CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayyohpeen

ALLAH MAHA BESAR

[Copy link]
 Author| Post time 8-10-2006 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 8-10-2006 04:56 PM
antara Bang/azan yang dimulai olah Bilal bin Robah dengan turunnye  ayat2 Quran yang mengandungi asma Allah Maha Besar tu,  mane berlaku dulu yee..???sape2 tau dak???

Mungkin ke mase tu ayat2 Qu ...


Salam untuk saudara saya, Tuan Ussopp, semoga anda berada dalam Liputan dan Rahmat ALLAH sentiasa, begitu juga semua manusia yang tunduk dan patuh dan tak tunduk dan tak patuh dan yang akan tunduk dan akan patuh.

Sekadar berintelektualisasi, berkaitan pertanyaan anda tu, biar kita sesama mencari jawapannya.  Namun kalau saya kata Asma UlHusna adalah bentuk nama khas ALLAH adakah anda setuju?  Dan betulkan saya disini, kalau saya salah!  InsyaALLAH saya akan perbetulkan demi mencari keredhoanNya.  

Soalan saya:  Benarkah Asma UlHusna ini ujud beserta ALLAH semenjak azali lagi dan telah tertulis di Azali lagi?(mungkin bahasa saya kurang tepat, kerana saya bukan pakar bahasa, dan saya minta ampun dari ALLAH dan mintya ma'af dari forumers semua sekiranya perenggan diatas salah tatabahasanya sehingga difaham diluar konteks atau diluar dari apa yang saya maksudkan)

Semuga Tuan Ussopp dapat bersama-sama yang lain sama-sama saling bantu-membantu saya, kerana saya sedang berusaha kearah mencari keredhoanNya dan tidak akan mengambil sesuatu itu secara tak endah sementelahan lagi saya ni Mu'allaf

ALLAHULALIMULHAKIM




____________________________________________
[size=-2]Lana a'maluna
Lakum a'malukum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2006 11:54 PM | Show all posts
Salam semua,

Sebagai tambahan:

Al-Azim = Maha Besar (atau Maha Agong?)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 12:07 AM | Show all posts
Dibawah saya petik coretan dari saudara seIslam saya, iaitu Kilas:

HAhahahahhahhaha, menarik, memang menarik, ayyohpeen seumpama sengaja berlakon sebagai seorang
jahil basit...

Apa maksud basit dalam konteks saudara Kilas? Saya tidak faham kerana saya tidak tahu.  Saya tidak tahu kerana inilah kali pertama saya dipalu dengan frasa ini, tak apa saudara Kilas, saya tak marah, kerana mmg sya jahil sbb sayapun Muallaf........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by nangada at 6-10-2006 02:50 PM


OK ..selepas INI kau boleh jumpa mufti tempat kau supaya di cadangkan ubah laungan AZAN...ALLAHU ALKABAR KEPADA ALLAHULKABIR ATAU ALLAHUMUTAKABBIR..................Kau boleh cadang dgn mufti it ...



Salamun Allaikum untuk nangada,

Sekali lagi saya  salinkan ayat mengenai kewajipan menyebut Nama Khas yang Indah milik ALLAH atau Asma UlHusna:

Surah Al-Araaf:
[180] Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Semuga kita semua sentiasa diberi Allah PertunjukNya dalam menjalani segala ibadah-ibadah fundamental termasuk ibadah puasa.

Saya baru terperasan tentang respon anda. Ma'af, saya rasa laungan tu bukan Allahu alkabar, tetapi Allahuakbar, namun kedua-duanya bukanlah merujuk kepada Nama-Nama Khas dan Indah milik Allah atau Asma UlHusna. Saya amat memerlukan lagi pandangan-pandangan baik pro mahupun kontra, sehingga saya dapat 'cream of a cup' untuk saya jadikan pedoman.     

Dan InsyaALLAH dengan respon dari forumers semua, maka akan saya jadikan petisyen untuk di kemukakan kepada mereka.  Harapan saya semuga pada suatu hari akan berkumandanglah nama-nama khas milik ALLAH yang tertentu dicorong-corong radio yang menunjukkan kita betul-betul mengikuti perintah ALLAH didalam Al-Quraan, begitu juga dialam solat kita, kerana pada pandangan peribadi saya, kebanyakan nama-nama khas milik ALLAH telah kita pinda hanya atas alasan grammatical oleh pakar bahasa yang terdahulu.  Kita hanya mengikuti apa yang telah mereka gariskan, sedangkan apa yang ALLAH gariskan mereka tak endah.

