CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunga_sakura

[SERAM HOSPITAL]: Pengalaman pesakit/jururawat/doktor

    [Copy link]
Post time 27-1-2012 04:36 PM | Show all posts
Masa akak aku sakit ari tuh, kena tempatkan kat wad HUSM pasal laki dia keja kat sana, ada satu wad  ...
PenjualAPAD Post at 11-9-2011 10:27



rasa rasanya 8 selatan je ada females.. yang lain semua ward laki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 11:40 PM | Show all posts
SG nak cerita jugak la. kejadian ni jadi pertengahan tahun lepas kat hosp. gov kat pahang. mak SG masuk wad seminggu n malam2 SG tidur kat lantai tepi katil mak hampar toto.

roommate mak ni penyakit dia susah nak tidur. jadi, malam2, dia bwat sleep test yang sambung wayar penuh satu badan untuk doc tgk sleep cycle dia. kemudian malam kedua ni, entah kenapa, roommate mak ni taknak buat test tu.

masa tengah SG n mak sedap2 tidur malam tu, tiba2 tersedar bunyi perempuan macam menangis mengilai camtu. SG masa tu mengantuk sangat malas la nak layan. masa tu, ingatkan roommate mak tu tengah mengigau stress ke apa ke. bila dia bunyi makin kuat n SG tengok mak macam terkejut dari tidur, teruslah tekan alarm tu panggil nurse.

nurse tu masuk je, SG pun dengan muka mengantuk bagitau la nurse tu yang roommate mak ni mengigau kuat pulak. pastu, nurse tu pun selak la langsir roommate tu. SG pun jenguk sekali. aik..nampak lena n tenang je roommate tu tidur.

elok pulak lepas tu geng nurse tu datang, nurse tu bagitau la pasal bunyi tu. pastu, yang bestnya, nurse tu bagitau sebenarnya dia dah dengar lama kat kaunter tu sampai naik bulu roma dia tapi takut nak tengok apa. alahai..

then, SG dengan mengantuknya sambung la tidur balik. esoknya, kitorang tanya roommate tu dia sedar tak bunyi tu. dia cakap ok je tidur. haritu tu jugak dia balik rumah. kitorang hairan jugak sbb rasanya sleep test dia x siap lagi. huhu.

lepas tu, adik SG amik turn tidur sana. bila SG kat rumah teringat balik, memang seram kot bunyi dia tu. tapi, SG n mak tak cerita kat adik lagi masa tu takut dia pulak yang takut.

then, adik bagitau malam yang dia tidur tu, nurse kat situ pesan jangan off lampu toilet. biar on je 24/7. and pintu bilik pun nurse tak tutup. bilik kitorang ni sebelah kaunter nurse je. tapi, sepanjang seminggu mak dalam wad, seluruh wad tu ada dalam 3-4 patients je rasanya. mmg sunyi n seram la.

pasal bunyi tu bunyi apa, sampai sekarang kalau kitorang teringat memang takut.huhu.

