CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3418|Reply: 5

Derma Organ Setelah Mati

[Copy link]
Post time 21-9-2006 03:24 PM | Show all posts |Read mode
Saya di gerakkan hati untuk menderma organ saya setelah saya mati nanti.Saya telah cuba untuk pergi ke website kementerian kesihatan tapi tak jumpa . Boleh tak saya nak dapatkan keterangan lanjut mengenai derma organ.Niat saya hanya satu....Untuk menderma organ saya kepada mereka yg amat memerlukan.Saya nak tahu prosider dan boleh tak bantu saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 04:55 PM | Show all posts
Nor,

cuba pergi ke http://rayma.com.my/giftoflife/FAQ.html

download form kat situ, isikan & hantar ke alamat yg diberi.

rajin2 follow-up yer. pastu nnt national transplant akan bagi satu kad hijau, kad tu isikan details nor, nama, ic etc. pastu simpan kad hijau tu bersama dgn I/C Nor. nanti kalau jadi apa2, accident ke, org mesti cari I/C kita dulu kan, so diorang akan nampak kad tu sekali & diorang boleh ambil tindakan yg sepatutnya, hubungi pihak hospital etc.

tapi bincang dulu dgn ahli keluarga tentang niat Nor tu yer. walaupun selepas mati nnt Nor nak derma organ tp klw ada tentangan dr ahli keluarga, pihak hospital tak boleh buat apa2.

[ Last edited by  gam_gajah at 21-9-2006 05:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 01:33 PM | Show all posts
Derma organ selamat nyawa
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

APA reaksi atau perasaan anda apabila diminta menjadi penderma organ kardaverik iaitu memberikan organ tertentu apabila meninggal dunia kelak? Adakah anda bersedia, ragu atau tidak mahu?

Pilihannya terletak di tangan sendiri. Bagi kita yang tidak pernah berhadapan dengan masalah memerlukan organ pengganti untuk meneruskan hidup, kita mungkin kurang faham perasaan pesakit dan ahli keluarga mereka mahupun terhadap kepentingan pendermaan organ.

Mengikut ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi, Allah akan memberikan ganjaran besar kepada orang yang mendermakan kerana dianggap sebagai sedekah jariah untuk memberi peluang dan membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri memutuskan mendermakan organ sama ada membabitkan orang mati atau masih hidup kepada pesakit yang memerlukan hukumnya harus.

Pada Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan empat garis panduan yang mengharuskan pendermaan organ iaitu:


Pemindahan organ itu boleh dilakukan selepas tiada pilihan lain atau jalan akhir untuk menyelamatkan seseorang yang organnya tidak berfungsi.


Penderma atau pengikrar organ sudah disahkan meninggal dunia.


Kebenaran diperoleh daripada ahli keluarga si mati.


Tidak ada unsur perdagangan atau jual beli bagi organ itu.

Hampir semua organ boleh didermakan seperti buah pinggang, hati, jantung, mata, paru-paru dan pankreas. Manakala tisu yang boleh diderma pula ialah mata, tulang, kulit dan injap jantung.

Namun antara organ yang paling diperlukan ialah buah pinggang dan sehingga kini ada 6,000 pesakit yang saban hari menanti dengan penuh harapan untuk mendapat buah pinggang baru.

Masalahnya ialah kita kekurangan penderma dan tidak ramai antara kita yang sanggup mendermakan organ walaupun proses pendermaan itu hanya dilakukan selepas kita menutup mata.

Malah Malaysia mencatat jumlah terendah berbanding negara lain. Bagi nisbah setiap juta penduduk, Malaysia mempunyai kurang daripada satu penderma berbanding lapan di Singapura, 12 di Britain dan 35 di Sepanyol.

Saban tahun jumlah orang yang mendaftar menjadi penderma semakin kurang. Catatan Daftar Transplan Kebangsaan penurunan daripada 9,000 orang pada 2004 kepada kurang daripada 6,000 permohonan tahun lalu.

