CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayyohpeen

ALLAH MAHA BESAR

[Copy link]
 Author| Post time 13-10-2006 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by back_hand at 12-10-2006 04:59 PM
la..apsal hampir menitis plak.Patutnya ko nangish terus dari menangis kendian ari.Udah..pi nangis puas2.
Bukak posa nanti ingat tau..kena menjelang malam.Tau dak apa makna 'menjelang malam'?Cuba  ...


SALAM to bek hen.

Apapun yang menerobos difikiran anda mengenai amalan saya, biarlah saya mengambil kenyataan anda diatas secara literal dan menjawabnya, bagi saya yang penting waktu berbuka, setelah 20 hari saya berbuka dengan cara ini, maka selepas dari azan saya hanya berbuka selepas kira-kira 20minit, iaitu setelah memastikan mega yang bewarna merah terakhir hilang dari pandangan. lalu saya bersegera membuka puasa saya.  Dan untuk memulakan puasa bukanlah masaalah besar, cuma jangan hingga fajar saddiq menyingsing.

Dan sekali lagi saya mengajak anda bersama-sama Puan Antique untuk mencari sesuatu yang amat bermanfaat disisiNya.
Tinggalkan perasaan marah anda sekejap sempena bulan Ramadhon ini, tak rugi membaca Al-Quraan berulang-ulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2006 08:39 AM | Show all posts
Salam, sekadar pengumuman,

Saya juga mencari maklumat berhubung dengan topik ini di:

http://dictionary.al-islam.com/Default.ASP?t=MALARB

Pada bahagian sebelah kiri paparan bahagian bertajuk indeks ada tertulis pages untuk:
1. Lafaz Al-Quraan
2. Nama Al-Quraan
3. Nama Syurga
4. Nama Neraka
5. Nama Hari Kiamat
6. Asma Al Husna
7. Nama 25 Rasul

yang kesemuanya dicerna langsung dari AL-Quraan.  Setiap ayat yang diterjemah boleh diklik untuk melihat dari mana terjemahan dan ayat-ayat itu diambil(dari suroh didalam AL-Quraan).

Semuga hala tuju perbincangan kita tertumpu kepada topik dan tidak lagi 'Off Topic' kerana itulah tujuan sayapun ketika memulakan topik ini.  Namun atas alasan bersangkabaik saya menjawab juga bebrapa soalan yang 'off topic' sebelum ini, tetapi tidak lagi selepas ini.

[ Last edited by  ayyohpeen at 13-10-2006 08:57 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 08:53 AM | Show all posts
SALAM to Puan ANTIQUE yang saya hormati

Macamana nak paste ayat Al-Quraan kedalam post kita? dan saya amat-amat bersetuju bahawa seperti kata-kata anda dibawah:

Untuk persoalan yg lain, I will get back to you once I have enough time to write properly. It needs to be written carefully. I'll do it during the weekends.

[ Last edited by  antiQue at 12-10-2006 07:08 AM ]

Bukan sekadar tulisan kita kena berhati-hati, semua sudut kita kena berhati-hati.  Sayapun kena ambil masa untuk sama-sama Puan mencari dari Al-Quraan.

Walaupun lambat, perlahan-lahan dan berhati-hati bagi saya ia tetap bermanfaat, InsyaALLAH.  Dan diharap forumers yang lainpun begitu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 13-10-2006 08:28 AM


SALAM to bek hen.

Apapun yang menerobos difikiran anda mengenai amalan saya, biarlah saya mengambil kenyataan anda diatas secara literal dan menjawabnya, bagi saya yang penting waktu berbuka ...setelah 20 hari saya berbuka dengan cara ini, maka selepas dari azan saya hanya berbuka selepas kira-kira 20minit, iaitu setelah memastikan mega yang bewarna merah terakhir hilang dari pandangan. lalu saya bersegera membuka puasa saya.  Dan untuk memulakan puasa bukanlah masaalah besar, cuma jangan hingga fajar saddiq menyingsing.


