CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9613|Reply: 30

mane lebih afdal melawat kubur

[Copy link]
Post time 2-10-2006 09:17 AM | Show all posts |Read mode
aku nak tanya sikt,waktu mane yg lebih afdal melawat kubur,sebelum ramadan, semasa ramadan atau selepas sembahyang raya pertama kerana ramai orang pegi kubor sebe;lum ramadan, tp aku ada dengar pegi semasa ramadan lebih elok kerana roh ada bersama jasad di kubor, tp ada juga yg kate elok pg semasa pg hari raya pertama... tolong lah sape2 yg tau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 12:49 PM | Show all posts
Maaf saya tumpang bertanya dalam topik ini. Mohon laluan tuan rumah.

Saya kurang mengerti kenapa kubur byk dilawati hanya pada hari raya? Hari lain tak boleh ke, dan doa kita kepada simati akan sampai tak semestinya kita baca yasin dikubur sahaja kan....boleh jelaskan pada saya.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

nice2000 This user has been deleted
Post time 2-10-2006 02:51 PM | Show all posts
boleh je sampai doa walaupun kita x de kat kubur tu...........conthnya mcm orang baca tahlil n yasin kat rumah atau kat masjid.......................

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by nice2000 at 2-10-2006 02:51 PM
boleh je sampai doa walaupun kita x de kat kubur tu...........conthnya mcm orang baca tahlil n yasin kat rumah atau kat masjid.......................


Boleh tu boleh jugak ler...tapi kalau semua orang beramal macam engko ni maka semak samun lah di kubur tu jadi sarang ular ataupun tidak penagih-penagih dadah yang sentiasa menyokong supaya orangramai tak melawat kubur.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 05:21 PM | Show all posts
"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka ziarahilah perkuburan kerana perbuatan demikian akan mengingatkan kamu kepada kematian".(Riwayat Al-Imam Muslim).

tak cite plak melawat time raya je.. maknanya.. lagi kerap ko melawat lagi bagus la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 08:03 PM | Show all posts
Kubur di lawati tidak kira masa dan waktu untuk memberi peringatan  akan  perihal kematian .
orang melawat kubur di hari raya sebab sedara mara balik kampung ketika itu.

bila melawat tu, bersihkanlah tanah perkuburan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2006 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by wje605 at 2-10-2006 09:17 AM
aku nak tanya sikt,waktu mane yg lebih afdal melawat kubur,sebelum ramadan, semasa ramadan atau selepas sembahyang raya pertama kerana ramai orang pegi kubor sebe;lum ramadan, tp aku ada dengar peg ...


Yg lebih afdal semasa bulan Ramadhan adalah pd Jumaat.  Bagaimana pun bila2 masa elok menziarah kubur.

Sumber: Abd Shukur...

Nabi SAW selalu berziarah ke kuburan ibunya. Dibersihkan kuburannya, dan dicabutinya rumput-rumput. Sesudah itu Nabi SAW berdoa sambil rnenangis. Demikian juga di kuburan bapanya.

Hadith Umar bin Khattab r.a. rnengatakan: Karni pernah bersarna Rasulullah pergi ke suatu perkuburan. Maka Nabi SAW duduk pada sebuah kuburan dan dekat para sahabat lainnya. Lalu Nabi SAW menangis dan aku pun ikut pula rnenangis. Dan para sahabat lainnya menangis pula.

Lalu Nabi bertanya: Apa sebabnya kamu menangis?

Kami menangis kerana engkau menangis.

Kata Nabi SAW.: Ini adalah kuburan ibuku, Aminah binti Wahab. Aku rninta izin kepada Allahku untuk rnenziarahi kuburan ini, lantas diizinkan. Lalu aku minta supaya ibuku ini diarnpuni. Dalarn hal ini Allah rnerasa enggan. Maka bagairnana cinta kasih seorang anak kepada ibunya.
(Riwayat Ibnu Majah)

Doa inilah bantuan si anak kepada orang tua. Ibu dan bapanya yang sedang berbaring di lahad menanggung berbagai penderitaan, selalu rnengharap-harap doa dari anaknya.

Selain dari doa anak, juga doa orang lain. Doa dari saudaranya dan dari kawan-kawannya sesama muslim. Mendoakan saudara itu disuruh oleh Nabi SAW.

