CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2909|Reply: 17

Pelik....

[Copy link]
Post time 1-10-2006 04:26 PM | Show all posts |Read mode
nampaknya thread ni dah jadi comparative religion...  kalau nak sambung bincang, sila buka tred kat RSF.

wassalam.


Assalamualaikum

Ibnur...saya tak nampak sebarang comparative agama disini, kita sedang bincangkan mengenai komik yang di buat oleh kristian berdasarkan agama mereka, dan ada sesetengah forumner masih tidak mengetahui keadaan sebenar. Apa yang ditulis saya cuma suatu penerangan bagi memperjelaskan salah faham mereka... jadi salahkah kita menbabitkan tentang kristian apabila bicarakan tentang kristian?

terus terang hakikatnya saya betul-betul kecewa dengan sikap melatah sahaja ini tanpa tindakan susulan....
saya ada katakan bahawa saya ingin membawa hal ini kepada sepupu saya, well... dia merupakan seorang peminat anime dan juga pelukis anime... pernah saya sarankan dia menyertai pertandingan melukis tapi katanya malas.tujuan saya.... minta dia lukiskan sesuatu.... (itupun kalau tak menganggu SPMnya.) Saya ada kemahiran dalam Photoshop dan pernah membuat komik untuk sekolah ketika jadi pelajar dulu.saya juga ada rancangan untuk itu.kalau mereka gunakan komik kenapa kita tidak? sebab tu kita harus bertenang dan senyum... barulah kita boleh merancang dan mengatasinya.

Sekarang pun saya giat menulis, sebuah buku mengenai pendidikan....berkaitan dengan keluarga, anak2 dan masyarakat. kerana saya nak memperbaiki masyarakat kita yang makin lemah ilmu agama dan moraliti.....mungkin ia tidak memberi sebarang kesan tapi sekurang-kurangnya saya berbuat sesuatu dan tidak terlalu mengharapkan orang lain(terutama kerajaan) untuk membetulkan segala-galanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 01:36 AM | Show all posts
Teruskanlah usaha kamu tu... sekarang ni memang kurang bahan bacaan ilmiah Agama Islam untuk kanak-kanak yang berusia 10 tahun kebawah.  Kanak-kanak ni mereka suka tengok gambar yang bewarna-warni... jadi salah satu caranya adakan buku bergambar bagi menceritakan tentang agama Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 08:20 AM | Show all posts
aku pun pelik.
ni dari tajuk thread mana ni....
Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 2-10-2006 08:34 AM | Show all posts
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA MENGASIHANI,TIADALAH TUHAN YANG SEBENAR-BENARNYA MELAINKAN ALLAH

Aku sokong klu ada buku bacaan komik berunsur keislaman,sedikit sebanyak leh tolong mereka mendekati islam dengan lebih dekat........moga usaha murni tu x dicemari dan berjaya hendaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by nice2000 at 2-10-2006 08:34 AM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA MENGASIHANI,TIADALAH TUHAN YANG SEBENAR-BENARNYA MELAINKAN ALLAH

Aku sokong klu ada buku bacaan komik berunsur keislaman,sedikit sebanyak leh tolong  ...


Insyaallah, Jika siap saya akan scan dan tunjukan disini, tapi bukan masa terdekat, kalau banyak masa nak buat pun ketika cuti sekolah ini. saya cuti dan sepupu saya pun cuti dan mungkin saya akan ajak sepupu2 yang join sama. jika boleh, orang-orang muslim disini boleh copy dan print kemudian edarkan pada sesiapa bagilah hadiah pada sesiapa...

Di sini saya seru pada umat muslim,jangan terlalu mudah rasa cemas,bimbang, panik atau was-was dalam sesuatu perkara. sebab perkara-perkara tersebut akan meragut ketenangan jiwa kita.

Saya selalu dengar para mualaf berkata jiwa mereka merasa tenang selepas memeluk agama Islam dan saya tak nafikan kerana Islam sememangnya pemberi ketenangan kepada penganutnya,saya pasti semua muslim disini bersetuju... namun jika kita mudah bimbang atau takut bagaimana kita nak tenang? ilmu cahaya yang boleh menenangkan kita.

Jika benar islam itu kebenaran, takkan ada satu pun benda boleh meruntuhkan kebenaran, kecuali jika umat Islamsendiri tidak yakin pada kebenaran(Islam) tersebut.

Dan kalau kamu teliti semula komik mengenai kejadian tersebut....dari segi berlainan maka kita boleh lihat persamaan dan perbezaan.kemudian lihat perbezaan itu secara ilmiah dan logikal, maka tidakkah kamu perasan sesuatu yang tidak kena?

