dengan kandungan itu dengan menjadi bapa sepenuhnya pada anak itu. walaubagaimanapun dia tidak menjamah wanita itu (maria) sampai dia melahirkan anak itu (Jesus). itu fakta.


Oooo..... kalau begitu kaedah kristian,maka berbezalah dengan Islam, sebab keturunan bagi kami merujuk kepada ukuran zuriat sedarah.

kalau begitu, Hmmm.....
katakan kalau satu keluarga cina menjaga seorang anak angkat keturunan afrika.... nanti nak rujuk keturunannya macamana jika keturunannya mengikut keturunan lelaki yang bertanggungjawap menjadi bapa angkat kepada anak tersebut?


lupe nak katakan sesuatu....

Tunang Maria melindungi maruah Maria..

Ya......dengan perbuatan Joseph tersebut memang melindungi maruah Maria.... itu berdasarkan Bible dan pemikiran logik saya juga. kerana masyarakat akan menghina dan mencemuh Maria kerana memiliki anak sebelum kahwin dan Joseph akan menutup perkara tersebut dari pandangan masyarakat, akan tetapi saya masih katakan itu satu perbuatan menipu masyarakat.Oleh kerana saya ni muslim maka.... maka perbutan Joseph tersebut adalah pelik kerana menutup kebenaran tentang kelahiran orang yang di tunggu-tunggu umat manusia.

Dalam versi Islam, , setahu saya Joseph berkahwin dengan Maria selepas kelahiran Jesus. Selepas Maria selamat melahirkan Jesus, maka Maria ketakutan kerana sudah pasti masyarakat akan menghina dan mencemuhnya dan paling teruk mungkin dia di bunuh. Maka Allah swt pun memerintahkan Jibrail dan memberitahu Maria agar membawa Jesus berdepan dengan masyarakat Yahudi ketika itu dan meminta Maria lagi supaya mendiamkan diri dan jika sesiapa bertanya gerangan siapa anak dalam dakapannya maka jawap bagi maria " Tanyalah anak ini".

kemudian...Maria dengan penuh kepercayaan dan iman didalam hati pergilah membawa Jesus kepada masyarakatnya...dan seperti yang dijangkakan Maria masyarakat mulai mencemuhnya apabila dia pulang membawa seorang bayi yang comel sedangkan semua orang tahu Maria tidak berkahwin dengan sesiapa. mereka mengerumuni Maria dan medesak Maria supaya menceritakan asal usul anak tersebut... sudah tentu Maria ketakutan sambil memegang erat anaknya itu, tapi dia tetap mendiamkan diri sebagai mana diperintahkan.

Akhirnya datang ketua masyarakat ketika itu, dan menanyakan kepada Maria dihadapan semua orang yang berhimpun. maka Maria pun menjawap " Tanyalah anak ini" . maka sudah tentu ketua masyarakat itu kehairanan dan berkata " bagaimana anak ini boleh memberitahu kita sedangkan ia baru dilahirkan. Dan di saat itu jua dengan izin Allah swt maka bayi(jesus) tersebut berpaling kepada mereka yang berkumpul disitu dan berkata serta menerangkan perkara sebenar...saya lupa apa yang dikatakan...tapi ia menerangkan mengenai dirinya adalah rasul yang di utuskan oleh Allah swt dan ibunya adalah seorang perempuan suci...nanti cheack dalam Al-quran surah Al-Baqarah...saya tak bawalah pula Al quran pergi CC. (kalau nak senang boleh semak sendiri dalam Al quran)

selepas itu masyarakat sememangnya terkejut dengan bayi yang boleh berkata-kata tersebut, dan menganggapnya adalah bayi suci yang Allah swt anugerahkan pada mereka, maka maruah Maria telah terselamat.Dan masyarakat setempat sentiasa melindungi dan memberi pendidikan yang lengkap kepada Jesus agar bersedia untuk menyeru umat manusia seluruh Israil yang ketika itu dibawah pemerintahan kerajaan Rom.