Hadlith Abi Dardak r.a. mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sekalian orang muslimin yang mendoakan saudaranya, maka malaikat ikut pula mendoakan seperti dia itu.
(Riwayat Muslim)

Itulah sebabnya Nabi SAW menganjurkan bagi setiap orang lewat (lalu) di kuburan hendaklah berdoa. Tolonglah dla dengan doa kerana dia sedang mengharapkan pertolongan. Nanti Allah akan membalas.

Arwah yang sedang duduk di kuburan itu rnengenal sesiapa orang yang lalu, dan mendengar pembicaraannya. Dia rnengenal saudara-saudara yang sama bergaul yg lalu di hadapannya. Lalu ditegurnya, tetapi suaranya tidak terdengar, dan tubuhnya tidak kelihatan. Kerana roh itu terdiri atas tubuh halus.

Hadith Urnar bin Khattab r.a. mengatakan:

Ketika terbunuhnya pemimpin-pemimpin Quraisy di waktu Perang Badar Nabi SAW memanggil mereka itu, katanya "Hai Fulan, hai Fulan, hai Fulan." Engkau telah mendapatkan apa yang telah dijanjikan Allah ku kepadaku sebenarnya adalah benar. Dan adakah kamu dapatkan pula ke benaran yang telah dijanjikan Allah mu terhadap kamu itu? Ditanya: Ya, Rasulullah, engkau panggil mereka, padahal mereka itu telah meninggal. Jawab Nabi SAW.: Demi Allah mendengar perkataanku ini, hanya saja tidak sanggup menjawabnya.
(Riwayat Muslim)

Dianjurkan berziarah ke kuburan itu hari Jumaat. Kerana pada hari Jumaat itu biasanya roh berada di kuburnya.

Hadith Ja'far bin Muhammad r.a. mengatakan:

Bahawasanya Fathimah binti Nabi SAW berziarah ke kuburan bapa saudaranya, Hamzah, beberapa hari lamanya. Maka dia berselawat dan menangis di kuburan itu. Kata Nabi SAW.: Barangsiapa berziarah ke kuburan orang tuanya atau salah seorang dari keduanya itu, hendaklah pada tiap¬tiap hari Jumaat. Lalu diampuninya dan dicatat hal yang demikian ini sebagai berbuat baik kepada ibu  dan bapanya itu.
(Riwayat Thabarani)

Syekh Abdullah AI Fathani menulis di di dalam bukunya Kasyaful Gummah, sebagai berikut: Adapun arwah orang yang telah meninggal itu datang ke rumahnya atau berada di kubumya itu pada malam Jumaat. Pada hari Jumaat itu sehari-harian dia di sana, dan pada hari Sabtu setelah terbit matahari baru dia berangkat.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 11:30 PM | Show all posts

Nasi tambah...

Sesampainya di kubur itu disunatkan berselawat, membawa Al-Quran, dan berdoa. Boleh menangis, tetapi dilarang meratap. Sebab meratap itu adalah pekerjaan jahiliyah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 08:45 AM | Show all posts
Assalamualaikum semuer sedara ku satu Kalimah,

Dan di harap yg menziarahi kubur.....JANGAN lah,

1. gelak ketawa or bersenda gurau
2. kencing or membuang najis
3. duduk di atas batu nisan
4. yg wanita nya......memakai baju yg warna nya utk ke majlis perkahwinan/pesta
4. tutup aurat utk lelaki n perempuan


Perkara di atas selalu berlaku semasa mengebumikan jenazah.

Wsalam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 09:37 AM | Show all posts

Reply #7 fleurzsa's post

Terima kasih atas infor ni, terasa insaf kerana jika amalan tidak cukup untuk membantu selepas mati, mengharapkan doa dari mereka yg mengingati serta simpati, sedihnya......

Rumah saya berdekatan ngan kubur, dan setiap kali lalu saya akan bagi salam dan berdoa dalam hati, semoga allah ampunkan dosa kalian, cukup ke tu atau betul ke cara saya? Ada cara lain yg dapat saya bantu arwah semua?

Salam tu...assalamualaikum ya ahli kubur....ada yg kata salah...sebab orang dah mati tak boleh jawab salam.