Allahulalimulhakim...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 09:33 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 8-10-2006 04:56 PM
antara Bang/azan yang dimulai olah Bilal bin Robah dengan turunnye  ayat2 Quran yang mengandungi asma Allah Maha Besar tu,  mane berlaku dulu yee..???sape2 tau dak???

Mungkin ke mase tu ayat2 Qu ...


Salam untuk Tuan Ussopp.

Dibawah saya paste suatu Sirrah Nabi Muhammad SAW:

Adapun sejarah disyariatkan azan dan iqamah itu bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah. (Al-Mausu?h al-Fiqhiyyah: 2/358) Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada ?bdullah bin ?mar katanya yang bermaksud :


"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu.


Berkata sebahagian mereka: "Ambillah naqus (loceng) seperti naqus orang-orang Nasrani (Kristian)."


Berkata sebahagian yang lain pula: "(Ambillah) trompet seperti trompet oran-orang Yahudi."


Lalu berkata ?mar: "Tidakkah kamu melantik seorang lelaki untuk menyerukan sembahyang?"


Bersabda Rasulullah Shallallahu ?laihi wasallam: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Dan satu lagi Sirah Nabi Muhammad SAW:

"Ketika Rasulullah Shallallahu ?laihi wasallam memerintahkan untuk menggunakan naqus (loceng) untuk dipalu bagi mengumpulkan orang ramai untuk mendirikan sembahyang jemaah, dalam tidurku (mimpi) seorang lelaki berjalan mengelilingiku sedang membawa di tangannya naqus. Lalu aku berkata: "Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqus itu?"


Dia berkata: "Apa yang akan engkau buat dengannya (naqus)?


Aku berkata: "Dengan naqus itu kami menyeru kepada sembahyang."


Dia berkata: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik dari itu?"


Aku berkata: "Ya."


Berkata periwayat (orang yang mimpi): "Dia (lelaki yang dimimpikan) berkata: "Engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, marilah menuju kemenangan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."


(?bdullah bin Zaid) berkata: "Kemudian lelaki itu berundur sedikit.


Lalu lelaki itu berkata: "Jika engkau menyerukan iqamah sembahyang engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."


Pada pagi esoknya aku datang kepada Rasulullah Shallallahu ?laihi wasallam memberitahu mengenai dengan mimpiku itu.


Baginda bersabda: "Sesungguhnya mimpimu itu benar insya Allah, berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan padanya apa yang engkau mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya itu, kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau." Maka aku berdiri bersama Bilal lalu aku ajarkan dia dan dia azan dengan apa yang aku ajarkan itu.


(?bdullah bin Zaid) berkata: "Maka terdengarlah azan itu oleh ?mar bin al-Khattab, sedang dia dirumahnya. Lalu dia keluar dengan bergegas menyeret selendang di belakangnya dan berkata: "Demi yang telah mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi sepertimana yang dimimpikan olehnya (?dullah bin Zaid)."


Bersabda Rasulullah Shallallahu ?laihi wasallam: "Segala puji bagi Allah."

(Hadis riwayat Abu Daud)


Persoalannya disini, apakah peristiwa mulanya disunatkan untuk berazan bila mula tiba waktu solat fardzhu itu berlaku pada hari yang sama, dimana kedua-dua peristiwa ini diriwayatkan?

Maksud saya pada peritiwa pertama ianya adalah seperti berikut:

Setelah sahabat-sahabat berbincang mengenai pendekatan untuk memberi isyarat masuk waktu solat dan setelah keputusan terbaik dicapai.
Nabi memberi keputusan begini:
Bersabda Rasulullah Shallallahu ?laihi wasallam: "Wahai Bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang."

Berbanding peritiwa kedua:

"Ketika Rasulullah Shallallahu ?laihi wasallam memerintahkan untuk menggunakan naqus (loceng) untuk dipalu

Maksudnya keputusan sebaliknya telah diambil oleh Rasulullah.  Dan sahabat-sahabat 'overule' Nabi untuk mengubah keputusannya.

Dari cerita yang diriwayatkan ini menunjukkan bahawa aktiviti melaungkan azan ini berlaku semasa tahun hijrah pertama, iaitu diKota Madinah........

Allahulalimulhakim.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2006 09:44 PM | Show all posts
Salam sekali lagi untuk semua forumers dan teristimewa untuk Tuan Ussopp

Untuk rujukan tuan Surah Al-Araaf dan surah Al-Israa' yang mengandungi ayat-ayat ttg Asma UlHusna adalah surah ayat-ayat Makiyyah, iaitu diturunkan di Mekah.  Harap maklum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2006 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 8-10-2006 04:56 PM
antara Bang/azan yang dimulai olah Bilal bin Robah dengan turunnye  ayat2 Quran yang mengandungi asma Allah Maha Besar tu,  mane berlaku dulu yee..???sape2 tau dak???

