CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 22-12-2006 09:30 AM | Show all posts
Kerang bertaburan di pantai Batu Hitam
Oleh: NAZRULLAH ROSLI

KUANTAN 21 Dis. ? Kampung Batu Hitam di Sungai Karang, Beserah di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak semalam untuk mengutip beribu-ribu kerang yang bertaburan di sepanjang pantai kampung itu.

Beberapa penduduk yang ditemui berkata, keadaan itu adalah fenomena biasa pada setiap kali musim tengkujuh kerana ombak besar dengan tiupan angin kencang menghasilkan arus kuat di bawah permukaan air dan menghanyutkan kerang ke pantai.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati kebanjiran kerang itu menarik penduduk kampung sekitar dan orang ramai yang berebut-rebut mengutip rezeki di depan mata itu untuk dibawa pulang.

Seorang penduduk, Hasidah Muhammad, 38, memberitahu, ?ebanjiran? kerang itu merupakan satu fenomena biasa berlaku di pantai tersebut sejak dahulu lagi.

?Kejadian ?ebanjiran? kerang sudah berlaku sejak tahun 2001 lagi dan kali ini jumlahnya tidak banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya,? katanya.

Bagi Nik Mat Nik Mahmud, 49, pula, kejadian itu hanya dapat dilihat pada musim tengkujuh sahaja ketika air pasang dan arus bawah laut yang begitu kuat.

?Pada bulan-bulan biasa, kejadian seperti ini tidak ada, dan kalau angin kuat, lebih banyak kerang dibawa ombak dan arus ke pantai,? katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_05.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2006 09:52 PM | Show all posts
Adun Batu Talam Meninggal Dunia,
Al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2006 11:31 PM | Show all posts
Al-Fatihahhhh....Batu Talam nih bukan ker tempat arwah Dato Mazlan.....kes Mona Fendy tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 10:54 AM | Show all posts

Reply #43 Kerengge's post

Al-Fatihah buat adun Batu Talam...

:ah:

Batu talam ni dulu tempat arwah Dato' Mazlan  
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:21 AM | Show all posts
Adun BN

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan (gambar), yang menghidap barah usus, meninggal dunia ketika diterbangkan dari Hospital Pakar Kuala Terengganu (HPKT) ke Raub, petang semalam.


Tengku Paris, 65, yang menjalani rawatan lanjut di HPKT sejak beberapa hari lalu, dilaporkan kritikal kelmarin dan semakin kronik semalam sehingga keluarga memutuskan membawa pulang ke kampung halamannya, Pintu Padang, Raub.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 6.15 petang dalam helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawanya dari Kuala Terengganu ke Raub. Helikopter yang membawa Allahyarham serta isteri, Datin Raja Nur Aziah Raja Yunan, 60, dan anak sulungnya Tengku Saiful Bahari, 39, terpaksa mendarat di Gua Musang, Kelantan berikutan cuaca buruk menyebabkan jenazah Tengku Paris dibawa ke pulang kampungnya menerusi jalan darat.

Tengku Saiful Bahari berkata, ayahnya nazak jam 5 petang kelmarin dan semakin kronik petang semalam.

Allahyarham Tengku Paris dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menjalani rawatan barah usus pada 16 Disember lalu. Beliau keluar dari HTAA lima hari kemudian sebelum mendapatkan rawatan lanjut di HPKT.

Tengku Paris, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menjadi Adun Batu Talam selama dua penggal mulai 1999. Pada pilihan raya 2004, beliau menewaskan calon Pas, Dr Muhammad Nilam Abdul Manap dengan kelebihan 2,761 undi.

Allahyarham mempunyai enam anak - tiga lelaki dan tiga perempuan. Selain Tengku Saiful Bahari, lima lagi anaknya ialah Tengku Shahrizan, 36, Tengku Hairul Niza, 33, Tengku Nazatul Shima, 30, dan pasangan kembar, Tengku Ahmad Farid dan Tengku Aziati, 27.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2006 11:22 AM | Show all posts
meh la kiter sedekahkan al-fatihah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
terang This user has been deleted
Post time 28-12-2006 05:36 PM | Show all posts
al fatihah............
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by mirza5 at 6-12-2006 05:07 PM
ORG KITE NI WEHH...ALFATIHAH !


10 tahun derita lumpuh

Oleh Asrol Awang

PEKAN: Selepas 10 tahun menderita, bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Shahdan Zahari, yang lumpuh akibat kemalang ...


Al- Fatihah buat Allahyarham Shahdan.....moga roh nya ditempatkan ditempat org2 yang soleh....amiinnn..:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2006 06:42 PM | Show all posts
Originally posted by picme at 28-12-2006 11:21 AM
Adun BN

KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan (gambar), yang menghidap barah usus, meninggal dunia ketika diterbangkan dari Hospital Pakar Kuala ...


Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Tengku Paris......moga roh nye ditempatkan ditempat org2 yang soleh...aamiinnn...buat keluarga beliau....banyakkan doa dan sabar......Allah bersama2 ngan org2 yang sabar....:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 07:15 PM | Show all posts
ada baca paper gak ari tu.....Al fatihah......
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 09:42 PM | Show all posts
al fatihah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 12:57 PM | Show all posts
Monsoon Madness acara pembuka tirai TMM'07 Pahang
KUANTAN: Pertandingan Luncur Layar dan Luncur Layang Antarabangsa Monsoon Madness 2007, di pantai Balok di sini, selama tiga hari bermula 18 Januari ini, menjadi acara pertama peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07).