kesimpulan : Dalam islam bukan Joseph yang menyelamatkan maruah Maria tetapi dengan kekuasaan Allah swt yang memberikan mukjizat kepada Jesus agar mereka terselamat dari tomahan dan kekejian malah memberikan perlindungan dan kebahagian kepada Maria berserta anaknya.(aduh mouse pula rosak)

[ Last edited by  GasTrick at 1-10-2006 03:02 PM ]
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 1-10-2006 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 1-10-2006 01:31 PM


Oooo..... kalau begitu kaedah kristian,maka berbezalah dengan Islam, sebab keturunan bagi kami merujuk kepada ukuran zuriat sedarah.

kalau begitu, Hmmm.....
katakan kalau satu keluarga cin ...

Saya ada contoh benar di mana keadaanini berlaku.
Seorgn kawan yg merupakan anak india (kartegori yg sangat gelapjugaklah) diangkat oleh cina semenjak kecil lagi. Keluarga asal bukan kristian. Dia dinamakan dengan nama cina kristian. Kita panggil dia black chinese. Sekarang dia kahwin dengan Chinese dan anakpun masih gelap jugak. Tak jadi masalah dia dirujuk pada salasila keturunan cina kerana yg menjadi keturunan itu adalah nilai yg dibentuk oleh keluarga pada anak itu.. bukanya faktor biologi DNA.
Saya fikir kalau darah daging itu merujuk pada genuinity keturunan biologi sudah pasti hukum mengenakan ujian DNA kepada setiap bayi cebelum menetukan salasilah keturuannya? At the end, apa sebenarnya objektif salasilah keurunan. itu jugak yg manusia pegang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 1-10-2006 02:43 PM

Saya ada contoh benar di mana keadaanini berlaku.
Seorgn kawan yg merupakan anak india (kartegori yg sangat gelapjugaklah) diangkat oleh cina semenjak kecil lagi. Keluarga asal bukan kristian. Dia dinamakan dengan nama cina kristian. Kita panggil dia black chinese. Sekarang dia kahwin dengan Chinese dan anakpun masih gelap jugak. Tak jadi masalah dia dirujuk pada salasila keturunan cina kerana yg menjadi keturunan itu adalah nilai yg dibentuk oleh keluarga pada anak itu.. bukanya faktor biologi DNA.


Woo..cepatnya.... masa lapang?

Oh... habis kesianlah bapa kandungnya....tiba-tiba keturunanya hilang?  

Saya fikir kalau darah daging itu merujuk pada genuinity keturunan biologi sudah pasti hukum mengenakan ujian DNA kepada setiap bayi cebelum menetukan salasilah keturuannya? At the end, apa sebenarnya objektif salasilah keurunan. itu jugak yg manusia pegang


Tidak perlu DNA, tapi jika ada kaedah DNA bagus juga di tambah dalam penentuan keturunan boleh dijadikan satu lagi penambah baikkan dalam penulisan . Objektif salasilah keturunan adalah untuk melihat susur galur..siapa ibu kamu sebanrnya..siapa bapa kamu sebenarnya siapa adik-adik kamu sebenanya..siapakah moyang kita sebenarnya.... dan paling penting siapakah diri kita sebenarnya.

Jika DNA ada, tak perlulah kami buat susur galur keturunan. Cheack je dah tahu..... siap susunan generasi lagi. Tapi kaedah islam dalam keturunan adalah untuk memelihara keturunan dari tersilap atau bercampur dengan keturunan yang tak dikenal pasti.kaedah DNA adalah baru... ketika zaman yang ketiadaan teknologi, apakah caranya untuk menentukan keturunan kita? Islam menerangkan hal ini... mesti jujur dan sentiasa benar, menulis keturunan yang sebenarnya.

