View: 5376|Reply: 11
|
Luak Johol amal pinang lelaki (Ado sesiapo org Luak Johol Tak)
[Copy link]
|
|
Luak Johol amal pinang lelaki
Adat warisan sejak 200 tahun lalu oleh suku waris keturunan, bakal menyandang Ketua Adat diamalkan sehingga ke hari ini.
PROGRAM realiti Mencari Cinta yang pernah disiarkan TV3 tahun lalu mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat - semata-mata kerana ia dianggap memalukan wanita atau dalam bahasa mudahnya, Perigi Mencari Timba.
Wanita meminang lelaki dianggap tabu bagi majoriti wanita terutama Melayu, tetapi ia bukan asing bagi sebilangan kaum Sikh, masyarakat India beragama Hindu dari kasta Brahmin serta mereka yang berketurunan Ceylon.
Perkara itu juga biasa bagi masyarakat Luak Johol di Negeri Sembilan di mana wanita meminang lelaki sudah menjadi amalan sejak 200 tahun lalu oleh suku waris keturunan bakal penyandang jawatan ketua adat Luak Johol.
Ibu Waris, Hasnah Abdullah, 50, berkata adat wanita meminang lelaki oleh luak berkenaan diamalkan sejak 1723 ketika Luak Johol di bawah pemerintahan Puteri Sitiawan, iaitu Undang Luak Johol yang pertama.
?isebabkan Puteri Sitiawan adalah pembesar negeri atau luak, pihak lelaki takut hendak meminangnya menyebabkan ibu bapa dan keluarga Undang berkenaan terpaksa mencarikan jodohnya.
?ertitik tolak dari situ, adat wanita meminang lelaki pun bermula dan diamalkan sehingga kini,? katanya, ketika ditemui di Kampung Tanggai, Johol, baru-baru ini.
Berdasarkan amalan berkenaan, Ibu Waris atau wakil dari keluarga terdekat akan melakukan risik andai, iaitu merisik pihak lelaki untuk bertanyakan sama ada lelaki pilihan anak perempuan mereka bersetuju untuk dijodohkan.
Rombongan merisik andai akan membawa tepak sirih tanda kebesaran adat serta dua bentuk cincin belah rotan yang dinamakan Cincin Tanya.
Perbincangan sudah pasti tidak mendapat kata putus kerana pihak lelaki yang dipinang dan keluarganya akan mengadakan kerapatan adat mencari kata putus sama ada risik andai itu dipersetujui atau ditolak.
Selepas kata putus diperoleh, istiadat meminang pula menyusul dengan pihak perempuan menghantar rombongan meminang pihak lelaki, diketuai seorang Ketua Adat bergelar Buapak Yang Enam.
Rombongan membawa tepak sirih serta tujuh bentuk cincin belah rotan yang diisi dalam cembul tembaga atau perak ke rumah lelaki sebelum kata diikat, janji dibuat.
Jika berlaku kejadian yang menyebabkan ikatan pertunangan terputus, tujuh bentuk cincin berkenaan akan menjadi milik lelaki jika puncanya disebabkan perempuan.
Sebaliknya, jika pihak lelaki yang menyebabkan ikatan pertunangan putus, akan dikenakan denda adat iaitu memulangkan 14 bentuk cincin kepada pihak perempuan.
HASNAH menunjukkan barang hantaran pertunangannya.
Jika semua berjalan lancar sehingga ke hari perkahwinan, pengantin lelaki akan ke rumah perempuan membawa semula cincin pertunangan dan mas kahwin RM120.
Hasnah berkata, sekiranya ada antara perempuan dalam lingkungan anak waris menerima pinangan dari pihak lelaki, ia dianggap melanggar adat dan hilang hak mempusakai apa jua jawatan ketua adat.
?erempuan yang melanggar adat berkenaan akan hilang hak, terutama untuk memegang jawatan bakal undang Datuk Baginda Tan Mas dan seterusnya hilang hak menjadi Undang.
?ereka juga boleh dihukum mengikut adat dengan membayar seekor kerbau, 50 gantang beras, 50 biji kelapa dan wang dua bahara. Kerbau dan beras akan dimasak menjamu anak buah,? katanya.
Katanya, majlis jamuan itu sebagai perisytiharan bahawa perempuan yang melanggar adat itu sudah membayar denda dan pusakanya juga sudah dipulih--kan semula.
Antara lelaki yang melalui pengalaman dipinang wanita ialah Abdul Rashid Mohd Salleh, guru berasal dari Melaka yang mengakui dia dan keluarga terkejut dengan amalan itu.
?ada mulanya, saya dan keluarga terperanjat apabila didatangi rombongan dari Kampung Tanggai, Johol untuk meri--sik andai saya mahu dijodohkan dengan anak buah mereka.
?elepas mendapat penerangan, saya dan keluarga bersetuju menerima pinangan itu... bangga juga rasanya dan mungkin suatu hari nanti, anak lelaki kami dapat menyandang pusaka Undang,? katanya.
Penduduk Kampung Tanggai, Mohd Nor Sahat, 58, juga berkahwin dengan Siti Rohani Ismail, 54, mengikut adat berkenaan, kira-kira 32 tahun lalu.
?ebenarnya, tiada perbezaan apa pun. Saya juga tidak berasa rendah diri atau terhina kerana dipinang, malah amat bertuah kerana anak kami mungkin dapat menyandang jawatan Undang Luak Johol,? katanya.
Mohd Nor yang mendirikan rumah tangga dengan Siti Rohani pada 1974, kini bahagia dengan pasangannya serta enam anak mereka, termasuk tiga perempuan.
Yang ni keluar dalam BERITA MINGGU Semalam...Meh kito berkongsi cerito kek Sini... |
|
|
|
|
|
|
|
minggu lopeh balik kg...eden tanyo omak pasal adat undang luak johol ni...ghupe2 eh anak jiran dopan umah ado kawin ngan kaum kerabat undang luak johol..omak n abah eh kono poie pinang lelaki tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
laa...kosan eh..tak lak den tawu do...
takdo polik sebona eh do
bangso lain pun praktikkan amalan ni |
|
|
|
|
|
|
|
omak den ceghito jiran tu ingat pihak lelaki main2..ghupo eh boto...poei meminang bawak cincin sumo tapi kendughi buek kek bolah pompuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
la yo ko????
ari nie baru den tau... mulo2 baco td macam polik yo..
tp nk buek camno dh adat ei camtu... ikut jo la |
|
|
|
|
|
|
|
umangai... baru den tau cito e... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sfhzuraz at 10-7-2010 03:28
salam...
kg uwan saya kt kuala johol...
tak pasti pulak amalan dorang camni... |
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumsalam..kg moyang saya pn kt johol...tak semestinye yg duk kt johol tu amalkan adat camnih...kalau ada pertalian darah ngan kaum kerabat undang luak johol je... |
|
|
|
|
|
|
|
Den pure orang Johol, mmg ponah dibuek orang pompuan pinang lelaki tapi cumo segolongan tertentu yang mengamalkan adat nieh ... contoh mungkin ikut suku/keturunan, ghaso eh bondo ni bukan kebiasaan pun kek sini ... still kebanyakkan eh ikut adat biaso ... laki pinang pompuan... |
|
|
|
|
|
|
|
takdo pun orang nak minang den memarin..hahaha..tapi yang tanyo kek omak den ado la..hahahahhahaa |
|
|
|
|
|
|
|
patutla kek johol byk pisang lisut...~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|