Ko tinggal kat mana?Apsal tak terus je bgtu rutin masa ko berbuka.Jgn takut2 brader.bgtu je.Knp nak kena 20 minit selepas azan maghrib? Kan yg penting mega merah tu ilang je.
kalau area klang valley ni, lebih kurang pukul 7.30petang la ko berbuka ek.Masa pukul 7.30ptg tu ko intai dari mana mega merah tu hilang? kat tingkap umah ke? atau naik bumbung rumah? atau ko duk rumah pangsa ek?Kalu kul 6.30 dah gelap..dah ilang mega merah tu..untung eh kau.makan cepat.

Apa punya kejal la otak ko ni.Kita akan dah ada pakar yg menentukan waktu berbuka yg mengambil kira kwsn setempat sehingga mega merah tu menghilang mengikut satu2 zon yg dlm lingkungannya.apara..

Dlm masa yg sama ada org yg sama jugak macam ko..tapi berada kat tepi pantai area port kelang.7.30 terang lagi beb!masih nampak mega merah lagi.belum hilang wei takat 7.30ptg.
Pose tu jgn sia2. Nak aku tulis jgn berpose cara bangang..nanti kena edit plak. Tapi sama je makna tuh.

-PopeJohnPaul-

[ Last edited by  ibnur at 13-10-2006 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 01:02 PM | Show all posts
Nak bincang tak perlu bertekak...

Dan cuba lah jangan off topic, bukannya tak ada topik yg bincang pasal buka puasa lambat ni, dah dua topic dah buka tentang tu.. kat sub board Al-Qur'an satu, kat sub board mazhab satu... teruskan saja lah kat sana... tak perlu nak campur-aduk dalam thread ni pula... dan perlu diingat, buka puasa lambat ni bukan ayyohpeen sorang yg buat, ramai lagi umat Islam yg buat, rakan-rakan syiah pun buka puasa lambat juga, and they have their argument for it... nak argue tentang tu pergi thread yg appropriate...

ayyohpeen, you want to paste ayat qur'an, or you want to write ayat quran?

Kalau nak paste ayat qur'an, you can learn how to do it here : http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=1

quote my post yg ada ayat qur'an, you will see how I do it. Anyway.. I have my answer about this topic ni in my mind, sebab isu Allahu Akbar ni bukan isu baru.... Tetapi saya perlu masa untuk write properly untuk interpret apa yg ada dalam kepala saya into words, apa lagi sebab saya berdepan dengan somebody who don't speak Arabic.

[ Last edited by  antiQue at 13-10-2006 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 03:50 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 13-10-2006 01:02 PM
Nak bincang tak perlu bertekak...

Dan cuba lah jangan off topic, bukannya tak ada topik yg bincang pasal buka puasa lambat ni, dah dua topic dah buka tentang tu.. kat sub board Al-Qur'an satu,  ...


pang! ko diam antique.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2006 05:20 PM | Show all posts
:stp::stp::stp:

Oit....... rilek la...... jangan hangin.......... ingat kita posa ..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 13-10-2006 01:02 PM
Nak bincang tak perlu bertekak...

Dan cuba lah jangan off topic, bukannya tak ada topik yg bincang pasal buka puasa lambat ni, dah dua topic dah buka tentang tu.. kat sub board Al-Qur'an satu,  ...


Terima kasih Antique.

Al-Zalzalah:
7.  


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatNya!

Lepas ni bila dah pandai saya akan edit untuk masukkan arab's word.(Cilok kat Yahoo image search........bole la buat permulaan!):pompom:

Alhamdulillah.

[ Last edited by  ayyohpeen at 17-10-2006 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2006 12:24 AM | Show all posts
Allahu Akbar adalah lafaz yang maha suci yang telah di'established' sejak hidupnya Nabi Muhammad Saw lagi...jika hendak diubah...para sahabat dan ulama-ulama muktabar dahulu lah mereka yang pertama mengubahnya berpandukan kepada pengkajian dan pencarian serta tuntutan mereka dan dekatnya mereka kepada Rasul Allah saw. Ulama selaku pewaris nabi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 03:44 PM | Show all posts
salam

maaf ya menyampuk
tapi setahu sayalah
NABI PERNAH BERPESAN
BAHAWA AL QURAN TU DITURUNKAN DALAM TUJUH QIRAAT
faham tak maksudnya
jadi saudara dah baca ke7 semuanya ke
sampai mengatakan ORG LAIN TAK BETUL BACAANNYA???????

atau saudara yg TAK BETUL!!!!!!!
dan saya lagi lagi TAK BETUL!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2006 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by gigi.tembaga at 14-10-2006 12:24 AM
Allahu Akbar adalah lafaz yang maha suci yang telah di'established' sejak hidupnya Nabi Muhammad Saw lagi...jika hendak diubah...para sahabat dan ulama-ulama muktabar dahulu lah mereka yang pertama ...