untuk anak angkat, memberitahu mereka bukan darah daging kita memang perit dan meruntun hati.lebih-lebih lagi untuk mereka memahami walaupun tiada keturunan sah kita masih menyayangi antara satu sama lain seperti satu keluarga yang sebenar.... kerana kasih dan sayanglah kita harus memberitahu mereka perkara sebenar ... sebab kebenaran itu datangnya dari Allah swt Maha Benar dan Maha pengasih. Biar mereka mengenali kebenaran sebab kebenaran itu akan mendekatkan diri mereka pada Allah swt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 2-10-2006 08:35 PM | Show all posts
Kalau begitu...
(menggunakan penambah baikan dgn ujian DNA menentu salasilah keturuanan)
Adatak kemungkinan begini..
Awang bin Anu kahwin dengan Tipah binti Tipu
berkahwin... sebagai manusia biasa yg tidak lari dari dosa (ada belaku).
Anak sulung,
terlaji sebulum bernikah, terlambuat dari 6 bulan kandungan utk nikah. dinamakanlah anak itu
Abu nawas bin Abdullah.
Anak ke dua, Senah binti  Awang
Anak ke 3, Mohd Najib bin Awang
Anak ke 4, Nurhalizah binti Anwar (masih kekalkah perkahwinan itu, jadi persoalan)
Anak ke 5, Baizura binti Awang,
Anak ke 6, Endon binti kalimutu ( x pasti boleh dibinkan atau tidak, tapi itu kata ujian DNA)
Anak ke 7, Maya binti Awang
Anak ke 8, Minah binti Abdullah (tiada sample DNA yg mampu didapati menyamai DNA budak itu)
Anak ke 9, Nur September bin Awang (merupakan anak bongsu).

Pokoknya Salahsilah sebenar mengikut pertalian darah si bapak utk memastikan keturuanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 04:59 PM | Show all posts

Menjawap persoalan lepas

Salam sejahtera semua,

Saya sekarang di akhir tahun jadi banyaklah perkara perlu dibuat untuk sekolah, jadi agak lambatlah untuk berforum disini tambahan lagi, saya sedang membaca Bible(biasanya saya baca pelahan je kali ni terpaksa express) bagi mendapat pengesahan sesuatu bagi menjawap perkara dibawah.....

Saya tak setuju Jesus dibinkan Mariam oleh Islam.
Kerana:-
1) Jesus bukan dari keturunan Muhamad yg membolehkan mereka menentukan salasilahnya.


Bukan kami menentukan Jesus keturunan yang mana satu, jelas dia keturunan Yahudi dan jelas juga dia adalah rasul utusan Allah .... Memang Jesus tidak hidup di zaman rasulullah saw tapi kaedah menulis salasilah mestilah yang memberitahukan perkara sebenar supaya tidak mengelirukan...... sama ada saya, awak atau sesiapa sahaja yang mencari kebenaran.

Walaupun tIM tak setuju, saya pun tak boleh memaksa tIm menerimanya. Kristian memiliki Jesus tapi kami memiliki Rasulullah... sebenarnya Rasulullah adalah gelaran bagi Nabi yang diberikan kitab..... Islam ada 4 kitab yang di turunkan iaitu Zabul, Taurat, Injil dan Al quran, maka Nabi Isa A.s (Jesus) yang membawa kitab injil  adalah salah seorang Rasulullah selain Nabi Muhammad saw. Maka kami orang islam juga mempunyai hak keatas Nabi Isa A.s kerana agama islam menuntut umatnya percaya akan Rasul-rasul yang telah di utuskan oleh Allah swt..               

2) Jesus kalau dibinkan dengan Maria, bermakna dia bukan dari keturunan Nabi. Kerana dengan berbinkan (bersandarkan peralian salasilah) Joseph yg merupakan Tunang Maria sahajalah yg berketurunan Nabi seperti mana hukum kenabian. Untuk pengetahuan. Kesemua Nabi adalah dari keturuan yg sana. Tak mungkin manimuthu diangkat jadi nabi, dan begitu juga Tong Sam Pah....


