CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: winamp05

Sedikit Ulasan tentang Hukum Syarak

[Copy link]
 Author| Post time 7-9-2006 11:36 AM | Show all posts
Sebab-Sebab timbulnya aliran taklid dlm perundangan Islam .

Wujud perselisihan dikalangan orang ramai hasil daripada kedudukan politik yg tidak stabil. Ini menyebabkan tergugat semangat kreatif ilmuan islam.
Percakaran politik menyebabkan terputus hubungan antara para fuqaha diseluruh pelosok Negara.
Para pemerintah tidak mempunyai minat yg tinggi terhadap perkembangan ilmu pengetahuan.
Para fuqaha sering menjadi mangsa penindasan pemerintah.
Berlaku propaganda2 yg kuat bg sesetengah mazhab yg ada.
Kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri di kalangan ulama.

Sebab-sebab taklid didalam perundanagn islam diperlukan.

Untuk memudahkan memahami isi al-quran dan hadis.
Memudahkan memahami hukum2 fekah yg terdapat dlm al-quran dan hadis.
Dapat menyatukan umat islam dibawah satu pendapat dan fahaman.

Keburukan Bertaklid Kpd Mazhab-Mazhab Tertentu Dlm Masalah Hukum.

Timbul sikap fanatic secara membabi buta kpd sesuatu mazhab.
Buku2 fekah yg ditulis oleh ulama taklid tidak mempunyai kualiti, tidak banyak membahaskan perkara2 baru dan hanya mengulang- ulang apa yg sudah dibahaskan sebelumnya.
Umat islam tidak lagi merujuk kpd sumber asasi hokum islam iaitu al-quran dan hadis atau melakukan ijtihad, sebaliknya hanya cukup dng mengikut pendapat para ulama mazhab yg sedia ada.
Perkara2 Furuk dlm masalah fekah menjadi isu perbahasan yg utama menyebabkan tergugat perpaduan umat islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2006 03:57 PM | Show all posts

Gerakan Ijtihad Dan Mengkanun Undang2 Islam .

Ijtihad ialah menggunakan keupayaan berfikir yg maksimum dan mencurahkan tenaga dalam usaha untuk mengetahui ketentuan hokum syarak dari dalil2 syariah iaitu Al-Quran, dan As-Sunnah mengikut kaedah tertentu. Contohnya ijtihad Saidina Abu Bakar r.a memerangi orang yg enggan membayar zakat.

Sejarah pembukaan pintu ijtihad dimulakan dizaman sahabat dan sblm kelahiran mazhab, ijtihad diamalkan secara meluas oleh para fuqaha islam untuk mengeluarkan sesuatu hokum. Walau bagaimanapun para fuqaha telah berhenti daripada melakukan ijtihad apabila lahirnya aliran taklid pada abad keempat hijrah.
Seruan kearah untuk kembali semula kpd ijtihad telah digerakkan semula oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim. Gerakan ini ini kemudiannya telah diteruskan oleh Mohammad Abdul Wahab di Hijjaz dan Mohammad Abduh di Mesir.
Pembukaan pintu ijtihad ini telah membuka sejarah baru dalam perundangan islam. Umat islam kembali merujuk kpd sumber asasi hokum islam demi untuk menggali dan menerokai ilmu-ilmu islam.

Antara factor-faktor yg menyebabkan berlaku gerakan ijtihad dalam perundangan islam adalah kerana setiap mazhab fekah hanya menumpukan kpd metodologi mazhab masing2 dlm perundangan islam.
Berlaku kecenderungan di kalangan masyarakat menafikan mazhab yg lain drp mazhab yg diikuti.
Perkara2 furuk fiqhiyyah menjadi bahan polimik dlm masyarakat sehingga membawa kpd penggugatan kesatuan dan perpaduan umat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 04:00 PM | Show all posts
Sejarah pengkanunan undang2 islam yg dilakukan oleh pemerintahan islam ialah :

