CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: StoneCold

TAKDIR [merged] hird, sedondon, kuman

[Copy link]
Post time 8-6-2004 09:16 AM | Show all posts
saya tidak berapa pandai mengulas persoalan ni, tapi saya ad baca satu artikel.


Pemuda : Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?



Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.


Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan. " "
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2004 09:31 AM | Show all posts
agak-saudara saudara paham tak maksud takdir daripada cerita diatas.

takdir ialah sesuatu diluar jangkauan pemikiran manusia. memang kalau difikirkan semuanya telah disusun dan diatur oleh allah tapi tujuan allah tidak semua akan tahu.

apa yang saya boleh buat kesimpulan, mungkin allah nak menyedarkan manusia dari peringkat awal lagi bahawa manusia ini sememangnya lemah dan tak berdaya dan  yang hanya berkuasa adalah allah. hanya allah penentu segalanya. tidak sesiapa pun yang layak untuk mengubahnya melainkan izinya. seperti yang kita tahu allah maha penyanyang dan maha pengampun.

saudara sedar tak, walaupun manusia tahu bahawa allah yang mengatur segalanya tapi ada manusia yang tetap bongkak. tetap mengatakan segala yang dimilikinya adalah usahanya sendiri. ini menyebabkab datangnya kemurkaan allah dan allah akan memberikan balasan keatasnya.

wallahualam
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 8-6-2004 06:52 PM | Show all posts
Terima kasihlah aza.

Tapi sebelum tu aku nak bertanya , cerita yang kau bawak ni , boleh kasi rujukan tak ?

Mungkin dari hadis ke , ayat al-quran ke atau mana punya sumber ?

Kalau kau perhatikan , semua cerita dan kemusykilan aku , aku petik dari ahdis dan firman allah. Harap tolong beri kerja sama , lagipun post ini dah jadi digest , bairlah ia jadi rujukan yang sah dan bukan cerita yang tiada rujukan. terima kasih.

Kalau kau rajin , tolong jawab kemusykilan-kemusykilan aku di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2004 08:54 AM | Show all posts
stonecold!stonecold!

saya nak tergelak la dengan kenyataan saudara ni. kenapa saudara boleh berfikiran sampai jauh skali.

memang kita boleh jadikan al-quran dan hadis sebagai rujukan tetapi ada sesuatu perkara al-quran tidak menyebutnya dengan detail. contohnya solat. ada dalam al-quran nyatakan bagaimana nak bersolat, bagaimana nak berwuduk. tak da kan. melainkan ia hanya menyuruh kita bersolat. jadi sestengah perkara tu kita kene buat rujukan diluar. saudara pertikaikan dari mana saya mengambil cerita tu, sepatutnya saudara mengambil kefahaman cerita tersebut bukan persoalkan dari mana ia dirujuk.

saudara kene fikir, saudara memetik hadis dan firman allah dalam al-quran tetapi saudara mempertikaikan dan mempersoalkan. adakah saudara ragu2 dengan kebenaran al-quran. kita manusia tak layak la saudara menanyakan sesuatu yang diluar pengetahuan kita.

"Allah lebih mengetahui daripada apa yang hambanya tidak ketahui"

Allah yang mencipta manusia maka dialah berhak mengatur segalanya.
saudara tidak takut ker mempertikaikan benda ini.

kalau saudara berfikiran begitu, saya rasa benda ini tidak ada penghujungnya.

pepandailah saudara mencari jawapannya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2004 09:39 AM | Show all posts
Memanglah cerita yang aza bagi tu bukan dari Quran atau hadith. Tapi, cerita tu bertujuan untuk memudahkan pemahaman.

Stonecold baca balik apa yang saya tulis diatas, pada 2004-6-2 pukul 10:05 AM. Banyak ayat Quran yang saya letakkan disitu. Cuba fahami hadith berpandukan ayat-ayat Quran ini.

Dan fahami maksud hadith berikut untuk memahami lebih lanjut maksud hadith yang saudara tulis diatas:

Dari Sahal bin Sa'ad As Saidi  s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amalan ahli syurga sepanjang penglihatan orang ramai tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka. Dan ada pula orang yang beramal dengan amalan ahli neraka menurut pandangan manusia tetapi sebenarnya dia ahli syurga" (Sahih Muslim).
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2004 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 9-6-2004 08:54 AM:
stonecold!stonecold!

saya nak tergelak la dengan kenyataan saudara ni. kenapa saudara boleh berfikiran sampai jauh skali.

memang kita boleh jadikan al-quran dan hadis sebagai rujukan tetapi a ...