erm.SG ni sebenarnya penakut yang teramat. sorry la kalau cerita ni tak takut sbb SG takut nak cerita seram2.hehe.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 04:31 PM | Show all posts
Nak cite gak pengalaman arwah ayah kat HUKM dlm bulan Ramadhan tahun 2010, dlm pkl 5am masa tgh bersahur dpt kol dr hospital bg tau srh dtg hospital sbb arwah meracau. So aku, kakak & adik aku pegi sana. Tiba sana nurse tgk nurse tgh sorong arwah guna wheel chair. Pas tu arwah bising ckp kat kitaorg nurse2 kat situ semuanya jahat, siap ckp salah sorang tu setan & nak pukul dia..  Doktor bgtau, arwah dari tadi marah2,  guling2 kat dpn kaunter siap bukak baju sepital & round dlm wad & selongkar setiap laci kecik tepi katil patient dlm wad. Ayahpon dh nk bukak tingkap wad sbb dia kata ada org kacau dia dari tingkap tu.
Mmg pagi tu arwah ayah ckp benda pelik2.. dia siap ckp kat aku kat katil sebelah dia ada budak kecik tgh kena bakar..seram gila aku masa dia ckp benda cam tu. Pas tu tetiba dia ckp nampak biawak & burung kat keliling katil dia..lagi le aku seram..aku & kakak aku dah nanges dah ingatkan arwah dah gile ke ape..
So kitaorg pon pujuk & tenangkan dia..srh dia naik atas katil...Korang bygkan umur arwah masa tu 72thn.. masuk sepital sbb ada bladder cancer jln pon guna tongkat sbb x larat tp pagi tu di boleh panjat katil hospital dgn keadaan katil tu  punya kandang tgh dinaikkan. Ktaorg masa tu dh rasa lain dah sbb tgk kederat dia semcm.
Doktor suspek arwah gile & panggil pakar sakit jiwa. So kakak aku yg doktor tu diskas dgn doktor psikiatri tu mintak kluar dari sepital sbb arwah dah bising mintak balik sbb org2 kat situ semuanya jahat kata dia.
Gitu gini dlm pkl 4ptg baru dpt bwk arwah kluar wad..tu pon sbb dia hampir ketuk kepala sorang nurse yg dia ckp jahat tu. So kitaorg bwk balik & terus pegi kat rmh satu Utz kat Ampang. Lps Utz tu bacakan doa & bagi dia minum air penawar barulah dia stabil & sedar..so kitaorg tanyelah dia knp dia ckp bkn2 masa kat sepital  tadi.. arwah kata dia rasa bkn ade kat hosp tapi ade kat dlm hutan & ade org yg x kasi dia balik bila dia nk balik rumah...& ade sorg pempuan asik tipu dia je bila dia mintak tunjuk jln kluar (kita org saspek nurse yg dia kata jahat tu)... adooii berdiri bulu roma bila dia cite cam tu..sejak tu ayah lsg x boleh nk dibwk ke hospital, tapi seminggu sblm dia meninggaldia sendiri yg mintak pegi sepital.. & arwah ayah baru je meninggal 18/12/2011 lepas di HUKM..semoga roh arwah berada dia dlm golongan org2 yg beriman..AMIN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 04:46 PM | Show all posts
huhuhu cte saya ni tak seram..sebab saya tak reti nak cerita.

bbrp tahun lepas, saya n rakan sekelas ada projek melawat wad kanak-kanak kanser di pp*m...bfo melawat tu, kami ada taklimat la dari staffs kat situ dan seorg 'orang besar' hospital ni..dek kerana kami ni majoriti perempuan termasuk (pensyarah pembimbing kami skali pun perempuan...dua org je budak lelaki kelas kami ni ha...), 'org besar' ni usik la, "balik melawat wad kanak2 nanti, kita melawat 'wad org tidur kekal' pulak ye?ada berani?"entah macam mana, ada la beberapa org ni kata "BERANI!" dengan konfidennya!

so, dipendekkan cerita, kami pun buatla aktiviti di wad kanak2 tu..takde apa2 yg berlaku la, alhamdulillah..cuma sebak la tgk adik2 tu kecik2 dah besar ujian dorg..and lepas tu...tanpa kami sedar, perjalanan kami nak balik ke hall tadi tu ikut jalan lain dah. staff tu bawak kami detour ke bilik mayat.

"siapa tak berani, siapa lemah semangat, sila jangan masuk. tunggu kat luar ye?*sengeh semacam* tapi saya tak jamin la apa2 yang nak terjadi kat luar tu," kata salah seorg akak staff tu. kalau korg la, dia cakap camtu, korg berani ke tunggu kat luar? nak tak nak semua masuk. berdiri rapat2..

