CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3315|Reply: 4

Ghost Game - Satira Polisi dan Reaksi Selatan Thailand

[Copy link]
Post time 21-9-2006 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Review dari Fadz (www.tontonfilem.blog-city.com)

Ghost Game adalah filem seram Siam baru yang sedang ditayangkan di Malaysia. Ia tampak seperti sebuah filem campuran 'slasher', 'reality tv show' dan filem rumah hantu biasa. Pada awal filem, dengan watak-watak yang sangat pipih dan plot yang 'melompat' dengan tiba-tiba, dan penggunaan teknik kejutan yang 'murah' seakan-akan mengingatkan pada kita, "Oh, sebuah lagi filem seram yang murah...", bertukar pada tempoh pertengahan hingga ke akhir filem ini- mula membentuk satu garapan yang menakutkan dan menggertak minda tentang isu politik penting yang sedang berlaku di Thailand dengan Kambodia, malah filem ini mengalami kontreversi sewaktu ia ditayangkan (sehingga terpaksa memasang 'disclaimer' di awal cerita).

Filemnya berlingkar tentang satu permainan realiti TV seperti "Seekers" di NTV7, memaparkan sebelas peserta yang 'tidak bernasib baik' yang dibawa menghuni ke sebuah bekas tapak ketenteraan, "Kem 17", di pulau fiksyen di selatan Thailand. Siapa yang takut, kecut perut, gila (tak sepatutnya mati) akan diumumkan kalah oleh pengarah rancangan dan dibawa keluar daripada permainan. Kem 17 adalah bekas (mengambil inspirasi Khemer Rouge) tempat penghuni kumpulan askar gerila yang menentang kerajaan. Apabila kumpulan peserta itu sampai di Kem 17, mereka menghadapi pelbagai kejadian yang menakutkan, sehingga ada di antara mereka sedar, fenomena-fenomena itu bukan buatan pengarah dan kru rancangan, tetapi hantu-hantu itu betul-betul wujud.

Pengarah filem ini, Sarawut Wichiensarn,  telah bermain (selain daripada bermain dengan idea "hidup ini satu permainan" seperti yang dibuat oleh Running Man) dengan konsep satira atau kritikan sosial yang biasa dalam filem-filem George A. Romero, dicampur dengan gaya 'slasher' Friday The 13th hingga Scream. Pada awalnya, ia tampak saja satu filem seram murah dan sederhana, sehinggalah sejarah bekas  penghuni Kem 17 diselongkar, tentang Jeneral, askarnya dan banduan yang dibunuh di kem itu. Sewaktu sejarah ini diselongkar, jelas, filem ini adalah paparan satira tentang cara dan perangai kerajaan dan rakyat Thai (daripada pemimpin hingga ke rakyatnya) menangani masalah negara jirannya, Cambodia, sekaligus masalah keganasan dan pembunuhan tak terkawal yang berlaku di Selatan Thailand sekarang.

Jika diperhatikan betul-betul, riak gaya dan perangai 'pengarah' rancangan ini semacam seorang ditaktor-kapitalis (seakan mengejek Thaksin) yang mengarah peserta-peserta melakukan 'kebodohan' di tempat berhantu itu (yang kononnya adalah props daripada kru rancangan), lalu peserta-peserta itu ikut sahaja, bukan kerana membuta-tuli mengikut syarat tetapi mahu memenangi 5 juta baht yang sangat lumayan (idea kapitalis yang diingini rakyat, lalu mengikut sahaja arahan ketuanya). Apabila peserta-peserta ini menyedari bahawa tempat itu merbahaya dan permaianan perlu diberhentikan, si pengarah menolak dan mengatakan "the show must go on"- satu kritis yang terang-terangan mengutuk cara Thaksin dan  menterinya menangani masalah di selatan Thailand sekarang walaupun sudah ramai penduduk Thai (polis, pegawai kerajaan, sami, atau orang Islam Thai) yang terkorban kerananya. Kita juga dipertontonkan dengan gambaran penduduk Bangkok menatap 'kejadian' atau siaran rancangan itu di TV tanpa hirau dan riak, sekali lagi 'mengutuk' cara penduduk lain Thailand yang tidak memahami, jahil dan terasing daripada realiti seram yang berlaku di selatan Thailand. Dislokasi inilah yang dimainkan oleh pengarahnya; satu satira yang sangat berjaya. Malah, untuk menguatkan mesej ini, pada akhir filem ini, seorang daripada sahabat peserta itu berubah menjadi hantu, memberi impak kukuh untuk menyatakan dua perkara: Selatan Thai atau negara Jiran yang tidak diambil kisah oleh Thailand akan datang membalas dendam terhadap Thailand, dan orang Selatan Thai atau negara Jiran, walau lainnya mereka, mereka tetap sebangsa dengan orang Thai.

Walaupun lakon layar filem ini mungkin tampak 'kelakar', mungkin kerana sarikatanya yang teruk dan beberapa kelemahan yang lain, filem ini adalah antara filem yang mengejutkan dan penuh inti dalam pembikinan filem-filem seram bersatira, mungkin tidak sebaik Battle Royale,  tetapi tetap memberi kepuasan dan idea yang segar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 07:44 PM | Show all posts
hmmmmmm
tatau nk tgk ke tak ...
takpon tunggu je la awl thn dpn kuar punye kt astro prima
ehheheh
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 12:32 PM | Show all posts
ulasan yang sgt menarik.  ini menunjukan filem2 thai mempunyai standard tersendiri kerana penyampaian mesej yang tersirat, jadi tak hairanlah filem thai lebih berkualiti berbanding filem mesia yg jelas tangkap muat pembikinannya (alasan tak cukup bajet)

walaupun aku blom tgk lagi citer ni, rasa tak rugi habis RM10 utk menontonnya. Cam citer Dorm baru ni, walaopon tak cadang nak tgk sebab tak citer len aku pun beli la tiket citer Dorm, finally aku rasa puehati nontonnya. kalu citer mesia, mau nyesal rasanya.

aku bukan tak sokong industri filem mesia apatah lagi nak kondem, cuma aku pelik camana org kita berkarya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 12:56 PM | Show all posts
memang betul.. bukan nak pujin filem luar.. bandingkan filem thai dgn malaysia sudahla.. kualiti baik.. ada cerita.. kalaucerita seram tu buat mcm real.. cgi pun nampak high budget..

aku yg suka sekali cerita kau kau kau 999... nak tunggu dvd kelaur cerita ghost game bagus best layan.. version dvd siam selalu lain sikit dari filem..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2006 02:34 PM | Show all posts
Originally posted by tempur at 22-9-2006 12:32 PM
ulasan yang sgt menarik.  ini menunjukan filem2 thai mempunyai standard tersendiri kerana penyampaian mesej yang tersirat, jadi tak hairanlah filem thai lebih berkualiti berbanding filem mesia yg j ...

mungkin anda patut masuk ke link yg diberi(blog pengulas filem tersebut) dan baca ulasan beliau terhadap beberapa filem Malaysia.....dan mungkin anda akan dapati bahawa standard sesetengah filem Malaysia tak kalah kpd filem Thai sebenarnya....cuma kita sahaja yg tidak melihat dari perspektif yg sepatutnya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.061405 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list