Ok..pertama sekali, aku ingin menanyakan pada kau ? Salah manusia menanyakan kemusykilan dia ?

Soalan kedua , adakah board ni tempat yang salah untuk aku bertanya tentang kemusykilan agama aku sendiri ?

Soalan ketiga, jawapan yang kau bagi tiada dalam realiti kehidupan. Kau ingat orang boleh terima ke jawapan dan perbuatan menampar orang tu dalam realiti kehidpan sebenar ?

Setakat loyar buruk , dan jawapan macam tu , aku sendiri pun boleh reka.

Mungkin kau manusia yang ada akal , tapi tidak boleh melihat realiti dalam kehidupan ini. Dan kau tercabar , bila melihat soalan aku. Marilah kita sama-sama cari jawapan.

Nabi Ibrahim sendiri masa dia tengok kaum dan bapa dia sembah berhala, dia berfikir dan musykil. Sampai dia dapat idea untuk merosakkan berhala dan menggantungkan kapak pada berhala-berhala tu untuk buat loyar buruk dengan tujuan mengejek kebodohan kaum dia.

Aku disini tak bermaksud nak mengejek agama aku sendiri , nauzubillah , sekadar ingin mengetahui kebenaran dan realiti yang bermain di depan mata aku selama ini.

Banyak contoh akan aku bagi nanti , tapi tunggu sedikit masa , tapi cuba kalau nak bagi rujukan , tolonglah bagi rujukan ayat al-quran dan haids sahih.

Aku bukan pertikaikan hadis dan ayat al-quran tu , cuma bila aku dapat rujukan-rujukan tu , aku akan gunakan dalam perbincangan yang aku rasa akan panjang ini.

Kau ada cakap benda ni tak sampai ke penghujungnya , tapi aku yakin ia akan menemui sesuatu kebenaran , insya-allah. Dengan izinNya juga , aku membuka thread ni dan dengan iziinNya juga aku membalas jawapan loyar buruk kau.

Kalau kau tak berminat mencari jawapan , jangan paksa orang lainmengikut teunjuk dan fahaman kau. Pasal tu dalam islam ada qadariah , jabariah dan ahli sunnah wal jamaah yang masing-masing mendakwa mereka betul. harap kau paham. Wassalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2004 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by amorist at 9-6-2004 09:39 AM:
Memanglah cerita yang aza bagi tu bukan dari Quran atau hadith. Tapi, cerita tu bertujuan untuk memudahkan pemahaman.


Aku rasa amorist , memudahkan pemahaman dan menyelesaikan satu permasalahan adalah dua benda berbeza.

Cerita-cerita macam ni yang tidak diketahui kesahihannya kelak akan mengundang fitnah dan tak mencapai matlamat sebenarnya.Bagi aku sebagai orang islam , hanya quran dan sahih sahaja boleh dibuat rujukan. Sekian , terima kasih .
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2004 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by amorist at 9-6-2004 09:39 AM:
Stonecold baca balik apa yang saya tulis diatas, pada 2004-6-2 pukul 10:05 AM. Banyak ayat Quran yang saya letakkan disitu. Cuba fahami hadith berpandukan ayat-ayat Quran ini.

Dan fahami maksud hadith berikut untuk memahami lebih lanjut maksud hadith yang saudara tulis diatas:

Dari Sahal bin Sa'ad As Saidi  s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amalan ahli syurga sepanjang penglihatan orang ramai tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka. Dan ada pula orang yang beramal dengan amalan ahli neraka menurut pandangan manusia tetapi sebenarnya dia ahli syurga" (Sahih Muslim).

Ok, thanks amorist. Ini hadis terbaru yang kau bagi rujukan
Dan ini pulak hais-hadis sahih dan ayat-ayat quran yang telah aku kumpulkan , juga dari kau dan jukebox selama ni.


Hadis satu
Dari Sahal bin Sa'ad As Saidi  s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amalan ahli syurga sepanjang penglihatan orang ramai tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka. Dan ada pula orang yang beramal dengan amalan ahli neraka menurut pandangan manusia tetapi sebenarnya dia ahli syurga" (Sahih Muslim)



Hadis dua

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya



Hadis tiga

Rasulullah bersabda, "Tidak seorang jua pun diantara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan oleh Allah disyurga atau dineraka". Maka bertanya seorang sahabat, "Ya Rasulullah! Kalau begitu, tidakkah lebih baik kita diam saja menunggu suratan takdir kita tanpa beramal?"