kami ni semua tak biasa lagi masuk tempat mcmni, so memang kejutan budaya la tengok 'petiais' ni semua..meremang bulu tengkok, dan segala bulu tubuh tu takyah cakap la! kalau boleh tak mahu nak sedut nafas sebab tak mahu hidu bau di bilik tu...time tu, saya rasa panas pulak. macam tengah berbaris waktu perhimpunan sekolah pagi2 tu ha..padahal tempat tu kan ke sejuk? so, saya pekakkan telinga la, tak mau dengar apa satu pun penerangan para staff tu. dia bukak satu 'petiais' tu (tak selak la selimut, tapi nampak la bentuk corpse tu, kaki siap terangkat lutut) Dalam kepala dan hati hanya berserah kat Allah semata, sebab ni pengalaman pertama kan...semua surah lazim (sbb saya ni pun bukan reti sgt doa2...masih bertatih belajar bab agama) saya baca dalam hati. Kedengaran bunyi mcm mesin..ala2 bunyi gergaji kot? lebih kurangla.. kata staff yg tengah bagi penerangan tu, tu bunyi post morterm kat salah satu bilik dalam tu. katanya la. wallahualam...

lepas tu kami beredarla ke hall, tempat sepatutnya kami berkumpul lepas lawatan wad kanak2 tu. on the way tu..slh sorg staff pengiring tu ramah pulak la ceritakan pasal salah satu bilik pembedahan yg dah dimodified jadi ofis. (ni kalau akak tu tipu, tipula saya ye..saya taktau sejauh mana kebenaran cte ni.) katanya even siang pun, kdg2 ada gangguan kat situ..dia kata, kdg2 kerusi kena goncang time duduk. ala..mcm tengah kita buat kerja je, ada org tarik or tolak kerusi kita tu dari belakang, haaaa camtu la. kdg2 tetiba brg hilang, and jumpa di meja org lain. kdg2 atas meja, kdg2 bwh meja, kdg2 even dalam handbag! memula tu siap ada staff yg bertengkar sbb sorg tuduh sorg etc..tapi lama2 dah biasa..

akak tu kata lagi, adakala, tengah duduk saja, tetiba ada org cuit2. @_@ kalau suasana sunyi, boleh dengar kadang2 bunyik mcm budak2 giggles katanya.huhuhu

lepas semua aktiviti siap, kitorg balik ke kampus. time tunggu kenderaan ambik kitorg tu, smpt jugakla nampak trak polis yg kecik tu, bwk mayat bungkus dgn plastik hitam tu..tatau mayat siapa n apa jadik.. sampai je hostel terus mandi. masha Allah punyala kuat bau 'bilik tidur kekal' tu....lepas mandi masuk bilik, rupanya bau tu lekat kat bilik sbb tadinya ada masuk bilik untuk ambil towel etc utk mandi.

time saya duduk2 rehat lepas mandi tu..tetiba slh sorg kwn ni, Fika, lalu depan bilik saya..menangis. (dia lepas mandi, nak balik ke bilik). saya follow g bilik dia n tanyala, kenapa? dia kata dia tak tau..tetiba rasa mcm berat sgt2 hati..mcm sangat-sangat sedih dan sebak.rasa macam semua orang happy tengok dia sedih. lepas tu perasaan dia, mcm dia ditinggalkan oleh semua org je. time tu room mate dia pandang semacam je..yelah, minah ni jenis cheerful, tetiba nangis tersedu sedan macam tu, memangla kami pelik.

malam tu, asrama kami, satu level bau mcm bau kat bilik mayat. wallahualam la, sama ada bau tu yg melekat atau kami yg terhidu2 sebenarnya...saya pulak terus demam, panas sgt badan sampai menggigil2.

Fika masih menangis...tapi bila tanya, dia sendiri pun tak faham kenapa dia rasa mcmtu. sampaikan time solat pun dia menangis2 sebak. makan pun sambil berlinang air mata.

malam tu, kami tidur ramai2. kongsi2 bilik la. satu bilik tu patut ada dua org je, tapi sebab bilik tu besar, boleh je muat ramai2. saya tidur di bilik Lia dan Ros malam tu. saya tidur kat bawah, antara katil Lia dan Ros. tengah2 malam, entah mcm mana saya boleh terbangun, bila saya pandang ke katil, Lia tengah pandang saya, tersenyum. Ya Allah, saya tak tau nak describe betapa ngeri nya senyuman dia time tu. Time tu sebab terlalu takut, saya pusingkan badan membelakangi dia, tutup muka dengan bantal dan berdoa macam2 supaya Allah jaga saya...tau2 je saya dah tertidur.