Setakat ini, lebih 50 peluncur layar daripada 14 negara sudah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan kali ke-10 itu dan sebahagian besarnya pernah menjuarai kejohanan luncur layar di negara masing-masing.

Ini termasuk peserta England, Dan Ellis, yang menduduki tangga ke sembilan dunia, selain peserta Austria, Chris Pressler, yang berjaya meluncur di Selat Bering dan di glasier, Artik, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Wanita, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang, Datuk Maznah Mazlan (gambar), berkata selain peserta daripada dua negara itu, kejohanan kali ini turut membabitkan penyertaan dari Australia, Denmark, Perancis, Poland, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Jepun, Singapura dan Malaysia.

Beliau berkata, bagi memeriahkan pertandingan kali ini, demonstrasi tiga acara sampingan akan diadakan iaitu paragliding bermotor, surfboarding dan pertunjukan layang-layang tradisional.

"Selepas 10 tahun acara ini berlangsung, kita gembira penyertaan peserta antarabangsa semakin bertambah dan kali ini keseluruhan hadiah ditawarkan bernilai RM29,970.

"Selain pertandingan, kita turut membuka gerai jualan dan pameran di pantai Balok, selain memberi peluang kepada orang ramai mencuba sendiri sukan luncur layar selepas pertandingan tamat iaitu pada 21 Januari," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF), Datin Siti Rahmah Ahmad dan pengarah acara Monsoon Madness 2007, George Warren.

Perasmian kejohanan ini dijangka dilakukan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.

Penganjuran sukan ini oleh kerajaan negeri dengan kerjasama West Coast Windsurfing Association, membuktikan masih ada acara yang boleh dilaksanakan walaupun dalam musim tengkujuh di Pahang.

Maznah berkata, keadaan angin antara lapan hingga 20 knot sejam serta pantai yang landai, sangat bersesuaian dengan penganjuran sukan luncur layar berkenaan.

Katanya, sukan luncur layar itu dapat mempopularkan pantai Balok sebagai destinasi terkenal sukan laut di peringkat antarabangsa.

"Usaha akan terus dilakukan untuk meningkatkan segala kemudahan yang disediakan di sini, termasuk menyediakan pasukan penyelamat dan jurulatih sukan luncur layar," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 10:30 PM | Show all posts
menarik juga kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2007 09:42 PM | Show all posts
Projek mampu milik rumah diperluaskan
KUANTAN: Projek Perumahan Era Moden Koperasi Malaysia adalah projek pertama di Pahang yang memberi peluang kepada ahli memiliki rumah sendiri melalui skim perumahan mampu milik.


Mengikut perancangan, pembangunan projek fasa pertama yang menawarkan rumah berharga antara RM40,000 hingga RM48,000 seunit berdasarkan konsep itu akan dilaksanakan di lima kawasan iaitu di daerah Bentong, Rompin, Kuala Lipis, Kuantan/Maran dan Pekan.

Projek terbabit ditawarkan Kerajaan Pahang kepada syarikat Ikhtiar Niaga Bena Sdn Bhd (INB Group) di Kuala Lumpur, khusus untuk menyediakan rumah kepada ahli koperasi yang memiliki tanah.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak, berkata syarikat berkenaan sudah membina 18 unit rumah contoh di Pahang tahun lalu dan mensasarkan pembinaan 18,000 unit rumah baru untuk ditawarkan kepada ahli koperasi dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau berkata, Pahang turut memberi tawaran sama kepada sebuah lagi syarikat, Mudajaya Group Bhd untuk membangunkan projek perumahan menggunakan konsep sama bagi kemudahan ahli koperasi.

"Menerusi konsep ini, ahli koperasi yang memiliki tanah atau sebaliknya boleh memiliki rumah sendiri menerusi skim khas. Kita harap, pelaksanaannya bakal mendapat sambutan menggalakkan di kalangan mereka yang mendaftar sebagai ahli koperasi," katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan INB Group, Azli Mohamad, berkata syarikat membangunkan projek terbabit kerana mahu membantu ahli koperasi berpendapatan rendah di kampung, memiliki rumah sendiri.

"Projek berkenaan dijalankan bagi membolehkan ahli koperasi yang berpendapatan rendah dan sederhana tetapi mempunyai tanah, memiliki rumah selesa serta menarik dengan harga serendah RM40,000 seunit.

"Rumah yang direka bentuk ala banglo setingkat itu mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air serta sistem perparitan dan sistem kumbahan.

"Dua reka bentuk rumah berkeluasan 74.32 meter dengan harga RM40,000 dan 94.758 meter berharga RM48,000 boleh dipilih setiap ahli koperasi berdasarkan cita rasa masing-masing.

"Selain membantu dan mengaktifkan koperasi, projek itu tidak membebankan ahli koperasi kerana mereka perlu mendaftar dan tidak dikenakan yuran guaman," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 10:16 AM | Show all posts
TQ mirza
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2007 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 19-1-2007 10:16 AM
TQ mirza



n tq 2 u 2....for the credit:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 03:10 PM | Show all posts
rosak dah bdk2 kat kuantan nih.....:geram: :geram: bkn semualah.....


[quote]KUANTAN: Sekumpulan Mat Rempit 慾unior
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2007 04:47 PM | Show all posts
Alhamdulillah tak banjir yyeee...n kat KL lak ujan aje nih!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by LeiLa at 20-1-2007 04:47 PM
Alhamdulillah tak banjir yyeee...n kat KL lak ujan aje nih!!!!


tu la pasal
petang je hujan
malam pun
kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2007 05:16 PM | Show all posts
Namakan pewaris aset, harta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.085327 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list