Jika dilihat pada angka memang agak banyak tetapi jumlah penderma sebenar adalah amat sedikit. Penderma buah pinggang misalnya menurun daripada 25 hingga 30 orang sepanjang 2001 hingga 2003 kepada 16 orang pada 2004 dan 13 orang tahun lalu.

Menurut Perunding Nefrologi, Datuk Dr Zaki Morad, masalah ini bukan disebabkan kekurangan kesedaran tetapi ramai terutama di kalangan Orang Melayu yang tidak bersedia menjadi penderma.

Halangan keluarga menjadi antara faktor utama proses pendermaan organ terpaksa dibatalkan. Sesetengahnya menggunakan alasan agama untuk menghalang organ ahli keluarga mereka diambil.

揝ebenarnya semua agama sama ada Islam, Buddha, Hindu atau Kristian membenarkan pendermaan organ. Malah Majlis Fatwa Kebangsaan juga sudah mengeluarkan fatwa yang mengharuskan perkara ini. Jadi tiada masalah untuk orang Islam menderma atau menerima organ.

揂da yang beranggapan proses ini akan menyeksa mayat. Anggapan ini tidak benar kerana pembedahan akan dilakukan dengan berhati-hati sama seperti ke atas orang hidup. Jika pembedahan tidak sempurna, organ akan rosak dan tidak boleh digunakan,
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 09:22 AM | Show all posts
Takut derma organ -- 9,000 pesakit terpaksa menunggu ganti buah pinggang
Oleh NURUL ANUAR KARI

KUALA LUMPUR 1 Nov.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:16 AM | Show all posts
Derma organ: Antara mitos dan realiti
Oleh Mohd. Shauki bin Abd. Majid

SYARIAT Islam merupakan syariat terakhir yang membawa petunjuk Ilahi bagi seluruh umat manusia. Di antara keistimewaannya, ia bersifat umum, abadi dan meliputi segala lapangan kehidupan.

Di dalamnya, di samping diletakkan dasar-dasar dan hukum-hukum yang mampu memenuhi keperluan umat manusia di sepanjang zaman, juga diberikan pula beberapa faktor kelapangan dan keluasan serta hak untuk berijtihad, terutama bagi para ulamanya, dalam masalah-masalah yang tidak ditetapkan oleh dalil qath抜 (pasti)

Dengan ijtihad ini, syariat Islam akan mampu menghadapi persoalan-persoalan baru yang semakin kompleks yang belum diputuskan seperti pemindahan organ badan dari orang yang mati kepada yang masih hidup. Justeru sesuai dengan perkembangan zaman, banyak masalah yang memang menuntut kehadiran ijtihad khusus dalam mencari pemecahan hukum yang sesuai dengan nilai-nilai ajaran Islam.

Hal ini perlu dilakukan demi memelihara kehidupan manusia. Prinsip ijtihad, selama tetap dipraktikan akan merupakan elemen yang dinamis dalam hukum Islam. Ijtihad memang perlu dilakukan sekalipun syarat dan tentangan yang berkembang semakin berat dan kompleks.

Menderma organ telah lama dijelaskan oleh ulama kita untuk menghilangkan keraguan yang timbul dalam masyarakat. Walau bagaimanapun ia hanya pandangan ijtihadiah semata-mata. Dan setiap pandangan ijtihadiah itu pastilah memerlukan perbincangan daripada ulama hari ini. Ini terutamanya mengenai masalah-masalah yang baru timbul yang belum didapati dari pandangan ulama yang terdahulu.

Umumnya kita mengetahui bahawa seseorang itu didalam sesuatu masalah ijtihadiah (khilafiah) tidak boleh mengakui pendapatnya sahaja yang betul dan tepat. Justeru Imam Syafii pernah menegaskan terhadap pandangannya dalam masalah khilafiah ini dengan mengatakan bahawa 損andanganku betul dan tepat tetapi berkemungkinan silap, sedangkan pendapat orang lain adalah salah tetapi berkemungkinan adalah betul
Reply

Use magic Report

Minah_Flunxy This user has been deleted
Post time 8-11-2006 01:00 AM | Show all posts
i nak sell my kidney, i wanna buy intel core 2 extreme systems.... kindly P.M me if interested
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.070627 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list