Pelik! Kalaulah Jesus tiada pertalian darah dengan keturunan Nabi boleh menjadi Nabi(Rasul) dengan menjadi anak tiri Joseph(menjadi keturunan nabi), takkan Manimuthu tidak boleh menjadi Nabi jika Joseph juga memeliharanya(bukankah salasilahnya juga boleh menurut salasilah joseph jika Joseph menjadikannya anak angkat-seperti mana yang tIM katakan sebelum ini) ...? Ketentuan Nabi atau tidak sesaorang itu adalah pilihan Allah swt, dia yang menentukan siapakah yang layak bukan kita.

penjelasan lanjut sila rujuk post seterusnya.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2006 06:00 PM | Show all posts

Mengenai keturunan Jesus melalui Maria

Sambungan soalan tIM, saya buat dalam satu post sebab ia boleh dijadikan satu penerangan panjang

3) Tiada pertalian langsung Muhamad dan silam dengan Jesus (bible) mahupun  mana2 keturunan para rasul Jesus...
4) Tiada sejarah menunjukan Maria keturunan para nabi melainkan org biasa. Dia cuma sebagai seorg perempuan yg suci. Anda pernah lihat Salasilah Jesus sampai ke nabi Ibrahim?... Ada kalau nada ada masa buka Bible.


Saya baru sahaja belajar tentang kristian dan masih baru(lebih kurang 8-9 bulan lalu secara aktif). Malahan ketika membaca saya juga mentafsirkannya sebagaimana saya mentafsir Al quran(kaedah saya cipta sendiri). Maaflah jika sesimpulan yang saya akan perolehi berlainan dengan tIM atau mana-mana umat kristian yang lain. Jika ada pembetulan yang perlu dilakukan boleh tIM atau forumner kristian disini memberi tunjuk ajar.

Biar saya tunjukkan kehebatan saya dalam kristian yang masih setahun jagung....

Baiklah tIM, saya dah pun membaca dan memikirkan mengenai salasilah Jesus yang tertulis didalam Bible(agak lama mencari berbanding jika mengunakan al quran), oleh kerana berlaku beberapa kekeliruan maka saya terpaksa meluangkan banyak masa... saya juga ada bertanya pada beberapa orang kristian di sini tetapi jawapan mereka sama je macam tIM punya...... maka mulanya saya ingin mengakui kesilapan saya, akan tetapi saya menemui sesuatu  yang sangat menarik. mungkin ini menarik juiga bagi pandangan tIM..

ketika mencari saya menemui 2 salasilah yang ditulis di dalam Bible (patut saya rujuk disini terus mengenai penulisan salasilah kristian) iaitu

1) Dalam MATIUS 1:1-17 , silsilah Jesus TERTULIS: "Jesus adalah anak Joseph anak Yakub anak Matan anak Eleazar anak Eliud anak Akhim anak Zadok anak Azor anak Elyakim anak Abihud anak Zerubabel anak Sealtiel...",

1) Dalam  LUKAS 3:23-38: "Jesus adalah anak Joseph anak Eli anak Matat anak Lewi anak Malhi anak Yanai anak Yusuf anak Matica anak Amos anak Nahum anak Hesli anak Nagai...".

Baiklah, awalnya..........saya keliru akan dua salasilah ini, kerana nampaknya dua salasilah ini sangat berbeza dari segi pencatatannya. Mula saya fikir adakah ini percanggahan dalam Bible? Namun sepertimana saya katakan saya mengkaji Bible mengunakan kaedah saya sendiri yang saya ciptakan ketika mentafsir al quran dan sedikit sebanyak apa yang tIM ajar tentang salasilah saya guna pakai bagi menerangkan maksud sebenar dalam dua ayat ini.

Saya pencari kebenaran yang sejati, dan perkara yang mungkin sesetengah kristian tidak ketahui, saya bongkarkan..... syoknya perasaan ini, sama macam membongkarkan kebenaran dalam Alquran pada umat islam.berbalik pada perkara pokok kita iaitu keturunan Jesus melalui Maria, saya dapati

Maria adalah keturunan Abraham. Silsilahnya dicatat dalam Alkitab :

Lukas 3:23-38
3:23 Ketika Yesus memulai pekerjaan-Nya, Ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli,
3:24 anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf,
3:25 anak Matica, anak Amos, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai,
3:26 anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda,
3:27 anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel, anak Sealtiel, anak Neri,
3:28 anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er,
3:29 anak Yesua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi,
3:30 anak Simeon, anak Yehuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Elyakim,
3:31 anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud,
3:32 anak Isai, anak Obed, anak Boas, anak Salmon, anak Nahason,
3:33 anak Aminadab, anak Admin, anak Arni, anak Hezron, anak Peres, anak Yehuda,
3:34 anak Yakub, anak Ishak, anak Abraham, anak Terah, anak Nahor,
3:35 anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak Eber, anak Salmon,
3:36 anak Kenan, anak Arpakhsad, anak Sem, anak Nuh, anak Lamekh,
3:37 anak Metusalah, anak Henokh, anak Yared, anak Mahalaleel, anak Kenan,
3:38 anak Enos, anak Set, anak Adam, anak Allah.