Jawab Rasulullah, "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia adalah kerana dia beramal dengan amalan orang yang bahagia, dan orang yang menjadi orang yang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu, beramallah!"






Hadis empat

Dari Abdullah r.a. katanya, "Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi s.a.w. berdoa, 'Wahai Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku Rasulullah dan dengan bapaku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Muawiyah'. Maka bersabda Nabi s.a.w., 'Engkau memohon ajal yang sudah pasti, memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibahagi-bahagi, yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya, dan tak dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan dari mula. Seandainya engkau memohon kepada Allah perlindungan dari siksa neraka atau siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus' ". (Sahih Muslim).

Hadis lima

Dari Hudzaifah bin Asid r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah nutfah berada dalam rahim 40 atau 45 malam, maka datanglah malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Taala, "Ya Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?" Maka ditulisnya salah satu antara keduanya. Tanya, "Apakah dia lelaki atau perempuan?". Maka ditulisnya salah satu dari keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian buku ditutup, tidak ditambah dan tidak dikurangi". (Sahih Muslim)

Hadith ini menerangkan bahawa segala yang telah ditetapkan itu tak akan diubah lagi (buku ditutup).






Ayat quran satu

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing..." (Ali Imran 3 )



Ayat quran dua
"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan)." (Al An'aam 2)

Ayat ini menyatakan bahawa waktu mati dan wakti dibangkitkan semula telah ditetapkan.



ok aku kumpulkan hadis dan ayat ni untuk buat komen selepas ini

[ Last edited by StoneCold on 9-6-2004 at 09:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 9-6-2004 09:11 PM | Show all posts
Lagi satu aku nak tanya

Adakah golongan jabariah dan qadariah dianggap murtad ? Kalau ya , kenapa ?

Dan kalau tidak  , juga kenapa ?

Harap ada orang yang sudi berkongsi ilmu dengan aku yang daif ini , terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2004 04:35 AM | Show all posts

Salam,

Saya nak berkongsi dgn en StoneCold mengenai pengertian takdir ini.

Firman Allah SWT,

揝esungguhnya Kami mencipta segala sesuatu itu dengan takdir (ukuran).
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2004 04:40 AM | Show all posts

Sambungan.....

Membicarakan perkara suratan takdir adalah amat menyulitkan terutamanya bila org ingin mengukurnya dgn akal dan logik masing2.  Bagi org yg kuat imannya dan yakin penuh dgn keadilan Allah, maka mungkin sekali dia akan didorong Allah kpd memahami perkara ini dgn lebih cepat dan lebih senang.  Walau bagaimana pun perkara itu adalah urusan Allah yg Maha Adil lagi Bijaksana, sebaik2nya kita serahkan bulat2 perkara itu kepadaNya supaya dipeliharaNya kita atas jalan yg betul dan diredhai olehNya.

Para ulama tauhid dan ahli mufassirin pun tlh byk mengemukakan berbagai dalil dan hujah dlm menerangkan gambaran suratan takdir.  Namun masih ada manusia yg merasa kurang puas hati dgn penerangan itu, disebabkan kadang2 pemikiran mereka sukar dpt menerima sesuatu penerangan yg terkeluar dr kuasa pemikiran mereka.  Jadi hal itu pdnya hanya tertinggal begitu sj terkatung2 di dlm kegelapan, masih belum terdpt suatu sinar yg boleh meneranginya.

Setiap manusia telah ditentukan suratan takdirnya dr mula ia diberikan roh oleh Allah swt.  Segala yg berlaku atas dirinya, bermula dr hari kelahirannya hingga ke hari kematiannya, semua tlh tercatit terlebih dahulu dlm suratan takdirnya di dalam azal, tiada sesuatu yg akan berubah atu bertentangan dgn suratannya itu.

Mungkin org akan bertanya:  Jadi, apalah gunanya bg manusia itu utk berusaha dan beramal, sedangkan semuanya tlh pun ditetapkan dan akan berlaku?