Salam to gg temaga,

Terima kasih kerana memberi respon walaupun off topic.  Sila rujuk kepada tajuk yang saya beri dipermulaan post saya.  Mari berbincang dan mencari maklumat seperti yang saya sarankan.....:hatdown:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2006 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 14-10-2006 03:44 PM
salam

maaf ya menyampuk
tapi setahu sayalah
NABI PERNAH BERPESAN
BAHAWA AL QURAN TU DITURUNKAN DALAM TUJUH QIRAAT
faham tak maksudnya
jadi saudara dah baca ke7 semuanya ke
sampai mengataka ...


SALAM untuk orangbesi.......:hatdown:

Ini pula adalah firman ALLAH yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepada kita:



An-Naml: [1] Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata

Dan

Al-Qamar:
(57:17,22,32,40)


  • [17] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
  • [22] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
  • [32] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran
  • [40] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran


4 kali ALLAH ulang peringatan ini dalam satu surah yang sama untuk kita ambil pengajaran dan pemahaman:hmm:

Oleh kerana inilah janjimu ya Allah bahawa memang sungguh Al-Quran ini dimudahkan kepada sesiapa  yang mahu beriman kepadaNya, maka saya teramat-amat sangat ya ALLAH mahu mengambilnya sebagai pelajaran untuk mendapat pengajaran dan peringatan dalam memandu kehidupan dunia dan akhirat saya ya ALLAH! Istajibullah.:pray:

[ Last edited by  ayyohpeen at 18-10-2006 08:47 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2006 01:41 AM | Show all posts
Salam semua.

Bagi meneruskan perbincangan kita, sila rujuk:
lafaz-lafaz dalam Al-Quran mengenai kalimat besar dalam bahasa Arab.
Iaitu:

  • 'Adzim(4:95),
  • kaba-iro(43:31),(53:32),
  • kaburo(42:37), kabirun(40:35),
  • al-akbaru(2:219),
  • dan Nama Khas Al-Adzim(56:74)


Manakala kalimat amat besar:
  • 'Adziiman(4:95)
  • Kabuuro(61:3)
  • Al-Kubro(79:34)


Manakala kalimat amat besar dosanya:
  • 'adzziman(33:53)


Manakala kalimat lebih besar:
  • ashaddu(2:191)
  • aqdzhomu(57:10)
  • akbaro(4:153)

    Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).
  • akbaru(2:217,219)(6:78),(16:41),(17:21),(29:45),(40:10,57)


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "eperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).


Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "ada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:


[78] Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).


[41] Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui


[21] Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.


[45] Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.


[10] Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat): Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman, (kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur.


[57] Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.

Manakala kalimat lebih besar dan tinggi:
  • aqdzhamu(9:20)



Manakala kalimat lebih besar kehinaannya:
  • akhzaaya(41:16)




    Manakala kalimat lebih besar lagi:
    • akbaru(2:217), (3:118),(39:26)(68:33)





      Manakala kalimat kebesaran:
      • wakhoron(71:13)
      • DZULJALALIWALIKROM(55:27)
      • DZILJALALIWALIKROM(55:78)


      Manakala kalimat Kebesaran dan Keagungan:
      • jaddu(72:3)


      Manakala kalimat Kebesaran dan Kekuasaan:
      • malakut(6:75)


      Manakala kalimat MAHA BESAR:
      • (2:255)AL-'ADZIMU
      • (42:4)AL-'ADZIMU
      • (56:74)AL-'ADZIMI
      • (22:62)AL-KABIRU

        [62] Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dialah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
      • (31:30)AL-KABIRU

        [30] Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dialah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
      • (34:23)AL-KABIRU

        [23] Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu? Sebahagian di antara mereka menjawab: Tuhan telah menitahkan kebenaran; dan Dialah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.