Sudah tentu tIM akan mengatakan pada saya " GasTrick... itu salasilah Joseph bukan Maria" (imej bayangan je jangan marah)...sebenarnya catatan Dalam MATIUS 1:1-17 , merupakan catatan keturunan Joseph dimana Joseph anak Yaakub yang merupakan keturunan yang sebenar Joseph. Yaakub adalah ayah kandung Joseph.

Manakala Lukas 3:23-38 mencatatkan keturunan Jesus melalui keturunan Maria sebab Maria Anak Eli.Oleh kerana ketika itu undang2 masyarakat Yahudi tidak mengiktiraf sesaorang anak itu di namakan mengikut nama ibu maka kesimpulannya catatan silsilah ditulis oleh Lukas adalah catatan Silsilah GARIS MARIA, yang dicatat dengan nama-nama laki-laki. Ini adalah ketentuan adat Yahudi selalu menulis silsilah dari nama laki-laki. .

Oleh itu penulisan Jesus anak Maria anak Eli anak Lewi... telah di tukarkan kepada Jesus anak Joseph anak Eli.... dimana sedangkan Eli merupakan bapa mertua bagi Joseph.tIM boleh rujuk Bible pula jika mahu kepastian. Maka tiada percanggahan dalam pencatatan Bible antara Lukas dengan Matius cuma Lukas tukarkan nama Maria kepada Joseph.(tetapi dalam islam penulisan ini tidak tepat malahan mengelirukan)

Maka kesimpulan keseluruhan : Oleh itu, Jika Jesus di binkan kepada Ibunya Maria menjadi Jesus Bin Maria sekalipun keturunannya tetap keturunan nabi sama seperti yang saya tegaskan dahulu.Jangan risau tIM, ramai orang kristian berpendapat Maria keturunan orang biasa kerana pencatatan salasilah Jesus dalam Bible agak mengelirukan(itulah saya tegaskan penulisan salasilah mesti mementingkan kebenaran)..saya pada mulanya pun terpengaruh juga pada mulanya.Jangan risau, kita adalah manusia bukannya malaikat...manusia boleh buat silap.saya yakin Maria adalah keturunan Nabi Ibrahim kerana Islam beritahu saya begitu...

*Tambahan(membazir sahaja saya cari hal2 berkaitan tapi tak ditunjukkan)

Nabi Ibrahim yang dikenal oleh umat Muslim adalah orang yang sama dengan yang dikenal oleh orang Yahudi dan Kristen;
Ibrahim (Abraham) adalah bapa dari tiga agama besar: Islam, Kristen, dan Yahudi.

Kejadian 17:5,
"Karena itu namamu bukan lagi Abram, melainkan Abraham, karena engkau telah Kutetapkan menjadi bapa sejumlah besar bangsa."

Qs 29:27
Dan Kami anugrahkan kepada Ibrahim, Ishak dan Yakub, dan Kami jadikan kenabian dan Al Kitab pada keturunannya, dan Kami berikan kepadanya balasannya di dunia; dan sesungguhnya dia di akhirat, benar-benar termasuk orang-orang yang saleh

Qs 19:49
Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishak, dan Yakub. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi.

Kisah 7:32
Akulah Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Ishak dan Yakub. Maka gemetarlah Musa, dan ia tidak berani lagi melihatnya.

Nama Daud tertulis dalam Silsilah Jesus Kristus, Menunjukkan kepada kita bahwa Jesus Kristus keturunan Raja Daud.