Mula2 biarlah kita membincangkan mengenai ilmu Allah dan pengetahuanNya yg menyeluruh dlm semua masa dan segala tempat, tiada sesuatu pun  yg terlindung dr pengetahuanNya, samada di bumi mahu pun di langit, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Contohnya,

Seorg engineer yg cekap yg ingin membina sebuah kapal, tentulah dia harus mengetahui segala2nya yg berhubung dgn kapal yg akan dibina.  Kalau kita boleh akui kebijaksanaan engineer ini yg boleh menentukan rangka kapal, dan seterusnya membinanya sehingga selesai dgn baik dan teratur, mengapa pula kita tidak boleh mengakui kebijaksanaan Allah yg tlh mencipta alam ini dan seisinya, termasuk engineer yg bijak itu.

Org akan bertanya:  Mengapa Allah menetapkan perkara2 yg tak baik bg manusia, sehingga dia menjadi jahat, menderhaka, kafir dll sehingga terseret ke dlm neraka?

Kita tlh mengakui bahawa Allah swt itu mengetahui dr hal makhlukNya dan alam ciptaanNya itu menyeluruh, tidak ada yg tersembunyi atau terselindung.  Jadi dr segi teori kalau begitulah zat Allah yg Maha Besar, maka tentulah Dia terlebih dahulu mengetahui tentang diri kita dari sejak lahir hingga meninggal dunia.  

Jadi, mungkin apa yg diperintah oleh Allah swt kpd malaikat utk menuliskannya itu adalah rekod kita yg tlh tercatit di dlm azal, jahat atau baik, bahagia atau celaka dsb tidak lebih tidak kurang.  Kemudian kita pun lahir ke dunia dan berlakulah ke atas diri kita apa yg terlebih dahulu tercatat dlm buku kita yg tersimpan di azal itu.

Kalau pun jahat sekali pun, itu krn kita yg bersikap jahat, sebab Allah tidak pernah menyuruh hambaNya melainkan yg baik2, utk dibalasNya kita dgn yg baik2 juga.

Org akan bertanya:  Mengapa pula yg tercatit di dlm azal itu ada yg jahat, mengapa tidak kesemuanya baik belaka?

Memang benar, pd lahirnya begitulah.  Tetapi kita belum tahu apa yg ada disebaliknya itu.  Kadang2 kita boleh tersalah anggap bila melihat seseorg yg lahirnya serba baik serba tenang kelakuannya, lalu terus mengambil keputusan org itu org baik.  Tetapi sebaliknya itu, kita tidak tahu apa kejahatan yg dilakukannya di belakang kita.  

Kita jgn lupa bahwa manusia memang tabiatnya cenderung kpd yg jahat.

Firman Allah swt,

揂ku tidaklah membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kpd yg jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2004 04:42 AM | Show all posts

Sambungan.....

Berkata Abul Muzaffar As-Sam抋ni,  bahwa jalan utk memahami perkara takdir dr ayat2 al Quran dan hadis2 ialah berdiri sehingga ke batasan apa yg dihuraikan oleh al Quran dan hadis2.  Barangsiapa yg berpaling dr kedua2 sumber itu, lalu berkias atau lalai dikhuatiri ia akan tersesat atau terpesong, atau tidak akan mencapai apa yg dicita2 utk menenangkan hatinya.  

Sebab takdir dan suratan itu adalah rahsia atr rahsia2 yg disembunyikan Allah di belakang tabirNya, yg dikhususkan ilmu itu bg diriNya serta dilindungi dr pemikiran makhlukNya, termasuk para Nabi, Rasul, Malaikat Muqarrabin.  Perkara ini tidak akan disingkapNya melainkan sesudah masuk ke dlm syurga kelak.

Wallahua'lam
Reply

Use magic Report

assamaqi This user has been deleted
Post time 11-6-2004 06:29 AM | Show all posts
Adapun perkara takdir berkaitan dengan tahap keimanan seseorang. Keimanan mesra dengan keyakinan, dan keyakinan pula berpasangan dengan ilmu.

Golongan tahkik dengan tahkiknya, tiada goyah akan keimanannya...
Reply

Use magic Report

assamaqi This user has been deleted
Post time 11-6-2004 06:33 AM | Show all posts
Setiap orang berkata mengikut kefahamannya, pada sisi ilmunya ia benar. Namun pada sisi lain ia sia sia(tidak benar) dan pada sisi berikutnya kembali ia dalam kebenaran..

Salam...
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2004 07:29 AM | Show all posts
Originally posted by StoneCold at 9-6-2004 09:11 PM:
Lagi satu aku nak tanya

Adakah golongan jabariah dan qadariah dianggap murtad ? Kalau ya , kenapa ?

Dan kalau tidak  , juga kenapa ?