Apa benda yang tak kena tu saya tak mahu cakap sekarang...tapi saya akan masukkan juga dalam komik saya tu. Fikir dulu... baru tengok jawapan kalau tak kita tidak akan maju selama-lamanya...saya selalu cakap ni kat budak2 saya.

Baiklah selamat berpuasa...okeh selamat berbuka...dah dekat ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2006 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by orang_awam at 2-10-2006 08:20 AM
aku pun pelik.
ni dari tajuk thread mana ni....


Maaf sebenarnya ini,lanjutan dari komik kejadian Adam dan Hawa versi Kristian.saya pun ingat ia terus hantar dalam tread disana tapi sesat disini mungkin dah tutup. Saya kini pun bercadang nak buat komik kejadian Adam dan hawa versi Islam pula bagi membetulkan salah faham umat islam jika mereka keliru dengan apa yang mereka baca.....itu pun jika lukisan saya masih bagus macam dulu dan sepupu saya berminat..rasanya berdasarkan perangai dia pasti berminat besar. Masa animasi Rasulullah saw dulu muncul... kami buat panggung kat rumah.(tapi kecewa juga ceritanya agak ringkas banyak plot dalamsejarah tak dimasukkan)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2006 07:41 AM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 1-10-2006 04:26 PM


Assalamualaikum

Ibnur...saya tak nampak sebarang comparative agama disini, kita sedang bincangkan mengenai komik yang di buat oleh kristian berdasarkan agama mereka, dan ada sesetengah forum ...



memang pelik bagi anda sebab saya ada beberapa post yg sensitif telah di pindahkan.  kalau biar karang habis korang bergaduh.  tu pun saya biarkan beberapa post dari tim dan davidchem.

kalau nak bincang pasal agama lain kat M&M, kena hati-hati dan pandang-pandang.


[ Last edited by  ibnur at 5-10-2006 07:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 5-10-2006 07:41 AM

memang pelik bagi anda sebab saya ada beberapa post yg sensitif telah di pindahkan.  kalau biar karang habis korang bergaduh.  tu pun saya biarkan beberapa post dari tim dan davidchem.

kal ...

:setuju: nak komen dan bertanya tu boleh.. tapi bahasa tu kenalah jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 08:51 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer,

Teman tak berapa faham akan tajuk perbincangan ini.
Tapi ghaser nyer.....mcm perbincangan mengenai membuat Komik ttg Adam n Hawa.

Kalau benar bagaikan di kata.
Adakah miker akan melukis ghoper Nabi Adam a.s. n Siti Hawa???

Wsalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2006 12:58 PM | Show all posts
Assalamualaikum ..

Entah kenapa memanglah pelik...

Pertama mula-mula...
Sengkuang memberi topik dan menceritakan tentang kewujudan komik tersebut, jika tidak kerana sengkuang saya pun tidak menyedari perkara ini. Terima kasih sengkuang atas peringatan ini

Kedua
Yang menarik perhatian saya ialah

by nape? tak percaya?
memang dahsat ...menggunakan nama Allah demi mengelirukan umat Islam


dan kemudian tIM mula menerangkan

by tIM

Memang nama Allah itu tertulis begitu dlm bahasa Indonesia/Arab.

Buku itu karangan org indonesia. Apa Salahnya buku itu yg hanya mampu mencapai anda mungkin sekali seumur hidup. tapi akan berlaku kalau kami (bukan islam) berfikiran defensif macam anda terhadap rangcangan radio, TV dan media cetak malaysia.... Tidak mampukah anda utk menerima tidak samapai 1% dari apa yg kami tanggung dari kalain selama ini?

Fikir2kan sebelum buat rumusan atau merasa marah.


tIM cuba mempertahankan kewujudan nama Allah dalam injil sebenarnya(tapi dia tak terang jelas bahawa nama Allah tersebut dalam Bible .Cuma dia cakap dalam karangan je so ramai yang tak faham).

Walaupun ada ciri dimana tIM mempertahankan tindakkan penyebaran tersebut tetapi ini bukan perbandingan agama seperti yang didakwa.Ia cuma suatu penerangan untuk pengunaan nama Allah tanpa niat buruk cuma mengikut ajaran bible mereka(indonesia version) dimana majoriti umat islam di Malaysia tidak pernah mengetahui mengenai nama Allah dalam injil.

Sepatutnya kita gembira dengan berita ini, kerana pihak barat(persatuan kristian Amerika dan eropah)  berusaha untuk menghapuskan pengunaan nama Allah dalam Kitab Bible mereka. Agar mereka boleh menghina nama Allah dengan banyak cara.... tentu umat islam disini sedar tentang dakwaan mereka bahawa nama Allah itu adalah nama tuhan bulan.... itu cuma sebahagian sahaja. Catatan Bible lama terus terang mencatat nama Allah.. boleh saya katakan kristian di asia tengara masih banyak mengekalkan ciri-ciri asal Bible.