Mungkin ke mase tu ayat2 Qu ...


Azan dimulakan selepas penghijrahan umat Islam ke Madinah, berdasarkan hadith ini :

Sahih Bukhari
Volume 1, Book 11, Number 578:
Narrated Ibn 'Umar:
When the Muslims arrived at Medina, they used to assemble for the prayer, and used to guess the time for it. During those days, the practice of Adhan for the prayers had not been introduced yet. Once they discussed this problem regarding the call for prayer. Some people suggested the use of a bell like the Christians, others proposed a trumpet like the horn used by the Jews, but 'Umar was the first to suggest that a man should call (the people) for the prayer; so Allah's Apostle ordered Bilal to get up and pronounce the Adhan for prayers.

ayyohpeen,

I will get back to your queries later. Haven't got time to really write these few days. Masuk sekejap-sekejap to moderate and post sikit-sikit saja. Once I got enough time to spend and write properly, I'll get back to you.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 11-10-2006 08:50 AM


Azan dimulakan selepas penghijrahan umat Islam ke Madinah, berdasarkan hadith ini :

Sahih Bukhari
Volume 1, Book 11, Number 578:
Narrated Ibn 'Umar:
When the Muslims arrived at Medina, th ...


Salam to Antique

Do u c wat I'd been post a link fr pihak berkuasa agama Negara Brunei Darusalam.  So now we have 3, the 2 that I'd sent are a bit details compare da one that u hv just sent........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2006 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 11-10-2006 08:57 AM


Salam to Antique

Do u c wat I'd been post a link fr pihak berkuasa agama Negara Brunei Darusalam.  So now we have 3, the 2 that I'd sent are a bit details compare da one that u hv just sent. ...


U quoted a seerah, I quoted a sahih hadith

It is difficult to rely on seerah when we don't include saheeh hadith to back it up.

[ Last edited by  antiQue at 11-10-2006 09:24 PM ]
Reply

Use magic Report

kilas This user has been deleted
Post time 11-10-2006 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 9-10-2006 12:07 AM
Dibawah saya petik coretan dari saudara seIslam saya, iaitu Kilas:

Dibawah saya petik coretan dari saudara seIslam saya, iaitu Kilas:

HAhahahahhahhaha, menarik, memang menarik, ayyohpeen seumpama sengaja berlakon sebagai seorang
jahil basit...

Apa maksud basit dalam konteks saudara Kilas? Saya tidak faham kerana saya tidak tahu.  Saya tidak tahu kerana inilah kali pertama saya dipalu dengan frasa ini, tak apa saudara Kilas, saya tak marah, kerana mmg sya jahil sbb sayapun Muallaf........  


Minta maaf, di bulan berkat ni saya malas nak bergaduh....Cuma, cuba ayyohpeen check balik post ayyohpeen dari mula tu...ayyohpeen menyatakan dengan tegas keterangan tersebut...macam ayyohpeen tak pernah baca hadis, tak pernah baca kitab, tak pernah berguru dan macam apa yang kami buat ni adalah salah...Sedangkan ayyohpen menyatakan kepada kami, ayyohpeen adalah seorang muaalaf, kalau muallaf sepatutnya post ayyohpeen lebih kepada PERTANYAAN bukan PENYATAAN. Sebab tu saya kata ayyohpeen seumpama berlakon sebagai seorang jahil basit, kerana puak-puak itu sahaja yang tiada ilmu, tiada guru tapi berasa tahu, lalu menafsir apa yang ada dalam agama mengikut pala hotak mereka.. Cukup pandai mereka-reka....

WALLAHU 'ALAM.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 09:23 PM | Show all posts

reply to sir ayyohpeen dan mod antique...

terima kasih kerana memberi maklumat2   untuk soalan saya tu...
silalah teruskan perbincangan ini...saya pun nak baca...
harap perbincangan ini  dapat memberi manfaat untuk semua...
salam...

[ Last edited by  ussopp at 11-10-2006 09:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 07:06 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 7-10-2006 03:41 PM



Seperti biasa saya tidak dapat mencari link ayat-ayat diatas...........


Saya tak perasan soalan yg ni...

just right click to the ayat... click Properties... you will see things like this :

http://www.islamicity.com../MOSQUE/ARABICSCRIPT/AYAT/56/56_96

Tengok kat akhirnya tu... 56:96.. itu lah ayatnya....