Harap ada orang yang sudi berkongsi ilmu dengan aku yan ...

Salam semua ,

Boleh aku tanya sikit tak ?

Kenapa tidak ada seorang pun menjawab kemusykilan di atas

Adakah salah pertanyaan aku ni ?
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2004 07:35 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 11-6-2004 04:35 AM:
Allah swt tlh melarang kita meminum arak.  Akan tetapi kita degil, kerana mengikut Kan hawa nafsu.  Kita minum arak , lalu mabuk.  Dlm keadaan itu kita boleh membawa kebinasaan kepada diri kita, atau pun org lain.  Kita boleh dilanggar kereta lalu cedera dsb.  Adakah kita patut menyalahkan Allah yg tlh mentakdirkan kejadian itu?


Kalau takdir manusia tu yang menyebabkan dia jadi macam tu, macam mana ?

Contoh , manusia itu akan mati dilanggar kereta kerana minum arak, bila minum arak , dia jadi mabuk dan melintas jalan , lalu dilanggar kereta dan mati.

Bukankah itu takdir , maksudnya manusia itu telah ditakdirkan satu hari nanti akan minum arak yang akan menyebabkan kematiannya ?

Apa yang kau cakap di atas , manusia itu bebas melakukan apa-apa kerana manusia itu sendiri memilihnya. Bila kematian itu sendiri telah di atur(takdir)maka dengan dengan sendirinya , semua perkara juga telah diatur. Itu kesimpulannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2004 07:40 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 11-6-2004 04:35 AM:
Sebenarnya kita boleh berikhtiar atau memilih apa saja perbuatan yg kita ingin melakukan atau meninggalkannya.  Semua perbuatan itu kita lakukan dgn iradat dan kemahuan kita sendiri, iaitu menerusi kuasa terhad yg diberikan Allah.  Sebab itu kita diberiNya pahala atas kerja2 baik dan dosa atas kerja2 derhaka.

Firman Allah swt,

“Barangsiapa yg melakukan suatu kebajikan, maka dia akan mendapat 10 kali ganda kebajikan yg seumpamanya.  Dan barang siapa yg melakukan kejahatan, maka tiadalah ia mendapat balasan melainkan sekadar kejahatan yg seumpamanya, dan mereka itu tiada pula teraniaya.”
(Al-An’am: 160)..



Aku bersetuju dengan kenyataan kau ni. Manusia memang bagus berusaha , tapi kesudahan atau keputusannya sebenarnya sudah ada.

Contoh , kalau seorang guru , yang menanda kertas jawapan seseorang muridnya , walaupun murid itu berusaha bersungguh-sungguh , tetapi ada sahaja caranya beliau akan gagal , contohnya , kerana dari mula dari guru itu telah menetapkan mana murid yang gagal atau lulus dalam peperiksaan yang diberinya

Mungkin guru itu berkata murid itu gagal dalam sahsiahnya , kekemasannya atau apa sahaja lain. Supaya, keputusannya murid itu kan gagal , kerana dari mulanya , skrip perjalanan murid itu memang akan gagal di mata gurunya.
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2004 07:50 AM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 11-6-2004 04:40 AM:
Membicarakan perkara suratan takdir adalah amat menyulitkan terutamanya bila org ingin mengukurnya dgn akal dan logik masing2.  Bagi org yg kuat imannya dan yakin penuh dgn keadilan Allah, maka mun ...

Kau ni cakap berbelit-belitlah Mula-mula kau mengakui takdir manusia telah ditetapkan ajal ,rezeki dan jodohnya semenjak sebelum dia dilahirkan

Kemudian ,kau cakap , bila manusia itu telah lahir , manusia itu pulak memilih untuk melakukan kejahatan atau kebaikan. Kau bacan dan fahami hadis di bawah in baik-baik

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya



Satu lagi hadis

Rasulullah bersabda, "Tidak seorang jua pun diantara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan oleh Allah disyurga atau dineraka". Maka bertanya seorang sahabat, "Ya Rasulullah! Kalau begitu, tidakkah lebih baik kita diam saja menunggu suratan takdir kita tanpa beramal?"

Jawab Rasulullah, "Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia adalah kerana dia beramal dengan amalan orang yang bahagia, dan orang yang menjadi orang yang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu, beramallah!"