Subuh tu kami bangun. kami ni satu geng memang biasa solat sekali reramai. mengelakkan malas sbnrnya hehe. Lia yg sebenarnya beck ni diam je. tak tau kenapa. bila ditanya, dia senyum. @_@ Fika muka bengkak sebab banyak sgt menangis. dia dah berhenti nangis, tapi mmg masih rasa sgt sedih. siap dia tanya, "aku ni nak gila dah ke ek?"

so, kitorg sepakatla baca yassin and mengaji ramai2 ala2 tadarus lepas solat tu..sebab tu kebetulan weekend. so takdela kelam kabut nak pegi kelas. lepas baca..hari pun dah cerah, kitorg buatla kerja masing2..saya yang tengah demam, hanya mampu makan ubat dan tidur balik. tapi tidur kat bilik sendiri la.

alhamdulillah, tengah hari tu..semua org dah jadi mcm biasa. Fika kata all of sudden dia mcm dah tak sedih. Lia plak kata "entahla weh. dari semlm aku rasa lain sgt2. tapi ni dh oklah."

agak2nya..ada yg ikot kami balik kot ek?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 05:38 PM | Show all posts
pengalaman adik dura bekerja di sebuah hospital daerah di pahang...
ada seorang pesakit wanita berusia 60 tahun... dimasukkan ke wad kerana sakit kanser.  Nurse yang ditugaskan memberi ubat pada makcik tu sering rasa seram sejuk terutama bila nak bagi ubat pada pukul 3 pagi. Makcik tu akan renung nurse macam nak makan orang. Kebetulan katil makcik tu berdekatan dengan kaunter nurse.  Nurse-nurse lain yang bertugas di kaunter juga mengalami gangguan seperti ada perempuan melintas...kerusi bergerak (sejak makcik tu masuk ward).  Sbb tak tahan dengan gangguan...nurse di kaunter pun pasang kaset yassin.  Makcik tu marah & siap jerit2....Makcik nie walaupun kurus tetapi kuat makan....Selepas beberapa hari di ward, makcik ini dibenarkan pulang ke rumah.. Selang seminggu makcik nie pun meninggal dunia.. Cerita dari orang kampung...makcik nie susah betul nak meninggal sampaikan kena buka sedikit atap zink rumah...  rupa2 nya makcik nie ada memelihara hantu raya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 12:16 PM | Show all posts
Reply 1785# durability

seramnye...kiranya yg kuat makan dan yg marah tu bukan makcik tu la ek....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 10:56 AM | Show all posts
Sepanjang aku bergelar student, mmg lgsg takde apa2 yg pelik pnh aku jumpe stakat ni. Dah praktikal kat mcm2 hospital.. Masuk bilik mayat pg amek brg, bkn tgk post mortem. . Alhamdulillah takde apa.... Lps abis keje, nak blk nek bas kolej mmg ari2 lalu dpn bilik mayat. Bas mmg parking situ. . Ok je.... Takde apa ;) biasa keje shift malam kat labor room, jumpa mcm2 kes.. Pg basuh uri apa suma tgh2 mlm.. Bersihkan delivery set penuh darah2 kat bilik mencuci sorang2.. Syukur stakat ni aku tak pnh jumpa apa2 lg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 11:01 AM | Show all posts
Ms study dlu aku lgsg tak berpeluang nak tgk post mortem.. Klu ada kes, tak kene plak dgn masa aku. . Klu aku, lg aku rasa nak tgk adalah. Selama ni aku dok tgk dlm video ja.. Mungkin blum berpeluang.. Kwn2 aku ramai gak yg dah tgk. . Takde apa2 plak yg berlaku kt dorang. Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2012 05:55 PM | Show all posts
tp ayuniaa banyak kes jugak yang bila buat post mortem lepas tu kene kacau.. lebih2 lagi kalau kes yang kene time tu kes yang kematiannya meragukan.. penah aku dgr citte kawan aku diganggu bila lepas buat post mortem kes .. kematian akibat ilmu hitam nie...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 07:38 PM | Show all posts
sebenarnya bukan semua org yg berpeluang dan "bertuah" utk jumpa benda2 nie kat sepital tapi my mom yg pernah kijer dengan sepital nie mmg selalu jumpa benda nie cuma dia ajelah yg kuat atau xnya, klu dia kuat so dia ok aje klu x pasti arwah tok kena carikan air wat penawar

