CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mirza5

Berita di pahang hari ni..

[Copy link]
Post time 26-12-2007 08:08 AM | Show all posts
Laporan Khas

Hadir ke sekolah walaupun tiada pakaian seragam
Oleh HARIS FADILAH AHMAD

JERANTUT 25 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2007 08:09 AM | Show all posts
Laporan Khas

Sumbangan banjir dihargai
MARAN 25 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 08:07 AM | Show all posts
Muka Hadapan

PM: Tangani masalah air -- Berikutan 165,000 penduduk Pahang terputus bekalan sejak dua minggu
Oleh Siti Mariam Md. Zain



Abdullah Ahmad Badawi beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 08:08 AM | Show all posts
Muka Hadapan

Pam rosak punca 165,000 penduduk putus bekalan air
Oleh Khairul Azran Hussin

KUANTAN 26 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 08:09 AM | Show all posts
Terkini

Kakitangan JBA hantar air dipukul penduduk kampung
KUANTAN, 26 Dis - Seorang kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang cedera dipukul seorang penduduk kampung di Bukit Goh di sini semalam dipercayai akibat rasa tidak puas hati dengan pengagihan bekalan air.

Azman Mohamad, 31, berkata beliau dipukul dengan kayu di bahagian belakang badan dan tangan ketika menghantar bekalan air di kawasan tersebut yang mengalami masalah gangguan sejak dua minggu lepas.

Katanya ketika beliau sedang mengisi air ke dalam tong di sebuah rumah, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an tiba-tiba datang dari belakang dan terus memukulnya dengan kayu.

``Saya lari ke dalam lori dan mengunci pintu kerana dia juga cuba mencederakan seorang rakan saya yang berada dalam lori,'' katanya kepada pemberita di pejabat JBA di sini.

Azman diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Penduduk di kawasan Bukit Goh terpaksa mencatu air untuk kegunaan harian dan hanya bergantung kepada bekalan air dari lori tangki JBA setiap hari sejak dua minggu lepas apabila saluran pam yang membekalkan air bersih ke kawasan itu tersumbat akibat tanah runtuh.

Pengarah JBA Pahang Datuk Ismail Nor ketika diminta mengulas tentang kejadian itu melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan berkata JBA sedang berusaha menangani masalah bekalan air di kawasan terbabit.

``Semua pihak perlu bersabar dan bertolak ansur,'' katanya.

Ismail berkata bekalan air yang dihantar tidak akan mencukupi jika ada penduduk bersikap tamak dengan menyimpan air dengan banyak. - BERNAMA


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ni&pg=bt_06.htm
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 08:10 AM | Show all posts
Terkini

Calon PMR Pahang boleh ambil keputusan esok walaupun banjir
KUANTAN, 26 Dis - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang memberi jaminan bahawa calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) boleh memperolehi keputusan mereka di sekolah masing-masing esok walaupun beberapa kawasan masih ditenggelami air banjir.

Pengarahnya Abdul Aziz Abdul Latiff berkata langkah segera telah diambil bagi memastikan semua calon PMR di Pahang boleh mengambil slip keputusan masing-masing esok.

``Semua sekolah akan dibuka esok bagi membolehkan calon PMR mengambil keputusan mereka dan semua guru akan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan semua calon memperolehi slip keputusan berkenaan.

``Secara keseluruhan, banjir yang turut melanda sekolah-sekolah di Pahang telah surut dan proses pembersihan telah dan masih dilakukan secara bergotong-royong dengan bantuan masyarakat setempat,'' katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata hanya Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Pasir di Maran yang dilaporkan masih digenangi air dan itu pun hanya melibatkan kawasan padang.

Beliau berkata sebanyak 25 sekolah di Pahang terlibat dengan bencana banjir baru-baru ini.

Abdul Aziz berkata JPN sedang berusaha untuk memastikan sesi persekolahan 2008 dapat dimulakan mengikut jadual.

Katanya bantuan Skim Wang Amanah Pelajar akan dipercepatkan bagi meringankan beban pelajar yang terbabit dengan banjir. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ni&pg=bt_04.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2007 08:12 AM | Show all posts
Terkini

Mangsa banjir semakin berkurangan di Pahang dan Johor
KUALA LUMPUR, 26 Dis. - Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Johor dilaporkan semakin berkurangan pada sebelah pagi ini berbanding semalam.

Jumlah mangsa di lima daerah yang terlibat di Pahang berkurangan kepada 5,208 orang pagi ini berbanding 5,608 orang semalam.

Pekan yang mencatat jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi berkurangan kepada 4,090 orang berbanding 4,130 orang semalam.

Kuantan pula berkurangan kepada 836 orang, Rompin (159), Maran (116) dan Bera (7), kata jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kepada Bernama.

``Sehingga pukul 8.00 pagi ini sebanyak 38 pusat masih dibuka bagi menempatkan 1,117 keluarga mangsa banjir,'' katanya.

Sementara itu Jalan Pekan-Kuantan yang sebelum ini ditutup sudah boleh di lalui oleh semua kenderaan.

Kerja-kerja pembaikan jalan yang rosak sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya.