Ingat!! apa yang saya beritahu ini untuk ingatan kita semua dan bagi mereka yang faham tentang hal, ini adalah kelebihan pada Islam sebenarnya.




Ketiga

by davidchemic
what you should do is educate your umat Islam supaya tak keliru. Bukan bising bising everytimje ada hal macam ini and ban it.
Yes, you can ban it in malaysia, but what happen if your umat Islam travel to overseas like australia or Indonesia? If they don't ban it there, then they will keliru also.
So educate them, then they won't keliru, whereever they go.


Davidchemic pula juga mempertahankan perkara yang sama tanpa melibatkan perbandingan agama. Apa pun saya amat bersetuju dengan kata-katanya, kita mesti mendidik diri kita dengan pengetahuan islam agar kita tak akan keliru apabila sesuatu perkara itu timbul seperti perkara ini.

Kita semua tahu umat islam malaysia kini lemah... lemah dengan dadah,lemah dengan maksiat, lemah dengan dunia. Kes ramai melayu masuk kristian baru-baru ini bukan perkara baru dan ketua sebelum saya pernah beritahu bahawa tak lama lagi ramai orang islam akan masuk agama lain (masa tu tahun 1995)  malah lebih teruk orang islam panik dan pelbagai cara mereka akan lakukan dan satu pun tiada berkesan kerana tidak mengetahui puncanya dan kaedah menyelesaikan.... saya rasa apa yang dikatakannya benar. Kita harus terima hakikat, bertenang berfikir.... bagi mereka ada anak...renunglah mata anak-anak...apakah yang akan mereka jadi apabila besar nanti? Apakah yang sudah kamu berikan padanya cukup untuk mereka? Bila lagi kita nak mendidik mereka... atau membiarkan mereka menghabiskan sisa hidup sebagai penagih atau mat rempit atau penjenayah.

Sebab itu saya nak tulis satu buku mengenai pendidikan(tentang research mengenai perkembangan minda bayi dan kanak2)... mungkin boleh dijadikan panduan untuk mendidik generasi baru..generasi islam baru. Mungkin apabila siap ia cuma akan dipandang sepi oleh umat islam tapi saya akan kata saya dah usaha dan akan terus usaha lagi.(sebenarnya dipasaran sekarang cukup banyak buku-buku yang bagus untuk rujukkan tetapi berapa ramaikah kita ni jenis rajin membaca?)




Kepada Ibnur
Sebab tu saya rasa pelik Ibnur...
Saya faham ibnur mahu mengekalkan keharmonian di M&M dan saya tahu juga perbincangan mengenai perkara itu boleh mencetuskan suasana tegang dan perbandingan agama... tapi masih saya katakan keadaan sebelum ini masih terkawal dan belum mudarat. Adalah tidak adil jika kita menghukum sesuatu itu sebenar sesuatu itu belum lagi terbukti salah?

Dalam keadaan penuh kekeliruan.. umat islam perlu ada sesaorang yang boleh mendorong mereka kepada perpaduan. saya ingin juga berbuat begitu tapi saya sudah menjadi ketua bagi MB (Cuma kali ni ketua bahagian lain) malahan amat sukar lagi menyatu padukan ahli yang bertebaran seluruh malaysia walaupun ahli tak sampai 20 orang.(yang aktif pun 4 orang shj-mereka tak aktif tu kerana belajar dan memencil tapi bila hari berkumpul mereka paling bising)

Ibnur awak paling sesuai, pimpinlah mereka... berilah penjelasan yang wajar. al quran ada panduan kebenaran dalam semua perkara guna pakailah. saya tak layak ada satu lagi sebab.....

Kepada Nape?Tak percaya?
Maafkan saya jika terguris hati dengan kata-kata saya, mungkin kenangan silam saya berhadapan dengan masyarakat islam ketika kecil menyebabkan saya agak berkeras dengan saudara seagama. Saya dapati juga kamu mudah belajar harap teruskan...

Di luar sana ada sesuatu yang kita tidak tahu
Teguhkan hati beranikan diri
Carilah ia supaya kita tahu dan apabila kita tahu
Maka kita akan menjadi orang-orang yang mengetahui.
Sampai bilakah lagi hendak berkhayal
Berkhayalkan bahawa kita ini sentiasa selamat selamanya
Sedangkan sudah diingatkan dalam Al quran
Bahawa ada mereka yang akan cuba menutup kebenaran
Fahami mereka maka akan timbul perasaan kasihan terhadap mereka
Kerana mereka adalah yang mengzalimi diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2006 03:10 PM | Show all posts
salam

HANYA PERCAYA
dan PERCAYALAH
ttg YANG ESA

sebab simalaun dah buat perjajian dah
akan menyesatkan BANI ADAM KESELURUHANNYA
cuma DIKATAKAN TUHAN: KECUALI HAMBA HAMBAKU YANG MUKHLIS.............
adakah kita termasuk GOLONGAN ini????????????