dulu ana ada pasal arwah ibu ternampak sorang Dr biol wat projek dgn mayat kat bilik mayat baru nie terserempak dgn sorang kawan yg jugak Dr bertugas kat sepital gomen dia pun cakap benda yg sama, sampai dia rasa nak muntah dan dia tanya kat ana
"diaorg nie xde benda lain ke kat dalam pala tue, dok wat camtue kat mayat, kesian kat mayat tue terseksa, dahlah mayat yg tue kes kena bunuh dan rogol, waktu hidup kena rogol dah mati pun kena rogol"
kesian kan bila dgr camtue, mmg x berhati manusia tapi berhati haiwan

kawan ana kata kenapalah mayat tue x bangun dan cekik aje Dr gila seks tue :@
sian kat mayat tue dan ana pun rasa sedih bila dgr tambah lg yg kena rogol tue budak muda dan yg buat tue lak org melayu yg mengaku org islam tapi perlakuan serupa iblis :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 08:04 PM | Show all posts
addamnor,
8 timur depan lah tuh....kan dia kata ade katil 4... pastu husband dia kan staff HUSM....tmpat tu mmg scary especially wad diraja...
HUSM.. 1st floor... lorong kecil yang menymbungkan block lama kaler purple yang tinggi dengan block baru kat blakang....

just after ward baby 1 timur belakang, nearby staircase...

ada something di situ...

sapa2 yang kerja HUSM atau jaga relatives kat situ cuba la lalu lorong tu di tingkat satu, jumpa tak apa yang aku jumpa..

ko jum[pa ape wei??? aku lalu kat situ takde ape pon??? tp aku tak pndng la stair case tuh...huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 02:21 AM | Show all posts
kes menyeramkan tu takde sangatlah kot...mungkin sebab imaginasi penakut tinggi tu yang rasa macam real....
Sewaktu saya bersalin anak sulong kat satu hospital kerajaan, la nie hospital tu dah dirobohkan dan dijadikan pusat peranginan sebab berhadapan dengan pantai.
Malam selepas bersalin tu, kami tak dibenarkan pulang sebab baby tak cukup bulan..saya pulak tak boleh tido sebab rungsingkan anak, berpantang pulak dengan kipas angin berpusing2 kat kepala. Katil pulak tepi jendela, tengah malam tu tetiba terbangun sebab terdengar suara orang nanges2.  Saya tanya kat misi, dia bagitau ada orang mati bersalin.
Maknanya suara tangisan tu kaum keluarga dia lah.  Kesianlah pulak tapi seramlah sikit.
Tak lama lepas tu lepas susukan anak, saya cuba lelapkan mata tapi tak boleh lena sebab bunyi lolongan anjing dan seolah-olah macam ada orang melintas kat tepi tingkap saya.
Saya buat2 tak kisah sebab tak nak takutkan diri sendiri, tapi tak tahan sebab ulang-alik 'orang' tu melintas sambil nanges2...bunyinya sungguh memilukan..
Saya tak pasti siapakan orang itu dan yang pasti tak ingin nak berkenalan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 05:23 PM | Show all posts
xde cter len ke....
plz plz plz{:4_229:}
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 01:01 PM | Show all posts
Reply 42# princessmarli


    iye ke, sbbaku pernah duduk bersalin kat spital bentong, idak ade pulak. mungkin sebab bulan posa kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:08 PM | Show all posts
ni kawan i citer..