Gerakan mengkanun undang2 islam bermula sejak zaman nabi s.a.w iaitu melalui perlembagaan Madinah.
Pada zaman sahabat gerakan ini dilakukan melalui usaha Khalifah Abu Bakar As-Siddiq mengumpulkan Al-Quran dalam satu mushaf.
Gerakan ini diteruskan lagi di zaman kerajaan Turki Othmaniah. Satu kod undang2 telah diperkenalkan yg dinamakan al-Ahkam al-Adliyyah untuk kepentingan hubungan perdagangan dengan negara2 eropah.
Di India dikanunkan satu undang2 yg dikenali dengan al-Fatwa al-Hindiah. Manakala di alam Melayu khususnya di melaka dikanun undang2 yg dikenali sbg Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka.
Undang2 yg dikanun itu mengandungi hokum jenayah, sivil, keluarga, undang2 keterangan, undang2 hubungan antarabangsa, dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2006 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 7-9-2006 04:00 PM
Sejarah pengkanunan undang2 islam yg dilakukan oleh pemerintahan islam ialah :

Gerakan mengkanun undang2 islam bermula sejak zaman nabi s.a.w iaitu melalui perlembagaan Madinah.
Pada zaman sah ...




:geram::jeling::gado:

Rehat jap........ Penat Menaip.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by winamp05 at 7-9-2006 04:03 PM




:geram::jeling::gado:

Rehat jap........ Penat Menaip.....  


Rajin tul ko wat suma nih. Tapi xpe sebab boleh dapat information dari sini. Teruskan sehingga ke keyboard yg terakhir. hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 01:37 PM | Show all posts
mana nya.. tunggu ni???
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-9-2006 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 8-9-2006 01:37 PM
mana nya.. tunggu ni???



:jeling:

Dah penat nak taip daaa..... nanti2 ler yek.... lenkali kita sambung lagi. Saya ingatkan dah xde org nak bc. Bukan apa, untuk pengetahuan suma gak, xde la sekadar Bertaklid ( ikut ) saja........

Nanti saya buka satu page baru, kita bincang pasal Ayat2 Mutasyabihat, Am dan Khas, Takhsis, Nasakh dan mansuh....
Hehehe....

Thanks kerana bg saport....
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 11-9-2006 09:54 AM | Show all posts
Salam winamp05,
   Terima kasih atas ulasan yang panjang lebar serta pengetahuan yang dipaparkan. Ternyata, untuk mengulas isu hukum syarak ini, hendak atau tidak, kita kena berbalik kepada perkembangan hukum syarak pada permulaan Islam, khulafa dsb. Namun zaman itu sudah berlalu berserta dengan tafsiran mereka, apa kata kita mengecilkan skop ulasan kepada negara Malaysia khususnya. Tak pun sebuah negeri pun cukup lar. Kita lihat, apa pula tafsiran dan applikasi hukum syarak yang diguna pakai bagi umat islam dinegeri tersebut dan ianya perlulah ringkas supaya releven dengan tajuk thread (sedikit ulasan).  Bukankah ini, lebih menarik dan releven diperbincangkan?

Sebelum itu, harap saudara dapat memberikan jawapan ringkas terhadap persoalan saya tadi
Harap sdr dapat jelaskan definisi ulama yang sebenarnya dan ulama yang manakah harus kita jadikan imam didunia ini. Ulama zaman silam atau zaman sekarang yang lebih utama kita ikuti? Mengapa? Apabila disebut 'disepakati ulamak' , siapakah mereka dan bila pula mereka mencapai kesepakatan itu?


Insyaallah, lepasni kita Bincang sikit pasal Usul Fiqh, mazhab2 ahli sunnah waljamaah yg empat, dan serba sedikit pasal imam syafie.


Ada pendapat yang mengatakan terdapat perbezaan antara syarak dan fiqh yang mana syarak bersumberkan nash yang qat'i manakala fiqh dari sumber nash yang zanni. Sejauh manakah, kebenaran itu?
Harap saudara dapat menjelaskannya bila tiba masanya nanti, insya-Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Harith This user has been deleted
Post time 11-9-2006 02:18 PM | Show all posts
Thanx winamp05 dan kawan2, persoalan dan ilmu yg disumbangkn cukup memberikan manfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 06:22 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062696 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list