Jadi apa-apa saja ayat-ayat yg saya kemukakan, do the same....

Untuk persoalan yg lain, I will get back to you once I have enough time to write properly. It needs to be written carefully. I'll do it during the weekends.

[ Last edited by  antiQue at 12-10-2006 07:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 11:01 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 6-10-2006 09:41 AM
SALAMUN ALAIKUM

ALLAHULKABIR
ALLAHULKABIR
ALLAHULKABIR

@

ALLAHUMUTAKABBIR
ALLAHUMUTAKABBIR
ALLAHUMUTAKABBIR

Apakah setiapkali mengangkat sepasang tangan anda untuk takbir anda lafaz ...


Makna ALLAh puun kau tak reti nak huraikan..sibuk ko nak bagtu pasal akbar or akbir.
Ko TAk payah susah2 nak konfius la.Ko pun dah akui yg ko bukan pakar bahasa.Ko cuma tafsir seketul makna  arab dlm alquran.Lepas ni..toksah takbir ALLAHUAKBAR atau ALLAHuAKBIR seperti yg ko nak.

Aku dgr ko berbuka bila malam menjelang kan.pergh. Camnilah.  Kalau ko tak larat..dlm kul 5ptg ko cepat2 pegi hutan.  Kat sana malam cepat sikit menjelangnya.  Jadi..Selamat berposa.

Camner la pulak ko solat ek?  aku tahu ko solat pun ikut makna yg kau ambik seketul dari Alquran tanpa merujuk sumber lain kan.hehe.

-Pope-

[ Last edited by  ibnur at 12-10-2006 12:43 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by kilas at 11-10-2006 03:08 PM


Minta maaf, di bulan berkat ni saya malas nak bergaduh....Cuma, cuba ayyohpeen check balik post ayyohpeen dari mula tu...ayyohpeen menyatakan dengan tegas keterangan tersebut...macam ayyohpeen  ...


Salam kpd Kilas

Terima kasih kerana memberi respon.  Semuga ALLAH sentiasa meLindungi dan meRahmati kita.
Jadi sebagai PERTANYAAN apakah itu BASIT, kerana saya ni LAYMAN dan saya akui hakikat ini. Dan sayapun nak minta ma'af dari Tuan Kilas kerana bukan hasrat saya nak bergaduh.  Rugilah saya kalau bergaduh sesama ISLAM, tetapi saya sedang mencari arah, jadi dalam mencari arah tambah-tambah lagi kalau kita ni berjalan dalam gelap dengan sedikit benar cahaya sebagai bantuan, kekadang tu terantuk dinding, terseradung akar, tersepak batu......... dan semuga ditengah atau penghujung(Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI) akan saya ketemui NUR itu. Selamat menjalani segala ibadah di Bulan Ramadhan ini.

[ Last edited by  ayyohpeen at 12-10-2006 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 12-10-2006 11:01 AM


Makna ALLAh puun kau tak reti nak huraikan..sibuk ko nak bagtu pasal akbar or akbir.
Ko TAk payah susah2 nak konfius la.Ko pun dah akui yg ko bukan pakar bahasa.Ko cuma tafsir seketul makna  a ...


SALAM tu back hand

Semuga anda diLindungi dan diRahmati oleh ALLAH.
Kerana saya tak reti maka apa pula huraian tuan mengenai ALLAH?  Di persilakan.

Sebagai makluman akbir tu bukan isu saya tetapi AL-Kabir(rujuk Asma UlHusna)

Selamat menjalani segala ibadah didalam bulan Ramadhon ini.

[ Last edited by  ayyohpeen at 12-10-2006 01:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 12-10-2006 11:01 AM


Makna ALLAh puun kau tak reti nak huraikan..sibuk ko nak bagtu pasal akbar or akbir.
Ko TAk payah susah2 nak konfius la.Ko pun dah akui yg ko bukan pakar bahasa.Ko cuma tafsir seketul makna  a ...


---edit----

Aku dgr ko berbuka bila malam menjelangkan.pergh. Camnilah.Kalau ko tak larat..dlm kul 5ptg ko cepat2 pegi hutan.Kat sana malam cepat sikit menjelangnya.Jadi..Selamat berposa dgn penuh bangang la.


Salam to Back Hand untuk kali kedua hari ni.........