kat tempat dia buat hospital baru.. hospital baru tu pulak betul-betul sebera ...
bettyboops Post at 27-9-2006 13:26



pandai eh hantu2 ni..  kemain lg dia neno..nenoo ngan ambulans tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 02:12 PM | Show all posts
seramnyer mac.. camner la kalo aku nak bersalin nanti.. hehe...
bunga_sakura Post at 27-9-2006 15:40


seram nye citer ko mac..  mcm mane laa lepas aku kawin nanti kan.. mengandung apstu beranak.. mmg sah2 lah aku kene bermalam kat spital...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 02:14 PM | Show all posts
Eee..serammmm
Saya setakat ni tak pernah kena ganggu atau rasa apa2 bila masuk hospital cuma ada se ...
lemonthyme Post at 27-9-2006 16:57



   gulpp.... seram weh dengar citer ko.. Y___Y
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by shalicioustouch at 9-2-2012 11:36

nak story jugak la pasai sepital nie..sha masuk sepital banyak kali tapi alhamdulillah tak penah lagi nampak dengar or rasa apa2 yang pelik2..maybe sebab tak rela pon nak masok sepital n masok pon asyik kena ubat yang bagi tido je..

cerita ni sepital kat kl ni..sepital gomen, sha masuk sebab dehydrate..time tu pregnant 2bulan, dehydrate sebab muntah teruk sangat..sha masuk wad 11C..sha masuk situ katil tepi tingkap..tingkap memang tak tutup n sha pun tak rasa nak tutup tingkap tue..langsir pun elok ja terikat..then bila malam tu nak hujan gamaknya angin kuat sangat sampai tingkap tu vibrate..wad 11C ni kat tingkat 11 so no wonderlah kalau tingkap tu vibrate sebab angin kuat..tak ada kisah seram yang berlaku pon sepanjang 2hari sha kat situ..

tapi..

bila dah masuk opiz balik then sembang2 ngan akak opiz ni dia pun penah gak warded kat situ..time dia warded tu dia tak kena apa2 tapi satu malam tu cina katil depan dia tu menjerit2 panggil misi sebab ada budak dok lompat2 atas katil dia..cina tu nak tukar katil..sekali ngan akak opiz sha ni pon minta tukar sebab depan dia kot walaupon dia tak nampak budak yang dikatakan sedang melompat tu..

sha rasa kebersihan kat sepital gomen ni agak mengecewakan..macam sha aritu masuk wad tu kan wad gynae so memang kita tau ada darah la apa la..patient ni kalau kain sepital tu terkena darah tak salah basoh sikit tang yang kena darah tu ja dah la sebab darah tu kan darah kotoq n menda tu kan suka menda2 kotoq nie..ni tak, camna buka camtu lah letak kat atas sinki dalam toilet tu..buka ja pintu toilet semerbak bau hanyir bagai..orang dobi pon sepatutnya letaklah bakul ke apa ka kat dalam toilet untuk patient letak kain2 n baju2 kotor tu..

SYAITAN KAN SUKA MENDA KOTOR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 08:41 AM | Show all posts
benda ni psychology,

hospital swasta takde pun cerita hantu.....

hantu takut nak gi hsptl swasta ko, kos rawatan yg tinggi menyebabkan mreka menginap di hospital kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 06:35 PM | Show all posts
who says kt spital swasta xde kes? my aunt bersalin kt hospital swasta , skrg kt jln tun razak tp mase my aunt bersalin hospital tu kt tempat lama near tabung haji lama tu....hihi guess what hospital eh? after midnite my aunt terjaga coz this nurse dtg amik blood pressure my aunt. Dia punye muka pucat semacam n tak berckp tp cume senyum jer. Dua kali dia dtg amik BP mlm tu. The third time after amik BP , guess what? nurse tu lalu kt screen kain yg keliling my aunts bed n TEMBUS kain tu !! kecoh woo mase tu gak my aunt tekan button utk panggil nurse on duty. Dan paling seram mmg sepatutnye xde sape2 nurse dtg check BP dia mlm tu. My aunt terus kol hubby dia mlm tu jugak at 4 am soh dtg hospital.
Later on kami dngr rumours that wad tu mmg haunted sejak sorg nurse kt situ pass away mase ngandung. Dia kene darah tinggi n since then kdg2 dia dtg check BP pesakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.249292 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list