Harap membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by WeAiNe at 3-10-2006 09:37 AM
Terima kasih atas infor ni, terasa insaf kerana jika amalan tidak cukup untuk membantu selepas mati, mengharapkan doa dari mereka yg mengingati serta simpati, sedihnya......

Rumah saya berdeka ...


psssttttt.....paling bagus, ber:pray: lah kat mulut.  Banyak PAEDAH dier :tq:
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 4-10-2006 11:56 AM | Show all posts
Melawat kubur memang dituntut dalam Islam supaya dapat menginsafkan diri kita. Tidak ada sebarang waktu tertentu yg afdal untuk melawat kubur. Itu semua 'adat' dan ikutan kita sahaja dan bukannya syariat ISLAM!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by alibabas at 4-10-2006 11:56 AM
Itu semua 'adat' dan ikutan kita sahaja dan bukannya syariat ISLAM!  


Ziarah kubur bukan hanya sekadar adat tetapi adalah juga satu amalan yang digalakkan oleh Rasulullah saaw. Semoga artikel di bawah ini C&P boleh menjelaskannya.
Ziarah kubur membentuk peribadi
ANTARA amalan Rasulullah yang telah dilupakan oleh kita umat Islam pada hari ini ialah menziarahi kubur. Rata-rata umat Islam hanya menziarahi kubur hanya ketika menghantar jenazah orang yang dikenali untuk dikebumikan.

Oleh kerana kesedihan akibat saudara atau kenalan ini meninggalkan kita buat selama-lamanya maka menyebabkan kita tidak sempat untuk merenung pengajaran di sebalik kematian atau apakah nasib yang sedang menimpa orang-orang yang berada di alam barzakh.

Menziarahi kubur telah menjadi amalan Rasulullah sejak ia diharuskan. Bahkan sebelum wafat, baginda telah menziarahi perkuburan Baqi' iaitu tanah perkuburan di Madinah sebanyak dua kali.

Pada peringkat permulaan perkembangan Islam, Rasulullah pernah melarang umat Islam menziarahi kubur. Ini kerana ketika itu amalan menziarahi kubur dipenuhi dengan pelbagai amalan khurafat dan menyesatkan sebagaimana yang dilakukan ketika di zaman jahiliyah.

Namun setelah suasana berubah dan akidah umat Islam mulai kuat maka larangan itu ditarik balik dan baginda sendiri menggalakkannya kerana banyak kebaikan yang dapat diambil daripada amalan tersebut.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Aku dahulu melarang kamu daripada menziarahi kubur maka ziarahilah ia (sekarang) kerana ia mengingatkan kamu kepada kematian".

Ulama sepakat bahawa menziarahi kubur hukumnya sunat dan digalakkan bagi lelaki. Bagi wanita pula hukumnya adalah diharuskan.

Ini kerana dengan menziarahi kubur dapat mengingatkan umat Islam kepada kematian yang bakal ditempuhinya nanti dan akan mengingatkannya kepada hari akhirat.

Dengan merenung saat penghujung hidup ini mereka akan merasai gerun mengenangkan untung nasib yang bakal mereka terima di alam barzakh kelak. Lantas beberapa sikap dan amalan yang selama ini membawa dosa dan maksiat segera diubah tanpa perlu ditangguh.

Menziarahi kubur juga dapat menyedarkan kita bahawa walau setinggi mana darjat seseorang itu di dunia ini, akhirnya mereka tetap akan kembali ke tanah jua sama seperti manusia yang lain.

Tiada lagi perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang berkuasa dengan yang lemah. Apa yang berbeza cuma binaan kubur atau batu nisannya sahaja tetapi hakikatnya mereka semua dikafankan dan ditanam di atas tanah yang sama.

Perbezaan sebenar bergantung kepada amal soleh yang telah mereka lakukan ketika hidup dan juga sejauh mana mereka telah menunaikan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Menyedari akan faedah inilah maka ulama terdahulu menjadikan amalan menziarahi kubur ini sebagai salah satu metod pembentukan peribadi muslim. Bahkan sebilangan besar daripada mereka menjadikan liang lahad sebagai tempat untuk mereka bertafakur kepada Allah.