      Pada peringkat ini kalau sesiapa ada lagi terjumpa atau berjumpa didalam Al-Quraanul Karim kalimat-kalimat yang bersangkutan topik kita, maka saya dengan penuh pengaharapan mohon agar di up-date disini atau reply post untuk manfaat bersama.  

      Dan saya amat berterima kasih sekiranya sesiapa yang nampak ada apa-apa kesalahan berkenaan kalimat-kalimat yang saya taip disini,  maka mahu diperbetulkan silakanlah.  Kerana ianya juga adalah Fisabilillah. Hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI

      Untuk itu saya menjemput forumers semua untuk sama-sama menyumbang buah fikiran yang membina untuk manfaat umat semua, InsyaALLAH.

      Pada cernaan peribadi saya, kecenderungan kalimat-kalimat yang berkaitan dan pola kalimat-kalimat itu dapat saya cerap dan simpulkan.  Cuma untuk lebih interaktif marilah kita sama-sama lihat sambil membaca dan mengangkat tiap-tiap kalimat itu yang manakah berkaitan dengan kalimat ALLAH dan yang mana pula tidak.  Yang mana pula bersifat Nama Khas dan yang mana pula bersifat umum dan bagaimana pula bila ianya berkaitan dengan kalimat ALLAH.

      Sehingga ke peringkat ini sebagai permulaan bagaimana forumers semua dapat melihat?

      Saya akan beri pandangan peribadi saya kemudian.:tq:

      Sumber rujukan:
      http://dictionary.al-islam.com/E ... Page=1&IF=Quran

      [ Last edited by  ayyohpeen at 26-10-2006 02:59 AM ]
  • Reply

    Use magic Report

    Post time 18-10-2006 01:38 PM | Show all posts
    salam

    baik sekali penerangan saudara
    cuma saya yang MASIH KURANG FAHAM
    maklumlah terbelit lidah berbahasa arab niiii
    tambah kalau kena baca YANG DITULIS TANPA TITIK DAN BARIS
    hanya mampu terkebil biji mata lah ajeeeee

    jadi BENARLAH saudara
    dan MUDAHKAN
    sedangkan KALIMAH : ALLAH MAHA BESAR
    DIA YANG TIADA TOLAH BANDINGNYA
    DIA YANG MENGUASAI SEGALA SESUATU
    DIA DGN SEGALA PANJI KEBESARANNYA
    ..................................
    sampai tak termampu sebagai hamba......
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 18-10-2006 07:19 PM | Show all posts
    Originally posted by orangbesi at 18-10-2006 01:38 PM
    salam

    baik sekali penerangan saudara
    cuma saya yang MASIH KURANG FAHAM
    maklumlah terbelit lidah berbahasa arab niiii
    tambah kalau kena baca YANG DITULIS TANPA TITIK DAN BARIS
    hanya mampu ter ...



    Salam to OB,

    Segala Puji-Pujian hanya untuk ALLAH:pray:

    Sebenarnya saya masih lagi berharap ada forumers lain turut menyumbang pendapat.
    Saya amat memerlukan input-input bernas bagi memperkasakan medium pebincangan kita ini, sebelum saya menyambung perbincangan ke 'stage' yang berikut.

    Saya mempunyai keyakinan yang amat jitu bahawa topik ini benar-benar boleh memberi manfaat kepada seluruh hamba ALLAH yang diberi tugas khas olehNya sebagai Khalifah, dan tugas kita sebagai Khalifah ini bukanlah tugas yang mesti diambil endah tak endah(atau tak hentang bak kata orang utara) kerana tugas kita mengepalai apa yang ada dibumi ini ada ganjaran dariNya.
    KHALIFATULLAH - Khalifah ALLAH tak kira siapapun kita, samada sedar atau tanpa sedar.........
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 18-10-2006 08:40 PM | Show all posts
    Originally posted by antiQue at 12-10-2006 07:06 AM


    Saya tak perasan soalan yg ni...

    just right click to the ayat... click Properties... you will see things like this :

    http://www.islamicity.com../MOSQUE/ARABICSCRIPT/AYAT/56/56_96

    Teng ...