Di Johor, jumlah mangsa di Segamat semakin berkurangan dengan seramai 207 orang daripada 43 keluarga berada di lima pusat pemindahan sehingga pukul 10 pagi ini, berbanding 244 orang daripada 52 keluarga di enam pusat pemindahan semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Johor berkata mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah dari Kampung Sanglang, Kampung Batu Badak, Kampung Pogoh 2, Kampung Bukit Senggir dan Kampung Paya Besar. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ni&pg=bt_02.htm


saya dpt berita dari kawan pada 8pm 26.12.2007, jln pkn-ktn tutup kerana jambatan kg semangat runtuh/diruntuhkan utk digantikan yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 09:03 AM | Show all posts
Muka Hadapan

TPM: Wang ihsan banjir diberi Januari
Oleh Siti Mariam Md. Zain

PEKAN 27 Dis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2007 09:03 AM | Show all posts
Muka Hadapan

Loji tenggelam punca bekalan air terputus
Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

PEKAN 27 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 09:06 AM | Show all posts
Laporan Khas

Banjir luar biasa akan berulang
PEKAN 27 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2007 09:07 AM | Show all posts
Laporan Khas

Air semakin surut di Pahang
KUALA LUMPUR 27 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 09:32 AM | Show all posts

Pahang rugi RM500 juta

Laporan Khas

Pahang rugi RM500 juta
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2007 09:33 AM | Show all posts

Bah di Pahang, Johor semakin pulih

Laporan Khas

Bah di Pahang, Johor semakin pulih
KUALA LUMPUR 28 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2007 08:25 AM | Show all posts

Pusat pemindahan mangsa banjir ditutup

Laporan Khas

Pusat pemindahan mangsa banjir ditutup
KUANTAN 30 Dis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 03:45 PM | Show all posts
imur: Perhilitan tambah papan tanda talian aduan
Oleh Mohd Rafi Mamat

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memasang 10 papan tanda bagi memudahkan orang ramai membuat aduan berhubung aktiviti pemburuan haram, selain masalah berkaitan binatang liar.

Pengarah Perhilitan Pahang, Saharudin Anan, berkata jumlah papan tanda aduan akan ditambah secara berperingkat terutama dalam usaha membendung aktiviti pemburuan haram.

Beliau berkata, semua papan tanda berkenaan diletakkan di kawasan tumpuan ramai dan persimpangan jalan utama bagi memberi kemudahan orang ramai membuat aduan sebarang aktiviti pemburuan haram, selain masalah berkaitan binatang liar.

"Orang ramai boleh menghubungi pejabat Perhilitan negeri atau menghantar SMS dan e-mel jika mengetahui aktiviti pemburuan haram.

"Mereka yang berhadapan masalah binatang liar seperti kera berkeliaran di kawasan perumahan juga boleh menghubungi Perhilitan,
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 01:50 PM | Show all posts
Timur: Felcra maju 1,000 hektar tanah terbiar

KUALA LIPIS: Felcra Berhad Wilayah Pahang akan memajukan kira kira 1,000 hektar tanah terbiar di beberapa daerah di negeri ini, tahun depan.

Pengurus Besarnya, Md Ghazali Abdul Karim, berkata pada masa ini ada kira kira 60,000 hektar tanah terbiar di Pahang yang sesuai dimajukan dengan tanaman sawit dan getah yang boleh memberikan pendapatan lumayan kepada pemiliknya.

Beliau berkata, agensi berkenaan sedia memajukan kawasan tanah terbiar secara berperingkat jika kerajaan negeri memberikan tanggungjawab kepada Felcra melakukan kerja membangunkan kawasan terbabit.

"Felcra mempunyai kemampuan memajukan kawasan tanah terbiar dan tanah baru kerana kita mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam bidang itu.

"Kita juga akan mengarahkan semua anggota supaya mempertingkatkan lagi hasil ladang, sekali gus dapat memberikan pendapatan lumayan kepada peserta dan pemilik tanah berkenaan," katanya di sini, semalam.

Md Ghazali berkata, pihaknya yakin langkah mengusahakan semula kawasan tanah terbiar akan membantu mengeluarkan lebih ramai lagi rakyat negeri ini yang berada pada tahap kemiskinan tegar, sekali gus matlamat kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar pada 2010 akan tercapai.

"Kemampuan Felcra sudah terbukti dan setakat ini, kita sudah memajukan kawasan seluas 48,004 hektar tanah di Pahang membabitkan peserta seramai 19,000 orang.

"Seluas 31,214.96 hektar daripada kawasan tanah itu sudah ditanam kelapa sawit, manakala 13,219 hektar lagi ditanam getah," katanya.

Sehubungan itu, Md Ghazali berkata, penduduk yang memiliki tanah terbiar khasnya di kawasan kampung, dinasihat supaya menyerahkan tanah mereka kepada agensi kerajaan untuk dimajukan dengan tanaman komoditi berhasil tinggi.

Katanya, pendapatan bulanan diperoleh kelak adalah lumayan, sekali gus dapat meringankan beban hidup mereka.

"Harga komoditi sawit dan getah kini semakin meningkat di pasaran dan mereka yang mengusahakan tanah dengan tanaman itu, mempunyai masa depan yang cerah," katanya.

sumber: berita harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 02:34 PM | Show all posts
Dua wanita maut kereta bertembung van

RAUB 13 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 02:56 PM | Show all posts
-Sumber Utusan Online
Peneroka Felda dapat insurans percuma

Oleh YUSRI SAHAT dan ALI MAHMOOD


Sebahagian peneroka Felda Lakum menunjukkan surat hak milik tanah masing-masing selepas menerimanya daripada Najib Tun Razak pada majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Lakum, Lanchang, Temerloh, Pahang semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 02:58 PM | Show all posts
Sumber - Utusan Online

40 pembaharuan di Felda sejak 2004

TEMERLOH 16 Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2008 02:59 PM | Show all posts
Sumber - Utusan Online

PPS di sekolah menengah Felda

JERANTUT 16 Feb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.074612 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list