Kenyataan anda itu membuat saya tersenyum penuh redho.  Ma'af, air mata saya hampir menitis bukan kerana sedih, namun ianya terasa begitu manis sekali atas penghinaan dari saudara.  Terima kasih atas kata-kata anda dan sekali lagi it is a 'harderner compound' for me to mixture  and pour it into my 'basic structure'  in order to strengthen my 'FOUNDATION of ISLAM'. Alhamdulillah.  Cuma saya tertanya-tanya di benak saya ni; "HINA sangatkah manusia itu bilamana ia hanya sekadar cuba untuk mengikuti sebaik mungkin perintah ALLAH mengikut apa yang diFirmankan oleh ALLAH dengan 'sentence' yang 'very basic in literiture' that everybody can directly understand it by their own mother tounge?

Ianya akan menjadi HANSARD ketika anda berhadapan dengan ALLAH dan juga ketika saya berhadapan dengan ALLAH kelak.  InsyaALLAH! HANSARD kepada Tuan Back Hand dan HANSARD kepada saya.  ALLAHUL'ALIMULHAKIM.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2006 04:59 PM | Show all posts
la..apsal hampir menitis plak.Patutnya ko nangish terus dari menangis kendian ari.Udah..pi nangis puas2.
Bukak posa nanti ingat tau..kena menjelang malam.Tau dak apa makna 'menjelang malam'?Cuba bagtu skit pukul berapa ek ko buka pose?Rilek..jgn takut2 nak bagitau.
Hilang siang timbul kegelapan malam kan?Nak sahur pun kena tunggu mlm yg gelap tu abis..dah nak mula nampak sinar siang...barula berenti makn sahur.Buatnya subuh tu hujan..mendung mcam gelap mlm maknaya boleh la kunyah roti canai dgn teh tarik kut.
Ko ingat ko duk zaman batu ke? tarak teknologi masa.Otak ada guna.Lihat sekeliling.idup kena bermasyarakat.Percaya dgn org yg pakar dan ahli dlm satu2 bidang ilmu.Jgn ikut logik otak je.Menangis aku tengok ko ni.

-PopeJohnPaul-
Reply

Use magic Report

kilas This user has been deleted
Post time 13-10-2006 05:55 AM | Show all posts
Salam kepadamu ayyohpeen..
Dalam meniti perjalanan kehidupan di atas Siratal Mustaqiiim di dunia memang banyak halangan dan galangan, ujian dan godaan, penipuan dan penyamaran yang sentiasa memujuk kita supaya terpesong, terjatuh, terbalik, terhenti, tersesat.
Sebagai seorang salik, perlulah baginya guru sebagai rabitoh dan wasilah untuknya sampai kepada Allah. Kita umpama kelana yang buta, jadi guru yang telah mengetahui sekalian jihak jalan tersebut malah telah melaluinyalah sebagai yang pemimpin, pembimbing, penjaga, pendidik dan pengajar kita.

Cuma janganlah kita bersikap jahil murakkab, jahil basit, tahsinul aqli, rabtul adat yang sememangnya akan sesat lagi menyesatkan kita.

Justeru itu, saya menasihati saudara ayyohpeen mencari guru yang murshid sebelum memulakan langkah pertama di atas jalan tersebut...

Wallahu Alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 08:10 AM | Show all posts
Originally posted by kilas at 13-10-2006 05:55 AM
Salam kepadamu ayyohpeen..
Dalam meniti perjalanan kehidupan di atas Siratal Mustaqiiim di dunia memang banyak halangan dan galangan, ujian dan godaan, penipuan dan penyamaran yang sentiasa memuju ...


Salam kepada saudara kilas,
Terima kasih atas nasihat saudara. Saya nak ajak anda sekali mari kita cari semua kalam yang ada kaitan langsung dengan ALLAH dan pakat-pakat berbincang mengenai topik saya, bukankah itu lebih bermakna?  Apakah rugi kalau kita sama-sama baca, hayati dan amalkan Mu'jizat dari ALLAH ini daripada menjauhinya dan berharap pada orang lain(jangan slah anggap mengenai saranan ini)semata-mata untuk memahaminya.  Berguru hanya untuk pebandingan sahaja.  Tanggungjawab kita terhadap diri sendiri bila berhadapan dengan ALLAH adalah dipundak kita sebenarnya.  Itulah yang saya faham.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 08:13 AM | Show all posts
kilas, lagi sekali perkataan basit anda timbulkan bersama-sama term-term lain yang saya tak fahami.
Apa makna basit itu dalam bahasa melayu? kerana saya takut anda membawa pengertian yang lain, sedangkan saya memahaminya dengan maksud yang lain.  Maklumlah bahasa saya tidak sempurna. SALAM.

[ Last edited by  ayyohpeen at 13-10-2006 08:58 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.114204 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list