Kisah 2:29-30
2:29 Saudara-saudara, aku boleh berkata-kata dengan terus terang kepadamu tentang Daud, bapa bangsa kita. Ia telah mati dan dikubur, dan kuburannya masih ada pada kita sampai hari ini.
2:30 Tetapi ia adalah seorang nabi dan ia tahu, bahwa Allah telah berjanji kepadanya dengan mengangkat sumpah, bahwa Ia akan mendudukkan seorang dari keturunan Daud sendiri di atas takhtanya.
Ayat di atas dengan jelas mengatakan bahwa Daud adalah seorang nabi dan Allah telah berjanji akan medundukan seorang keturunan Daud juga.



Daud juga sebagai utusan Allah diberi Wahyu oleh Allah :


1 Raja-raja 8:15-16
8:15 Ia berkata: "Terpujilah TUHAN, Allah Israel, yang telah menyelesaikan dengan tangan-Nya apa yang difirmankan-Nya dengan mulut-Nya kepada Daud, ayahku, demikian:
8:16 Sejak Aku membawa umat-Ku Israel keluar dari Mesir, tidak ada kota yang Kupilih di antara segala suku Israel untuk mendirikan rumah di sana sebagai tempat kediaman nama-Ku, tetapi Aku telah memilih Daud untuk berkuasa atas umat-Ku Israel."




Baiklah cukup setakat ini sahaja dulu, yang lain saya akan cuba selesaikan jika ada masa.... tapi mengunakan Bible atau Al quran amat memenatkan. saya pula seorang yang memerlukan banyak masa untuk mempelajari sesuatu dan inilah pertama kali saya gunakan ayat Bible dalam perbincangan...huh... betul-betul susah nak gunakan sesuatu yang kita tidak mahir.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 9-10-2006 07:32 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 6-10-2006 03:59 PM
Pelik! Kalaulah Jesus tiada pertalian darah dengan keturunan Nabi boleh menjadi Nabi(Rasul) dengan menjadi anak tiri Joseph(menjadi keturunan nabi), takkan Manimuthu tidak boleh menjadi Nabi jika Joseph juga memeliharanya(bukankah salasilahnya juga boleh menurut salasilah joseph jika Joseph menjadikannya anak angkat-seperti mana yang tIM katakan sebelum ini) ...? Ketentuan Nabi atau tidak sesaorang itu adalah pilihan Allah swt, dia yang menentukan siapakah yang layak bukan kita.

Manimuthu boleh jadi nabi kalau itulah kehendak Tuhan. Tapi hakikatnya bukan semua keturunan nabi akan menjadi nabi, tapi tiada seorgpun bukan keturunan nabi dipilih Oleh Tuhan sebagai nabi. Itu jelas dan terang... Soal istilah anak tiri di situ tidak timbul. Kerana istilah itu hanya berlaku sekiranya ia diiktiraf masyarakat sezaman. Ini kerana Joseph melindungi imej pertunangan mereka dengan mengahwini Maria tanpa mendedahkan kandungan itu dari kuasa luar biasa. Kalau diketahui oleh org yahudi... faham2lah apa yg akan mereka perbuat pada perempuan yg mengandung tanpa kahwin. Saya ingin tak susah utk anda membayangkan kerakusan masyarakat Yahudi terhadap perkara begini,... setanding juga dengan sifat org islam mereka ni... Sedangkan ajaran Jesus bercanggah dengan sikap menghukum(menghakimi) manusia kerana dosa mereka...

Seperkara lagi,
Soal anak angkat? awak tak tahukah bahawa nabi musa merupakan anak angkat seorg raja? Dia tak dibinkan abdullah atau dibinkan periuk kera atau yg sewaktu dengannya..... Dari status sebagai bangsawan dia muliakan oleh Tuhan sebagai mesengerNya.

Sangat jelas di situ etika salasilah anak angka, anak tiri anugerah Tuhan dan sudah pasti anda tahu juga hakikat anak tiri manusia biasa. Andai kasih diberi sebagai anak maka hukumnya tiada salah mewarisi salasilah keturunan dan juga harta tanpa dibeza-beza.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.083745 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list