    SALAM to ANTIQUE

    Alhamdulillah, saya semakin faham penggunaan hampir semua aid tools di sini.

    Cuma belum mahir sepenuhnya, masih diperingkat layman lagi........:tq:


    • Mungkin dalam sedikit masa lagi kemahiran saya akan bertambah baik.
    • Persembahan bertambah menarik
    • Perbincangan bertambah manfa'at
    • Balasan Pahala jualah yang saya mohon dari ALLAH untuk anda:pray:


    Tinggal lagi dok pikiaq nak pilih avatar mana yang sesuai untuk diletakkan diposisinya...........:stp::hmm:
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


     Author| Post time 20-10-2006 10:21 AM | Show all posts
    SALAM to ALL,

    Saya memulakan topik ini pada 5/10/2006, dan pada hari ini, topik ini dah berumur 16 hari, iaitu lebih dari 2 minggu terhidang untuk perbincangan dan pertimbangan, hitnya boleh tahan, namun responnya agak perlahan.  

    Saya menyeru di sini agar lebih ramai tampil bersama-sama berganding aqal yang ALLAH berikan untuk kita sama-sama bermuzakarah bagi tujuan intelektualisasi dan pencerahan, kerana pada saya ianya amat penting, penting sebab ia menjadi pembuka kalam kita setiap hari, asas kepada tasbih dan zikir kita, asas kepada solat kita, asas kepada doa kita.  Bagaimana saya hendak bergerak ke sub-topik sekiranya main topik yang sepenting ini mendapat reaksi perlahan dari Tuan-tuan dan Puan-puan semua.
    Reply

    Use magic Report

    Post time 22-10-2006 02:37 PM | Show all posts
    salam

    memang begitulah, selagi bernama MANUSIA
    dan enggan berHIJRAH
    kepada ORANG BERIMAN
    maka masih dalam kelalaian....... cam saya gak kot!!!!!

    cuma nak tanya sikit ajeee
    ada PERSAMAAN atau TAK SAMA dlm AYAT dibawah ini
    ALLAH MAHA BESAR
    ALLAH YANG TIADA TOLAH BANDINGNYA
    ALLAH YANG MENGUASAI SEGALA SESUATU
    ALLAH DENGAN SEGALA PANJI KEBESARANNYA
    ALLAH YANG BERGANTUNG KEPADANYA SEGALA SESUATU

    saya pun masih berfikir
    dan terus TERFIKIR......
    semoga saudara boleh membantu
    Reply

    Use magic Report

     Author| Post time 22-10-2006 05:34 PM | Show all posts
    Originally posted by orangbesi at 22-10-2006 02:37 PM
    salam

    memang begitulah, selagi bernama MANUSIA
    dan enggan berHIJRAH
    kepada ORANG BERIMAN
    maka masih dalam kelalaian....... cam saya gak kot!!!!!

    cuma nak tanya sikit ajeee
    ada PERSAMAAN a ...


    Salam untuk OB dan sekeliannya...........

    Hanya kesedaran dari dalam yang dapat mengubah............
    Dan jika kita tahu kita didalam kelalaian, maka tahu kita itulah pintunya, buka dan keluarlah dari kelalaian! Dan hanya orang yang sedar dari kelalaian seperti andalah yang berani berdialog dengan diri sebegitu seperti perumpamaan; 'Orang yang pintar sahaja yang sedar akan kekurangan diri'.........macam Tuan OB:hatdown:

    Pada pertimbangan saya semua itu adalah terjemahan dalam bahasa Melayu daripada Asma-asma ALLAH dari bahasa AL-Quraan,yang semuanya mempunyai kedudukan setara dan pada saya baik juga saya memuji, berzikir, bertasbih ALLAH dengan puji-pujian AsmaNya dalam bahasa yang saya faham....:pray:

    [ Last edited by  ayyohpeen at 30-10-2006 05:38 PM ]
    Reply

    Use magic Report

    Post time 25-10-2006 02:40 AM | Show all posts
    Salam ayyohpeen dan semua,

    Alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk bertukar pandangan berkenaan dengan isu 扐LLAH MAHA BESAR
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    10-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070495 second(s), 46 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list