Tak tau lagi apa aku nak cakapkan. Pasal tu aku musykil. Tapi pada realitinya , yang aku pernah alami dan lihat , kenyataannya memang begitu . Kerana itu juga ada golongan jabariah dan qadariah dalam islam ini. Dulu aku ketawakan mereka , sekarang setelah aku dewasa , baru aku faham , mengapa mereka beranggpan demikian
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2004 08:01 AM | Show all posts
Ok , kawan-kawan mari kita kaitkan takdir dengan kehidupan kita sehari-hari.

Pertama

Aku pernah dengar , tapi takda rujukan. Ia mungkin hadis atau ayat quran yang berkata " Doa orang yang teraniayai , tiada tapisan , tapi terus diangkat ke langit "

Sedangkan banyak ahdis dan ayat quran yang dibeti oleh amorist dan jukebox , dengan jelas telah memberitahu , bahawa setelah seseorang manusia
ditiupkan rohnya dan ditulis segala nasibnya iaitu kematian , rezeki dan jodohnya , maka buku itu akan ditutup dan hanya akan dibuka di akhirat nanti. Dengan lain kat , maksudnya allah tidak akan membuat apa-apa perubahan pada untung nasib seseoarang anak adam itu.

Ok. nak contoh , aku boleh kasi. Pernah tengok tak pernderitaan rakyat palestin ?

Kau orang semua rasa , dah berapa puluh tahun mereka ditindas ? 10 tahun , 20 ,30, 40 , 50 ,60 , atau 70 tahun ?

Dari pengiraan aku ni yang tidak berapa mahir sejatah , aku kira dah 60 tahun lebih rakyat palestin dizalimi dan duli seteruk-teruknya oleh orang kafir yang sangat jahat iaitu yahudi.

60 tahun , masa yang pendek ke , kawan-kawan ? Umor nabi pun 63 tahun masa kewafatannya.

Kalau benar allah akan menerima doa orang yang teraniayai tanpa tapisan , adalah mustahil orang-orang palestin akan dibulu dan dizalimi sampai sekarang. Maksudnya , meraka iaitu orang palestin terus dizalimi sampai sekarang ialah , bukan kerana allah tidak menerima doa meraka , tetapi kerana mereka telah ditakdirkan demikian.

Aku yakin dan pasti , setiap hari , pastinya ada beribu-rakyat palestin yang beragama islam akan memohon ke hadrat allah supapa menolong mereka.tetapi adakah mereka dapat ? kerana apa ? doa mereka tidak mustajab , mereka banyak dosa ?

Jawapannya kerana mereka ditakdirkan begitu, dan orang yahudi pula , telah ditakdirkan untuk membuli mereka. Kerana itulah tiada kesudahannya



K
Reply

Use magic Report

StoneCold This user has been deleted
 Author| Post time 15-6-2004 08:10 AM | Show all posts
Itu hanya satu contoh je. Panjang lagi aku nak cerita ni.

Aku nak kau orang fikirkan.

Memang manusia digalakkan untuk berusaha , aku tak nafikan , tapi keputusannya memang telah ditetapkan sebelum manusia itu berusaha lagi

Contoh lagi ,aku nak bagi , seseorang manusia yang rajin berusaha , kerana ingin lulus periksa , dan akhirnya dia lulus. Dia berasakan bahawa kejayannya kerana usaha dia , tetapi dia silap. Kerana takdirnya telah tertulis :

"Si polan A akan berusaha keras dan kesannya , dia lulus periksa dengan cemerlang"

Da juga manusia yang telah berusaha keras. Contohnya B, tetapi kerana takdirnya beliau akan gagal , maka walau bagaimana dia kuat berusaha pun , beliau akan gagal. Ini menunjukkan bahawa takdir telah ditentukan kepadanya

Satu lagi aku nak tanya kau orang.

Di masa kau orang boleh berfikir , kau orang nak tak melintas jalan tanpa menoleh kiri-kanan ?

Jawapannya , pasti tidak kan ?

Tetapi , jika ditakdirkan , pada satu hari , kau orang mati , kerana dilanggar kereta , maka akan berlakulah , pada satu hari itu , tanpa berfkir , kau orang akan melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Kerana memang telah ditulis  pada buku seseoarang manusia itu , kematiannya akan berlaku kerana sebab itu.

Aku harap kau orang faham , apa yang aku cuba ketengahkan. Jadi , mengapa kita tidak hendak berfikir , sedangkan allah anugerahkan dan meninggikan darjat manusia dari haiwan kerana adanya nur, iaitu akal.Wallahu alam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.081310 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list