jika tidak
siapkan diri dalam API YANG BERGEJOLAK
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2006 08:50 AM | Show all posts
Kepada Ibnur
Sebab tu saya rasa pelik Ibnur...
Saya faham ibnur mahu mengekalkan keharmonian di M&M dan saya tahu juga perbincangan mengenai perkara itu boleh mencetuskan suasana tegang dan perbandingan agama... tapi masih saya katakan keadaan sebelum ini masih terkawal dan belum mudarat. Adalah tidak adil jika kita menghukum sesuatu itu sebenar sesuatu itu belum lagi terbukti salah?


Memang thread tu nampak harmoni dan terkawal sebab saya dah buang yang tak harmoni.
Dan kalau hari-hari dok kena jaga harmoni jer lebih baik tutup kedai memang gerenti harmoni terus.  Kot kalau tak buang karang korang gaduh sampai ada yang PM mod nanti.

Masaalah topik tersebut ialah kita memboincangkan sesuatu yg dibolehkan oleh agama lain.  Dan ada yang buat post marah dengan agama dan penganut tertentu.  gerenti dia org akan reply punya pastu gerenti ada antara awak semua yang reply balik, lama lama bergaduh.  itulah sebabnya saya buang yg mana tak harmoni tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2006 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 23-10-2006 08:50 AM


Memang thread tu nampak harmoni dan terkawal sebab saya dah buang yang tak harmoni.
Dan kalau hari-hari dok kena jaga harmoni jer lebih baik tutup kedai memang gerenti harmoni terus.  Kot kala ...



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula berlainan agama.
suka hatilah....kerana kamu moderator disini mungkin itu caranya
apa pun......  bagi saya ada cara lain...dan mungkin hanya sesuai untuk saya sahaja

baiklah selamat hari raya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 1-10-2006 04:26 PM


Assalamualaikum

Ibnur...saya tak nampak sebarang comparative agama disini, kita sedang bincangkan mengenai komik yang di buat oleh kristian berdasarkan agama mereka, dan ada sesetengah for ...


Salam...

Sekadar bertanya khabar cerita ni... apa perkembangannya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 09:55 AM | Show all posts
pe saje benda yg baik n mendatangkan kebaikan pada kite n agama islam aku sokong 10000000%
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 12:58 PM | Show all posts
  rancangan yg baik ,,,tetapi,,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 03:09 PM | Show all posts
bab susah nak buat komik berunsur islam ialah sbb mcn mana tarik perhatian pembaca. saya doakan awak berjaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 11:29 AM | Show all posts

Reply #15 ct_og's post

Agak teruk CT_OG

huhuhuhu...

walaupun skrip amat mudah buat, karekter dah pilih..karekter cute la.
kalau tanya budak SMK Sains muar mungkin diorang kenal kerekte2r ni sebab dulu saya ada buat sekali dulu.dan pass kan kat sana

tak salah saya ada pelajar disana buat satu model tanah liat berdasarkan salah satu karekter tu..jangan risau karekter yang dia buat tanah liat bukan makhluk hidup..bukan manusia,bukan haiwan dan juga bukan tumbuhan..

sekarang saya amat sibuk dengan sekolah, sepupu saya pun sibuk dengan university lagipun dia dapat biasiswa petronas jadi dia taknak membuang masa dan mahu tumpu kan 100% pada pelajaran. tapi dia ada buat lebih kurang 10 background untuk kartun tu. saya cuma lukis dan add saja karekter pada background...heheh dari 10 tu saya pilih tiga je..tension betul sepupu saya siap dia colour lagi.

setakat ni cuma 3 mukasurat siap(tapi x de dialog lagi)...tapi masih dikatakan tak sesuai lagi, perlu dikemas kini..itu yang leceh tu....hm..lagipun saya tak pandai buat colour la un tuk karekter..... nasib baik try error dalam photoshop. sebelum ni dah berpuluh2 kertas dah terbuang.

konsep saya guna mudah je

1) lukis atas kertas ( saya n sepupu...lukisan sepupu dia hantar ikut pos)
2) scan masuk komputer
3) ekjas line dan buat kotak
4) guna photoshop baiki kualiti gambar...walaupun setakat amatur apala sangat.
5) drop colour (yang ni tak pass-pass lagi tapi mahir la sikit sekarag)
6) cantumkan dialog, background, karekter dan kemaskan

mudah tapi leceh selecehnya saya pula amat sibuk skang ni dan sebulan tak sentuh pensel ni. pengarah pendidikan nak datang sekolah arghhhh....malangnya satu apapun belu buat untuk panatia sivik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.085579 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list