Mereka menggali liang lahad di dalam rumah mereka dan berbaring di dalamnya sama ada pada setiap malam atau pun setiap kali merasai mereka telah lalai mengingati Allah.

Menginsafi diri dengan berbaring di liang lahad memberi kesan yang maha hebat ke dalam sanubari.

Sememangnya kubur adalah kaedah terbaik Islam dalam membina kekuatan iman dan membentuk peribadi mulia generasi muda dan umatnya.

Namun, tidak ramai yang mengambil pengajaran ketika mengunjungi dan menziarahi kubur. Lebih malang lagi, mereka menganggap tiada apa-apa yang berlaku di sebalik kematian itu. Oleh kerana itu, maka tidak hairanlah manusia terus sesat bergelumang dengan dosa dan melupai hakikat dirinya sendiri. Sehinggalah tiba giliran mereka pula pula diusung ke tanah perkuburan, barulah dia menyesal mengapa dia tidak menjadikan kubur sebagai tempat pengajaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 4-10-2006 02:15 PM | Show all posts
Melawat kubur tidak semestinya semasa hari raya sahaja! Dan harus juga di ingatkan bahawa talkin selepas mengkebumikan jenazah juga bukan ajaran Rasulullah SAW. Rasulullah SAW menegah kita daripada duduk apabila menziarahi kubur. Tetapi ramai yg membuat tahlil di atas tanah perkuburan dengan membaca Yassin secara beramai2 terutama di pagi hari raya! Majlis tahlil dan kenduri arwah juga bukan ajaran Islam Rasulullah SAW! Hindari dari mencampurkan ibadah dengan adat turun temurun dari nenek moyang!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 02:24 PM | Show all posts

Reply #14 alibabas's post

Pak imam tu semua tak akan tak tahu pasal talkin tu?

Tahlil dan kenduri arwah pun bukan ajaran Islam?

Ish haku konpius ni....habis tu berdosa ke buat tu semua?
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 4-10-2006 02:56 PM | Show all posts
Amalan tu cuma sia2....kebanyakkan pak imam yg ada cuma 'pak turut' !! Pandai agama dengan cara mengikut apa yg sedia ada sebelum ini sahaja tanpa mahu ada sikap untuk memajukan diri dan memperbaiki diri. Malas nak belajar hadis2 yang betul soheh. Kalau nak belajar pun tak ada peluang sebabnya ramai ulama'2 yg betul2 memperjuangkan syiar islam sebenarnya, dicop dengan berbagai2 gelaran... sehinggakan digam!! Tetapi ajaran2 sesat BERLELUASA kat Malaysia!!!!! Ni semua kerja JAKIM! 73 jalan...yang sampai hanya 1 jalan....berpeganglah pada sunnah dan al quran!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2006 04:01 PM | Show all posts
talkin tu dibaca utk didengar oleh org yang hidup... yang mati mane tau.. Peringatan tu kan bagus
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 4-10-2006 04:03 PM | Show all posts
Peringatan? Kenape nak buat atas kubur? tempat lain tak leh buat ke? Di dalam ibadah tak boleh fikir 'mana lebih bagus' . Buat ikut apa yg telah disyariatkan, jangan pandai2 tokok tambah. Tokok tambah dalam agama ni bahaya....sebab tu la banyak ajaran sesat....kalau Islam kata sembahyang 5 kali sehari semalam, tapi ada ajaran 'islam' lain ajak sembahyang 10 kali sehari semalam, bunyik mcm lagi bagus kan??

[ Last edited by  alibabas at 4-10-2006 04:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2006 05:18 PM | Show all posts
boleh jadi 10 kali kalau kira solat dhuha, solat tahajud, solat witir, solat taubat dan solat hajat.  kalau 11 tambah jer solat istikarah.  tapi yg ni sunnah ajer.
Reply

Use magic Report

alibabas This user has been deleted
Post time 5-10-2006 07:34 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 4-10-2006 05:18 PM
boleh jadi 10 kali kalau kira solat dhuha, solat tahajud, solat witir, solat taubat dan solat hajat.  kalau 11 tambah jer solat istikarah.  tapi yg ni sunnah ajer.



Itu semua bukan sunnah tetapi SUNAT! Solat hajat tidak termasuk antara solat yg disuruh oleh Rasulullah SAW kepada umatnya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.112495 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list